• Tidak ada hasil yang ditemukan

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

Disediakan Oleh:

PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(2)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 1 1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan program kerjasama yang melibatkan kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara bukan sahaja memberi impak kepada imej Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) tetapi juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru, semua program kerjasama IPG KPM perlu dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih profesional agar ianya memberi hasil yang berkualiti dan impak yang positif kepada IPG KPM.

2.0 DEFINISI

2.1 Program Kerjasama IPG KPM

2.1.1 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan kementerian, agensi, institusi, Universiti Awam dan Universiti Swasta di dalam dan luar negara

2.1.2 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan sebarang proses menandatangani dokumen kerjasama seperti pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA), Surat Hasrat (Letter of Intent) dan sebagainya

2.1.3 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan Bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia

2.1.4 Program kerjasama yang melibatkan penyertaan dan sumbangan IPG KPM yang berkesan kepada pertubuhan dalam dan luar negara

2.1.5 Program yang melibatkan jaringan dan kolaborasi dalam bidang latihan guru dengan agensi dan institusi latihan dalam dan luar negara

2.1.6 Contoh program kerjasama adalah kursus pengajian, program latihan, penyelidikan, seminar, persidangan, lawatan, Training of

(3)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 2 Trainers(TOT), program pertukaran pelajar, program kerjasama melalui Mesyuarat Joint Working Group (JWG) dalam Bidang Pendidikan, dan sebagainya.

2.1.7 Program kerjasama tersebut mempunyai kriteria seperti berimpak tinggi (outcome-based), mempunyai kebolehcapaian (doable), mempunyai peruntukan yang mencukupi (budgetary readiness) dan mempunyai nilai timbal balik yang setara (return on investment).

2.2 Penyelaras Program Kerjasama IPGK

2.2.1 Penyelaras tersebut bertindak sebagai pegawai penghubung antara IPGK dan IPGM apabila terdapat sebarang urusan berkaitan program kerjasama yang melibatkan mana-mana pihak dari kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara.

2.2.2 Turut berperanan sebagai focal point bagi tujuan mengumpulkan maklumat berkaitan semua program kerjasama yang melibatkan semua jabatan dan unit di IPGK.

3.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM ini bertujuan untuk:

3.1 memaklumkan ketetapan IPGM tentang dasar sesuatu program kerjasama dilaksanakan di peringkat IPG KPM;

3.2 menyediakan panduan mengenai prosedur pelaksanaan sebarang program kerjasama di peringkat IPG KPM;

3.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila merancang sebarang program kerjasama IPG KPM.

(4)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 3 4.0 PUNCA KUASA

4.1 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 April 2004 - perenggan 4.1.4 iaitu cadangan kementerian/agensi Kerajaan mengadakan persidangan antarabangsa dan juga persidangan, seminar, bengkel serta mesyuarat yang melibatkan peserta luar negara memerlukan pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

4.2 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mei 2006 perenggan 4.1.1 bilangan (7) iaitu cadangan Kerajaan menandatangani perjanjian atau memorandum persefahaman (MoU) atau memorandum perjanjian (MoA) dengan pihak asing perlulah dikemukakan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri.

4.3 Berdasarkan Cabutan Minit Mesyuarat Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 9/2015 pada 1 Julai 2015 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM:

(i) keterangan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa secara umumnya, program pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh pelbagai bahagian, institusi pendidikan dan sekolah telah memberi impak yang amat baik dan positif terhadap sistem pendidikan negara;

(ii) saranan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa semua pihak perlu sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan terutamanya melibatkan peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:

a. setiap bahagian mesti bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada semua agensi, institusi dan sekolah di bawah seliaan masing-masing berkenaan peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa berkenaan program pengantarabangsaan;

(5)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 4

b. bahagian, agensi, institusi dan sekolah tidak boleh menandatangani sebarang dokumen komitmen seperti Memorandum of Understanding (MOU), Memorandum of Agreement (MOA), Letter of Engagement (LOE) dan sebagainya. Kelulusan untuk menandatangani dokumen tersebut dengan mana-mana pihak luar adalah tertakluk kepada kelulusan kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri;

c. bahagian, agensi, institusi dan sekolah adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), Sektor Pelajaran (SP) dan Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Sektor Pendidikan Tinggi (SPT) berkenaan semua program kerjasama antarabangsa yang dilaksanakan termasuk program yang dikendalikan oleh kedutaan asing;

d. bagi penganjuran seminar antarabangsa atau jemputan penceramah luar negara, Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 telah menjelaskan bahawa semua penganjuran seminar antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri manakala jemputan penceramah luar pula perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi lain yang berkaitan; dan

e. prosedur dan dasar lawatan antarabangsa ke luar negara perlu diteliti sebaik-baiknya terutamanya melibatkan negara destinasi yang memberikan ancaman kepada pelajar seperti penularan fahaman ekstrimis serta wabak penyakit contohnya di Republik Korea.

(6)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 5

5.0 PROSEDUR KERJA

5.1 Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan awal harus mengambil kira jangkamasa yang diperlukan untuk pembentangan kertas cadangan di peringkat Mesyuarat IPGM, KPM mahu pun Jemaah Menteri.

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

1

Merancang Program Kerjasama

IPG KPM

a) IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk pelaksanaan program kerjasama IPG KPM dengan menyertakan maklumat berkenaan program berkenaan.

b) Mengenalpasti sumber kewangan untuk melaksanakan program kerjasama IPG KPM. IPG KPM Rujuk Lampiran 1 (sekiranya berkaitan) 2 Menyediakan Kertas Cadangan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM

a) IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan program kerjasama IPG KPM.

b) Bagi IPGK, kertas cadangan tersebut perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.

Rujuk Lampiran 9 bagi Format dan Contoh Kertas Cadangan

Penyelaras Program Kerjasama IPGK

(7)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 6 BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

3 Mendapatkan Kelulusan Penganjuran Program Kerjasama IPG KPM

a) Kertas cadangan pelaksanaan program kerjasama IPG KPM berkenaan dihantar ke IPGM untuk semakan.

b) Kertas cadangan dibentangkan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM (Mesyuarat Profesional IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru atau mana-mana mesyuarat IPGM yang sesuai)

c) Sekiranya kertas cadangan tersebut perlu mendapatkan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM mahu pun sehingga peringkat Jemaah Menteri, prosedur pembentangan dan kelulusan kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM.

IPGM

Pengarah Pusat/ Sektor/ Jabatan/ Unit IPGM atau wakil

Pengarah IPGK atau wakil IPGK

Pegawai Meja PPPI IPGM 4 Menyelaras Persediaan/ Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM

a) Penyelaras Program Kerjasama IPGK akan memastikan proses persediaan dan pelaksanaan program kerjasama di IPGK berjalan lancar.

Penyelaras Program Kerjasama IPGK

(8)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 7 BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

b) Pegawai IPGM akan ditugaskan untuk memantau dan membantu, proses persediaan dan pelaksanaan program kerjasama di IPGK.

c) Semua pihak yang terlibat perlu memastikan program kerjasama IPG KPM berjalan lancar dan segala isu berkaitan diatasi dengan segera.

IPGM

Semua pihak yang terlibat

5.2 Terdapat juga Program Kerjasama IPG KPM yang memerlukan pensyarah atau pegawai IPGK bertugas di luar seperti menjalankan latihan kepada guru-guru atau pegawai-pegawai dari agensi atau institusi dalam negara. Pensyarah atau pegawai IPGK berkenaan boleh dipertimbangkan bertugas di luar selagi ianya tidak menjejaskan tugas dan tanggungjawab hakiki. Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran Pengarah IPGK. Selain daripada itu, perlu juga dipastikan bahawa program tersebut tidak melibatkan sebarang implikasi kos terhadap IPG KPM. Sekiranya program itu melibatkan pembayaran saguhati kepada penceramah atau bayaran lain, ianya adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

(9)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 8

5.3 Prosedur berkaitan jemputan yang melibatkan tetamu kenamaan dalam dan luar negara serta pelibatan penceramah dan peserta luar negara harus dititikberatkan. Selain daripada itu, pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM yang melibatkan pembentangan kertas kajian/ kertas kerja/ kerja ilmiah di dalam atau luar negara perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

1

Permohonan Kelulusan Penceramah Luar Negara

a) Kelulusan Tapisan Keselamatan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diperlukan bagi penceramah luar negara.

b) Permohonan perlu dikemukakan kepada KLN dan KDN tidak kurang daripada 30 hari bekerja sebelum program berlangsung.

c) Dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri :

i) Surat permohonan kelulusan (cover letter)

ii) Surat jemputan kepada penceramah

iii) Salinan passport iv) Curriculum Vitae /

Resume Penceramah v) Atur cara program

IPGM

Surat permohonan

kelulusan dan surat

jemputan kepada

penceramah

ditandatangani oleh Rektor IPGM

(10)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 9 BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

2 Program Kerjasama IPG KPM yang melibatkan dokumen perjanjian

a) Kelulusan untuk menandatangani dokumen MOU/ MOA dengan mana-mana pihak luar adalah tertakluk kepada kelulusan kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

b) Sebarang perjanjian bertulis (Letter of Intent/ Letter of Cooperation/ Letter of Exchange dan sebagainya) dengan mana-mana pihak dalam negara perlu dirujuk kepada Penasihat Undang-undang (PUU) KPM manakala bagi urusan dengan mana-mana pihak luar negara perlu dirujuk kepada BDHA.

IPGM perlu merujuk terlebih dahulu kepada PUU KPM dan BDHA

bagi memastikan

perkara dasar dan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara luar tidak menjejaskan imej KPM dan negara Malaysia.

3 Pembentangan kertas kajian/kertas kerja/kerja ilmiah peringkat antarabangsa di dalam atau luar negara

a) Penilaian dan kelulusan perlu diperoleh daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP) sebelum

dikemukakan kepada Bahagian Kewangan.

b) Kertas ilmiah perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Kawalan Kualiti Kertas Ilmiah (JKKKI) di BPPDP bagi mendapatkan kelulusan sekurang-kurangnya 30 hari bekerja sebelum tarikh persidangan.

Rujuk Lampiran 4

Semua pegawai yang layak, diberikan kebenaran sebagai menjalankan tugas rasmi bagi menghadiri pembentangan kertas

(11)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 10 BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

c) Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap, mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 21 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan dan tidak kurang daripada 35 hari bekerja bagi permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan.

ilmiah di luar negara jika mendapat kelulusan Ketua Jabatan, Ketua Perkhidmatan dan Pegawai Pengawal

5.4 Terdapat juga permohonan program kerjasama IPG KPM yang memerlukan kelulusan Ketua Jabatan, Ketua Perkhidmatan dan Pegawai Pengawal, terutamanya yang melibatkan perjalanan ke luar negara. Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal boleh dikenakan tindakan tatatertib.

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

1

Lawatan

Rasmi Ke Luar Negara

a) Semua tugasan/lawatan rasmi yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, perakuan/sokongan Ketua Pengarah masing-masing hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

b) Bagi pegawai dan kakitangan bukan guru perlu mendapat perakuan Ketua Jabatan sebelum dikemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk

Rujuk Lampiran 2, 3, 5, 8, 10 dan 11

(12)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 11

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

kelulusan.

c) Laporan Keberkesanan Program

melalui Sistem e-Lawatan

Antarabangsa (e-LA) di alamat http:apps.moe.gov.my/ebdha/ hendaklah dikemukakan selepas menghadiri program tersebut kepada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dalam masa 14 hari bekerja selepas perjalanan dibuat. Rujuk Lampiran 7 2 Program Khusus Bertugas Rasmi di Luar Negara

a) Permohonan peruntukan Program Khusus Bertugas Rasmi di Luar

Negara bagi semua

Jabatan/Bahagian di KPM hendaklah dikemukakan kepada Bahagian-bahagian yang dilantik sebagai penyelaras mengikut jenis program.

b) Semua permohonan Program Khusus Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang lengkap mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 21 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan dan tidak kurang daripada 35 hari bekerja bagi permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian

Rujuk Lampiran 8 bagi Senarai Bahagian-bahagian yang dilantik sebagai penyelaras mengikut jenis program.  Permohonan seperti lawatan penanda aras, program latihan dan sebagainya (yang melibatkan peruntukan KPM), memerlukan pembentangan kertas cadangan di peringkat

(13)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 12

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

Kewangan.

c) Semua permohonan Program Khusus Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang menggunakan peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan tidak kurang daripada 51 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan untuk mendapatkan persetujuan Pegawai Pengawal sebelum diangkat untuk kelulusan Perbendaharaan.

IPGM dan KPM bagi mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal 3. Bertugas rasmi ke luar negara menggunakan peruntukan sendiri, tajaan oleh penganjur/ badan-badan bukan kerajaan atau persatuan dan bukan syarikat swasta

Permohonan kelulusan dikecualikan daripada kelulusan khas Kementerian Kewangan tetapi hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.

Rujuk Lampiran 3 Contoh permohonan ini adalah seperti program lawatan penanda aras secara berkumpulan tetapi menggunakan peruntukan sendiri 4. Program Kerjasama IPG KPM yang melibatkan guru pelatih ke luar negara

Permohonan mengadakan lawatan ke luar negara secara persendirian atau berkumpulan oleh guru pelatih perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan

Rujuk Lampiran 1 (sekiranya berkaitan)

(14)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 13

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

Luar (SHEPHL), IPGM.

6.0 CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

Ya IPG KPM perlu menyediakan

kertas cadangan bagi tujuan

mendapatkan kebenaran

melaksanakan program kerjasama IPG KPM

IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor

IPGM untuk melaksanakan

program kerjasama IPG KPM dengan menyertakan maklumat berkenaan program kerjasama berkenaan.

Kertas cadangan dihantar ke IPGM untuk semakan.

Sekiranya kelulusan pihak Pengurusan

Tertinggi KPM/ Jemaah Menteri

diperlukan:

 Prosedur pembentangan dan

kelulusan kertas cadangan berkenaan

akan diuruskan oleh Pusat

Penyelidikan, Pembangunan dan

Inovasi (PPPI) IPGM. Mula

Perancangan Pelaksanaan Program Kerjasama

IPG KPM

Kertas cadangan IPGK perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.

Pembentangan kertas cadangan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM Persiapan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM Tidak TAMAT Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM

Pegawai IPGM akan ditugaskan untuk memantau dan membantu, proses persediaan dan pelaksanaan program kerjasama di IPGK

Laporan dihantar ke IPGM

(sekiranya berkaitan) sebagai

rekod dan rujukan untuk

pelaksanaan di masa akan datang.

Pelaporan Program Kerjasama

(15)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 14 7.0 SURAT ARAHAN, SURAT EDARAN DAN SURAT PEKELILING YANG BOLEH

DIJADIKAN RUJUKAN

7.1 Surat Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia

-Bagi tahun semasa, boleh dimuat turun di laman sesawang KPM

7.2 Lampiran 1

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 6 Jun 2014 berkaitan Tatacara Penyediaan Kemudahan Pakej Majlis/ Acara Rasmi Kerajaan dan Latihan Serta Aktiviti Murid/ Pelajar di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

7.3 Lampiran 2

Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 8 Januari 2014 berkaitan Pindaan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

7.4 Lampiran 3

Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 10 Julai 2013 berkaitan Perubahan Tatacara Pengurusan Permohonan Bertugas Rasmi Ke Luar Negara Bagi Semua Pegawai Awam di Kementerian Pendidikan Malaysia

7.5 Lampiran 4

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013 bertarikh 12 Jun 2013 berkaitan Garis Panduan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam atau Luar Negara

7.6 Lampiran 5

(16)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 15

Pekeliling Perbendaharaan 1PP/ P.B 3.1/2013 mengenai Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

7.7 Lampiran 6

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 bertarikh 1 Oktober 2012 berkaitan Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

7.8 Lampiran 7

Pelaporan Maklum Balas Berkaitan Program Hubungan Antarabangsa Secara Atas Talian bertarikh 15 Mei 2012

7.9 Lampiran 8

Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 13 April 2012 berkaitan Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi di Luar Negara Bagi Semua Penjawat Awam di KPM

7.10 Lampiran 9

Panduan Penyediaan Kertas Cadangan dan Kertas Makluman Serta Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM.

7.11 Lampiran 10

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2010 Pindaan kepada SPK Bil. 4 Tahun 2009 bertarikh 14 April 2010 berkaitan Peraturan Perjalanan Tugas Rasmi ke Luar Negara Kementerian Pelajaran Malaysia

7.12 Lampiran 11

Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 1984 bertarikh 1 Mac 1984 berkaitan Menghadiri Persidangan/ Kursus/ Lawatan Rasmi/ Lawatan

(17)

Institut Pendidikan Guru Malaysia 16

Persendirian Ke Luar Negeri Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan

8.0 RUMUSAN

8.1 Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling dan Surat Arahan yang berkaitan

8.2 Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat memberi panduan kepada semua warga IPG KPM terutamanya dalam proses mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal di samping memudahkan kawalan peruntukan kewangan

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh etos kerja, budaya organisasi dan pengembangan karier terhadap prestasi kerja guru pada SMA Negeri 1

simpan air yang cukup tinggi dimana air lebih tidak segera keluar akan tetapi akan tetap menjenuhi tanah pada daerah perakaran dalam jangka waktu yang lama, hal ini ditunjukkan

Disimpulkan bahwa dengan perlakuan pembatasan menyusu pedet pada induk pascaberanak pada sapi potong yang disertai suplementasi akan akan memperpendek anestrus post partus (APP),

Tujuan dalam penelitian ini adalah mengetahui pengaruh penggantian sebagian bahan pengikat ( Fly Ash ) yang dikombinasikan dengan kapur terhadap kuat tekan dan resapan

Bahasa ialah unsur jasmani teks, manakala tema dan persoalan, idea dan pemikiran, pengajaran dan perutusan adalah unsur rohani (dalaman) teks. Kerana itu juga,

Menghitung return, risiko dan beta portofolio dengan menggunakan pembagian bobot portofolio naïve diversification , 1/n atau 1/10, berdasarkan pemeringkatan sepuluh perusahaan

Analisis program Quest yang dibahas dalam penelitian ini adalah bagian output menurut teori respon butir, yang terdiri dari; kecocokan dengan model, tingkat kesukaran

Pelaksanaan tindakan pada siklus II pertemuan ke-2 dilaksanakan sesuai rencana tindakan sebagai upaya meningkatkan keterampilan menulis siswa. Dimulai dengan