Dasar Pemerkasaan
Pembangunan Ekonomi Wanita
P
EMBANGUNAN merupakan sebahagiandaripada proses perubahan sosial yang menyeluruh. Pembangunan yang berjaya serta seimbang hanya berlaku jika dilaksanakan secara bersepadu antara pembangunan jiwa, mental dengan pembangunan fizikal. Bagi memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan wanita tidak boleh diketepikan.
Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan, seperti ekonomi, sosial dan politik, di kebanyakkan negara di dunia begitu dominan sekali. Lakaran nama seperti Margaret Thatcher, Indira Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino dan Sirimavo Bandaranaike pada suatu ketika dahulu sudah sinonim sebagai pemimpin dunia. Begitu juga senario kepimpinan wanita yang menular secara tuntas dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Golongan wanita diberi peluang
untuk memegang beberapa portfolio penting dalam kabinet, seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, Tan Sri Sharizat Abdul Jalil; mahupun bidang ekonomi, seperti Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Aziz, yang pernah dinobatkan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2016.
Apabila tenaga lelaki tidak mencukupi, barulah golongan wanita dipanggil untuk mengisinya; dan apabila tenaga kerja didapati berlebihan, maka mereka disuruh untuk pulang.
Layanan seperti ini yang mendorong mereka bertindak membela nasib. Keinginan dan perasaan wanita yang mahukan pembebasan daripada diskriminasi dicetuskan oleh desakan sosial dan ekonomi. Di kebanyakkan negara di Eropah pada ketika itu telah menunjukkan semakin banyak wanita yang memasuki kumpulan yang bekerja, tetapi wanita yang berjaya meningkatkan taraf penting dalam kerajaan masih sedikit.
Sebagai contohnya, di negara Britain, didapati bahawa wanita masih diberikan kerja yang lebih teruk berbanding dengan golongan lelaki. Kadar pendapatan mereka pada ketika itu hanya 55 peratus daripada pendapatan golongan lelaki. Setelah setengah abad kemudian, jumlah wa n i t a d a l a m b i d a n g p ro fe s i o n a l m e n i n g ka t daripada enam peratus kepada lapan peratus sahaja. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya Britain telah memecahkan tradisinya apabila Margaret Thatcher terpilih menjadi pemimpin Parti Konservatif pada tahun 1975 hingga tahun 1990, serta menjadi Perdana Menteri di negara itu dari tahun 1979 hingga tahun 1990.
Jika dilihat pada kemajuan wanita dalam perjuangan menuntut hak yang sama, hal ini tidak begitu berkesan kepada wanita di Asia secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran wanita Asia kian bertambah. Di Filipina misalnya, wanita di negara itu jauh lebih maju daripada wanita di negara membangun yang lainnya. Sejak tahun 1936, kaum wanita sudah mendapat hak mengundi.
Dalam bidang pendidikan, golongan wanita lebih banyak berbanding dengan golongan lelaki. Namun begitu, diskriminasi dalam bidang pekerjaan masih “kuat”, iaitu masih terdapat syarat yang berbunyi “lelaki sahaja”, walaupun dari segi kelayakan, banyak wanita yang boleh memohonnya.
Pada ketika itu, perjuangan wanita untuk membela nasib golongan mereka dan memainkan peranan dalam pembangunan negara masing-masing telah menampakkan kesan yang nyata, meskipun masih belum begitu berjaya.
Keadilan yang dicari oleh golongan wanita kerana mereka masih dipandang lebih rendah daripada golongan lelaki, golongan wanita tidak mendapat hak yang sepatutnya dalam segala bidang, selain tidak mendapat upah yang sama bagi pekerjaan yang sama dengan golongan lelaki. Hal ini menjadi antara faktor yang membantutkan perkembangan pembangunan ekonomi di sesebuah negara itu.
Di Malaysia, wanita terdiri daripada hampir separuh penduduknya. Sumbangan wanita sama ada sebagai isteri, ibu, mahupun pekerja yang mempunyai gaji, dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi akan datang, malah merupakan sumber ekonomi yang penting.
Secara rasionalnya, menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan Malaysia mengakui bahawa strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan, supaya potensi wanita dapat dioptimumkan.
Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Hal ini memerlukan satu dasar bagi memberikan panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan sumbangan mereka diintegrasikan dalam proses pembangunan negara.
sektor pembangunan negara. Hal ini selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.
Kesinambungan daripada DWN yang digubal, kini dasar ini mengambil kira isu, peluang, cabaran, dan persekitaran masa sekarang dan akan datang. Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara, dasar ini mendukung cita-cita untuk mencapai ketaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang serta lestari.
Dasar ini berhasrat untuk merealisasikan aspirasi kerajaan bagi membangunkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan, mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni.
Sekiranya melihat dari perspektif ekonomi dalam saranan negara berpendapatan tinggi, usaha pemerkasaan golongan wanita menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar ekonomi sejak tujuh tahun lalu. Pelbagai dasar dirangka untuk mencapai tujuan ini, tetapi jawapan yang tepat masih belum ditemukan, terutama yang melibatkan pembangunan ekonomi wanita. Hal ini perlu dilihat dari segi pelibatan wanita dalam pendidikan tinggi, kadar pekerjaan, politik dan sosioekonomi.
Sejak dahulu, masyarakat secara umumnya sering merendahkan pencapaian wanita. Hal ini termasuklah pencapaian yang mengagumkan wanita dalam pendidikan tinggi, iaitu sebuah arena yakni wanita telah memecahkan batasan yang sebelum ini hanya menjadi hak eksklusif lelaki.
Sejak beberapa dekad yang lalu, wujud perubahan besar dalam keseimbangan gender, iaitu wanita mula mengatasi lelaki dalam jumlah kemasukan ke universiti. Aliran global ini bukan sahaja berlaku di negara maju , seperti Amerika dan Eropah, malah wujud di negara Asia seperti Brunei, China, Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pada tahun 2015, hampir 55 peratus pengambilan pelajar ke pusat pengajian tinggi didominasi oleh
wanita dengan jumlah sebanyak 280 296 pelajar berbanding dengan lelaki yang hanya berjumlah sebanyak 230 858 orang pelajar. Wanita juga mendominasi pengambilan di universiti awam dengan jumlah 106 277 orang pelajar, iaitu sebanyak 63 peratus daripada jumlah kemasukan berbanding dengan pelajar lelaki yang berjumlah 61 850 orang sahaja.
Oleh hal yang demikian, dengan lebih daripada 50 ribu orang graduan wanita dibandingkan dengan lelaki pada tahun 2015, angka ini membuktikan bahawa wanita mendahului dalam pendidikan tinggi. Malangnya, kejayaan yang diraih oleh wanita dalam pendidikan tinggi tidak diterjemahkan kepada sektor pekerjaan.
Sebagai contohnya, pada tahun 2015, pelibatan tenaga buruh dalam kalangan wanita berada pada tahap 54.1 peratus (daripada jumlah 9.9 juta tenaga buruh wanita yang ada), ketinggalan jauh di belakang pelibatan lelaki yang mencatatkan sebanyak 80.6 peratus. Jumlah ini hanya sedikit sahaja meningkat berbanding dengan 47.2 peratus pada tahun 2000. Jika dibandingkan dengan negara
Asia lain, mereka mempunyai kadar pelibatan tenaga buruh wanita yang jauh lebih tinggi, seperti Myanmar pada tahap 75.2 peratus, Kemboja 78.8 peratus, Laos 76.3 peratus, Vietnam 73 peratus dan Thailand pada kadar 75.2 peratus.
faktor yang menyumbangkan jurang kadar pelibatan tenaga buruh ini ialah apabila wanita yang meninggalkan pasaran kerja selepas umur 26 tahun, mempunyai kebarangkalian tidak akan kembali bekerja.
Menurut Bank Dunia lagi, situasi ini dikenali sebagai profil “satu kemuncak”, iaitu jika dibandingkan dengan negara lain di Asia, seperti Jepun dan Korea, mereka mempunyai profil “dua kemuncak”, iaitu terdapat pelibatan semula wanita dalam tenaga kerja selepas mereka mencapai umur 35 tahun.
Persekitaran yang menyumbangkan kepada keputusan wanita untuk terus kekal keluar dan tidak kembali ke dalam sektor pekerjaan perlu dinilai dalam konteks nilai budaya dan s o s i a l M a l ays i a , b a g i menentukan kesesuaian persekitaran dasar dan insentif bagi mengekalkan jumlah wanita yang tinggi dalam pasaran kerja selepas berkahwin.
Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OEDC), dalam kajian mereka tentang ketidaksamaan gender mendapati bahawa peningkatan pendapatan isi rumah yang dikawal oleh wanita membawa manfaat kepada anak-anak dan keluarga secara keseluruhannya. Kajian itu turut mendapati bahawa peningkatan tahap perbelanjaan untuk pendidikan wanita dapat menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi sehingga 50 peratus di negara ahli OEDC sejak 50 tahun yang lalu.
Selain itu, McKinsey and Company, dalam kajian mereka telah merumuskan bahawa kesaksamaan ekonomi wanita amat penting dalam bidang perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana syarikat akan dapat meraih manfaat yang besar dalam konteks kecekapan organisasi dengan meningkatkan peluang kepimpinan untuk wanita.
Syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang atau lebih wanita dalam pengurusan kanan, akan meraih mata lebih tinggi dalam semua ukuran dimensi kecekapan organisasi. Wanita mampu menjalankan tugas
dengan lebih baik dalam bidang tersebut kerana umumnya mereka mempunyai wawasan dan kebijaksanaan emosi yang lebih tinggi.
Selain itu, terdapat kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menunjukkan bahawa wanita mempunyai tanggungjawab yang tidak seimbang dalam kerja penjagaan yang tidak berbayar. Wanita memperuntukkan lebih satu jam hingga tiga jam sehari untuk kerja di rumah berbanding dengan lelaki, dan lebih dua jam hingga 10 jam jumlah masa diperuntukkan sehari untuk penjagaan (anak, orang tua, dan orang sakit), dan kurang satu jam hingga empat jam sehari untuk kerja berbayar.
Situasi ini turut berlaku di Malaysia. Perbezaan ini, yang berakar umbi dalam peranan gender, telah mengurangkan masa lapang, kebajikan dan kesejahteraan wanita. Hasil daripada perbezaan tanggungjawab domestik ini, lelaki dan wanita mempunyai corak penggunaan masa yang berbeza dari segi jumlah masa lapang dan beraktiviti. Keadaan ini mempunyai kesan yang negatif kepada kemampuan wanita untuk terlibat dalam peluang pendidikan, kemampuan mereka untuk meraih peluang ekonomi dan keusahawanan, serta untuk terlibat lebih mendalam dalam kehidupan semasa ekonomi, politik dan sosial.
Di Malaysia, 67 peratus wanita menyatakan bahawa faktor penjagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan keluarga, serta tanggungjawab peribadi, menjadi alasan mereka untuk tidak melibatkan diri dalam pasaran tenaga kerja, berbanding dengan hanya dua peratus lelaki sahaja. Hal ini secara langsung memberikan kesan negatif kepada pelibatan wanita dalam pasaran tenaga buruh di Malaysia.
Persoalannya, apakah manfaat sosioekonomi dalam pemerkasaan wanita, dan apakah cabaran yang dihadapi mereka serta bagaimanakah cara hendak mengatasinya? Walaupun inisiatif sedia ada untuk menggunakan dan mengangkat bakat wanita perlu dipuji, lebih banyak pilihan dasar lain juga perlu diteroka, dinilai, dan disesuaikan bagi membolehkan wanita Malaysia menyumbang sepenuhnya kepada transformasi Malaysia menuju ekonomi pendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Perlu ditekankan dan diingatkan bahawa golongan wanita merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh hal yang demikian, akan wujudnya manfaat sosioekonomi yang besar sekiranya pembangunan wanita dapat diteroka dan membuka potensi wanita yang sangat diperlukan negara.
Inisiatif yang ditonjolkan oleh kerajaan mencerminkan kesungguhan mereka untuk meningkatkan penyertaan wanita lagi dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna.
Oleh sebab wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam
usaha membina negara. •
Bil Perkara
1. Menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri khusus untuk agenda ekonomi wanita.
2. Menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita (model PASARNITA) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.
3. Memudah cara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal.
4. Memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita.
5. Mewujudkan koperasi wanita yang menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan.
6. Menyemarakkan latihan vokasional/TVET wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.
7. Menambah pendapatan ibu tunggal B40 melalui latihan di Kursus Asuhan PERMATA.
8. Menggilap potensi ibu tunggal melalui program peningkatan kemahiran dan latihan.
9. Menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang oleh wanita.
10. Memperluas pelibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.
11. Menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu mengandung pulang sejam lebih awal.
12. Memperluas insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula pasaran pekerjaan.
13. Menggalakkan syarikat mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan pekerjaan.
Jadual 1 13 perkara yang digariskan oleh kerajaan dalam kesejahteraan wanita yang dihubungkaitkan dengan pembangunan ekonomi.
F
ot
o: usembas
sy
.go