• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor faktor yang menentukan kejayaan s

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Faktor faktor yang menentukan kejayaan s"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.

Peribahasa ‘berusaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. Seseorang pelajar yang ingin berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan impiannya.

Terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang pelajar. Antaranya ialah sifat bertanggungjawab, disiplin diri, kebijaksanaan pelajar membahagikan masa, dorongan serta galakan keluarga, ketenangan emosi dan kekuatan minda seseorang pelajar.

Sifat bertanggungjawab dalam diri seseorang pelajar merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Sifat bertanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu sebagai anak dan pelajar. Sebagai seorang anak, seorang remaja perlu menghormati orang tuanya serta tahu menjaga diri di mana sahaja dia berada sepanjang waktu. Sebagai anak yang bertanggungjawab, dia pastinya akan sentiasa mahu membahagiakan orang tuanya dan memastikan dia tidak akan menconteng arang ke muka keluarganya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab juga, seorang remaja tahu mengambil hati orang tuanya seperti dengan membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa disuruh terutama sekali jika ibu bapa keluar bekerja-kerja. Pastinya apabila keadaan rumah bersih dan teratur, ibu bapa yang penat sehari suntuk bekerja mencari nafkah akan berasa tenang dan senang apabila mereka pulang dari tempat kerja. Kedamaian yang wujud dalam sesebuah keluarga akan

membuat pelajar berasa tenang dan gembira di rumah kerana ‘rumahku, syurgaku.’

Karangan Jenis Ekspositori:

(2)

Seorang pelajar yang bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh perhatiannya kepada pengajaran guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham. Dia juga akan mengulangkaji pelajaran secara konsisten. Oleh sebab itu, pelajar yang berjaya sudah bersedia menghadapi peperiksaan dan tidak akan kelam-kabut atau bersengkang-mata demi menyiapkan dirinya untuk menduduki peperiksaan. Seorang pelajar yang bertanggungjawab juga dapat menilai antara sesuatu yang baik dan salah. Dengan demikian, pelajar tersebut dapat menolak pelawaaan teman-temannya sekiranya mereka mengajaknya melakukan sesuatu yang kurang berfaedah.

Selain sifat bertanggungjawab, seorang pelajar yang berjaya perlu ada disiplin diri. Disiplin diri seseorang itu dapat memastikan pelajar tersebut dapat mengatur dan mengimbangi masanya dengan baik antara pelajaran, kegiatan luar darjah dan beriadah bersama kawan atau keluarga. Dengan disiplin diri, seseorang pelajar itu berupaya mengelakkan dirinya daripada melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah. Aktiviti yang tidak bermanfaat adalah seperti bersembang di pusat-pusat membeli-belah atau taman, merokok dan berfoya-foya di kelab-kelab.

Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.

Pelajar yang berjaya juga tahu menjaga kesihatan mereka dengan

menjaga pemakanan serta beriadah atau bersenam dengan kawan-kawan atau

(3)

ahli keluarga bagi menenangkan fikiran mereka. Ini kerana ‘otak yang sihat terletak pada badan yang sihat’.

Kejayaan yang dikecapi seseorang pelajar itu pastinya hanya dapat diraih sekiranya pelajar tersebut berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’

************************************************************************* hasil tulisan: Cikgu Rashidah Abdullah

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan karunia yang diberikan sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul

Kesiapan Masyarakat Terhadap Pembangunan Jalan Tol Cileunyi – Sumedang – Dawuan di Kecamatan Tanjungsari Kabupaten Sumedang1. Universitas Pendidikan Indonesia |

Responden penelitian ini adalah warga Perumahan Blok 2 Baloi, Batam hasil penelitian menunjukkan bahwa ada pengaruh positif dan signifikan variabel trustmarks

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang

Berdasarkan hasil analisis ekonomi perencanaan produksi biji sintetis Anggrek Macan (Grammatophyllum scriptum) untuk lingkungan yang berkelanjutan, maka dapat

Besarnya kontribusi variabel independen (literasi keuangan) terhadap variabel dependen (minat menabung) dapat dilihat dari hasil koefisien determinan yaitu sebesar

Saat terjadi kerusakan dalam satu atau lebih fungsi kognitif (misal bahasa, ingatan dan perencanaan pribadi) dan kerusakan tersebut cukup parah sehingga mengganggu fungsi

Khomariah dkk dalam penelitiannya yang Berjudul Hubungan Pengetahuan, Motivasi, Dan Supervisi Dengan Kinerja Pencegahan Infeksi Nosokomial Di RSUD Haji Makassar Tahun