• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

1

Akaun Al Awfar

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

T 603 26 900 900 URL bankislam.com.my facebook.com/bankislam

(2)
(3)

1

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

Akaun Al Awfar

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

1.0 Maklumat Utama Dana

Pemegang Akaun yang Dihormati,

Tahniah kerana menjadi pemegang Akaun Al Awfar Bank Islam, iaitu akaun pelaburan yang pertama seumpamanya di bawah kontrak Mudarabah, direka untuk menawarkan pelbagai peluang memenangi hadiah wang tunai. Al Awfar diperkenalkan di dalam sistem perbankan Islam Malaysia pada bulan Jun 2015 selaras dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013).

Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Al Awfar yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015.

1.1 Nama Produk

Akaun Al Awfar (Akaun Pelaburan berasaskan Mudarabah)

1.2 Jenis Akaun Pelaburan

Akaun Pelaburan Tidak Terhad: merujuk akaun pelaburan dengan mandat diberikan kepada Bank untuk menguruskan portfolio Akaun Pembiayaan.

1.3 Objektif Pelaburan Dana

Menawarkan pelbagai peluang untuk memenangi lebih daripada RM6,000,000 hadiah wang tunai melalui cabutan bulanan, suku tahunan, tahunan serta cabutan diperingkat wilayah disamping menjana keuntungan.

1.4 Strategi Pelaburan Dana

Melabur dalam aset kewangan runcit yang selamat. Pada masa ini, aset sandaran ialah Portfolio Pembiayaan Perumahan Bank yang bertujuan untuk melindungi prinsipal.

1.5 Ciri Akaun Pelaburan

Atas permintaan, iaitu pelanggan boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa.

1.6 Peruntukan Aset Pelaburan

Bank akan memperuntukkan dana pelabur dalam Portfolio Pembiayaan Perumahan sedia ada yang menjana pendapatan yang stabil.

1.7 Profil Pelabur

• Kategori pelabur:

- Individu (Pemastautin dan Bukan Pemastautin)

- Bukan Individu (Perniagaan/Entiti lain)

• Pelabur dengan toleransi risiko yang rendah

• Pelabur yang ingin memenangi hadiah wang tunai

 Pelabur dengan tempoh pelaburan jangka pendek atau sederhana

 Pelabur yang memerlukan portfolio pelaburan patuh Syariah

Nota: Para pelabur dinasihatkan supaya mempertimbangkan semua faktor risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan.

Pelabur akan sentiasa terdedah kepada risiko yang berikut; risiko pasaran, risiko kredit, risiko kecairan, risiko operasi dan risiko undang- undang. Untuk penjelasan lanjut mengenai setiap risiko, sila layari laman web Bank Islam.

1.8 Penilaian Aset Yang Disandarkan

Penilaian akan dijalankan setiap bulan yang merupakan sebahagian daripada proses menentukan pulangan kepada pelabur.

Pulangan akaun pelaburan ini akan dipengaruhi oleh prestasi aset sandaran. Amaun prinsipal dan pulangan tidak dijamin dan pelanggan/

pemegang akaun pelaburan menghadapi risiko tidak mendapat sebarang pulangan. Akaun pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

1.9 Dasar Pengagihan

Pendapatan akan diagihkan setiap bulan, tetapi keuntungan akan dikira setiap hari. Pendapatan ditentukan berdasarkan prestasi Portfolio Pembiayaan Perumahan.

1.10 Penyata Bagi Sebarang Perubahan

Tiada perubahan pada objektif, strategi, sekatan dan had pelaburan dalam tempoh suku tahunan ini.

2.0 Penyata Risiko

Di Bank Islam, Lembaga Pengarah mempunyai tanggungjawab utama untuk menguruskan risiko yang berkaitan dengan operasi dan aktiviti perniagaannya dengan menetapkan selera risiko dan tahap toleransi yang konsisten dengan objektif keseluruhan perniagaan Bank serta profil risiko yang diingini. Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah yang dibantu oleh Bahagian Pengurusan Risiko memastikan terdapat pengawasan yang berkesan terhadap pembangunan strategi, dasar, prosedur dan infrastruktur untuk menguruskan risiko Bank.

(4)

3.0 Struktur Hadiah

Berdasarkan objektif pelaburan yang ditetapkan, pelanggan layak mengambil bahagian dalam cabutan bulanan, suku tahunan, tahunan dan wilayah. Oleh itu, mereka dapat menikmati pelbagai peluang untuk memenangi hadiah wang tunai seperti yang berikut:

3.1 Struktur Hadiah

Cabutan Bulanan :

Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Bilangan Pemenang

1 100,000 1

2 10,000 1

3 1,000 20

Cabutan Suku Tahunan :

Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Bilangan Pemenang

1 1,000,000 1

2 10,000 20

Cabutan Bulanan Wilayah :

Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Bilangan Pemenang

1 50,000 5

Nota: Semua hadiah wang tunai disediakan oleh Bank dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.

3.2 Unit Kelayakan

Setiap pelaburan bernilai RM100 berhak mendapat satu (1) unit kelayakan untuk cabutan. Walau bagaimanapun, Bank mempunyai budi bicara untuk mengkaji semula bilangan unit kelayakan dari semasa ke semasa.

3.3 Ahli Jawatankuasa Cabutan

Jawatankuasa Dalaman Jawatankuasa Luar

Bahagian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Pengurusan Risiko Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

(5)

3

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

3.4 Pemenang Cabutan Hadiah Al-Awfar bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

Cabutan Bulanan:

Bulan Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Nama Pemenang

Oktober 1 100,000 Misdi bin Kadis

2 10,000

Abu Bakar bin Darus

3 1,000

20 Pemenang

November 1 100,000 Talib bin Mat Yusof

2 10,000

Zaleha binti Mohamad Amin

3 1,000

20 Pemenang

Disember 1 100,000 Anis Nuraishah bt Ahmad Shahminan

2 10,000 Zahra As Syifa’ binti Kamarulzaman

3 1,000 20 Pemenang

Cabutan Suku Tahunan:

Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Bilangan Pemenang

1 1,000,000 Azman bin Kamis

2 10,000 20 Pemenang

Cabutan Bulanan Wilayah:

Bulan Hadiah Hadiah Wang Tunai (RM) Bilangan Pemenang

Oktober 1 50,000

1. Fadzillah Binti Abd Razak

2. Raja Mohd Harun Al Rashid Bin Raja Akbar Al Rashid

3. Seenivasan A/L Veerasamy 4. Noor Hassan Bin Che Wook 5. Yussop Bin Rapnan

November 1 50,000

1. Azhari Bin Abdul Aziz 2. Mohd Apandi Bin Abdullah 3. Wahid Bin Tambi

4. Shuhaimi bin Umar 5. Mohd Yunus bin Md Yusof

Disember 1 50,000

1. Ramlah binti Mohamad 2. Hatun Binti Hashim 3. Rozreen binti Wan Ramli 4. Najmuddin bin Abdullah 5. Ayub bin Annuar

Dari bulan Oktober hingga Disember 2015, seramai 102 pemenang memenangi hadiah wang tunai Al Awfar.

(6)

4.0 Prestasi Dana

4.1 Prestasi bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

Tempoh Kedudukan Saiz Dana

RM’000 Pulangan Aset (ROA)

Nisbah Perkongsian Keuntungan (Pelanggan:

Bank)

Pulangan Pelaburan

(ROI)

16 Okt 15 - 15 Nov 15 Sept-15 469,848 6.58% 2 : 98 0.13%

16 Nov 15 - 15 Dis 15 Okt-15 456,191 6.58% 2 : 98 0.13%

16 Dis 15 - 15 Jan 16 Nov-15 459,247 6.45% 2 : 98 0.13%

16 Jan 16 - 15 Feb 16 Dis-15 461,312 6.70% 2 : 98 0.13%

4.2 Peruntukan Aset

Portfolio Pembiayaan Perumahan

5.0 Pembayaran Keuntungan

5.1 Penyata Untung & Rugi

AKAUN PELABURAN AL-AWFAR

Penyata Untung & Rugi Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

Okt 2015 Nov 2015 Dis 2015

RM RM RM

Pendapatan Daripada Pembiayaan 2,714,609 2,538,831 2,693,012

Perbelanjaan Langsung* - - -

Elaun Bagi Penjejasan

Pembiayaan (160,020) (148,812) (94,890)

Jumlah pendapatan 2,554,589 2,390,019 2,598,122

Pulangan Asset 6.58% 6.45% 6.70%

Pulangan Pelaburan 0.13% 0.13% 0.13%

* Perbelanjaan boleh dikenal pasti, diukur, mandatori dan mesti ditanggung untuk melengkapkan aktiviti pelaburan tertentu (termasuk pembiayaan)

Nota: Pendapatan adalah berdasarkan prestasi Portfolio Pembiayaan Perumahan.

(7)

5

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember 2015

5.2 Kajian Portfolio Pembiayaan Perumahan Setakat 31 Disember 2015 Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Lokasi di Malaysia

18.1%

18.5%

16.1%

6.7%

40.6%

Tengah Timur Utara Selatan Malaysia Timur

Sebanyak 40.6% daripada jumlah Portfolio Pembiayaan Perumahan adalah dari wilayah Tengah. Ini menunjukkan pembiayaan kami lebih tertumpu kepada kawasan maju seperti Lembah Klang.

Portfolio Pembiayaan Perumahan mengikut Baki Tempoh Matang Kemudahan

< 1 tahun 1 hingga 5 tahun 5 hingga 10 tahun 10 hingga 15 tahun

> 15 tahun

Sebahagian besar daripada Portfolio Pembiayaan Perumahan mempunyai tempoh matang lebih daripada 15 tahun. Ini akan memastikan kestabilan dalam aliran pendapatan kami yang dapat memberikan manfaat kepada profil pulangan pelaburan terutamanya untuk pelabur jangka panjang.

Kualiti Aset

85.9 %

8.6 %

0.2%

1.2%

2.9% 1.2%

(8)

6.0 Tinjauan dan Prospek Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka akan lebih mencabar pada tahun 2016 berikutan kebimbangan terhadap prestasi ekonomi global serta kenaikan kos sara hidup di peringkat domestik. Di samping itu, kemeruapan di dalam pasaran matawang asing juga dijangka akan berlarutan memandangkan kadar faedah di Amerika Syarikat yang dijangka akan dinaikkan secara beransur-ansur. Selain itu, situasi lebihan penawaran minyak akan menyebabkan harga minyak dunia kekal rendah yang sekali gus memberi kesan yang negatif kepada industri minyak dan gas. Justeru, langkah pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini dilihat tepat pada masanya bagi memastikan sumber kewangan kerajaan yang terhad dapat dioptimumkan sebaik mungkin. Ini berikutan pihak kerajaan masih lagi komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memastikan ekonomi negara kekal mapan. Pengurangan kadar caruman KWSP bahagian pekerja juga adalah sesuatu yang amat dialu-alukan sebagai dasar untuk membantu rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh isi rumah di Malaysia. Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengamalkan dasar yang pro aktif melalui pengurangan Rizab Berkanun sebanyak 50 asas mata pada bulan Januari yang lalu. Dasar seperti ini dilaksanakan bagi memastikan kecairan di dalam sistem kewangan adalah mencukupi. Oleh yang demikian, risiko kelembapan ekonomi dijangka akan meningkat berikutan ketidakpastian di dalam suasana pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, negara mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan dasar penstabilan melalui dasar fiskal dan monetari yang seharusnya mampu untuk mengekang kelembapan pertumbuhan ekonomi. Justeru, negara dijangka akan mencapai pertumbuhan KDNK sekitar 4 peratus dan 4.5 peratus pada tahun 2016 yang dibantu oleh faktor perbelanjaan domestik meskipun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang semakin mencabar.

7.0 Tinjauan Pasaran Hartanah

Aktiviti pasaran kediaman secara keseluruhan dijangka berlaku kelembapan dan juga beberapa pelarasan harga dalam menggambarkan penurunan pasaran dalam jangka masa terdekat. Bagi kawasan Lembah Klang, sektor kediaman bertanah dijangka mengalami kestabilan harga dengan pertumbuhan minimum. Projek infrastruktur yang sedang berjalan di kawasan Lembah Klang seperti Line LRT 3, SBK Line MRT, SSP Line MRT, BRT Sunway, BRT KL-Klang, Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE), Damansara-Lebuhraya Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) bukan sahaja akan meningkatkan pasaran hartanah yang sedia ada tetapi juga akan menjadi pemangkin kepada Pembangunan Berorientasikan Transit di sepanjang penjajaran dan dalam persekitaran stesen. Walau bagaimanapun, kemungkinan terdapat tempoh di mana unit- unit yang baru siap dibina bagi projek pembangunan yang terletak di kawasan-kawasan terpencil dan mempunyai hubungan sistem pengangkutan awam yang terhad tidak dapat terjual, hartanah arus perdana yang sedia ada di Lembah Klang sekurang-kurangnya dapat mengekalkan ciri-ciri dan nilainya.

(9)

7

Bank Islam • Akaun Al Awfar

Disediakan oleh:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

“LAPORAN PRESTASI DANA INI DISEDIAKAN SEMATA-MATA UNTUK MANFAAT PEMEGANG AKAUN PELABURAN DAN TIDAK BOLEH DISALIN, DIPETIK ATAU DIRUJUK SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA TANPA KEBENARAN BERTULIS BANK ISLAM TERLEBIH DAHULU. BANK ISLAM TIDAK

AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SESIAPA SAHAJA SELAIN PIHAK YANG DIKENAL PASTI DALAM LAPORAN PRESTASI DANA INI BAGI MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI”

Referensi

Dokumen terkait

Portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap bagi Bank Islam terus mencatatkan peningkatan kepada RM16.2 billion pada bulan September berbanding RM15.9 billion pada bulan Julai

Keuntungan akan dibayar pada tarikh matang atau sebarang kekerapan bayaran (untuk pelabur dengan tempoh melebihi 15 bulan), seperti yang dipersetujui oleh pihak