• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU KADAR BAYARAN TUGAS RASMI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI JPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BUKU KADAR BAYARAN TUGAS RASMI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI JPAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU KADAR BAYARAN TUGAS RASMI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA

NEGERI JPAN

Disediakan Oleh Bahagian Kewangan

ANGKASA

(Dikemaskini pada 15 Januari 2015)

angkasa

(Angkatan Koperasi Kakitangan ANGKASA Berhad)

Wisma Ungku A.Aziz Jalan SS6/3, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-78061977 (16 Talian), Fax :03-78803949

GP JPAN LAMPIRAN

N

45

(2)

PINDAAN PADA 15 JANUARI 2015

2

KADAR BAYARAN TUGAS RASMI

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI (JPAN)

Kadar bayaran tugas rasmi merangkumi elaun kehadiran tugas rasmi ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) ke atas tuntutan perjalanan, makan & minum, penginapan dan lain-lain tuntutan mengikut ketetapan ANGKASA berdasarkan keputusan mesyuarat-mesyuarat yang diluluskan seperti berikut :- 1. Elaun Kehadiran Mesyuarat

1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)

Elaun kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri untuk setiap mesyuarat JPAN akan dibayar RM 300.00 seorang.

1.2 Mesyuarat JK Kerja Negeri (JKKN)

Elaun kehadiran ahli-ahli JPAN untuk mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri dibayar sebanyak RM 200.00 seorang.

1.3 Mesyuarat JK ‘Ad-hoc’/Kecil/Kerja

Elaun mesyuarat JK Kecil atau Kerja yang dilantik mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) terdiri JK Wanita, JK HKS, JK Pendidikan, JK Kew dan lain-lain jawatankuasa yang diluluskan ANGKASA akan dibayar sebanyak RM150.00 seorang.

1.4 Mewakili ANGKASA Pusat / Negeri

Elaun Mesyuarat bagi mewakili ANGKASA/Negeri oleh ahli-ahli JPAN akan dibayar sebanyak RM 300.00 seorang.

1.5 Persidangan Negeri (PN)

Elaun Persidangan Negeri (PN) adalah menggunakan peruntukan ANGKASA Pusat dan dibayar seperti berikut :

a. Mempengerusikan PN - RM 400.00 b. Ahli – Ahli JPAN - RM 300.00 c. Juruacara - RM 150.00 d. Pembaca Doa - RM 150.00 e. Pencatit Minit - RM 150.00 f. Mesyuarat Lepas PN - RM 300.00

1.6 Elaun Mempengerusikan Mesyuarat JPAN dan JKKN

Elaun bagi Pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat JPAN adalah sebanyak RM 350.00 dan Mesyuarat JKKN adalah sebanyak RM 250.00 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015 dan ditangguhkan mulai 1 April 2015 iaitu RM 300.00 bagi Mesyuarat JPAN dan RM 200.00 bagi Mesyuarat JKKN.

(Mesyuarat JTK Bil 12/2014 pada 30 Disember 2014) dan ditangguhkan melalui (Mesyuarat JKK Bil 5/2015 pada 26 Mac 2015)

GP JPAN LAMPIRAN

N

46

(3)

1.7 Elaun Bertugas Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari JPAN

1.7.1 Elaun bertugas kepada Setiausaha dan Bendahari JPAN (secara bergilir) yang bertugas di pejabat JPAN. Pemberian elaun ini berdasarkan perkiraan maksimum lapan (8) kali sebulan dengan bayaran sebanyak RM 75.00 setiap kali bertugas selama minimum empat (4) jam dan tidak melebihi jumlah RM 1,200.00 sebulan . Elaun bertugas telah diambil kira dalam peruntukan yang dibayar setiap tahun.

1.7.2 Elaun bertugas bagi Pengerusi adalah bagi kerja pemantaun pejabat iaitu RM 250.00 bagi setiap lawatan x 10 kali sebulan (minima) dan jika melebihi 10 kali sebulan, hanya tuntutan perjalanan sahaja boleh dituntut dan pembayaran oleh JPAN.

(Melalui Minit Mesyuarat JTK Bil 5/2014 pada 6 Mei 2014) 1.8 Menghadiri Program / Aktiviti Bagi Mewakili ANGKASA Pusat

Elaun Mesyuarat / Perbincangan /Seminar/ Forum dan lain-lain aktiviti bagi mewakili ANGKASA Pusat akan dibayar sebanyak RM 400.00 dan bagi turut hadir mewakili ANGKASA Pusat akan dibayar RM 200.00 dan dituntut daripada ANGKASA Pusat secara terus

2. Bayaran Tugas Rasmi Mewakili Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri 2.1 Perbincangan, Perjumpaan dan Majlis Rasmi

Elaun kehadiran salah seorang daripada Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha atau wakil JPAN untuk perbincangan, perjumpaan dan lain-lain program mewakili ANGKASA secara rasmi akan dibayar sebanyak RM 200.00 setelah mendapat persetujuan mesyuarat JK JPAN, JKKN atau Pengerusi JPAN. Ahli-Ahli JPAN yang turut hadir semasa program akan dibayar RM 200.00.

2.2 Aktiviti Seminar, Forum, Taklimat dan Jamuan Makan

Elaun ahli-ahli JPAN menghadiri majlis rasmi ditugaskan memberikan ucapan utama, perasmi, pembentang kertas kerja, mempengerusikan seminar/forum/taklimat /kursus, Penyampaian Sijil dan jamuan makan dan seumpamanya akan dibayar RM 400.00 seorang dan perlulah mendapatkan kelulusan mesyuarat JPAN atau Pengerusi JPAN. Ahli-Ahli JPAN yang turut hadir semasa program akan dibayar RM200.00.

Selain daripada itu, elaun-elaun lain yang dibayar adalah seperti berikut :

Pengacara Majlis RM 150.00 sehari Pembaca Doa RM150.00

Pencatit Minit RM150.00 seorang sahaja 3. Elaun Menyelaras Kursus

3.1 Kadar bayaran menyelaras kursus/panel penceramah adalah RM 100.00 sehari tanpa mengambilkira bilangan jam .

3.2 Kadar elaun bagi memantau Program Hari Koperasi Sekolah (HKS) adalah RM100.00 dengan tidak melebihi 3 buah sekolah seorang.

GP JPAN LAMPIRAN

N

47

(4)

PINDAAN PADA 15 JANUARI 2015

4

3.3 Kadar bagi elaun tuntutan perjalanan, elaun harian, elaun makan dan elaun hotel/lodging adalah mengikut kadar bayaran rasmi JPAN.

3.4 Elaun Menyeleras Kursus hendaklah dituntut melalui ANGKASA Pusat .

(Melalui Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil 6/2007 pada 4 Julai 2007 dan Minit Mesyuarat JTK Bil 5/2014 pada 6 Mei 2014)

4. Elaun Panel Penceramah dan Penyediaan Kertas Kerja (Kursus / Seminar /Bengkel)

4.1 Pembentang kertas kerja (sama ada pihak luar atau dalam) selain ahli JTK ANGKASA dibayar RM 300.00 – RM1,000.00. (Kemaskini Minit Mesyuarat JKK Bil 6/2010 pada 30 Jun 2010).

4.2 Pengerusi Pembentang kertas kerja dibayar RM 200.00.

4.3 Pengacara Majlis dibayar RM 150.00.

4.4 Pencatat Minit hendaklah seorang sahaja sepanjang program berlangsung dibayar RM150.00.

4.5 Pembaca Doa dibayar sebanyak RM 150.00.

4.6 Elaun Panel Penceramah hendaklah dituntut melalui ANGKASA Pusat.

(Melalui Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil 6/2007 pada 4 Julai 2007 dan Minit Mesyuarat JTK Bil 5/2014 pada 6 Mei 2014)

5. Elaun Tuntutan perjalanan

5.1 Kenderaan Rasmi/Pengangkutan Awam

Seseorang ahli-ahli JPAN yang menggunakan kenderaan sendiri atau menggunakan kemudahan kenderaan bermotor, teksi, keretapi, kapal laut dan kapal terbang ataupun lain- lain pengangkutan yang diluluskan JPAN bagi menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya hendaklah membuat tuntutan berdasarkan kos sebenar (resit rasmi) pergi balik dari rumah masing-masing ke pejabat JPAN. Ahli-ahli JPAN digalakkan berkongsi kereta untuk program yang di negeri atau di lain-lain tempat.

5.2 Kenderaan disediakan JPAN/Penganjur

Seseorang ahli-ahli JPAN yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh JPAN atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.

5.3 Kadar Perbatuan (KM)

Ahli-ahli JPAN yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Pejabat JPAN adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kadar-kadar tanpa had maksima seperti berikut :

500 km pertama - 85 sen

501 km - 1,000 km - 80 sen

1,001 km dan seterusnya - 70 sen

(Keputusan Mesyuarat JTK Bil 4/2014 - 7 April 2014) GP JPAN LAMPIRAN

N

48

(5)

5.4 Pusat Transit (pejabat JPAN)

Bagi perjalanan kerana menghadiri mesyuarat/majlis di luar pejabat, perkiraan bayaran elaun perjalanan hendaklah disesuaikan destinasinya di mana pejabat Jawatankuasa Perhubungan Negeri dikira sebagai pusat transit.

5.5 Perkhidmatan Kapal Terbang

Mengemukakan bukti perjalanan dengan menyertakan resit-resit dan dokumen-dokumen bayaran letak kereta dan lain-lain perkhidmatan awam. Ahli-ahli JPAN dibenarkan menggunakan khidmat penerbangan kelas ekonomi atau setarafnya jika diarahkan dan diluluskan ANGKASA Pusat terlebih dahulu.

5.6 JPAN akan membiayai tuntutan perjalanan dengan syarat pihak penganjur/ANGKASA tidak membuat apa-apa bayaran.

5.7 Ahli-ahli JPAN yang menggunakan ’Touch n Go’ perlu mengemukakan salinan kad ’touch n go’ dan dokumen sokongan untuk tuntutan tol.

6. Elaun Harian

Ahli-ahli JPAN yang bertugas bagi tempoh kurang dari 24 jam tetapi melebihi 8 jam layak menuntut elaun harian sebanyak RM35.00 sehari bagi Semenanjung Malaysia dan bagi Sabah dan Sarawak sebanyak RM50.00 sehari.

7. Elaun Makan

7.1 Ahli-ahli JPAN yang bertugas bagi tempoh 24 jam atau lebih layak menuntut elaun makan sebanyak RM70.00 sehari bagi Semenanjung Malaysia dan RM100.00 sehari bagi Sabah dan Sarawak.

7.2 Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh JPAN/ANGKASA atau penganjur.

8. Elaun Loging / Hotel

8.1 Ahli-ahli JPAN yang bertugas bagi tempoh 24 jam atau lebih layak menuntut elaun loging sebanyak RM100.00 semalam atau bayaran hotel tidak melebihi RM230.00 (Resit diperlukan) bagi Semenanjung Malaysia. Manakala bagi Sabah dan Sarawak RM120.00 semalam atau bayaran hotel tidak melebihi RM280.00 (Resit diperlukan).

8.2 Elaun loging tidak layak dibayar jika kemudahan tempat tidur disediakan oleh JPAN/ANGKASA atau penganjur.

9. Syarat-syarat Bayaran Tugas Rasmi

9.1 Ahli-ahli JPAN tidak dibenarkan membuat tuntutan balik atau tuntutan dua kali ke atas elaun perjalanan, makan & minum dan lain-lain berkaitan kepada ANGKASA atau mana-mana pihak yang telah dibayar JPAN atau ANGKASA Pusat atau lain-lain berkaitan.

9.2 JPAN tidak dibenarkan menanggung atau membiayai denda/penalti ke atas kesalahan undang-undang semasa menjalankan tugas rasmi JPAN. GP JPAN LAMPIRAN

N

49

GP JPAN LAMPIRAN

N

(6)

PINDAAN PADA 15 JANUARI 2015

6

9.3 Elaun kehadiran akan dibayar pada hari pertama mesyuarat diadakan dan jika berterusan ke hari berikutnya hanya elaun penginapan/loging dan makan & minum akan dibayar sekiranya tidak dibiayai oleh penganjur/JPAN.

9.4 Mesyuarat/perbincangan/perjumpaan dihadiri ahli-ahli JPAN perlulah mengemukakan bukti aktiviti dengan mengemukakan notis mesyuarat atau minit mesyuarat/perbincangan/perjumpaan atau lain-lain bukti berkenaan.

9.5 Elaun Mesyuarat/aktiviti akan dibayar kepada ahli-ahli JPAN yang mewakili JPAN menghadiri majlis rasmi ditugaskan/bertanggungjawab dalam sesuatu mesyuarat, majlis dan lain-lain program untuk kepentingan JPAN. Lain-lain wakil turut hadir tidak akan dibayar elaun mesyuarat/perbincangan kecuali tuntutan/perbelanjaan perjalanan berdasarkan perbelanjaan sebenar/butir nyata.

9.6 Laporan/minit mesyuarat JK Kecil, JK Kerja atau lain-lain jawatankuasa yang ditubuhkan JK JPAN hendaklah dibentang dalam mesyuarat JK JPAN berkaitan yang berikutnya.

9.7 Jika ahli-ahli JPAN terlibat lebih daripada satu tugas dalam satu hari bagi satu majlis/program rasmi, satu kadar elaun yang tertinggi sahaja akan dibayar.

10. Tuntutan Perjalanan Rasmi Bagi Jawatankuasa Perhubungan Negeri(JPAN) (BorangKEW : 2/4/05(3/10) Pindaan 01/11)

Elaun kehadiran mesyuarat, tuntutan perjalanan, penginapan/loging dan makan & minum hanya akan dibayar setelah diperaku oleh pemohon, disahkan oleh Setiausaha JPAN atau Setiausaha Jawatankuasa berkenaan perlulah disemak Bendahari sebelum diluluskan Pengerusi dan dikemukakan bersama-sama borang tuntutan perjalanan rasmi bagi jawatankuasa.(Borang KEW : 2/4/05(3/10) Pindaan 01/11)

11. Perbelanjaan JPAN mengikut Peruntukan

Perbelanjaan-perbelanjaan JPAN dilibatkan semata-mata dan keseluruhannya berdasarkan peruntukan yang diluluskan ANGKASA. Jika perbelanjaan melebihi peruntukan dan perbelanjaan tidak diperuntukkan perlu memohon kelulusan dari ANGKASA Pusat setelah disahkan dalam mesyuarat JK JPAN masing-masing.

12. Pendahuluan JPAN

JPAN hendaklah membuat dan mengemukakan tuntutan dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan asal yang didahulukan ANGKASA sejumlah wang untuk membiayai kesemua/ sebahagian kos program-program ANGKASA. Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah Persidangan Negeri, HKS, Petanq, Jamuan Hari Raya dan lain-lain program ANGKASA yang berkenaan.

13. Proses Bayaran ANGKASA

13.1 Borang tuntutan atau permohonan bayaran JPAN yang lengkap dikepilkan dokumen sokongan asal yang ditandatangani oleh pemohon dan diakui Pengerusi JPAN hendaklah mengemukakan kepada Unit/Bahagian untuk pengesahan dan kelulusan program/aktiviti berkenaan dan bayaran akan dibuat sebelum 7 hari bekerja dari tarikh diterima Bahagian

Kewangan, ANGKASA. GP JPAN LAMPIRAN

N

50

(7)

13.2 Permohonan yang tidak lengkap dan tanpa dokumen sokongan asal akan dikembalikan kepada JPAN untuk membuat dan mengemukakan tuntutan dengan melampirkan dokumen- dokumen sokongan asal.

13.3 Tuntutan bayaran daripada JPAN kepada ANGKASA Pusat adalah seperti aktiviti/program yang berikut iaitu Persidangan Negeri, HKS, Petanq, Program Bahagian Pembangunan Perniagaan Koperasi, Program Bahagian Pembangunan Perniagaan Koperasi , Jamuan Hari Raya dan Berbuka Puasa dan lain-lain program ANGKASA yang berkaitan.

14. Pengurusan Bangunan ANGKASA di JPAN

Bahagian/unit ANGKASA Pusat yang dipertanggungjawab menguruskan bangunan ANGKASA di negeri termasuk proses pembelian bangunan baru/terpakai, ubahsuai, senggara, sewaan dan lain-lain berkaitan bangunan seperti berikut :-

Bil. Deskripsi Bahagian Uruskan Tangggungjawab

1. Cadangan pembelian bangunan JPAN Pengerusi JPAN

2. Kelulusan ANGKASA Pusat JKK/JKT

3. Lawatan Semakan ANGKASA Pusat JKK/JPAN

4. Urusan Pembelian Bahagian Kewangan KPK

5. Perjanjian Peguam Pentadbiran SUE

6. Spesifikasi Ruang pejabat Pentadbiran SUE

7. Urusan Pembelian kelengkapan/ U2P KPK

Peralatan Pejabat

8. Cadangan Ubahsuai Pentadbiran SUE

9. Urusan Tender Ubahsuai U2P KPK

10. Senggara Bangunan Pentadbiran SUE

-kebersihan/keselamatan/

Hawa dingin/api/air

11. Kontak Penyewaan Pentadbiran SUE

12. Urusan Penyewaan Pentadbiran SUE

13. Kutipan/Bayaran Sewaan Pentadbiran/Kewangan SUE/KPK

14. Iklan Papan Tanda Pentadbiran SUE

Disediakan oleh :

Suresh Kumar

Ketua Pegawai Kewangan

Diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) Bil. 10/2004 Pindaan : 290904

Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Korporat Bil 7/2011 bertarikh 22 Disember 2011 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Bil 7/2012 bertarikh 31 Julai 2012 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Bil. 6/2013 bertarikh 28 Mac 2013 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Bil 6/2013 bertarikh 5 Jun 2013 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) Bil 14/2013 bertarikh 20 Ogos 2013 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JTK) Bil 4/2014 bertarikh 7 April 2014 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JTK) Bil 5/2014 bertarikh 6 Mei 2014 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Bil 12/2014 bertarikh 30 Disember 2014 Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Bil 5/2015 bertarikh 26 Mac 2015

Kemaskini pada : 08 April 2015 GP JPAN LAMPIRAN

N

51

(8)

PINDAAN PADA 15 JANUARI 2015

8

Referensi

Dokumen terkait

Menunjukkan faktor- faktor yang mempengaruhi kepuasan peserta Askes dalam pelayanan dokter keluarga yang perlu dipertahankan, karena pada umumnya tingkat pelaksanaannya

peneliti ingin membuat sebuah aplikasi yang berbentuk animasi dengan berbantu sebuah program yang ingin dapat dinikmati oleh orang banyak dan dapat juga dipakai sebagai

Saya senang jika dapat mengerjakan tugas dengan cara yang berbeda dari teman

Jika terjadi masalah pada perangkat keras MacBook, Anda dapat menggunakan aplikasi Apple Hardware Test untuk membantu menentukan apakah terdapat masalah pada salah satu

4.7.1 seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut Elaun Perjalanan

WP 1.4; KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS).

Beliau adalah Naib Presiden ANGKASA (2018-sekarang), Ahli International Cooperative Banking Association (ICBA) (2021 - sekarang), Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri

Husain Pejabat Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 Bangunan ANGKASA. B-268,Tingkat 1 Jalan Darat Makbar 25000 Kuantan Pahang