• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTIS PENTING SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA ARAHAN-ARAHAN BERIKUT MESTILAH DIPATUHI:-

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOTIS PENTING SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA ARAHAN-ARAHAN BERIKUT MESTILAH DIPATUHI:-"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

NOTIS PENTING

KEPADA

SEMUA PEGUAM, ORANG AWAM

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA ARAHAN-ARAHAN

BERIKUT MESTILAH DIPATUHI:-

1. SEMUA KES AKAN MULA DISEBUT PADA PUKUL 8.30

PAGI. JIKA PEGUAM TIDAK DAPAT HADIR PADA MASA

TERSEBUT, SILA MAKLUMKAN KEPADA STAF YANG

BERTUGAS.

2. SILA PASTIKAN BAHAWA PERCUBAAN PENYAMPAIAN

BN/CP

DIBUAT

KE

ATAS

ALAMAT

CARIAN

KAD

PENGENALAN JD SEBELUM PERMOHONAN SS DIBUAT DI

MAHKAMAH INI. JIKA PERKARA INI TIDAK DIBUKTIKAN

KEPADA MAHKAMAH, MAKA PERMOHONAN SS TIDAK

AKAN DIDENGAR SEHINGGA PERKARA INI DIBUKTIKAN.

3.

PERMOHONAN

PERLANJUTAN

MASA

BN

DAN

PENYERAHAN BN SECARA SS HENDAKLAH DIBUAT DI

DALAM PERMOHONAN YANG BERASINGAN. KEGAGALAN

MEMATUHI

ARAHAN

INI

AKAN

MENYEBABKAN

PERMOHONAN PERLANJUTAN MASA SAHAJA YANG AKAN

DIBENARKAN.

(2)

4. DERAF PERINTAH PERLANJUTAN MASA BN DAN DERAF

PERINTAH SS BAGI BN/CP DAN NOTIS HENDAKLAH

DIFAILKAN

BERSAMA-SAMA

PERMOHONAN

BAGI

MEMPERCEPATKAN PROSES PENGELUARAN DERAF.

DERAF YANG DIFAILKAN MESTILAH MENGIKUT FORMAT

DAN PEKELILING BIL. 4/2010 DAN ISI DERAF MESTILAH

DIISI

OLEH

PEGUAM

DAN

PEGUAM

MESTILAH

MENANDATANGANI DERAF. KEGAGALAN MEMATUHI

ARAHAN INI AKAN MENGAKIBATKAN DERAF TIDAK

DIPROSES DAN DIPULANGKAN KEPADA PEGUAM.

5. PEGUAM DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA-SAMA

DERAF PP & PP BESERTA DERAF WARTA PADA HARI

PENDENGARAN CP DAN DERAF MESTILAH MENGIKUT

FORMAT

DAN

PEKELILING

BIL.

4/2010

BAGI

MEMUDAHKAN KELULUSAN DAN PEMULANGAN DERAF

PADA HARI YANG SAMA ATAU DIMASUKKAN KE DALAM

BOX PADA HARI YANG SAMA. DERAF PP & PP YANG

TIDAK MENGIKUT FORMAT TIDAK AKAN DILULUSKAN DAN

DIKEMBALIKAN KEPADA PEGUAM.

6. DERAF-DERAF PERINTAH YANG LAIN HENDAKLAH

MENGIKUT PEKELILING BIL. 4/2010 DAN KEGAGALAN

MEMATUHI PEKELILING TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN

DERAF DIKEMBALIKAN TANPA KELULUSAN.

7. SILA NYATAKAN SECARA SPESIFIK NAMA AKHBAR

TEMPATAN UNTUK PERMOHONAN SS.

(3)

8. SALINAN PERINTAH BERSIH HENDAKLAH DIFAILKAN

OLEH PEGUAM DALAM MASA 7 HARI DARI TARIKH DERAF

DILULUSKAN DAN DITERIMA.

BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2010

PENOLONG KANAN PENDAFTAR

MAHKAMAH TINGGI MALAYA

(4)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ... BER : ...

(NO. K/P.:...)

EX-PARTE : ...

DI HADAPAN PENOLONG KANAN PENDAFTAR ...-nama penuh PKP-...

PADA 20 OKTOBER 2010 DALAM KAMAR PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Pemiutang Penghakiman melalui Saman Dalam

Kamar (Ex Parte) bertarikh 20 September 2010 DAN SETELAH MEMBACA Afidavit-afidavit yang difailkan di sini DAN kehadiran peguam dikecualikan,

ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Notis Kebankrapan/Petisyen Pemiutang

diserahkan kepada Penghutang Penghakiman secara penyampaian ganti seperti berikut:-

(i) Dengan menampalkan satu salinan Notis Kebankrapan/Petisyen Pemiutang beserta dengan satu salinan perintah penyampaian ganti ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan di alamat/alamat-alamat terakhir penghutang penghakiman yang diketahui iaitu...;

(ii) Dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama...

DAN ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa penampalan dan pengiklanan

tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas penghutang penghakiman 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut dan kos permohonan ini hendaklah menjadi kos dalam kausa.

Bertarikh pada 20 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur

PERINTAH ini telah difailkan oleh ...-nama dan alamat firma peguam

(5)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ...

BER: ... (NO. K/P.:...) EX-PARTE : ... NOTIS Kepada:-

... -Nama penghutang penghakiman-... ...-Alamat-...

AMBIL PERHATIAN bahawa suatu Notis Kebankrapan telah dikeluarkan

terhadap kamu di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur oleh ...-nama pemiutang-...beralamat... dan Mahkamah telah memerintahkan bahawa Notis Kebankrapan ini diserahkan kepada kamu secara penyampaian ganti dengan menampalkan sesalinan perintah dan Notis Kebankrapan ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan di alamat terakhir kamu yang diketahui di ... dan dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama...dan penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas kamu 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut.

Notis Kebankrapan ini boleh diperiksa oleh kamu atas permohonan kamu di Mahkamah ini.

Bertarikh pada 20 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur

NOTIS ini telah difailkan oleh ...-nama dan alamat firma peguam pemiutang

(6)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ...

BER: ... (NO. K/P.:...) EX-PARTE : ... NOTIS Kepada:-

... Nama penghutang penghakiman ... ... Alamat...

AMBIL PERHATIAN bahawa suatu Petisyen Pemiutang telah dikemukakan

terhadap kamu di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur oleh ...-nama pemiutang-...beralamat...dan Mahkamah telah memerintahkan bahawa Petisyen Pemiutang ini diserahkan kepada kamu secara penyampaian ganti dengan menampalkan sesalinan perintah dan Petisyen Pemiutang ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan di alamat terakhir kamu yang diketahui di ... dan dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama...dan penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas kamu 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa Petisyen Pemiutang ini akan di dengar di

hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur (Bahagian Kebankrapan) pada 20 November 2010 jam 8.30 pagi dan kamu dikehendaki hadir pada hari tersebut dan sekiranya kamu gagal hadir, Mahkamah boleh memasukkan perintah penerimaan dan penghukuman ke atas kamu.

Petisyen Pemiutang ini boleh diperiksa oleh kamu atas permohonan kamu di Mahkamah ini.

Bertarikh pada 20 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur

NOTIS ini telah difailkan oleh ...-nama dan alamat firma peguam pemiutang

penghakiman-... DRAFT SAMPLE 01

(7)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ... BER : ...

(NO. K/P.:...)

EX-PARTE : ...

DI HADAPAN PENOLONG KANAN PENDAFTAR ...-nama penuh PKP-...

PADA 20 OKTOBER 2010 DALAM KAMAR PERINTAH

ATAS PERMOHONAN Pemiutang Penghakiman melalui Saman Dalam

Kamar (Ex Parte) bertarikh 20 September 2010 DAN SETELAH MEMBACA Afidavit-afidavit yang difailkan di sini DAN kehadiran peguam dikecualikan,

ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Notis Kebankrapan bertarikh 15 Julai

2010 dilanjutkan tempohnya selama 12 bulan lagi mulai dari ...-tarikh baru BN-....hingga...-tarikh luput baru BN-...dan kos permohonan ini hendaklah menjadi kos dalam kausa.

Bertarikh pada 20 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur

PERINTAH ini telah difailkan oleh ...-nama dan alamat firma peguam

(8)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ...

BER : ... (NO. K/P.:...)

EX-PARTE : ...

PERINTAH PENERIMAAN ATAS PETISYEN PEMIUTANG

ATAS PETISYEN bertarikh 20 Oktober 2009 oleh ...nama Pemiutang...

beralamat...,Pemiutang, yang difailkan pada 20 Oktober 2009 DAN

SETELAH MEMBACA Petisyen Pemiutang DAN SETELAH MENDENGAR

Cik/Encik..., peguam bagi Pemiutang dan dalam ketidakhadiran/kehadiran Penghutang dan menyatakan kepada Mahkamah bahawa perbuatan kebankrapan berikut telah dilakukan iaitu; bahawa Penghutang telah gagal mematuhi kehendak-kehendak di dalam Notis Kebankrapan bertarikh 10 Januari 2009 yang telah diserahkan secara penyampaian kediri/ganti pada 15 Februari 2009.

SUATU PERINTAH PENERIMAAN adalah dengan ini dibuat terhadap

....nama Penghutang dan No. K/P..., beralamat ... dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia adalah dengan ini diberi kuasa sebagai penerima aset Penghutang tersebut.

Bertarikh pada 10 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur

NOTA: Penghutang Penghakiman yang tersebut di atas adalah dikehendaki, dengan

serta merta selepas sahaja penyerahan perintah ini ke atasnya/peguamcaranya untuk menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Wilayah DRAFT SAMPLE 02

(9)

Persekutuan, Tingkat 8, Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

PERINTAH PENERIMAAN ini difailkan oleh ...-nama dan alamat firma peguam

(10)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG)

DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ...

BER : ... (NO. K/P.:...)

EX-PARTE : ...

PERINTAH PENGHUKUMAN

MENURUT PETISYEN bertarikh 20 Oktober 2009 terhadap...nama

Penghutang dan No. K/P-...beralamat..., yang mana perintah penerimaan telah dibuat pada 20 Oktober 2010 dan atas permohonan ...-nama pemiutang-... beralamat..., Pemiutang DAN SETELAH

MEMBACA Petisyen Pemiutang DAN SETELAH MENDENGAR Cik/Encik...,

peguam bagi pihak Pemiutang dan dalam ketidakhadiran/kehadiran Penghutang.

ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Penghutang tersebut adalah dengan ini

dihukum BANKRAP.

Bertarikh pada 20 Oktober 2010

... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur

PERINTAH PENGHUKUMAN ini telah difailkan oleh...-nama dan alamat firma

peguam pemiutang-... DRAFT SAMPLE 03

Referensi

Dokumen terkait