• Tidak ada hasil yang ditemukan

SULIT / / Hak Cipta BPSBP SULIT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SULIT / / Hak Cipta BPSBP SULIT"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.

Apakah unsur-unsur tersebut?

A Bandar dan seni B Sastera dan falsafah C Lahiriah dan rohaniah D Budaya dan tulisan

2 Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang.

Hal ini melambangkan A kekayaan B kekuasaan C kepatuhan D kemahiran

3 Segala titah perintah diraja Dinasti Maurya diukir pada tiang batu untuk dibaca oleh rakyat.

Mengapakah titah perintah tersebut penting?

I Menyebarkan agama II Menghapuskan penentang III Memastikan pemerintahan adil IV Menjamin kesejahteraan A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

4 Apakah sumbangan Alexander the Great yang menjadi kebanggaan tamadun Yunani?

(2)

 Srivijaya

 Kedah Tua

5 Bagaimanakah pemerintah kerajaan agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?

A Membina sistem pengairan B Membawa masuk tenaga buruh C Menaik taraf kemudahan pelabuhan D Memperkenal kaedah penggiliran tanaman

6 Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kemajuan dan perkembangan kedua-dua kerajaan tersebut berkaitan dengan A bantuan daripada negara luar

B keluasan kawasan pertanian C kemajuan sistem pengairan D aktiviti perdagangan

7 Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh kuasa luar seperti Rom?

A Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai B Tidak jujur dalam perniagaan

C Hidup berpecah belah

D Mengamalkan penyembahan berhala

8 Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah.

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

A Menjalin hubungan diplomatik B Mengelakkan penindasan C Mengadakan rundingan damai D Memenuhi jemputan pemerintah

(3)

 Membina empangan

 Memajukan sistem terusan

9 Nabi Muhammad SAW bertindak menghantar Uthman bin Affan setelah rombongan orang Islam dari Madinah disekat di Hudaibiyah.

Mengapakah baginda bertindak demikian?

A Menunjukkan kekuatan B Membuat rundingan damai C Menjelaskan tujuan kedatangan D Meninjau kekuatan tentera musuh

10 Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

A Penduduk bertambah

B Pembahagian wilayah dibentuk C Semangat assabiyah berkekalan D Unsur jahiliah dihapuskan

11 Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut?

A Membekalkan air bersih B Mengelakkan banjir berlaku C Meningkatkan produk pertanian D Memesatkan kegiatan perdagangan

(4)

12 Jadual berikut menerangkan perbezaan sistem pelantikan khalifah dalam pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Khulafa al-Rasyidin Kerajaan Bani Umaiyah

Musyawarah X

Apakah X ?

A Sistem warisan B Pemilihan rakyat

C Keputusan Majlis Tahkim D Cadangan khalifah terdahulu

13 Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.

Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan tersebut?

A Berani B Jujur C Setia D Pemurah

14 Golongan ulama sangat berpengaruh dalam sistem pentadbiran di Acheh.

Apakah peranan golongan tersebut?

A Melantik pembesar negeri B Mengetuai upacara rasmi C Menetapkan protokol D Menasihati sultan

15 Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu.

Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh?

A Melalui pendidikan formal B Menggunakan kekuatan tentera C Memantapkan adat istiadat D Menjalin hubungan luar

(5)

16 Antara berikut yang manakah terkandung dalam Hukum Kanun Melaka?

I Tugas pemerintah II Urusan pelabuhan III Tatacara pelayaran IV Kesalahan jenayah A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

17 Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian?

A Mengenakan hukuman berat B Mementingkan keperluan akhirat C Mengamalkan sistem perhambaan D Mendukung sistem monarki

18 Apakah peranan golongan berikut ketika zaman Reformation di Eropah?

Masa Golongan

Abad ke-16 Counter Reformation

A Menyekat perkembangan kuasa bangsawan B Memperkukuh kuasa golongan monarki C Memperluas ajaran agama kristian D Mempertahankan Gereja Katolik

(6)

 Sistem Kangani

 Sistem Kontrak

19 Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

Mengapakah sistem tersebut dimansuhkan ? A Penindasan terhadap buruh berleluasa B Pengurangan hasil perlombongan C Kemelesetan ekonomi dunia

D Ketidakseimbangan antara kaum berlaku

20 Kejatuhan harga getah menyebabkan British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922.

Bagaimanakah rancangan tersebut dapat mengatasi masalah kejatuhan harga getah?

A Pengeluaran getah dihadkan B Peningkatan mutu getah asli C Penggunaan getah dipelbagai D Penawaran getah tiruan dilarang

21 Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.

Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?

A Syarat kerakyatan ketat B Harga komoditi rendah C Imigran bertambah

D Cukai tinggi

(7)

22 Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.

Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

A Bantuan golongan bangsawan B Perpaduan penduduk peribumi C Kerjasama dengan kuasa asing D Kekuatan sistem pertahanan

23 Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya penentangan penduduk tempatan terhadap kuasa Barat di negara kita pada abad ke-19?

A Penggunaan sistem telegraf B Kemajuan pengangkutan C Dasar penaklukan British D Penciptaan mesin cetak

24 Penghulu Dol Said telah menentang British antara tahun 1831 hingga 1833.

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

A Penghapusan amalan hamba B Perjanjian tidak dipatuhi C Pelucutan jawatan D Pengenalan ufti

25 Haji Abdul Rahman Limbong tidak berpuas hati terhadap pentadbiran British di negeri Terengganu.

Mengapakah beliau tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut?

A Pembinaan balai polis

B Pengenalan undang-undang tanah C Pelantikan Penasihat British D Sistem perhambaan

(8)

 Persamaan rumpun bangsa

 Persamaan bahasa

 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

26 Sempadan sesebuah kerajaan atau wilayah penting dalam sistem politik Melayu tradisional.

Apakah yang menentukan sempadan tersebut?

A Keluasan taklukan B Kedaulatan raja C Kesetiaan rakyat D Kedudukan sungai

27 Mengapakah para nasionalis di Eropah memegang prinsip berikut?

A Membentuk negara bangsa B Menjalankan penjajahan C Melaksanakan pemodenan D Mengukuhkan pentadbiran

28 Maklumat berikut berkaitan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Mengapakah undang-undang tersebut ditubuhkan?

A Menjaga kebajikan rakyat B Mengukuhkan ekonomi negeri C Melindungi adat istiadat Melayu D Menghalang perluasan kuasa British

(9)

 Memastikan taat setia golongan imigran

 Menjamin pelaburan British

29 Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran baru selepas Perang Dunia Kedua.

Apakah tindakan British bagi memastikan hasrat tersebut tercapai?

A Menjimatkan kos pentadbiran B Mewujudkan pentadbiran republik C Mengawal kuasa politik orang Melayu D Membentuk bangsa Malayan Union

30 Sistem Ahli adalah tapak asas kepada perpaduan di Tanah Melayu.

Bagaimanakah asas tersebut boleh dicapai?

A Memberi peluang generasi muda B Melibatkan bekas pegawai British C Melibatkan pemimpin pelbagai kaum D Mewujudkan kerjasama antara negeri

31 Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan ke arah kemerdekaan.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

A Merangka perlembagaan

B Mencadangkan tarikh pilihanraya C Melantik pegawai pentadbiran baharu D Menganjurkan rundingan antara kaum

32 Apakah syarat yang diminta oleh Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957?

A Meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu

(10)

 Sarawak Chinese Association (SCA)

 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

33 Parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia pada peringkat awal.

Mengapakah parti tersebut bertindak demikian?

A Inginkan pungutan suara dijalankan B Mahukan kemerdekaan terlebih dahulu C Bimbang penguasaan ekonomi orang asing D Khuatir hak istimewa penduduk tempatan terjejas

34 Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang.

Mengapakah Perlembagaan Malaysia bersifat luhur?

A Jemaah Menteri mentafsir undang-undang

B Ahli parlimen berkuasa meminda perlembagaan negara C Badan Kehakiman berkuasa menggubal undang-undang

D Undang-undang tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

35 Antara berikut yang manakah memenuhi syarat menjadi calon pilihan raya?

I Tidak muflis II Berumur 30 tahun III Mewakili parti politik IV Warganegara Malaysia A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

(11)

 KEJORA

 KETENGAH

 KESEDAR

36 Malaysia mengamalkan negara persekutuan yang terdiri daripada beberapa buah negeri.

Bagaimanakah negara persekutuan tersebut boleh diperkukuhkan?

A Menjaga hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan B Menghalang persekutuan mencampuri hal ehwal negeri C Menggalakkan persaingan negeri dan persekutuan D Mengutamakan kehendak kerajaan negeri

37 Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) kurang memberangsangkan?

I Rusuhan kaum II Ancaman komunis

III Kejatuhan harga getah dan bijih timah IV Tidak mendapat kerjasama masyarakat A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

38 Maklumat berikut berkaitan dengan agensi kerajaan.

Mengapakah kerajaan menubuhkan agensi tersebut?

A Membangunkan pinggir bandar B Membuka tanah besar-besaran C Memperkasa perindustrian D Meningkatkan pendapatan negeri

(12)

39 Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua lagi.

Mengapakah perang tersebut berlaku?

I Ingin membuktikan kekuatan II Fahaman politik yang berbeza III Kemaraan kuasa imperialis Barat IV Ketidakpuasan hati negara yang kalah A I dan II

B I dan IV C II dan III D III dan IV

40. Pada tahun 1982 Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

A Mencari model baru membangunkan negara B Kemerosotan pengaruh kuasa Barat

C Mematuhi arahan kuasa besar

D Kurangnya peranan AMDA di Timur

KERTAS SOALAN TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

Maklumat berikut berkaitan dengan slogan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia “ Malaysia Boleh”.. Mengapakah slogan

Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh

2 Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka... 3 Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti perniagaan?.  Menentukan

19 Rajah di bawah merujuk kepada kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Apakah implikasinya terhadap ekonomi

5 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perniagaan dalam negeri.. I Menggunakan sistem ukuran dan timbangan yang sama II Membuat pembayaran secara tunai

21 Maklumat di bawah merujuk kepada kedudukan bumi dalam Rajah 4 yang bertanda • Solstis musim panas?. • 24 jam siang di

20 Jadual berikut merupakan sistem pendidikan yang dilaksanakan di Tanah Melayu pada abad ke 20.