• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENDEPANI KESEDIHAN DI DALAM KEHIDUPAN : SOLUSI MENERUSI SURAH YUSUF A.S

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MENDEPANI KESEDIHAN DI DALAM KEHIDUPAN : SOLUSI MENERUSI SURAH YUSUF A.S"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

531 MENDEPANI KESEDIHAN DI DALAM KEHIDUPAN : SOLUSI MENERUSI SURAH

YUSUF A.S

Norwardatun Mohamed Razali (Corresponding Author)

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +60134637399, E-Mail: wardatun@usim.edu.my Siti Mardhiyah Kamal Azhar, USIM

Abstrak

Realiti kehidupan manusia tidak sunyi daripada pelbagai ujian dan emosi. Di antara emosi yang menjadi tunjang kepada sesebuah ujian adalah kesedihan yang boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang tidak diingini. Tambahan dengan situasi semasa yang mendorong serta menyumbang kepada kesedihan tersebut akibat tekanan perasaan dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji hakikat kesedihan yang disebutkan di dalam Surah Yusuf serta menganalisis kisah di sebalik kesedihan di dalamnya bagi mencari solusi mendepani kesedihan menurut perspektif surah Yusuf Alaihissalam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah induktif dengan mengumpulkan ayat berkaitan kronologi peristiwa yang terdapat di dalam surah Yusuf kemudian merujuk kitab tafsir muktabar untuk melihat bagaimana para Nabi terdahulu mendepani kesedihan sebagai iktibar.

Melalui analisis tekstual yang dijalankan, kajian mendapati bahawa para Nabi juga tidak terlepas dari menghadapi ujian kesedihan, dan solusi mendepaninya telah ditunjukkan menerusi perbuatan mereka sebagai teladan untuk dijadikan panduan hidup tanpa melampaui batas takdir Allah SWT.

Kata Kunci: Kesedihan, Kisah Nabi, Surah Yusuf, Nabi Yaakub Alaihissalam, Nabi Yusuf Alaihissalam.

Pendahuluan

Emosi memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang individu, samada positif mahupun sebaliknya. Kesedihan merupakan salah satu dari enam jenis emosi yang terdapat dalam diri manusia. Ianya tertonjol ketika seseorang individu itu mengalami saat kekecewaan sehingga membawa kepada kedukaan dalam hidupnya.

Sedih menurut bahasa adalah kekasaran sesuatu pada bumi dan keparahannya )Ibn Faris, 1979). Hal yang sama juga dijelaskan menerusi Mu’jam Wasith: Kesedihan merupakan tempat sedih dan keras, lelaki itu sedih dan bersedih (Mustafa, I.T.T.).

Perbahasan yang sama turut disebut oleh al-Raghib al-Ashfahani: “

ُنْزُلحا

dan

ُنْزَلحا

(kesedihan) adalah kekasaran yang ada pada tanah dan kekasaran pada jiwa yang disebabkan oleh adanya kegundahan di dalamnya. Ia merupakan kebalikan dari kata ُحْرَفلا (kebahagiaan)”. (Al-Ashfahani, 1991).

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa kesedihan juga merupakan satu bentuk emosi yang dialami oleh seseorang sekiranya berhadapan dengan kesukaran, kekerasan, keperitan sehingga terjerumus kepada rasa kedukaan.

(2)

532 Kisah Kesedihan di Dalam Surah Yusuf

Perasaan sedih merupakan fitrah bagi setiap insan. Ia seringkali hadir apabila seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, kehilangan atau ketidakuapayaan terhadap sesuatu.

Umumnya, kesedihan digambarkan dengan sebuah perasaan sedih, dukacita dan kesusahan hati.

Tatkala merasa sedih, seseorang akan menjadi lebih pendiam dan kurang bersemangat.

Di dalam al-Quran, kesedihan digambarkan dengan istilah

نزلحا

dan

نزلحا

(al-huzn dan al-hazn),

ىسلأا, فسلأا

. Istilah yang pertama merupakan istilah yang paling banyak disebutkan di dalam al- Quran (Amanah, S.,2016). Di dalam surah Yusuf, terdapat dua peristiwa yang berkait rapat dengan kesedihan yang menimpa Nabi Yaakub alaihissalam.

1. Kehilangan Nabi Yusuf

Peristiwa pertama yang mencetuskan kesedihan Nabi Yaakub alaihissalam adalah berita yang dibawakan oleh saudara-saudara Yusuf yang mengatakan bahawa Yusuf telah dibaham serigala. Ini diceritakan di dalam firman Allah SWT:

ْاوُلاَق ُهَلَك َ

أَف اَنِعَٰ َتَم َدنِع َفُسوُي اَن ۡ

كَرَتَو ُقِبَت ۡس َن اَنۡبَهَذ اَّنِإ ٓاَناَبَأََٰٓي ُۖبۡئِهلَّٱ

َينِقِدَٰ َص اَّنُك ۡوَلَو اَ َّ

لن ٖنِمۡؤُمِب َتن َ أ ٓاَمَو ١٧

Maksudnya: Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala;

dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang- orang yang benar."(Yusuf:17)

Lalu mereka membawa baju Yusuf yang telah dilumurkan dengan darah palsu dan memberikan kepada Nabi Yaakub Alaihissalam bagi menguatkan dakwaan mereka. Lalu Nabi Yaakub Alaihissalam pun berkata:

َو ۖ ليِ َجَ ۡبِ َصَف ۖاٗرۡم َ

أ ۡمُك ُسُفن َ

أ ۡمُكَل ۡتَلَّوَس ۡلَب َلاَق ُ َّللّٱ

ُناَعَت ۡسُم ۡ لٱ َنوُف ِصَت اَم َٰ َ َعَل

١٨

Maksudnya: Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Yusuf:18)

2. Kehilangan Bunyamin

Di dalam ayat lain pula, kesedihan Nabi Yaakub Alaihissalam berulang kali kedua ketika peristiwa penahanan Bunyamin yang ditahan di negara Mesir. Nabi Yusuf Alaihissalam berkata kepada saudara-saudaranya:

ْآوُعِجۡرٱ َّنِإ ٓاَناَبَأََٰٓي ْاوُلوُقَف ۡمُكيِبَأ ََٰٓلَِإ َكَنۡبٱ

َينِظِفَٰ َح ِبۡيَغۡلِل اَّنُك اَمَو اَنۡمِلَع اَمِب َّلاِإ ٓاَنۡدِهَش اَمَو َقَ َسَ

٨١

Maksudnya: Kembalilah kamu kepada bapa kamu, dan katakanlah, wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu (Bunyamin) telah mencuri, dan kami tidak menjadi saksi (terhadapnya) melainkan dengan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara yang ghaib. (Yusuf: 81)

Setelah menyampaikan khabar tersebut kepada bapa mereka, mereka berkata:

(3)

533

ۡسَو ِل َقۡلٱ َةَيۡر ِتِ َّلٱ َو اَهيِف اَّنُك َيِْعۡلٱ

ٓ ِتِ َّلٱ َنوُقِدَٰ َصَل اَّنوَإِ ۖاَهيِف اَنۡلَبۡقَأ ٨٢

Maksudnya: Dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar". (Yusuf: 81)

Setelah mendengar kata-kata mereka, Nabi Yaakub Alaihissalam pun berkata:

َلاَق َسََع ۖ ٌليِ َجَ ۡبِ َصَف ۖاٗرۡم َ

أ ۡمُك ُسُفن َ

أ ۡمُكَل ۡتَلَّوَس ۡلَب َُّللّٱ

ُهَّنِإ ۚاًعيِ َجَ ۡمِهِب ِنَِيِت ۡ أَي ن َ

أ ۥ

َوُه ۡلٱ ُميِلَع ُميِكَ ۡ

لْٱ ٨٣

Maksudnya: (Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia:

"(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yususf: 83)

Lalu Nabi Yaakub berpaling dari mereka sambil berkata:

اَقَو َو َفُسوُي َٰ َ َعَل َٰ َفََسَأََٰٓي َل ۡت َّضَيۡبٱ

َنِم ُهاَنۡيَع ِنۡزُ ۡ

ميِظَك َوُهَف لْٱ ٨٤

Maksudnya: Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati. (Yusuf: 84)

Ayat-ayat di dalam surah Yusuf ini mengisahkan tentang kesedihan Nabi Yaakub Alaihissalam setelah dikhabarkan bahawa salah seorang anaknya telah ditahan di negara Mesir atas tuduhan mencuri (ar-Razi,1999). Di dalam ayat ini, terdapat dua perkataan yang menunjukkan kesan kepada wujudnya kesedihan di dalam hidup Nabi Yaakub Alaihissalam.

Pertama ialah perkataan (

ىَفَسَأ َيا

) di dalam ayat:

َو َفُسوُي َٰ َ َعَل َٰ َفََسَأََٰٓي َلاَقَو ۡت َّضَيۡبٱ

َنِم ُهاَنۡيَع ِنۡزُ ۡ

ميِظَك َوُهَف لْٱ ٨٤

Perkataan

(

فسأ

)

merupakan kesedihan yang teramat sangat (al-Baidhawi,1997), ini kerana kesedihan yang telah lama berlaku apabila diikuti dengan kesedihan lain akan membawa kepada kesakitan yang mendalam di dalam jiwa manusia berbanding dengan kesedihan yang pertama kali berlaku.

Kedua, perkataan ( ُهاَنۡيَع ۡت َّضَيۡبٱ َو) di dalam ayat ini berkait rapat dengan apa yang menimpa penglihatan Nabi Yaakub Alaihissalam. Imam ar-Razi mentarjihkan pandangan yang mengatakan bahawa perkatan ( ُهاَنۡيَع ۡت َّضَيۡبٱ َو) adalah kinayah terhadap tangisan melampau (ar-Razi,1999). Adapun pandangan lain seperti al-Baidhawi contohnya mengatakan bahawa maksud ayat tersebut adalah buta (al- Baidhawi,1997). Pandangan ketiga pula mengatakan, ia bermaksud penglihatan yang lemah disebabkan kesedihan di atas kehilangan Nabi Yusuf Alaihis salam, dan ini merupakan sebab terbesar di sebalik tangisan Nabi Yaakub bertahun-tahun lamanya (ar-Razi,1999).

(4)

534 3. Kehilangan yang berturut-turut

Di dalam surah Yusuf juga menceritakan tentang kesedihan Nabi Yaakub Alaihissalam yang mengalami kehilangan yang berturut-turut walaupun jarak di antara dua kehilangan tersebut jauh, namun kehilangan yang berulang menjadikan kesedihan pertama bertambah dalam. Ini dapat dilihat menerusi firman Allah SWT:

ِنْزُْلحا َنِم ُهاَنْ يَع ْتَّضَيْ باَو

Maksudnya: Telah menjadi putihlah kedua mata Nabi Yaakub kerana sedih (Yusuf: 84) Ayat ini menceritakan tentang keadaan kedua mata Nabi Yaakub Alaihissalam menjadi putih (sakit/buta) akibat kesedihan yang berpanjangan. Imam ar-Razi di dalam tafsirnya Mafaatih al-Ghaib mengatakan: "Kesedihan yang baru (kehilangan Bunyamin) menambah kesedihan yang lama (kehilangan Yusuf alaihissalam), kesakitan di hati hanya akan menumbuhkan kesakitan dan

kesedihan." (ar-Razi,1999).

Justeru, peristiwa yang baru muncul sehingga menimbulkan kesedihan di dalam hati manusia secara fitrahnya akan menambahkan kesedihan yang sedia ada, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan insan yang amat dicintai. Oleh itu, bukanlah menjadi satu dosa apabila manusia merasa sedih atau menangis disebabkan sesuatu peristiwa duka yang mengecewakan hati kita.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Madarij as-Salikin mengatakan perkataan hazan di dalam al-Quran tidak disebut melainkan untuk sesuatu yang dilarang atau dinafikan (Ibnu Qayyim,1996).

Namun begitu, menurut Siti Amanah (2016) di dalam kajiannya, terdapat juga perkataan Hazan yang tidak disebut menggunakan la nahi (melarang) atau la nafi (menafikan). Di antaranya adalah kisah kesedihan yang dirasakan oleh Nabi Ya’qub Alaihissalam ketika kehilangan Yusuf Alaihissalam disebabkan kelakuan saudara-saudaranya;

َلاَق ِإ ٓ ِنِۡزُحَو ِهثََب ْاوُكۡشَأ ٓاَمَّنِإ

َ لَ

َِّللّٱ ٨٦

Maksudnya: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah”

(Yusuf: 86)

Perkataan huzni di sini tidak disebutkan menggunakan la nahi atau la nafi. Ini menunjukkan bahawa kesedihan yang dirasakan oleh Nabi Ya’qub alaihis salam bukanlah sesuatu yang dilarang kerana ia tidak hadir dalam bentuk larangan. Ia merupakan bentuk kesedihan yang lumrah yang semestinya dirasakan oleh semua manusia ketika kehilangan sesuatu atau seseorang yang dicintai (Amanah, S.,2016).

Solusi Menghadapi Kesedihan Menurut Surah Yusuf

Setelah meneliti peristiwa yang berlaku di dalam Surah Yusuf yang menjadi punca berlakunya kesedihan kepada Nabi Yaakub Alaihissalam, Surah Yusuf juga memberikan gambaran solusi mendepani kesedihan tersebut. Di antara gambaran solusi tersebut ialah;

1- Bersabar dan Memendam Rasa Marah

Di dalam surah Yusuf, terdapat dua tempat diungkapkan kalimah (

ليجم بصف

). Pertama, ketika dikhabarkan oleh saudara-saudara nabi Yusuf Alaihissalam bahawa Yusuf telah dimakan serigala.

(5)

535

ُم ۡ لٱ ُ َّللّٱَو ۖ ليِ َجَ ۡبِ َصَف ۖاٗرۡم َ

أ ۡمُك ُسُفن َ

أ ۡمُكَل ۡتَلَّوَس ۡلَب َلاَق ِّٖۚبِذ َك ٖمَدِب ۦِهِصيِمَق ََٰ َعَل وُءٓاَجَو َنوُف ِصَت اَم َٰ َ َعَل ُناَعَتۡس

١٨

Maksudnya: Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Yusuf: 18)

Kedua, ketika dikhabarkan bahawa saudara Yusuf Alaihissalam ditahan di Mesir kerana tuduhan mencuri.

َلاَق َسََع ۖ ٌليِ َجَ ۡبِ َصَف ۖاٗرۡم َ

أ ۡمُك ُسُفن َ

أ ۡمُكَل ۡتَلَّوَس ۡلَب َُّللّٱ

ُهَّنِإ ۚاًعيِ َجَ ۡمِهِب ِنَِيِت ۡ أَي ن َ

أ ۥ

َوُه ُميِلَعۡلٱ ُميِكَ لْٱ ۡ ٨٣

Maksudnya: (Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia:

"(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf: 83)

Diantara teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Yaakub Alaihissalam di dalam kedua-dua peristiwa ini adalah pengucapan beliau terhadap musibah yang menimpanya, iaitu lafaz (

ليجم بصف

).

Di dalam Tafsir Mafatih al-Ghaib (ar-Razi,1999), terdapat beberapa pandangan berkaitan maksud (

ليجم بصف

). Mujahid berpendapat lafaz ini ini bermaksud kesabaran tanpa rasa cemas dan gelisah.

Adapun at-Thauri berpendapat ia bermaksud kesabaran untuk tidak menceritakan kesakitan atau musibah kepada orang lain. Ini kerana kesabaran ke atas ketentuan Allah adalah wajib, sedangkan kesabaran ke atas kezaliman dan penipuan adalah tidak wajib. Oleh kerana itu, dapat dilihat bahawa di dalam ayat ini Nabi Yaakub alaihissalam mengucapkan kalimah sabar kerana apa yang berlaku kepada Baginda adalah salah satu bentuk takdir Allah SWT (ar-Razi,1999 ).

Melalui Surah Yusuf, kita dapat melihat bagaimana reaksi Nabi Yaakub Alaihissalam terhadap kedua-dua berita yang sampai kepada baginda . Nabi Yaakub Alaihissalam tidak memaki hamun anak-anaknya dan menangis dengan cara meratap hiba, sebaliknya baginda menahan lisannya dari berkata yang tidak sepatutnya serta bersabar terhadap apa yang menimpanya.

2- Menangis

Solusi kedua yang ditunjukkan melalui Surah Yusuf di dalam mendepani kesedihan adalah menzahirkan kesedihan tersebut dengan cara menangis tanpa mempersoalkan takdir Allah SWT.

Firman Allah SWT:

ِنْزُْلحا َنِم ُهاَنْ يَع ْتَّضَيْ باَو ميِظَك َوُهَ ف

Maksudnya: Telah menjadi putihlah kedua mata Nabi Yaakub kerana sedih (Yusuf:84)

Lafaz (

نزلحا نم

) di dalam ayat ini merupakan dalil kepada keharusan perbuatan menangis ketika mengalami musibah kerana iamerupakan satu bentuk perbuatan yang tidak mampu dikawal oleh manusia ketika mengalami kesedihan dan kesempitan (al-Baidhawi,). Walaupun Nabi Yaakub alaihissalam merasa terlalu marah terhadap anak-anaknya, namun baginda hanya memendamkan

(6)

536 rasa marah dan dukacita yang mendalam serta hanya menahan rasa marah itu di dalam hatinya sepertimana disebutkan di hujung ayat dengan lafaz (

ميِظَك َوُهَ ف

).

Oleh itu, ketika ditimpa kesedihan akibat perbuatan manusia, menyimpan perasaan marah lebih dekat kepada teladan Nabi Yaakub Alaihissalam berbanding membalas kembali perbuatan tersebut.

3- Berdoa

Solusi ketiga mendepani kesedihan di dalam surah Yususf adalah berdoa dan mengadukan kesusahan dan kedukaan hanya kepada Allah SWT. Ini dilihat melalui kata-kata Nabi Yaakub Alaihissalam apabila Baginda kembali menyebut tentang kesedihannya akibat kehilangan Nabi Yusuf alihissalam, lalu saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam mengatakan kepada bapa mereka;

َينِكِلَٰ َهۡلٱ َنِم َنوُكَت ۡوَأ ا ًضَرَح َنوُكَت َٰ َّتَِح َفُسوُي ُرُكۡذَت ْاُؤَتۡفَت ِ َّللّٱَت ْاوُلاَق ٨٥

Maksudnya: Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa". (Yusuf:85)

Lalu Nabi Yaakub menjawab:

َنوُمَلۡعَت لا اَم ِ َّللّٱ َنِم ُمَلۡع َ َ أَو ِ َّللّٱ َ

لَِإ ٓ ِنِۡزُحَو ِهثََب ْاوُكۡشَأ ٓاَمَّنِإ َلاَق ٨٦

Maksudnya: (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Yusuf:86)

Menurut al-Bhaidhawi di dalam tafsirnya, lafaz (

يِنيۡٔزُحَو يِّثَ ب

) ialah kesedihan yang tidak dapat baginda Nabi menahannya daripada membuat pengaduan hanya kepada Allah SWT (al-Baidhawi, 1997). Justeru, jelas kepada kita untuk memperbanyakkan pengaduan kepada Allah SWT dalam mendepani kesedihan agar dapat mengurangkan beban yang menimpa hati.

4- Tidak Berputus Asa

Solusi keempat dalam mendepani kesedihan di dalam Surah Yusuf adalah tidak berputus asa dari mengharapkan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT ketika menghadapi kesedihan akibat kehilangan sesuatu yang dicintai. Ini dapat dilihat menerusi kata-kata Nabi Yaakub Alaihissalam sebaik sahaja dikhabarkan penahanan saudara Yusuf di Mesir:

ۡيْاَت لاَو ِهيِخ َ َ

أَو َفُسوُي نِم ْاو ُس َّسَحَتَف ْاوُبَهۡذٱ َّ ِنَِبََٰي ۡيْاَي َ

لا ۥُهَّنِإ ِۖ َّللّٱ ِحۡوَّر نِم ْاوُس َنوُرِفَٰ َك ۡلٱ ُمۡوَقۡلٱ َّلاِإ ِ َّللّٱ ِحۡوَّر نِم ُس

٨٧

Maksudnya: Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.

Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

(Surah Yusuf:87)

(7)

537 Menerusi ayat ini, walaupun Nabi Yaakub Alaihissalam telah melalui dua kesedihan yang berulang, Baginda tidak berputus asa terhadap kehilangan Nabi Yusuf Alaihissaam yang telah hilang bertahun- tahun lamanya, malah Baginda meminta kepada saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam agar mencari semula Nabi Yusuf Alaihissalam yang telah lama hilang dan saudaranya yang ditahan di Mesir.

Perasaan tidak berputus asa dan berharap kepada rahmat Allah SWT dilihat dapat memujuk hati yang dilanda kesedihan yang mendalam. Ini kerana, manusia tiada tempat lain untuk disandarkan harapan ketika tiada satu makhluk yang mampu menghilangkan kedukaan akibat kehilangan insan yang dikasihi, melainkan terus berharap kepada Allah SWT.

5- Berkongsi Luahan Hati

Solusi kelima yang ditunjukkan di dalam surah Yusuf adalah apabila menghadapi kesedihan perlulah berkongsi luahan hati, kerana dengan berkongsi kedukaan seseorang akan memperolehi semangat, sokongan, motivasi atau pencerahan yang akan mengurangkan beban di hati manusia (Amanah, S.,2016). Sebaik-baik tempat berkongsi atau meluahkan rasa hati dan bergantung masalah adalah Allah SWT. Ini dapat dilihat apabila Nabi Yaakub Alaihissalam mengucapkan:

َّللّٱ َ

لَِإ ٓ ِنِۡزُحَو ِهثََب ْاوُكۡشَأ ٓاَمَّنِإ

Maksudnya: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku”

(Yusuf:86)

Di dalam Tafsir al-Azhar ada menyebut bahawa baginda tidak mengeluh nasibnya kepada orang lain, kerana manusia tidak mampu melepaskannya dari perasaan sedih tersebut, tetapi Nabi Yaakub Alaihissalam hanya mengadu keadaan hatinya kepada Allah untuk dilepaskan dari kesedihan serta kesusahan yang sedang dihadapinya (Hamka, 1983).

Maka jelaslah kepada kita bahawa ketika berhadapan dengan perasaan yang sangat sedih serta dukacita, maka perasaan itu tidak wajar dipendam sendirian. Sebaliknya perlu mencari tempat yang sesuai untuk berkongsi rasa, dan Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk dikongsi luahan hati ketika sedang diuji, kerana Allah Maha Mengetahui akan semua perkara.

Kesimpulan

Kesedihan merupakan fitrah manusia, ia bukanlah sesuatu yang patut dielakkan Di kebanyakan hal tetapi ia patut diuruskan dengan sebaiknya. Surah Yusuf mempunyai intipati yang tepat di dalam mendepani kesedihan. Punca kesedihan di dalam surah Yusuf adalah disebabkan kehilangan, maka solusinya adalah mendepani situasi tersebut dengan cara yang terbaik menurut cara yang selaras dengan kehendak Allah SWT dan tidak mempersoalkan takdir Allah SWT.

Rujukan Al-Quran

Al- Bhaidhawi, N.A.(1997). Anwar al-Tanzil. Dar Ihya’ al-Thurath al-Arabi: Beirut.

Al-Asfahani, A.H. (1991). Al-Mufradat fi Gharibil Qur’an. Dar al-Qalam: Damsyik.

Al-Jauziyyah, M.A. (1996). Madarij as-Salikin. Darul Kitab al-‘Arabiy: Beirut.

(8)

538 Amanah, S. (2016). KESEDIHAN DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’AN ( Telaah atas Sebab dan Solusi Kesedihan dalam Ayat-Ayat al- Hazan ). Tesis. Fakultas Ushuluddin dan Pemikiran Islan, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga: Yogyakarta

Ar-Razi, M.U. (1999). Mafatih al-Ghaib. Darul Ihya' at-Turath al-'Arabiyy: Beirut.

Faris, A. (1979). Mu’jam Maqaayis al-Lughah. Dar al-Fikir.

Hamka. (1983). Tafsir al-Azhar. Penerbit Pustaka Panjimas: Jakarta.

Mustafa, I. (____). Al-Mu’jam al-Wasith. Dar Dakwah.

Nasr, A.K. (2013). Nazarat Fi Ma’ani Surah Yusuf wa Fawaiduha wa Asraruha. Dar Ihya’.

Referensi

Dokumen terkait