• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penolakan Ajakan dalam Bahasa Jepun oleh Informan Melayu: Analisis Strategi dan Kesan Kesantunan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penolakan Ajakan dalam Bahasa Jepun oleh Informan Melayu: Analisis Strategi dan Kesan Kesantunan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Penolakan Ajakan dalam Bahasa Jepun oleh Informan Melayu:

Analisis Strategi dan Kesan Kesantunan

Natsue Hiedaa hiedanatsue@gmail.com

Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Nor Hashimah Jalaluddin

shima@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Mohammad Fadzeli Jaafar

fadzeli@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

ABSTRAK

Penolakan ajakan adalah lakuan bahasa yang menarik untuk dikaji, terutamanya apabila pertukaran bahasa berlaku dalam konteks antara budaya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh penutur bahasa Jepun berbangsa Melayu serta menjelaskan “kesan kesantunan” terhadap strategi tersebut. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) serta temu bual pasca lakonan. Kajian ini membuat perbandingan dari sudut kekerapan penggunaan formula semantik serta purata penggunaan formula semantik per kapita di antara 20 orang penutur asli bahasa Melayu (MNS) dengan 20 orang penutur asli bahasa Jepun (JNS). Perbandingan turut dilakukan dalam konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Kesan kesantunan ditentukan berdasarkan kerangka Teori Kesantunan Wacana. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya strategi yang diambil oleh MNS dalam bahasa Jepun menghasilkan kesan kesantunan yang positif/neutral kerana MNS telah berjaya untuk menyesuaikan diri dengan norma dalam bahasa sasaran. MNS telah berubah untuk menitikberatkan kesantunan negatif dalam konteks antara budaya dengan mengurangkan jumlah penggunaan formula semantik serta memperbanyakkan penggunaan {sebab kabur} dan {reaksi positif} mengikut cara penolakan JNS secara proaktif. Strategi tidak tipikal yang digunakan oleh MNS juga masih dapat diterima oleh JNS kerana penerima mesej menetapkan “julat toleransi” secara meluas. Satu kes salah faham dalam konteks antara budaya ditemui disebabkan oleh pengaruh daripada imej “parti di rumah” yang berlainan di antara MNS dengan JNS. Kajian ini telah membuktikan daya keterbukaan dalam masyarakat Melayu apabila MNS berkomunikasi dalam konteks antara budaya.

Kata kunci: Penolakan ajakan; Strategi kesantunan; Perkhidmatan rangkaian sosial; Formula semantik; Komunikasi antara budaya

(2)

Declining an Invitation in Japanese by Malay Informants:

Analysis of Strategies and Politeness Effects

ABSTRACT

The declining of an invitation is an interesting speech act to study, especially when the language exchange takes place in an intercultural context. The objective of this study is to identify the refusal strategies used by Malay non-native speakers of Japanese as well as to clarify the “politeness effects” on the aforementioned strategies. The data for this study were obtained using open role-play through SNS and by post-task interviews. The study compared the frequency of semantic formula usage and the average usage of semantic formulas per capita between 20 native Malay speakers (MNSs) and 20 native Japanese speakers (JNSs). Comparisons were made in native as well as intercultural contexts. The politeness effects were determined based on the framework of Discourse Politeness Theory. As a result, the general strategies used by the MNSs in Japanese produced positive/neutral-politeness effects because the MNSs could adapt to the target language norms. The MNSs altered their approach to enhance negative politeness in intercultural contexts by reducing the number of semantic formulas and proactively increasing the use of {vague excuse} and {positive opinion} in response to the refusal strategies of the JNSs. The atypical strategies proposed by the MNSs were also accepted by the JNSs because the message recipients set wide “acceptable variations.” A case of misunderstanding in intercultural contexts was also found due to the influence of different “home-party” images between the MNSs and the JNSs. This study proves the power of openness in the Malay community when the MNSs communicate in intercultural contexts.

Keywords: Declining an invitation; Politeness strategies; Social networking service; Semantic formulas; Intercultural communication

PENGENALAN

Ajakan, iaitu “pelawaan atau jemputan untuk turut serta melakukan sesuatu” (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007) adalah salah satu perlakuan linguistik yang penting untuk membina, mengekalkan serta memperkuatkan hubungan manusia yang mesra dengan orang lain. Di antara dua keputusan sama ada penerimaan atau penolakan terhadap ajakan, penolakan merupakan perlakuan bahasa yang lebih rumit dan sukar direalisasikan kerana iatidak dapat memenuhi kehendak pengajak. Oleh itu, penolakan memerlukan langkah-langkah untuk memperbaiki ketidakseimbangan yang telah terjadi dengan lawan tutur (Fujimori, 1995). Tambahan lagi, penolakan dalam bahasa kedua adalah lebih berisiko tinggi untuk menyebabkan salah faham dan kegagalan komunikasi (Laohaburanakit, 1995). Oleh yang demikian, penolakan ajakan telah menjadi satu perkara penting yang perlu dikuasai dalam pendidikan bahasa Jepun sebagai bahasa kedua/asing.

Sehubungan itu, kajian tentang penolakan ajakan telah dijalankan secara aktif dan meluas di dalam dan di luar negara Jepun. Kajian tersebut menjadi lebih bervariasi dari segi bahasa yang dibandingkan (bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan lain-lain), kaedah pengumpulan data (Tugas Penyempurnaan Wacana, lakonan, pemerhatian dan lain-lain) dan sasaran analisis (strategi, struktur wacana, bentuk tatabahasa dan lain-lain).

Namun begitu, dengan hanya menjelaskan perbezaan di antara penutur asli dengan penutur bukan asli tidak mencukupi untuk merealisasikan komunikasi antara budaya yang lancar. Sebaliknya, bagaimana untuk mengisi jurang yang timbul daripada perbezaan tersebut perlu dibincangkan secara lebih mendalam. Oleh sebab itu, kajian ini penting untuk dilakukan

(3)

bagi mengenal pasti strategi penolakan yang digunakan oleh penutur bukan asli serta menjelaskan bagaimana strategi tersebut ditafsirkan dan dinilai oleh penutur asli.

Di samping itu, kajian penolakan ajakan yang berkaitan dengan komunikasi bersemuka telah dijalankan oleh ramai penyelidik seperti Fujiwara (2004) dan Ito (2002), namun kajian yang memfokuskan kepada komunikasi tidak bersemuka masih kurang dilakukan. Cara komunikasi tidak bersemuka telah berubah secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Kini, alat komunikasi seperti surat atau telefon telah digantikan dengan perkhidmatan rangkaian sosial (social networking service, selepas ini disebut sebagai SNS) mengikut penyebaran telefon pintar yang pantas. Oleh itu, kajian yang memperhatikan komunikasi tidak bersemuka juga penting untuk memberi sumbangan terhadap pendidikan komunikasi semasa.

Selain itu, penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa kedua/asing oleh orang Malaysia masih kurang diperhatikan walaupun masyarakat Malaysia sudah lama berusaha untuk memperkembangkan pendidikan bahasa Jepun di pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta. Malaysia mempunyai bilangan pelajar bahasa Jepun kesepuluh terbesar di dunia (The Japan Foundation, 2020), dan lebih daripada 16,000 pelajar atau pelatih telah dihantar ke Jepun berlandaskan Dasar Pandang ke Timur yang telah diperkenalkan oleh Tun. Dr. Mahathir, iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 (Embassy of Japan in Malaysia, 2020).

Sehubungan itu, kajian ini memberi tumpuan kepada strategi penolakan ajakan dengan menjelaskan perbezaan di antara penutur asli bahasa Melayu (selepas ini disebut sebagai MNS) dengan penutur asli bahasa Jepun (selepas ini disebut sebagai JNS). Perbandingan di antara dua kumpulan tersebut akan dilakukan dalam dua konteks, iaitu konteks bahasa ibunda (konteks di antara penutur asli satu sama lain) dan konteks antara budaya (konteks di antara MNS dengan JNS dalam bahasa Jepun). Seterusnya, kajian ini juga akan mengesahkan “kesan kesantunan” berdasarkan Teori Kesantunan Wacana (Discourse Politeness Theory) (Usami, 2006) untuk menjelaskan sama ada sesuatu strategi yang dipilih oleh MNS dalam bahasa Jepun dapat diterima atau tidak oleh JNS.

KAJIAN LITERATUR

Bahagian ini meninjau kajian lampau mengenai strategi penolakan ajakan, terutamanya strategi yang mungkin boleh menyebabkan salah faham di antara JNS dengan penutur bukan asli bahasa Jepun (seterusnya disebut sebagai JNNS). Strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh MNS juga diberi perhatian dalam bahagian ini. Formula semantik, iaitu klasifikasi ujaran mengikut kandungan semantik seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 berikut, akan ditulis dengan kurungan { } dalam artikel ini.

Berkenaan dengan strategi penolakan ajakan dalam bahasa Jepun, ciri-ciri yang lebih kabur dan eufemistik berbanding dengan bahasa yang lain telah dikemukakan dari awal. Misalnya, Liu (1984) mengatakan bahawa JNS lebih cenderung untuk mengamalkan perlakuan yang “berorientasikan harmoni” dengan menggunakan ekspresi yang eufemistik, rendah diri dan konservatif, manakala penutur asli bahasa Cina menggunakan “ekspresi langsung” dengan menggunakan ekspresi yang lebih langsung, tinggi diri dan persuasif.

Mengenai ciri kabur dalam strategi bahasa Jepun tersebut, Okamoto et al. (2003) menerangkan kes-kes salah faham dari perspektif JNNS. Menurut mereka, JNNS kadangkala mentafsirkan ekspresi eufemisme “chotto…” (susah sikit…) secara literal. Oleh itu, JNNS terfikir masalah adalah hanya “sikit” dan kemungkinan besar ajakan boleh diterima oleh lawan tutur. Namun begitu, ekspresi tersebut biasanya difahami sebagai penolakan dalam bahasa Jepun kerana “sikit” berfungsi sebagai pelembut sahaja. Okamoto et al. (2003) juga menegaskan bahawa {penangguhan} seperti “Saya fikir dulu” atau “Tak pasti” juga kerap menyebabkan salah faham di antara JNS dengan JNNS. JNNS terfikir kemungkinan besar

(4)

lawan tutur akan berusaha untuk menerima ajakan apabila {penangguhan} diberi, tetapi hakikatnya ia digunakan sebagai penolakan oleh JNS. Salah faham mengenai penggunaan {penangguhan} di antara MNS dengan JNS juga telah dilaporkan oleh Date (2006).

Seterusnya, kecenderungan JNS yang kerap menggugurkan {keputusan} turut diperhatikan. JNS lebih cenderung untuk memilih strategi secara tidak langsung, iaitu strategi yang hanya menyatakan {sebab} dan tidak menyatakan {keputusan} seperti “No” atau “Tidak boleh” secara eksplisit (Namagoma & Shimura, 1993). Okamoto et al. (2003) menekankan bahawa JNS sering meminta pendengar untuk meneka kesimpulannya, tetapi dalam bahasa yang lain seperti bahasa Cina dan bahasa Rusia, pengguguran {keputusan} dinilai negatif umpama tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Pengguguran {keputusan} ini juga kerap ditemui dalam data MNS (Hiba & Maryam, 2014). Walau bagaimanapun, terdapat juga tinjauan yang menunjukkan dapatan yang bertentangan, iaitu JNS kerap menyatakan {keputusan} (Bun, 2011; Laohaburanakit, 1995; Mekkreangkrai, 2013).

Seterusnya, {sebab} dilihat secara terperinci. Pernyataan {sebab} kerap ditemui dalam pelbagai bahasa, namun {sebab kabur} (Contoh: “Saya ada hal”) kerap digunakan dalam bahasa Jepun, manakala {sebab konkrit} (Contoh: “Saya nak balik kampung”) kerap digunakan dalam bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia (Fujiwara, 2004; Liu & Xiao, 2008; Namagoma & Shimura, 1993; Radhiah, 2017). Liu dan Xiao (2008) mengatakan bahawa {sebab kabur} mengandungi mesej yang sekunder seperti “Saya tidak ingin menjelaskan alasan” dan “Saya tidak ingin diganggu oleh pihak lain”. Pernyataan {sebab kabur} biasanya terus diterima sebagai alasan yang memadai oleh pengajak JNS tanpa ajakan semula (Kuy, 2019). Namun begitu, {sebab kabur} sukar difahami secara sepenuhnya oleh JNNS, dan kadangkala ia mendorong ajakan semula yang tidak diingini (Liu & Xiao, 2008).

Berkenaan dengan {sebab} lagi, Fujimori (1995) mengatakan bahawa pelajar bahasa Jepun lebih cenderung untuk menyatakan pelbagai {sebab} secara berterusan, dan ia akan dinilai negatif oleh JNS kerana ia difahami sebagai sikap mementingkan diri sendiri dengan memberi bermacam-macam alasan. Masden (2011) melaporkan bahawa {sebab kabur} yang digunakan oleh JNNS pula kadangkala dinilai negatif oleh JNS dengan ditafsirkan sebagai satu bentuk helah atau penipuan.

Selain penggunaan {sebab}, JNS juga sering menyatakan {permohonan maaf} apabila mereka menolak ajakan (Bun, 2011; Fujimori, 1995; Fujiwara, 2004; Ito, 2002). Dua formula semantik {sebab} dan {permohonan maaf} ini merupakan elemen yang utama untuk penolakan dalam bahasa Jepun. Kecenderungan yang sama didapati dalam bahasa Melayu (Ito, 2002; Radhiah, 2017). Namun begitu, pernyataan {permohonan maaf} tidak semestinya diperlukan dalam bahasa yang lain. Misalnya, penutur asli bahasa Thai kurang memohon maaf apabila mereka menolak ajakan kerana mereka kurang merasa bersalah untuk menolak ajakan (Mekkreangkrai, 2013).

Selain itu, Li (2010) mengatakan bahawa JNS memulihkan hubungan manusia dengan menggabungkan pelbagai jenis formula semantik selain {sebab} dan {permohonan maaf}, seperti {reaksi positif} dan {kesedihan}. Szatrowski (1993) menyenaraikan lima jenis strategi JNS yang menunjukkan simpati atau keprihatinan terhadap pengajak, iaitu {reaksi positif}, {kata seru positif}, {permintaan maklumat}, {pengekalan hubungan} dan {co-talk}.

Kekerapan penggunaan strategi sampingan tersebut juga berbeza mengikut budaya. Contohnya, JNS kerap menggunakan {reaksi positif}, manakala penutur asli bahasa Thai kerap menggunakan {pemberian maklumat} apabila mereka menolak ajakan (Mekkreangkrai, 2013). Formula semantik {penghargaan} pula lebih kerap digunakan oleh penutur asli bahasa Inggeris daripada JNS (Namagoma & Shimura, 1993).

Namagoma dan Shimura (1993) turut menghuraikan bahawa {pengekalan hubungan} ada ditemui dalam data JNS, tetapi ia tidak ditemui dalam data penutur asli bahasa Inggeris di

(5)

Amerika Syarikat. Berkenaan dengan {pengekalan hubungan} lagi, Ito (2002) menganggap bahawa {pengekalan hubungan} juga boleh menyebabkan salah faham di antara JNS dengan MNS kerana ia digunakan secara ritual dalam bahasa Jepun tanpa pertimbangan jarak sosial, tetapi ia tidak digunakan kepada lawan tutur yang tidak rapat dalam bahasa Melayu.

Sebagaimana yang ditunjukkan di atas, terdapat pelbagai perbezaan yang boleh menyebabkan salah faham di antara JNS dengan JNNS terhadap strategi penolakan ajakan. Namun begitu, strategi penolakan ajakan dalam bahasa Jepun sebagai bahasa kedua oleh MNS masih kurang jelas, sama ada ia kekal dengan strategi dalam bahasa ibunda atau ia berubah untuk menyesuaikan diri dengan strategi dalam bahasa sasaran.

Di samping itu, penilaian oleh JNS terhadap strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh JNNS dalam bahasa Jepun juga belum ditemui dalam kajian lampau. Penilaian kesantunan oleh penutur asli terhadap strategi yang digunakan oleh penutur bukan asli kadangkala tidak sama dengan penilaian terhadap strategi yang digunakan oleh penutur asli itu sendiri, seperti yang telah dinyatakan oleh Masden (2011) di atas.

Sehubungan dengan kelompangan kajian lampau di atas, kajian ini akan dijalankan dengan bertujuan mengenal pasti persamaan dan perbezaan terhadap strategi penolakan ajakan di antara MNS dengan JNS serta mengesahkan “kesan kesantunan” terhadap strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh MNS dalam bahasa Jepun sebagai bahasa kedua.

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini akan membuat perbandingan di antara MNS dengan JNS dari dua perspektif, iaitu kekerapan penggunaan formula semantik dan purata penggunaan formula semantik per kapita. Perbandingan turut dilakukan dalam konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Kajian ini juga akan menjelaskan bagaimana strategi yang diambil oleh MNS dalam bahasa Jepun dinilai oleh JNS. Secara rumusannya, artikel ini menetapkan dua persoalan kajian seperti berikut.

Persoalan 1: Adakah strategi penolakan ajakan berbeza di antara MNS dengan JNS?

1-1 Adakah kekerapan penggunaan setiap formula semantik berbeza di antara MNS dengan JNS?

1-2 Adakah purata penggunaan formula semantik per kapita berbeza di antara MNS dengan JNS?

Persoalan 2: Apakah “kesan kesantunan” terhadap strategi penolakan ajakan oleh MNS dalam bahasa Jepun sebagai bahasa kedua?

METODOLOGI

KAEDAH PENGUTIPAN DATA

Prosedur pengutipan data bagi kajian ini telah dilaksanakan dari bulan Mac hingga bulan Mei 2019 di Malaysia. Kajian ini memilih informan sejumlah 20 orang MNS dan 20 orang JNS yang boleh dikawal oleh pengkaji dari sudut kekangan masa dan tenaga. Semua informan terdiri daripada golongan wanita yang berusia dari 25 hingga 30-an sahaja supaya dapat meminimumkan pengaruh daripada faktor jantina dan usia. Kajian ini menyasarkan informan yang tinggal di Malaysia sahaja supaya dapat menetapkan kandungan ajakan dengan lebih realistik. Informan MNS dipilih daripada golongan bekas graduan kolej atau universiti Jepun yang ditaja oleh kerajaan Malaysia supaya dapat mengelakkan pengaruh daripada kekurangan pengetahuan kosa kata dan tatabahasa dalam bahasa Jepun. Informan MNS dilabelkan sebagai M01-M20, dan informan JNS pula sebagai J01-J20 dalam artikel ini. Nombor yang sama (Contoh: M01 & J01) merujuk kepada pasangan dalam konteks antara budaya.

Kajian ini mengumpul data wacana melalui kaedah lakonan terbuka menerusi aplikasi SNS. Kajian ini juga menggunakan kad arahan sebagai elisitasi seperti Rajah 1 berikut. Kad

(6)

arahan menunjukkan adegan yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian dalam masyarakat Melayu mahupun Jepun. Kad arahan ditulis dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Jepun.

A Bさんはあなたの友達です。

あなたは、Bさんを今度の日曜日のホームパーティーに誘おうと思います。 Bさんにスマホでメッセージを送ってください。

Pihak B adalah rakan anda.

Anda ingin mengajak pihak B untuk datang ke parti di rumah anda pada hari Ahad depan. Anda hendaklah menghantar mesej kepada pihak B dengan SNS.

B Aさんはあなたの友達です。

あなたは、Aさんにホームパーティーに誘われます。 しかし、その日は、ほかの予定が入っています。 Aさんからのメッセージに返信してください。 Pihak A adalah rakan anda.

Anda diajak untuk datang ke parti di rumah pihak A.

Tetapi, anda mempunyai rancangan lain pada hari yang sama. Anda hendaklah menjawab mesej daripada pihak A.

RAJAH 1. Set kad arahan

Setiap informan diminta untuk berpasangan dalam konteks bahasa ibunda, dan memainkan setiap peranan untuk mengajak dan menolak ajakan. Kemudian, setiap informan juga diminta untuk berpasangan dalam konteks antara budaya, dan memainkan setiap peranan untuk mengajak dan menolak sekali lagi. Pasangan ditetapkan secara rawak oleh pengkaji dan diminta untuk berinteraksi seperti biasa.

Setelah lakonan dalam konteks antara budaya selesai, temu bual pasca lakonan dijalankan. Sesi temu bual disediakan dalam bentuk semi-struktur, dan tumpuan diberi kepada bahagian yang tidak selesa atau tidak sopan untuk mengenal pasti “kesan kesantunan”. Semua langkah pengambilan data dari penghantaran kad arahan sehingga sesi temu bual dilaksanakan menerusi SNS dan direkodkan secara bertulis atas talian.

Lakonan dalam konteks bahasa ibunda JNS serta konteks antara budaya (konteks di antara MNS dengan JNS) dilakukan dalam bahasa Jepun menerusi aplikasi LINE yang paling popular di Jepun. Lakonan dalam konteks bahasa ibunda MNS pula dilakukan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan oleh informan. Dua aplikasi tersebut mempunyai sedikit perbezaan (Contoh: LINE mempunyai lebih banyak koleksi sticker), namun fungsi pertukaran mesej yang ditulis dalam bentuk gelembung ucapan adalah tetap sama. Oleh itu, data yang dikumpul menerusi dua jenis aplikasi tersebut turut digunakan untuk membuat perbandingan dalam kajian ini.

PENDEKATAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan Teori Kesantunan Wacana (selepas ini disebut sebagai TKW) yang dikemukakan oleh Usami (2006) untuk menentukan “kesan kesantunan”. TKW merupakan versi lanjutan terhadap Teori Kesantunan (Brown & Levinson 1987). TKW memperkenalkan pandangan dan pendekatan yang tersendiri. Terutamanya, TKW tidak hanya menumpu pada sesuatu ujaran, malah ia juga meliputi analisis ke tahap wacana. TKW juga mempertimbangkan “kesan kesantunan” bukan sahaja dari sudut pandangan penutur tetapi juga bagaimana untuk diterima oleh pendengar.

(7)

Rajah 2 berikut menunjukkan model TKW yang merumuskan hubungan antara “julat perbezaan anggaran”, “kepatutan perlakuan” dan “kesan kesantunan”.

-1 -α 0 +α +1

Julat perbezaan

anggaran (Nilai De) -1 ≦ De < 0 - α 0 - α ≦ De ≦ 0 + α 0 + α < De ≦ +1 Kepatutan perlakuan Perlakuan kurang (Tidak sopan) Perlakuan patut (Patut) Perlakuan terlebih (Terlebih sopan)

Kesan kesantunan Kesan negatif Kesan neutral Kesan positif Kesan negatif Julat perbezaan anggaran (Nilai De): De = Se - He

Se: Anggaran “tahap pengancaman air muka oleh penutur” yang dibuat oleh penutur Nilai berangka antara 0 hingga 1 secara tentatif

He: Anggaran “tahap pengancaman air muka oleh penutur” yang dibuat oleh pendengar Nilai berangka antara 0 hingga 1 secara tentatif

α: Lebar pergeseran yang dibenarkan

RAJAH 2. Model Teori Kesantunan Wacana (Usami, 2006, 25)

TKW mewarisi konsep asas dalam Teori Kesantunan. Konsep “kesantunan” dianggap sebagai tindakan yang memuaskan atau mengancam air muka. Konsep “air muka” pula dianggap sebagai keinginan sejagat yang dimiliki oleh semua manusia yang memainkan peranan sebagai entiti sosial. Air muka boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu air muka positif dan air muka negatif. Air muka positif merupakan keinginan ke arah yang positif, seperti ingin difahami, ingin disukai, ingin dipuji dan ingin dimasukkan ke dalam kumpulan oleh pihak yang lain. Air muka negatif pula merujuk kepada keinginan ke arah yang negatif, seperti tidak ingin diganggu, tidak ingin dikekang dan sebagainya. Strategi yang digunakan untuk menjaga air muka positif tersebut diiktiraf sebagai strategi kesantunan positif, manakala strategi yang digunakan untuk menjaga air muka negatif dipanggil sebagai strategi kesantunan negatif.

Dalam model TKW di atas, kesan kesantunan ditentukan sebagai hasil tindakan bersama di antara penutur dengan pendengar. Sekiranya sesuatu “nilai De” (julat perbezaan anggaran) tidak bersesuaian dengan kedudukan “julat toleransi (0 ± α)”, maka sesuatu perlakuan diiktiraf sebagai “perlakuan tidak patut” dan memberi kesan negatif kepada pendengar. Sesuatu perlakuan yang sama boleh menghasilkan kesan kesantunan yang berlainan mengikut perbezaan anggaran interlokutor yang terlibat.

Untuk menguasai kecekapan pragmatik dalam komunikasi antara budaya, pendidikan bahasa kedua/asing memainkan peranan yang penting untuk membolehkan pelajar memilih “perlakuan patut” daripada kombinasi ekspresi yang bersifat infiniti.

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Setelah data wacana dalam bentuk SNS dikumpulkan, data tersebut dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu bahagian permulaan, bahagian ajakan, bahagian penolakan, bahagian ajakan semula dan bahagian penutup mengikut klasifikasi oleh Nakagaki (2015). Rajah 3 berikut menunjukkan contoh pembahagian wacana ajakan.

Satu perkara khusus yang perlu diperhatikan semasa membahagikan wacana kepada lima bahagian tersebut adalah bahagian-bahagian tersebut tidak semestinya mengikut urutan masa dalam bentuk SNS. Misalnya, wacana di antara informan M14 dengan M18 dalam konteks bahasa ibunda mengandungi mesej yang tidak mengikut urutan masa. Mesej M18-1

(8)

(mesej pertama yang dihantar oleh informan M18) dalam Rajah 3 terdiri daripada bahagian permulaan dengan mengikut bahagian ajakan dan diikuti oleh bahagian penolakan.

M14-1 Assalamualaikum XXX, sihat ke? Bahagian permulaan

M14-2 Saya dan keluarga bercadang untuk adakan majlis kenduri doa selamat pada Ahad depan. Bahagian ajakan M14-3 Majlis akan bermula pada pukul 11 pagi

M18-1 Waalaikumussalam XXX. Saya sihat alhamdulillah. Bahagian permulaan M18-2 Saya minta maaf negara pada hari ahad depan. Jika tidak memang kerana saya terpaksa ke luar

saya boleh menghadiri majlis tersebut. M14-4 Oh ye ke

Bahagian penolakan M14-5 XXX nak ke mana ahad depan? urusan kerja atau bercuti?

M18-3 Saya perlu ke XXX, atas urusan kerja. M14-6 Oh begitu

M14-7 Sayangnya tak dapat berjumpa XXX Ahad depan

M14-8 Semoga XXX selamat pergi dan selamat balik ye! Bahagian penutup M18-4 (Berikutan disingkatkan)

Catatan: XXX menunjukkan nama khas RAJAH 3. Contoh pembahagian wacana ajakan

Bahagian penolakan bermula dengan ujaran yang berkaitan dengan penolakan sehingga penolakan diterima oleh pengajak. Penerimaan penolakan direalisasikan dalam pelbagai bentuk seperti {penerimaan} (Contoh: “Ryookai” (OK)), {kekecewaan} (Contoh: “Zannen” (Sayangnya)), {penjagaan hati} (Contoh: “Daijoobu” (Tak apa lah)) dan {cadangan} (Contoh: “Doyoobi wa?” (Hari Sabtu?)) (Yoshida, 2016). Selain itu, {pengekalan hubungan} juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengajak telah menerima penolakan (Szatrowski, 1993). Dalam contoh Rajah 3 di atas, ujaran M14-7 “Sayangnya tak dapat berjumpa XXX Ahad depan” dalam bentuk {kekecewaan} secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengajak sudah menerima penolakan oleh M18.

Setelah data wacana dibahagikan kepada lima bahagian tersebut, setiap ujaran yang dihasilkan oleh penolak dalam bahagian ajakan, bahagian penolakan dan bahagian ajakan semula ditandakan dengan formula semantik. Ekspresi seperti “Ahad ka... jap check kalendar” yang dikategorikan sebagai respons dalam bahagian ajakan juga diambil kira sebagai sebahagian daripada strategi penolakan dalam kajian ini kerana ia berfungsi untuk memberi masa sebelum penolakan (Szatrowski, 1993).

Jadual 1 berikut menunjukkan senarai formula semantik terhadap penolakan ajakan yang ditemui dalam data kajian ini. Senarai formula semantik telah diubahsuai dan ditambah mengikut data dalam kajian ini dengan merujuk kepada Ito (2002), Mekkreangkrai (2013) serta Namagoma dan Shimura (1993). Contoh dalam Jadual 1 merupakan ekspresi yang telah diringkaskan daripada data yang diperolehi. Ujaran dalam bahasa Jepun telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, dan ditunjukkan dengan huruf miring dalam artikel ini.

Untuk mengenal pasti penentuan formula semantik, pengkaji melakukan penandaan bagi semua data secara berasingan. Kemudian, seorang penutur asli bagi setiap bahasa diminta untuk melakukan penandaan kali kedua bagi semua data. Seterusnya, tahap kebolehpercayaan di antara dua orang penanda diuji dengan menggunakan Cohen’s Kappa.

Kebolehpercayaan dapat diperolehi κ = .887 (> .70) bagi data bahasa Melayu dan κ = .903 (> .70) bagi data bahasa Jepun dengan Cohen’s Kappa. Menurut Hotta (2017), nilai berangka 0.85 atau lebih bagi tugas objektif, dan 0.7 atau lebih bagi tugas subjektif diperlukan

(9)

untuk memenuhi kriteria yang boleh dipercayai. Penandaan formula semantik bagi kedua-dua data bahasa Melayu dan bahasa Jepun dapat diperolehi lebih daripada 0.7, maka ia telah disahkan boleh dipercayai. Sekiranya penandaan di antara dua orang penanda tidak sama, penandaan akhir diputuskan melalui perbincangan di antara mereka.

JADUAL 1. Senarai formula semantik terhadap strategi penolakan ajakan

Formula semantik Fungsi semantik Contoh

1 {panggilan} Menyebut nama/kata panggilan XXX/Awak/Beb 2 {pertanyaan tujuan} Memastikan tujuan utama Kenapa?/Ada apa?

3 {ulangan} Mengulang sebahagian ayat Hari jadi XXX ye/Ahad depan ke?! 4 {kata seru negatif} Menyebut kata seru yang negatif Alaa…/Alamak/Mmm…

5 {kata seru positif} Menyebut kata seru yang positif Wow/Wah 6 {permohonan maaf} Menunjukkan permohonan maaf Minta maaf/Sorry 7 {sebab konkrit} Menyatakan sebab yang konkrit Saya nak balik kampung 8 {sebab kabur} Menyatakan sebab yang kabur Saya ada hal/Ada rancangan lain 9 {sebab tambahan} Menambahkan sebab Ada kenduri dekat rumah saudara 10 {keputusan} Menyatakan keputusan Tak boleh//Tak free/Susah 11 {penangguhan} Menyatakan penangguhan Kalau sempat saya datang 12 {penghargaan} Menunjukkan penghargaan Terima kasih

13 {khuatir} Menunjukkan perasaan khuatir Walhal sudah diajak

14 {reaksi positif} Menunjukkan reaksi yang positif Nak pergi/Bestnya/Mesti seronok 15 {kesedihan} Menunjukkan perasaan sedih Saya sedih/Saya kecewa

16 {permintaan maklumat} Meminta maklumat ajakan Untuk apa?/Hari jadi sapa?

17 {kefahaman} Menunjukkan kefahaman Ye ke/Oh begitu

18 {empati} Menunjukkan perasaan empati Kan…/Saya pun/Tu la... 19 {keterujaan} Menunjukkan perasaan teruja Ini betul-betul menggugat

20 {ketawa} Menunjukkan ketawa Hahaha/Hehe/Huhu

21 {ucapan} Menyatakan ucapan Congrats!/Selamat hari jadi!

22 {gantian} Menyatakan sesuatu gantian Saya bagi hadiah kemudian

23 {pengekalan hubungan} Mengekalkan hubungan Lain kali kita jumpa/Nanti kita pelan 24 {lain-lain} Tidak dinyatakan di atas Ya, betul/Jap check kalendar

Dalam contoh Rajah 3 di atas, terdapat empat jenis formula semantik yang digunakan oleh informan M18, iaitu {permohonan maaf} (Saya minta maaf), {sebab konkrit} (kerana saya terpaksa ke luar negara pada hari ahad depan), {syarat} (Jika tidak memang saya boleh menghadiri majlis tersebut) dan {sebab tambahan} (Saya perlu ke XXX, atas urusan kerja).

Formula semantik yang digunakan oleh kurang daripada 10% informan bagi semua kategori dikumpulkan sebagai {lain-lain} dalam artikel ini. Penggunaan informasi visual seperti emoji, emotikon dan sticker tidak diambil kira sebagai formula semantik dalam kajian ini.

Setelah setiap ujaran ditandakan dengan formula semantik, kekerapan bagi setiap formula semantik dihitung mengikut kumpulan MNS dan JNS masing-masing. Kajian ini mengira jumlah perbezaan, bukannya jumlah keseluruhan kerana kajian ini mementingkan pandangan “apa yang perlu/tidak perlu dinyatakan”. Dalam erti kata lain, kajian ini menghitung berapa ramai informan menggunakan setiap jenis formula semantik.

Seterusnya, kajian ini menjalankan ujian Fisher (Fisher's exact test) untuk menguji sama ada wujud atau tidak perbezaan signifikan di antara MNS dengan JNS dari sudut kekerapan penggunaan formula semantik. Ujian-t Welch bagi dua sampel bebas pula digunakan untuk menguji sama ada wujud atau tidak perbezaan signifikan dari sudut purata penggunaan formula semantik per kapita. Aras signifikan dua hujung yang digunakan dalam artikel ini ialah 0.05. Sekiranya nilai signifikan (p) lebih daripada 0.05 bermaksud perbezaan

(10)

signifikan di antara dua kumpulan yang dibandingkan tidak wujud. Perbandingan di antara MNS dengan JNS dilakukan dalam konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya.

Apabila strategi penolakan ajakan oleh MNS dalam konteks antara budaya adalah serupa dengan MNS dalam konteks bahasa ibunda tetapi berbeza daripada JNS, ia dianggap sebagai “pemindahan pragmatik” dari bahasa ibunda. Sebaliknya, jika strategi penolakan ajakan oleh MNS dalam konteks antara budaya serupa dengan JNS tetapi berbeza daripada MNS dalam konteks bahasa ibunda, ia dianggap sebagai “akomodasi”.

Selain itu, kajian ini juga akan mengesahkan “kesan kesantunan” terhadap strategi penolakan berdasarkan TKW. Kesan negatif boleh disahkan dengan merujuk kepada perasaan pelik atau perasaan tidak selesa yang timbul terhadap penerima mesej. Sekiranya sesuatu ujaran dirasakan kurang sopan oleh penerima mesej, ujaran tersebut dianggap sebagai “perlakuan kurang”, manakala sesuatu ujaran yang dirasakan terlebih sopan dianggap sebagai “perlakuan terlebih”. Namun begitu, kedua-duanya menghasilkan kesan negatif dalam model TKW, seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 1.

HASIL KAJIAN

PERBANDINGAN KEKERAPAN PENGGUNAAN FORMULA SEMANTIK (BAGI MENJAWAB PERSOALAN 1-1)

Jadual 2 berikut menunjukkan hasil perbandingan dari sudut kekerapan penggunaan formula semantik di antara MNS dengan JNS. Bilangan informan adalah 20 bagi setiap kumpulan, dan Nilai-p merupakan hasil ujian Fisher.

JADUAL 2. Perbandingan kekerapan penggunaan formula semantik

Konteks bahasa ibunda Konteks antara budaya

Formula semantik Kekerapan MNS (n=20) Kekerapan JNS (n=20) Nilai-p Kekerapan MNS (n=20) Kekerapan JNS (n=20) Nilai-p 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 {panggilan} {pertanyaan tujuan} {ulangan}

{kata seru negatif} {kata seru positif} {permohonan maaf} {sebab konkrit} {sebab kabur} {sebab tambahan} {keputusan} {penangguhan} {penghargaan} {khuatir} {reaksi positif} {kesedihan} {permintaan maklumat} {kefahaman} {empati} {keterujaan} {ketawa} {ucapan} {gantian} {pengekalan hubungan} {lain-lain} 9 3 9 13 8 12 16 4 14 9 4 4 0 5 1 12 7 4 6 8 1 2 3 8 2 1 7 0 0 9 7 11 4 9 1 4 3 18 7 3 3 0 1 2 0 0 4 6 0.031* 0.605 0.746 0.000** 0.003** 0.527 0.010** 0.048* 0.004** 1.000 0.342 1.000 0.231 0.000** 0.044* 0.008** 0.273 0.106 0.092 0.065 1.000 0.487 1.000 0.741 1 2 7 4 6 11 11 7 5 7 1 1 1 16 4 3 1 1 0 0 1 0 2 4 1 4 9 3 4 12 8 11 2 7 2 3 3 15 6 5 4 2 1 1 8 7 2 2 1.000 0.661 0.746 1.000 0.716 1.000 0.527 0.341 0.408 1.000 1.000 0.605 0.605 1.000 0.495 0.695 0.342 1.000 1.000 1.000 0.020* 0.008** 1.000 0.661 * p < .05, ** p < .01

Bagi konteks bahasa ibunda, terdapat sembilan jenis formula semantik yang menunjukkan perbezaan signifikan (p < .05) di antara dua kumpulan yang dibandingkan.

(11)

Antaranya, sebanyak enam jenis formula semantik, iaitu {panggilan}, {kata seru negatif}, {kata seru positif}, {sebab konkrit}, {sebab tambahan} dan {permintaan maklumat} lebih kerap digunakan oleh MNS daripada JNS, manakala sebanyak tiga jenis formula semantik, iaitu {sebab kabur}, {reaksi positif} dan {kesedihan} lebih kerap digunakan oleh JNS daripada MNS.

Antara enam jenis formula semantik yang kerap digunakan oleh MNS secara signifikan, lima jenis formula semantik merupakan strategi kesantunan positif yang mendekatkan jarak psikologi di antara interlokutor. Formula semantik {panggilan} berfungsi untuk mengemukakan keakraban, dan {kata seru positif} dapat menunjukkan minat atau penilaian positif terhadap kandungan ajakan. Tiga jenis formula semantik {sebab konkrit}, {sebab tambahan} dan {permintaan maklumat} pula digunakan untuk melanjutkan perkongsian maklumat yang lebih terperinci di antara interlokutor. Hanya {kata seru negatif} boleh berfungsi sebagai strategi kesantunan negatif kerana ia mengimplikasikan niat penolakan secara lebih lembut dan sopan.

Dari segi tiga jenis formula semantik yang kerap digunakan oleh JNS secara signifikan pula, {sebab kabur} adalah strategi kesantunan negatif yang menjauhkan diri dari lawan tutur dengan mengelakkan perkongsian maklumat yang lebih terperinci. Formula semantik {kesedihan} juga boleh beroperasi sebagai strategi kesantunan negatif kerana ia menekankan emosi negatif. Sedangkan, {reaksi positif} berperanan sebagai strategi kesantunan positif yang cuba untuk menjaga air muka positif pendengar untuk menunjukkan minat dan penilaian positif terhadap kandungan ajakan.

Sebanyak 15 jenis formula semantik yang disenaraikan dalam Jadual 2 di atas tidak menunjukkan perbezaan signifikan di antara MNS dengan JNS dalam konteks bahasa ibunda. Persamaan di antara MNS dengan JNS juga penting untuk memahami penggunaan strategi di antara satu sama lain. Terutamanya, kedua-dua kumpulan kerap menggunakan {sebab} dan {permohonan maaf} apabila mereka menolak ajakan. Dapatan ini selaras dengan kajian lampau (Ito, 2002). Selain itu, hampir separuh informan daripada kedua-dua kumpulan menyatakan {keputusan} dalam kajian ini. Formula semantik {ulangan} juga kerap digunakan oleh kedua-dua kumpulan.

Bagi konteks antara budaya pula, hanya dua jenis formula semantik, iaitu {ucapan} dan {gantian} menunjukkan perbezaan signifikan di antara MNS dengan JNS. Kedua-dua formula semantik tersebut lebih kerap digunakan oleh JNS daripada MNS.

Penggunaan dua jenis formula semantik {ucapan} dan {gantian} tersebut berkait rapat dengan kandungan ajakan yang ditetapkan oleh informan MNS. Dalam konteks antara budaya, sebanyak 55% (11 orang) MNS mengajak JNS untuk menyertai parti hari jadi, 30% (6 orang) untuk makan-makan dan 15% (3 orang) untuk parti berpindah ke rumah baru, tetapi tiada informan JNS yang mengajak MNS untuk menyambut hari jadi. Sebanyak 90% (18 orang) JNS mengajak MNS untuk makan-makan, dan hanya 10% (2 orang) untuk parti berpindah ke rumah baru. Begitu juga dalam konteks bahasa ibunda. Dalam konteks bahasa ibunda, sebanyak 55% (11 orang) MNS mengajak MNS untuk menyertai parti hari jadi, 20 % (4 orang) untuk makan-makan, 15% (3 orang) untuk acara keagamaan (Aqiqah dan Doa selamat) dan 10% (2 orang) untuk parti berpindah ke rumah baru. Sementara itu, sebanyak 90% (18 orang) JNS mengajak JNS untuk makan-makan dan 10% (2 orang) untuk parti berpindah ke rumah baru. Oleh yang demikian, penolakan terhadap penyertaan parti hari jadi yang dijemput oleh MNS menyebabkan JNS kerap menggunakan {ucapan} dan {gantian} dalam konteks antara budaya.

Perbezaan mengenai penggunaan {ucapan} dapat ditemui di antara MNS dengan JNS. JNS kerap mengucapkan “Otanjoobi omedetoo” (Selamat hari jadi) apabila JNS diberitahu bahawa parti hari jadi ahli keluarga MNS akan diadakan. Akan tetapi, tiada informan MNS yang mengucapkan “Selamat hari jadi” kepada ahli keluarga dalam konteks bahasa ibunda, dan hanya seorang MNS mengucapkan tahniah untuk kes berpindah ke rumah baru.

(12)

Begitu juga bagi penggunaan {gantian}. Perbezaan {gantian} di antara MNS dengan JNS berkait rapat dengan struktur wacana. MNS juga kerap menyatakan {gantian}, namun 30% (6 orang) daripada mereka menyatakannya dalam bahagian penutup untuk menjaga perasaan pengajak yang telah menerima penolakan, seperti “Isnin nanti saya kirim present utk dia tau”. Sebaliknya, JNS kerap menyatakan {gantian} dalam bahagian penolakan sebelum pengajak menerima penolakan, seperti “Paathii niwa ikenai kedo, betsu no kikai ni oiwai sasete” (Parti ni saya tak boleh pergi, tapi lain kali saya akan meraikan ya).

Apabila formula semantik yang lain diberi perhatian, perbezaan signifikan dalam konteks bahasa ibunda tidak lagi wujud dalam konteks antara budaya. Hal ini kerana MNS telah menyesuaikan diri dengan norma dalam bahasa sasaran dengan bersikap “akomodasi”. Secara lebih konkrit, MNS berubah untuk mengurangkan penggunaan {panggilan}, {kata seru negatif}, {kata seru positif}, {sebab konkrit}, {sebab tambahan} dan {permintaan maklumat} yang kerap digunakan dalam konteks bahasa ibunda. Pada masa yang sama, MNS juga berubah untuk kerap menggunakan {sebab kabur}, {reaksi positif} dan {kesedihan} yang selalu digunakan oleh JNS.

PERBANDINGAN PURATA PENGGUNAAN FORMULA SEMANTIK PER KAPITA (BAGI MENJAWAB PERSOALAN 1-2)

Jadual 3 berikut menunjukkan keputusan Ujian-t di antara MNS dengan JNS untuk membandingkan purata penggunaan formula semantik per kapita terhadap penolakan ajakan.

JADUAL 3. Perbandingan purata penggunaan formula semantik per kapita

MNS JNS Nilai-t Nilai-p Saiz Kesan d

Konteks bahasa ibunda Konteks antara budaya Purata penggunaan formula semantik per kapita (SD) 8.10 (2.86) (2.05) 5.10 3.44 .001** 1.21 4.80 (1.60) (2.28) 6.10 1.69 .049* 0.66 * p < .05, ** p < .01

Ujian-t tersebut mendedahkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara dua kumpulan dalam konteks bahasa ibunda. MNS jauh lebih banyak menggunakan formula semantik daripada JNS secara signifikan (t(38) = 3.44, p = .001, d = 1.21) dalam konteks bahasa ibunda. MNS menggunakan lebih daripada lapan jenis formula semantik, manakala JNS menggunakan lebih daripada lima jenis formula semantik secara purata. Apabila data dalam Jadual 2 dirujuk, MNS secara meluas menggunakan {panggilan}, {ulangan}, {kata seru negatif}, {kata seru positif}, {permohonan maaf}, {sebab konkrit}, {sebab tambahan}, {keputusan} dan {permintaan maklumat} dengan kerap. Sebaliknya, JNS pula kerap menggunakan {permohonan maaf}, {sebab kabur}, {keputusan} dan {reaksi positif}.

Dalam konteks antara budaya pula, JNS lebih banyak menggunakan formula semantik daripada MNS secara signifikan (t(38) = 1.69, p = .049, d = 0.66). Hal ini disebabkan oleh dua jenis formula semantik {ucapan} dan {gantian} yang kerap digunakan secara signifikan untuk parti hari jadi, seperti yang telah dinyatakan di atas. MNS secara ketara mengurangkan jumlah penggunaan formula semantik apabila mereka berinteraksi dengan JNS. Berdasarkan Jadual 2, yang paling kerap digunakan oleh kedua-dua kumpulan ialah {reaksi positif}, dan diikuti oleh {permohonan maaf}. Kedua-dua {sebab konkrit} dan {sebab kabur} dapat ditemui dengan kerap dalam konteks antara budaya. Selain itu, {ulangan} dan {keputusan} juga kerap digunakan oleh kedua-dua kumpulan. Hasil ini boleh menyimpulkan bahawa kedua-dua kumpulan lebih cenderung untuk mengikut norma bahasa Jepun yang dituturkan.

(13)

KESAN KESANTUNAN DALAM KONTEKS ANTARA BUDAYA (BAGI MENJAWAB PERSOALAN 2)

Bahagian ini memberi perhatian kepada kesan kesantunan terhadap strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh MNS dalam bahasa Jepun. Kesan kesantunan ditentukan berdasarkan data kualitatif yang dikumpul melalui sesi temu bual. Secara keseluruhannya, hanya satu kes menghasilkan kesan kesantunan yang negatif, dan kes-kes yang lain pula menghasilkan kesan kesantunan yang positif/neutral.

Informan J04 mengatakan bahawa beliau merasa pelik apabila beliau menerima ucapan “Tanjoobi omedetoo” (Selamat hari jadi) daripada M04 walaupun J04 tidak menyatakan parti itu bertujuan menyambut hari jadi. Salah faham ini telah berlaku kerana M04 mengaitkan “parti di rumah” dengan sambutan hari jadi mengikut budaya bahasa ibunda sendiri. Namun begitu, J04 tidak menegur salah faham M04 sepanjang mereka berinteraksi dan meneruskan pertukaran mesej secara harmoni. Secara lebih konkrit, selepas M04 menyatakan {ucapan} dan {reaksi positif} terhadap ajakan, J04 membalas dengan memberi {penghargaan}, iaitu “Arigatoo” (Terima kasih). Kemudian, J04 turut memberi maklumat tentang masa parti tersebut.

Selain satu kes salah faham tersebut, tiada komen negatif yang diterima, contohnya perasaan tidak selesa atau tidak sopan daripada JNS. Terdapat komen JNS yang bersifat positif/neutral terhadap strategi penolakan yang diambil oleh MNS. Antaranya ialah “Saya tidak merasa perbezaan yang ketara” (J11), “Cara komunikasi dengan MNS tidak dirasakan berlainan dengan cara di antara penutur asli” (J16), “Saya tidak merasa ada jurang dengan komunikasi seharian saya” (J18), “Saya merasa dia pandai berbahasa Jepun. Saya merasa seperti saya berinteraksi dengan orang Jepun” (J19) dan “Saya merasa cara interaksi sama dengan kawan Jepun saya” (J20).

Terdapat juga komen mengenai usaha oleh MNS yang cuba untuk menyesuaikan diri dengan norma dalam bahasa sasaran. Antaranya ialah “Saya sedikit sebanyak menyesuaikan diri dengan JNS” (M02), “Saya cuba untuk menyingkatkan pertukaran mesej dengan orang Jepun” (M06), “Saya akan bercakap tentang topik yang lain jika berkomunikasi dengan MNS” (M07), “Saya cuba untuk tidak tanya secara terperinci tentang sebab penolakan” (M08), “Saya memendekkan dan meringkaskan pertukaran mesej dengan JNS” (M13) dan “Saya lebih memendekkan pertukaran mesej berbanding dengan MNS” (M20). Namun begitu, terdapat juga komen mengenai kerisauan MNS seperti “Saya agak bimbang sebab saya merasa terlalu langsung kepada topik utama sahaja” (M20) disebabkan oleh kurang keyakinan terhadap kesan kesantunan yang dihasilkan walaupun pasangan beliau (J20) memberi komen yang positif terhadap perlakuan beliau.

Kajian ini juga tidak menemui sebarang komen yang berkaitan dengan konflik jati diri pada MNS. MNS telah menunjukkan sikap akomodatif yang fleksibel untuk menjayakan komunikasi yang lancar. Terdapat komen-komen yang bersifat neutral seperti “Saya tidak berasa tidak selesa untuk mengikut norma JNS” (M02), “Saya tidak merasa apa-apa” (M06), “Saya tak rasa apa-apa” (M11) dan “Tiada benda yang menyekat” (M17).

Perkara yang tidak diperhatikan oleh JNS dianggap sebagai telah menghasilkan kesan kesantunan yang neutral. Formula semantik yang kerap digunakan oleh MNS tetapi tidak kerap digunakan oleh JNS dalam konteks bahasa ibunda seperti {panggilan}, {kata seru negatif}, {kata seru positif}, {sebab konkrit}, {sebab tambahan} dan {permintaan maklumat} juga masih dapat diterima oleh JNS walaupun ia tidak menunjukkan perlakuan yang tipikal. Formula semantik {keputusan} juga dapat diterima sebagai “perlakuan patut” kerana ia digunakan seiring dengan pelbagai jenis formula semantik yang lain. Tiada komen juga mengenai susunan formula semantik dalam kajian ini. Hal ini bermaksud susunan formula semantik tidak banyak mempengaruhi penilaian kesantunan dalam kajian ini.

(14)

PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 90% informan bagi setiap kumpulan menyatakan sesuatu {sebab} dalam konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Hal ini mengesahkan bahawa pernyataan {sebab} memainkan peranan yang paling penting untuk menyampaikan niat penolakan dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Jepun.

Walaupun begitu, dalam konteks bahasa ibunda, MNS lebih cenderung untuk mementingkan kesantunan positif dengan cuba untuk mendekatkan diri dengan lawan tutur secara lebih aktif. MNS kerap menggunakan strategi kesantunan positif seperti {panggilan}, {kata seru positif}, {sebab konkrit}, {sebab tambahan} dan {permintaan maklumat}. Dapatan ini selaras dengan Hieda (2016) yang membincangkan kecenderungan MNS, iaitu MNS menjalin hubungan yang lebih akrab dengan berkongsi pelbagai maklumat individu di antara interlokutor. Penjelasan tentang sebab yang terperinci dengan menyatakan {sebab konkrit} dan {sebab tambahan} juga disokong oleh Normah et al. (2012) yang menekankan MNS lebih bersikap rasional apabila permohonan maaf diperlukan.

Sebaliknya, JNS dalam konteks bahasa ibunda lebih mementingkan kesantunan negatif dengan cuba untuk menjauhkan diri dari lawan tutur. JNS kerap menggunakan {sebab kabur} dan tidak menyatakan lebih daripada keperluan yang minimum. Namun begitu, JNS kerap menggunakan {reaksi positif} bersama {sebab kabur} supaya dapat mengelakkan salah faham umpama ajakan tidak diingini atau tidak diminati.

Menurut Szatrowski (1993), tujuan utama bagi pengajak adalah untuk mengajak seseorang melakukan sesuatu bersama, dan tujuan utama bagi orang yang diajak adalah untuk memberi jawapan sama ada penerimaan atau penolakan. Pada masa yang sama, pengekalan hubungan sesama manusia yang baik melalui perbualan adalah matlamat bersama bagi kedua-dua pihak. Jika konsep tersebut dipertimbangkan, boleh dikatakan bahawa MNS bukan sahaja bermatlamat untuk mencapai tujuan utama, tetapi juga menitikberatkan interaksi yang lebih mesra dan panjang. JNS pula lebih cenderung untuk mementingkan pencapaian tujuan utama melalui interaksi yang lebih pendek dan ringkas.

Penggunaan formula semantik yang lebih banyak oleh MNS berbanding dengan JNS dalam konteks bahasa ibunda juga boleh diterangkan melalui faktor sistem bahasa kehormatan (honorifics). Bun (2011) membincangkan bahawa bahasa yang tidak mempunyai sistem bahasa kehormatan mempelbagaikan formula semantik untuk mengekspresikan persahabatan. Hal ini bertentangan dengan bahasa Jepun yang hanya memilih kosa kata atau tatabahasa yang sesuai daripada menambah formula semantik.

Oleh yang demikian, pandangan Norma et al. (2018) tidak dapat disokong oleh dapatan kajian ini kerana mereka mengaitkan pernyataan yang lebih panjang dalam bahasa Melayu berbanding dengan bahasa Inggeris dengan pola budaya konteks tinggi dalam bahasa Melayu. Mereka cuba untuk menghuraikan bahawa penolakan dalam bahasa Melayu menjadi lebih panjang disebabkan oleh pernyataan tidak langsung yang bersifat budaya konteks tinggi. Namun begitu, pandangan mereka tidak dapat menjelaskan penolakan yang lebih pendek dalam bahasa Jepun berbanding dengan bahasa Melayu kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai budaya konteks tinggi. Pernyataan yang ringkas dalam bahasa Jepun dapat diterangkan berikutan kecenderungan JNS yang mementingkan kesantunan negatif serta sistem bahasa kesopanan yang disusun secara sistematik dalam bahasa Jepun.

Bagi konteks antara budaya, MNS telah berubah untuk lebih menitikberatkan kesantunan negatif dengan menambah kekerapan {sebab kabur} dan {reaksi positif} mengikut norma dalam bahasa sasaran. MNS juga lebih bermatlamat untuk mencapai tujuan utama penolakan dengan menjadikan interaksi mereka lebih pendek dan ringkas. Pemilihan norma dalam bahasa sasaran ini merupakan kemunculan “penutur bahasa Jepun sebagai bahasa kedua yang secara proaktif memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan dan kefahaman mengenai bahasa

(15)

dan budaya Jepun” (Fujiwara, 2004). Kedua-dua kumpulan dalam kajian ini lebih cenderung untuk memilih norma dalam bahasa yang dituturkan walaupun mereka tinggal di Malaysia sewaktu kajian ini dijalankan.

Dari sudut kesan kesantunan dalam konteks antara budaya, JNS menerima strategi penolakan oleh MNS secara positif/neutral. Dalam erti kata lain, MNS telah berjaya untuk menganggarkan “nilai De” (julat perbezaan anggaran) yang bersesuaian dengan kedudukan “julat toleransi (0 ± α)”. Penerimaan secara positif/neutral oleh JNS terhadap strategi penolakan oleh MNS dalam konteks antara budaya juga berkesan untuk meningkatkan keyakinan dan kebanggaan MNS sebagai penutur bahasa Jepun yang mahir.

Berkenaan dengan tiada konflik jati diri MNS, sikap pelajar bahasa Jepun di Malaysia mungkin secara tidak langsung boleh mempengaruhi penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa kedua/asing mereka. Pelajar bahasa Jepun di Malaysia secara umumnya bersikap positif terhadap negara dan rakyat Jepun, dan mereka juga berorientasi integratif terhadap pemerolehan bahasa Jepun (Hieda & Maserah, 2014).

Kajian ini juga memaparkan bahawa “julat toleransi (0 ± α)” yang ditetapkan secara meluas oleh JNS dalam konteks antara budaya dapat membantu interlokutor untuk mengelakkan konflik di antara dua budaya yang berlainan. Informan JNS dalam kajian ini tidak menyimpulkan lawan tutur sebagai orang yang kurang sopan, walaupun sedikit informan MNS menggunakan strategi yang tidak biasa dalam bahasa Jepun. Oleh itu, strategi yang tidak tipikal dalam bahasa Jepun seperti {sebab konkrit} dan {sebab tambahan} juga tidak menghasilkan kesan kesantunan yang negatif, sebaliknya masih dapat diterima oleh JNS. Roswati et al. (2017) turut mendapati bahawa bentuk tatabahasa yang digunakan oleh pemandu pelancong Malaysia yang berbahasa Jepun tidak sesuai dengan para pelancong Jepun, tetapi ia tidak menjejaskan kelancaran komunikasi di antara mereka. Dengan ini, jelasnya peranan penerima mesej juga amat penting untuk komunikasi yang lancar antara budaya.

Selain itu, kajian ini mendapati bahawa imej “parti di rumah” yang berlainan di antara MNS dengan JNS mempengaruhi penggunaan formula semantik serta boleh mengakibatkan kes salah faham. MNS lebih berorientasi untuk menyambut sesuatu beramai-ramai dalam bentuk parti di rumah, manakala JNS lebih menggemari untuk bersantai bersama dengan rakan yang rapat di rumah. Untuk mengisi jurang imej “parti di rumah” di antara MNS dengan JNS tersebut, penjelasan parti perlu diberikan oleh pengajak terlebih dahulu apabila mereka mengajak seseorang dalam konteks antara budaya.

KESIMPULAN

Kajian pragmatik ini telah dijalankan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan terhadap strategi penolakan ajakan di antara MNS dengan JNS serta menjelaskan kesan kesantunan terhadap strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh MNS dalam bahasa Jepun sebagai bahasa kedua.

Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan dari sudut kekerapan penggunaan formula semantik mahupun purata penggunaan formula semantik per kapita di antara MNS dengan JNS dalam konteks bahasa ibunda. MNS lebih mementingkan kesantunan positif dengan berkongsi maklumat yang lebih terperinci, kerap memanggil nama serta kerap meluahkan kata seru secara beremosi. JNS pula lebih mementingkan kesantunan negatif dengan memberi maklumat yang minimum serta kerap menekankan emosi kesedihan. MNS juga menggunakan lebih banyak jenis formula semantik dalam konteks bahasa ibunda bukan sahaja untuk mencapai matlamat utama tetapi juga untuk merapatkan persahabatan antara interlokutor.

Walau bagaimanapun, perbezaan signifikan yang ditemui dalam konteks bahasa ibunda sudah tidak wujud dalam konteks antara budaya. MNS telah berubah untuk menitikberatkan

(16)

kesantunan negatif dalam interaksi dengan JNS mengikut norma dalam bahasa sasaran. MNS juga mengurangkan jumlah penggunaan formula semantik dalam konteks antara budaya. Strategi penolakan oleh MNS dalam konteks antara budaya dapat diterima oleh JNS sebagai “perlakuan patut”, dan turut menghasilkan kesan kesantunan yang positif/neutral.

Secara rumusannya, kajian ini menunjukkan bahawa MNS secara proaktif memilih norma dalam bahasa sasaran untuk menjayakan komunikasi antara budaya yang lancar. Kajian ini telah membuktikan daya keterbukaan dalam masyarakat Melayu semasa berinteraksi dalam suasana silang budaya. Hal ini sesuai dengan budaya Melayu yang bersifat akomodatif. Dapatan kajian ini boleh menjadi satu sumber rujukan, terutamanya untuk tapak pendidikan yang memperhatikan kecekapan pragmatik dalam bahasa kedua/asing.

PENGHARGAAN

Kajian ini adalah hasil Penyelidikan Top Down (TD) “Akal Budi Melayu Menerusi Elemen Sains dalam Bahasa Kiasan” yang berkod TD-2014-006.

RUJUKAN

Brown, P. & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some Universals in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Bun, S. (2011). Chuunichi-ryoukoku no daigakusei ni okeru kotowari-hyougen no taishou- kenkyuu: ‘Sasoi’ ni taisuru kotowari-bamen o chuushin toshite (Kajian kontrastif terhadap ekspresi penolakan dalam kalangan pelajar universiti di China dan Jepun: Fokus kepada situasi penolakan terhadap ‘ajakan’). Higashi-Asia Nihongo-Kyouiku Nihon-Bunka Kenkyuu. 14, 111-128.

Date, K. (2006). An analysis of Japanese language learners' communication strategies: The use of indirect expressions of refusal. Unpublished Ph.D thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Embassy of Japan in Malaysia (2020). The Malaysian Look East Policy. Retrieved April 17, 2020 from https://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/LEP.htm

Fujimori, H. (1995). Nihongo-gakushuusha ni mirareru ‘benmei’ imikousiki no keishiki to shiyou: Chuugokujin-kankokujin-gakushuusha no baai (Bentuk dan penggunaan formula semantik ‘alasan’ oleh pelajar bahasa Jepun: Kes pelajar berbangsa Cina dan Korea). Journal of Japanese Language Teaching. 87, 79-90.

Fujiwara, C. (2004). Nihongo-washa to Indoneshiago-washa no ‘kotowari’ ni kansuru kenkyuu (Kajian tentang ‘penolakan’ di antara penutur asli bahasa Jepun dengan Indonesia). Unpublished Ph.D thesis, Osaka University, Osaka, Japan.

Hiba Qusay Abdul Sattar & Maryam Farnia (2014). Iraqis’ and Malays’ refusal to invitations. Global Journal of Foreign Language Teaching. 4(1), 1-19.

Hieda, N. (2016). Linguistic behavior of invitations in Japanese and Malay: Based on the framework of Discourse Politeness Theory. Studies in Japanese Language and Japanese Language Teaching. 7, 181-196.

Hieda, N. & Maserah Shabudin (2014). Attitudes towards Japanese language among Malaysian students. GEMA Online® Journal of Language Studies. 14(1), 135-150.

Hotta, T. (2017). Disagreement acts by Chinese learners of Japanese: The possibility of pragmatic transfer in strategy usage. Journal of International Cultural Studies. 23, 95-106.

Ito, E. (2002). Mareego-bogowasha no chuukangengo ni mirareru goyouteki-tokuchou (Ciri-ciri pragmatik yang ditemui dalam bahasa antara oleh penurut asli bahasa Melayu:

(17)

Kesejagatan dan keistimewaan dalam ekspresi penolakan). Kotoba no Kagaku. 15, 179-197.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuy, S. (2019). A comparative study of Japanese and Khmer invitation conversations: Focusing on the structure of rejected conversations. Studies in Japanese Language and Culture. 29, 268-279.

Laohaburanakit, K. (1995). Nihongo ni okeru kotowari: Nihongo-kyoukasho to jissai no kaiwa tono hikaku (‘Penolakan’ dalam bahasa Jepun: Perbandingan di antara buku teks bahasa Jepun dengan perbualan yang sebenar). Journal of Japanese Language Teaching. 87, 25-39.

Li, K. (2010). A study on verbal behaviors regarding invitation and refusal: Analysis of cell-phone email messages exchanged among Japanese native speakers. Taigu-Communication. 7, 113-128.

Liu, J. (1984). A comparative study of Chinese and Japanese verbal behaviors of invitation and response. Machikaneyama Ronso.18, 17-38.

Liu, J. & Xiao, Z. (2008). The communication influence of the speech act of refusal. Memoirs of the Fukui Institute of Technology. 38, 127-132.

Masden, M. (2011). Nihonjin-gakusei ga shitsureida to kanjiru ryuugakusei no sasoi/kotowari no hyougen ni kansuru yobi-chousa (Tinjauan awal mengenai ekspresi ajakan dan penolakan oleh pelajar antarabangsa yang dirasakan kurang sopan bagi pelajar Jepun). Bulletin of Center for Globalization. 2, 51-73.

Mekkreangkrai, P. (2013). The differences in expressions of refusals between Japanese and Thai learners of Japanese: Focusing on the structure of refusals when using mobile e-mail. Japanese Language Education. 45, 11-19.

Nakagaki, T. (2015). A contrastive study of invitation in Japanese and Swahili: In the case of refusing the invitation to dinner. Journal of Swahili and African Studies. 26, 20-39. Namagoma, T. & Shimura, A. (1993). Eigo kara nihongo eno puragumathikku-toransufaa:

‘Kotowari’ toiu hatsuwa-koui ni tsuite (Pemindahan pragmatik dari bahasa Inggeris ke bahasa Jepun: Lakuan bahasa ‘penolakan’). Journal of Japanese Language Teaching. 79, 41-52.

Norma Saad, Siti Jamilah Bidin & Ahmad Affendi Shabdin (2018). Refusal strategies of Malay speakers of English and native speakers of English. International Journal of Education, Psychology and Counselling. 3(6), 103-116.

Normah Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Mohammad Fadzeli Jaafar (2012). Strategi penjelasan dalam permohonan maaf bahasa Melayu dan Jepun: Satu perbandingan antara budaya. Jurnal Linguistik. 15, 1-13.

Okamoto, S., Toskar, S., Suzuki, A. & Yang, X. (2003). Language and cultural awareness in regard to invitations and refusals: Comparisons of Japanese, English, Chinese and Russian politeness strategies and how they impact foreign/second language learners. Journal of Hokkaido Bunkyo University. 4, 189-202.

Radhiah Ismail (2017). The difference of speech act of refusal strategies between the Malays and Spanish: Cross-cultural studies. The Social Sciences. 12(8), 1334-1343.

Roswati Abdul Rashid, Isma Rosila Ismail, Radhiah Ismail & Roslina Mamat (2017). Ketidaksantunan dalam perbualan bahasa Jepun oleh pemandu pelancong Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies. 17(3), 86-104.

Szatrowski, P. E. (1993). Nihongo no Danwa no Kozo Bunseki: Kanyu no Sutoratejii no Kousatsu (Analisis Struktur Wacana Jepun: Pertimbangan Strategi Ajakan). Tokyo: Kurosio Publishers.

The Japan Foundation (2020). Survey Report on Japanese-Language Education Abroad 2018. Tokyo: The Japan Foundation.

(18)

Usami, M. (2006). Discourse politeness theory and cross-cultural pragmatics. In A. Yoshitomi, T. Umino & M. Negishi (Eds.), Readings in Second Language Pedagogy and Second Language Acquisition: In Japanese Context (pp. 19-41). Amsterdam and Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.

Yoshida, Y. (2016). A study of refusals to re-invitation: A comparison between Japanese and Indonesian female students. Studies in Comparative Culture. 124, 263-272.

PENULIS

Natsue Hieda adalah pelajar Ph.D di Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau memfokuskan kepada bidang pragmatik silang budaya dan pragmatik bahasa antara, khususnya kajian kontrastif di antara bahasa Melayu dengan bahasa Jepun.

Nor Hashimah Jalaluddin (Ph.D) adalah Profesor di Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau mengkhusus dalam bidang semantik dan pragmatik. Penyelidikan beliau tertumpu kepada nahu dan korpus, pemikiran Melayu dan leksikografi.

Mohammad Fadzeli Jaafar (Ph.D) ialah Profesor Madya di Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Bidang pengkhususan beliau ialah stilistik, pragmatik dan sosiolinguistik.

Referensi

Dokumen terkait

Tuntasnya, hasil penganalisian kajian melalui temu bual dan bahan dokumen telah menunjukkan bahawa penggunaan strategi pembelajaran kolaboratif atas talian dapat membantu pelajar