• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ... 3

2.0 Takrif ... 3

3.0 Sumber Rawatan ... 4

4.0 Kaedah Menerima Rawatan... 4

5.0 Klinik Panel ... 5

6.0 Bayaran Perubatan Yang Dibiayai Oleh Universiti ... 5

7.0 Kemudahan Rawatan Pergigian ... 7

8.0 Bayaran Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti ... 8

9.0 Kemudahan Pesara ... 8

10.0 Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil ... 8

11.0 Laporan Lembaga ... 8

12.0 Maklumat Klinik Panel Pilihan Staf dan Kelayakan Perubatan ... 9

13.0 Keadaan Luar Biasa ... 9

14.0 Tatacara Permohonan Perbelanjaan Perubatan ... 9

15.0 Rujukan: ... 10

Lampiran A ... 11

Lampiran B ... 14

Lampiran C ... 15

2

(3)

1.0 Pendahuluan

Peraturan ini adalah terpakai kepada semua warga staf USM seperti di Lampiran A yang tertakluk kepada surat pelantikan, layak mendapat faedah Skim Kemudahan Perubatan Warga Universiti Sains Malaysia (Staf) selepas daripada ini disebutkan sebagai Skim.

2.0 Takrif

2.1. ‘Anak-anak di bawah jagaan staf ’ bermaksud:-

Anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar sepenuh masa dan di bawah umur 21 tahun dan termasuk anak tiri yang diisytiharkan dan anak angkat yang di ambil secara sah atau melalui perundangan. Tiada had umur untuk anak- anak staf yang kelainan upaya.

Layak untuk mendapat perkhidmatan perubatan di Pusat Sejahtera/Unit Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Pengajar, Klinik Panel dan Hospital Kerajaan.

2.2 ‘Klinik Panel’ bermaksud:-

Klinik perubatan swasta yang diluluskan oleh Universiti untuk menjadi ahli Klinik Panel bagi tujuan staf serta keluarga staf Universiti Sains Malaysia mendapatkan rawatan perubatan.

2.3 ‘Doktor Swasta’ bermaksud:-

Seseorang Doktor Perubatan berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia ataupun yang tidak termasuk dalam Doktor Panel.

2.4 ‘Pegawai Pergigian’ bermaksud:-

Seseorang Pegawai Pergigian yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia khususnya dengan tujuan memberi perkhidmatan pergigian di Hospital USM, Pusat Sejahtera Kampus Pulau Pinang, Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam.

2.5 ‘Klinik Pergigian Kerajaan’ bermaksud:-

Sebarang Klinik Pergigian Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-Hospital Universiti, Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia, Klinik-Klinik Kerajaan (dan Yayasan-Yayasan Perubatan Persekutuan lain).

2.6 ‘Doktor Universiti’ bermaksud:-

Seseorang Pegawai Perubatan yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia khususnya dengan tujuan memberi perkhidmatan perubatan di Hospital USM, Pusat Sejahtera Kampus Pulau Pinang, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju, Bertam.

2.7 ‘Hospital Kerajaan’ bermaksud:-

Sebarang Hospital Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-hospital Universiti, Pusat Sejahtera/Unit Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Klinik-klinik Kerajaan (dan Yayasan- yayasan Perubatan Persekutuan lain) yang bertaraf AWAM.

2.8 ‘Jawatankuasa Tetap Kewangan’ bermaksud:-

Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti Sains Malaysia.

2.9 ‘Staf ’ bermaksud:-

Staf Universiti Sains Malaysia yang berstatus tetap, sementara, kontrak, lantikan kunjungan, Pekerja Sambilan Harian (PSH), dan pinjaman (yang bekerja dengan Universiti Sains Malaysia).

Mereka layak berdasarkan terma dalam surat pelantikan iaitu;

*Staf Universiti Sains Malaysia yang dilantik secara tetap, kontrak, sementara, dan pinjaman yang tertakluk kepada terma-terma surat pelantikan mereka layak mendapat faedah Skim Kemudahan Perubatan Warga USM (Staf).

3

(4)

2.10 ‘Keluarga Staf ’ bermaksud:-

Bagi staf lelaki: isteri ataupun isteri-isteri yang sah dan anak-anak di bawah jagaannya;

dan bagi staf perempuan: suami dan anak-anak di bawah jagaannya termasuk ibu bapa staf yang diisytiharkan dan sah taraf. Ibu bapa hanya layak menerima rawatan di Hospital Kerajaan sahaja.

Kelayakan staf dan keluarga staf adalah seperti di Lampiran A.

2.11 ‘Pesara’ bermaksud:-

Pesara wajib atau pilihan dalam skim pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau penerima pencen terbitan.

2.12 ‘Lembaga’ bermaksud:-

Sebarang Lembaga yang diluluskan mengikut Skim Perkhidmatan untuk staf Universiti Sains Malaysia.

2.13 ‘Lembaga Gabenor’ bermaksud:-

Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia.

2.14 ‘Pusat Sejahtera’ bermaksud:-

Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia.

2.15 ‘Stesen yang sama’ bermaksud:-

Satu lingkungan kawasan 33 km dari tempat bertugas.

2.16 ‘Universiti’ bermaksud:- Universiti Sains Malaysia.

3.0 Sumber Rawatan

Rawatan perubatan hendaklah diperolehi sama ada dari :

 Pusat Sejahtera (Pusat Perubatan dan Pergigian) [Kampus Induk]

 Unit Kesihatan [Kampus Kejuruteraan]

 Klinik Panel USM

 Institut Perubatan dan Pergigian Termaju [IPPT]

 Hospital/Klinik Kerajaan

 Hospital Swasta setelah dirujuk oleh Hospital Kerajaan dan juga tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor USM.

4.0 Kaedah Menerima Rawatan

Kemudahan di bawah skim boleh dinikmati dalam keadaan berikut:- 4.1 Dalam Stesen Yang Sama

Staf Universiti serta keluarga staf adalah layak menerima faedah dari Skim semasa berada dalam stesen yang sama. Apabila mereka berada di luar dari stesen, rawatan perubatan hendaklah diperolehi dari Hospital Kerajaan.

4.2 Bertugas Rasmi Di Luar Negara

Semasa bertugas rasmi di luar negara seseorang staf yang jatuh sakit dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut balik perbelanjaan terse- but tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

i. Perbelanjaan perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah; dan di mana ada terdapat, hendaklah seberapa boleh menggunakan Perkhidmatan Kesihatan Negara yang ada di negara berkenaan.

ii. Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja.

iii. Seseorang staf yang dikehendaki mendapatkan rawatan wad hospital tidak layak menuntut Elaun Makan semasa di dalam hospital.

4

(5)

iv. Bayaran-bayaran hospital adalah ditanggung oleh Universiti mengikut kadar yang ditetapkan bagi dalam negeri kecuali dalam kes kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Universiti.

v. Di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapatkan rawatan di hospital, bayaran premium bagi seseorang staf itu adalah ditanggung oleh Universiti.

5.0 Klinik Panel

Staf yang berkeluarga adalah layak memilih dua Klinik Panel manakala staf yang belum berkeluarga layak memilih satu Klinik Panel sahaja. Semua staf layak mendapatkan rawatan di Klinik Panel USM 24 jam selepas waktu operasi Klinik Panel pilihan dan pada waktu kecemasan.

Senarai nama Klinik Panel akan di edarkan untuk pengetahuan semua staf. Senarai tersebut boleh dipinda oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.

5.1 Kecemasan

Dalam keadaan kecemasan, apabila Doktor Panel tidak dapat dihubungi, staf serta keluarga staf hendaklah pergi ke Hospital Kerajaan. Mereka yang memilih untuk pergi ke Hospital Swasta akan bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang dikenakan.

6.0 Bayaran Perubatan Yang Dibiayai Oleh Universiti

6.1 Rundingan Rawatan

Bayaran rundingan, sama ada di klinik atau di rumah oleh seorang Doktor Panel atau di Hospital Kerajaan.

6.2 Suntikan

Bayaran suntikan dan ubat untuk rawatan kes-kes biasa dan ubat-ubat khas untuk rawatan kecemasan yang terhad sahaja. Bagi rawatan berpanjangan, staf hendaklah dirujuk ke Hospital Kerajaan oleh Pusat Sejahtera/Unit Kesihatan, Hospital Universiti Sains Malaysia, dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Bertam.

6.3 Pembedahan Dan Pemeriksan Makmal

Bayaran untuk pembedahan kecil dan pemeriksaan makmal seperti yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

6.4 Ubatan

Ubat boleh diperolehi sama ada daripada Doktor Klinik Panel yang telah dilantik oleh Universiti jika ianya dipreskripsikan oleh Doktor Panel. Jumlah kos ubat yang boleh di perolehi daripada Klinik Panel adalah terhad kepada maksimum RM50.00 bagi satu preskrepsi.

Bil ubatan Doktor Klinik Panel hendaklah mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa. Bil dari dispensari Doktor Panel hendaklah dihantar terus ke Universiti untuk pembayaran dan nama Doktor Panel yang mempreskripsikan ubat mestilah dicatat di dalam bil tersebut.

6.5 Hospital Kerajaan

Semua bayaran untuk kehadiran, rundingan, pemeriksaan atau rawatan yang dikenakan di mana-mana Hospital Kerajaan di stesen yang sama ditanggung oleh Universiti.

6.6 Masuk Hospital

Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada staf atau keluarga staf sebagai pesakit dalam di Hospital Kerajaan di stesen yang sama atas nasihat Doktor Kerajaan di Hospital Kerajaan, akan dibayar oleh Universiti mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan kepada staf Kerajaan.

5

(6)

6.7 Hospital Khas

Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada staf serta keluarga staf, sekiranya dimasukkan ke dalam hospital khas (misalnya Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Pusat Kusta Negara Sungai Buluh) atas nasihat Doktor Universiti atau Doktor Hospital Kerajaan, akan ditanggung oleh universiti.

6.8 Rawatan Khas Di Luar Stesen Yang Sama

Seorang staf serta keluarga staf hanya boleh mendapat rawatan perubatan dari seorang doktor atau Hospital Kerajaan di luar dari stesen yang sama apabila:

i. Rawatan tersebut tidak boleh didapati di stesen yang sama.

ii. Dirujuk oleh doktor yang berkuasa di Hospital Kerajaan dengan persetujuan Universiti

Dalam keadaan ini staf tersebut boleh menuntut elaun-elaun seolah-olah beliau atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi. Tetapi sekiranya staf atau keluarga staf itu sendiri hendak mendapatkan rawatan di luar stesen, elaun-elaun di atas tidak boleh dituntut.

Peruntukan Rawatan Di Luar Stesen dalam Perintah Am 42 Bab ‘B’ adalah dikekalkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan pindaan iaitu membenarkan seorang pengiring jika diperakukan oleh Pegawai Perubatan tempatan. Pengiring adalah dibenarkan untuk menuntut elaun seolah-olah ia menjalankan tugas rasmi ketika megiringi pesakit tidak melebihi daripada lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan anggota berkenaan.

6.9 Wad Yang Layak Dimasuki

Kelayakan wad yang ditetapkan ke atas staf atau keluarga staf yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan di stesen yang sama adalah seperti dalam Lampiran B peraturan ini.

Jika staf atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka staf berkenaan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan kepada orang awam. Staf juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan.

6.10 Bayaran Hospital Dalam Keadaan Tertentu

Dalam keadaan yang tertentu, seorang staf bolehlah membuat permohonan kepada Naib Canselor supaya semua bayaran yang dikenakan oleh Hospital dibayar oleh Universiti.

6.11 Doktor Pakar

Seorang staf atau keluarga staf boleh berunding dengan seorang Doktor Pakar di Hospital Kerajaan di stesen yang sama atas perakuan Doktor Universiti atau Doktor Panel atau Doktor di Hospital Kerajaan.

6.12 Doktor Pakar Swasta

Walau bagaimanapun, sekiranya disahkan oleh doktor yang berkuasa di Hospital Kerajaan dan dipersetujui oleh Universiti bahawa rawatan kepakaran tidak boleh didapati di Hospital Kerajaan di stesen yang sama, maka staf tersebut bolehlah berunding dengan seorang pakar swasta di Hospital lain di stesen yang sama dan Universiti akan membayar semua bayaran yang dikenakan.

Sekiranya seorang staf atau keluarga staf ingin berunding dengan seorang Doktor Pakar Swasta atas kehendaknya sendiri, maka semua bayaran hendaklah dibayar oleh staf tersebut. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran.

6.13 Rawatan Di Luar Negara

Apabila seseorang staf atau keluarga staf disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas, maka pesakit itu boleh dipertimbangkan oleh Jawa- tankuasa Tetap Kewangan untuk dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan Universiti dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki mengiringinya.

6

(7)

6.14 Implan

Dalam keadaan tertentu Naib Canselor boleh mempertimbangkan bayaran kemudahan alat-alat bantuan perubatan dan pembedahan.

7.0 Kemudahan Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian hendaklah diperolehi sama ada di Klinik Pergigian Kerajaan, Pusat Sejahtera (Kampus Induk), Pusat Kesihatan (Kampus Kejuruteraan), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan HUSM.

7.1 Kaedah Menerima Rawatan

Kemudahan di bawah skim boleh dinikmati dalam keadaan berikut:- a) Dalam Stesen Yang Sama

Staf Universiti serta keluarga staf tetap adalah layak menerima faedah dari Skim semasa berada dalam stesen yang sama. Apabila mereka berada di luar dari stesen, rawatan pergigian hendaklah diperolehi dari Klinik Pergigian Kerajaan.

b) Bertugas Rasmi Di Luar Negara

Semasa bertugas rasmi di luar negara seseorang staf yang jatuh sakit dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan rawatan pergigian adalah layak menuntut balik perbelanjaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

i. Belanja rawatan pergigian itu hanya untuk bayaran bagi rawatan pergigian biasa sahaja.

c) Kecemasan

Dalam keadaan kecemasan, staf serta keluarga staf hendaklah pergi ke Klinik Pergigian Kerajaan. Mereka yang memilih untuk pergi ke Klinik Pergigian Swasta akan bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang dikenakan.

7.2 Bayaran yang dibiayai oleh Universiti termasuklah:- a) Rundingan

Bayaran rundingan oleh seorang doktor di klinik atau di Hospital Kerajaan.

b) Rawatan yang dibenarkan:- i. Perundingan

ii. Pencucian dan penggilapan gigi iii. Tampalan

iv. Cabutan biasa v. Ubat-ubatan 7.3 Hospital Kerajaan

Semua bayaran untuk kehadiran, rundingan, pemeriksaan atau rawatan yang dikenakan di mana-mana Hospital Kerajaan di stesen yang sama. Semua bayaran lain termasuklah harga alat-alat perubatan dan pembedahan (gigi palsu, ‘braces’, ‘crown’, ‘bridge’, ‘implant’,

‘teeth whitening’ dan rawatan akar) hendaklah dibayar oleh staf berkenaan.

7.4 Doktor Pakar Pergigian Swasta

Sekiranya seorang staf atau keluarga staf tetap ingin berunding dengan seorang Doktor Pakar Pergigian Swasta atas kehendaknya sendiri, maka semua bayaran hendaklah dibayar oleh staf tersebut. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran.

7.5 Bayaran Rawatan Pergigian Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti

Bayaran rawatan pergigian berikut tidak dibiayai di bawah Skim Perkhidmatan Pergigian (Untuk Staf ):-

7

(8)

i. Rawatan Pergigian

Rawatan pergigian selain dari rawatan pergigian biasa. Akan tetapi rawatan pergigian yang percuma (tidak termasuk pembekalan gigi palsu) boleh didapati di Klinik Pergigian Kerajaan.

ii. Rawatan Lain

Bayaran untuk gigi palsu, ‘braces’, surgical appliances’, ‘crown’, ‘bridge’, ‘implant’, ‘teeth whitening’ dan rawatan akar.

iii. Alat-alatan

Semua bayaran lain termasuklah harga pembedahan gigi palsu hendaklah dibayar oleh staf berkenaan.

8.0 Bayaran Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti

8 . 1 C ermin mata, pemeriksaan kesihatan keseluruhan, ubat sampingan (supplement) dan perubatan alternatif.

8.2 Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan semua jenis/kategori peralatan untuk ibu bapa yang sah kepada seseorang staf adalah tidak dibenarkan.

8.3 Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang adalah tidak dibenarkan.

9.0 Kemudahan Pesara

Seseorang pesara Universiti yang menerima pencen bulanan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Kelayakan kemudahan adalah seperti ditetapkan oleh Kerajaan.

10.0 Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil

Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Pembekalan Cuti Universiti dan Skim Kemudahan Perubatan Warga USM (Staf), Lembaga Perubatan boleh dipanggil:-

10.1 Apabila seseorang staf didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanya;

10.2 Apabila seorang Pegawai Perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk staf menjadi sihat untuk bertugas;

10.3 Apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut staf itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih;

10.4 Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan staf diragukan;

10.5 Apabila staf telah tercedera semasa bertugas;

10.6 Apabila staf disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah;

10.7 Apabila staf atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negara kerana tiada rawatan sedemikian di dalam negara.

11.0 Laporan Lembaga

Laporan mana-mana Lembaga Perubatan dikemukakan terus kepada Naib Canselor yang mengikut budi bicaranya akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan atau LGU untuk keputusan. Laporan Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran C.

8

(9)

12.0 Maklumat Klinik Panel Pilihan Staf dan Kelayakan Perubatan

Staf yang layak mendapat faedah dari Skim ini boleh menyemak senarai tanggungan yang layak dan Klinik Panel yang dipilih melalui Campus Online dan aplikasi Passport USM. Selain daripada Klinik Panel yang dipilih, nama mana-mana Klinik Panel yang memberi perkhidmatan perubatan 24 jam juga akan dipaparkan dalam Passport USM. Staf dan keluarga mereka adalah berhak untuk menerima rawatan daripada Pusat Sejahtera/Pusat Kesihatan/IPPT/HUSM di Kampus di mana mereka berkhidmat.

13.0 Keadaan Luar Biasa

Naib Canselor adalah berkuasa membuat keputusan atas sebarang keadaan luar biasa yang tidak dilindungi oleh peraturan-peraturan yang tersebut di atas. Naib Canselor akan memutuskan tentang sebarang kekeliruan yang timbul dari semasa ke semasa mengenai makna mana-mana peraturan dalam Skim Kemudahan Perubatan Warga Universiti Sains Malaysia (Staf).

14.0 Tatacara Permohonan Perbelanjaan Perubatan

i. Permohonan perbelanjaan bagi ubat, alat ortopedik dan anggota palsu (artificial limbs), perkhidmatan perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang [Hemodialisis/Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)] dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan; dan

b. kemudahan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh Hospital/Klinik Kerajaan; dan

c. perakuan keperluan dan pengesahan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengenai (b) di atas hendaklah menggunakan borang Perakuan dan Pengesahan Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

d. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan (Borang Perubatan 1/09); dan

e. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

ii. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan atau Klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN); dan

b. rawatan primary infertility sahaja; dan

c. kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat dibekal/ disediakan oleh Hospital/

Klinik Kerajaan atau Klinik LPPKN; dan

d. perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pegawai/Pakar Perubatan Kerajaan/ LPPKN mengenai perkara di perenggan (b) dan (c) di atas; dan e. permohonan dikemukakan menggunakan Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat,

Perkhidmatan dan Rawatan Borang Perubatan 1/09; dan f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

iii. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di Hospital/Klinik Swasta dilaksanakan mengikut tatacara berikut:-

a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Swasta berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada Hospital Kerajaan yang berhampiran; dan

b. keperluan rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan

c. pesakit dalam keadaan kritikal/tenat semasa dibawa ke Hospital/Klinik swasta; dan d. pengesahan kecemasan oleh Pakar Perubatan Hospital/Klinik swasta berkenaan

mengenai (b) di atas; dan

e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta (Borang Perubatan 2/09) dan f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

9

(10)

iv. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di Hospital Swasta dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

a. Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan; dan

b. rawatan kepakaran berkenaan tidak diperolehi di Hospital Kerajaan; dan

c. pengesahan Pakar Perubatan Hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran diperlukan dan boleh diperolehi di dalam negeri; dan

d. perakuan Ketua Jabatan/Ketua PTJ mengenai (b) di atas; dan

e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan (Borang Perubatan 1/09) dan

f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

v. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

a. Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan; dan

b. rawatan khas diperlukan dan tidak diperolehi di dalam negeri; dan c. pengesahan Lembaga Perubatan mengenai (b) di atas; dan

d. perakuan Ketua Pengarah Kesihatan/Hospital bahawa rawatan sedemikian tiada pada Kerajaan; dan

e. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Rawatan Di Luar Negeri (Borang Perubatan 3/09) dan

f. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

vi. Kemudahan rawatan percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) boleh diperolehi mengikut tatacara berikut:

a. Mendapat rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan atau swasta; dan

b. dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi di Hospital/Klinik Kerajaan atau swasta ke IJNSB; dan

c. mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam “Panduan Mengenai Kemudahan Di IJNSB Bagi Pelbagai Golongan Pesakit Di Bawah Tanggungan Kerajaan Persekutuan–Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Kerajaan” mengikut surat Kementerian Kesihatan Malaysia rujukan (68) dlm.KKM.203/30 Bhg.5 bertarikh 16 September 1997; dan

d. permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan (Borang Perubatan 1/09) dan

e. permohonan diluluskan oleh Naib Canselor USM.

Sila layari laman sesawang https://bsm.usm.my untuk muat turun:

 Borang Perubatan 1/09

 Borang Perubatan 2/09

 Borang Perubatan 3/09 15.0 Rujukan:

1. Peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan Warga USM – Lembaga Gabenor Universiti Ke-85 pada 26 April 2012

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993: Pindaan Kepada Surat Pengenalan Dan Akuan Bagi Pegawai Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Hospital Atau Klinik Kerajaan (Perintah Am 25 Bab F)

3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan

4. Surat Edaran JPA.SARAAN(S)264/15/16-4 Jld. 14(18): Pelaksanan Penambahbaikan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di bawah PP Bil. 21 Tahun 2009 Bagi Pembekalan Alat Bantu Penglihatan Terhad Disenaraikan Sebagai Alat Bantu Penglihatan.

10

(11)

Lampiran A SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN WARGA USM (STAF)

KELAYAKAN STAF/TANGGUNGAN DAN PESARA/TANGGUNGAN

BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PANEL

PUSAT SEJAHTERA/

UNIT KESIHATAN/

IPPT (KLINIK STAF/HUSM (KLINIK STAF)

HOSPITAL KERAJAAN

HOSPITAL KERAJAAN MERUJUK KE

HOSPITAL SWASTA

RAWATAN PERGIGIAN

1

Pengerusi dan Ahli Lembaga Gabenor USM

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak

Anak-anak *Layak *Layak *Layak *Layak *Layak

Ibu Bapa Layak Layak Layak Layak Layak

2

Staf Tetap/

Sementara (termasuk Pensyarah Perubatan Pelatih dan

Pergigian Pelatih)

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak

Anak-anak *Layak *Layak *Layak *Layak *Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Layak

Layak (Bergantung

kepada kes kecemasan dan perakuan Pegawai

Perubatan Kerajaan)

Tidak Layak

3 Kontrak Warganegara

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak

Anak-anak *Layak *Layak

*Layak (Rawatan Biasa

sahaja yang tidak melibatkan

kes rawatan kronik)

*Layak *Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak

Layak (Rawatan Biasa

sahaja yang tidak melibatkan

kes rawatan kronik) Tidak Layak jika kontrak kurang 1

tahun

Tidak Layak Tidak Layak

4

Kontrak Bukan Warganegara

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Tidak Layak Layak

Anak-anak i - Terhad kepada

3 orang anak sahaja ii - Umur tidak lebih 21 tahun

*Layak *Layak

*Layak (Rawatan Biasa

sahaja yang tidak melibatkan

kes rawatan kronik)

Tidak Layak *Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

5

Kunjungan, Kehormat, Penyandang

Krusi

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Tidak Layak

Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

6

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

11

(12)

BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PANEL

PUSAT SEJAHTERA/

UNIT KESIHATAN/

IPPT (KLINIK STAF/HUSM (KLINIK STAF)

HOSPITAL KERAJAAN

HOSPITAL KERAJAAN MERUJUK KE

HOSPITAL SWASTA

RAWATAN PERGIGIAN

7

Felo Pasca Doktoral (Post

Doc Fellow) (Lantikan 1

Tahun)

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

8 Pinjaman Ke Dalam

Diri Sendiri Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Layak Layak

Anak-anak *Layak *Layak *Layak *Layak *Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak

9 Pinjaman Ke Luar

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak Layak Layak

Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak Layak Layak

Anak-anak Tidak Layak *Layak *Layak *Layak *Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak

10

Felo Rancangan

Latihan Kakitangan

Akademik (RLKA)

Diri Sendiri Layak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak

Isteri/Suami Layak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak

Anak-anak *Layak *Layak *Layak Tidak Layak Tidak Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

11 Pelajar Tajaan (Paramedik)

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak

Isteri/Suami Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

12

Pesara Wajib (Berpencen/

KWSP)

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak Layak

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan)

Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak Layak

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan) Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak *Layak Tidak Layak Tidak Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

13

Pesara Pilihan (Berpencen/

KWSP)

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak

Layak (Bergantung

kepada kes kecemasan dan

perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan)

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan)

Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak

Layak ( Bergantung

kepada kes kecemasan dan

perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan)

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan)

Anak-anak Tidak Layak Tidak Layak *Layak Tidak Layak Tidak Layak Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

12

(13)

BIL KATEGORI TANGGUNGAN KLINIK PANEL

PUSAT SEJAHTERA/

UNIT KESIHATAN/

IPPT (KLINIK STAF/HUSM (KLINIK STAF)

HOSPITAL KERAJAAN

HOSPITAL KERAJAAN MERUJUK KE

HOSPITAL SWASTA

RAWATAN PERGIGIAN

14

Bersara atas sebab kesihatan

Diri Sendiri Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan)

Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak

Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan)

Anak-anak Tidak Layak *Layak *Layak Tidak Layak

*Layak (Hospital/Klinik

Kerajaan) Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

15

Gemulah (Staf meninggal

dalam perkhidmatan)

Diri Sendiri Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

Isteri/Suami Tidak Layak Layak Layak Tidak Layak Tidak Layak

Anak-anak Tidak Layak *Layak * Layak Tidak Layak Tidak Layak

Ibu Bapa Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak Tidak Layak

Hospital Kerajaan bermaksud - Sebarang Hospital Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-hospital Universiti, Klinik-klinik Kerajaan (dan Yayasan-yayasan Perubatan Persekutuan lain) yang bertaraf AWAM.

* Anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar sepenuh masa dan di bawah umur 21 tahun dan termasuk anak tiri yang diisytiharkan dan anak angkat yang di ambil secara sah atau melalui perundangan. Tiada had umur untuk anak- anak staf /pesara yang kelainan upaya dengan syarat anak staf/pesara berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Gemulah dan Pesara atas sebab kesihatan – Waris/Tanggungan perlu dapatkan dokumen khas dari Bahagian Sumber Manusia Catatan:

Kemudahan ini hanya diberi kepada ibu bapa yang sah selagi seseorang staf masih di dalam perkhidmatan Kerajaan.

Rawatan pergigian untuk rawatan asas sahaja (perundingan, pencucian dan penggilapan gigi, tampalan, cabutan biasa dan ubat-ubatan)

13

(14)

Lampiran B

Kelayakan Wad Bagi Staf dan Tanggungan USM

Kelayakan wad di hospital-hospital dan lain-lain Yayasan Perubatan Kerajaan yang ditetapkan kepada staf, tanggungan dan pesara dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 12 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4 Tahun 2010 adalah seperti berikut:-

Pengurusan Tertinggi

Kelas 1 Bilik Seorang

Gred 45 – 54

Kelas 1 Bilik Seorang

Gred 31 – 44

Kelas 1 Bilik Berdua

Gred 21 – 30

Kelas 1 Bilik Bertiga

Gred 1-20

Kelas 2

14

(15)

Lampiran C

LAPORAN LEMBAGA PERUBATAN (Laporan Perubatan Staf Universiti Sains Malaysia)

Nama Staf : _____________________________________________________

Jabatan : _____________________________________________________

Jawatan : _____________________________________________________

Tarikh Lahir : _____________________________________________________

Hospital : _____________________________________________________

Tarikh : _____________________________________________________

Kami, pegawai-pegawai perubatan yang berikut telah ditubuhkan sebagai sebuah Lembaga Perubatan atas permintaan Universiti Sains Malaysia untuk memeriksa staf yang tersebut di atas melaporkan yang berikut:

1. Staf ini dikehendaki untuk diperiksa kesihatannya kerana:

(a) Ia tiada mempunyai apa-apa cuti sakit lagi*.

(b) Seorang pegawai perubatan telah memperakukan sedemikan*.

(c) Ia telah mengambil cuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih bagi tiap-tiap tahun selama 3 tahun yang berturut-turut*.

(d) Kesihatan badan*/ kesiuman otaknya diragukan*.

(e) Sambungan cuti sakit untuknya telah disyorkan atas sebab-sebab kecederaan yang dialami semasa bertugas*.

(f ) Disyorkan untuk mendapat cuti separuh gaji*/cuti tanpa gaji* kerana menghidap penyakit tibi/kusta/barah*.

(g) Ia meminta untuk diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan*.

(h) Ia perlu diperiksa untuk mengesahkan sama ada ia memerlukan rawatan khas di luar negeri*.

2. (a) Kami telah memeriksa staf ini pada...*

(b) Kami telah meletakkan staf di bawah perhatian perubatan

rawatan perubatan dari... hingga...

(c) Riwayat perubatan staf ini, seperti yang kami boleh dapati, adalah sebagai berikut (Jikalau panjang buat lampiran).

...

...

15

(16)

3. Kami mengesahkan bahawa pada pandangan kami, staf ini adalah:

(a) Dalam kesihatan yang baik*

(b) Mengidap*

Sedang pulih dari ...

...

4. Kami berpendapat bahawa penyakit atau kecederaan staf ini:

(a) Akan*

Tidak akan menjadi kekal (b) Akan*

Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan tugasnya sebagai

...

(c) Akan*

Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan apa-apa tugas lain.

5. (a) Kami mengesyorkan dia dianggap sebagai tidak sihat buat selama-lamanya*/

tidak sihat buat sementara*/sihat untuk bertugas semula*.

(b) Dia dianggap sebagai sihat untuk perkhidmatan selanjutnya, tetapi atas sebab- sebab kesihatan dia patut diberi cuti seberapa awal yang boleh sebanyak

...minggu*.

6. (Sebutkan di sini apa-apa syor atau pandangan tambahan Lembaga Perubatan).

...

...

(a) Tandatangan Pegawai Perubatan :

Nama Penuh : _________________________________________________

Jawatan : _________________________________________________

Tarikh : _________________________________________________

(b) Tandatangan Pegawai Perubatan : Nama Penuh :

Jawatan : Tarikh :

--- ---

*Potong mana yang tiada berkenaan

16

(17)

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan kemudahan perubatan warga (staf) USM boleh hubungi:-

KAMPUS INDUK

Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar

Aras 4, Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-653 6102/6103/6106/6083/6096

KAMPUS KESIHATAN

Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf Jabatan Pendaftar

Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia 16150 Kubang Kerian, Kelantan

No. Telefon: 09-767 2055/2054/2052/2050

KAMPUS KEJURUTERAAN Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar

Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia

14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang No. Telefon: 04-599 5074/5080

Referensi

Dokumen terkait