• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

CATATAN:

HASIL PEMBELAJARAN

 Menerangkan pengertian akhlak mahmudah  Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah

 Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

3.1 Pengertian Akhlak Mahmudah

Perkataan “Baik” dalam bahasa Arab disebut “khair”, dalam bahasa Inggeris pula disebut “good”.

Dari beberapa kamus dan ensiklopedia diperoleh pengertian “baik” sebagai berikut: a. Baik bererti sesuatu yang telah mencapai kesempurnaan.

b. Baik bererti yang menimbulkan rasa keharusan dalam keputusan, kesenangan persesuaian, dst.

c. Baik berarti sesuatu yang mempunyai nilai kebenaran atau nilai yang diharapkan dan memberi keputusan.

d. Sesuatu yang dikatakan baik, bila ia mendatangkan rahmat, memberi perasaan senang atau bahagia, bila ia dihargai secara positif

Jadi, akhlakul karimah bererti tingkah laku yang terpuji yang merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang kepada Allah. Akhlakul karimah dilahirkan berdasarkan sifat-sifat yang terpuji. Orang yang memiliki akhlak terpuji ini dapat bergaul dengan masyarakat luas karena dapat melahirkan sifat saling tolong menolong dan menghargai sesamanya. Akhlak yang baik bukanlah semata-mata teori yang muluk-muluk, melainkan ahklak sebagai tindak tanduk manusia yang keluar dari hati. Akhlak yang baik merupakan sumber dari segala perbuatan yang

(2)

CATATAN:

3.2 Skop Akhlak Islam

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.

a) Akhlak dengan Allah: Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah:

Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa

Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah :

iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu

terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.

Mencari keredhaan Tuhannya: iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam

segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.

Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.

(3)

CATATAN:

ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."

b) Akhlak dengan manusia :

Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa

nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.

Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa.

Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.

Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik

terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.

(4)

CATATAN:

Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."

Akhlak dengan anak : Islam menetapkan peraturan terhadap

anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."

Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :

Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para

malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.

Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas

kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin."

Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh

mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.

(5)

CATATAN:

mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi

kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

3.3 CONTOH-CONTOH AKHLAK MAHMUDAH

Akhlak mempunyai tali perhubungan yang akrab dengan iman dan takwa . Tanpa akhlak bermakna iman dan takwa menjadi gersang. Aklak yang baik disaran oleh al Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal soleh, ikhlas, sabar, amanah, zuhud dan sebagainya. Terdapat banyak contoh akhlak terpuji, di antaranya:

a. Kasih sayang (ar-Rahmah)

Sifat kasih sayang kepada semua manusia terutama antara manusia yang seagama sangat dipandang tinggi dan digalakkan oleh Islam sebagaimana dalam surah al-Balad: 17

ِةَم َح ْرَمْلاِب ا ْوَصا َوَت َو ِرْبَصْلاِب ا ْوَصا َوَت َو

“Mereka saling berpesan dengan kesabaran, mereka saling berpesan dengan kasih sayang."

”Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak bersifat belas kasihan kepada yang ada di bumi dia pun tidak dikasihi oleh yang ada di langit.”

(6)

CATATAN:

Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang memiliki hak, membebankan kewajipan bagi mereka yang mempunyai kewajipan. Hak yang diberikan itu tidak lebih dan tidak kurang sebagaimana firman Allah Taala dalam surah an-Nahl: ayat 90

ِنس ْحِلإا َو ِلْدَعْلاِب ُرُمأَي َالله َّنِإ

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik.”

c. Berani dan Sabar

Berani ialah menghadapi bahaya dan penderitaan dengan tabah dan dapat menguasai jiwanya dan bertindak menurut semestinya. Syarat berani ialah sabar, iaitu tabah menahan penderitaan, tidak putus asa, tenang menghadapi penderitaan. Oleh itu sabar adalah ciri akhlak yang utama. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Najm :121 yang bermaksud: “Sabar dan tawakkal kepada Allah adalah pangkal kemenangan.”

d. Keunggulan peribadi.

Individu yang berperibadi tinggi menjalankan tugas-tugasnya dengan rapi dan cekal sepanjang hayat. Inilah yang dinamakan keunggulan peribadi dan setiap kegiatan yang melatih individu untuk membentuk peribadi yang kukuh terpaksa dijalankan secara teratur dan tetap sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Perbuatan yang paling disukai oleh Allah ialah perbuatan yang dilakukan secara berterusan walaupun ia kecil.”

(7)

CATATAN:

Ia bererti menjaga diri daripada segala keburukan supaya terpelihara kehormataan diri. Seseorang muslim harus sentiasa berusaha memelihara kesucian dirinya dan hawa nafsu, lidah serta hatinya daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.

اَهّسَد ْنَم َبا َخ ْدَق َو اَهّكَذ ْنَم َحَلْفَأ ْدَق

“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya.”

(Surah a-Shams: 9 – 10)

f. Ketepatan Masa

Menjaga masa adalah ciri-ciri sifat yang baik. Solat mengajarkan kita mengenai ketepatan masa. Latihan ini kita jalankan secara berterusan dan tetap. Jika kita sentiasa tepat dengan solat berjemaah setiap hari insyaAllah kita akan tepat dalam segala kegiatan yang kita lakukan.

KESIMPULAN

Akhlak memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang baik dan beramanah serta menghindarkan insan yang jahat dan khianat. Oleh kerana itu akhlak yang mulia adalah faktor terkuat untuk menyokong pembangunan rohani manusia.

Referensi

Dokumen terkait