• Tidak ada hasil yang ditemukan

900/2 STPM 2011 PENGAJIAN AM KERTAS 2 (ESEI) (Tiga Jam) SEK.MEN. JENIS KEBANGSAAN JIT SIN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TINGKATAN 6 ATAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "900/2 STPM 2011 PENGAJIAN AM KERTAS 2 (ESEI) (Tiga Jam) SEK.MEN. JENIS KEBANGSAAN JIT SIN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TINGKATAN 6 ATAS"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAJIAN AM KERTAS 2

(ESEI) (Tiga Jam)

SEK.MEN. JENIS KEBANGSAAN JIT SIN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

TINGKATAN 6 ATAS Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan Dua soalan dalam Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan dibeikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak. © Panitia Pengajian Am, SMJK Jit Sin 2011

STPM 900/2 [Lihat sebelah

NOTA

Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

(2)

2 Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. Pada era ledakan maklumat ini, laman web sosial sudah menjadi satu keperluan penting dalam kehidupan manusia tidak kira usia dan latar belakang pendidikan mahupun pekerjaan. Namun begitu, ketagihan dan penyalahgunaan laman web sosial turut menceralukan kehidupan manusia. Bincangkan.

2. Salah satu jenayah serius antarabangsa ialah jenayah pemerdagangan manusia. Golongan manusia yang miskin dan lemah dieksploitasi oleh golongan tamak dan sindiket jenayah.

Bincangkan implikasi yang didatangkan oleh jenayah ini serta cadangkan langkah-langkah mengatasinya.

[Lihat sebelah 900/2

(3)

3 Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 3. Wabak penyakit berjangkit bawaan media air semakin serius kerana punca-punca tertentu. Dengan itu, langkah-langkah pencegahan perlu diambil pada kadar segera untuk menangani ancaman penyakit tersebut terhadap kesihatan manusia. Huraikan penyataan di atas.

4. Masalah pemanasan global dan kepupusan sumber tenaga asli telah mendorong para saintis seluruh dunia mempergiatkan usaha menyelidik dan menghasilkan teknologi hijau. Dalam konteks ini, karajaan Malaysia turut melancarkan Dasar Teknologi Hijau Nasional.

Pada pendapat anda, apakah nilai tambah teknologi ini terhadap kelestarian hidup alam sekitar dan manusia?

[Lihat sebelah 900/2

(4)

4 Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan satu daripada soalan 6 (a) atau 6 (b). [20]

5 (a) Berbanding kebanyakan negara terutamanya di Barat, sebahagian besar masyarakat di negara ini masih menganggap ungkapan 'pendidikan seks' semata-mata sebagai hubungan seksual lelaki dan wanita. Lantaran andaian negatif ini, ura-ura memperkenal Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial (PKRS) di sekolah-sekolah mendapat tentangan hebat terutama daripada ibu bapa.

(Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Mac 2009) (I) Kenapa ramai ibu bapa menentang pengajaran subjek pendidikan seks di

sekolah?

(II) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kepentingan subjek ini diperkenalkan di sekolah menengah.

ATAU

(b) Sesungguhnya pelaksanaan gagasan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" amat bertepatan dengan senario negara ini yang terdiri daripada penduduk berbilang bangsa serta amat menekankan aspek perpaduan dan permuafakatan. Gagasan ini diyakini dapat membantu negara ini mengecap kemakmuran dari segi pembangunan dan kesejahteraan hidup.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Ogos 2009) (I) Apakah kepentingan gagasan Satu Malaysia?

(II) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan bagaimana gagasan ini dapat direalisasikan?

[Lihat sebelah 900/2

(5)

5

6. (a) "...Sindrom Down (SD) adalah suatu keadaan yang berkaitan dengan genetik. Terdapat 23 pasang kromosom dalam setiap sel normal. Penemuan oleh Professor Jerome Lejeune, ahli genetik Perancis pada tahun 1959 mendapati kanak-kanak yang unik ini mempunyai kromosom yang berlebihan iaitu terdapatnya satu kromosom lebih pada pasangan kromosom yang ke 21 dan menyebabkan jumlah kromosom menjadi 47 kesemuanya..."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada A. Wary M. Noor, Mendekati Kanak-kanak Sindrom Down, Ekhwal Pendidikan, Mei 2008) (I) Apakah punca berlakunya Sindrom Down (SD)?

(II) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down (SD).

ATAU

(b) “Projek Genom Manusia(Human Genome Project) kini memasuki tahap akhirnya. Saintis yang terlibat akan dapat menghasilkan ‘Pelan Asas

Manusia’( Master blueprint for the human organism atau Book of Life) yang akan menjelaskan fungsi genetik manusia melalui susunan dan hubungan kimia antara dua DNA(Deoxyribonucleic acid) yang menentukan semua ciri seseorang individu……”

(MajalahTime, Sept 2004) (I) Mengapakah Projek Genom Manusia dikatakan telah memasukki tahap

akhirnya?

(II) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kelebihan projek ini.

[Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

(6)

6 Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk membandingkan jangka hayat mengikut kumpulan etnik dan jantina di Malaysia antara tahun 2008 hingga 2010.

Kini kerajaan kian prihatin terhadap kebajikan warga tua kerana bilangannya kian bertambah. Antara faktor yang meningkatkan jumlah warga tua adalah

disebabkan perkhidmatan perubatan dan taraf hidup yang lebih baik. Kini purata jangka hayat penduduk Malaysia sudah mencapai 76.9 tahun pada tahun 2010 berbanding 67 tahun pada tahun 1990. Ini melibatkan semua etnik rakyat kita. Bagi lelaki etnik Melayu, jangka hayatnya ialah 70.2 tahun pada tahun 2010. Jangka hayat pada tahun 2008 dan 2009 ialah masing-masing 69.0 tahun dan juga 69.0 tahun. Bagi etnik Malayu perempuan pula, angkanya pada tahun 2008 ialah 72.4 tahun, peningkatannya hanya 0.2 tahun sahaja daripada tahun sebelumnya. Dua tahun terakhir mencatatkan 72.5 tahun dan 76.6 tahun masing-masing.

Jangka hayat lelaki kaum Cina secara bandingan lebih tinggi daripada kaum yang lain. Angkanya adalah seperti berikut 70.6 tahun (2008), 70.7 tahun (2009), dan naik sehingga 70.9 tahun (2010). Perempuan Cina jauh lebih tinggi jangka hayat mereka berbanding dengan kaum lelaki mereka. Misalnya jangka hayat pada tahun 2008 ialah 76.3 tahun, bagi tahun 2009, dan 2010 pula masing-masing 76.5 tahun dan 76.7 tahun. Hal ini berkaitan dengan kedudukan ekonomi kaum Cina.

Kemampuan mendapat rawatan perubatan serta makanan yang berkhasiat

menyumbang kepada jangka hayat yang lebih tinggi. Namun penyakit kanser dalam kalangan penduduk Cina merupakan pembunuh utama.

Bagi etnik India, lelaki India juga mempunyai jangka hayat yang rendah berbanding dengan wanita India. Angkanya meningkat menjadi 64.4 tahun (2008), 64.6 tahun (2009), dan 65.0 tahun (2010). Perempuan India pula pada puratanya mencatatkan jangka hayat 70.4 tahun (2008), 70.6 tahun ( 2009) dan akhirnya 76.0 tahun (2010).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010

900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

(7)

7

8 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan satu carta yang sesuai untuk menunjukkan eksport Malaysia dan arah perdagangan mengikut negara bagi tahun 2010.

Pada tahun 2010, Malaysia mengeksport barang-barang bernilai RM 103.657 bilion. Daripada jumlah ini, 19.6% adalah barang-barang keluaran kilang. Pertumbuhan ketara ini disebabkan perkembangan mampan permintaan luar negeri dengan jangkaan permulihan beberapa rakan dagangan utama Malaysia. Dalam pada itu, pertumbuhan pesat di rantau Asia Pasifik juga telah meningkatkan pasaran bagi eksport sektor perkilangan Malaysia.

Petroleum dan gas asli pula menduduki tangga kedua dengan jumlah eksport sebanyak RM11.816 bilion. Jepun, Negara Thai, Singapura dan Korea Selatan menjadi pasaran utama bagi minyak mentah dan gas asli Malaysia.

Getah yang pada suatu ketika dahulu menjadi bahan eksport utama, cuma merupakan 2.3% daripada jumlah eksport pada tahun itu berbanding dengan eksport minyak kelapa sawit yang telah meningkat kepada 5.2%. Eksport getah berkurangan disebabkan oleh perkembangan ekonomi negara kini semakin berasaskan perindustrian. Eksport kayu balak gergaji pula bernilai RM3.835 bilion. Pasaran utama kayu gergaji Malaysia telah beralih ke negara-negara Asia Timur, terutamanya Korea Selatan, Taiwan dan Jepun. Eksport injab dan tiub termionik pula bernilai RM14.408 bilion atau 13.9% daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun 2010. Baki eksport terdiri daripada barang-barang lain.

Negara Singapura merupakan pembeli utama barangan Malaysia pada tahun 2010. Daripada jumlah eksport Malaysia yang bernilai RM103.657 bilion, Malaysia mengeksport barangan bernilai RM23.834 bilion atau 23.0% ke Singapura. Ini diikuti oleh Amerika Syarikat, yang mengimport sebanyak RM19.280 bilion barang-barang Malaysia. Manakala, eksport Malaysia ke Jepun pula mencatatakan sebanyak 13.4%, iaitu lebih 1.5% berbanding dengan eksport ke negara-negara Kesatuan Eropah(EC). Selain Singapura, negara-negara ASEAN yang lain, iaitu Indonesia, Negara Thai, Brunei Darussalam dan Filipina mengimport barang-barang Malaysia bernilai RM6. 737 bilion pada tahun 2010.

Sementara itu, eksport Malaysia ke Koea Selatan pula Cuma 3.4% sahaja daripada jumlah eksport dan bakinya dieksport ke negara-negara lain.

( Sumber: Diubahsuai daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia) 900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

(8)

8 Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15] 9. Jadual di bawah menunjukkan perbelanjaan pelancong asing mengikut rantau atau

negara di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2009. Berdasarkan jadual ini,

a. Bincangkan pola-pola utama perbelanjaan pelancong asing mengikut rantau atau negara di Malaysia dalam tempoh itu.

b. Huraikan program-program khas untuk melonjakkan industri pelancongan negara.

Tahun 2006 2007 2008 2009

Rantau/negara

Singapura 2.50 2.90 3.90 4.80

Negara ASEAN yang lain 2.10 2.00 2.20 2.10 Asia Timur 1.20 1.30 1.40 1.60 Eropah 1.70 1.60 1.50 1.30 Pasifik 0.17 0.17 0.17 0.17 Arab/Negara Islam 0.90 1.20 2.30 4.70 Lain-lain 0.06 0.05 0.07 0.06 Jumlah 8.63 9.22 11.54 14.73 RM Bilion

Perbelanjaan Pelancong Asing di Malaysia dari Tahun 2006-2009

900/2 [Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

(9)

9

10. Berdasarkan gambarajah di bawah, huraikan cabaran yang perlu diatasi dalam industri perkhidmatan dan pengeluaran makanan supaya mencapai matlamat strategik firmanya.

Faktor sumber

manusia

Faktor Pengurusan

Staf/Tenaga Kerja  Negara  Bahasa  Budaya  Kekemasan dan kebersihan diri Penyeliaan dan Pemantauan  Pemprosesan  Penyediaan CABARAN INDUSTRI PERKHIDAMTAN DAN PENGELUARAN MAKANAN Kualiti Pembekalan  Nutrisi  Kesegaran  Kebersihan  Kandungan kimia Latihan dan Pendidikan Asas Profesional  Latihan asas  Latihan dalam perkhidmatan  Sedia /proses makanan

Reka Bentuk Tempat  Ruang  Stor simpanan  Bilik air Dokumentasi  Label  Rekod  Tarikh luput

Disesuaikan daripada MFIT(Teknologi Industri Makanan Malaysia) 2011

(10)

10

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

……….. ………. ………... En.Goay Teck Chong En.Wang Hong Keng Pn.Kok Shueh Lin Guru Cemerlang Ketua Panitia Pen.Kanan Ting.6 Pengajian Am Panitia Pengajian Am SMJK Jit Sin

900/2

Referensi

Dokumen terkait