• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOSIOLOGI PELANCONGAN. Soalan Tutorial 8

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SOSIOLOGI PELANCONGAN. Soalan Tutorial 8"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

__________________________________________________________________ SOSIOLOGI PELANCONGAN AA 20203

Soalan Tutorial 8 : Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai jenis pelancongan yang mapan? Sejauhmanakah penglibatan komuniti merupakan komponen dan pra-syarat utama untuk mencapai pembangunan eko-pelancongan yang mapan? Bincangkan.

Nama Pensyarah: Prof. Madya Dr. Rosazman Bin Hussin Nama Tutor: Cik. Haslina Zakaria

Hari/Masa: 1-2 PM (Selasa)

Nama Pelajar Nombor Matrik

(2)

PENGENALAN

Konsep eko-pelancongan.

Menurut Ceballos-Lascurain (1996), ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk menikmati dan menyedari akan sifat-sifat semula jadi termasuk sifat-sifat kebudayaan, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, meninggalkan kesan negatif yang rendah serta melibatkan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosioekonomi yang positif (Scheyvenes, 1999; Ros & Wall, 1999a; Weaver, 2001).

Konsep pembangunan mapan.

Konsep pembangunan mapan ini berasal daripada Strategi Pemuliharaan Dunia (World Conservation Strategy) yang diterbitkan oleh Unit Pemuliharaan Dunia (World Conservation Unit) pada tahun 1980 (Reid, 1995).

Ia merujuk kepada pembangunan ekonomi yang menggunakan sumber alam dan mesti mengekalkan keperluan masa sekarang di samping keperluan generasi akan datang (Holden, 2000).

Pelancongan mapan sumber-seumber pelancongan semula jadi, kebudayaan dan lain-lain dipulihara untuk penggunaan berterusan pada masa akan datang dan pada masa yang sama memberikan impak positif kepada masyarakat hari ini.

Mengapakah eko-pelancongan itu didakwa sebagai pelancongan mapan? 1. Melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian hidupan. Eko-pelancongan bukannya pelancongan semula jadi yang bertujuan untuk memberikan keseronokan kepada pelancong dalam menikmati alam semula jadi ataupun hidupan liar tetapi ianya melibatkan kesan atau impak pelancongan yang minimum kepada kepelbagaian hidupan dimana pelancong haruslah menghormati dan membantu mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan pelancongan tersebut seperti sediakala.

2. Mengekalkan budaya masyarakat.

Melalui eko-pelancongan, budaya tradisi sesebuah masyarakat tempatan akan dapat dijaga dan dapat diwarisi melalui persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh penduduk tempatan kepada pelancong.

(3)

Aktiviti eko-pelancongan yang mengekalkan keadaan asal alam sekitar sekaligus membantu dalam mengekalkan suasana yang nyaman destinasi pelancongan tersebut. Contohnya, udara yang segar, nyaman dan selesa.

4. Menitikberatkan penglibatan komuniti.

Eko-pelancongan sememangnya melibatkan komuniti. Tanpa komuniti, aktiviti eko-pelancongan tidak akan berjalan lancar.

Tosun memberi definisi penglibatan komuniti sebagai “satu bentuk tindakan sukarela yang melaluinya individu mengambil peluang dan memikul tanggungjawab kemasyarakatan” (Tosun 2000:614).

Penglibatan komuniti ini penting dalam menjayakan konsep eko-pelancongan sebagai pelancongan yang mapan. Melalui komuniti ini, alam sekitar ini akan dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik dan jayanya.

SEJAUH MANAKAH PENGLIBATAN KOMUNITI SEBAGAI KOMPONEN DAN PRA-SYARAT UTAMA UNTUK MENCAPAI EKO-PELANCONGAN YANG MAPAN?

 Pada suatu ketika, kegiatan industri pelancongan dianggap sebagai pencetus kepada kemusnahan alam sekitar (Mathiesen & Wall, 1991).

 Harus juga difikirkan dan mengenalpasti bagaimana komuniti tempatan sepatutnya melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan dan samada ‘penglibatan’ yang menjurus kepada komuniti mempunyai kawalan ke atas sumber-sumber dan keadaan mereka pada masa akan datang. Tahap kawalan yang dimiliki sesebuah komuniti dalam projek pembangunan adalah merupakan elemen yang penting dalam kelestarian (Mowforth dan Munt 1998).

1) Sistem Tagal

 Kaedah memulihara biosfera secara tradisional di Sabah, khususnya bagi hidupan akuatik di sungai.

 Amalan tradisi komuniti tempatan, telah wujud sejak zaman nenek moyang.  Larangan menangkap ikan pada jangka masa tertentu yang telah dipersetujui

oleh penduduk kampung. Namun penuaian ikan masih dilakukan dengan cara yang mapan.

(4)

 Demi mengawal kualiti persekitaran dalam ekopelancongan berasaskan sistem tagal, peraturan dan penguatkuasaan sering ditekankan dan diemplimentasikan dengan cara: budaya kampung tersebut malahan sepanjang percutian mereka, pelancong juga akan melawat keindahan landskap di kawasan tersebut dan semestinya akan mendapat suatu pengalaman baru apabila bercampur gaul dengan masyarakat di kawasan tersebut.

 Walaupun terdapat pertolongan dari pihak luar, namun idea tentang projek tersebut tercetus daripada komuniti itu sendiri dan keseluruhan aktiviti pelancongan adalah di bawah kawalan komuniti itu sendiri (Kayat, 2006).

 Program homestay ialah pelancongan berasaskan komuniti yang menawarkan kepada pelancong pengalaman alam semula jadi dan gaya hidup desa baiknya dapat memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia.

2. Kemudahan disewakan kepada pelancong adalah terhad kepada 3 buah bilik dengan ruang keluasan yang sesuai.

· Menyediakan bilik mandi, tandas, ruang makan dan ruang tamu dan kemudahan asas lain yang sesuai.

(5)

bayaran.

· Penyelenggaraan rapi ke atas semua kemudahan asas 3. Kebersihan · Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan

bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.

· Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik hendaklah diadakan bagi mengelakkan bau busuk

4 Keselamatan · Pelancong berkumpulan dan diuruskan oleh syarikat pelancongan: perlindungan insurans hendaklah diuruskan oleh syarikat pelancongan tersebut.

· Bagi pelancong perseorangan, : dapatkan insurans daripada mana-mana syarikat insurans yang berdaftar.

· langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah diambil kira oleh tuan punya rumah. Rajah ii : Garis panduan penyertaan program homestay di Malaysia

Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia

Jenis aktiviti yang ditawarkan dalam Program Homestay (i) Budaya dan Gaya Hidup

· Sejarah

· Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional

· Permainan dan sukan tradisional

· Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian

(ii) Aktiviti Ekonomi

· Menoreh getah

· Penternakan ikan

· Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan

(iii) Rekreasi

· Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)

· Merentas hutan (Jungle tracking)

· Arung jeram (White Water Rafting)

(6)

(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar

· Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.

3) Rafflesia Garden (Sustainable Garden)

“We visited Vivian’s Rafflesia Garden, which not only featured a blooming rafflesia and several buds, but also a plethora of tropical fruit trees. We were led around the garden by various members of the family, each of whom had the kind of intimate knowledge about the plants that only someone who grew up in the area could develop. What’s more, it was clear that our money was directly helping the lives of a people with a deep connection to the land.” (Jack Smith, 2015).

 Menurut Dr. Jamili Nais (2004), Rafflesia tumbuh secara liar dan terdapat yang tumbuh di luar kawasan pemuliharaan , seperti di tanah milik persendirian yang seterusnya dibangunkan dan diusahakan menjadi lokasi tarikan para pelancong.  Salah satu bentuk ekopelancongan yang mempunyai cabaran yang besar tetapi

mendapat sambutan yang baik daripada pelancong.

(7)

Lampiran.

Gambar (i) Kebun Rafflesia.

Rujukan.

Ceballos-Lascurain H (1996) Tourism, ecotourism and protected areas. Gland, IUCN, Switzerland.

Foo, Jurry. 2013. Sistem Tagal dalam Industri Pelancongan: Manfaat Kepada Komuniti. Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah.

Holden A (2000) Environment and tourism. Routledge. New York.

Jamili Nais, 2004. Rafflesia Bunga Terbesar di Dunia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. (m/s 3-4,17-18, & 102-103)

Smith,Jack. 5 Sept 2015. Indigenous Ecotourism & The Giant Rafflesia. http://www.textbooktravel.com/indigenous-ecotourism-rafflesia/ ( diakses pada 14 April 2016, 21.57)

Mathiesen A, Wall G (1991) Terj. Tourism: Economic, physical and social impacts. 1st ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Mahathir Suhaimi B. Shamsuri. 2013. Strategi Pembangunan Program Homestay Kampung Kangkar Merlimau, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Reid D (1995) Sustainable development: An introductory guide. Earthscan, London.

(8)

Gambar

Gambar (i) Kebun Rafflesia.

Referensi

Dokumen terkait