TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU BESAR DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DI
NEGERI SABAH MENERUSI PROGRAM RUNDING CARA KEWANGAN ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Hayati Binti Omar
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah [email protected] Abdul Ghani Bin Haji Sani PhD
Ong Siu Gek Jamilah Binti Othman Melati Binti Jilon PhD
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah [email protected]
ong siu [email protected] [email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan dan kemahiran Guru Besar dari beberapa buah sekolah di Sabah dalam melaksanakan pengurusan kewangan di sekolah selepas melalui Program Runding Cara Pengurusan Kewangan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Kajian ini juga dapat melihat amalan terbaik yang dilakukan oleh guru besar dalam pengurusan kewangan serta dapat melihat masalah-masalah yang dihadapi dan usaha-usaha penambahbaikan pengurusan kewangan sekolah. Responden yang terlibat adalah 31 buah sekolah yang pernah menerima khidmat runding cara pengurusan kewangan di negeri Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan soal selidik. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Versi 21. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa Guru Besar-Guru Besar di sekolah kajian memahami dan mengurus kewangan sekolah berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam hampir kesemua aspek yang dikaji. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan sekolah selepas Program Runding Cara Pengurusan Kewangan sekolah adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian mengenai masalah-masalah dalam pengurusan kewangan pula termasuklah kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan Panjar Wang Runcit.
Hasil kajian juga mendapati bahawa usaha-usaha Guru Besar dalam menambahbaik pengurusan kewangan melalui sistem talian adalah terbatas bagi sekolah luar bandar dan pedalaman.
Kata Kunci: Runding Cara Pengurusan Kewangan, Panjar Wang Runcit
PENGENALAN
Pengurusan kewangan adalah nadi dalam meneruskan pelbagai fungsi di setiap organisasi. Keperluan ini selari dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian, pengurusan sekolah perlu ditabdir secara cekap dan
2
berhemah agar kewangan yang diperolehi dapat dibelanja dan diurus mengikut tatacara pengurusan kewangan yang betul dan memenuhi matlamat organisasi.
Berdasarkan sistem yang ada sekarang, selaku pengurus sekolah adalah bertanggungjawab penuh untuk merancang, mengurus, mengawal serta menentukan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan. Peraturan akaun dan audit dalam akta pelajaran menetapkan supaya pengurus sekolah menyimpan rekod-rekod kewangan secara teratur dan semua akaun sekolah bagi tahun semasa mesti dihantar untuk di audit sebelum tahun berikutnya.
Untuk membantu pengurus sekolah dalam merealisasikan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah melaksanakan program runding cara kewangan kepada sekolah yang didapati telah menunjukkan prestasi pengurusan kewangan yang tidak memuaskan melalui dapatan Laporan Audit Kewangan sekolah. Program ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru besar dalam pengurusan kewangan dan seterusnya membolehkan sekolah memperoleh sijil audit cemerlang.
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah di Negeri Sabah.
2. Mengenalpasti tahap kemahiran Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di
SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah di Negeri Sabah.
2. Apakah tahap kemahiran Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah di Negeri Sabah.
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN
KEWANGAN PROGRAM
RUNDING CARA PENGURUSAN
KEWANGAN
TAHAP PENGETAHUAN
TAHAP KEMAHIRAN
3 BATASAN KAJIAN
Lokasi kajian hanya melibatkan guru besar sekolah rendah di tujuh (7) daerah di negeri Sabah iaitu daerah Beaufort, daerah Tawau, daerah Semporna, daerah Tuaran, daerah Kota Belud, daerah Keningau dan daerah Penampang. yang telah mengikuti Program Runding Cara Pengurusan Kewangan anjuran IAB pada tahun 2014, tahun 2016 dan tahun 2018.
TINJAUAN LITERATUR PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri : 1994). Dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu; pertama, untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001). Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan kewangan meliputi a). merancang penggunaan dan keperluan kewangan, b). memperolehi sumber kewangan, c). mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan dan d). melaporkan prestasi kewangan.
Pengurusan kewangan sekolah berfungsi untuk melicinkan perjalanan semua program yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah berlandaskan arahan Kementerian Pendidikan. Pengurusan kewangan sekolah yang cekap akan dapat membantu memastikan semua matlamat dan wawasan sekolah tercapai. Selaku pengurus kewangan sekolah, pengetua dan guru besar perlu bertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus dan mengawal serta menentukan pengurusan kewangan di sekolah dengan cekap. Guru besar perlu menguasai kemahiran- kemahiran asas dalam aspek perakaunan seperti menyediakan penyata penyesuaian bank, menyediakan penyata kewangan, menyelenggarakan Buku subsidiari dan Buku Tunai.
Sekolah mendapat sumber kewangan dari peruntukan bantuan persekolahan oleh kerajaan. Bantuan persekolahan terbahagi kepada bantuan persekolahan umum, bantuan persekolahan khusus dan bantuan perskolahan one-off. Bantuan persekolahan umum sekolah rendah dan menengah termasuk bantuan geran perkapita (PCG), yuran khas sekolah (YKS) , bantuan kokurikulum sekolah (BKK) ,bantuan Tunai dan sebagainya. Menurut. Muhammad Faizal A. Ghani dan Shahril
@ Charil Marzuki (2010) serta Takiah Iskandar (1995) berpendapat bahawa kepimpinan organisasi (seperti sekolah) yang menguruskan kewangan perlu accountable dan mematuhi segala arahan bertulis dari pihak berkuasa (misalnya KPM) dan pengurusan tersebut seharusnya berdasarkan sistem kawalan serta struktur organisasi yang jelas. Segala kemahiran dalam sesuatu bidang memerlukan latihan terutamanya aspek perakaunan adalah penting supaya
4
pengurusan kewangan sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan malah dapat disiapkan dalam tempoh yang dan berkesan (Zaidatol Akmaliah, 2003).
PROGRAM RUNDING CARA PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
Program Runding Cara kewangan adalah satu proses membantu dalam pertemuan yang melibatkan perhubungan dua hala di antara pegawai runding cara dengan pemimpin sekolah yang memerlukan bimbingan dan jalan penyelesaian khususnya dalam pengurusan kewangan di sekolah.
Pengurusan kewangan adalah salah satu segmen penting dalam pengurusan sekolah dan pentadbiran. Wang awam perlu dibelanjakan dengan cekap untuk mencapai hasil pendidikan yang diinginkan. Dapatan Audit Pengurusan Kewangan 2018 mendapati dari 1294 buah sekolah sekolah Sabah yang diaudit terdapat 517 mendapat sijil cemerlang, 361 buah sekolah mendapat taraf baik, 264 tahap memuaskan, 20 buah sekolah mendapat kurang memuaskan, 2 buah tidak memuaskan dan 12 buah sekolah tiada maklumat. Secara keseluruhan, kajian ini menjelaskan mengenai kepentingan menjalankan kajian untuk mengembangkan profil berasaskan sekolah yang berkesan pengurusan kewangan di Malaysia bagi merealisasikan Tranformasi Sekolah 2025.
Pengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan secara lebih berkesan. Muhammad Faizal A.Ghani, at al (2013) menyatakan bagi mengekalkan kualiti pendidikan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi untuk sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak memainkan sebarang peranan dalam pembiayaan pendidikan. Setiap tahun di Malaysia semua sekolah mendapat bantuan persekolahan. Menurut Husaina B.K (2014), sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan. Secara umumnya, sekolah merupakan input kepada pembangunan Negara Malaysia. Pembiayaan dalam pendidikan semakin ditekankan kerana ia dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dan pertumbuhan ekonomi (Saedah Siraj,at all 2008). Oleh itu, kerajaan persekutuan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi dalam bidang pendidikan.
Cabaran masa depan yang diharapkan dalam pengurusan kewangan sekolah adalah pada kemampuan pengurus sekolah untuk memperuntukkan, memantau dan mengawal aliran wang untuk mencapai tujuan pendidikan melalui peningkatan keberkesanan dan kualiti dalam pengurusan kewangan di sekolah. Pengurusan kewangan yang cekap di peringkat sekolah sangat penting kerana pihak sekolah menerima pelbagai jenis peruntukan dan bantuan dari kerajaan antaranya ialah bantuan geran perkapita (PCG) (Rosli Wahab, 2006). Pengurusan kewangan merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Di sekolah, Pengetua dan Guru Besar selaku ketua jabatan harus bertanggungjawab dalam memastikan prosedur pengurusan kewangan sekolah olah diikuti dan dipatuhi oleh semua guru. Ini adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 53 (hlm. 31) yang melaporkan seperti berikut.
5
“Semua pegawai pengawal adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajiban kewangan pejabat masing-masing dengan sempurna. Tanggungjawab tersebut adalah memungut dengan sewajarnya segala wang awam yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka, menyimpannya dengan selamat serta juga bertanggungjawab sekiranya akaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul. Sebarang perwakilan kewajiban ini kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis. Bagaimanapun, seorang pegawai itu secara amnya tidak terlepas dari tanggungjawabnya sendiri setelah perwakilan dibuat.”
Dalam mengurus wang ini, guru besar sebagai penyelia sekolah adalah individu yang diberi tanggung jawab untuk mengurus setiap ringgit yang diberikan kepada sekolah melalui geran PCG. Guru besar perlu mahir dalam kedua-dua bidang pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan sekolah. Ini juga dinyatakan oleh Zaidatol Akmaliah (2000) bahawa guru besar sebagai ketua sekolah adalah individu yang dipertanggungjawab dalam menentukan tadbir urus berkaitan wang sekolah dengan cekap dan berkesan.
Guru besar perlu mengurus kewangan sekolah mengikut panduan yang dinyatakan dalam Buku Panduan Kewangan Sekolah, arahan perbendaharaan, surat-surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi memastikan objektif KPM tercapai (Husaina Banu, Ranjeetham & Muhammad Faizal, 2015). Menurut Suriyati Baharin
& Suhaida Abdul Kadir (2013) pengurusan kewangan di sekolah rendah kerajaan melibatkan aspek perancangan, penggunaan sumber kewangan, penerimaan sumber kewangan, perbelanjaan, perolehan dan pengurusan aset.
BANTUAN PERSEKOLAHAN
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off). Bantuan ini diberikan kepada murid- murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Tujuan bantuan persekolahan umum ini adalah untuk memberi bantuan yang diperuntukkan kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Bantuan ini diberi untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Penyaluran peruntukan ini adalah berdasarkan enrolmen murid. Bantuan persekolahan umum rendah dan menengah adalah termasuk Bantuan Geran Perkapita (PCG) , Bantuan Geran Perkapita Prasekolah (PCG PRA), Yuran Khas Sekolah (YKS), Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP), Bantuan KoKurikulum
6
Sekolah (BKK), Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA), Bantuan Sukan Sekolah (BSS), Bantuan Makan Prasekolah (BMP) dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (PBBTP) .
Bantuan Persekolahan diperuntukkan kepada murid berdasarkan kriteria tertentu.
Ia perlu melalui proses permohonan dan perakuan dari pihak sekolah , Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan pendidikan Negeri. Bantuan persekolahan khusus untuk sekolah menengah dan rendah terdiri daripada Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) ,Biasiswa Sukan (BS), Projek Khas Murid Berasrama Penuh (PKSBP), Bantuan Jaket Keselamatan Murid (JKM), Kelas Dewasa Orang Asli dan Penan (KEDAP), Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMPM), Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform (BPS),Bantuan Makanan Asrama (BMA), Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM) dan Elaun Pra Universiti (EPU). Pekeliling tentang bantuan khusus ini mempunyai surat pekeliling yang khusus mengikut jenis Bantuan.
Bantuan persekolahan one-off diperuntukkan kepada murid berdasarkan kriteria yang tertentu. Bantuan ini diberi hanya sekali setahun atau secara sekali gus.
Bantuan ini termasuk Bantuan Awal persekolahan (BAP). Kadar yang diberi adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Kaedah penyaluran bantuan ini dibayar ke akaun bank sekolah.
Sekolah mendapat sumber kewangan dari peruntukan bantuan persekolahan oleh kerajaan. Surat Pekeliling Bilangan 8 tahun 2012 memberi garis panduan tentang Bantuan Persekolahan . Bantuan persekolahan terbahagi kepada tiga iaitu bantuan persekolahan umum, bantuan persekolahan khusus dan bantuan persekolahan one-off.
BANTUAN GERAN PERKAPITA (PCG)
Bantuan Geran Perkapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan (Pekeliling Kewangan Bil 8, 2012) Manakala, menurut Mohd Hanif dan Mohd Yusoff (2017) ia juga merupakan sejumlah wang daripada peruntukan belanja mengurus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diperuntukan kepada pihak sekolah untuk membiayai perbelanjaan pengurusan sekolah. Tuntutan ini dibuat berdasarkan bilangan enrolmen murid di sesebuah sekolah. Maka dapat dirumuskan, PCG adalah sumber atau bantuan kewangan yang diperoleh dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pembiayaan perbelanjaan sekolah berpandukan kepada peruntukan bagi setiap murid yang berada dalam sekolah berkenaan.
BUKU TUNAI
Buku Tunai merupakan buku perakaunan utama bagi merekodkan segala urusniaga penerimaan dan pembayaran. Buku ini juga dijadikan dokumen asas dalam penyediaan Penyata Akaun Tahunan sekolah.
7 PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Pusat Tanggungjawab (PTJ) merujuk kepada pejabat dimana Pemegang Waran/Ketua Jabatan/Pemungut telah menerima perwakilan kewajipan daripada Pegawai Pengawal dan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan di bawah seliaannya seperti peruntukkan mengurus, peruntukan pembangunan, pengurusan akaun amanah dan pengurusan terimaan serta sumber-sumber lain yang berkaitan.
PENGURUSAN PUNGUTAN DAN TERIMAAN
Pengurusan terimaan dan pungutan wang sekolah merupakan satu sistem proses pengendalian sebarang wang yang diterima oleh sekolah dari pelbagai punca mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan pengurusan kewangan yang berkuatkuasa pada masa kini. Sistem pengurusan terimaan dan pungutan yang cekap bagi kumpulan wang sekolah akan membolehkan pengaliran wang tunai dengan berkesan bagi menyumbang kepada pengurusan perbelanjaan yang berkesan dan sistematik.
Sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (Reynolds et al., 2001) kerana banyak kajian menemui wujudnya perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan digunakan secara bijaksana (Borman et al., 2000). Sehubungan dengan kenyataan tersebut, Burrup (2003) menegaskan pengurusan kewangan yang cekap bukan bermakna penjimatan wang daripada berbelanja tetapi lebih menumpukan perbelanjaan berkesan yang menghasilkan manfaat yang banyak kepada pencapaian murid.
Justeru, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada kebijaksanaan kepemimpinan sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan dilakukan di mana dengan perancangan yang teliti, kepemimpinan pengetua akan dapat menentukan agihan bantuan dengan baik. Guru besar yang mahir mengurus wang terimaan dan pungutan juga membolehkan sekolah menanggung perbelanjaan dengan terimaan-terimaan (PCG) dan lain pungutan yang wajib bagi sekolah serta mengatasi sebarang kehilangan wang sekolah berpunca daripada kelemahan kawalan pengurusan, kecuaian dan penyelewengan.
PEROLEHAN DAN BAYARAN
Pengurus sekolah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perolehan yang menggunakan peruntukan daripada Kumpulan Wang Sekolah. Perwakilan kuasa kepada Pengurus Sekolah hanya terhad kepada perolehan melalui sebutharga dan pembelian terus. Pengurus sekolah hendaklah memastikan kelulusan Ketua PTj diperolehi bagi semua perolehan melebihi RM20,000 setahun bagi setiap item. Mengurus perolehan secara berkesan merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan kewangan sekolah yang perlu diketahui oleh pengetua atau guru besar bagi mengelak pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap perolehan. Menurut Ellison, (2007), prinsip akauntabiliti awam perlu dijadikan amalan oleh setiap pegawai yang terlibat dalam mengurus
8
perolehan kerajaan. Dalam menjalankan tugas mengurus perolehan sikap tanggungjawab, amanah, jujur dalam membuat keputusan perlu diutamakan.
Pengurusan perolehan yang berkesan dapat mengelakkan sebarang pembaziran dan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas perolehan di samping member pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memastikan perolehan awam dibuat dengan berkesan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian adalah peruntukan yang sentiasa mencukupi, spesifikasi barangan atau perkhidmatan perlu ditentukan terlebih dahulu dengan mendapatkan perkhidmatan dan nasihat teknikal daripada individu yang mahir atau pakar dalam bidang berkenaan.
Proses kerja perolehan adalah melalui pembelian terus dan permohonan mendapatkan bekalan dan perkhidmatan termasuk program menggunakan kertas kerja dan hendaklah menggunakan nota minta. Nota minta perlu disediakan oleh Guru Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia. Semua perolehan hendaklah dibuat menggunakan Pesanan Sekolah dan hanya Pengurus Sekolah sahaja boleh menandatangani Pesanan Sekolah.
Pengurus Sekolah dibenarkan menggunakan peruntukan daripada Kumpulan Wang Suwa atau Kumpulan Wang Asrama tidak termasuk peruntukan daripada kerajaan untuk membuat perolehan peralatan ICT dengan mendapat kelulusan Ketua PTj. Pengurus Sekolah dibenarkan menggunakan peruntukan daripada Kumpulan Wang Kerajaan . Kumpulan Wang Suwa atau Kumpulan Wang Asrama untuk membuat perolehan harta modal dengan mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Bagi menggunakan peruntukan SUWA, sekolah perlu mendapat kelulusan Ketua PTj sebelum perolehan dilakukan.
MODEL KEPIMPINAN VROOM-YETTON
Model yang melandasi kajian ini ialah Model Kepimpinan Vroom-Yetton pada asalnya dibangunkan oleh Victor Vroom dan Philip Yetton dalam buku mereka pada tahun 1973, "Kepimpinan dan Pengambilan Keputusan." Model ini menunjukkan bahawa cara terbaik untuk membuat keputusan adalah dengan berpandukan pada situasi atau masalah semasa, bukan sifat atau gaya peribadi pembuat keputusan. Sehubungan dengan itu, model ini dipilih oleh pengkaji kerana model ini sangat fleksibel dengan pilihan keputusan yang boleh dibuat oleh pemimpin. yang menawarkan beberapa proses yang berbeza dan mengarahkan pembuat keputusan ke arah yang terbaik untuk keadaan yang sesuai.
KAJIAN-KAJIAN LEPAS DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA
Pelbagai isu dan masalah diketengahkan dalam pelbagai kajian yang telah ditemui samada dalam dan luar negara tentang tahap dan amalan pengurusan sekolah oleh pengetua dan guru besar (PGB). Perbincangan dibuat pada tatacara pengurusan kewangan dibuat.
Antara kajian yang ditemui ialah kajian oleh A. Hamid Bin Hussin (2012). Beliau telah melihat amalan, masalah, kelemahan dan cadangan guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah. Dapatan beliau menunjukkan bahawa guru besar telah membuat refleksi bahawa sememangnya mereka telah mengurus kewangan
9
sekolah berlandaskan kepada tata cara pengurusan kewangan yang betul, namun begitu terdapat masalah dan kelemahan yang wujud dalam pengurusan kewangan sekolah seperti kawalan dalaman yang lemah, urusan diserahkan kepada pembantu tadbir kepercayaan , guru besar tidak faham prosedur kewangan dan kurang faham dan kepakaran.
Noridah Binti Ab Rahim (2003) pula telah membahagikan tahap amalan guru besar dalam empat (4) aspek pengurusan iaitu aspek perancangan, pembelian, pilihan alternatif dan aspek kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pengetua dalam pengurusan kewangan secara keseluruhannya adalah baik.
Namun jika dilihat dari aspek pilihan alternatif didapati tahap amalan adalah kurang baik.
Menurut Azizi Hj. Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon(t.t) menekankan bahawa pemimpin sekolah menghadapi masalah dalam mengamalkan pengurusan kewangan dengan baik. Sistem pelantikan pengetua tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. Mereka yang dilantik tidak diberikan kursus, tetapi belajar mentadbir secara cuba jaya. Pengetua banyak bergantung kepada kerani yang berpengalaman dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan kewangan di sekolah. Oleh sebab pengetua kurang berpengalaman, maka terdapat sekolah-sekolah yang tidak menyediakan belanjawan sekolah. Pengetua tidak merancang terlebih dahulu tentang sumber-sumber pendapatan dan keperluan-keperluan perbelanjaan. Justeru itu pengetua yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang perakaunan menyebabkan beliau tidak dapat merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
Maszurla Adam dalam (Reynolds et al,2001 dan Borman et al.2000) telah menyatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah amat berkait rapat dengan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan. Beliau menyatakan bahawa, jika sesebuah sekolah ingin mencapai ke tahap kecemerlangan, pengurusan kewangan perlu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kerana banyak kajian menemui perkaitan yang rapat di antara kejayaan sesebuah sekolah dengan jumlah wang yang diurus dan digunakan secara bijaksana
Selanjutnya Maszurla Adam(t.t) dalam Zaidatol Akmnaliah (2000), Loo, (1999), Mahani Hafiz (2000) dan Levette(1995) menjelaskan kepimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai pengurusan kewangan telah menyebabkan mereka mentadbir sekolah secara trial and error. Senario tersebut berlaku disebabkan sistem perlantikan pengetua sekolah ketika ini berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Implikasinya mereka akan menyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada staf bawahan seperti Pembantu tadbir akaun sekolah atau sekiranya mereka menguruskannya sendiri, Pengurusan tersebut tidak menjurus kepada keutamaan perbelanjaan serta barangan pembelian tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya di sekolah.
Selain itu kajian oleh Maszurla Adam (t.t) dalam Mohamad Sapian Siran (2003) telah mengenal pasti punca utama yang menyebabkan kelemahan dalam pengurusan kewangan sekolah iaitu perbelanjaan melebihi peruntukan, perbelanjaan kurang daripada peruntukan, perbelanjaan yang tidak bersesuaian dan tidak mengikut keutamaan, perbelanjaan terlalu awal, perbelanjaan terlalu
10
lewat, perbelanjaan yang tidak dirancang, perbelanjaan yang tidak dibenarkan, perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur, melewatkan proses pembayaran,tidak berbelanja langsung dan akauntabiliti.
Kesan daripada program Runding Cara dan latihan dapat dilihat daripada perubahan pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Tessin (1987) dalam kajiannya menekankan manafaat yang diperolehi menerusi program latihan dan pembangunan adalah peningkatan kualiti dan produktiviti serta memberi peluang kepada pekerja untuk berubah dari segi tingkah laku serta terhadap kerja yang dipertanggungjawabkan. Rozhan (1991) menegaskan bahawa program latihan yang berterusan akan dapat membantu pekerja menyesuaikan diri mereka dengan teknik dan cara kerja yang baharu serta perubahan yang berkembang dalam kepimpinan pendidikan.
Hal ini bertepatan dengan program runding cara kewangan yang membantu pengurus sekolah dengan amalan dan kemahiran baharu yang dapat dipergunakan oleh guru besar dalam mengurus kewangan sekolah dengan baik.
METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini menghuraikan metodologi kajian yang digunakan untuk melihat hubungan di antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru besar dengan penglibatan mereka dalam program Rundingcara pengurusan kewangan di sekolah. Selain daripada itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor kemahiran pengurusan kewangan dan sikap pemimpin sekolah dalam memastikan pengurusan kewangan sekolah tanpa berteguran di sekolah masing-masing.
Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini ialah pensempelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data.
PERSAMPELAN
Teknik persampelan adalah sampel bertujuan (purposive sampling). Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan kepada kriteria berikut;
i. 30 buah sekolah rendah di daerah Beaufort, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Tuaran, Kota Belud, Keningau dan Penampang.
ii. Sekolah rendah yang telah menerima program rundingcara kewangan anjuran IAB pada tahun 2014, tahun 2016 dan tahun 2018.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Tempat kajian adalah di sekolah rendah di lapan (8) daerah dalam negeri Sabah yang telah menerima khidmat runding cara pengurusan kewangan sekolah anjuran IAB. Dalam kajian ini, pengkaji menyenaraikan langkah-langkah pengumpulan data sebagai kerangka kerja lapangan. Dengan tatacara kajian ini, ia dapat memudahkan pengkaji menjalankan kerja lapangan serta memastikan kelancaran kajian ini. Langkah-langkah prosedur pengumpulan data adalah seperti berikut:
11
(i) Mendapat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidik Dasar Pendidikan, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
(ii) Menentukan sampel dan tempat kajian (iii) Menjalankan kajian rintis
(iv) Menganalisis respon kajian rintis
(v) Mengedarkan soal selidik kepada sampel kajian (vi) Menganalisis respon soal selidik.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Borang Maklumbalas Senarai Semak Program Runding Cara Pengurusan Kewangan Sekolah oleh Jabatan Pengurusan Kewangan dan Pejabat (2016). Tahap pengetahuan akan mengunakan skala pengukuran 1- Sangat Tidak Tahu, 2- Tidak Tahu, 3- Tidak Pasti, 4- Tahu, 5- Sangat Tahu dan untuk tahap kemahiran skala pengukuran yang digunakan ialah 1- Sangat Tidak Mahir, 2- Tidak Mahir, 3- Tidak Pasti, 4- Mahir, 5- Sangat Mahir.
KAEDAH ANALISIS DATA
Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Versi terkini (SPSS).
(i) Menjalankan kajian rintis
(ii) Menganalisis respon kajian rintis
(iii) Mengedarkan soal selidik kepada sampel kajian (iv) Menganalisis respon soal selidik.
DAPATAN KAJIAN
Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah ditetapkan. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data dapatan kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis secara statistik deskriptif bagi melihat frekuensi , peratus,serta min bagi setiap bahagian dalam instrumen untuk mencapai keputusan objektif dalam kajian ini. Bahagian pertama akan menyentuh aspek latar belakang responden. Bahagian kedua pula adalah bahagian pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan kewangan sekolah. Kemudian perbincangan akan berkisar kepada analisis item menggunakan kaedah frequencies. Oleh kerana kajian ini adalah secara kuantitatif, dapatan kuantitatif secara rintis berdasarkan instrumen yang dikemukakan kepada respondan di sekolah kajian.
Soal selidik ini diedarkan secara rawak ke atas 31 orang responden dalam kalangan Guru Besar . Kumpulan sasaran Guru Besar dalam kajian ini adalah terdiri dari sekolah yang pernah menerima khidmat runding cara dari IAB sejak 2014. Data kajian kuantitatif diperoleh dari respon aneka jawapan dan lima skala likert yang digunakan dalam item soal selidik. Seterusnya data ini akan dianalisis
12
dengan menggunakan perisian Statistic Package for Sosial Science (SPSS) bagi huraian dalam bentuk frekuensi, peratus dan min.
Jadual 1: Interpretasi Min
Skor Min Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Pallant (2007)
SOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap pengetahuan pengurusan kewangan Guru Besar setelah mengikuti program rundingcara pengurusan kewangan sekolah, di sekolah rendah Negeri Sabah
ii. Apakah tahap kemahiran pengurusan kewangan Guru Besar setelah mengikuti program rundingcara pengurusan kewangan sekolah, di sekolah rendah Negeri Sabah.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah Negeri Sabah.
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah Negeri Sabah
Dapatan kajian yang diterangkan selepas ini akan menjurus kepada pencapaian objektif kajian sama ada objektif kajian ini tepat sebagaimana yang ditetapkan atau ada sebab lain dalam menentukan objektif kajian ini perlu dilaksanakan pada konteks lain.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Demografi responden dari aspek jantina, lokasi sekolah dan jenis pengurusan kewangan sekolah adalah seperti Jadual;
Jadual 2 : Demografi Responden mengikut Jantina, Lokasi Sekolah dan Jenis Pengurusan Kewangan Sekolah
13
Demografi Peratusan
Gred Sekolah Gred A 45.2 (14)
Gred B 54.8 (17)
Jantina Lelaki 54.8 ( 17)
Perempuan 45.2 (14)
Lokasi Sekolah
Bandar 35.5 (11)
Luar Bandar 54.8 (17)
Pedalaman 9.7 (3)
Jumlah Murid
Kurang 150 22.6 (7)
150 hingga 500 48.4 (15)
500 hingga 1000 16.1 (5)
Lebih 1000 12.9 (4)
Tempoh berkhidmat sebagai Guru Besar
0 hingga 5 tahun 48.4 (15)
6 hingga 10 tahun 12.9 (4)
11 tahun ke atas 38.7 (12)
Pengurusan Sekolah Bukan PTJ 100 (31)
Pernah mengikuti Kursus Kewangan
Ya 54.8 (17)
Tidak 45.2 (14)
Kumpulan Wang yang disenggara
KWS 100 (31)
KWK 100 (31)
KWA 0
Menggunakan eSPKWS
Ya 22.6 (7)
Tidak 77.4 (24)
Jadual 3: Pencapaian Taraf Pengurusan Kewangan
14
Pencapaian Sebelum Runding cara Selepas Runding Cara
Cemerlang 25.8% (8) 0 %
Baik 12.9% (4) 10%(3)
Memuaskan 45.2%*(14) 60%(18)
Kurang Memuaskan 9.7% (5) 23.3%(7)
Tidak Memuaskan 0% 6.7%(2)
Jumlah semua sekolah yang
terlibat dengan Runding cara 31 buah sekolah
Jadual 4: Status Sijil Audit Pengurusan Kewangan Sekolah
Pencapaian Sebelum Runding Cara Selepas Runding Cara
Tanpa Teguran 12.9 %(4) 77.4% (24)
Berteguran 67.7%(21) 16.1$ (5)
Bertentangan 9.7%(3) 3.2%(1)
Tanpa Pendapat 9.7%(3) 3.2%(1)
Tahap pengetahuan pengurusan kewangan Guru Besar setelah mengikuti program rundingcara pengurusan kewangan sekolah, di sekolah rendah Negeri Sabah
Daripada dapatan kajian dan maklumat yang disampaikan oleh responden didapati bahawa
Pernyataan Min SP Tahap
Penyata Kewangan Sekolah dikemukakan kepada Audit sekolah sebelum 31 Mac
4.68 0.6 Tinggi
Melantik juruaudit dalaman yang membuat pemeriksaan Buku Tunai
4.61 0.8 Tinggi
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) ditubuhkan dan bermesyuarat mengikut tempoh (4 kali setahun)
4.58 0.8 Tinggi
Pemeriksaan mengejut dilaksanakan mengikut AP309/TPPKWS2.7
4.73 0.9 Tinggi
15
Menyemak semua rekod kewangan secara berkala 4.43 0.6 Tinggi Carta organisasi sekolah sentiasa dikemaskini 4.33 0.9 Tinggi Mendapat kelulusan daripada pendaftar sekolah bagi
semua jenis pungutan
4.58 0.8 Tinggi
Perwakilan kuasa pungutan dibuat secara bertulis 4.10 1.3 Tinggi Mengeluarkan resit bagi semua pungutan dan terimaan
semasa urusniaga
4.29 1.2 Tinggi
Memastikan pengeluaran resit dikendalikan oleh dua orang pegawai yang diberi kuasa
4.32 1.0 Tinggi
Melaporkan kehilangan buku resit kepada polis dalam tempoh 24 jam dari tarikh kehilangan
4.35 0.9 Tinggi
Menggunakan resit yang dicetak dari PNMB 4.33 1.2 Tinggi Memastikan Guru Kelas/Penyelia Asrama merekod
pungutan dalam borang kutipan dan Serahan Guru dan menyerahkan ke pejabat pada hari pungutan dibuat
4.33 1.2 Tinggi
Memastikan semua pungutan melebihi RM500.00 dibankkan pada hari pungutan dibuat atau pada hari esoknya.
3.94 1.5 Sederhana
Tinggi
Memastikan semua pungutan yang tidak dapat dibankkan pada hari pungutan dibuat, disimpan dalam peti besi /tempat berkunci.
4.32 1.1 Tinggi
Menyediakan dan mempamerkan Notis Pemberitahuan kepada orang awam untuk meminta resit penerimaan
4.23 0.9 Tinggi
Menyimpan Buku Cek yang belum /tidak digunakan dalam peti besi/tempat berkunci
4.74 0.4 Tinggi
Mengemukakan semua Baucar Bayaran untuk auditan 4.77 0.4 Tinggi Memastikan permohonan menggunakan Nota Minta 4.77 0.4 Tinggi Menggunakan Borang Pesanan Sekolah bagi perolehan/
perkhidmatan kecuali Panjar Wang Runcit dan tuntutan kakitangan sekolah
4.55 0.7 Tinggi
Memastikan pesanan Sekolah dikeluarkan sebelum perolehan dibuat
4.68 0.6 Tinggi
Mengecap tarikh terima pada semua bil yang diterima 4.61 0.6 Tinggi Membuat perolehan Harta Modal yang melebihi had
kebenaran setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan .( SR>/=RM5000.00 @ SM>/=RM10000.00) – SPK 8/2012
4.55 0.7 Tinggi
Memastikan Perolehan melebihi had kebenaran bagi peruntukan perkapita mendapat kelulusan daripada Ketua PTJ
4.65 0.6 Tinggi
16
Membuat perolehan melebihi RM20 000.00 melalui sebut harga
4.52 0.7 Tinggi
Pembayaran runcit (pembayaran yang kurang dari RM200) menggunakan Panjar Wang Runcit
4.25 1.2 Tinggi
Bantuan persekolahan tahun semasa digunakan bagi murid tahun yang sama
4.58 0.8 Tinggi
Majalah sekolah diterbitkan dalam tahun pungutan dibuat 3.71 1.5 sederhana Tinggi
Tahap kemahiran Guru Besar dalam pengurusan kewangan setelah terlibat dalam program runding cara pengurusan kewangan di sekolah rendah Negeri Sabah
Pernyataan Min SP Tahap
Menyelenggara rekod-rekod perakaunan / dokumen kewangan mengikut format/garis panduan yang ditetapkan
4..61 0.7 Tinggi
Menjawab pertanyaan audit dalam tempoh 30 hari dari
Tarikh terima surat 4.19 1.1 Tinggi
Menyediakan surat kebenaran, penurunan kuasa dan pengagihan tugas dengan teratur.
4.52 0.6 Tinggi
Fail My Portfolio dan Prosedur Kerja disedia dan dikemaskini
4.59 0.6
Tinggi Menyediakan surat kebenaran, penurunan kuasa dan
pengagihan tugas dengan teratur.
4.55 0.6
Tinggi Membatalkan baki helaian resit murid yang tidak digunakan
4.26 1.1 Tinggi Menyemak slip bayar masuk bank yang telah diakui terima
oleh bank dan difailkan mengikut jenis kumpulan wang 4.52 0.8 Tinggi Mengunci masuk semua terimaan /pungutan dengan betul
di dalam Modul eSPKWS mengikut kumpulan wang pada
masa urusniaga dilakukan 4.33 1.1 Tinggi
Menyemak slip bayar masuk bank yang telah diakui terima
oleh bank dan difailkan mengikut jenis kumpulan wang 4.52 0.8 Tinggi
Menyediakan senarai ABT 4.48 0.7 Tinggi
Pihak sekolah telah berusaha untuk mendapatkan semua pungutan yang belum diterima
4.61 0.6 Tinggi
17
Membuat permohonan hapuskira bagi ABT yang melebihi
tempoh 6 tahun 4.48 0.5 Tinggi
Memastikan daftar-daftar berikut diselenggara dengan lengkap dan kemas kini:
a. Daftar Stok Pesanan Sekolah
4.63 0.5 Tinggi
b. Daftar Bil 4.58 0.6 Tinggi
c. Daftar Stok Buku Cek 4.58 0.8 Tinggi
d. Daftar Cek Batal 4.65 0.4 Tinggi
Memeriksa dan mengesahkan kandungan Buku Cek sebaik terima daripada pihak bank
4.52 0.8 Tinggi
Menyemak dan mengesahkan Buku Tunai yang telah diimbangkan
4.77 0.4 Tinggi
Menyediakan penyata penyesuaian Bank pada setiap bulan dan disahkan oleh Pengurus Sekolah
4.55 0.6
Tinggi Memastikan Penyata Penyesuaian Bank difailkan dengan
lengkap dan teratur
4.77 0.4 Tinggi
Mengisi Borang Pesanan Sekolah dengan lengkap 4.65 0.6 Tinggi Menjelaskan semua bil dalam tempoh 14 hari selepas tarikh
bil diterima
4.74 0.4
Tinggi Membuat pembayaran dengan menggunakan Baucar
Bayaran
4.55 0.6
Tinggi Menyediakan Baucar Bayaran mengikut format yang
ditetapkan
4.26 1.1
Tinggi Membuat pembayaran menggunakan cek berpalang 4.55 0.6 Tinggi Membatalkan cek-cek yang telah tamat tempoh sah laku
dan merekodkannya dalam Daftar Cek Batal 4.29 1.1 Tinggi Pindahan peruntukan mata pelajaran kepada bukan mata
pelajaran diluluskan oleh Ketua PTJ
4.55 0.5 Tinggi
Memastikan kumpulan Wang Terkumpul tidak defisit 4.58 0.6 Tinggi Pindahan peruntukan mata pelajaran kepada bukan mata
pelajaran diluluskan oleh Ketua PTJ
4.55 0.5 Tinggi
Memastikan kumpulan Wang Terkumpul tidak defisit 4.58 0.6 Tinggi Memastikan dana pusingan PWR mengikut had yang yang
diluluskan
4.00 1.2 Tinggi
Memastikan pembayaran daripada PWR disokong dengan baucar kecil dan dokumen yang asal
3.74 1.4 Sederhana Tinggi Memastikan perbelanjaan melalui panjar Wang Runcit telah
mendapat t kelulusan daripada Pengurus sekolah/ pegawai
3.74 1.4 Sederhana Tinggi
18
yang diberikuasa
Memastikan Perakaun Panjar Wang Runcit dibuat pada akhir tahun
3.97 1.2 Sederhana Tinggi
Tahap Pencapaian Sekolah dalam Pengurusan Kewangan Sebelum dan Selepas Program Runding Cara
Dapatan hasil kajian daripada 31 responden menunjukkan bahawa secara keseluruhannya Responden menunjukkan peningkatan tahap pencapaian sekolah dalam pengurusan kewangan sebelum dan selepas Program Runding Cara.
Sekolah yang terpilih adalah sekolah-sekolah yang berada pada taraf memuaskan dan berteguran. Data kajian menunjukkan terdapat 18 buah sekolah pada tahap memuaskan, tujuh buah sekolah pada tahap kurang memuaskan, dua buah sekolah tidak memuaskan dan tiga buah sekolah pada taraf baik. Data menunjukkan tidak ada sekolah yang mempunyai taraf cemerlang sebelum kajian ini dilaksanakan.
Apa yang pasti Program Runding Cara oleh IAB ini telah memberi impak yang besar dalam aspek penentuan tahap pencapaian pengurusan kewangan sesebuah sekolah. Ini kerana semasa sesi runding cara pengurusan kewangan sekolah, guru besar akan dibimbing dari pelbagai aspek pengurusan kewangan. Guru Besar diminta merujuk kepada Arahan Perbendaharaan, Buku Tatacara Pengurusan Kewangan, surat pekeliling seperti Surat Pekeliling Bilangan 8 tahun 2012 berserta pindaan untuk mengurus pelbagai aspek kewangan mengikut tatacara yang betul.
Sesi Runding Cara ini biasanya berlangsung selama sehari bagi setiap sekolah bagi merungkai dan membantu pelbagai aspek pengurusan Kewangan.
Selepas tahun berikutnya pihak sekolah akan diaudit oleh Bahagian Audit Sekolah bagi perbelanjaan tahun sebelumnya. Contohnya perbelanjaan 2019 akan diaudit pada tahun 2020. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap pencapaian sekolah dalam pengurusan Kewangan selepas Program Runding Cara Pengurusan Kewangan. Dapatan menunjukkan lapan buah sekolah mendapat taraf cemerlang, empat buah sekolah mendapat baik, 14 sekolah mendapat memuaskan, lima buah sekolah mendapat kurang memuaskan dan tiada lagi sekolah berada pada tahap tidak memuaskan.
Status Sijil Audit Pengurusan Kewangan Sekolah Sebelum dan Selepas Program Runding Cara
Hasil kajian mendapati sebelum Program Runding Cara sekolah yang mendapat status sijil Audit Pengurusan Kewangan sekolah hanya empat buah sekolah sahaja status tanpa teguran, 21 buah sekolah status berteguran, tiga buah sekolah status bertentangan dan tiga buah sekolah tanpa pendapat. Selepas sekolah yang terlibat mengikuti proses bimbingan dalam Program Runding Cara Pengurusan Kewangan hasil kajian mendapati peningkatan pada status yang diperoleh oleh sekolah yang terlibat.
Dapatan menunjukkan 24 buah sekolah telah mendapat status sijil Audit tanpa teguran, lima buah sekolah pada status berteguran, sebuah sekolah pada status
19
bertentangan dan sebuah sekolah status tanpa pendapat. Ini menunjukkan program runding cara ini telah memberi impak yang besar kepada peningkatan status pencapaian sekolah-sekolah yang terlibat.
Bilangan sekolah yang ada pada status tanpa pendapat hanya sebuah sahaja dimana status sijil Audit tanpa pendapat ini diperoleh atas sebab semua dokumen kewangan tidak diperoleh oleh Bahagian Audit sekolah atas faktor kehilangan dokumen atau atas sebab musibah seperti kebakaran. Kekangan skop pengauditan akan timbul di mana bukti tidak mencukupi untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan. Kejayaan untuk mendapat status sijil audit tanpa teguran ini hanya diperoleh jika semua penyata kewangan sekolah lengkap, dilaporkan dan amalan berbelanja mengikut prosedur yang betul, konsisten dan seragam telah dipatuhi dan dilaksanakan.
Tahap Pengetahuan Pengurusan Kewangan Guru Besar Setelah Mengikuti Program Runding Cara Pengurusan Kewangan Sekolah
Berdasarkan kepada data kajian yang diperolehi mendapati semua item yang mencakupi tentang tahap pengetahuan Guru Besar tentang pengurusan kewangan sekolah mempunyai nilai min yang tinggi iaitu antara nilai 3.71 hingga 4.77. Item yang mempunyai nilai min yang tertinggi 4.77 menerusi item yang menyatakan tentang kepastian permohonan menggunakan Nota Minta. Ini menjadi syarat penting sebelum baucar bayaran diluluskan. Guru Besar perlu memastikan semua dokumen telah lengkap. Apa yang pasti baucar bayaran mestilah disokong dengan maklumat yang lengkap tentang setiap satu perkhidmatan, bekalan, tarikh, kuantiti seperti nota minta yang dibuat oleh pegawai yang memohon. Kegagalan menyediakan nota minta boleh menyebabkan sekolah tersebut mendapat teguran audit yang menyatakan dokumen kewangan yang tidak lengkap.
Nilai min yang kedua tertinggi 4.74 menerusi item yang menyatakan tentang penyimpanan buku cek yang belum atau tidak digunakan dalam peti besi atau tempat berkunci. Ini jelas dinyatakan dalam buku tatacara pengurusan kewangan, sekolah yang tidak mempunyai peti besi, buku cek hendaklah disimpan di dalam kabinet besi yang berkunci di tempat yang selamat di premis sekolah. Sekiranya ia tidak dipatuhi ia melanggar arahan perbendaharaan AP116. Aspek ini juga sering dilihat semasa Program Runding Cara Pengurusan Kewangan Sekolah.
Nilai min yang ketiga tertinggi 4.73 melalui item yang menyatakan tentang pemeriksaan mengejut yang dilaksanakan mengikut AP 309 / TPPKWS2.7.
Melalui Program Runding Cara Pengurusan Kewangan peserta dibimbing untuk mengadakan pemeriksaan mengejut tidak kurang sekali dalam tempoh 6 bulan.
Hasil pemeriksaan itu akan dicatat dalam Buku Pemeriksaan mengejut (Am 28) cetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Pemeriksaan mengejut ini diadakan secara berkala ke atas peti besi atau peti wang dalam penyimpanan wang awam, setem atau barang lain yang berharga. Dokumen ini perlu diserahkan semasa sesi audit berlangsung. Pematuhan Arahan Perbendaharaan 53 (hlm 31) Guru Besar adalah sebagai penyelia sekolah adalah individu yang diberi tanggungjawab untuk setiap ringgit yang diberikan kepada sekolah.
Manakala untuk pencapaian min pada tahap sederhana tinggi pula adalah menerusi item tentang kepastian semua pungutan melebihi RM 500.00 dibankkan
20
pada hari pungutan dibuat atau pada hari esoknya dengan pencapaian min 3. 94.
Dapatan Ini menunjukkan bahawa sekolah yang berada jauh di pedalaman pasti akan mengambil masa yang lebih lama iaitu lebih daripada tiga jam untuk sampai ke bank. Guru besar akan mengambil inisiatif dengan memohon kebenaran daripada Ketua Pusat Tanggung Jawab untuk memasukkan hasil pungutan pada hari yang berikutnya.
Item yang seterusnya pada nilai min sederhana tinggi 3.74 menerusi item tentang penerbitan majalah sekolah dalam tahun pungutan dibuat. Dapatan ini menunjukkan bahawa penerbitan majalah di sekolah rendah adalah sederhana tinggi. Ini kerana untuk tujuan penerbitan pihak sekolah memerlukan kelulusan dari Ketua Pusat Tanggung jawab terlebih dahulu sebelum pihak sekolah menerbitkan majalah sekolah masing-masing. Permohonan penerbitan majalah sekolah hendaklah menyatakan bentuk penerbitan majalah samada dalam bentuk buku, cakera padat dan lain-lain. Panduan pelaksanaan projek Majalah sekolah adalah seperti yang digariskan dalam Peraturan-peraturan pendidikan (Majalah dan Bahan Multimedia) Akta Pendidikan 1996.
Tahap Kemahiran Pengurusan Kewangan Guru Besar Setelah Mengikuti Program Runding Cara Pengurusan Kewangan Sekolah
Berdasarkan kepada data kajian yang diperolehi mendapati semua item yang mencakupi tentang tahap kemahiran Guru Besar tentang pengurusan kewangan sekolah mempunyai nilai min yang tinggi iaitu antara nilai 3.74 hingga 4.77.
Dapatan menunjukkan nilai min yang tertinggi 4.77 adalah menerusi dua item yang masing-masing menyatakan tentang semakkan dan pengesahan buku tunai yang telah diimbangkan serta item yang memastikan penyata penyesuaian bank difailkan dengan lengkap dan teratur.
Data juga menunjukkan bahawa sekolah yang terlibat berada di kawasan luar bandar dan pendalaman. Ini menyebabkan pengurusan kewangan e-Sistem Pengurusan Kewangan Wang Sekolah (eSPKWS) tidak dapat dilaksanakan kerana menghadapi masalah talian. Sebanyak 24 buah sekolah atau sebanyak 77.4% menggunakan manual buku tunai dalam pengurusan kewangan di sekolah masing-masing. Buku Tunai adalah asas penting bagi penyediaan penyataan kewangan tahunan sekolah. Keperluan penyemakan ini bagi memastikan buku tunai seimbang pada setiap bulan. Baki pada akhir bulan akan menjadi baki awal bagi bulan berikutnya. Kegagalan menyemak dan mengesahkan Buku Tunai menyebabkan Guru Besar tidak dapat mengetahui baki kewangan semasa untuk kegunaan sekolah. Penyata Penyesuaian Bank ialah penyata yang disediakan sekolah bagi menyesuaikan baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank. Penyata ini perlu disediakan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Penyata Bank diterima.
Kekurangan jumlah dalam Buku Tunai walau satu sen pun akan menjadikan sekolah tersebut mendapat audit berteguran. Justeru itu, perkara ini akan disemak semasa sesi runding cara dilaksanakan.
21
Dapatan kajian menunjukkan min ketiga tinggi 4.74 adalah menerusi item yang menerangkan tentang penjelasan semua bil dalam tempoh 14 hari selepas tarikh bil diterima. Ini merupakan salah satu tanggung jawab pengurus sekolah untuk memastikan semua pembayaran dapat dilakukan dengan penerima yang sah.
Kegagalan sekolah membuat pembayaran dalam tahun semasa ke atas pembelian dan perolehan akan menyebabkan sekolah mendapat Akaun Belum Bayar (ABB).
ABB akan menyebabkan sekolah mendapat audit berteguran.
Dapatan untuk min sederhana tinggi 3.74 adalah menerusi item pengurusan Panjar Wang Runcit(PWR) iaitu memastikan pembayaran daripada PWR disokong dengan baucar kecil dan dokumen yang asal serta memastikan perbelanjaan melalui panjar Wang Runcit telah mendapat kelulusan daripada Pengurus sekolah atau pegawai yang diberi kuasa.
Panjar Wang Runcit ini digunakan bagi membuat pembayaran kecil dengan segera atau perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada butiran sekolah bagi sesuatu maksud perbelanjaan. Ia boleh digunakan terlebih dahulu sebagai pendahuluan wang tunai segera kepada maksud kecemasan. Ia juga boleh digunakan sebagai pendahuluan wang tunai segera kepada pegawai untuk perbelanjaan aktiviti sekolah seperti makan dan minum murid, tambang murid dan minyak mesin rumput.
Dapatan ketiga rendah dengan pencapaian min 3.74 iaitu tahap sederhana tinggi ialah Memastikan Perakaun Panjar Wang Runcit dibuat pada akhir tahun. Buku Tunai PWR perlu diimbang dan ditutup pada akhir tahun serta membuat rekupment akhir sebelum 31 Disember tahun kewangan semasa supaya baki PWR adalah bersamaan dengan amaun PWR yang diluluskan. Ini jelas dinyatakan dalam buku Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan satu Sijil Perakuan PWR pada 31 Disember setiap tahun untuk dikemukakan kepada Ketua PTJ. Satu salinan akan disimpan dalam fail untuk tujuan pengauditan.
Dapatan responden mendapati 19.4% Mahir , 48.4% Sangat Mahir, 22.6% Tidak Pasti dan 9.7% Sangat Tidak Mahir
Dana PWR ini dikeluarkan dari Kumpulan Wang SUWA di bawah butiran kantin atau pelbagai. Had maksimum pengeluaran yang diluluskan oleh Ketua PTJ bagi sekolah rendah ialah RM500. Bil yang tidak lebih RM200 boleh dibayar dengan menggunakan PWR. Segala urusniaga runcit secara tunai perlulah direkod dalam Buku Tunai PWR. Di atas faktor tambahan dokumentasi ini menyebabkan pihak sekolah tidak setuju menggunakan PWR. Pernyataan sangat tidak setuju diperoleh 16.1% sangat tidak mahir dan 22.6% tidak pasti mahir menggunakan PWR. Input ilmu perlu disuntik kepada Guru Besar selaku pengurus sekolah untuk meningkatkan keyakinan Guru Besar dalam pengurusan kewangan. Pekeliling baru tentang pengurusan kewangan perlu dikemaskini oleh Guru Besar itu sendiri.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangan dan merumuskan hubungan di antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru besar dengan penglibatan mereka dalam Program Runding Cara pengurusan kewangan di sekolah menerusi program Runding Cara anjuran IAB. Disamping itu, kajian ini juga akan merumuskan faktor kemahiran pengurusan kewangan dan sikap pemimpin sekolah dalam memastikan
22
pengurusan kewangan sekolah pada tahap tanpa berteguran di sekolah-sekolah kajian pada masa akan datang.
Hanya terdapat 31 buah sekolah yang terlibat dalam melaksanakan kajian ini daripada 60 buah sekolah yang terlibat dalam Program Runding Cara Pengurusan Kewangan sejak 2014 hingga 2018. Kajian ini akan memberi impak yang besar sekiranya semua sekolah dapat dilibatkan dalam pelaksanakan kajian ini berdasarkan status tahap pencapaian semasa. Kajian ini juga boleh melihat aspek- aspek lain bagi menentukan tahap pencapaian, pengetahuan dan kemahiran pemimpin sekolah dalam pengurusan kewangan.
Batasan kepakaran pensyarah Pengurusan Kewangan di IAB Cawangan Sabah.
Pada ketika ini hanya terdapat dua orang pensyarah yang pakar dalam pengurusan kewangan sekolah. Batasan tenaga pengajar sedia ada adalah tidak mencakupi berdasarkan keperluan sekolah seluruh negeri Sabah yang mempunyai 1296 buah sekolah rendah dan sekolah menengah.. Pensyarah daripada IAB induk sering datang membantu untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengurusan kewangan Sekolah.
Selaras dengan dapatan Rozhan (1991), menyatakan bahawa terdapat peningkatan ilmu dan kemahiran pengurusan Kewangan sekolah melalui pendedahan ilmu dan latihan yang diberikan terhadap mereka. Kajian ini pun mendapati bahawa tahap ilmu dan kemahiran Guru Besar berada di tahap yang tinggi selepas mengikuti Program Runding Cara Pengurusan Kewangan Sekolah.
Bimbingan yang diberikan secara praktikal lebih menjurus kepada isu pengurusan kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Pengurus sekolah dibimbing mengurus kewangan sekolah mengikut prosedur yang betul yang terkandung dalam Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Perakaunan Kewangan Kumpulan Wang Sekolah dan pekeliling-pekeling terkini yang sedang berkuat kuasa. Program ini lebih kepada praktikal pengurusan sebenar berbanding dengan kursus pengurusan kewangan yang berunsur pendedahan ilmu dan meningkatkan pengetahuan pengurus sekolah tentang pengurusan sekolah. Dapatan ini selaras dengan pendapat Zaidatol Akmaliah (2000) bahawa Guru Besar sebagai ketua sekolah adalah individu yang dipertanggungjawabkan dalam menentu tadbir urus berkaitan wang sekolah dengan cekap dan berkesan.
Secara keseluruhannya, keperluan latihan berterusan, pengalaman pengurusan kewangan sekolah dan melalui program Runding cara boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurusan kewangan kepada semua pemimpin sekolah.
RUJUKAN
Husaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam & Muhammad Faizal A. Ghani, (2015), Pengurusan Kewangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Kuala Kangsar, Perak: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1 (4), 23-30.
Borman, G. D., Rachuba, L., Datnow, A., Alberg, M., Maciver, M., & Stringfield, S.
(2000). Four models of school improvement. Successes and challenges in reforming low performing, high poverty title I schools. Baltimore: Johns Hopkins University, Center for Research into the Education of Students Placed at Risk.
Husaina Banu Kenayathulla.(2014). Future treands in the management of school finance: A documentary analysis. Malayisan Online Journal Of Eduacation Management (MOJEM), Vol 2, Issue 4, 89 – 110.
Husaina Banu Kenayathulla, Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Adequacy approach in school finance, Malayisan Online Journal Of Eduacation Management (MOJEM), Vol 1, Issue 1, 1-19.
INTAN (2001) Peruntukan Kewangan Dalam Perlembagaan . Kuala Lumpur.
INTAN (2001) Pengurusan Kewangan dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam.
Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Tatacara pengurusan kewangan dan perakauanan kumpulan wang sekolah. Putrajaya, Bahagian Kewangan, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Perolehan dan pengurusan aset. Putrajaya, Bahagian Kewangan, KPM.
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Razi, Saedah Siraj & Faisol Elham. (2013).
kepemimpinan dan kawalan terhadap peruntukan kewangan sekolah: Perspektif Malaysia. Internasional Jurnal, 80-95.
Reynolds, D., Hopkins, D., Potter, D., & Chapman, C. (2001). School improvement for schools facing challenging circumstances: A review of research and practice.
London: Department for Education and Skills.
Rusli Wahab. (2006). Kajian pengurusan kewangan di dua buah sekolah bertaraf PTj di daerah Port Dickson (Unpublished master’s dissertation). University of Malaya:
Kuala Lumpur.
Saedah Siraj, Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd. Radzi. (2008). Isu prinsip ekuiti dalam pembiayaan pendidikan Di Malaysia- Alternatif lain brdasarkan masa depan. Fakulti Pendidikan, UM.
Muhammad Faizal A. Ghani & Shahril @ Charil Marzuki (2010). Pembangunan modal insan menerusi kebersihan pengurusan kewangan sekolah. Kuala Lumpur. PTS Profesional.
Suriyati Baharin &Suhaida Abdul Kadir.(2013). Kompentensi guru dalam pengurusan kewangan sekolah. seminar pasca siswazah dalam pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia, 106110
2
Takiah Ishkandar (1995). Asas pengauditan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2001). Pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Online diperolehi daripada
http://www.worldcat.org/title/pentadbiranpendidikan/oclc/420758824.