• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Enrich Acquisition & Spend

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CIMB Enrich Acquisition & Spend"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen “CIMB Enrich Acquisition & Spend”

1. Kempen “CIMB Enrich Acquisition & Spend Campaign” (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad [Nombor Pendaftaran: 197201001799 (13491-P)] (“CIMB Bank”).

Tempoh Kempen

2. Kempen akan bermula dari 1 October 2020 hingga 28 Februari 2021, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

3. CIMB Bank berhak untuk menukar tempoh dan/atau permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan

4. Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat di sini, kempen ini terbuka kepada mana-mana individu yang memohon Kad Kredit CIMB Enrich World Elite, Kad Kredit CIMB Enrich World dan Kad Kredit CIMB Enrich Platinum utama (“Kad Kredit CIMB Enrich”) semasa Tempoh Kempen kecuali bagi individu yang disebut di dalam Klausa 5 (selepas ini dirujuk sebagai “Peserta Layak”) 5. Individu-individu yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-

a) jika individu tersebut adalah pemegang kad kredit CIMB Bank sedia ada dan/atau memohon kad kredit sedia ada untuk dinaik taraf kepada Kad Kredit CIMB Enrich;

b) pemegang kad CIMB Bank yang telah membatalkan kadnya dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh permohonan Kad Kredit CIMB Enrich di bawah Kempen;

Mekanik

6. Peserta Layak yang memenuhi semua kriteria kempen di bawah ("Pemegang Kad Layak") berhak untuk menerima Welcome Enrich Miles ("Welcome Enrich Miles"):

a) mengemukakan permohonan untuk Kad Kredit CIMB Enrich dalam Tempoh Kempen;

b) permohonan Kad Kredit CIMB Enrich berjaya diluluskan oleh CIMB Bank tidak lewat daripada 15 Mac 2021; dan

c) membuat perbelanjaan runcit kumulatif sekurang-kurangnya RM5,000 (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 8 dan 9) menggunakan Kad Kredit CIMB Enrich (termasuk perbelanjaan runcit yang dicaj kepada kad kredit CIMB Enrich tambahan) dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh Kad Kredit CIMB Enrich diluluskan.

Perbelanjaan Minimum yang Diperlukan

(dalam tempoh 60 hari dari tarikh kad kredit diluluskan) Welcome Enrich Miles

RM5,000 10,000

RM15,000 30,000

(2)

7. Bagi mengelakkan keraguan, kelulusan bersyarat bagi permohonan Kad Kredit CIMB Enrich yang diberikan oleh CIMB Bank tidak akan dianggap sebagai permohonan Kad Kredit CIMB Enrich yang berjaya diluluskan. Pemegang Kad Layak akan dapat menyemak tarikh kelulusan kad melalui pengirim kad apabila Pemegang Kad Layak menerima Kad Kredit CIMB Enrich.

Transaksi Layak

8. “Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak” adalah transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan termasuk transaksi tempatan, luar negara dan dalam talian yang diluluskan oleh CIMB Bank dan dicajkan ke Kad Kredit CIMB Enrich dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelulusan kad.

Transaksi perbelanjaan runcit mata wang asing akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk tujuan pengiraan perbelanjaan runcit dan akan berdasarkan kepada kadar pertukaran semasa CIMB Bank.

9. Bagi mengelakkan was-was, transaksi-transaksi berikut adalah secara nyata dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak:-

i) Transaksi Tunai Kuasi – (contohnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

ii) Ansuran bulanan di bawah kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank;

iii) Perkhidmatan arahan tetap arahan/auto-pembayaran;

iv) Pembayaran yuran tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj fraud atau yuran-yuran, caj-caj atau penalti-penalti yang lain samada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya; v) Transaksi untuk pembayaran yang dibuat terhadap premium insurans dan/atau sumbangan

takaful dalam apa jua sekalipun;

vi) Transaksi pendahuluan/pengeluaran/deposit tunai;

vii) Transaksi perbelanjaan runcit yang kemudiannya dibatalkan atau dipulangkan, dipertikaikan, tidak dibenarkan atau penipuan; dan

viii) Apa-apa transaksi yang dilakukan di negara yang merupakan ahli Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) atau Kesatuan Eropah (EU).

10. Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak adalah dikira berdasarkan perbelanjaan Kad Kredit CIMB Enrich (utama dan tambahan) yang disatukan. Sekiranya Pemegang Kad Layak mempunyai beberapa Kad Kredit CIMB Enrich, transaksi perbelanjaan yang dibuat pada semua Kad Kredit CIMB Enrich utama dan tambahan akan disatukan dan tidak akan dilihat secara berasingan.

Contoh:

Pemegang kad A mempunyai 1 Kad Kredit CIMB Enrich utama dan 2 Kad Kredit CIMB Enrich tambahan. Semua transaksi perbelanjaan yang dibuat menggunakan semua Kad Kredit CIMB Enrich akan disatukan bagi pengiraan Perbelanjaan Minimum yang Diperlukan sebanyak RM5,000 untuk Kempen.

(3)

11. Semua Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak akan dikesan secara automatik oleh CIMB Bank bagi tujuan memenuhi keperluan Perbelanjaan Minimum yang Diperlukan oleh Pemegang Kad Layak seperti yang ditetapkan dalam klausa 6(c). Pengesanan Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak adalah berdasarkan tarikh transaksi dan/atau waktu (Waktu Malaysia) seperti yang terdapat dalam rekod transaksi CIMB Bank dalam masa 60 hari dari tarikh kelulusan kad. Apa-apa penentuan oleh CIMB Bank sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana cara sekalipun kecuali yang sama dilihat sebagai terlalu tidak adil.

12. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kelewatan dan/atau kesilapan atau kegagalan dalam penghantaran Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak ke Kad Kredit CIMB Enrich milik Pemegang Kad Layak disebabkan oleh apa jua sebab yang ditimbulkan kerana kelewatan pada pihak peniaga melainkan ia adalah disebabkan oleh kecuaian sengaja dan/atau keingkaran CIMB Bank. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan dan/atau kesilapan dan/atau kelewatan dalam penghantaran bukti dan/atau posting Transaksi Perbelanjaan Runcit yang Layak ke Kad Kredit CIMB Enrich milik Pemegang Kad Layak oleh Mastercard, pertubuhan peniaga atau mana-mana pihak yang lain melainkan yang sama berlaku akibat kecuaian melampau atau keingkaran CIMB Bank.

Proses Pemenuhan

13. Hanya Pemegang Kad Layak utama yang berhak untuk menerima Welcome Enrich Miles, dihadkan sebanyak 80,000 Enrich Miles bagi setiap Pemegang Kad Layak sepanjang Tempoh Kempen.

14. Welcome Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich milik Pemegang Kad Layak dalam tempoh dua belas (12) minggu dari hari terakhir dalam bulan di mana Pemegang Kad Layak telah memenuhi Perbelanjaan Minimum yang Diperlukan (“Tempoh Pemenuhan”) dan Welcome Enrich Miles akan tertera di dalam penyata akaun Enrich milik Pemegang Kad Layak. Pemegang Kad Layak boleh menyemak penyata akaun Enrich mereka dalam talian dengan melayari Enrich Online. Pemegang Kad Layak harus memberitahu CIMB Bank dalam waktu empat (4) minggu dari Tempoh Pemenuhan ("Tempoh yang Ditentukan") jika Pemegang Kad Layak tidak dapat melihat Welcome Enrich Miles di dalam penyata akaun Enrich mereka. Sekiranya Pemegang Kad Layak tidak memberitahu CIMB Bank dalam Tempoh yang Ditentukan, Welcome Enrich Miles akan dianggap berjaya dikreditkan.

15. Sekiranya Pemegang Kad Layak telah memenuhi Perbelanjaan Minimum yang Diperlukan untuk Kempen ini, Pemegang Kad Layak tidak akan berhak untuk menerima hadiah / ganjaran / tawaran lain yang bersempena dengan lain-lain kempen perolehan yang dianjurkan oleh CIMB Bank.

16. Pada masa penerimaan Welcome Enrich Miles oleh Pemegang Kad Layak, akaun Kad Kredit CIMB Enrich milik Pemegang Kad Layak TIDAK BOLEH tertunggak dan/atau tidak sah dan/atau dibatalkan dalam definisi CIMB Bank, jika tidak Pemegang Kad Layak akan hilang kelayakan untuk mengambil bahagian atau menerima Welcome Enrich Miles.

(4)

17. Pengkreditan Welcome Enrich Miles ke dalam akaun Enrich Pemegang Kad Layak akan dibuat berdasarkan kepada ID Enrich Pemegang Kad Layak yang dikekalkan dengan CIMB Bank. Pemegang Kad Layak bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ID Enrich yang diberikan kepada CIMB Bank adalah yang terkini dan dikemas kini. CIMB Bank berhak untuk membatalkan Welcome Enrich Miles sekiranya ID Enrich milik Pemegang Kad Layak yang di dalam rekod CIMB Bank adalah tidak sah dan / atau tidak dikemas kini.

18. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad Layak atas sebarang kehilangan (termasuk kehilangan peluang dan kerugian akibatnya) dan kerosakan yang dialami atau berlaku sekiranya ID Enrich yang disimpan dalam rekod CIMB Bank tidak terkini atau betul.

19. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan sehubungan dengan Welcome Enrich Miles dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dengan cara apa pun berkenaan dengan kegagalan teknikal atau apa-apa jenis, campur tangan, gangguan dan/atau kesalahan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan / atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Kad Kredit CIMB Enrich melainkan jika hal itu disebabkan oleh kecuaian besar atau kemungkiran sengaja CIMB Bank.

Terma-terma dan Syarat-syarat Umum

20. Peserta Layak bersetuju bahawa dengan menyertai Kempen, mereka:

a) telah mengakses, membaca dan mengesahkan persetujuan mereka terhadap Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

b) memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB di www.cimb.com.my;

c) bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh CIMB Bank berhubung dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Welcome Enrich Miles yang diberikan dan penentuan pemenang, hendaklah muktamad, terikat dan konklusif; dan d) bersetuju bahawa CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan

kepada Peserta Layak jika CIMB Bank tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana kewajipannya dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang akibat secara langsung atau tidak langsung oleh:

(i) kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data atau talian penghantaran;

(ii) kerosakan elektrik;

(iii) pertikaian industri, perang, mogok atau rusuhan;

(iv) apa-apa bencara alam (“act of God”) di luar kawalan CIMB Bank; atau

(v) apa-apa faktor dalam sifat “force majeure” yang berada di luar kawalan munasabah CIMB Bank.

21. Peserta Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen dan/atau Welcome Enrich Miles akan dilucuthakkan jika, semasa Tempoh Kempen dan/atau sebelum pengkreditan Welcome Enrich Miles:

a) Peserta Layak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat yang mengawal Kad Kredit CIMB Enrich;

(5)

b) Kad Kredit CIMB Enrich ditamatkan atau ditutup atau tertakluk kepada apa-apa penahanan, perintah bertentangan yang dilakukan oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang; atau

c) Kad Kredit CIMB Enrich adalah berdelinkuen, tidak sah atau dibatalkan oleh Peserta Layak atau CIMB Bank.

22. CIMB Bank hendaklah mempunyai hak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Peserta Layak yang ia tentukan telah:

a) mengganggu dengan proses kemasukan/penyertaan/permohonan; dan/atau b) bertindak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

23. CIMB Bank hendaklah mempunyai hak untuk:

a) menggantikan Welcome Enrich Miles dengan item lain yang mempunyai kos setara; dan/atau

b) melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantungkan Kempen.

dengan memberikan notis terdahulu empat belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak melalui:

i) pengumuman di laman web CIMB Bank; dan/atau ii) notis di cawangan CIMB Bank; dan/atau

iii) dengan sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank.

Bagi mengelakkan keraguan, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak bagi apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada mana-mana Welcome Enrich Miles dan/atau apa-apa pembatalan, penggantungan, pemendekan atau pelanjutan Kempen.

24. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta Layak atau mana-mana pihak bagi apa-apa kehilangan atau kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas) disebabkan oleh:

a) Penyertaan atau bukan penyertaan Peserta Layak dalam Kempen; dan/atau

b) Apa-apa kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan oleh Peserta Layak Khidmat Pesanan Ringkas (“SMS”)

melainkan kehilangan atau kerugian sedemikian timbul daripada dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB Bank.

25. a) CIMB Bank hendaklah mempunyai hak untuk mengubah suai, menambah, memadam, atau meminda mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini (“Pindaan”) dengan memberikan notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta Layak melalui:

(i) pengumuman di laman web CIMB Bank; dan/atau (ii) notis di cawangan CIMB Bank; dan/atau

(6)

(iv) dengan sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank.

b) Pindaan hendaklah dianggap mengikat terhadap Peserta Layak dari tarikh seperti yang ditentukan oleh CIMB Bank dalam pemberitahuan.

c) Peserta Layak bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank pada selang masa yang tetap untuk menyemak Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen dan memastikan mereka sentiasa mengikuti apa-apa pengubahsuaian Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

26. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta Layak bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta Layak akibat secara langsung atau tidak langsung daripada Pindaan.

27. Peserta Layak hendaklah menanggung rugi sepenuhnya dan memastikan CIMB Bank ditanggung rugi terhadap apa-apa fi, kos, caj, perbelanjaan, kerugian, kerosakan atau liabiliti yang mungkin ditanggung oleh CIMB Bank akibat daripada:

a) penyertaan Peserta Layak dalam Kempen; dan/atau

b) penerimaan, penebusan atau penggunaan Welcome Enrich Miles Peserta Layak. 28. Terma-terma dan Syarat-syarat ini:

a) hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terdapat dalam manamana bahan lain yang mengiklankan Kempen; dan

b) dibaca bersama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat semasa Kad Kredit Layak yang akan diguna pakai sebagai tambahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

29. Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang, peraturan dan garis panduan semasa, arahan, notis yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB Bank dari semasa ke semasa.

30. a) Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB (“CRU”) untuk sebarang maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini melalui surat, panggilan telefon, dan e-mel: Alamat: CIMB Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710 Wilayah Persekutuan No. Telefon: +603-6204 7788 E-mel: cru@cimb.com

b) CIMB Bank boleh mengubah butiran perhubungan di atas dengan memaklumkan kepada Peserta Layak melalui pengumuman di laman web CIMB Bank atau dengan sebarang cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

TEGANGAN SISI SEKUNDER PADA TRANSFORMATOR DAYA I 60 MVA 150/20 kV DENGAN PENGUBAH TAP BERBEBAN DI GARDU INDUK KERAMASAN PT. PLN ini

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam