• Tidak ada hasil yang ditemukan

7 Langkah Jadi Jutawan Hartanah Dalam Tempoh 7 Tahun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "7 Langkah Jadi Jutawan Hartanah Dalam Tempoh 7 Tahun"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

7 langkah jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun

02 SEPTEMBER 2015

Bolehkan anda jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun ?

Sudah tentu jawapannya adalah boleh. Kebiasaannya, anda boleh jadi apa saja yang anda nak jadi dalam tempoh yang mencukupi. Dan dalam bab kemahiran, kejayaan mencapai apa yang nak dicapai, anda hanya perlukan 7 tahun untuk mencapainya.

Ada yang akan kata 7 tahun terlalu lama. Memang itu masa yang sesuai dan sebenarnya bukan lamapun 7 tahun tu. Kalau anda tak buat apa-apa, 7 tahun tetap akan berlalu begitu saja. Jika anda tangguh-tangguhkan tindakan dan tidak disiplinkan diri.

Untuk jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun, syarat utama adalah anda mesti ada

kemampuan menjana pendapatan. Jarang sangat orang yang boleh baca blog ini, ada kemampuan untuk akses internet, tak ada kemampuan untuk jana pendapatan.

Oleh itu pembaca blog yang boleh melayari internet dianggap ada daya jana pendapatan dengan mudah. Mahu atau tidak mahu saja yang menentukan samada anda akan jana pendapatan atau tidak.

Dengan andaian itu, berikut, diperturunkan 7 langkah bagaimana anda boleh jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun:

Langkah 1: Sentiasa bangun awal 2 jam sebelum kerja

Apa kerja atau urusan pertama anda setiap hari ? Mungkin kena hantar anak ke sekolah. Mungkin perlu pergi pejabat atau apa-apa saja kerja. Tak kisah apapun kerja yang anda perlu lakukan di awal hari, pastikan anda bangun 2 jam sebelum waktu tersebut.

Untuk satu jam pertama pastikan anda laburkan masa tersebut untuk tingkatkan daya kerohanian anda. Sebagai seorang muslim, anda perlu mulakan dengan solat subuh. Samada berjemaah di masjid atau berjemaah dengan keluarga sekali sekala, anda telah berjaya memenuhi aktiviti kerohanian anda untuk permulaan hari.

Habis solah subuh, luangkan masa yang ada untuk membaca apa saja tulisan atau buku yang membina jiwa. Anda boleh baca Tafsir dan Huraian Al-Quran. Anda boleh baca buku motivasi bagi menaikkan semangat. Dan anda boleh juga membaca buku pendidikan atau pengurusan untuk tingkatkan pengetahuan.

" Baca ebook berkenaan hartanah ini untuk jadi jutawan hartanah > Rahsia Ajen Hartanah " Bayangkan jika anda amalkan tabiat membaca satu jam sehari. Dalam seminggu anda boleh

(2)

habiskan sebuah buku. Dalam setahun anda boleh habiskan sebanyak 52 buah buku. Dalam tempoh 7 tahun, anda dah habiskan sebanyak 364 buah buku.

Buku sebanyak itu yang berjaya anda hadamkan untuk satu-satu jurusan yang anda mahu dalami mampu menjadikan anda pakar dalam jurusan tersebut. Dan jika anda mahu jadi pakar hartanah, pembacaan apa saja buku yang bersangkut dengan ilmu hartanah boleh menjadikan anda seorang pakar dalam bab hartanah.

Langkah 2 : Tulis sasaran anda setiap hari

Pastikan anda ada sebuah buku nota untuk menulis 10 sasaran anda setiap hari. Jika matlamat utama anda adalah untuk menjadi jutawan hartanah, tulislah sasaran kecil setiap pagi sebelum anda mula buat kerja. Sasaran itu mestilah ke arah mencapai sasaran utama anda tadi iaitu untuk menjadi jutawan hartanah.

Dengan berbuat begitu, anda membetulkan pemikiran untuk sentiasa fokus pada pencapaian yang mesti anda dapatkan. Dengan menulis apa yang anda perlu buat hari itu, anda akan secara

automatik peka dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Segala peluang akan dicekup dan dimanfaatkan dengan baik. Segala gangguan akan dielakkan dan waktu kerja anda penuh dengan aktiviti ke arah mencapai matlamat anda setiap hari.

Langkah 3: Merancang terlebih dahulu setiap hari

Lanjutan daripada sasaran yang anda tulis tadi, merancanglah bagaimana anda pastikan untuk laksanakannya.

Buat senarai dan susun secara menurun daripada yang paling utama ke yang kurang utama. Dengan susunan itu anda boleh pastikan mana yang paling utama ditunaikan terlebih dahulu diikuti dengan yang selepasnya. Pengurusan masa anda juga akan lebih efektif dan cekap dengan berbuat begitu.

Langkah 4: Disiplinkan diri untuk fokus buat yang

penting

Bila anda mulakan sesuatu kerja yang penting. Berikan tumpuan untuk melakukannya sepenuh hati. Abaikan segala gangguan dan nekad untuk siapkannya terlebih dahulu. Jangan berganjak selagi ianya tidak dihabiskan.

Langkah 5: Dengar bahan audio bermanfaat dalam

kereta

Sepanjang anda berada di dalam kereta, pastikan anda sentiasa mendengar bahan-bahan yang mendatangkan manfaat. Dengar maklumat bermotivasi dan seumpamanya dan bukan mendengar

(3)

hiburan lagha seperti celoteh di Era atau celoteh satay kenakan orang.

Jika anda berada di lembah klang, anda boleh buka saluran BFM. Di saluran itu penuh dengan bahan-bahan ilmiah ke arah menjadikan anda seorang yang berjaya.

Langkah 6: Sentiasa bertanya soalan penting sehabis

urusan

Setiap kali anda habiskan segala urusan, bertanyalah pada diri sendiri apakah perkara bagus yang telah aku lakukan tadi.

Kemudian bertanya lagi apakah yang boleh aku lakukan untuk menjadikan ianya jauh lebih baik dari tadi.

Dua soalan itu sudah cukup untuk anda sentiasa membaiki diri dan melakukan yang terbaik sepanjang hari sepanjang waktu.

Langkah 7: Layan semua orang yang anda berurusan

dengan hebat

Dalam anda melaksanakan segala urusan anda, tidak boleh tidak perlu berhubung dan berkomunikasi degan orang lain.

Pastikan semua orang yang anda berurusan dilayan seperti raja sebaik mungkin. Dengan berbuat begitu, anda akan dihormati dan mereka akan membalas layanan terhadap anda sebaik yang anda lakukan terhadapnya.

Orang berebut untuk membantu anda menjayakan apa yang anda sasarkan. Orang akan

perkenalkan anda dengan lebih ramai lagi orang lain yang penting yang dapat membantu anda menjadi jutawan hartanah.

Jadi jutawan hartanah

Demikianlah 7 langkah yang boleh anda laksanakan untuk menjadi jutawan hartanah. Insyaalah jika anda lakukan semua itu, dalam tempoh 7 tahun sahaja sasaran untuk menjadi jutawan hartanah akan menjadi kenyataan.

Tidak semestinya nak jadi jutawan hartanah sahaja. anda boleh gunakan teknik yang sama untuk mencapai apa saja sasaran yang anda tentukan.

Sekali lagi, jika anda mahu belajar ilmu hartanah, dapatkan panduan dari sini >>>Rahsia ejen hartanah.

(4)

Untung Jual Beli Hartanah Via Sifu Rumah Lelong

Soalan popular kerap ditanya bila mahu menjadi agen hartanah:

Soalan pertama: Kenapa perlu jadi agen hartanah?

Jawapan:

Menjadi agen hartanah sangat mudah jika anda ambil tahu prosesnya yang sangat STRAIGHT FORWARD. Dalam erti kata lain, anda tak perlu pengalaman atau pendidikan yang tinggi untuk sertainya.

 Jadi agen hartanah sangat mudah

Sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat

Tidak ada had pendidikan atau pengalaman

 Untung yang sangat lumayan

 Sesuai untuk yang tidak bekerja atau bekerja (part-time)

Soalan kedua: Mudah sangat ke menjadi agen

hartanah?

Jawapan:

Mudah tu bukan bermaksud terlalu mudah sampai anda tak perlu tahu apa-apa langsung untuk terjun ke dalam bidang yang industrinya mencecah bilion ringgit ini.

Anda tetap kena faham proses sebelum, semasa dan selepas menjadi agen hartanah.

Sebelum: Proses mencari ilmu berkaitan hartanah seperti proses jual beli hartanah, dokumentasi, mengenalpasti jenis hartanah yang mendapat permintaan tinggi dan banyak lagi. Ilmunya ada dibincangkan disini.

Semasa: Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mula menjana pendapatan.

Selepas: Post mortem untuk penambahbaikan di masa akan datang. Jadi, nak kata mudah tu bukanlah sampai tahap mudah tak perlu buat apa-apa, goyang kaki duduk rumah sahaja (itu skim cepat kayap namanya.

Anda perlu ilmu dan tindakan (mengaplikasikan ilmu) untuk lihat hasil lumayan dalam dunia hartanah ni.

P/S: Iffah Zaimi mendedahkan teknik paling simple menjadi seorang agen hartanah walaupun secara part-time.

(5)

Jawapan:

Seperti yang dijawab dalam soalan pertama tadi:

 Sesiapa sahaja boleh menjadi agen dalam bidang hartanah

 Tidak perlu kemahiran teknikal, pendidikan terlalu tinggi atau pengalaman luas

 Tidak kira lelaki atau wanita

 Berkerjaya atau tidak berkerjaya

Soalan keempat: Untung ke jadi agen hartanah?

Jawapan:

Kalau anda tahu prosesnya serta menguasai proses-proses tersebut, insya Allah, anda akan rasa keuntungan yang luar biasa.

Luar biasa?

Ya, luar biasa yang saya maksudkan sehingga mencecah 4 ke 5 ANGKA keuntungan.

Apa proses yang dimaksudkan? Proses yang dimaksudkan adalah:

 Untuk yang masih baru, anda perlu lalui proses mencari ilmu. Gunakan panduan ini.

 Proses seterusnya Research.  Proses seterusnya, Listing.

 Proses Inspecting.

Marketing

 Proses Viewing.

 Proses Closing (Ini penting! Sekali lagi, Iffah Zaimi kongsikannya disini)

Soalan kelima: Tugas utama seorang agen hartanah?

Jawapan:

Ada 5 tugas utama seorang agen hartanah, secara umumnya. Telahpun dijawab didalam soalan keempat

iaitu, Listing, Inspecting, Marketing, Viewing, dan Closing.

(6)

Referensi

Dokumen terkait