• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul PT3 SM 201. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul PT3 SM 201. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Modul PT3

SM 201

(2)

Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

(3)

Sistem Bahasa Bahagian A :

A. Golongan Kata Kata Nama:

 Kata nama menerangkan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda.

 Kata nama boleh dibahagikan kepada i. Kata nama am

ii. Kata nama khas

i. Kata nama am:

 Merujuk nama sesuatu benda yang umum sifatnya.

Dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan

ciri makna perkataan seperti a. Hidup & tidak hidup

b. Manusia & bukan manusia c. konkrit dan abstrak

 Termasuk kata nama terbitan – iaitu kata nama yang dibentuk dengan penambahan imbuhan. Contohnya, perhubungan,

kementerian dan sebagainya.

Contoh : mimpi, roh, idaman, kehendak, serapan, kedamaian,

demokrasi, kemerdekaan, perhimpunan, penyalahgunaan, tangan, rumah, lembu, sungai, pekerja, pelabuhan, kereta dan

sebagainya.

ii. Kata nama khas :

 Merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

 Terbahagi kepada kata nama khas hidup dan tak hidup

 Kata nama khas hidup:

Manusia – Ramli, Pak Halim, Encik Loh Bukan manusia – Sang Bedal, Pak Belang

 Kata nama khas tak hidup

Seremban, Ahli Mangku Negara, Myvi

Bahasa

Melayu

(4)

Latihan 1:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Marina Chin ialah ____________ yang pernah mengharumkan nama negara dalam arena lumba lari suatu masa dahulu.

a) negarawan

b) olahragawati

c) olahragawan

d) cendekiawan

2. Proton Saga ialah ____________ buatan Malaysia yang pertama.

a) bangunan

b) minyak

c) kereta

d) motosikal

3. Meskipun sudah bergelar ____________, Saravanan tidak pernah lupa diri.

a) cendekiawan

b) rupawan

c) ilmuwan

d) hartawan

4. Lelaki yang tertinggi di dunia itu terpaksa memakai ____________ khas yang ditempah kerana memiliki kaki bersaiz 22.

a) tali leher

b) kasut

c) cermin mata

d) sarung tangan

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. Penduduk kampung berkumpul di balai raya untuk menyambut kedatangan A B Perdana Menteri. Tiada kesalahan.

C D

Bahasa

Melayu

(5)

6. Puan Rubiah bertugas sebagai pengkeranian di sebuah syarikat swasta yang A B

beribu pejabat di London. Tiada kesalahan. C D

7. Jabatan yang baru dibina merentasi Sungai Rajang itu telah dirasmikan

A B

oleh Menteri Kerja Raya. Tiada kesalahan.

C D

8. "Saudara hendak ke mana?" tanya Iskandar kepada seorang pemuda yang

A B

kelihatan seperti sesat di kota itu. Tiada kesalahan. C D

B. Penggunaan Kata dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Haiwan mengawan pada waktu-waktu tertentu.

II Layang-layang Amir terbang mengawan dan hampir tidak kelihatan. III Pak Man mengawan serawan jalanya yang koyak.

IV Pada muslin mengawan, kucing peliharaannya asyik mengiau ke sana ke mari.

A. I dan II

B. I, II, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV

2. I Mak Timah tidak sampai hati hendak meninggalkan anaknya yang masih kecil untuk ke Tanah Suci.

II Sudah sampai masanya kita berdikari.

III Sekiranya ajal telah sampai, tidak ada sesiapa dapat menahannya. IV Mereka berada di situ sampai petang.

A. I dan II B. I dan IV C. I, II, dan IV

D. I, II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(6)

3. I Perbincangan yang diadakan itu tidak mencapai sebarang kata putus. II Orang ramai tidak putus menziarahinya.

III Kini mereka putus rezeki akibat sifat boros yang diamalkan. IV Rancangan itu gagal dan putus di situ saja.

A. I dan III B. I, II, dan IV C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandai sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika tiada kesalahan.

1. Kebanyakan murid-murid di sekolah itu mengambil berat tentang kegiatan kokuri-kulum.

A. Banyak murid-murid B. Murid-murid

C. Kebanyakan murid

D. Kebanyakan murid-murid

2. Segala kata-kata nasihat ibu bapanya sentiasa dipatuhinya ketika menyertai rombongan tersebut.

A. Segala pesanan B. Kata-kata nasihat C. Nasihat

D. Segala kata-kata nasihat

3. Pengalaman silamnya sering menghantui fikirannya sehingga tidurnya setiap malam juga terganggu.

A. Pengalamannya yang silam sering dihantui oleh fikirannya B. Pengalamannya sering menghantui fikirannya yang silam C. Pengalamannya yang sering menghantui fikiran. silamnya D. Pengalaman silamnya sering menghantui fikirannya

Bahasa

Melayu

(7)

D. Memilih Ayat yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Apakah nama kucing peliharaan awak? II Manakah murid baharu itu?

III Mengapakah dia memanggil saya? IV Beginilah nasibnya sejak dulu?

A. I dan III B. II dan III C. I, II, dan III D. II, III, dan IV

2. I. "Mereka bersahabat sejak masih kecil," kata Andrew kepada ibu saudaranya. II "Tuan Pengetua akan turut menyertai acara itu," kata Penolong Kanan kepada

guru-guru di sekolah itu.

III "Hai! Tinggallah saya berseorangan di rumah," kata Aiman kepada kakaknya. IV "Bilakah saya akan tiba?" Begitulah keluhannya setelah sekian lama di perjalanan.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Zainon sedang memasak pengat pisang yang bercampur dengan keledek. II Mereka tidak ke mana-mana ketika berada di kampung.

III Para-para pemimpin negara perlu mengambil tahu penderitaan rakyat di pedalaman.

IV Tepak sirih akan dihulur ketika berlangsungnya adat peminangan.

A. I sahaja B. I, II dan III C. I, II, dan IV D. I, II, III, dan IV

Bahasa

Melayu

(8)

E. Memilih Ayat yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Tekanan darahnya naik dengan tiba-tiba dan sebagai akibatnya, dia tidak sedarkan diri selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

A. Apabila tekanan darahnya naik, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tiba-tiba kerana tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

B. Tekanan darahnya naik dengan tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan sebagai akibatnya, dia tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

C. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir apabila tekanan darahnya naik dengan tiba-tiba dan sebagai akibatnya, dia tidak sedarkan diri selama beberapa hari.

D. Dia tidak sedarkan diri selama beberapa hari apabila tekanan darahnya naik dengan tiba-tiba dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

2. Pertemuan yang singkat itu telah dapat mengubah corak hidupnya yang sekian lama tersisih.

A. Dengan pertemuan yang singkat itu, corak hidupnya yang sekian lama tersisih telah dapat diubah.

B. Dia telah dapat mengubah corak hidupnya yang sekian lama tersisih dengan mengadakan pertemuan singkat itu.

C. Melalui pertemuan singkat itu dia telah dapat mengubah corak hidupnya yang sekian lama disisihkannya.

D. Pertemuan singkat itu telah menyisihkannya dan dapat mengubah corak hidupnya.

3. Sidang Damai itu telah berlanjutan selama dua minggu tetapi tiada penyelesaian dibuat kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.

A. Kedua-dua pihak tidak mahu mengalahkan Sidang Damai itu kerana sudah berlanjutan selama dua minggu tanpa penyelesaian dibu at.

B. Tiada penyelesaian dibuat oleh Sidang Damai yang berlanjutan selama dua minggu kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.

C. Oleh sebab kedua-dua pihak tidak mahu mengalah, Sidang Damai itu tidak mencapai sebarang penyelesaian walaupun sudah berlanjutan selama dua minggu.

Kedua-dua pihak tidak mahu mengalah dan Sidang Damai itu berlanjutan

Bahasa

Melayu

(9)

selama dua minggu tanpa penyelesaian dibuat.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Budak itu dijaga oleh bapanya dengan penuh kasih sayang. Segala kemahuannya dituruti dan dia berasa sungguh bahagia. Keadaan ini dikatakan

A. bagai embun di hujung rumput B. bagai lebah menghimpun madu. C. seperti menatang minyak yang penuh.

D. seperti minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

2. Halimin berjaya mendapat kerja yang dicita-citanya di bandar. Akan tetapi, ibunya mahu dia tinggal di kampung untuk membantu ayahnya mengerjakan kebun mereka yang luas itu. Dia berasa sangat tersepit oleh keadaan itu.

Keadaan ini dikatakan

A. yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

B. laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. C. hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki. D. ditelan mati emak, diluah mati bapak.

3. Semasa Mak Cik Gayah dibawa ke Kuala Lumpur oleh anaknya, dia tercengang-cengang melihat kemajuan Kuala Lumpur berbanding dengan tahun 1980-an dahulu. Keadaan ini dikatakan

A. seperti rusa masuk kampung. B. seperti katak di bawah tempurung. C. bagai buluh ditarik songsang.

D. laksana apung dimainkan gelombang.

( / )

Bahasa

Melayu

(10)

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa, Cariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan Tatabahasa (i) Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia akan menurunkan

barisan pemain-pemain muda untuk berdepan dengan pasukan Thailand malam nanti.

(ii) Selepas membuat temu janji dengan pegawai itu, barulah Encik Hazli berjaya berbincang dengan pegawai itu.

(iii) Berdasarkan pada yang boleh dipercayai, pemuda yang disyaki mencuri itu sudah pun ditangkap oleh pihak polis.

(iv) Sebelum upacara pemakaman itu disempurnakan, majlis pengisytiharaan pengganti baginda diadakan di balai penghadapan istana.

( /8)

Bahasa

Melayu

(11)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - ) Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan Ejaan Satu trajedi yang tidak disangka-sangka berlaku pada

petang semalam di jalan raya itu. Sebuah keluarga maut dalam satu inseden kemalangan jalan raya yang berlaku berhampiran dengan bandar lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu oleh Encik Sahlan terbabas lalu merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Encik Sahlan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri dan anaknya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Menurut seorang saksi, tayar kereta yang dipandu oleh Sahlan meletup lalu kereta itu hilang kawalan.

Menurut seorang jurucakap, kemalangan jalan raya kerap berlaku. Pada bulan lepas, kemalangan ngeri yang meregut empat nyawa telah berlaku di kawasan itu.

(i) (ii) (iii) ( /3)

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

3 Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambahkan perkataan lain.

(i) pokok menebang semalam bapa itu

Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

(ii) untuk saya kakak itu surat

Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

(iii) waktu pagi raya itu sibuk pada jalan

Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

(iv) sekolah Ahmad guru da itu Cheong Sejarah

Pola: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

(v) saya sebagai datuk bekerja peniaga Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

( /10)

Bahasa

Melayu

(13)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar, tulis dua peribahasa yang sesuai. i.___________________________________________________________________ ii. __________________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(14)

Penulisan

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan kepentingan

semangat kejiranan dan sebab-sebab semangat kejiranan semakin luntur di kalangan masyarakat.

Jiran adalah seseorang yang tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah kita. Selaku anggota masyarakat, adalah menjadi budaya untuk memupuk semangat kejiranan kerana amalan murni ini boleh menjadi asas kepada keharmonian hidup bermasyarakat.

Hubungan yang baik dengan jiran membolehkan seseorang itu mengadu dan meminta bantuan jiran apabila sesuatu kesusahan datang bertimpa-timpa. Oleh sebab itu, kehidupan berjiran perlu disuburkan dengan nilai-nilai murni seperti unsur-unsur kerjasama, kesepakatan, keprihatinan dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan amalan hidup berjiran masyarakat dahulu dengan sekarang, nescaya amat berbeza . Kini konsep hidup berjiran kurang mendapat perhatian. Kebanyakan anggota masyarakat hari ini mengabaikan tanggungjawab membina hubungan baik dengan jiran tetangga.

Hubungan kemasyarakatan yang semakin hari semakin renggang ini juga ada kaitan dengan sikap masyarakat kini yang bersifat bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka lebih cenderung untuk hidup menyendiri tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. Kemewahan hidup pula menyebabkan individu berasa dirinya tidak lagi memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak. Sebagai akibatnya, aktiviti-aktiviti ke arah budaya kejiranan juga semakin berkurangan.

Justeru, sudah tiba masanya masyarakat kita mengorak langkah bersama-sama untuk menghidupkan semula semangat kejiranan yang kian lenyap ditelan arus modenisasi. Pembangunan kemanusiaan atau kerohanian masih memperlihatkan banyak lompang yang memerlukan suntikan.

Bahasa

Melayu

(15)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Bahasa

Melayu

(16)

C. Karangan Umum Karangan Jenis Pendapat

PETUA MENULIS KARANGAN JENIS PERBINCANGAN/ PENDAPAT

1. Untuk menulis karangan jenis ini, anda perlulah memastikan sama ada anda dikehendaki memberikan hujah-hujah satu pihak saja atau daripada

kedua-dua pihak.

2. Misalnya, jika anda diberi tajuk tentang faedah-faedah berjimat cermat, maka anda perlu memberikan hujah daripada satu pihak saja; yakni yang menyokong tajuk tersebut.

3. Untuk tajuk tersebut, anda tidak boleh memberikan hujah daripada kedua-dua pihak. Anda tidak boleh mengatakan bahawa berjimat cermat ada keburukannya.

4. Sebaliknya, jika anda diberi tajuk seperti “Pengiklanan lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada pengguna”, maka anda boleh mengemukakan hujah-hujah, sama ada:

a) membincangkan kebaikan iklan, atau; b) membincangkan keburukan iklan atau

c) membincangkan kebaikan dan keburukannya sekali.

5. Ada juga tajuk yang menghendaki anda memberikan hujah daripada kedua-dua pihak, misalnya “Nyatakan pendapat anda tentang baik buruknya sistem persekolahan satu sesi”.

6. Untuk tajuk sedemikian, anda perlu memberikan hujah yang seimbang antara kebaikan dan keburukannya.

Contoh Karangan

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja hari ini?

Pendahuluan

Semangat cintakan negara

Isi

 Kempen – Sehati Sejiwa Malaysia, Mesra

Melibatkan diri dalam perayaan berbentuk patriotisme – Hari Kemerdekaan  Menyemai semangat patriotisme melalui pendidikan

 Mengadakan pertandingan berbentuk patriotik

Bahasa

Melayu

(17)

Penutup

Segenap lapisan masyarakat perlu bergerak seiring, harapan negara dapat direalisasikan Karangan perbincangan

Peribahasa Melayu yang berbunyi “ di mana bumi dipijak, di situ langit

dijunjung” menggambarkan semangat cintakan negara. Semangat ini yang juga

dikenali dengan semangat patriotisme yang semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini kerana mereka sering disogokkan dengan budaya asing. Sememang menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi remaja pada masa hadapan yang cinta akan negara mereka sendiri, iaitu Malaysia.

Selaras dengan impian kerajaan yang ingin melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotisme, kempen-kempen telah dirancang serta dilaksanakan. Kempen-kempen oleh kerajaan terutama melalui media elektronik sentiasa berterusan sepanjang masa. Contohnya, kempen Sehati Sejiwa Se-Malaysia, secara tidak langsung dapat diserap ke dalam jiwa remaja hari ini.

Selain itu, penglibatan remaja dalam aktiviti yang berbentuk patriotisme juga merupakan salah satu cara yang efektif dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja pada hari ini. Penglibatan mereka terutama dalam sebarang perayaan berbentuk patriotisme turut membantu usaha kerajaan ini. Contohnya, pada hari kemerdekaan, remaja terlibat dalam menjayakan perarakan dan persembahan. Keterlibatan mereka membuktikan bahawa mereka sanggup memberi sumbangan kepada negara. Secara tidak langsung, ciri-ciri patriotisme telah dipupuk dalam diri mereka.

Sistem pendidikan di negara kita digubal selaras dengan hasrat kerajaan dalam memupuk semangat patriotisme. Sering kurikulum baru diperkenalkan bagi tujuan untuk mencapai impian yang sama. Contohnya, penerapan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar kepada budaya sebenar masyarakat kita. Hal ini penting bagi memupuk jati diri Malaysia.

Sehubungan dengan hal itu, pertandingan berbentuk patriotik juga dapat membantu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja hari ini. Umpamanya, pertandingan mencipta lagu, mendeklamasi puisi, menulis esei atau menyanyi lagu patriotik. Program seperti ini dapat menarik minat remaja selaras dengan keinginan jiwa mereka. Pertandingan yang disertai mampu meningkatkan semangat patriotisme jika benar-benar dihayati.

Sebagai intiha, segenap lapisan masyarakat perlu bergerak seiring dalam merealisasikan harapan negara. Biarlah semangat ini terus utuh dalam sanubari

Bahasa

Melayu

(18)

Latihan:

1. Malaysia mempunyai jalinan lebuh raya yang tercanggih di rantau ini. Namun, apa yang menyedihkan ialah kadar kemalangan jalan raya di Malaysia juga adalah tertinggi di rantau ini. Pada pendapat anda, mengapakah kemalangan jalan raya semakin berlaku di Malaysia?

2. Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya.

Bahasa

Melayu

(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

• Saat diterapkan teknik rekonsiliasi data (SSDR) pada jaringan sensor laju aliran massa kondisi awal, masih terdapat 8 sensor yang memiliki nilai standard deviasi di atas 2%.

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Skema sertifikasi Okupasi Buku Elektronik/E-Book Developer adalah skema sertifikasi okupasi yang dikembangkan oleh Direktorat Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan

Bapak/Ibu Dosen pengajar beserta staf yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat dan fasilitas yang memadai dalam menempuh pendidikan tinggi di Fakultas Ekonomi dan

7 Penggunaan media video berdampak pada keaktifan peserta didik sehingga sehingga efektifitas guru dalam menyampaikan materi dapan terencana dan terprogram dengan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat