• Tidak ada hasil yang ditemukan

utamaW41

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "utamaW41"

Copied!
119
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

2

Faktor kegagalan Utama Calon

Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice

Legal Notice

Legal Notice

Legal Notice

 Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (002091193-K)

 Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya

menyalahi Akta Hakcipta.

 Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web

www.PenguasaKastam.com, sila laporkan kepada kami melalui email support@rujukankerjaya.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda

 Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami

Disclaimer

Disclaimer

Disclaimer

Disclaimer

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam W41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam

Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.Infokerjaya Resources tida kaitan dengan pihak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

(3)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja www.PenguasaKastam.com 3

P

P

P

Pen

en

engenala

en

genala

genalan

genala

n

n

n

(Maklumat ini adalah edaran umum SPA)

Jawatan Penguasa Kastam untuk sesi peperiksaan 6 SEPTEMBER 2014 ini adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia

Gaji minimum Gaji maksimum Kadar kenaikan gaji tahunan

RM1,925.00 RM8,685.00 RM225.00 Jadual Gaji W41

Syarat Lantikan (edaran umum SPA) :

 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 [ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau

 Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 [ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau

 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 [ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau

 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

 Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;  [ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau

(4)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

4

 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;

 [ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau  Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;

 [ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan

 lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak

dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

1. Mempunyai kelayakan di atas; atau 2. Lulus Peperiksaan Khas; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas

 Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan

pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen

 Memproses permohonan lesen gudang eksais, gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

 Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

 Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/

penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

(5)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja www.PenguasaKastam.com 5

RUJUKAN PANTAS

RUJUKAN PANTAS

RUJUKAN PANTAS

RUJUKAN PANTAS

Nota Ringka

Nota Ringka

Nota Ringka

Nota Ringkas ini adalah

s ini adalah

s ini adalah

s ini adalah

hi

hi

hi

himpunan tajuk

mpunan tajuk

mpunan tajuk

mpunan tajuk----tajuk penting

tajuk penting

tajuk penting

tajuk penting

berkaitan tugas, skop Jawatan

berkaitan tugas, skop Jawatan

berkaitan tugas, skop Jawatan

berkaitan tugas, skop Jawatan

Penguasa Kastam

Penguasa Kastam

Penguasa Kastam

Penguasa Kastam

Nota 1 : Struktur Organisasi Bahagian Penguatkuasaan

Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu : 1. Ibu Pejabat

2. Negeri 3. Stesen

Ibu Pejabat

 Bahagian Penguatkuasaan di Ibu Pejabat diketuai oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) berjawatan JUSA B.

 Beliau bertanggungjawab terus kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan).

 Beliau dibantu oleh dua orang Ketuan Cawangan berjawatan Gred JUSA C dan 3 Pegawai berjawatan Gred W54

Negeri

 Bahagian Penguatkuasaan diketuai oleh :

 Timbalan Pengarah Kastam berjawatan Gred W54 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan JUSA C)

 Penolong Kanan Pengarah Kastam Gred W52 atau W48 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W54).

 Penolong Pengarah Kastam Gred W44 (bagi negeri yang diketuai oleh Pengarah berjawatan Gred W52)

Stesen

 Bahagian Penguatkuasaan diketuai sama ada :  Penolong Pengarah Kastam Gred W44 atau

(6)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

6

 Penguasa Kastam Gred W41, bergantung kepada negeri di mana stesen itu terletak.

Nota 2 : 8 Fungsi Bahagian Penguatkuasaan

1. Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.

2. Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke aras premis yang disyaki.

3. Menjalankan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan sama ada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 4. Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan

mematahkan saluran penghantaran sindikit, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penngelidahan, operasi dan perang saraf.

5. Membuka Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan sama ada melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun.

6. Menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen.

7. Mengadakan kempen anti penyeludupan sebagai mekasnisma memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasaan di dalam dan luar negara.

8. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan hak harta intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of Mass Destruction (WMD).

Nota 3 : 5 Tugasan Utama Bahagian Penguatkuasaan

Terdapat 5 tugasan utam bagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam. 1. Pencegahan dan Rampasan

2. Siasatan 3. Pendakwaan 4. Narkotik 5. Risikan

(7)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

7

Pencegahan dan Rampasan

 Menjalankan tugas-tugas pencegahan penyeludupan di darat dan laut.  Pengurusan barang-barang rampasan dan lucut hak.

Siasatan

 Membuat siasatan ke atas kes-kes

 Memantau perkembangan kertas siasatan yang berprofil tinggi.  Pemantauan ke atas kertas siasatan.

 Mengkaji kekuatan dan kelemahan kertas siasatan.

 Melaksanakan penyelesaian kes-kes berasaskan keputusan melalui perbincangan meja bulat.  Melaksanakan siasatan secara bersepadu ke atas kes-kes penting bagi tujuan

mempercepatkan penyelesaian tempoh siasatan.

Pendakwaan

 Mengkaji kelemahan dan kekuatan siasatan.  Menjalankan pendakwaan

 Mengkaji dan mencadangkan pindaan ke atas undang-undang tadbiran Jabatan.  Mengkaji keputusan penghakiman untuk dijadikan tanda aras

 Melakukan kajian kes-kes

Narkotik

 Merancang pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah Negara dalam bidang penguasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah Jabatan

 Melaksanakan aktiviti pengesanan/penguatkuasaan di semua pintu masuk negara melalui darat, laut dan udara.

 Merancang aktiviti risikan dadah melalui kaedah risikan strategik dan operational ke atas individu / sindiket yang terlibat.

 Memberi arahan dan nasihat berkenaan hal Penguatkuasaan dan penyiasatan kes dadah kepada negeri.

 Menyediakan bekalan / peralatan yang mencukupi dan anjing pengesan dadah yang terlatih bagi menjalankan aktiviti pengesanan dengan berkesan.

 Mengeluarkan surat pekeliling, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes yang berkaitan dengan dadah.

Risikan

(8)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

8

 Meneliti dan mengkaji laporan perisikan dan profil yang dihantar oleh negeri / stesen untuk diambil tindakan susulan.

 Membuat kajian dan analisis khas ke atas aktiviti penyeludupan bagi tujuan merancang dan menyusun strategi Penguatkuasaan.

 Mengkaji dan menganalisis maklumat / aduan mengenai penyeludupan dan penyelewengan yang diterima dan dikumpul dari pelbagai sumber dan seterusnya menyusun strategi dan mengeluarkan arahan untuk tindakan selanjutnya.

 Mengeluarkan dan mengedar surat-surat pekeliling Penguatkuasaan, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes.

 Mewujud dan meningkatkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain dalam dan luar negeri.

 Merancang dan mengeluarkan perintah / arahan operasi untuk dilaksanakan oleh negeri bagi menangani penyeludupan dan penyelewengan secara berkala mengikut kesesuaian / keperluan dan seterusnya menyediakan laporan hasil pelaksanaan sesuatu operasi itu.  Memberi bantuan siasatan kepada negeri / stesen dan juga agensi-agensi penguatkuasaan

lain dalam dan luar negara.

Nota 4 : Piagam Pelanggan Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat

1. Semua aduan awam dan maklumat yang lengkap yang diterima dari orang awam hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

2. Menjalankan siasatan yang lengkap dan kemaskini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kes diperolehi bagi membolehkan keputusan dibuat.

3. Membuat pembayaran hadiah kepada ampoma dalam tempoh 7 hari dari tarikh cek pembayaran diterima daripada Cawangan Kewangan.

4. Mengeluarkan keputusan semua kes rayuan dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan diperolehi

5. Memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak dalam temph 2 minggu dari tarikh keputusan maktamad dibuat.

6. Melaksanakan pelupusan barang-barang lucuthak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diperolehi.

(9)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

9

Nota 5 : Struktur Organisasi Jabatan Kastam

Struktur organisasi jabatan kastam terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti berikut :  Bahagian Penguatkuasaan

 Bahagian Pengurusan Pematuhan  Bahagian Kastam

 Bahagian Cukai Dalam Negeri  Bahagian Perkhidmatan Teknik

 Bahagian KPSM (Khidmat Pengurusan Sumber Manusia)  Bahagian Perancangan Korporat

 Bahagian Perundangan  AKMAL

Nota 6 : Fungsi Bahagian Pengurusan Pematuhan

1. Menjalankan auditan ke atas pelesen / pengimport dengan sistematik, cekap dan berkesan. 2. Memastikan hasil dipungut dengan betul dan tepat bagi mengelak kehilangan hasil.

3. Memantau dan menyelaras aktiviti auditan di negeri-negeri dan menilai keberkesanan program auditan.

4. Mengkaji dan menilai perlaksanaan prosedur auditan ke atas pelesen bagi tujuan penambahbaikan.

5. Membuat analisa ke atas hasil Auditan bagi mengenalpasti punca ketidakpatuhan syarikat ke atas perundangan dan peraturan yang ditetapkan.

6. Memastikan pelesen/pengimport memahami dan mematuhi perundangan dan peraturan perkastaman yang berkaitan.

7. Menjalankan investigative audit ke atas pelesen / pengimport yang melakukan penyelewengan dan mengambil tindakan mahkamah.

8. Melaksanakan auditan khas / serbuan ke atas pelesen / pengimport bagi kes-kes aduan / maklumat yang diterima.

Nota 7 : Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan

 Mengambil tindakan dalam tempoh 24 Jam ke atas maklumat dan aduan yang diterima.  Mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit dalam tempoh 14 hari dari tarikh

(10)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

10

Nota 8 : Cawangan Bahagian Kastam

 Bahagian Kastam Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia diketuai oleh seorang Pengarah Kastam (Gred VU7)

 Beliau dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah Kastam (Gred 54).

 Bahagian kastam dibahagikan kepada 2 cawangan dan 11 unit seperti berikut :

1. Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian  Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan  Unit Pengurusan & Kawalan Kemudahan & Insentif  Unit Pengurusan Pelesenan Pangkalan Data

 Pengurusan & Kawalan Zon Perindustrian Perdagangan Bebas  Unit Pengurusan & Kawalan Gudang Pengilangan Berlesen

2. Cawangan Import/Eksport & Kawalan Sempadan  Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Import  Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Eksport

 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai/Kedai Bebas Cukai

 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Penumpang/Kawalan Sempadan.  Unit Analisis & Dasar Percukaian

 Unit Komitmen Antara Agensi

Nota 9 : Fungsi Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan

 Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar, perundangan dan prosedur berkaitan dengan aktiviti penggudangan.

 Menimbang dan memperakukan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Awam dan Depoh Pelepasan Dalam (ICD) kepada Perbendaharaan untuk kelulusan.

 Menimbang dan meluluskan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Persendirian.  Menimbang dan meluluskan permohonan remisi duti/cukai di bawah seksyen 18 Akta

Kastam 1967 dan seksyen 33 Akta Cukai Jualan !972

 Memantau aktiviti penggudangan dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan.  Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang/pelabur.

Nota 10 : Fungsi Unit Pengurusan Kawalan Kemudahan Dan Insentif

 Mengkaji polisi, perundangan dan prosedur berkaitan dengan pengecualian duti / cukai yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

(11)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

11

 Mengkaji amalan perdagangan dan perindustrian global bagi mengenalpasti penambahan kemudahan yang boleh diberikan.

 Menimbang dan memperakukan permohonan syarikat-syarikat untuk diiktirafkan status Authorised Economic Operator (AEO).

 Memperaku permohonan remisi duti / cukai untuk barangan yang memperolehi pengecualian oleh Menteri Kewangan. (Seksyen 14A Akta Kastam 1967)

 Mengadakan program kesedaran mengenai dasar-dasar terkini untuk meningkatkan pengetahuan dan pematuhan oleh syarikat/pengilang.

Nota 11 : Fungsi Unit Pengurusan Pangkalan Data Perkastaman

 Merancang pengumpulan data maklumat dan mengumpul data berkaitan perkastaman.  Membangunkan petunjuk risiko aktiviti perkasataman.

 Menjalankan analisis data untuk mengenalpasti potensi, trend dan kelemahan aktiviti perkastaman.

 Menyedia dan membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan mengikut keperluan.  Menyalurkan maklumat ke negeri / stesen profil risiko dan arahan berjaga-jaga.  Menyediakan laporan buletin statistik, laporan suku tahun dan laporan tahunan.

Nota 12 : Fungsi Unit Pengurusan Dan Kawalan Zon Perindustrian Dan Zon Perdagangan

 Mengkaji dasar, perundangan dan prosedur berkaitan Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

 Membuat penambahbaikan berkaitan peraturan / prosedur di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

 Memantau aktiviti di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

 Memproses permohonan kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan aktiviti nilai tambah di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.  Memproses permohonan pengecualian duti ke atas 'manufacturing aids'

 Memberi khidmat nasihat dan konsultasi komuniti pedagang / pelabur.

Nota 13 : Fungsi Unit Pengurusan Dan Kawalan Gudang Pengilangan Berlesen

 Merangka, memperaku, mengkaji dan menyelaras dasar, prosedur dan aktiviti berkaitan Gudang Pengilangan Berlesen.

 Memantau aktiviti Gudang Pengilangan Berlesen dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan yang dilakukan serta mengambil tindakan penambahbaikan ke atas sistem pemantauan dan kawalan.

 Mengkaji dan memproses permohonan aktiviti nilai tambah, kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan penjualan 'replacement parts' sebagai alatganti.  Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.

(12)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

12

Nota 14 : Fungsi Pengurusan Dan Penguatkuasaan Import

 Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti

import/transhipment/ Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.

 Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang releven.

 Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.

 Meluluskan permohonan lanjutan tempoh masa untuk kemudahan import sementara dan ATA Camet.

 Meluluskan penggunaan Bon Am.

 Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.

Nota 15 : Fungsi Unit Pengurusan dan Penguatkuasaan Eksport

 Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti

eksport/transhipment/ Agen Penghantaran dan Perkapalan selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS), Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.

 Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang releven.

 Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.

 Memproses permohonan lanjutan eskport sementara.

 Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.

Nota 16 : Fungsi Unit Pengurusan Dan Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai (PBC) / Kedai Bebas Cukai (KBC)

 Merangka, memantau, menyelaras dan memperaku dasar, perundangan, fasilitasi serta prosedur berkaitan dengan PBC dan KBC.

(13)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

13

 Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dn KBC  Memproses permohonan remisi / pemusnahan dibawah seksyen 18 Akta Kastam 1967  Merangka dasar dan mengurus aktiviti lesen import ke atas rokok dan minuman keras.  Merangka dasar dan mengurus aktiviti Had Gerakan.

 Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC  Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan PBC dan KBC.

Nota 17 : Fungsi Unit Pengurusan Kawalan Penumpang / Kawalan Sempadan

 Merangka, memperaku, memantau dan menyelaras pelaksanaan dasar baru/ pindaan undang-undang berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang/sempadan.  Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti kawalan

penumpang/sempadan.

 Mengkaji dasar-dasar pergerakan dagangan In-transit termasuk truck flight.

 Mengkaji keperluan untuk menubuhkan stesen sempadan dan tempat pendaratan yang sah.  Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dengan keselamatan kawalan

sempadan negara.

 Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.

Nota 18 : Fungsi Unit Analisis Dan Dasar Cukai

 Mengkaji dan menganalisis isu-isu perkastaman dan keberkesanan dasar-dasar cukai, peraturan-peraturan yang sedia ada.

 Mencadangkan dasar-dasar cukai peraturan baru.

 Mengkaji sistem penyampaian perkhidmatan perkastaman dari masa ke semasa.

Nota 19 : Fungsi Unit Komitmen Antara Agensi

 Memberi khidmat nasihat berkenaan dasar, perundangan dan prosedur perkastaman kepada pelabur/bakal pelabur.

 Menjalin networking dan mempertingkatkan kerjasama dengan MIDA, Agensi-agensi di bawah MITI dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain (OGAs) berkaitan perundangan dan prosedur perkastaman.

Nota 20 : Piagam Pelanggan Jabatan Kastam

1. Pelaksanaan pelepasan kastam (custom clearance) bagi dagangan import dalam tempoh 180 minit (mod udara), 130 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).

2. Melaksanakan pelepasan kastam (custom clearance) bagi dagangan eksport dalam tempoh 30 minit (mod udara), 180 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).

(14)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

14

3. Meluluskan pelepasan kastam (custom clearance) bagi dagangan secara transit dalam tempoh 60 minit (mod udara), 130 minit (mod laut) dan 30 minit (mod darat).

4. Melaksanakan pelepasan penumpang dalam tempoh 30 minit.

5. Meluluskan permohonan lanjutan tempoh Import Sementara bagi pengimportan yang melebihi setahun dari tarikh laporan lengkap diterima daripada Pengarah Kastam Negeri. 6. Meluluskan permohonan Had Gerakan dalam masa tiga (3) hari.

7. Meluluskan permohonan lesen Gudang Berlesen Persendirian dan Agen Awam dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh laporan lengkap diterima daripada Pengarah Kastam Negeri. 8. Permohonan Lesen bagi Gudang Berlesen Awam, Depoh Pelepasan Pendalaman dan Kedai

Bebas Cukai yang diterima daripada Pengarah Kastam Negeri akan diproses dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari. 9. Meluluskan permohonan pengecualian duti untuk jualan tempatan, permohonan

pemindahan/pengeksportan bahan mentah, komponen, mesin dan alat kelengkapan dan permohonan operasi Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC) dalam tempoh tujuh (7) hari.

* Nota : Komitmen di atas ini adalah tertakluk kepada dokumen lengkap yang dikemukakan.

Nota 21 : Visi Misi dan Etika Kastam VISI :

Menjadikan perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015 MISI :

I. Memacu pertumbuhan ekonomi

II. Memelihara keselamatan Negara dan kesejahteraan rakyat melalui pungutan hasil III. Fasilitasi perdagangan dan perindustrian serta mematikan pematuhan undang-undang

secara cekap dan berkesan

ETIKA PERKHIDMATAN

Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (ABID)

BUDAYA ORGANISASI (T.R.U.S.T) Togetherness

Respect Understanding

(15)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

15

Spiritual Totality

Nota 22 : 5 Teras Strategik Utama Digubal

Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritika dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.

Lima Teras Strategik tersebut adalah :

1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nila-nilai Murni Ke Arah Kecermelangan Organisasi Berasakan Konsep Satu Kastam

2. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan KEcekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

3. Memeprtingkatkan KEcekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara 4. MEmantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian Bagi

Meningkatkan Daya Saing Negara

5. MEmpertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara.

Nota 23 : Fungsi Dan Peranan JKDM

1. Memungut Hasil Negara

Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan. 2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian

JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih

mengutamakan sektor perindustrian. 3. Memastikan Pematuhan Perundangan

JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

(16)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

16

Nota 24 : SLOGAN KASTAM

“Anda Ceria Kami Gembira”

‘Anda’ bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders Pelanggan Dalaman  Pegawai-pegawai JKDM  Kelaurga Pegawai Pelanggan Luarana  Pengimport/Pengeksport  Pengilang/Pengusaha/Peniaga  Agen Penghantaran  Pelawat/Pelancong

 Badan Berkanun Persekutuan  Rakyat/Orang Awam

Nota 25 : Fokus Pembangunan Pelan Strategik JKDM

3 Fokus pembangunan telah dikenalpasti iaitu : 1. Pembangunan Insan

Insan bermaksud manusia, iaitu sumber yang paling penting dalam sesebuah organisasi disamping sumber-sumber lain seperti mesin dan peralatan, kewangan, sistem dan prosedur kerja. Manusia adalah penggerak organisasi dan menentukan kejayaan pencapaian visi, misi matlamat dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. JKDM memerlukan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berintegriti, pakar, inovatif dan proaktif disamping dapat memastikan JKDM mencapai Visi dan Misinya

2. Pembangunan Sistem

Perkataan sistem adalah daripada perkataan latin iaitu systema bermaksud satu set entiti yang saling berinteraksi dan bantu membantu membentuk suatu integrasi keseluruhan. Sistem dari aspek pengurusan boleh didefi nasikan sebagai satu kumpulan yang terdiri daripada dasar-dasar, prosedur, kaedah, pekerja, mesin atau lojistik dan lain-lain elemen yang berinteraksi serta membolehkan organisasi mencapai matlamatnya.

3. Pembangunan Output/Outcome

Output terbahagi kepada dua iaitu ouput organisasi dan output proses. Output organisasi atau outcome adalah output akhir iaitu merupakan kesan/impak daripada proses-proses yang dilakukan manakala output proses adalah dihasilkan daripada tindakan-tindakan yang dilakukan dalam proses berkenaan. Output organisasi atau outcome adalah seperti jumlah

(17)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

17

pungutan hasil, tahap kepuasan pelanggan dan persepsi masyarakat terhadap JKDM. Output proses adalah seperti kertas-kertas siasatan, laporan pemeriksaan akaun, laporan pasca audit dan sebagainya.

Nota 26 : Model Trasnformasi Kastam

Nota 27 : 5 Teras Strategik

Lima Teras Strategik utama telah dikenalpasti bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritikal dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan. Lima Teras Strategik tersebut adalah seperti berikut:

1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan

Pembudayaan Nilai-nilai Murni Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Berasaskan Konsep Satu Kastam

(18)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

18

Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

3. Mempertingkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara

4. Memantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian bagi Meningkatkan Daya Saing Negara 5. Mempertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk

Memelihara Kepentingan Ekonomi, Sosial dan Keselamatan Negara

Nota 28 : 7 Elemen Penentu Kejayaan

Tujuh elemen utama dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelan strategik ini seperti berikut:

 PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT)

o Ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan pentadbiran serta system penyampaian perkhidmatan akan dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan sistem Pengurusan Ilmu atau Knowledge Management (KM). Penggunaan optimum KM akan memastikan penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai teras strategic JKDM.

 PEMBANGUNAN MODAL INSAN

o Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan mentor-mentee, coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja.

 KOMITMEN PENGURUSAN ATASAN

o Pengurusan atasan JKDM perlu memberikan perhatian serius serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat warga JKDM.

 INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR

o JKDM sentiasa berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang baik bagi menyokong operasinya. Kemudahan infrastruktur dan infostrukutur yang baik serta disokong oleh sumber manusia yang berkeupayaan akan memacu JKDM ke arah pencapaian matlamat perancangan strategik dengan lebih cemerlang.

(19)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

19

 KAPASITI ORGANISASI

o Kapasiti organisasi JKDM akan diperkukuhkan agar dapat melaksanakan program/tindakan baru ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan. Kapasiti ini akan disokong oleh struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan projek.  PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESAN

o Kejayaan pelan strategik ini amat bergantung kepada cara pelaksanaan dan pemantauan yang mantap. Pemantauan diadakan secara berkala dan

penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya ia sentiasa berada dilandasan yang betul.

 KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIK

o Kajian semula Pelan Strategik JKDM akan diadakan pada tahun 2012 untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan teras strategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian semula akan mengambilkira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik JKDM.

Nota 29 : Pengurusan Tertinggi JKDM

Nama Jawatan

1. Dato’ Sri Khazali bin Hj. Ahmad Ketua Pengarah Kastam Malaysia 2. Dato’ Hj. Matrang bin Suhaili Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Penguatkuasaan/Pematuhan) 3. Dato’ Hj. Zainul Abidin bin Taib Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) 4. Dato’ Abdul Rahman bin Othman Timbalan Ketua Pengarah Kastam

(Pengurusan)

5. Dato’ Hj. Hassan bin Ibrahim Pen. Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

(20)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

20

Nota 30 : Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Nama Mula Berkhidmat Tamat Perkhidmatan En Abdul Rahman bin Ariffin 10.2.1964 13.6.1965 Tan Sri Hamzah bin Wan Muhamad 14.9.1965 30.4.1972 Tan Sri Hj. Daiman bin Jamaluddin 1.5.1972 18.11.1976 Dato’ Hj. Mohd Khalid bin Sahol 19.11.1976 16.10.1978 Tan Sri Datuk Abdul Rahim bin

Dato’ Tak

30.8.1978 15.3.1985

Dato’ Hj. Mohd Nor bin Abdul Hamid

16.3.1985 16.4.1997

Datuk Hj. Ahmad Padzli bin Mohyiddin

17.4.1997 30.7.2000

Tan Sri Abdul Halil bin Abd Mutalib 1.8.2000 4.10.2005 Dato’ Sri Hj. Abd Rahman bin Abd

Hamid

5.10.2005 2.10.2008

Dato’ Sri Hj. Ibrahim bin Hj. Jaapar 3.10.2008 2.10.2010 Dato’ Sri Mohamed Khalid Hj. Yusuf 3.10.2010 1.6.2012 Dato’ Sri Khazali bin Hj. Ahmad 22.6.2012 Sekarang

Nota 31 : Keistimewaan Diplomatik dan Konsular Asing

Ordinan Diplomatik dan Konsular 1957 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Vienna Convention 1966) membenarkan Perwakilan Diplomatik (Suruhanjaya Tinggi?Kedutaan Besar/Konsulat

Jeneral/Konsulat) serta kakitangan Perwakilan Diplomatik (pegawai-pegawai diplomatic dan bukan diplomatic Negara-negara berkenaan) dan bdana-badan antarabangsa mengimport atau membeli daripada gudang berlesen atau gudang eksais tanpa bayaran cukai/duti.

Bentuk-bentuk keistimewaan

 Mengimport atau membeli barang-barang daripada gudang berlesen/gudang eksais tanpa membayar duti/cukai sepanjang tempoh bertugas di Malaysia

 Semua pengimport yang dibuat atas nama pegawai diplomatic tidak dibuka untuk tujuan pemeriksaan kecuali atas sebab-sebab yang sangat perlu oleh pegawai kanan kastam

(21)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

21

Nota 32 : Eksport Sementara

Eksport sementara adalah kemudahan yang diberikan kepada pengeksport yang layak untuk mengeksport barang-barang untuk dibaiki (repair), tujuan propaganda, penyelidikan, demonstrasi dan akan mengimport semula dengan tuntutan pengecualian duti import/cukai jualan dibawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 dengan syarat-syarat tertentu.

Nota 33 : Gudang Berlesen

Gudang Berlesen merupakan gudang yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastma 1967 untuk penyimpanan barangan berduti yang mana pembayaran duti dan cukai ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk dieksport semula. Terdapat beberapa kategori Gudang Berlesen yang ditawarkan dan aktiviti-aktiviti yang diberikan.

Permohonan lesen gudang hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis gudang dan tertakluk kepada syarat-syarat serta prosedur permohonan yang ditentukan. Peringkat pertimbangan untuk kelulusan lesen gudang adalah bergantung kepada kategori gudang. Gudang Berlesen Awam dipertimbangkan dipeingkat Kementerian Kewangan, manakala gudang berlesen persendirian dipertimbangkan diperingkat Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya dan gudang PEKEMA oleh Pengarah Kastam Negeri. Bagi permohonan yang diluluskan, bayaran lesen Gudang akan dikenakan sebanyak RM1200 setahun dan bagi agensi kerajaan bayaran lesen

sebanyak RM120.00 setahun. Kategori Gudang Berlesen :

1. Gudang Berlesen Awam (GBA) 2. Gudang Berlesen Persendirian (GBP) 3. Gudang Berlesen PEKEMA

4. Gudang Berlesen Petroleum (Petroleum) 5. Gudang Berlesen Awam (Petroleum) 6. Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)

Nota 34 : Syarat Gudang Berlesen Awam (GBA)

 Menyimpan barangan pelanggan yang berduti/cukai belum bayar  Sekurang-kurangnya memilik 30% ekuiti bumiputera

 Modal berbayar untuk penyimpanan barangan kritikal RM1 Juta dan barangan bukan kritikal RM250,000

 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal 4645.15 meter persegi/ 28000m3 isipadu atau 20000 kaki persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritikal adalah 1858.06 meter persegi, 20000 kaki persegi atau 12000 m3 (cubic meter) isipadu  Lulus tapisan keselamatan

 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai terlibat

(22)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

22

Nota 35 : Syarat Gudang Berlesen Persendirian (GBP)

 Menyimpan barangan sendiri yang duti/cukai belum dibayar

 Model Berbayar sekurang-kurangnya RM150,000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnya RM100,000

 Nilai barangan yang disimpan dalam satu (1) tahun sekurang-kurangnya RM5 Juta bagi barangan kritikal dan RM2 Juta untuk barangan bukan kritikal

 Kelonggaran syarat ke atas nilai barangan yang disimpan dalam setahun diberikan kepada Gudang Berlesen yang memenuhi salah satu ciri atau keadaan berikut :

o GBP yang terdapat di Bandar kecil di mana tidak ada lemudahan Gudang Berlesen Awam

o GBP untuk bekalan kapal (Ship chandlery) di Pelaburan yang tidak mempunyai kemudahan GBA

 10% Jaminan Bank dari Jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat

Nota 36 : Syarat Gudang Berlesen Awam (Petroleum)

 Menyimpan petroleum/diesel oleh pelanggan yang berduti/cukai belum bdibayar  Sekurang-kurangnya memiliki 30% ekuiti bumiputera

 Modal berbayar untuk penumpanan barangan kritikal RM1 Juta dan barangan bukan kritikal RM250,000

 Keluasan premis untuk menyimpan barangan kritikal 4645.15 meter persegi/ 28000m3 isipadu atau 20000 kaki persegi. Keluasan premis untuk menyimpan barangan bukan kritkal 1858.06 meter persegi, 20000 kaki persegi atau 12000m3 (cubic meter) isipadu

 Lulus tapisan keselamatan

 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai yang terlibat

Nota 37 : Syarat Gudang Berlesen Persendirian (Petroleum)

 Menyimpan barangan (petroleum) kepunyaan sendiri yang berduti/cukai belum berbayar  Model Berbayar sekurang-kurangnya RM150000 bagi penyimpanan barangan kritikal dan

untuk barangan bukan kritikal adalah sekurang-kurangnya RM100,000

 Nilai barangan yang disimpan dalam satu (1) tahun sekurang-kurangnya RM5 Juta bagi barangan kritikal dan RM2 Juta untuk barangan bukan kritikal

 Lulus Tapisan Keselamatan

 10% Jaminan Bank dari jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti/cukai terlibat

Nota 38 : Syarat Gudang Berlesen PEKEMA

 Menyimpan kenderaan import yang duti/cukai belum berbayar  100% Bumiputera dan disahkan sebagai ahli PEKEMA

 Lulus tapisan keselamatan  Bon Am diperlukan

(23)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

23

Nota 39 : Zon Bebas

Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan dibawah peruntukan Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu Zon PErdagangan atau Zon Perindustrian Bebas. ZOn Bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2(1A) Akta KAstam 1967, Seksyen 2 Akta Eksais 1976, Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Zon Perdagangan Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon Perindustrian Bebas dibenarkan menjalan aktiviti pengilangan. Permohonan untuk menubuhkan Zon Bebas hendaklah dimajukan kepada Kementerian Kewangan dan sesalinan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat.

Bagi syarikat yang ingin menjalan operasi di dalam kawasan zon yang telah diwartakan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Zon yang berkenaan.

Syarikat yang beroperasi di dalam Zon Bebas boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais cukai jualan atau cukai perkhidmatan kecuali bagi barang tertentu di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas barang-barang dan perkhidmatan) 1988. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke Zon Bebas hendaklah menggunakan

borang/dokumen yang ditetapkan.

Nota 40 : Aktiviti Perdagangan

Termasuklah berniaga (tidak termasuk perniagaan runcit), memecah pukal, mengred, pembungkusan semula, melabel semula dan transit.

Nota 41 : Aktiviti Pengilangan

Penukaran dengan cara tangan atau jentera bahan organic atau tak organic kepada sesuatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, komposis, jenis atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah memasang bahagian-bahagisan menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan dan istilah ‘aktiviti mengilang’ dengan variasi gramatisnya dan dengan ungkapa seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan

sewajarnua dan berkaitan dengan istilah itu, ia hendaklah termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai aktiviti mengilang :

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan hasil bagi apa-apa pengilangan atau aktiviti itu bukanlah keluaran barang yang baru.

(24)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

24

Nota 42 : Perintah Zon Bebas (Pengecualian Barang-barang dan Perkhidmatan) 1998

1. Forklift 2. 1A. Crane

3. Construction/ building materials and equipment 4. Office equipment/furniture

5. Fire fighting and pullotion control equipment 6. Moter Vehicle and spare parts

7. Petroleum/petroleum products 8. Tyres

9. Explosives and chemicals 10. Air conditioning equipment 11. Manufacturing Aids

12. All goods and services which are not used directly in the activities approves under the first and Second Schedules of the act

Nota 43 : Kedai Bebas Cukai

Kedai Bebas Cukai (KBC) ditubuhkan di bawah Seksyen 65D Akta Kastam 1967 untuk membolehkan pelancong-pelancong antarabangsa, pemegang pas sempadan, anak-anak kapal dan warganegara yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk membeli barangan tanpa perlu membayar duti/cukai. Terdapat beberapa kategori Kedai Bebas Cukai yang dilesenkan dan tertakluk kepada kelayakan dan had pembelian.

Permohonan lesen KBC hendaklah dikemukanakn kepada pejabat Kastam dimana premis perniagaan akan dijalankan tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan dokumen sokongan yang

ditetapkan Pertimbangan kelulusan adalah diperingkat Kementerian Kewangan. Bagi permohonan yang diluluskan bayaran lesen dikenakan sebanyak RM600 setahun

Nota 44 : Kategori Kedai Bebas Cukai (KBC)

1. KBC Bandaraya

 Lokasi : Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kuching  Kelayakan Pembeli

o Pelancong-pelancong Antarabangsa yang akan meninggalkan Malaysia o Tidak Boleh dijual kepada

 Warganegara Malaysia

 Pembeli yang tidak hadir sendiri

 Pembeli-pembeli yang akan keluar dari Malaysia melalui jalan raya

 Pemebli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian meninuman keran rokok

 Minuman keras kepada orang islam  Had pembelian bagi seorang :

o Bir dalam tin : 48 tin (2 crane)

o Minuman keran : 3 botol (1 litre sebotol) o Rokok : 3 karton (200 batang sekarton)

(25)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

25

2. KBC Lapangan Terbang

 Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) seperti : o LTA Kuala Lumpur, Sepang

o LTA Bayan Lepas (Pulau Pinang) o LTA Senai (Johor)

o LTA Subang (Selangor) o LTA Kota Kinabalu (Sabah) o LTA Kuching (Sarawak)  Kelayakan Pembeli :

o Penumpang dan anak kapal yang tiba/ akan berlepas keluar Negara o Tidak boleh dijual kepada:

 Pembeli yang tidak hadir sendiri

 Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keran dan rokok

 Minuman keras kepada orang Islam o Had pembelian bagi seorang :

 Bir dalam tin (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Minuman keras (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Rokok (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi) 3. KBC Sempadan

 Lokasi : Berada diantara pusat pemeriksaan CIQ Malaysia dengan pusat pemeriksaan CIQ Negara jiran di sempadan Negara seperti di :

o Padang Besar (Perlis) o Bukit Kayu Hitam (Kedah) o Pengkalan Hulu (Perak) o Limbang (Sarawak)  Kelayakan Pembeli :

o Pelancong antarabangsa, pemegang pas sempadan luar negeri dan warganegara Malaysia yang tiba/akan berlepas keluar Negara

o Tidak boleh dijual kepada :

 Pembeli yang tidak hadir sendiri

 Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keras dan rokok

 Minuman keran kepada orang Islam o Had Pembelian bagi seorang :

 Bir dalam tin (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Minuman keras (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Rokok (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi) 4. KBC Dalam Negeri

 Lokasi : Berhampiran pusat pemeriksaan CIQ dipintu kelur masuk negara dan di dalam Kawasan Utama Kastam (KUK) seperti di Padang Besar (Perlis), Pengkalan Kubor (Kelantan)

 Pelancong Antarabangsa yang memiliki passport antarabangsa, pas sempadan atau Borang IMM.117 yang akan berlepas ke luar Negara

(26)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

26

o Pembeli yang tidak hadir

o Pembeli-pembeli yang tiba dari luar Negara

o Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keran dan rokok

o Minuman keras kepada orang Islam  Had Pembelian bagi seorang :

o Warganegara Malaysia yang memiliki passport antarabangsa atau pas sempadan yang akan berlepas ke luar Negara

 Bir dalam tin : 24 tin (1 crane)

 Minuman Keras : 1 Botol (1 liter sebotol)  Rokok : 1 karton (200 batang sekarton)

o Pelancong Antarabangsa yang memiliki passport antarabangsa, pas sempadan atau Borang IMM. 117 yang akan berlepas ke luar Negara.

 Bir dalam tin : 48 tin (2 crane)

 Minuman Keras : 3 Botol (1 liter sebotol)  Rokok : 3 karton (200 batang sekarton) 5. KBC Perlabuhan

 Lokasi : Di Pelabuhan seperti : o Pelabuhan Klang (Selangor) o Pasir Gudang (Johor) o Pelabuhan Melaka (Melaka)  Kelayakan pembeli :

o Penumpang dan anak kapal yang tiba/ akan berlepas ke luar Negara o Tidak boleh dijual kepada :

 Pembeli yang tidak hadir sendiri

 Pembeli yang berumur dibawah 21 tahun bagi pembelian minuman keran dan rokok

 Minuman keras kepada orang Islam o Had pembelian bagi seorang :

 Bir dalam tin (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Minuman keras (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

 Rokok (dibenarkan membeli dalam had/kuantiti penggunaan peribadi)

Nota 45 : Syarat Permohonan KBC

 Syarikat didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 Pegangan saham dan penyertaan bumiputra di dalam pengurusan syarikat tidak kurang daripada 30% (KBC Lapangan Terbang, KBC Pelabuhan, KBC Dalam Negeri dan KBC Sempadan atau 70% KBC Bandaraya)

 Lulus tapisan keselamatan JKDM Ibu Pejabat ke atas nama-nama ahli lembaga pengarah syarikat

 Premis perniagaan hendaklah kukuh, selamat dan berjauhan dari premis yang

menyelenggara bahan-bahan yang mudah terbakar atau meletup. Premis perniagaan juga perlu dilengkapi dengan system penggera keselamatan, alat pemadam kebakaran dan memiliki sejil kelayakan menghuni.

(27)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

27

Nota 46 : Alatganti Kapal (Ship Spares)

Alatganti Kapal (Ship Spares) bagi kapal-kapal yang berlayar dan mengalami kerosakan ketika berlabuh di Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia merujuk kepada barang-barang atau artikel bertujuan untuk digabungkan (incorporation) di dalam pakal, bot atau kapal lain bagi tujuan pembinaan (construction), pembaikan (repair), penyelenggaraan (maintenance) atau untuk di pasang (fitting) atau melengkapkan (equipping) kepada kapal, bot atau kapal lain.

Pengimport Alatganti Kapal (Ship Spares) ini hendaklah diimport semata-mata untuk kapal, bot atau kapal lain yang dinyatakan di atas dan hendaklah diikrarkan di bawah kod 9800.00 700 yang tidak tertakluk kepada duti import dan cukai jualan.

Nota 47 : Pengecualian Perbendaharaan

Pengecualian Perbendaharaan adalah satu kemudahan pengecualian duti/cukai ke atas barang-barang yang diberikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menurut Seksyen 12(2) Akta Kastam 1967, Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 11(2) Akta Eksais 1976 kepada

syarikat/individu bagi membantu pertumbuhan industri di Malaysia dalam menghadapi era perindustrian yang lebih global.

Objektif kemudahan ini ialah untuk mengurangkan kos pembelian bagi bahan mentah, koponen, mesin, peralatan, aksesori yang tidak dapat diperolehi dari sumber-sumber tempatan, menggalakkan pertumbuhan industry tempatan yang berorientasikan eskport dan mengurangkan kos pengeluaran barang-barang supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Permohonan boleh dikemukakan kepada pihak MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia). Permohononan akan dikemukakan seterusnya kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk perimbangan. Pemohon diberi proses dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan diterima oleh MIDA.

Nota 48 : ATA Carnet

ATA Carnet adalah dokumen yang digunakan diperingkat antarabangsa kepada Negara yang layak (ahli Konvensyen Istanbul) mengikut syarat-syarat dan prosidur yang ditentukan bagi memberi kemudahan untuk mengimport atau mengeksport barangan secara sementara dengan jaminan dari Malaysia Internasional Chamber of Commerce and Industry (MICCI) bagi melindungi duti yang terlibat, menggunakan Carnet bagi menggantikan penggunaan borang kastam.

Barangan yang diimport sementara hendaklah diesksport semula dalam tempoh 3 bulan atau tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pejabat Kastam pintu masuk pertama. Sekiranya gagal untuk mengeksport semula duti/cukai hendaklah dijelaskan dengan serta-merta di ana-mana Pejabat Kastam berdekatan.

(28)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

28

Sekiranya barangan hendak dijual, duti/cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Satu kelulusan ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu Negara yang menjadi anggota ATA Carnet.

Sekiranya bukan anggota ATA Carnet, pemohon boleh memohon menggunakan Import Sementara. Permohonan ATA Carnet boleh dibuat melalui Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI).

Nota 49 : Barangan Peribadi Yang DIkecualikan Dari Duti/Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara

Semua penumpang yang tiba atau meninggalkan Malaysia dikehendaki mengikrar semua barang yang dibawa bersamanya. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia adalah layak menikmati pengecualian duti/cukai ke atas barang peribadi yang layak sewaktu pulang dari luar Negara dengan memenuhi syarat berikut :

 Barangan yang dibawa masuk hendaklah dibawa bersama dalam bagasinya  Barangan untuk kegunaan persendirian

 Pelancong luar yang keluar masuk ke Malaysia hendaklah dapat memuaskan hati Pegawai Kastam bahawa beliau bercadang untuk tinggal di Malaysia tidak kurang dari 72 jam  Bagi rakyat Malaysia, mereka mesti berada di :

o Luar Negara tidak kurang 72 jam o Labuan tidak kurang 24 jam

o Langkawi/Tioman tidak kurang 48 jam

Barang dikecualikan cukai/duti :

 Barang-barang mudah alih terpakai selain ‘household effect’  Minuman keran tidak melebihi 1 liter

 Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok melebihi 200 batang rokok  Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang

 Sepasang kasut baru

 Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 unit setiap Saturday Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nila RM75  Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keran, tayar, tiub, tembakau, rokok dan

kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk penegcualian tidak melebihi RM500

Nota 50 : Duti Eksais dan Sistem e-EKSAIS

Duti Eksais adalah duti yang dikenakan bagi barang-baran g yang dikilangkan di Persekutuan atau yang diimport. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais adalah tersenarai dalam Perintah Duti Eksais 2004.

(29)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

29

e-Eksais adalah satu system yang telah dibuat penambahbaikan kepada system ESS. Sistem ini dibangunakan untuk memproses permohonan pelepasan kereta atau motosikal daripada kilang/loji pemasagan dan juga untuk memproses pembayaran duti eksais secara Electronic Fund Transfer (EFT) Sistem ini menghubungkan antara system pengilang, Sistem Maklumat Kastam dan Sistem RHB Bank dengan secara langsung menggunakan leased line.

Sistem ini merangkumi dua proses :

 Proses pelepasan kenderaan daripada loji pemasangan  Proses pembayaran Duti EKsais secara EFT

Nota 51 : Kemudahan Fasilitasi Duti Eksais

 Bayaran Tertanggung

o Kemudahan untuk membayar secara tangguhan ini diberi di bawah Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2004. Hanya kenderaan bermotor (selain motosikal) yang dibenarkan membayar secara tertangguh. Duti eksais hanya perlu dibayar apabila kenderaan terlibat mempunyai pembeli atau sedia didaftarkan di JPJ. Bagaimanapun jika kenderaan tidak didaftarkan dalam tempoh empat (4) tahun maka duti eksais ke atasnya hendaklah dibayar oleh pemegang lesen.

 Bayaran Duti Secara Pendahuluan Blanket

o Kemudahan ini merupakan pembayaran duti yang dibuat terdahulu atau secara pukal dan pelepasan barang (minuman keras sahaja) dibuat secara berperingkat. Kebenaran ini tertakluk kepada kelulusan serta syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.

 Pulangbalik Duti Eksais (Seksyen 13 Akta Eksais 1976)

o Kemudahan ini diberi kepada pemegang lesen apabila terlebih bayar duti eksais atau tersalah bayar duti eksais. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu tahun daripada duti eksais dibayar.

 Remisi Duti Eksais (Seksyen 14 AKta Eksais 1976)

o Pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Pengarah Kastam Negeri untuk menghapus duti eksais jika apa-apa barang berduti rosak, musnah,

kemalangan tidak dapat dielakkan dan hilang sebelum dipindahkan dari kawasan eksais.

(30)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

30

Nota 52 : E-Lesen

E-lesen atau Electronic License adalah satu aplikasi permohonan dan pengeluaran lesen cukai perkhidmatan dibuat secara elektronik. Pengguna boleh memohon melalui e-lesen untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

 Permohonan lesen baru  Permohonan lesen berpusat

Pengguna e-lesen :

 Ahli lembaga pengarah  Rakan kongsi syarikat  Setiausaha syarikat

(31)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

31

Nota KHAS Cukai Barangan dan

Nota KHAS Cukai Barangan dan

Nota KHAS Cukai Barangan dan

Nota KHAS Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (CBP) @GST

Perkhidmatan (CBP) @GST

Perkhidmatan (CBP) @GST

Perkhidmatan (CBP) @GST

Nota 1: Definisi

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) ialah Goods and Services Tax (GST) juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau cukai nilai ditambah. Pengguna hanya dikenakan cukai apabila mereka berbelanja.

CBP adalah cukai berperingkat. Ianya dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai tersebut bukannya suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali CBP yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

CBP dicaj pada barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan.

Nota 2: Keperluan membayar

CBP perlu dijelaskan supaya pihak kerajaan dapat menggunakannya untuk pembangunan sosio ekonomi seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.

Nota 3: Mengapa CBP diperkenalkan

CBP diperkenalkan sebagai alternatif kepada cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). CBP adalah salah satu pembaharuan cukai kerajaan yang bakal meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem cukai semasa.

CBP terbukti sebagai satu sistem cukai yang lebih efektif, telus, cekap dan mesra perniagaan sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing pasaran global kerana ianya lebih stabil dan tidak dipengaruhi oleh ekonomi semasa.

Nota 4: Sebab CBP ganti SST

CBP diwujudkan untuk mengatasi kelemahan SST contohnya cukai berperingkat, bertindan, pemindahan harga dan nilai pindah, penggalak kepada integrasi menegak, isu klasifikasi, karenah birokrasi, barang eksport lengkap tersekat dan lain-lain.

(32)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

32

Nota 4: Manfaat CBP

Menurunkan kos perniagaan. Menerusi CBP cukai input atas bahan mentah boleh dipohon kembali sekaligus menurunkan kos operasi perniagaan.

Adil dan saksama. CBP dikenakan kepada perniagaan yang terlibat sama rata termasuk pengilang, pemborong, peruncit dan perkhidmatan.

Menurunkan karenah birokrasi. Peniaga tidak perlu memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih di bawah CBP. Perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.

Pengguna dapat harga adil. Harga yang dibayar oleh pengguna lebih berpatutan berbanding SST kerana cukai bertindih dihapuskan dalam CBP.

Telus dari biasa. Pengguna tahu barang atau perkhidmatan yang diperolehi mengikut kepada cukai dan jumlah cukai yang perlu dijelaskan.

Nota 5: Bagaimana CBP dilaksanakan

Setiap perniagaan yang membuat pembekalan bercukai wajib berdaftar di bawah CBP sekiranya jumlah pusingan tahunannya lebih daripada ambang yang diputuskan. Individu yang berdaftar sahaja boleh mengenakan dan mengutip CBP tersebut.

CBP dicaj pada harga produk atau perkhidmatan. Ianya dikenakan pada cukai input dan boleh ditolak daripada jumlah CBP yang dikenakan cukai output oleh individu berdaftar.

Nota 6: Barang yang dikecualikan

CBP tidak dikenakan pada makanan asas contohnya minyak masak, tepung, gula, sayur-sayuran, daging, ikan, ayam dan beras.

Sewa dan jual beli hartanah pertanian, rumah kediaman, pendidikan swasta, pengangkutan awam dan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada CBP.

(33)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

33

Nota 7: Cukai eksport tidak dikenakan CBP

CBP atas eksport tidak dikenakan malah pengeksport boleh mendapatkan semua cukai input yang ditanggung dalam menjalankan perniagaannya.

Nota 8: Sebab CBP hendak dilaksanakan

Kerajaan tidak mahu bergantung kepada cukai tertentu bagi mengelakkan kesan negatif pada kewangan negara. Malaysia terlalu bergantung kepada cukai langsung dan hasil petroleum. Ini adalah masa yang terbaik untuk penstrukturan semula sistem cukai bagi mengelakkan ketidakeseimbangan. CBP adalah satu sistem yang lebih efektif jika hendak dibandingkan dengan sistem cukai semasa.

Nota 9: Kesan CBP kepada barang import

Barang yang diimport dikenakan cukai mengikut duti import dan cukai jualan. Apabila CBP dikuatkuasakan, ianya tetap bergantung pada duti import tetapi cukai jualan digantikan dengan CBP. Tinggi atau rendah harga barang import tersebut tertakluk kepada factor selain daripada CBP.

Nota 10: Tindakan kerajaan untuk kelancaran CBP

Pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi pendidikan, lawatan khidmat nasihat, program kesedaran dan latihan berkaitan CBP secara konsisten termasuklah memberi peluang kepada peniaga untuk membuat persiapan untuk pelaksanaan CBP.

Peniaga dibenarkan mendaftar awal sebelum CBP dilaksanakan. CBP akan diuji sepenuhnya sebelum ia dilancarkan. Pusat Panggilan Kastam (CCC) diwujudkan untuk membolehkan masyarakat bertanya mengenai CBP. Portal CBP pula akan menyalurkan maklumat berkaitan CBP bagi memastikan pematuhan yang tinggi apabila CBP dilancarkan.

Nota 11: Kesan CBP kepada defisit fiskal

Untuk jangka masa panjang, CBP dapat menyusun semula sistem cukai negara untuk menjadi lebih mesra niaga, berkesan, efisyen, telus dan boleh menjana sumber hasil yang stabil. Ianya bakal mengurangkan defisit fiskal di Malaysia.

(34)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

34

Nota 12: Usaha kerajaan untuk menerangkan CBP

Program kesedaran CBP dianjurkan oleh Kementerian Kewangan untuk memahamkan masyarakat mengenai CBP. Mereka perlu tahu bahawa CBP dikenakan jika mereka membeli barang atau menggunakan perkhidmatan yang dikenakan cukai. Oleh itu masyarakat tidak terkesan dengan CBP.

Nota 13: Contoh pengiraan CBP bagi pembekal bahan mentah

Harga jualan Bayaran kepada kerajaan Harga jualan = RM80.00

CBP = RM4.80

Jumlah harga jualan = RM84.80

CBP dikutip = RM4.80 Tolak CBP dibayar = RM0.00 CBP dibayar = RM4.80

Nota 14: Contoh pengiraan CBP bagi pengilang

Harga jualan Bayaran kepada kerajaan Harga jualan = RM120.00

CBP = RM7.20

Jumlah harga jualan = RM127.20

CBP dikutip = RM7.20 Tolak CBP dibayar = RM4.80 CBP dibayar = RM2.40

Nota 15: Contoh pengiraan CBP bagi pemborong

Harga jualan Bayaran kepada kerajaan Harga jualan = RM140.00

CBP = RM8.40

Jumlah harga jualan = RM148.40

CBP dikutip = RM8.40 Tolak CBP dibayar = RM7.20 CBP dibayar = RM1.20

(35)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

35

Nota 16: Contoh pengiraan CBP bagi peruncit

Harga jualan Bayaran kepada kerajaan Harga jualan = RM160.00

CBP = RM9.60

Jumlah harga jualan = RM169.60

CBP dikutip = RM9.60 Tolak CBP dibayar = RM7.20 CBP dibayar = RM2.40

Nota 17: Kadar CBP dalam perkhidmatan kerajaan

Tiada CBP dikenakan untuk pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh hospital dan klinik, perkhidmatan pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah termasuk pendidikan tinggi, pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen, pengeluaran lesen dan permit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain.

Nota 18: Liabiliti CBP ke atas barang yang dieksport

Pengeksport atau pemilik barang yang dieksport wajib menjelaskan duti kastam sekiranya ada semasa barang dieksport. Namun untuk tujuan CBP, pemilik boleh caj dengan kadar sifar pada barang tersebut.

Nota 19: Caj CBP pada bahan mentah

CBP dikenakan kepada komponen dan bahan mentah yang didapati dari pembekal yang mendaftar dengan CBP.

Nota 20: Barang import dikenakan CBP

Setiap barang yang diimport masuk ke Malaysia dikenakan CBP kecuali barang-barang tertentu yang mendapat pengecualian CBP.

Nota 21: Tuntutan semula CBP

Cukai yang dibayar oleh pengimport boleh membuat tuntutan semula CBP tersebut mengikut prosedur yang telah disediakan.

(36)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

36

Nota 22: Waktu untuk membayar CBP bagi barang import

CBP bagi barang import perlu dijelaskan sebelum ia dilepaskan dari kawalan kastam. Ia wajib diikrarkan dalam borang kastam dan dibayar bersama duti kastam yang lain.

Nota 23: Menangguhkan bayaran CBP

Bayaran CBP boleh ditangguhkan ke atas barang import dengan membuat penyertaan Skim Pedagang yang diluluskan atau Skim Penggudangan.

Nota 24: Terlebih bayaran CBP

Tuntutan boleh dipohon dalam masa 6 tahun dari tarikh terlebih bayar.

Nota 25: Terkurang bayar CBP

Jika anda terkurang bayar CBP ke atas barang import, maklumkan secara bertulis kepada pegawai kastam tentang perkara tersebut. Jelaskan pembayaran sebaik sahaja anda menerima notis tuntutan.

(37)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

37

H

H

H

Huraian Format

uraian Format

uraian Format

uraian Format

Format untuk peperiksaan 6 SEPTEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan Gred 41. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada empat (4) penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris, format kali ini dua seksyen esei dibuang dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI & OGOS 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Tetapi mengikut maklumat TERKINI, tiada sesi PAC untuk jawatan peperiksaan 6 SEPTEMBER ini. Anda yang berjaya akan terus ke sesi temuduga. Hal ini mungkin disumbang oleh keperluan penguasa yang lebih ramai untuk perlaksanaan GST seluruh Negara pada tahun 2015 ini. Sesuatu yang menguntungkan anda bukan?

TETAPI, jika ada perubahan dan anda tiba-tiba dipanggil ke PAC, tak perlu risau mengenai PAC ini kerana kami di Tim Infokerjaya sudah membantu ramai calon menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS pembelian anda kali ini sejurus selepas panggilan PAC dikeluarkan nanti. Ianya akan dihantar melalui email yang anda gunakan semasa pembelian. Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan online ini terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu?

Formatnya 3 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Tim Infokerjaya sepanjang lebih kurang 5 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai “pecahan dalam pecahan”!

(38)

Rujukan ini hanya sesuai untuk sesi 2014 sahaja

www.PenguasaKastam.com

38

Seksyen A:

Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan

Alam Sekeliling

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;

 Tempoh: 40 minit  Jumlah Soalan: 50 soalan

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;  Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)

o Untuk jawatan Penguasa Kastam, seharusnya ada soalan berkaitan jawatan dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

o Juga bidang-bidang perlaksanaan khas Kastam

o Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini

Referensi

Dokumen terkait

Aplikasi belajar ilmu tajwid yang dibangun dapat membantu user membaca Al-Quran dengan fasih sesuai dengan tajwidnya karena pada aplikasi terdapat contoh hukum tajwid

para mujtahid, karena para mujtahid hanya terbatas pada memperjelas atau memunculkan hukum Allah serta menemukannya melalui jalan Istimbath (penetapan hukum yang berdasarkan

Melihat kondisi ekonomi Indonesia yang stabil dan mengalami peningkatan yang signifikan dalam beberapa tahun belakangan ini, Kami menyimpulkan bahwa mengenai Kesiapan Indonesia

Ilmu Pengetahuan Alam merupakan ilmu-ilmu kealaman ( natural science ). IPA merupakan pengetahuan ilmiah yang diperoleh dari hasil penyelidikan mengenai fenomena yang

Hasil rancangan usulan awal memiliki beberapa kelemahan karena hanya menggunakan satu dimensi antropometri yaitu lebar tangan (LT), memiliki bentuk pegangan yang pipih sehingga

Protein terdiri atas rantai-rantai panjang asam amino, yang terikat satu sama lain dalam ikatan peptida.. Asam amino terdiri atas unsur- unsur karbon, hidrogen, oksigen dan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa tanggapan sebagian besar responden akan variabel kepuasan kerja menyatakan tidak setuju pada indikator “ Perusahaan memberikan

Configuring the Firewall on the Openswan Host No matter which kernel stack is used, you still need to permit IPsec traffic in and out of the Openswan host. This portion of