• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persoalan babi antara yang hangat pernah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persoalan babi antara yang hangat pernah"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Persoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan ulama dalam mazhab-mazhab Islam sekitar penggunaan barangan yang diperbuat daripada babi.

Pertama: Imam Malik berpendapat daging babi haram dimakan tetapi badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya samalah dengan beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya seperti harimau, gajah dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-Quran hanya menjelaskan babi haram dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis. Imam Nawawi daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil jelas menunjukkan babi itu najis.

Perkataan najis (kotor/najis/jijik) dalam surah al-Anam: ayat 145 yang merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan jelas najis itu bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan lagi, kerana najis boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti najis kafir

musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis (al-Taubah: ayat 28).

Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir musyrik itu sebagai najis `aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi atau najis i'tiqad (kepercayaan) sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh dianggap sebagai hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan.

Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci, tidak timbul lagi hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing, malah jarak antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh.

Dalam beberapa hal pula, saya berpendapat mazhab Malik ini memberi nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat pekerjaannya terpaksa bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor haiwan dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor haiwan.

Kedua: Ulama memutuskan, apa jua haiwan yang mati tanpa sembelih, hukumnya najis kerana ia bangkai, tetapi semua bangkai kulitnya boleh disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan babi menurut

kebanyakan ulama termasuk Syafie.

Bagaimanapun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat, kulit-kulit anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak, kerana hadis riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci apabila disamak (Muslim, bilangan 366).

Hadis ini menurutnya umum kepada semua kulit termasuk anjing dan babi. Merujuk kepada pendapat dua imam di atas, nyata segala barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi yang disamak boleh

dipakai.

(2)

Jawabnya, suci jika haiwan itu suci dan najis jika haiwan itu najis. Ini bermakna, bulu babi yang dipotong daripada babi yang masih hidup adalah suci di sisi Imam Malik.

Ini bermakna, penyapu yang diperbuat daripada bulu babi yang dipotong ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai. Sesetengah ulama pula berpendapat, bulu yang dipotong daripada haiwan yang masih hidup juga najis kerana dikira bangkai juga. Sehubungan ini sebuah hadis

riwayat al-Hakim yang bermaksud: Juzuk yang dipotong daripada haiwan yang hidup dianggap bangkai (Tirmiz, bilangan 1480).

Ketiga: Merujuk kepada hukum babi yang diambil sebagai ubat-ubatan. Ulama sepakat memutuskan bangkai semua haiwan adalah najis kalaupun menurut Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri kulit bangkai termasuk bangkai babi boleh disucikan dengan samak, tetapi juzuk-juzuk babi yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak.

Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat mengharamkan ubat-ubatan yang dimasukkan bahan babi padanya, kerana benda-benda najis tidak boleh dijadikan ubat, kecuali dalam keadaan darurat yang memaksakan.

Syed Atiyyah Saqr pula lebih cenderung kepada pendapat mengharuskan kegunaan ubat-ubatan itu, jika ia merupakan suntikan dalam badan dan ternyata keberkesanannya kepada pesakit. Kita ikuti pendapat beliau, katanya: Jika ubat-ubatan itu berupa suntikan dalam badan, maka

diharuskan, kerana dalam badan memang berkumpul najis-najis kencing dan tahi, ini tidak pernah ditimbulkan bagi maksud kesahihan solat dan ibadat. Lain halnya jika diguna pada bahagian luaran, tentunya najis itu menghalang kesahihan solat.

Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh pengharaman babi dalam beberapa ayat al-Quran hanya untuk dimakan. Suntikan ubat ke dalam badan tidak dikatakan makan, lagipun penggunaan barangan yang diperbuat daripada kulit babi, tidak disepakati ulama pada

pengharamannya.

Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh dimasukkan dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan ibadat solat dan sebagainya.

Najis ini jika dibiar berkekalan dalam badan menjadikan seseorang itu terhalang daripada solat selama-lamanya.

Alasan ini telah dijawab oleh Syeikh Atiyyah Saqr seperti yang disebut sebelum ini, iaitu najis yang menghalang solat hanya najis di luar badan. Adapun najis dalam badan tidak menghalang seseorang daripada solat dan ibadat, ini kerana dalam perut manusia dipenuhi najis darah, tahi dan kencing, sedang dia pada ketika itu bersolat, bertawaf dan beribadat. Tiada siapa pun mempertikaikan kesahihan ibadatnya.

(3)

negara-negara bukan Islam, jika asalnya diperbuat daripada haiwan yang tidak disembelih atau babi, maka hukumnya najis dan tidak halal dimakan. Namun difahamkan bukan semua gelatin itu najis dan diperbuat daripada babi.

Kalau begitu halnya, perlulah dipastikan terlebih dahulu, sama ada ia benar diperbuat daripada babi atau haiwan yang disembelih dan haiwan yang harus dimakan.

Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah dilihat pada pertukaran rupa dan benda, seperti arak yang kemudiannya bertukar rupanya menjadi cuka.

Menurut mazhab Syafie pertukaran rupa tidak mengubahkan hukum najis sesuatu benda, kecuali arak yang berubah menjadi cuka. Cuka ini bersih, sekalipun asalnya arak yang najis.

Imam Malik berpendapat, benda-benda najis yang bertukar kepada suatu rupa yang lain adalah suci, seperti najis babi yang dibakar kemudian bertukar menjadi debu hukumnya suci, sekalipun pertukaran itu dengan sendiri atau setelah diusahakan. Atas dasar ini, ramai berpendapat, gelatin itu suci dan boleh digunakan, sekalipun ditakdirkan asalnya babi atau bangkai yang tidak disembelih, kerana najis itu telah bertukar rupanya kepada rupa yang lain. Kedudukannya samalah dengan tulang bangkai yang dibakar menjadi debu. Tulang bangkai adalah bangkai, tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi membawa hukum asalnya. Saya lebih cenderung kepada pendapat ini, kerana hukum halal haram ditentukan mengikut namanya. Apabila tiada nama, maka tiada lagi hukum asalnya, tahi adalah tahi dan hukumnya adalah najis, tetapi apabila tahi menjadi tanah, maka hukumnya adalah tanah.

Dalam apa hal sekalipun, setiap makanan yang sampai kepada kita perlu diselidik halal haramnya terlebih dahulu, jika diragui kebersihannya, maka wajib ditinggalkan sahaja. Itulah pilihan yang terbaik.

Baginda bersabda: Sesiapa memelihara dirinya daripada perkara yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan

Referensi

Dokumen terkait

Rumusan masalah dalam penelitian ini adalah: “Apakah penggunaan modul terintegrasi pada pembelajaran optik lebih dapat meningkatkan penguasaan konsep dan

Golongan I : adalah psikotropika dengan daya adiktif yang sangat kuat untuk menyebabkan ketergantungan, belum diketahui manfaatnya untuk pengobatan, dan sedang

Menurut Othman dkk (2014), apabila keahlian komite audit tidak mempengaruhi pengungkapan etika pada suatu perushaaan, maka hal tersebut dapat mengindikasikan bahwa

Atau, andaikan Anda sedang mengejar seorang kekasih. Lalu, dengan tidak bijaksana Anda membuat perbandingan antara diri Anda dengan orang lain yang sebenarnya tidak pernah ada.

Dari beberapa karya di atas, menunjukkan bahwasanya belum ada yang membahas penelitian tersebut dengan keterkaitan moralitas intelektual dalam Islam: Konsep ulu

na dari bentuk penampang kapak tersebut menunjukkan penga yang tidak langsung dari Cina, maka kapak itu mungkin berasal masa yang lebih muda dari pertanggalan

Mengingat pentingnya keterampilan khususnya keterampilan menghitung volume kubus dan balok dalam pembelajaran matematika sebagai bekal kepada peserta didik agar setelah

Dari seratus dua puluh responden yang diteliti, maka telah diperoleh hasil untuk harapan pramuniaga membantu kesulitan pelanggan dalam mencari barang mempunyai bobot 485 sedangkan