1
THE COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM - (CIDS)
SISTEM REKA BENTUK INSTRUKSIONAL KOLABORATIF
SIRI INFO CIDS
Untuk Bacaan Semua Pengguna bagi Mendapat Gambaran Perkembangan CIDS dalam Persekitaran Pembelajaran Terkini
PENCERAHAN
PENAMBAHBAIKAN & PERANCANGAN INSTRUKSIONAL 2022/2023
Mac, 2022 - 1
Bukan sekadar RPH online……
2
PENCERAHAN PENAMBAHBAIKAN & PERANCANGAN INSTRUKSIONAL 2022/2023
A. PENGENALAN
Sebagaimana yang semua sedia maklum dalam situasi pandemik, sesi persekolahan telah berubah begitu juga perubahan-perubahan lain dalam pengajaran yang tidak menentu yang terkesan pada jadual instruksional, analisis statistik untuk pentadbir, sesi pengajaran (bersemuka/PdPr/kelas giliran dsb) dan item- item tambahbaikan pengajaran dari pihak-pihak berkaitan (contoh: 17 elemen/nilai murni) yang diperkenalkan dalam konsep Sekolahku Sejahtera dan item-item lain.
Team CIDS amat peka akan keadaan ini dan sentiasa berusaha sebaik mungkin menambahbaik fitur-fitur perancangan instruksional CIDS untuk disesuaikan dengan keadaan semasa secara beransur-ansur walaupun tidak semua dapat dilaksanakan.
Versi 9.0 yang terkini memperlihatkan beberapa ciri-ciri baharu yang ditambahbaik untuk membantu guru-guru merancang instruksional secara lebih berkualiti & profesional sesuai dengan landskap pendidikan masa kini serta kaitannya pada aspek-aspek pemantauan oleh pentadbir dan kesannya pada analisis statistik nanti.
Berikut diberi panduan/pencerahan item-item tambahbaik yang boleh membantu guru-guru terutama pada awal tahun perancangan RPT.
B. ASPEK-ASPEK PENAMBAHBAIKAN
1. Penambahbaikan pada Profil Saya (Laman Pendaftaran)
a. Tujuan: Menyelesaikan isu keluar/masuk ahli institusi dan kesannya pada analisis statistik.
b. Item penambahbaikan: dimasukkan item baharu Status Perkhidmatan.
c. Status Perkhidmatan : Sila buat pilihan yang betul dan baca info yang diberikan.
d. Tindakan: Semua pengguna CIDS
Dalam Perkhidmatan – Masih bertugas.
Bercuti Panjang – Tidak bertugas disebabkan cuti sakit, cuti belajar, cuti rehat, cuti bersalain dsb. Senarai nama pada laporan statistik dipaparkan dengan menyatakan statusnya tetapi tidak dimasuk dalam kiraan dari segi
3 perancangannya. Boleh sambung semula dengan memilih “Dalam
Perkhidmatan” pada item Status Perkhidmatan. Secara automatik kiraan akan bergerak semula.
Tamat Perkhidmatan – Bersara, meninggal dunia, dsb. Senarai nama pada laporan statistik dipaparkan dengan menyatakan statusnya tetapi tidak dimasuk dalam kiraan dari segi perancangannya.
Berpindah – Berpindah ke institusi lain (sebelum diubah pada nama institusi yang baharu). Senarai nama pada laporan statistik dipaparkan dengan menyatakan statusnya tetapi tidak dimasuk dalam kiraan dari segi perancangannya sehinggalah ia mula berdaftar di sekolah baharu.
Pengguna/penyelaras pohon kemaskini Status Perkhidmatan.
2. Penambahbaikan pada Jadual Waktu Instruksional
a. Item-item perancangan (paparan & huraian hanya pada item-item yang ditambahbaik sahaja).
b. Tujuan
Jadual Waktu Instruksional memberi kesan pada kiraan analisis statistik (jumlah MIW/RPH guru) untuk dipantau oleh pentadbir di pelbagai peringkat.
Pelbagai isu timbul tentang pengiraan statistik disebabkan perubahan Jadual Waktu Instruksional yang berlaku (banyak jadual dicipta – disebabkan perubahan berlaku secara ad-hoc).
Penambahbaikan ini dibuat sebaik mungkin ke arah penyelesaian masalah ini.
Berikut adalah penambahbaikan yang dibuat. Sila baca dan fahami serta ambil tindakan jika perlu.
c. Tindakan : Semua pengguna
ID pengguna yang telah tamat perkhidmatan/bercuti panjang dll tidak perlu dihapuskan/guna semula.
Pengguna boleh simpan dan boleh akses rekod-rekod perancangannya. Penyelaras boleh pohon ID lain untuk guru-guru yang baru masuk ke sekolah.
4 Contoh: Paparan item-item baharu yang terlibat dalam penambahbaikan pada Jadual Waktu Pengajaran
d. Huraian Item-item ruang Jadual
(i) Tarikh mula kuat kuasa:
Untuk Jadual Waktu Instruksional baharu dicipta (jadual biasa - 1 jadual sahaja) - sila tekan dan pilih tarikh yang ingin dikuat kuasa (secara lalai - default – tetapan dibuat pada tarikh laman ini dipapar). Contoh: 21 Mac 2022 iaitu tarikh sesi persekolahan baharu.
Untuk Jadual Waktu Instruksional yang sudah dicipta – paparan tarikh dipaparkan mengikut jadual itu dicipta.
Untuk Jadual Waktu Instruksional Anjal (bagi sekolah yang mengamalkan jadual anjal) – tarikh kuat kuasa untuk Jadual Waktu Instruksional ke-2 perlulah ada perbezaan satu minggu dengan yang pertama (untuk menunjukkan pelaksanaannya secara bergilir 2 minggu sekali bagi setiap jadual).
(ii) Jenis Jadual:
Pilih Kekal, tidak anjal bagi jadual biasa
Pilih Anjal bagi jadual anjal
5 (iii) Status Jadual:
Dipaparkan info tentang status jadual yang sedang dicipta dan tindakan yang perlu dilakukan.
e. Huraian fungsi Butang tindakan di akhir laman paparan
(i) Paparan butang untuk jadual yang telah dicipta tetapi belum diaktifkan penggunaannya. Terdapat beberapa pilihan: (lihat Contoh A)
Tekan Simpan (untuk sebarang suntingan yang dibuat)
Tekan Hapus untuk hapus jadual (dikeluarkan dari sistem)
Tekan Aktifkan Jadual (jadual yang diaktifkan tidak boleh disunting lagi)
Tekan Papar Jadual Waktu (untuk paparan jadual) Contoh A: Paparan butang pada Jadual yang telah dicipta tetapi belum diaktifkan
(ii) Paparan butang setelah diaktifkan (tidak boleh disunting lagi). Terdapat beberapa pilihan: (lihat Contoh B)
Tekan Salin (copy) jika ingin membuat penambahbaikan/suntingan dan menggunakan sebahagian besar item-item yang sudah dirancang untuk jadual baharu.
Tekan Tamatkan Jadual jika jadual ini tidak digunakan lagi (jadual akan ditempatkan dalam Arkib – tarikh tamat perlu ditetapkan).
Kiraan jumlah MIW/RPH pada analisis statistik masih berfungsi.
PERHATIAN: Jadual Kekal boleh diaktifkan hanya 1 (satu) jadual sahaja. Kecuali Jadual Anjal boleh diaktif untuk 2 (dua) jadual sahaja.
Contoh B: Paparan butang pada Jadual setelah diaktifkan
6 Info pada butang Apa perlu saya buat? dan klip video pada laman Jadual Waktu Instruksional boleh dilihat sebagai panduan:
f. Langkah-langkah tindakan pertama kali setelah sistem ini dikemaskini.
(Buka Jadual Waktu Instruksional kali pertama setelah sistem ini dikemaskini)
(i) Beberapa pilihan berikut akan muncul pada butang di paparan akhir Jadual yang telah dicipta (satu atau lebih jadual) - Simpan, Aktifkan Jadual, Hapus (pada akhir laman)
Contoh: Jadual dibuka buat kali pertama:
Tekan Simpan - untuk menyimpan Jadual yang sedia ada (boleh namakan semula jadual ini dan boleh disunting).
Tekan Aktifkan Jadual – untuk digunakan dalam perancangan (sila lihat penerangan pada Huraian item-item – ms 5 ).
Tekan Hapus – untuk dihapuskan (sila lihat penerangan pada Huraian item-item – ms 5).
Jika Jadual Tunggal (belum dinamakan) secara default akan keluar nama seperti ini. Boleh namakan semula jadual ini pada ruang Nama Jadual dan tekan simpan)
7 (ii) Sunting ruang ini jika jadual ini masih diperlukan - (sila rujuk penerangan terdahulu dan informasi di paparan). Jika tidak diperlukan tekan Hapus di akhir laman (seperti contoh di atas).
Kekalkan – (Ubahsuai jika perlu sahaja)
Boleh tukar nama jadual jika ingin digunakan
Tentukan tarikh kuat kuasa – Contoh 21/3/2022
kosongkan
Tentukan pilihan yang betul
Sila baca & lakukan tindakan
8 (iii) Mengisi /menyunting Jadual mengikut keperluan dan status jadual
Contoh: Status Jadual Aktif – (tidak boleh dihapus atau disunting)
Tindakan yang boleh dibuat mengikut pilihan yang diberikan: (lihat penerangan terdahulu ms 4 & 5)
Tamatkan jadual (disimpan dalam Arkib – kiraan staistik masih berfungsi untuk rekod lama)
Salin – menyalin rekod ini dan kemudian sunting & Aktifkan (boleh guna semula).
RUMUSAN
Jadual Waktu Instruksional yang dicipta perlu Aktifkan untuk dipilih ketika mencipta RPH
Jika tidak digunakan – perlu Tamatkan – akan disimpan dalam Arkib
Jika diperlukan semula – boleh Salin –Sunting/Simpan/aktifkan
Jika belum diaktifkan – boleh Sunting & Hapus
9 3. Penambahbaikan - Pada Ruang Tahun/Sesi pada paparan mencipta rekod atau
mencipta RPT:
Merujuk pada sesi pembelajaran dalam masa satu tahun akademik, anda dipohon membuat pilihan yang tepat pada ruang Tahun/Sesi untuk pengurusan perancangan instruksional.
(i) Tujuan: Kesinambungan pengiraan perancangan apabila berada di tahun berikutnya (1 sesi persekolahan dalam tahun yang berasingan)
(ii) Contoh:
2022 - sesi permulaan & sesi akhir pembelajaran pada tahun yang sama.
2022/2023 – sesi permulaan pada tahun 2022, sesi berakhir/tamat 2023 (seperti yang berlaku sekarang disebabkan pandemik atau untuk sistem pengajian Tingkatan 6 atau yang berkaitan)
4. Subjek Tahun 6 (Semakan 2017) untuk sesi pengajaran 2022/2023
Perhatian!
Semua subjek Tahun 6 (DSKP) mulai sesi pengajaran Mac, 2022/2023 sahaja yang akan berubah (Semakan).
DSKP tahun 6 yang lepas masih dikekalkan dan akan tetap berada pada perancangan instruksional yang dibuat sebelum ini.
a. Semua content subjek (DSKP) sudah dimasukkan dalam sistem kecuali Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan subjek-subjek dalam Bahasa Tamil.
b. Terdapat juga Subjek untuk Prasekolah dalam Bahasa ibunda (SJKT) dan (SJKC) yang masih dalam proses.
c. Bahasa Arab, Pendidikan Islam – setakat 16/3/2022 (panduan ini ditulis) DSKP yang terkini belum dikeluarkan di website BPK (yang telah diterbitkan adalah
10 bertarikh April, 2019), sedangkan subjek-subjek lain bertarikh September, 2021 atau Januari 2022. Kita tunggu sehingga ada terbitan baharu (jika ada) sebelum buka sesi persekolahan. Jika tiada kita akan terus gunakan DSKP (April 2019).
d. Semua subjek Tahun 6 yang baharu (sesi mulai 2022/2023 sahaja) akan bertanda
“Semakan”. Contoh: Sains (Semakan), Bahasa Melayu (Semakan), Bahasa Cina (SK – Semakan) dll. Pastikan anda membuat pilihan yang betul.
e. Subjek tahun 1 hingga 5 sudahpun menggunakan DSKP baharu ketika ini. Tidak perlu pilih “Semakan”. Pilih macam biasa (Contoh untuk Sains: Sains)
f. Subjek-subjek dalam Bahasa Tamil Tahun 6 (Semakan) dalam proses memasukkan content (sila rujuk En. Thanesh (014-3279982) jika ada sebarang pertanyaan.
g. Baru-baru ini Subjek pada Prasekolah juga terdapat dalam Bahasa Ibunda (SJKT
& SJKC). CIDS sedang mengemaskini. Pengguna boleh memilih subjek: Contoh subjek: Kreativiti & Estetika (SJKT) atau Kreativiti & Estetika (SJKC) dan subjek-subjek lain.
Contoh: Pemilihan Subjek Sains Tahun 6 (semakan 2017) sesi 2022/2023
5. Penambahbaikan Bahasa Inggeris: Format RPH Bahasa Inggeris (English) adaptasi Format SOW a. Mulai perancangan 2022/2023 penulisan RPH adaptasi format SOW untuk semua aras
kelas sekolah rendah dan menengah telah disediakan dalam sistem CIDS untuk dibuat pilihan di samping mengekalkan format DSKP yang tersedia ada.
b. Pengguna boleh memillih nama subjek English (SOW) atau English (SJK - SOW) (lihat contoh untuk Year 4)
Contoh a: English Year 4 Format SOW
11 Contoh b: Perancangan Instruksional pada Profil Pembelajaran yang disesuaikan (adaptasi) format SOW (Adaptasi Format SOW (Sila rujuk SOW KPM)
12 6. Menyesuaikan item-item pada Adegan Pengajaran (Instructional Events) mengikut
cadangan SOW (sila ikut prosedur berikut):
Pada laman Dimensi 4 – (Meta –Learning), bahagian Instructional Events, tekan butang Change Instructional Events Setting (Pastikan anda Save dahulu maklumat yang dipilih pada ruang Meta-Learning)
Pilih item perancangan yang dicadangkan dalam SOW (sila rujuk SOW) o Pre-Lesson
o Lesson Delivery o Post-Lesson
Anda bebas memilih item lain/menambah item jika perlu.
Untick item-item lain
Tanda (Tick) All New Record jika anda ingin kekalkan format ini untuk semua rekod yang akan dicipta
Tekan Save pada akhir paparan
13
Paparan ini muncul semula dan item pada Instructional Events sudah bertukar
Tekan semula Save
7. Item-item pada Kompetensi & Subkompetensi yang terdapat pada Dimensi Perancangan Instruksional.
Pihak CCR (Center for Curriculum Redesign, Boston, US) telah menjalankan kajian terhadap 80 buah negara peringkat antarabangsa untuk menentukan kekerapan item Kompetensi &
Subkompetensi dalam Dimensi Perancangan Instruksional yang dipilih oleh pengguna untuk dipadankan pada subjek/disiplin.
Hasilan penyelidikan (dikelurkan pada Jun, 2021) menunjukkan bahawa item dengan kawasan berwarna menunjukkan pemilihan kompetensi yang diperlukan dan disyorkan untuk dipadankan dengan disiplin/subjek tertentu. Walau bagaimanapun, pengguna bebas memilih mana-mana item lain yang berkaitan dengan disiplin/subjek.
Kawasan hijau gelap menunjukkan pemilihan Kompetensi yang teratas bagi setiap Disiplin
Kawasan hijau muda menunjukkan pemilihan Kompetensi pertengahan bagi setiap Disiplin
Kawasan kelabu menunjukkan pemilihan Kompetensi terbawah bagi setiap Disiplin
14 Pihak CCR memberi penghormatan kepada CIDS dengan menyerahkan hasil kajian tersebut untuk diprogramkan secara automatik dalam perancangan instruksional guru-guru di Malaysia. Hasilnya CIDS telah berjaya melaksanakannya pada kebanyakan subjek (ada lagi beberapa subjek yang masih dalam proses pemadanan) melalui Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE – CIDS Versi 9.0
Implikasi Kajian:
Memudahkan guru menentukan item kompetensi/subkompetensi manakah yang paling sesuai untuk dipilih & dipadankan pada subjek yang diajar.
Memudahkan guru merancangan aktiviti instruksional yang sesuai dengan kompetensi yang dipilih
Perancangan lebih berkualiti dan mampu menghasilkan “kemenjadian murid”
Contoh a: Subjek Pendidikan Seni Visual pada Dimensi Membangun – Kemahiran
Contoh b: Subjek Matematik pada Dimensi Membangun – Kemahiran
Kompetensi SubKompetensi
Hijau gelap
Kelabu
Hijau muda
15
C. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT Dilaksanakan sebelum sesi PdP bermula
Terdapat beberapa cara merancang RPT – Sila lihat Manual Pengguna Salah satu cara ialah melalui menu Rekod – Rancangan Tahunan
Berikut adalah contoh cadangan: Cadangan Merancang RPT sesi persekolahan 2022/2023
a. Tekan Rekod – Pilih Rancangan Tahunan
b. Pilih Kategori Sekolah, Aras Kelas, Kategori Subjek dan Tahun /Sesi
Contoh: Untuk Tahun 1 Sains
c. Pastikan pilih 2022/2023 – pada tahun/sesi – sila lihat huraian
16 c. Tekan Cipta RPT
d. Paparan Profil Pembelajaran muncul
e. Sila ikut panduan pada info dan klip video untuk merancang RPT.
PERHATIAN:
Rancangan mingguan dalam RPT yang dicipta – secara automatik terbentuk MIW.
Ia boleh digunakan untuk merancang RPH tanpa mencipta semula Rekod. Cuma tekan Buka Rekod, pilih rekod dan sambung perancangan instruksional.
Rancangan mingguan dalam RPT boleh disalin, dihapus, dikongsi, dicetak atau disimpan dalam format PdF pada folder komputer masing-masing mengikut keperluan & kreativiti pengguna.
RPT juga boleh dihantar kepada pentadbir di pelbagai peringkat untuk pengesahan.
Sila rujuk manual pengguna & klip video
https://youtu.be/01ofPB_dy5Y
17 D. PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.0)
Panduan Ringkas Fasa Penyesuaian & Fasa Kesediaan Bagi Tahun 1 (Arus Perdana &
Pendidikan Khas)
(Sila Rujuk KIT PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0, KPM dan panduan yang lalu untuk panduan sepenuhnya)
Cipta Kelas (jika belum) – Pastikan penyelaras telah cipta kelas untuk Fasa ini.
Contoh: Cipta Kelas (jika belum cipta kelas pada sesi 2020/2021)
(i) FASA PENYESUAIAN: Pemilihan Subjek
Masukkan nama kelas Pastikan pilihan betul
Pilih bilangan pelajar
Pastikan pilihan betul
Pastikan pilihan betul
18 (ii) FASA KESEDIAAN: Pemilihan Subjek
Rujuk Senarai Subjek.
Pastikan pemilihan betul
Pastikan pemilihan betul
19 SENARAI SUBJEK & KATEGORI
TAHUN 1
PENDIDIKAN KHAS (KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN)
TAHUN 1
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
BIL SUBJEK KATEGORI PENYUSUNAN ITEM
1 BAHASA MELAYU BAHASA TEMA
SUB-TEMA
2 PENDIDIKAN ISLAM KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
3 BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI BAHASA TEMA
SUB-TEMA
4 BAHASA INGGERIS BAHASA TEMA
SUB-TEMA
BIL SUBJEK KATEGORI PENYUSUNAN ITEM
1 ASAS 3M KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
2
PENGURUSAN KEHIDUPAN
KEMANUSIAAN
TEMA SUB-TEMA
3 PENDIDIKAN JASMANI KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
4 PENDIDIKAN MORAL KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA 5 PENDIDIKAN SENI KREATIF KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
6 PENDIDIKAN ISLAM KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
20 TAHUN 1
PENDIDIKAN KHAS (KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN)
BIL SUBJEK KATEGORI PENYUSUNAN ITEM
1 KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU KEMANUSIAAN TEMA SUB-TEMA
2
PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN (SUAIAN) KEMANUSIAAN
TEMA SUB-TEMA
3 PENDIDIKAN KESENIAN (SUAIAN)
KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA 4 PENDIDIKAN SENI VISUAL
(SUAIAN)
KEMANUSIAAN TEMA
SUB-TEMA
21 SENARAI SUBJEK & KATEGORI
TAHUN 1 (Arus Perdana)
22
23 Sila hubungi Pegawai USTP/SISC+/JU/penyelaras CIDS sekolah yang untuk sebarang permasalah/pencerahan atau melalui talian 019-5713745
CIDS KOMITED UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ASAS PENDIDIKAN TERKINI
CIDS - Transforming teachers... inspiring learners…