• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Folio Kerjaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Folio Kerjaya"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PONTIAN JOHOR

KEDOKTORAN

NAMA

:

NUR IZZAH SYAHIRA BINTI AZIZI

NO MAKTAB

:

11111

KELAS

:

555

(2)

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

• PENGHARGAAN 2

• PENGENALAN 3

• KERJAYA/KURSUS YANG DIKAJI 10

• SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT 12

• SENARAI IPT YANG MENAWARKAN KURSUS 17

• SKOP BIDANG KERJAYA 18

• KESIMPULAN 21

• LAMPIRAN 22

(3)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Folio Kerjaya ini pada tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja ini.

Saya Nur Izzah Syahira Binti Azizi ingin menjulang sekalung penghargaan kepada Puan

Faridah dan Encik Fardi, Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA Pontian, Johor kerana telah

memberikan banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayah saya Encik Azizi bin Zakaria yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan Folio Kerjaya ini dan juga ibu saya Puan

Sharifah Norashikin binti Syed Loed yang telah memberikan galakan dan dorongan untuk saya

menyiapkan kerja ini dengan lebih awal.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya di kelas 555 yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam merealisasikan pembuatan Folio Kerjaya ini.

Sekian, terima kasih.

“ Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. “

(4)

Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.

Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg

- Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi. - Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain. - Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi fokus dalam teori ini. - Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.

Unsur-unsur Teori Ginzberg

1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun.

2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.

3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.

4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

(5)

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah

2. Bidang penulisan dan komunikasi

3. Bidang saintifik/perubatan

4. Bidang perkeranian dan pentadbiran

5. Bidang seni reka dan kreatif

6. Bidang teknikal

7. Bidang keusahawanan

8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan

(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank

Perancang dan pengurus kewangan

Pengurus dan agen insurans

Eksekutif jualan dan pemasaran

Pengurus pengiklanan

Eksekutif akaun

(6)

Aktuari

Pegawai bank

Pemerosesan data

Penganalisis data

dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi

(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan

Editor

Jurubahasa

Penterjemah

Penerbit rancangan radio/televisyen

Pengacara radio/televisyen

Penulis skrip

Perunding komunikasi

dan lain-lain

3. Perubatan/Sains

(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan

(7)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)

Doktor haiwan

Jururawat

Pembantu makmal/pembantu perubatan

Juru radiologi Ahli farmasi Juru terapi Saintis Ahli biologi/kimia Pakar nuklear Ahli geologi/geofizik dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran

(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan

merekod maklumat)

Pengurus perjawatan

Pegawai sumber manusia

Pegawai tadbir

(8)

Kerani

Setiausaha

dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti

(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis

Pelukis grafik/batik

Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya

Pereka bentuk dalaman

Jurugambar

Juru solek

dan lain-lain

6. Teknikal

(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin

dan perkara teknikal lain)

Arkitek

Perancang Bandar dan Wilayah

Juruteknik

(9)

Mekanik

Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)

Pakar runding (

Dan lain-lain

7. Keusahawanan

(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit Perusahaan Kilang Pemborong Kontraktor Pengusaha hotel Perusahaan bengkel Perusahaan butik dan lain-lain 8. Perkhidmatan

(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru

(10)

Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara

Tukang masak profesional

dan lain-lain

Kerjaya pilihan

DOKTOR PERUBATAN

Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk

(11)

mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.

Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.

Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).

Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik,

penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

Untuk mengikuti pengajian perubatan tempatan terdapat satu persaingan yang hebat di mana terlalu ramai calon yang layak untuk merebut tempat-tempat pengajian yang terhad. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan terbaik iaitu lulus dengan cemerlang di peringkat dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya atau lulus cemerlang di peringkat matrikulasi/asasi sains sahaja yang mempunyai kemungkinan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tempatan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Berminat dengan profesion ini (ii) Sentiasa membantu pesakit

(iii) Menguasai bidang sains dan matematik (iv) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris (v) Tidak takut dengan darah

(12)

(vi) Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan (vii) Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat

(viii) Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act. 1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional

Registration dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan di

hospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon

Full Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki

berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG

MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN

Syarat Kemasukan

(13)

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik

2. Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

ATAU

Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata

pelajaran lain

4. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

B. Keperluan Khas Program 1. Matrikulasi Sains Hayat

a) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan

b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM, dan

c) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimia di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM.

(14)

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

a) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM/O level, dan

b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM/O level, dan

c) Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran 2(a) atau 2(b).

C. Kelayakan lain sebagai ganti STPM

Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang diiktiraf

D. Lain-Lain Syarat Kemasukan

1. Fasih dalam Bahasa Malaysia

2. Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan

3. Taraf kesihatan yang memuaskan

(15)

E. Calon Bukan Warganegara Malaysia

Sertakan surat akuan sekurang-kurangnya dua orang pengadil.

SARJANA MUDA

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut :

· Kimia

· Biologi

(16)

ATAU

2. Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35 dalam bidang Sains dan Matematik

ATAU

3. Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas

ATAU

4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan CGPA tidak kurang daripada 3.50

Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM

Syarat Am Universiti

Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai;

(17)

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan

= Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), = Universiti Malaya (UM),

= Universiti Sains Malaysia (USM), = Universiti Putra Malaysia (UPM),

= Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

(18)

Skop bidang kerjaya

Doktor Perubatan

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat

berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod

(19)

pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Ciri-Ciri Peribadi

(20)

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan;

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi;

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan

Kemahiran dalam kebolehan pengurusan

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain

Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30 ETP RM 165.00

EKA RM 170.00

Elaun Kritikal : RM 500.00

(21)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

kesimpulan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan folio kerjaya ini.

Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu saya dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti saya. Selain itu, tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-cita yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya.

Oleh yang demikian, saya akan memastikan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan cita-cita saya dalam bidang perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat hidup saya.

(22)

Lampiran

(23)

(24)
(25)

Referensi

Dokumen terkait

Mencapai keputusan Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Mekanik atau Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat..

2 ii Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf

Hanya murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, Sijil Vokasional Malaysia SVM, Sijil Kemahiran Malaysia SKM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM, Sijil

ii Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf

Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1409.40; atau iii Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan h SYARAT