AKSESORI
OBJEKTIF AM :
Mengetahui pelbagai jenis aksesori yang digunakan dalam pemasangan tiga fasa, pendawaian dan peraturan elektrik yang berkaitan
OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :
Mentakrifkan aksesori-aksesori pemasangan tiga fasa
Menyatakan fungsi setiap aksesori pendawaian tiga fasa
Memilih aksesori yang sesuai bagi sesuatu pemasangan
UNIT 1
1.0 Pengenalan
Aksesori ialah sebarang alat yang digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik yang tidak menggunakan arus seperti ros siling, pemegang lampu, kotak sambungan, soket alur keluar, penyesuai, penyambung, pengganding, pemutus litar, palam dan sebagainya kecuali lampu, motor, kipas dan beban-beban lain.
1.1 Jenis-jenis aksesori.
1.1.1 Ros siling
Takrif – Ros siling ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap. Beban-beban seperti lampu, kipas dan sebagainya disambung ke ros siling menggunakan kabel mudah lentur. Rujuk rajah 1-1, 1-2 dan 1-3
i. Jenis-jenis ros siling a. Dua plat
b. Tiga plat c. Empat plat
Rajah 1-1 : Ros siling dua plat
ST/FB/RM/2004
INPUT
1A
Rajah 1-2 : Ros siling tiga plat
1.1.2 Pemegang Lampu
Takrif - Pemegang lampu ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia memudahkan
sambungan lampu dari punca bekalan. Rujuk rajah 4, 5, 1-6 dan 1-7.
i. Jenis-jenis pemegang lampu a. Pangkal kilas
b. Skru edison c. Skru goaliat d. Pin
Rajah 1-4 : Pemegang lampu pangkal kilas
Rajah 1-5 : Pemegang lampu skru edison
Rajah 1-6 : Pemegang lampu skru goaliath
ii. Pemegang lampu jenis pangkal kilas atau pin biasanya digunakan untuk lampu berfilamen tungsten kerana ia mempunyai kadaran kuasa sehingga 150 watt.
iii. Pemegang lampu jenis skru edison pula boleh digunakan untuk lampu filamen yang mempunyai kuasa hingga 200 watt. iv. Pemegang lampu jenis skru goaliath pula boleh digunakan bagi
lampu yang melebihi 200 watt.
v. Pemegang lampu jenis pin boleh digunakan untuk lampu pendaflour biasa.
1.1.3 Penyambung dan pengganding kabel
Takrif - Pengganding kabel ialah alat tambah yang digunakan untuk membuat sambungan kabel boleh lentur. Ia terdiri daripada penyambung dan palam, sementara
penyambung ialah sebahagian daripada pengganding. Penyambung pula menyediakan sentuhan betina dan disambung ke kabel mudah lentur. Rujuk rajah 1-8.
Rajah 1-8 : Penyambung dan Pengganding
1.1.4 Kotak Sambungan
Kotak sambungan ialah tempat sambungan kabel. Kotak ini biasanya digunakan apabila cabang litar diperlukan misalnya pada pangkalan tenaga elekrik dari sebuah rumah ke sebuah rumah atau sambungan gelung seperti dalam rajah di bawah. Peraturan IEE yang berkaitan dengannya mengikut peraturan sambungan dan penutupan. Rujuk rajah 1-9.
1.1.5 Soket Alur Keluar
Soket alur keluar ialah punca sambungan betina yang dipasang ke pemasangan tetap. Ia boleh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat beberapa saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar. Ia juga menyediakan 2, 3 atau 4 sentuhan atau punca sambungan. Rujuk rajah 1-10 dan 1-11
Rajah 1-10 : Soket alur keluar 5A dan 15A
Rajah 1-11 : Soket alur keluar 13A
1.1.6 Suis
Suis ialah alat tambah yang boleh memutus dan menyambung litar elektrik secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan tali atau tombol pemetik atau tangkai pada arus litar itu.
Jenis-jenis suis dan simbol: i. Suis satu kutub satu hala ii. Suis dua kutub iii. Suis tiga kutub iv. Suis perantaraan v.Suis pilihan
vi. Suis siri-selari vii. Suis dua hala
Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi. a. Senaraikan 2 jenis aksesori pendawaian yang anda tahu.
i. ... ii. ... b. Padankan kenyataan berikut
Pangkal Kilas Skru Edison
Skru Goaliath
Pin
c. Namakan aksesori-aksesori di bawah
ST/FB/RM/2004
Lampu Filamen Tungsten Melebihi 200 watt Lampu Filamen Tungsten Tidak Melebihi 200 Watt
Lampu Filamen Tungsten Tidak Melebihi 150 watt
Lampu Jenis Pendaflour
AKTIVITI 1A
i. _____________________
iv. _____________________ ii. _____________________
d. Senaraikan kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British. i. ___________________ ii. ______________________ iii. ____________________ iv.______________________
a. Senaraikan 2 jenis aksesori pendawaian yang anda tahu. i. Ros siling
ii. Pemegang Lampu
iii. Penyambung dan Pengganding kabel iv. Kotak Sambungan
v. Soket Alur Keluar vi. Penyesuai
vii. Suis
b. Padankan kenyataan berikut Pangkal Kilas
Skru Edison Skru Goaliath
Pin
c. Namakan aksesori-aksesori di bawah
ST/FB/RM/2004
Lampu Filamen Tungsten Melebihi 200 watt Lampu Filamen Tungsten Tidak Melebihi 200 Watt
Lampu Filamen Tungsten Tidak Melebihi 150 watt
Lampu Jenis Pendaflour
MAKLUMBALAS
i. Pemegang Lampu Skru Edison ii. Ros Siling 3 Plat
d. Senaraikan kadaran soket alur keluar mengikut piawaian British. i. ___2 Amp___________ ii. __5 Amp________
iii. __13 Amp___________ iv. _15 Amp_________ iv. Pengganding
1.2 Peraturan IEE/STG
1.2.1 Ros Siling
i. 553-19 Ros Siling tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 volt. ii. 553-20 Bersama-sama dengan ros siling tidak boleh
dipasang lebih dari satu keluaran kord mudah lentur kecuali ia dibuat khas untuk berbilang keluaran.
1.2.2 Pemegang lampu
i. 553-15 Pemegang lampu berfilamen hanya boleh digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt.
ii. 553-14 Pemegang lampu tidak boleh disambung ke mana-mana litar yang mempunyai nilai kadaran pelindung arus lebih yang melebihi nilai yang terdapat di dalam jadual 6.1
1.2.3 Penyambung dan Pengganding Kabel
i. 553-10 Penganding kabel hendaklah mengikut kehendak BS 196,1778 atau 343 ii. 553-11 Palam pengganding hendaklah disambung
ST/FB/RM/2004
INPUT
1B
ke bahagian beban.
iii. 553-12 Pengganding untuk pemasangan di tapak binaan hendaklah mengikut BS 4343
1.2.4 Soket Alur Keluar
i. 553-2 Setiap palam dan soket alur keluar hendaklah tidak berbalik pinnya(hanya satu arah sahaja yang boleh masuk kedalam soket alur keluar ) dan direka agar fius itu tidak boleh
bersambungan dengan pengalir pelindung kecuali untuk bekalan voltan keselamatan yang amat rendah.
ii. 553-8 Jika soket alur keluar di pasang menegak ke dinding atau sebarang struktur, soket itu hendaklah berada pada ketinggian tidak kurang daripada atas paras lantai ( kira-kira 30 cm ) atau sebarang permukaan kerja bagi tujuan mengurangkan bahaya mekanik pada palam soket alur keluar atau kabel/kord mudah lentur semasa memasang atau menanggalkan palam.
1.2.5 Suis
i. 13-13 Pada pemasangan bekalan 2 dawai,satu daripada kutubnya dibumikan, semua fius dan alat kawalan satu kutub, pemutus litar dan laras suhu hendaklah disambung ke dawai hidup sahaja.
ii. 530-2 Peralatan suis yang berkutub tunggal tidak boleh disambung dengan pengalir neutral pada sistem bekalan TN atau TT.
iii. 543-17 Pensuisan tidak boleh di pasang dalam pengalir pelindung,tetapi jika boleh
iv. 514-1&3 Setiap suis atau pemutus litar yang di
ketahui fungsinya hendaklah di tandakan ( di nyatakan fungsinya dan nama peralatan yang di kawalnya ).
Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.
a. Mengikut kehendak dan peraturan IEE, pemegang lampu yang sesuai untuk bilik mandi mestilah ...
b. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan pemasangan suis. i. ______________________________________________ ii.______________________________________________
c. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan soket alur keluar. i. ______________________________________________ ii. ______________________________________________
d. Bincangkan 3 peraturan IEE yang berhubung dengan pemasangan lampu berfilamen. i. ______________________________________________ ii.______________________________________________ ST/FB/RM/2004
AKTIVITI
1B
iii. ____________________________________________
a. Mengikut kehendak dan peraturan IEE, pemegang lampu yang sesuai untuk bilik mandi mestilah ...
i. Bertutup sepenuhnya
ii. Berpelindung atau berpengadang
b. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan suis. i 13-13 Bekalan 2 dawai, satu daripada
kutubnya dibumikan, semua fius dan alat kawalan satu kutub, pemutus litar dan laras suhu hendaklah disambung ke dawai hidup sahaja.
ii. 530-2 Peralatan suis yang berkutub tunggal tidak boleh disambung dengan pengalir neutral pada sistem bekalan TN atau TT.
iii. 543-17 Pensuisan tidak boleh di pasang dalam pengalir pelindung, tetapi jika boleh
diputuskan dengan peralatan khas untuk pemeriksaan adalah dibenarkan.
iv. 514-1&3 Setiap suis atau pemutus litar yang di
ketahui fungsinya hendaklah di tandakan ( di nyatakan fungsinya dan nama peralatan yang
MAKLUMBALAS
AKTIVITI 1B
c. Berikan 2 peraturan IEE berkaitan dengan soket alur keluar. i. 553-2 Setiap palam dan soket alur keluar hendaklah
tidak boleh berbalik pinnya ( hanya satu arah sahaja sahaja yang boleh masuk kedalam soket alur keluar ) dan di reka agar fius itu tidak tidak boleh bersambungan dengan pengalir pelindung kecuali untuk bekalan voltan keselamatan yang amat rendah.
ii. 553-8 Jika soket alur keluar di pasang menegak ke dinding atau sebarang struktur, soket itu hendaklah berada pada ketinggian tidak kurang daripada atas paras lantai ( kira-kira 30 cm ) atau sebarang permukaan kerja bagi tujuan mengurangkan bahaya mekanik pada palam soket alur keluar atau kabel/kord mudah lentur semasa memasang atau menanggalkan palam.
d. Bincangkan 3 peraturan IEE yang berhubung dengan pemasangan lampu berfilamen.
i. Hanya untuk litar yang voltannya tidak melebihi 250 volt ii. Sentuhan tengah pemegang lampu edison disambung ke
pengalir hidup
iii. Tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai pelindung arus lebih yang kadarannya lain daripada kadaran yang ditetapkan.
1. Aksesori ialah sebarang alat tambah yang tidak memerlukan arus elektrik dan merupakan pelengkap pada sesuatu litar pendawaian.
2. Pemasangan aksesori mestilah berpandukan kepada peraturan IEE/STG.
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
SELAMAT MENCUBA
Soalan 1-1
a. Sebagai seorang juruteknik di sebuah hotel terkemuka, anda dikehendaki membuat pemasangan 10 unit lampu berfilamen tungsten 150 watt di lokasi yang telah ditetapkan. Anda dikehendaki menyediakan aksesori yang diperlukan untuk
pemasangan tersebut mengikut kreativiti anda. Gunakan ruangan seperti di bawah untuk menjawab soalan ini.
Bil Item Kuantiti
01
b. Nyatakan 2 tempat kawalan lampu yang biasa menggunakan suis 2 hala.
ST/FB/RM/2004
PENILAIAN
KENDIRI
c. Terangkan tentang binaan, kegunaan dan beban yang boleh ditanggung oleh soket alur keluar 13 amp.
d. Lakukan latihan berdasarkan kepada lembaran kerja BIL. A KRITIKAL SKIL 1 dan KRITIKAL SKIL 2.
Sudahkah anda mencuba?
Jika YA sila semak jawapan di bawah
Jika TIDAK sila selesaikan bahagian penilaian kendiri terlebih dahulu.
Jawapan Soalan 1-1
a. Sebagai seorang juruteknik di sebuah hotel terkemuka, anda
dikehendaki membuat pemasangan 10 unit lampu berfilamen tungsten 150 watt di lokasi yang telah ditetapkan. Anda dikehendaki
menyediakan aksesori dan peralatan yang diperlukan untuk pemasangan tersebut mengikut kreativiti anda. Gunakan ruangan seperti di bawah untuk menjawab soalan ini.
Bil Item Kuantiti
01 Lampu filamen tungsten 150 watt
10 02 Pemegang lampu pangkal kilas 10
03 Suis 1 kutub 10
04 Test pen 1
05 Tukul pendawaian 1
MAKLUM BALAS
09 Klip kabel Secukupnya
10 Paku pendawaian Secukupnya
11 Skru kayu 1 inci Secukupnya
12 Multimeter 1
b. Nyatakan 2 tempat kawalan lampu yang biasa menggunakan suis 2 hala. i. Di Tangga.
ii. Di Beranda.
c. Terangkan tentang binaan, kegunaan dan beban yang boleh ditanggung oleh soket alur keluar 13 amp.
i. Soket alur keluar ini mempunyai badan yang dibuat daripada barkelit atau logam. Ia mempunyai tiga pin dan palamnya berfius.
ii. Ia digunakan untuk membekalkan litar kuasa dan disambung dalam litar jejari atau litar gelang.
iii. Ia mampu membawa beban sehingga 3 kilowatt pada voltan 250 volt arus ulang alik
d. Rujuk lampiran