• Tidak ada hasil yang ditemukan

23 8 MASALAH BERKAIT DENGAN PENGHITUNGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "23 8 MASALAH BERKAIT DENGAN PENGHITUNGAN"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH BERKAIT DENGAN PENGHITUNGAN HUKUM OHM DALAM MODUL PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK (PTE)

Oleh:

Siti Juliana binti Hamim, Nor Azarina binti Nordin, Che Ani binti Che Kar, Nor Hisham bin Mayidin, Mohd Noor Hasyidan bin Mustaffa, Mohd Masri bin Mah Hassan, Idi Nur

bin Mohamad, Nor Amalina binti Musa, Nor Azlin binti Ahmad, Rasyida binti A‟Alaf,

Rohayati binti Yusof, Jamaliah binti Shafiee, Farizan binti Ali

Kolej Komuniti Bentong, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penghitungan yang melibatkan Hukum Ohm pelajar Sijil Teknologi Elektrik (STE) 1A bagi kursus Program Teknologi Elektrik (PTE). Di samping itu, faktor-faktor pelajar tidak dapat menguasai kemahiran penghitungan dan cara untuk menarik minat mereka juga difokuskan dalam kajian ini. Seterusnya, keberkesanan program intervensi yang dilaksanakan, cuba ditentukan. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah soal selidik, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 52 orang pelajar dari PTE telah dipilih untuk memberikan respons terhadap soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan program intervensi yang dilaksanakan ke atas kumpulan sasaran ini telah berjaya meningkatkan nilai purata skor min secara keseluruhan iaitu 4.41. Ini menunjukkan bahawa kaedah pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dalam bentuk aktiviti luar seperti permainan amat sesuai untuk memberi keselesaan kepada pelajar semasa proses PdP berlangsung di dalam bilik kuliah. Beberapa cadangan telah disyorkan kepada Kolej Komuniti Bentong untuk mempelbagaikan kaedah PdP agar dapat menarik minat serta memberi keselesaan sepenuhnya kepada pelajar dan pensyarah.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar belakang kajian

Kolej Komuniti Bentong menawarkan kursus STE sejak di awal penubuhannya lagi iaitu bermula dengan sesi Julai 2003. Berdasarkan pemerhatian awal, didapati pelajar yang mengikuti kursus ini mengalami masalah yang melibatkan penghitungan Hukum Ohm. Penghitungan Hukum Ohm digunakan dalam kebanyakkan modul bagi kursus ini. Sehubungan dengan itu, pelbagai masalah akan timbul sekiranya pelajar tidak dapat menguasainya dengan baik. Pengkaji yang terdiri dari pensyarah PTE telah menjalankan kajian tindakan ini bagi membantu mengurangkan bilangan pelajar yang mengalami masalah dalam penghitungan Hukum Ohm.

(2)

Hukum Ohm merupakan hukum yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Teknologi Elektrik. Jika gagal menguasai Hukum Ohm dengan baik, pelajar menghadapi kesukaran untuk membuat hitungan yang melibatkan Hukum Ohm. Sebagai contoh, Hukum Ohm diperlukan untuk mengira jumlah arus, voltan, rintangan dan kuasa. Menyedari betapa pentingnya kemahiran ini, pelbagai teknik telah dicipta bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran penghitungan Hukum Ohm seperti pembentukan segitiga Hukum Ohm.

1.2 Masalah Kajian

Sebagai pelajar yang mengambil kursus STE, mereka seharusnya mampu menguasai asas modul Teknologi Elektrik yang salah satunya adalah penguasaan dalam kemahiran penghitungan Hukum Ohm. Umum beranggapan bahawa pelajar yang mengambil kursus ini hanya akan mahir dalam kerja-kerja praktikal seperti pendawaian dan pemasangan elektrik, baik pulih peralatan elektrik, kawalan motor dan lain-lain lagi, namun tanggapan ini adalah salah. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa amatlah penting untuk mengkaji masalah penguasaan Hukum Ohm terutamanya terhadap pelajar yang masih baru mengikuti kursus ini. Oleh itu, pernyataan masalah dalam kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmana pelajar PTE bagi semester 1 tidak dapat menguasai penghitungan dalam Hukum Ohm kerana masih lemah dalam asas matematik.

1.3 Kepentingan Kajian

Melalui kajian yang dijalankan, diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan masalah penguasaan Hukum Ohm terutamanya dari segi penghitungan di kalangan pelajar semester 1 PTE. Faktor penguasaan kemahiran yang masih lemah dalam matematik, kurang minat, kemahiran yang rendah dalam menggunakan mesin kira-kira dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yang perlu dititik beratkan dalam kajian ini.

1.4 Tujuan Kajian

Untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penghitungan yang melibatkan Hukum Ohm pelajar Sijil Teknologi Elektrik (STE) 1A bagi kursus Program Teknologi Elektrik (PTE).

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut;

i. Untuk mengenal pasti faktor-faktor pelajar STE 1A tidak dapat menguasai kemahiran penghitungan Hukum Ohm.

ii. Untuk menentukan bagaimana cara untuk menarik minat pelajar STE 1A terhadap penghitungan Hukum Ohm.

iii. Untuk mengetahui keberkesanan program intervensi dalam membantu 15 orang pelajar STE 1A menguasai kemahiran penghitungan Hukum Ohm.

(3)

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut;

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar STE 1A tidak dapat menguasai kemahiran penghitungan Hukum Ohm?

ii. Bagaimana untuk menarik minat pelajar STE 1A terhadap penghitungan Hukum Ohm?

iii. Bagaimana program intervensi membantu 15 orang pelajar STE 1A dapat menguasai kemahiran penghitungan Hukum Ohm?

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kajian literatur ini dibuat untuk melihat hubungan antara hasil penulisan dan kajian yang telah dibuat dengan kajian yang sedang dilaksanakan. Daripada kajian literatur ini juga, pengkaji dapat mengetahui teori dan konsep serta piawaian yang akan digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Justeru itu, segala maklumat yang dibincangkan dalam bab ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang dijalankan.

2.2 Keselesaan Tempat Belajar

Faktor keselesaan turut mempengaruhi kefahaman dan penerimaan di dalam kelas bagi seseorang pelajar. Keselesaan merujuk kepada keadaan perihal selesa dimana seseorang dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan baik tanpa gangguan. Persepsi terhadap keselesaan merupakan suatu yang subjektif yang bergantung kepada pengalaman pendengaran, penglihatan, minat dan sikap (Sanggin 1993). Keselesaan merupakan faktor yang amat penting bagi memenuhi keperluan manusia masa kini. Yahya (1996) berpendapat bahawa persekitaran akan menentukan suasana kehidupan seseorang. Oleh yang demikian sebagai manusia, kita bertanggungjawab untuk menentukan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan harmoni.

2.3 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran ialah satu proses perubahan tingkah laku khususnya dalam kalangan pelajar melalui sistem aktiviti yang secara khusus. Ia merupakan satu proses yang kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh, motivasi, persekitaran dan dorongan ibu bapa terhadap pelajar tersebut (Kamarudin dan Siti Hajar,1999).

Rahil, Habibah dan Kamariah (1999) mendefinisikan proses pengajaran sebagai satu sistem aktiviti yang diarahkan kepada pelajar-pelajar, biasanya secara bersemuka dengan pengajar. Tujuan pengajaran adalah membawa sesuatu perubahan pada diri pelajar tersebut. Ini menunjukkan semasa pengajaran dilaksanakan pelbagai aktiviti diadakan dengan tujuan menghasilkan pembelajaran atau perubahan dalam tingkah laku pelajar. Proses pengajaran perlu dirancang dengan teliti supaya hasil pembelajaran yang diinginkan dapat dicapai.

(4)

percubaan demi percubaan untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru dan biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah dengan persekitaran.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Teknik pengumpulan data adalah pemerhatian terhadap pelajar, soal selidik terhadap pelajar dan analisis dokumen pelajar iaitu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi matapelajaran matematik.

Kumpulan sasaran kajian ialah pelajar-pelajar STE 1A seramai 15 orang. Namun begitu ujian penentuan masalah penguasaan Hukum Ohm telah dilakukan terlebih dahulu terhadap 52 orang pelajar PTE dengan menggunakan borang soal selidik seperti di Lampiran 5. Ini dilakukan sebelum pelajar menjalani program intervensi bagi mengetahui terdapatnya permasalahan ketidakfahaman terhadap Hukum Ohm dalam kalangan pelajar PTE. Setelah itu pengkaji memilih 15 orang pelajar STE 1A yang telah menjalani program intervensi bagi mengetahui akan keberkesanan program tersebut. Penggunaan borang soal selidik memainkan peranan penting bagi menilai keberkesanan program terhadap pelajar.

Kajian ini memakan masa lima minggu pelaksanaan program intervensi yang dijalankan terhadap pelajar PTE. Pada minggu pertama, ia melibatkan semua pensyarah yang mengajar di kelas STE 1A dan selepas itu hanya pensyarah yang mengajar modul teknikal dalam STE 1A sahaja yang terlibat.

Jadual waktu program (Lampiran 1) dan Soalan Hukum Ohm (Lampiran 2) akan diagihkan kepada semua pensyarah yang mengajar kelas STE 1A. Lembaran kerja Latihan A (Lampiran 3) dan Lembaran Kerja Latihan B (Lampiran 4) dijawab oleh pelajar-pelajar STE 1A.

3.2 Cadangan Tindakan

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang bertujuan untuk menentukan penguasaan Hukum Ohm pelajar STE 1A.

3.2.1 Aktiviti Pertama (Minggu Pertama)

Pelajar akan mengikuti program Ohmku Sayang yang telah direkabentuk mengikut jadual yang ditetapkan (Lampiran 1) bagi membantu pelajar menguasai Hukum Ohm. Pelajar STE 1A akan diberikan pada setiap lima minit pertama satu bentuk latihan yang mengandungi empat soalan (Lampiran 2).

3.2.2 Aktiviti Kedua (Minggu Kedua)

(5)

3.2.3 Aktiviti Ketiga (Minggu Ketiga)

Pada hari Rabu, pensyarah modul elektrik akan mengadakan satu permainan dikenali Ohm Explorace di mana pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah berbentuk penghitungan Hukum Ohm di setiap stesen seperti yang telah ditetapkan. Permainan ini akan menggunakan petunjuk yang tersembunyi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi (Lampiran 4).

3.2.4 Aktiviti Keempat (Minggu Keempat)

Pada akhir minggu keempat, pelajar akan diberikan satu borang soal selidik untuk menilai keberkesanan program ini (Lampiran 6).

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Hasil Dapatan daripada Borang Soal Selidik

4.1.1 Pengenalan

Bahagian ini mengandungi hasil dapatan kajian yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi Bahagian A dan Bahagian B (Lampiran 5). Analisis yang dibuat adalah berdasarkan persoalan kajian bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Oleh kerana bahagian A dalam soal selidik pengkaji hanya melibatkan data maklumat peribadi responden, maka analisis dibuat dalam bentuk penerangan (deskriptif) secara terperinci iaitu dalam bentuk peratusan. Namun begitu untuk bahagian B, data dianalisis dengan menggunakan skor min.

Maklumat dan data yang telah dipungut daripada responden melibatkan pelajar PTE Kolej Komuniti Bentong. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 1, 2 dan 4 yang merangkumi 52 orang pelajar kesemuanya. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah yang meliputi nilai peratus, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian 1, 2 dan 3. Data mentah yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 for Windows.

4.1.2 Maklumat Diri Responden

(6)

Jadual 4.1: Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Dan Jantina

Bangsa Lelaki Perempuan

Bil. % Bil. %

Melayu 46 88.5 2 3.8

India 4 7.7 0 0

Jumlah 50 96.2 2 3.8

Jadual 4.1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan jantina dan bangsa. Seramai 46 responden (88.5%) adalah lelaki yang berbangsa Melayu manakala seramai dua orang adalah perempuan berbangsa Melayu ( 3.8%). Seramai empat orang responden (7.7%) adalah lelaki berbangsa India.

Jadual 4.2: Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 4.3: Bilangan Dan Peratusan Latar Belakang Sekolah Responden (Sebelum Memasuki Kolej Komuniti Bentong)

Latar belakang sekolah Bilangan

Responden Peratus (%)

Sekolah Menengah Kebangsaan 45 86.5

Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 5 9.6

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 2

3.8

Jumlah 52 100.0

Berdasarkan Jadual 4.3 bagi latar belakang sekolah responden sebelum memasuki Kolej Komuniti Bentong pula, seramai 45 orang (86.5%) adalah respoden dari Sekolah Menengah Kebangsaan, lima orang (9.6%) responden dari Sekolah Menengah Teknik dan selebihnya iaitu dua orang(3.8%) responden dari peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Bangsa Frekuensi Peratus

Melayu 48 92.3

India 4 7.7

(7)

Jadual 4.4: Bilangan Dan Peratusan Keputusan Matematik SPM Responden

Keputusan Matematik Frekuensi Peratusan

Lima 5 9.6

Berdasarkan Jadual 4.4 bagi keputusan matematik responden sebelum memasuki Kolej Komuniti Bentong pula, seramai lima orang mendapat gred 5, empat orang mendapat gred 6, 13 orang mendapat gred 7, 21 orang mendapat gred 8 dan diakhiri dengan sembilan orang mendapat gred 9.

4.1.3 Tahap Penguasaan Terhadap Hukum Ohm (sebelum menjalani program intervensi)

Analisis skor min ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar PTE semester 1, 2 dan 3 tidak dapat menguasai hukum Ohm. Terdapat 10 item telah digunakan oleh pengkaji mendapatkan data berkaitan faktor penyebab pelajar PTE semester 1, 2 dan 4 tidak dapat menguasai hukum Ohm. Item-item ini telah diambil dan disemak berdasarkan kajian literatur yang dijalankan serta pemeriksaan daripada mereka yang berkaitan dalam bidang Elektrik.

Jadual 4.6 : Skor Min Tahap Penguasaan Terhadap Hukum Ohm

No Item Skor Min Sisihan Piawai Tahap Minat

1 Saya mula mengenali Hukum Ohm sejak

di sekolah menengah. 2.87 1.4 Sederhana

2 Saya cuba mengingati Hukum Ohm

sejak di sekolah menengah. 2.56 1.3 Sederhana 3 Saya berusaha bersungguh-sungguh

mengingati Hukum Ohm sejak di sekolah menengah.

2.48 1.1 Sederhana

4 Program sekolah telah menggalakkan

saya mengingati Hukum Ohm. 2.40 1.2 Sederhana 5 Program sekolah telah memupuk minat

saya mempelajari Hukum Ohm. 2.37 1.1

Sederhana

6 Program sekolah secara langsung telah membantu saya mengingati Hukum Ohm.

(8)

7 Saya belajar Hukum Ohm

bersama-sama rakan di dalam kelas. 3.27 1.3 Sederhana 8 Saya sentiasa diuji untuk menyelesaikan

permasalahan berkaitan Hukum Ohm oleh pensyarah-pensyarah di dalam kelas.

3.67 1.1 Sederhana

9 Saya sentiasa diuji untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan Hukum Ohm oleh rakan-rakan di dalam kelas..

3.35 1.1 Sederhana

10 Saya dapat menyedari tentang

kepentingan penguasaan Hukum Ohm

dalam bidang kejuruteraan elektrik. 4.12 1.0 Tinggi

Min Keseluruhan 2.95 Sederhana

4.2 Hasil Dapatan daripada Aktiviti Keempat (Minggu Keempat)

Aktiviti terakhir yang dijalankan adalah responden dikehendaki menjawab soal selidik tentang keberkesanan program Ohmku Sayang. Analisis yang dibuat adalah berdasarkan persoalan kajian bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Maklumat dan data yang telah dipungut daripada responden melibatkan pelajar STE 1A seramai 15 orang. Hasil dapatan setelah pelajar menyertai program Ohmku Sayang didapati amat memberangsangkan iaitu skor min soal selidik keseluruhan adalah tinggi iaitu mencatat nilai skor min 4.41. Jadual 4.7 di bawah menunjukkan nilai skor min soal selidik yang dicatatkan setelah kajian dibuat terhadap 15 orang responden.

Jadual 4.7 : Skor Min Tahap Penguasaan Terhadap Hukum Ohm (selepas pelajar menjalani program intervensi)

1 Program Ohm Ku Sayang memudahkan saya

untuk membuat hitungan. 4.53 0.5 Tinggi

2 Program Ohm Ku Sayang menanam minat

saya dalam bidang elektrik. 4.27 0.7 Tinggi

3 Saya banyak pelajari penguasaan Hukum Ohm semasa permainan „Ohm Explorace‟ 4.73 0.5 Tinggi

4 Untuk mendapatkan nilai voltan, formula

yang digunakan ialah IxR. 4.67 0.5 Tinggi

5 Hukum Ohm boleh digunakan untuk mencari nilai voltan, arus,rintangan dan kuasa 4.27 0.7 Tinggi

6

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir dalam satu pengalir berkadar terus dengan voltan serta berkadar songsang dengan rintangan

(9)

Min Keseluruhan 4.41 Tinggi

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Cara untuk menarik minat pelajar dalam perhitungan Hukum Ohm melalui aktiviti program

Terdapat empat aktiviti yang harus pelajar lalui iaitu menjawab soalan latih tubi dalam masa 5 minit untuk aktiviti pertama, menjawab soalan latihan untuk aktiviti kedua, melalui permainan berbentuk explorace bagi aktiviti ketiga dan soal selidik selepas program intervensi bagi aktiviti keempat. Setiap aktiviti dijalankan selama seminggu dan keseluruhannya masa yang diperlukan untuk program ini adalah empat minggu. Keselesaan dan kepelbagaian dalam penyampaian juga dapat meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran khususnya modul elektrik.

Kenyataan ini disokong oleh Sanggin (1993) yang menyatakan faktor keselesaan turut mempengaruhi kefahaman dan penerimaan di dalam kelas bagi seseorang pelajar. Keselesaan merujuk kepada keadaan perihal selesa di mana seseorang dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan baik tanpa gangguan. Persepsi terhadap keselesaan merupakan suatu yang subjektif yang bergantung kepada pengalaman pendengaran, penglihatan, minat dan sikap. Keselesaan merupakan faktor yang amat penting bagi memenuhi keperluan manusia masa kini. Yahya (1996) juga bersependapat bahawa persekitaran akan menentukan suasana kehidupan seseorang. Oleh yang demikian sebagai manusia, kita bertanggungjawab untuk menentukan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan harmoni.

5.1.1 Keberkesanan program intervensi yang dijalankan dalam aktiviti Ohmku Sayang

Aktiviti yang dijalankan pada minggu pertama merupakan proses mengingat Hukum Ohm. Manakala aktiviti yang dijalankan pada minggu kedua adalah aplikasi penyelesaian masalah yang melibatkan Hukum Ohm seperti penyelesaian litar elektrik. Didapati, pencapaian pelajar pada dua minggu pertama ini adalah tidak konsisten berikutan persekitaran tempat belajar yang membosankan. Situasi ini berlaku disebabkan oleh kecenderungan pelajar lelaki yang agresif dan lebih gemar kepada proses PDP dijalankan di luar kelas. Bagi aktiviti pada minggu ketiga iaitu explorace pula, didapati ia dapat menarik minat pelajar sekaligus berjaya menjawab keseluruhan soalan yang diberikan. Ini mengukuhkan lagi bahawa apabila proses PDP dilaksanakan dalam pelbagai kaedah di luar kebiasaan, para pelajar lebih tertarik sekaligus menarik minat mereka terhadap pembelajaran.

(10)

khususnya modul elektrik. Faktor keselesaan turut mempengaruhi kefahaman dan penerimaan di dalam kelas bagi seseorang pelajar.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap responden dengan menggunakan teknik pemerhatian dan penilaian serta soal selidik mendapati para pelajar PTE sebenarnya sukar mengingati rumus, tidak dapat mengaplikasi rumus kepada soalan, tidak menguasai konsep, tidak dapat menjawab soalan aplikasi, penyelesaian matematik yang lemah, kurang interaksi dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah antara faktor utama pelajar program PTE lemah dalam menguasai topik Hukum Ohm.

Pengkaji menyimpulkan bahawa pandangan pelajar terhadap fasilitator ketika kajian ini dilaksanakan adalah positif. Dengan erti kata lain, pandangan pelajar terhadap sesuatu perkara perlu diambil kira bagi memastikan objektif pelaksanaannya dapat dicapai. Selain itu, kefahaman pelajar boleh dipertingkat dan dicapai asalkan terdapat kaedah yang mudah dan logik pada tahap pemikiran pelajar itu sendiri. Walaupun sesuatu kaedah itu kelihatan remeh temeh dan mudah, tetapi impaknya adalah besar terhadap sudut kefahaman pelajar. Tahap kecerdasan pelajar juga harus diambil kira agar aras pengenalan sesuatu kaedah dapat diadaptasi oleh pelajar secara berperingkat-peringkat.

Walaupun terdapat beberapa cabaran dalam menjalankan kajian ini seperti pengkaji terpaksa berhadapan dengan beberapa pelajar yang tidak memberikan komitmen sepenuhnya ketika melaksanakan program, aktiviti explorace dijalankan di luar waktu kelas kerana aktiviti ini mengambil masa yang lama dan ruang lingkup yang besar dan tahap kepintaran pelajar yang berbeza-beza menimbulkan situasi dimana pelajar yang lebih pintar mendominasi aktiviti yang dilaksanakan, kajian kali ini membuktikan tahap kefahaman pelajar terhadap Hukum Ohm telah berjaya dipertingkatkan melalui program Ohmku Sayang walaupun keputusan pencapaian masih belum mencapai tahap 100 % „berjaya‟ menjawab dengan betul.

(11)

7.0 CADANGAN

Kajian ini adalah satu pengenalan teknik yang padat, tepat dan interaktif dan bebas berkomunikasi demi mencapai maksud kejayaan cemerlang. Oleh itu mengaplikasikan pelbagai sumber yang ada disekeliling kita mengikut kesesuaian adalah merupakan kata kunci untuk memberi kefahaman kepada pelajar sama ada dalam matapelajaran teknikal, sains atau lain-lain matapelajaran yang difikirkan boleh untuk dilaksanakan pada kadar paling optimum.

Oleh kerana fokus utama dalam pendidikan adalah memastikan kefahaman pelajar terhadap sesuatu perkara, maka program Ohmku Sayang yang mempunyai seribu cara lain lagi untuk dilaksanakan haruslah diteruskan sebagai salah satu kaedah pengajaran bagi topik Hukum Ohm. Bagi meningkatkan keberkesanan program ini maka pemurnian keatas bahagian-bahagian yang dikenalpasti perlu dilakukan bagi memastikan hasil yang maksima. Berikut cadangan penambahbaikan dalam kajian ini:

i. Pendedahan soalan berbentuk aplikasi kepada pelajar. ii. Latihan pengiraan dilaksanakan pada setiap akhir sesi PDP.

iii. Pelajar hendaklah lulus matapelajaran Matematik di peringkat SPM sebelum diterima masuk ke Kolej Komuniti bagi PTE.

iv. Kepelbagaian kaedah dalam PDP didapati memainkan peranan penting terhadap kefahaman dan pencapaian pelajar di kelas.

(12)

Lampiran 1

Jadual Waktu Program Ohmku Sayang

Masa

Hari 8.15 – 8.20

10.30 –

10.35 1.30 – 2.30

12.30 –

12.35 2.30 – 2.35

Isnin Melakar segitiga voltan R Menerbitkan Hukum Ohm daripada segitiga voltan

Selasa Melakar segitiga kuasa menurut Hukum Ohm

E Menerbitkan Hukum Ohm

daripada segitiga kuasa

Rabu Melakar segitiga voltan H Menerbitkan Hukum Ohm daripada segitiga voltan

Khamis Melakar segitiga kuasa menurut Hukum Ohm

A Menerbitkan Hukum Ohm

daripada segitiga kuasa

Jumaat Menerbitkan Hukum Ohm daripada segitiga voltan

T Menerbitkan Hukum Ohm

(13)

Lampiran 2

Latihan Hukum Ohm

1.

2. Lengkapkan formula berikut

a) V =

b) I =

c) R =

3.

4. Lengkapkan formula berikut

a) P =

b) I =

c) V =

Segitiga Voltan

(14)

Lampiran 3

Aktiviti 2

1. Diberi I = 2A dan R = 10Ω. Dapatkan nilai V 2. Diberi V = 3V dan R = 10Ω. Dapatkan nilai I.

3. Berdasarkan penerimaan P = IV, dapatkan nilai V jika P = 50W dan I = 6A.

4.

5. 10 V

5 Ω I = ?

10 V R = ?

(15)

Lampiran 4

Aktiviti 3 – Ohm Explorace

Soalan-soalan bagi setiap petunjuk

Tahap 1

1. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Ohm.

2. Apakah kriteria yang terkandung dalam Hukum Ohm.

3. *Jika pelajar berjaya menjawab dengan tepat, pelajar akan mendapat

petunjuk ke tahap seterusnya dan menjawap soalan seterusnya.

Tahap 2

1. Kirakan jumlah kad yang mengandungi Hukum Ohm.

Tahap 3

1. Kirakan nilai I.

2. Diberi 3 perintang, R1 = 2 Ω, R2 = 3 Ω dan R3 = 5 Ω. Arus bekalan yang melaluinya ialah 5 A. Berapakah nilai voltan bekalan V pada litar tersebut? 10 V

5 Ω I = ?

(16)

Lampiran 5

BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik mengenai respon pelajar Program Teknologi Elektrik berkaitan Hukum Ohm. Tujuan soal selidik adalah untuk meninjau bagaimana pelajar menguasai Hukum Ohm.

Bahagian A: Faktor Demografi

1. Jantina

a. Lelaki

b. Perempuan

2. Keturunan

a. Melayu

b. India

c. Cina

d. Lain – lain...Nyatakan

3. Latar belakang sekolah

a. Sekolah Menengah Kebangsaan

b. Sekolah Menengah Teknik/Vokasional

c. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

4. Keputusan SPM Matematik _______

Bahagian B

Skala:

1 – Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju

3 – Tidak Pasti 4 – Setuju 5 – Sangat Setuju

BIL SOALAN 1 2 3 4 5

1. Saya mula mengenali Hukum Ohm sejak di sekolah menengah.

(17)

3. Saya berusaha bersungguh-sungguh mengingati Hukum Ohm sejak di sekolah menengah.

4. Program sekolah telah menggalakkan saya mengingati Hukum Ohm.

5. Program sekolah telah memupuk minat saya mempelajari Hukum Ohm.

6. Program sekolah secara langsung telah membantu saya mengingati Hukum Ohm. 7. Saya belajar Hukum Ohm bersama-sama

rakan di dalam kelas.

8. Saya sentiasa diuji untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan Hukum Ohm oleh pensyarah-pensyarah di dalam kelas. 9. Saya sentiasa diuji untuk menyelesaikan

permasalahan berkaitan Hukum Ohm oleh rakan-rakan di dalam kelas.

10. Saya dapat menyedari tentang kepentingan penguasaan Hukum Ohm dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Bahagian C:

BIL SOALAN 1 2 3 4 5

1. Program Ohmku Sayang memudahkan saya untuk membuat hitungan

2. Program Ohmku Sayang menanam minat saya dalam bidang elektrik

3. Saya banyak pelajari penguasaan Hukum Ohm

semasa permainan “Ohm Explorace”

4. Untuk mendapatkan nilai voltan, formula yang digunakan ialah IxR

5. Hukum Ohm boleh digunakan untuk mencari nilai voltan, arus, rintangan dan kuasa

6.

Hukum ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir dalam satu pengalir berkadar terus dengan voltan serta berkadar songsang dengan rintangan

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN JAWAPAN YANG

JUJUR..

(18)

Lampiran 6 CARTA GANTT

Bil Perkara Ogos September Oktober November Disember

(19)

Rujukan

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz (1999). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norshila Bt Abu Bakar (1999). Sejauh manakah Bilik Kuliah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal semester 5 ITTHO. KUiTTHO : Tesis Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Rahil Mayuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1999). Siri Pendidikan Longman : Pedagogi 2. Longman Malaysia Sdn. Bhd, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Sanggin S. E. (1993). Perceive Continuing Professional Education Process Need of Country Extension Agents in North Carolina.

Referensi

Dokumen terkait

Ini merupakan keseluruhan yang ada pada pemikiran manusia itu sendiri atu pemikiran seseorang yang disebut dengan stok pengetahuan (stock of knowledge) yang

Menurut konstruktivisme radikal, konsepsi ogif dan perkaitan antara konsepsi ogif membabitkan struktur mental yang tidak boleh dipindahkan dalam bentuk yang sempurna dari pemikiran

Yang menarik adalah pengeluaran pangan untuk beras yang merupakan makanan pokok hanya 2,13% saja, karena padi atau beras bagi masyarakat Ciptagelar bukan sekadar

aplikasi mudah alih yang terdapat pada teknologi skrin sentuh meningkatkan lagi perhatian dan kefahaman individu sindrom down bagi memahami dan mempelajari sesuatu

Berdasarkan fakta tentang potensi komoditas ikan, maka sebagian penduduk Kelurahan Krobokan menekuni industri kecil bandeng.Tujuan penelitian ini adalah menganalisis bagaimana

PLAGIAT PLAGIATMERUPAKAN MERUPAKANTINDAKAN TINDAKANTIDAK TIDAKTERPUJI TERPUJI... PLAGIAT PLAGIATMERUPAKAN MERUPAKANTINDAKAN TINDAKANTIDAK

Busana keprajuritan ini merupakan busana keprajuritan yang didipakai oleh raja ketika upacara kirab atau upacara mengelilingi kerajaan keraton. Adapun perangkat busana yang

Pada penelitian ini Factor Analysis untuk memperinci dan memperkuat hasil analisis PCA[11] dengan memberikan rekomendasi nilai Kansei Word / Faktor emosi tertinggi [12], sehingga