• Tidak ada hasil yang ditemukan

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Sila baca Lembaran Maklumat sebelum memohon AFFINBANK World Mastercard. Pastikan anda juga telah membaca terma dan syarat am produk ini.

Affin Bank Berhad (25046-T) AFFINBANK World Mastercard. Tarikh: 1 Februari 2018

1. Apakah produk ini?

Ia adalah kad kredit berprestij oleh AFFINBANK (“pihak Bank”) bagi memenuhi gaya hidup mewah anda. Had kredit yang tinggi akan diberikan oleh pihak Bank kepada anda di mana sebarang amaun kredit yang digunakan oleh anda tidak dijelaskan dengan penuh pada atau sebelum tarikh tertentu, jumlah yang belum dijelaskan akan dikenakan caj kewangan.

2. Apakah manfaat yang saya perolehi daripada produk ini? a. Mata Ganjaran AFFIN Rewards.

Perolehi satu (1) Mata Ganjaran AFFIN Rewards bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk transaksi runcit dan tebus pelbagai barangan di bawah program ini.

b. Caj Kewangan yang rendah.

Produk Keadaan Caj Kewangan (setahun) Rebat Caj Kewangan (setahun)

AFFINBANK World Mastercard

Transaksi Runcit

Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran

12% * 6%

Bayaran minimum diterima selepas

tarikh tamat tempoh bayaran 18%

Tiada

Transaksi Pendahuluan Tunai 18% Tiada

*Caj Kewangan yang ditunjukkan adalah selepas rebat caj kewangan ditolak.

 Caj kewangan dikira pada kadar harian.

 Ahli kad yang membuat sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh

bayaran akan menerima rebat caj kewangan yang terpakai bagi bulan (bulan) yang terlibat.

c. Yuran tahunan.

Pengecualian yuran tahunan pada tahun pertama apabila kad kredit anda diluluskan. d. Had kredit.

Had kredit anda bergantung kepada kriteria kelayakan anda dan tertakluk kepada budi bicara pihak Bank. e. Pelan Ansuran Pindahan Baki (BTiP) (hanya untuk ahli kad utama).

Pindahkan baki kad kredit sebanyak minimum RM1,000 daripada bank atau pengeluar kad lain ke akaun kad AFFINBANK World Mastercard anda.

f. Pelan Ansuran Mudah (EiPlan).

Tukar transaksi runcit anda ke pelan ansuran dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM500 menggunakan Kad AFFINBANK World Mastercard di mana-mana saudagar.

g. Pelan Bayaran Mudah (EPP).

Beli barangan runcit atau perkhidmatan dengan pelan ansuran 0% faedah di saudagar AFFINBANK yang mengambil bahagian.

Nota: Faedah 0% untuk EPP hanya diguna pakai sekiranya anda membayar penuh ansuran bulanan. h. Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP) (hanya untuk ahli kad utama).

CIP ialah kemudahan tunai yang diberikan kepada ahli kad kredit utama warganegara Malaysia. Anda akan dicaj dengan kadar faedah yang dikenakan sekali yang lebih rendah daripada pendahuluan tunai yang dikeluarkan daripada had kad kredit sedia ada. Apabila diluluskan, dana CIP akan dipindahkan ke akaun Simpanan atau Semasa pilihan anda. Minimum CIP amaun adalah sebanyak RM1,000.

(2)

j. Insurans Kemalangan Diri (hanya untuk ahli kad utama)..

Insurans kemalangan Diri tanpa caj berjumlah sehingga RM100,000 sekiranya berlaku kematian diakibatkan oleh kemalangan.

k. Diterima dan diiktiraf diseluruh dunia.

Diterima dan diiktiraf di lebih dari tiga puluh (30) juta saudagar di seluruh dunia.

l. Perkhidmatan Mastercard Global.

Bantuan perjalanan di seluruh dunia dua puluh empat (24) jam sehari bagi laporan kehilangan atau kecurian kad dan penggantian kad.

m. Perkhidmatan Concierge World Mastercard.

Perkhidmatan domestik dan antarabangsa dua puluh empat (24) jam sehari seperti mengatur perjalanan, membeli belah, tempahan atau bantuan lain-lain dari seluruh dunia.

Nota: Ciri-ciri dan faedah-faedah di atas sah untuk ahli kad utama dan tambahan kecuali dinyatakan sebaliknya. 3. Apakah tanggungjawab saya?

a. Bayaran bulanan minimum

Bayaran bulanan minimum 5% daripada jumlah yang belum berbayar atau minimum RM50, yang

mana lebih tinggi.

Tempoh bebas faedah  Untuk transaksi runcit - dua puluh (20) hari dari tarikh penyata,

sekiranya anda membayar baki sepenuhnya pada masa yang ditetapkan.

 Sekiranya anda tidak membayar baki sepenuhnya pada masa yang

ditetapkan, caj kewangan ke atas transaksi runcit akan dikira dari tarikh transaksi diposkan.

 Tiada tempoh bebas faedah ke atas pindahan baki atau pendahuluan

tunai.

b. Anda hendaklah memberitahu pihak Bank sekiranya terdapat pertikaian atau percanggahan perkaitan dengan kad kredit dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyata.

c. Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mencegah kehilangan dan kecurian kad kredit dan

pendedahan PIN kepada pihak ketiga. Sila hubungi kami dengan segera di 03-8230 2323 apabila mendapati kad kredit anda hilang atau dicuri atau PIN anda telah terdedah dan diikuti dengan pengesahan bertulis. Sekiranya kad kredit anda digunakan untuk transaksi yang tidak dibenarkan, satu salinan repot polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh transaksi tidak dibenarkan berlaku.

d. Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan ke atas anda dan ahli kad tambahan anda.

4. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?

a. Yuran tahunan

Produk Tahun

pertama

Tahun yang berikut (setahun) Pengecualian yuran tahun berikutnya tertakluk kepada syarat - syarat berikut:

Kad Utama Kad

Tambahan

AFFINBANK

World Mastercard Dikecualikan RM530 RM424

Perbelanjaan terkumpul minimum sebanyak RM48,000 atau dua belas (12) lerek* transaksi runcit untuk sebarang amaun setahun (diantara

tarikh pengeluaran dan

pembaharuan kad) Yuran di atas termasuk 6% Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Nota: perbelanjaan tahunan minimum adalah termasuk transaksi runcit dan pendahuluan tunai.

(3)

b. Yuran dan caj yang lain-lain

Pendahuluan tunai  5.3%* ke atas jumlah pendahuluan tunai yang dikeluarkan, tertakluk kepada

bayaran minimum RM21.20*, yang mana lebih tinggi bagi pendahuluan tunai domestik; atau

 5% ke atas jumlah pendahuluan tunai yang dikeluarkan, tertakluk kepada

bayaran minimum RM20, yang mana lebih tinggi bagi pendahuluan tunai luar negara.

Penalti penggantian kad kredit

RM50 setiap kad.

Penalti bayaran lewat RM10 atau 1% daripada jumlah belum berbayar, yang mana lebih tinggi,

sehingga RM100 maksimum.

Yuran salinan penyata RM5.30* setiap salinan.

Yuran salinan deraf Jualan RM10.60* setiap salinan.

Yuran kurier kad kredit Yuran kurier kad kredit minimum sebanyak RM5.30* akan dikenakan bagi

penghantaran kad kredit atas permintaan. Yuran akan ditentukan oleh kawasan dan berat barang.

Yuran lebih had Tiada.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan(CBP)

6% yang dikenakan ke atas yuran dan caj terpilih.

Kadar tukaran Sekiranya anda menggunakan kad kredit di luar Malaysia, transaksi yang

ditanggung akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh Mastercard International pada tarikh ianya diproses oleh Mastercard International termasuk margin pertukaran mata wang asing (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran) sebanyak 1% akan dikenakan.

*Yuran dan caj termasuk CBP.

c. Pelan Ansuran Pindahan Baki AFFINBANK (BTiP) (hanya untuk ahli kad utama).

Tempoh (Bulan) Jumlah pindahan minimum Kadar faedah pendahuluan sekali

6 RM1,000 2%

12 RM1,000 4%

18 RM2,000 5%

24 RM2,000 6%

36 RM3,000 7%

d. Pelan Ansuran Mudah (EiPlan).

Tempoh (Bulan) Jumlah pembelian minimum Kadar faedah pendahuluan sekali

6 RM500 2%

12 RM1,000 4%

18 RM2,000 5%

24 RM2,000 6%

36 RM3,000 7%

e. Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP) (hanya untuk ahli kad utama)..

Tempoh (Bulan) Jumlah CIP minimum Kadar faedah pendahuluan sekali

6 RM1,000 6%

12 RM1,000 8%

18 RM2,000 12%

24 RM2,000 14%

(4)

5. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

a. Penalti bayaran lewat seperti dinyatakan di dalam item 4(b) akan dikenakan sekiranya bayaran tidak diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran.

b. Sekiranya Deposit Tetap (FD) dicagarkan kepada kad kredit, pihak Bank mempunyai hak untuk menolak FD bagi menjelaskan jumlah yang terhutang. FD akan kekal selagi kemudahan kad kredit masih ada.

c. Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah berasaskan PIN sekiranya terbukti anda telah:

 melakukan penipuan;

 kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau

penggunaan kad kredit tidak sah;

 mendedahkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) dengan sengaja kepada pihak lain; atau

 menyimpan PIN di atas kad kredit, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan kad kredit dan

kemungkinan hilang atau dicuri bersama kad kredit.

d. Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah dimana memerlukan pengesahan tandatangan atau dengan kad kredit tanpa sentuh, sekiranya terbukti anda telah:

 melakukan penipuan;

 kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau

penggunaan kad kredit tidak sah;

 meninggalkan kad kredit atau barang mengandungi kad kredit tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan

diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman anda; atau

 secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan kad kredit anda.

e. Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi e-perbankan, sekiranya terbukti anda telah:

 melakukan penipuan;

 sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak

dikenali atau di laman web selain dari laman web rasmi pihak Bank;

 tidak mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau

 gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan

peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan.

f. Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tanpa kad, sekiranya terbukti anda telah:

 melakukan penipuan; atau

 gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan

segera yang munasabah apabila menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut.

g. Pihak Bank berhak untuk menamatkan kemudahan kad kredit jika anda gagal mematuhi terma dan syarat berhubung penggunaan kad kredit.

6. Bagaimana sekiranya saya telah menjelaskan sepenuhnya Pelan Ansuran Pindahan Baki (BTiP), Pelan Bayaran Mudah (EiPlan), Pelan Ansuran Mudah (EPP) atau Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP) sebelum tempoh bayaran berakhir?

Penalti akan dikenakan ke atas pembayaran penuh yang dibuat dalam tempoh bayaran BTiP dan EiPlan seperti berikut:

Program Tempoh Bayaran Penalti

BTiP 6, 12, 18, 24 dan 36 bulan RM100 untuk setiap pelan

EiPlan 6, 12, 18, 24 dan 36 bulan RM50 untuk setiap pelan

EPP Tiada Tiada

CIP Tiada Tiada

7. Apakah risiko utama kad kredit?

a. Jika anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan, anda akan membayar lebih caj kewangan dan mengambil masa yang lebih lama untuk menjelaskan keseluruhan jumlah belum berbayar.

b. Jika anda menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran hutang pinjaman lain, kos pinjaman anda akan bertambah.

c. Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan oleh ahli kad tambahan anda.

d. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar baki kad kredit anda, hubungi kami terlebih dahulu untuk berbincang mengenai alternatif pembayaran.

(5)

8. Apa perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam maklumat perhubungan?

Adalah penting untuk anda maklumkan kepada kami dengan segera tentang apa-apa perubahan maklumat perhubungan untuk memastikan semua koresponden diterima tepat pada waktunya.

9. Di manakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami disalah satu saluran yang berikut atau lawati laman sesawang kami di www.affinbank.com.my.

Tulis kepada :

AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200, Kuala Lumpur Talian khas : 03-8230 2323

E-mel : worldcard@affinbank.com.my

Atau kunjungi cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC BANK yang berdekatan dengan anda. 10. Apakah had pendahuluan tunai saya?

Had pendahuluan tunai anda adalah 70% dari jumlah had kad kredit atau had kredit yang masih ada, yang mana lebih rendah.

11. Berapa kali saya boleh membuat pengeluaran pendahuluan tunai sehari?

Anda boleh membuat pengeluaran tunai sehingga tiga (3) kali sehari. Anda tidak lagi boleh melakukan pengeluaran pendahuluan tunai pada hari tersebut jika anda telah memenuhi bilangan maksimum pengeluaran pendahuluan tunai yang dibenarkan dalam sehari.

12. Apakah yang tidak patut dilakukan dengan kad?

Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kad kredit anda untuk melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti perjudian haram dalam talian. Pihak Bank, dengan memberi notis terdahulu berhak membatalkan kemudahan kad kredit sekiranya anda didapati bersalah menggunakan kad kredit untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang (terpakai untuk ahli kad utama dan tambahan).

13. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesilapan / pertikaian mengenai transaksi kad kredit saya? Anda hendaklah memeriksa rekod akaun kad kredit / penyata anda dengan segera dan cermat dan perlu memberitahu pihak Bank mengenai sebarang kesilapan atau sebarang kemungkinan transaksi tanpa kebenaran berhubung dengan kad kredit dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyata melalui salah satu saluran seperti dinyatakan di dalam item 9, berikan maklum balas anda melalui e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi Careline kami di 1 800 88 3883.

Sekiranya masalah atau aduan anda tidak selesai dalam tempoh masa yang diberi, anda boleh merujuk kepada salah satu badan yang berikut.

Bank Negara Malaysia (BNM) Association of Banks in Malaysia (ABM) Financial Ombudsman Scheme (FOS) BNMTELELINK: 1-300-88-5465 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Laman sesawang: www.bnm.gov.my/bnmlink Faks: 03-2174 1515

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

Ground Floor, Block D Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur

ABMConnect: 1-300-88-9980 Laman sesawang: www.abm.org.my Faks: 03-2078 8804

The Association of Banks in Malaysia

34 Floor, UBN Tower 10 Jalan P Ramlee 50250 Kuala Lumpur Telefon: 03-2272 2811 Laman sesawang: www.ofs.org.my Faks: 03-2272 1577

Financial Ombudsman Scheme Level 14, Main Block

Menara Takaful Malaysia No.4 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur

(6)

Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel : 03-2616 7766

E-mel: enquiry@akpk.org.my

14. Apakah lain-lain kad kredit yang ada ditawarkan?

Berikut adalah lain-lain kad kredit yang ditawarkan oleh pihak Bank: a. Kad AFFINBANK Mastercard Gold

b. Kad AFFINBANK Visa Gold

c. Kad AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold

d. Kad AFFINBANK Mastercard Classic e. Kad AFFINBANK Visa Classic

f. Kad AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic

g. Kad AFFINBANK Mastercard Basic h. Kad AFFINBANK Visa Basic

i. Kad AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless

NOTA PENTING:TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MENGURUSKAN BAYARAN BALIK BAKI KAD KREDIT ANDA DENGAN BAIK.

Referensi

Dokumen terkait

Responden yang dijadikan objek penelitian adalah seluruh masyarakat yang melakukan kegiatan agroindustri pengolahan hasil laut yang ada di Desa Kwanyar Baratyaitu agroindustri

a. Muhammadiyah adalah Gerakan Islam dan Dakwah Amar Ma'ruf Nahi Munkar, beraqidah Islam dan bersumber pada Al-Qur'an dan Sunnah, bercita-cita dan bekerja untuk

(b) Pendahuluan pelbagai hendaklah diselaraskan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh bayaran pendahuluan diberikan, dengan mengemukakan resit-resit perbelanjaan yang

Adanya pengakuan dan penghargaan dari atasan atas prestasi karyawan 9.. Peluang kenaikan pangkat

Pada Gmbar 5, grafik diatas menunjukan pada saat kondisi full open, tekanan fluida juga tidak menunjukkan adanya peningkatan perubahan.. Nilai perubahan tekanan

Sarung tangan pelindung yang digunakan harus mengikuti spesifikasi pada EC directive 89/686/EEC dan standar gabungan d EN374, untuk contoh KCL 898 Butoject® (kontak penuh), KCL

Daerah yang belum mampu mencapai tingkat efisiensi sempurna dalam mengalokasikan pengeluaran pendidikan maupun kesehatannya agar menjadi efisien (100%),

Hasil Kegiatan Pengabdian di SMP Muhammadiyah 6 Kabupaten Malang adalah: Guru- guru IPA di SMP Muhammadiyah 6 Kabupaten Malang, yang pada awalnya belum memahami dan belum