• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 301. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 301. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 301

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema Persoalan Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa

Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman Teks Umum

Watak Sang Kancil dalam buku-buku cerita binatang digambarkan sebagai binatang yang pintar dan bijaksana. Sang Kancil berupaya mengatasi binatang-binatang yang lebih besar dan gagah dengan menggunakan kebijaksanaannya.

Dengan menggunakan buah fikiran, Sang Kancil berjaya mengalahkan binatang seperri gajah, harimau, dan buaya. Dalam cerita "Sang Kancil dengan Buaya", Sang Kancil telah melepaskan kerbau yang digigit oleh seekor buaya dengan mengatakan bahawa benda yang digigit oleh buaya tersebut scbenarnya batang kayu. Kecerdikan Sang Kancil bukan setakat menipu sesama binatang, malahan juga manusia. Dalam cerita "Sang Kancil dengan Peladang'', Sang Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan peladang melepaskan Sang Kancil, seterusnya menyelamatkan nyawanya.

Dalam beberapa cerita yang lain, Sang Kancil bertindak sebagai orang

tengah, contohnya dengan menjadi hakim kepada dua pihak yang bcrtelagah.

Adakalanya Sang Kancil menjadi tempat binatang-binatang yang lain mengadukan hal seterusnya menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh binatang-binatang tersebut. Berlaku juga situasi apabila Sang Kancil menolong binatang yang kecil yang dianiaya oleh binatang yang besar. Oleh sebab itu, Sang Kancil dilantik menjadi Syah Alam di rimba. Peranan Sang Kancil sebagai hakim diceritakan dalarn "Kisah Sang Kancil dengan Saudagar". Dalam cerita ini , Sang Kancil menjadi hakim yang membicarakan kes seorang saudagar yang kurus dengan seorang kanak-kanak gemuk yang miskin yang merupakan jiran tersebut.

Sungguhpun begitu, sifat ketidaksempurnaan Kancil turut dipaparkan. Oleh sehab pada suatu masa Kancil berniat jahat, Sang Kancil terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada makhluk yang sentiasa menang. Sang Kancil telah dikalahkan oleh siput dalam suatu perlumbaan dalam cerita Kancil dengan Siput. Siput-siput telah menipu Sang Kancil dengan bcrada di sepanjang laluan perlumbaan sehingga garisan penamat.

1. Apakah maksud frasa orang tengah ?

A Orang yang pintar dan bijaksana.

Bahasa

Melayu

(4)

C Orang yang dibantu kerana menghadapi masalah.

D Orang yang bertindak sebagai pendamai antara dua pihak yang berbalah 2. Berdasarkan pctikan, Sang Kancil ialah haiwan yang'

A sempurna kerana kebijaksanaannya.

B sentiasa menang apabila bertanding dengan haiwan lain,

C cerdik menggunakan akal fikiran untuk mengalahkan haiwan dan manusia, D bijak mencari orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahannya dengan haiwan lain.

3. Apakah peranan Sang Kancil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh haiwan lain?

A Kancil bertindak sebagai orang tengah B Kancil menganiaya haiwan yang lebih kuat. C Kancil berpihak kepada haiwan yang lebih kuat.

D Sang Kancil menggunakan muslihat seperti berpura-pura mati.

4. Pada pendapat anda, apakah pengajaran daripada watak Sang Kancil? (KBAT) ?

A Kita hendaklah bersikap adil dalam segala hal.

B Kita hendaklah berpihak kepada individu yang lebih kuat.

C Kita mestilah menggunakan buah fikiran untuk memperdayakan haiwan lain. D Kita hendaklah menggunakan apa-apa sahaja cara untuk memenangi sesuatu pertandingan.

( /8)

Bahasa

Melayu

(5)

Pemahaman Puisi Tradisional – Syair

Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita,

Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan,

Atasnya hulu fakir nistawan,

Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan dan negeri,

Bahasa

Melayu

(6)

Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara)

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Maksud Syair – “Syair Burung Nuri”

Rangkap 1

Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2

Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3

Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

Bahasa

Melayu

(7)

Rangkap 4

Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan.

Rangkap 5

Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang-ulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.

Rangkap 6

Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju, serta tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7

Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya hancur.

Rangkap 8

Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema

Adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan adab dalam

kehidupan yang sering ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan dalam perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan masalah kegagalan berfikir secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan seseorang.

Bahasa

Melayu

(8)

Persoalan

(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. (b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang. (c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.

(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan. (e) Kesederhanaan dalam percintaan.

Bentuk

(a) Syair ini berbentuk terikat.

(b) Syair ini terdiri daripada lapan rangkap. (c) Semua baris merupakan maksud.

(d) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya: • rangkap 1: empat baris;

• rangkap 2: empat baris; • rangkap 3: empat baris; • rangkap 4: empat baris; • rangkap 5: empat baris; • rangkap 6: empat baris; • rangkap 7: empat baris; • rangkap 8: empat baris.

(e) Bilangan perkataan bagi setiap baris syair ini antara tiga hingga enam

patah kata. Contohnya:

Gerangan sungguh amatlah leta, (4 patah kata)

Perinya akal gelap-gelita, (3 patah kata)

Hemat pun rendah daif berserta, (5 patah kata)

Sajak dan nazam banyak tak kena.

Bahasa

(6 patah kata)

Melayu

(9)

(f) Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku

kata. Contohnya:

Sudahlah nasib untung yang malang, (10 suku kata)

Senantiasa di dalam nasib dan walang. (13 suku kata) (g) Rima akhirnya terikat. Contohnya:

• rangkap 1: aaaa; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: aaaa; • rangkap 4: aaaa; • rangkap 5: aaaa; • rangkap 6: aaaa; • rangkap 7: aaaa; • rangkap 8: aaaa.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• Barang yang ghairah di dalam cinta, (perulangan vokal a)

• Segenap pesisir desa negeri, (perulangan vokal e)

• Terfikir-fikir bukan menderita, (perulangan vokal i) (b) Aliterasi. Contohnya:

• Dituliskan sahifah supaya nyata, (perulangan konsonan s) • Gundahlah fikir tiada tertentu, (perulangan konsonan t) • Remuk dan redam rasanya hati, (perulangan konsonan r)

Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata; Bertambahlah pula

sopan dan negeri.

Bahasa

Melayu

(10)

(b) Kata ganda. Contohnya, gelap-gelita; terfikir-fikir; berulang-ulang. (c) Kata arkaik. Contohnya, masyghul.

(d) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya: • Remuk dan redam (rangkap 7, baris 4; rangkap 8, baris 1)

(e) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris). Contohnya: • tuan (rangkap 3, baris 1 dan 4)

(f) Repetisi. Contohnya:

• Hanyutlah badan ke sana ke mari (rangkap 6, baris 1). (g) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.

(h) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena. (i) Paradoks. Contohnya, Daripada hidup sebaiknya mati.

Nilai

(a) Kesedaran. Contohnya, penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut perasaan.

(b) Merendah diri. Contohnya, penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam lembarannya itu.

(c) Rasional. Contohnya, penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional.

(d) Hemah tinggi. Contohnya, penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-masing.

(e) Kebijaksanaan. Contohnya, penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak menguruskan percintaan mereka.

Bahasa

Melayu

(11)

(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang lain.

(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.

(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.

(d) Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri sendiri.

(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan menyebabkan perkara buruk berlaku.

Latihan

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair pada rangkap keenam

syair? [3 markah]

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri”. [3 markah]

Bahasa

Melayu

(12)

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(iii) Dalam kehidupan, seseorang itu pasti akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk

menghadapi dugaan tersebut? (KBAT) [4 markah]

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)
(14)
(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

Kemampaun TCPDump akan berkurang jika kita menggunakan switch, jadi untuk mempelajari paket jaringan secara detail dengan memakai TCPDump sebaiknya memakai hub

Penelitian ini dilatar belakangi oleh rendahnya hasil belajar siswa. Sementara nilai rata-rata hanya 56,3. Penelitian ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi belajar dan

Hasil analisis fungsi keuntungan usahatani kedelai di Kabupaten Grobogan menunjukkan nilai koefisien determinasi (R2) yang diperoleh sebesar 0,6515, artinya 65,15%

Mengenai realitas yang plural ini, penulis memberikan suatu “tawaran” mengenai konsep ajaran teologi inklusif guna membangun kerukunan yang terdapat di dalam teks

Apabila ketersediaan bahan baku tidak cukup maka perusahaan akan memesan bahan baku tersebut baik dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi pemesanan ataupun

Pengujian hipotesis 1 dan 2 menggunakan MANOVA melalui statistik varians (Fantar). Kriteria pengujiannya adalah apabila nilai F dengan signifikansi kurang dari 0,05

Pada analisis sensivitas untuk performance supplier ini, akan mengidentifikasi dampak perubahan performance supplier yang disebabkan oleh perubahan nilai dari