• Tidak ada hasil yang ditemukan

Polemik amalan ibadah harian di Malaysia / Mohamad Anas Mohamad Yaakub dan Aminuddin Ruskam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Polemik amalan ibadah harian di Malaysia / Mohamad Anas Mohamad Yaakub dan Aminuddin Ruskam"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 38 POLEMIK AMALAN IBADAH HARIAN DI MALAYSIA

Mohamad Anas bin Mohamad Yaakub1 & Aminuddin bin Ruskam1

ABSTRAK

Polemik adalah perdebatan yang panjang mengenai sesuatu isu kontroversi. Dalam realiti di Malaysia, isu amalan ibadah harian telah menjadi polemik yang hangat dari sudut pegangan mazhab fiqh dan

mengalami perkembangan tertentu mengikut

keperluan dan keadaan masyarakat semasa. Artikel ini dihasilkan bertujuan untuk meninjau realiti polemik amalan ibadah harian di Malaysia dari awal kemunculannya hingga kini. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan menerusi karya-karya yang berbentuk buku-buku ilmiah, tesis, artikel jurnal dan prosiding seminar. Hasil kajian mendapati polemik ini masih mendapat perhatian masyarakat dan perbincangan tentangnya tersebar luas dengan kemudahan internet dan media sosial. Antara punca yang dikenalpasti bagi polemik ini ialah kelemahan dari sudut ilmu pengetahuan seperti persoalan taklid, ijtihad, mazhab, bid’ah serta perbezaan pendekatan yang diambil. Beberapa cadangan penyelesaian diusulkan pada tiga unsur utama iaitu ilmu, akhlak dan pendekatan. Ilmu mengenai hakikat ikhtilaf dan mazhab serta budaya dialog secara ilmiah wajar diadakan. Unsur akhlak mementingkan keikhlasan sebagai asas keharmonian dan mencontohi adab ikhtilaf salafussoleh. Pendekatan wasatiyyah dan dakwah dapat memacu perubahan umat ke tahap yang tinggi.

Kata Kunci: ibadah harian, fiqh, mazhab, taklid, ikhtilaf

PENDAHULUAN

Tujuan utama manusia diciptakan Allah SWT adalah untuk beribadah kepadaNya dan bertindak sebagai khalifah dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Dengan itu, mempelajari dan memelihara amalan ibadah harian dengan sempurna merupakan keprihatinan dan keutamaan masyarakat muslim di seluruh dunia. Maka para ulama dari pelbagai latar belakang ilmu dan budaya menghasilkan karya-karya bernilai yang dinamakan sebagai Fiqh Al-Ibadat.

1

Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81300 Skudai, Johor, Malaysia, m.anas1988@graduate.utm.my. E-JITU Acceptance date: 1st June 2019 Valuation date: 21st July 2019 Publication date: 30th Oct 2019

(2)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 39

Fiqh Al-Ibadat merupakan istilah dalam bahasa arab yang terdiri daripada

dua perkataan iaitu Fiqh dan Ibadat. Fiqh menurut Al-Jurjani adalah kefahaman mengenai maksud yang diperkatakan oleh seseorang (Al-Jurjani, 1983). Dalam istilah syarak, Fiqh ialah suatu ilmu yang membahaskan hukum-hakam syarak terhadap perbuatan mukallaf bersumberkan dalil-dalilnya yang terperinci.

Al-Ibadah pada bahasa bermaksud ketaatan bersama ketundukan

(Mandzur, 1993) manakala definisinya pada istilah syarak ialah perbuatan mukallaf yang bertentangan dengan kehendak nafsunya bagi mengagungkan Tuhannya (Al-Jurjani, 1983). Menurut kamus istilah fiqh, ibadah bermaksud hal memperhambakan diri kepada Allah dengan taat melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya kerana Allah semata, baik dalam bentuk kepercayaan, perkataan mahupun perbuatan (Mujieb, Tholhah, & Am, 1997). Secara ringkasnya, Fiqh Al-Ibadah merupakan himpunan hukum-hakam berkenaan perbuatan menyembah Allah berdasarkan panduan syariat Islam (Az-Zarqa‟, 2004).

Kajian ini dibataskan pada amalan ibadah khusus yang dilaksanakan secara harian seperti bersuci, solat, puasa, tilawah Al-Quran dan zikir. Ibadah Umrah dan Haji tidak dimasukkan dalam artikel ini kerana keduanya mempunyai perbahasan fiqh yang lebih luas sehingga diwujudkan muzakarah khas bagi menyelesaikan isu-isu berkaitannya. Ibadah Zakat juga tidak akan dibincangkan kerana ia berkaitan dengan harta dan urusan sesama manusia.

Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Kaedah kajian kepustakaan digunakan sebagai teoritikal asal perbincangan awal mengenai permasalahan khilafiyyah dalam ibadah harian di Malaysia. Kaedah ini dijalankan dengan merujuk artikel jurnal, tesis penyelidikan, prosiding seminar dan buku-buku ilmiah. Kaedah analisis dokumen pula menumpukan pada pengumpulan data dan fakta yang berhubung dengan masalah yang dikaji. Kajian terhadap dokumen diperlukan bagi memperolehi maklumat secara mendalam tentang sesuatu perkara.

Polemik amalan ibadah harian yang ditumpukan adalah perbezaan pandangan fiqh di Malaysia antara dua golongan utama yang bermula pada penghujung kurun ke 19 masihi iaitu kelompok Tradisionalis (Kaum Tua) dan Reformis (Kaum Muda). Bagi merealisasikan objektif kajian, penulis membahagikan artikel ini kepada bahagian : kemunculan polemik, isu-isu yang menjadi polemik, faktor pencetus, perkembangan mutakhir dan cadangan penyelesaian kepada polemik.

(3)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 40 SEBELUM KEMUNCULAN POLEMIK

Sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke 13 masihi, masyarakat muslim di Malaysia menjalani amalan ibadah harian berdasarkan pendekatan taklid (taklid dari segi istilah yang didefinisikan oleh ulama usul ialah mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalilnya) kepada pegangan fiqh mazhab Syafie (Al-Hafnawi, 1995). Hal ini berlaku kerana beberapa faktor seperti berikut:

a. Para ulama’ dan pendakwah yang datang ke Tanah Melayu

mengamalkan dan mengajarkan fiqh mazhab Syafi’e.

Masyarakat muslim menerima ajaran Islam daripada para ulama‟ dan pendakwah yang berasal dari tanah Arab, India ataupun dari Nusantara melalui pengajian-pengajian agama menurut pandangan mazhab Syafi‟e. Kelas pengajian agama telah diadakan di istana, masjid-masjid dan madrasah (Noor, 2011). Berikut merupakan sebahagian kitab-kitab fiqh mazhab Syafie yang menjadi rujukan pengajian agama di Malaysia (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Rosele, Ramli, Ariffin, & Marinsah, 2015):

1. Kitab Minhaj At-Talibin karya Imam An-Nawawi 2. Kitab Al-Muhadhdhab Karya Imam Al-Syirazi,

3. Kitab Fathul Wahab Karya Imam Abu Zakariya Al-Ansari 4. Kitab Fathul Mu‟in Karya Zainuddin Al-Malibari Al-Hindi 5. Kitab Sirat Al-Mustaqim Karya Nuruddin Al-Raniri

6. Kitab Kasf Al-Kiram Karya Muhammad Zain Ibn Jalaluddin

7. Kitab Furu‟ Al-Masail Karya Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani

8. Kitab Hidayah Al-Muta‟allim Wa Umdah Al-Muallim Karya Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani

9. Kitab Sabil Al-Muhtadin Li At-Tafaqquh Fi Amr Din Karya Sheikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari

b. Sistem pengajian dalam Institusi pondok

Institusi pondok yang diperkenalkan sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu pada kurun ke-19 masihi memantapkan lagi pegangan masyarakat muslim terhadap fiqh mazhab Syafi‟e (Rawi, Baharudin, Lubis, & Romli, 2015). Konsep „menadah kitab‟ iaitu mencatat dan menghafal butir-butir ilmu tanpa menimbulkan persoalan menjadi kebiasaan penuntut di pondok. Kaedah pembelajaran ini melahirkan masyarakat yang taat dan hormat yang tinggi kepada ulama sehingga tindakan berfikir secara kritikal dan mempersoalkan hujah dianggap tidak menghormati mereka dan tidak warak. Kewarakan para penuntut

(4)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 41

di pondok mengukuhkan lagi pegangan masyarakat terhadap fiqh mazhab Syafi‟e tanpa sebarang pertikaian (Bakar, n.d., 2006; Mahaiyadin, 2017a; Yaakub, Hamidon, Ruskam, & Zulkifli, 2018a).

c. Penguatkuasaan Undang-undang

Kedudukan mazhab Syafi‟e di Malaysia bertambah kukuh apabila majlis-majlis agama negeri telah memperuntukan enakmen-enakmen negeri berdasarkan mazhab Syafi‟e. Perkara ini boleh dilihat pada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dalam seksyen 39 yang sebahagiannya memperuntukkan:

i. Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) mazhab Syafi‟e (Rosele et al., 2015).

Pendekatan taklid kepada mazhab Syafie dalam menunaikan kewajipan ibadah harian telah mewujudkan keseragaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat muslim di Malaysia. Walaupun begitu, kebiasaan taklid ini telah menimbulkan kesukaran dalam membezakan antara amalan yang mempunyai asas dalam agama ataupun amalan rekaan.

Berikut merupakan beberapa contoh amalan yang dilaksanakan masyarakat muslim dengan beranggapan ianya merupakan ajaran Islam yang sebenar (Adam, Kadir, & Ahmad, 2010; Adam, Khairi, Kadir, Abd, & Mohad, 2014; K. Ahmad, Abdullah, Ariffin, & Yusoff, 2017; Alwi, 2010; Faiz, 2016; Rahman, 2012; Yaakub et al., 2018a) :

a. Pemujaan tempat-tempat yang dianggap keramat. b. Pemujaan orang yang dianggap sebagai wali.

c. Memohon hajat, melakukan meditasi dan bertawassul di kubur-kubur. d. Berzikir sambil menari

e. Meninggalkan kewajipan Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji serta mencipta kewajipan baru dengan hujah mendapat mimpi atau kasyaf

(Menurut Jurjani, kasyaf adalah kemampuan untuk mengetahui makna-makna ghaib di sebalik hijab)(Al-Jurjani, 1983).

f. Mandi Safar: Mandi Safar atau dikenali dengan „Mandi Sapo‟ adalah ritual berbentuk mandi yang dilakukan pada hari Rabu terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala (Abdullah, 2010; Sagala, 2018). Ayat-ayat Al-Quran ditulis pada kertas dan direndam dalam air untuk digunakan semasa mandi. Tiada nas yang ditemui melainkan ungkapan oleh Sheikh

(5)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 42

Syafruddin dalam kitab Ta’liqah, kitab Jawahir dan Taj Al-Mulk (Khoiri, 2017). Mandi Safar telah difatwakan haram dan khurafat oleh Pemangku Mufti Johor, Dato‟ Dr Abd Jalil Hassan pada 1963 (Berita Harian, 1963). g. Selawat khas yang berunsur Syiah.

PERMULAAN POLEMIK

Sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun 13 masihi hingga ke penghujung kurun ke-19 masihi iaitu selama lebih kurang 700 tahun, kedudukan mazhab Syafi‟e yang sebati dengan masyarakat mula dicabar oleh golongan reformis yang dikenali dengan beberapa istilah seperti Kaum Muda, Salafiyyah, Ansar Sunnah, Ittiba‟ As-Sunnah, Islah dan sebagainya sehingga menimbulkan polemik agama (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Man & Ali, 2005; Maszlee Malik, 2017).

Di sebelah pihak, Kaum Tua atau golongan Tradisionalis bangkit mempertahankan amalan tradisi masyarakat. Pertembungan pendapat yang berlaku di Malaysia lebih tertumpu pada persoalan fiqh dalam isu-isu ibadah dan tasawuf sahaja berbeza dengan keadaan di Indonesia yang meluaskan hingga ke isu falsafah (Abdullah, 2010). Kedua-dua golongan ini mempunyai pendirian dan pandangan tertentu terhadap amalan ibadah harian seperti berikut :

Kaum Muda

Kaum Muda menentang budaya taklid buta yang diamalkan masyarakat kerana dianggap membawa kepada kejahilan dan dikeji (Kaum Muda di Tanah Melayu terkesan dengan perjuangan tajdid di Timur Tengah yang dipelopori oleh Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Antara tokoh-tokoh reformis di Malaysia, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh al-Hadi (Abdullah, 2010). Ulama mujtahidin seperti Imam-imam mazhab tidak menggalakan taklid buta, melarang sikap fanatik malah menyarankan budaya berfikir dan meneliti pendapat yang telah dipilih (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Za‟ba, 2017).

Seruan utama golongan ini adalah merujuk kembali kepada sumber asal agama iaitu Al-Quran dan Hadis tanpa mengikat diri dengan mazhab tertentu. Talfiq dan Ijtihad dijadikan alternatif bagi amalan taklid buta yang telah menjadi kebiasaan masyarakat sebelum ini (Abdullah, 2010). Bagi mereka, keunggulan salafussoleh dalam peradaban ilmu adalah kerana kepesatan ijtihad dalam menggali hukum-hakam agama dan mengemukakan pandangan fiqh yang lebih tepat mengikut keadaan semasa.

(6)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 43

Pemurnian terhadap amalan ibadah harian yang menjadi kebiasaan masyarakat dilakukan dengan menolak amalan-amalan bid‟ah dan khurafat yang tiada asal yang sabit dengan tunjuk ajar Rasulullah SAW (Abdullah, 2010; Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007; Maszlee Malik & Hamidah Mat, 2017).

Kaum Tua

Kaum Tua atau golongan tradisional berjuang mempertahankan tradisi konservatif dan menganggap pembaharuan yang dibawa Kaum Muda akan memecah belahkan masyarakat yang telah selesa dengan amalan tradisi. Pemikiran baru ini dikhuatiri akan menjatuhkan umat Islam kerana meninggalkan ajaran generasi terdahulu dan mengikuti rentak pembaharuan Barat (Saadan Man, Abdul Karim Ali, Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli, & Inarah Ahmad Farid, 2009). Karya-karya klasik dianggap sudah lengkap bagi menyelesaikan setiap permasalahan agama tanpa perlu sebarang penambahbaikan sedangkan pada hakikatnya, karya-karya klasik itu tidak cukup berwibawa berdiri sendiri dalam mengatasi isu-isu yang lebih kontemporari (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007).

Menurut Kaum Tua, budaya taklid perlu dikekalkan sehingga dianggap sebagai rukun kepada agama manakala pintu ijtihad perlu ditutup bagi mengelakkan kesalahan dalam mengeluarkan hukum agama (Hamka, 2010). Sikap terlalu berhati-hati dan terlalu menghormati sumbangan ulama silam menjadikan golongan ini mempertahankan amalan tradisi yang dianggap baik walaupun tidak mempunyai sandaran hujah yang kuat dari sumber syarak (Rosele et al., 2015). Pendirian ini diambil bagi mengelakkan kekeliruan dan memelihara perpaduan masyarakat muslim.

Apabila perbalahan yang berlaku dikuasai oleh rasa fanatik, maka pergaduhan itu membawa kepada suasana tuduh-menuduh. Pelbagai gelaran dilemparkan kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka seperti sesat, wahabi, ahli bid‟ah, liberal, kuburiyyun dan sebagainya (Farid & Man, 2012; Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2017; Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad, 2007; Saadan Man, 2018)

Kesan negatif daripada polemik ini telah memecahbelahkan masyarakat yang terkeliru sehingga berlaku situasi solat dua imam, pulau-memulau dan enggan menghadiri jemputan majlis perkahwinan (Abdullah, 2010; Shuib, 2007).

BEBERAPA ISU POLEMIK AMALAN HARIAN

Terdapat pelbagai isu yang menjadi perdebatan hangat antara kedua golongan ini. Jika diperhatikan dengan teliti, pertelingkahan itu hanya berlaku pada perkara

(7)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 44

furuk atau khilafiyyah bukan usul. Berikut adalah beberapa isu yang dibahaskan dalam polemik :

i. Status najis jilatan anjing

Ia merupakan isu khilafiyyah pertama yang dibahaskan di Malaysia. Isu jilatan anjing telah menjadi perbincangan hangat sehingga dianjurkan debat perdana di Istana Sri Cemerlang, Kelantan pada tahun 1937 berikutan fatwa yang diberikan oleh Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa kepada Sultan Kelantan yang membela anjing ketika itu. Beliau menyatakan jilatan anjing tidak perlu disamak kerana mengambil pandangan mazhab Maliki dan mengharuskan talfiq dalam masalah tertentu (Abdullah, 2010; Hassan, 1979).

Daripada perdebatan yang dianjurkan itu, Sultan Kelantan yang menjadi hakim tidak dapat memutuskan pemenang dan membiarkan masyarakat untuk memilih mana-mana pendapat antara pandangan ulama konservatif ataupun ulama islah (Hassan, 1979).

Isu kenajisan anjing sering menjadi perbincangan dan kerisauan masyarakat di Malaysia sebagai negara multi etnik dan agama. Persoalan ini timbul dalam perkara yang melibatkan kemudahan awam seperti berpindah ke rumah yang didiami sebelumnya orang yang membela anjing. Perlukah disamak seluruh rumah itu ? Atau hanya dicuci secara biasa ? Atau dibiarkan sahaja jika tiada kesan ?.

Perbincangan isu ini kembali hangat apabila kontroversi najis anjing di pusat membeli-belah yang berlaku pada tahun 2015 dan 2016 sehingga menyebabkan hampir 500 buah troli disamak kerana tidak dapat dipastikan troli yang terkena najis anjing (Sinar Harian, 2015, 2016).

ii. Status Wuduk Apabila Tersentuh Kulit Perempuan Ajnabi

Isu batal atau tidak wuduk seseorang apabila tersentuh kulit tanpa alas silang jantina ajnabi turut diperselisihkan antara dua golongan ini. Kaum Tua berpendapat bahawa wuduk terbatal jika bersentuh kulit lelaki dan perempuan ajnabi tanpa lapik secara mutlak. Sebaliknya, Kaum Muda berpegang dengan pandangan tidak batal wuduk itu pada keadaan yang sama (Abdullah, 2010).

Perbezaan pandangan dalam masalah ini bukanlah tercetus antara dua golongan ini, tetapi ia telah dibahaskan oleh Imam-imam mujtahid mazhab terdahulu. Mazhab Syafie menyatakan hukumnya batal wuduk apabila bersentuh kulit tanpa alas dan pandangan ini yang dipertahankan Kaum Tua dan masyarakat awam di Malaysia (Ghani, 2008).

(8)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 45 iii. Qunut dalam solat Subuh

Kaum Tua berpegang teguh dengan mazhab Syafie yang menyatakan bacaan Qunut dalam solat Subuh adalah sunat ab‟ad. Sebaliknya, Kaum Muda menganggap Rasulullah SAW tidak membacanya cara berterusan dalam solat Subuh dan boleh dibaca pada waktu lain terutama ketika dalam keadaan bahaya, yang dinamakan Qunut Nazilah. Pendapat Kaum Muda mengambil pandangan mazhab Ulama Hanafiyah dan Hanabilah berdasarkan hadis riwayat Anas bin Malik (Hadis riwayat Abu Daud, no hadis : 1445. Disahihkan oleh Al-Bani,Abu Daud, 2009):

ََق َمَّل َش َو ِهْي

َلَع ُالله ىَّلَص َي ِبَّىلا َّنَأ

َُه َكَزَت َّمُث اًزْه َش َتَى

“ Sesungguhnya Nabi SAW melakukan doa qunut selama sebulan

kemudian Nabi SAW meninggalkannya ” (Riwayat Abu Daud)

iv. Tahlil dan kenduri Arwah

Isu tahlil dan kenduri Arwah merujuk kepada perkumpulan di rumah keluarga si mati dan diadakan bacaan Yassin, zikir tahlil serta doa kepada arwah. Ada yang diadakan tiga hari berturut-turut bermula hari kematian dan mengulanginya pada hari ke-40, hari ke-100 dan seterusnya (Abdullah, 2010; Joll, 2014; Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad, 2007).

Amalan ini dipertahankan oleh Kaum Tua berdasarkan dalil-dalil umum sebagai hadiah kepada si mati dan menjamu makan kepada hadirin yang menyedekahkan pahala bacaan Quran dan tahlil (Joll, 2016) .

Bagi Kaum Muda, amalan tahlil dan kenduri arwah ditolak dan termasuk dalam bid‟ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW(Abdullah, 2010).

Malah terdapat pelbagai lagi permasalahan khilafiyyah yang dibahaskan seperti lafaz Usalli, lafaz Basmalah semasa bacaan Al-Fatihah, lafaz Saidina dalam tasyahud, bilangan jemaah solat Jumaat, bilangan rakaat solat Terawih dan banyak lagi. Kesemua isu yang diutarakan itu tiada penghujungnya kerana akhirnya masing-masing mempunyai sandaran dalil sama ada secara khusus ataupun dalil umum.

(9)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 46 FAKTOR PENCETUS POLEMIK AMALAN IBADAH HARIAN

Berdasarkan analisis terhadap pertembungan antara Kaum Tua-Kaum Muda serta isu-isu amalan harian yang menjadi pertelingkahan di Malaysia, dapat dikenalpasti beberapa faktor yang mencetuskan polemik ini seperti berikut :

Persepsi terhadap taklid dan ijtihad

Pendekatan taklid kepada sesuatu mazhab menjadi persoalan yang menimbulkan konflik antara Kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua berpendapat taklid adalah harus malah boleh menjadi wajib ke atas orang awam yang tiada kemampuan berijtihad (Al-Hafnawi, 1995; Jainal Sakiban Al-Jauhari, 2010; Mahaiyadin, 2017a). Hujah mereka adalah firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 43 :

ََنى ُمَلْعَت َلا ْمُتْى ُك ْنِإ ِز

ْك ِّذلا َلْهَأ اىُلَئ ْشاَف

“ Maka bertanyalah kepada Ahli Dzikri (orang yang berpengetahuan) sekiranya kamu tidak mengetahui.”

Menggali hukum-hakam fiqh daripada sumbernya iaitu Al-Quran dan Sunnah memerlukan kepada penguasaan ilmu alat yang kuat dan metodologi perumusan hukum (istinbat) yang kukuh dan kemampuan menghasilkan ijtihad yang tepat. Kerana inilah dinamakan seseorang itu sebagai Mujtahid. Maka adalah mustahil bagi orang awam meninggalkan taklid (Mahaiyadin, 2017a).

Pendapat ini disanggah Kaum Muda kerana taklid iaitu mengikuti suatu pandangan tanpa mengetahui dalil dianggap sikap pasif dalam beragama yang boleh menimbulkan salah faham dan penyakit fanatisme sehingga memecahbelahkan masyarakat (Man & Ali, 2005). Malah para Imam Mujtahidin yang menjadi ikutan itu menggalakan supaya dinilai pandangan dan hujah yang ada seterusnya memilih suatu pandangan dengan keyakinan (Za‟ba, 2017).

Taklid secara membuta-tuli boleh mengakibatkan pandangan yang dipilih itu sebenarnya datang dari Ulama muqallidun sesuatu mazhab yang adakalanya menyimpang dari pendapat Imam Mujtahid mazhab tersebut. Sebagai contoh, dalam isu berzikir secara berjemaah selepas solat, Imam Asy-Syafie menyarankan agar dilakukan zikir itu secara perlahan (Asy-Syafie, 1990). Akan tetapi di Malaysia khususnya, Ulama muqallidun mazhab Syafie menjadikan zikir berjemaah selepas solat sebagai amalan kerana menganggapnya suatu yang baik. Akhirnya ia diterima masyarakat sebagai amalan mazhab Syafie walaupun pada hakikatnya berlainan dengan pendapat Imam Asy-Syafie sendiri (Man & Ali, 2005).

(10)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 47

Taklid juga dilihat mengikat masyarakat pada sesuatu pandangan klasik yang mungkin tidak relevan dengan permasalahan kontemporari. Oleh itu, Kaum Muda membuka pintu ijtihad seluas-luasnya kepada mereka yang berkelayakan dalam menghasilkan penafsiran fiqh yang lebih tepat mengikut keperluan semasa. Ia selari dengan seruan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah tanpa meninggalkan khazanah ulama silam yang perlu dijadikan panduan. Kemampuan untuk berijtihad perlu digunakan sebaiknya sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyentuh mengenai pahala berijtihad (Hamka, 2010).

Bagi orang awam yang tidak berkelayakan untuk berijtihad, Kaum Muda mencadangkan konsep Ittiba‟ sebagai alternatif kepada taklild. Ittiba‟ menanamkan sikap positif terhadap masyarakat awam dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan beragama. Konsep Ittiba‟ menjadikan masyarakat lebih proaktif dan yakin dalam memilih pendapat fiqh serta dapat menghindari ajaran yang menyeleweng.

Persoalan berpegang dengan satu mazhab khusus

Legasi mazhab Syafie telah bertapak di Tanah Melayu selama lebih 700 tahun dan dijadikan pegangan rasmi dalam aspek ibadah, muamalat, pentadbiran, pendidikan dan kehakiman. Hal ini dilihat Kaum Tua sebagai kewajipan dalam memelihara pengamalan agama, membentuk keseragaman dan menjaga perpaduan.Tindakan keluar daripada mazhab menimbulkan kejanggalan dan rasa tidak selesa (Man & Ali, 2005).

Pandangan ini disanggah Kaum Muda dan melihat berpegang dengan satu mazhab khusus akan menyempitkan keluasan fiqh dan mengakibatkan timbulnya semangat fanatisme yang dilarang. Keengganan meninggalkan pandangan yang lemah pada mazhabnya kepada pandangan yang kuat pada mazhab lain merupakan tanda taksub kepada mazhab (K. Ahmad et al., 2017). Maka Kaum Muda mengusulkan konsep Talfiq yang menggabungkan pelbagai pandangan mazhab dalam memecahkan dominasi mazhab Syafie (Man & Ali, 2005; Shamsuddin & Sitiris, 2018).

Persoalan bid’ah

Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam memberikan definisi bid‟ah dan pembahagiannya. Natijahnya, kedua golongan ini saling mempertahankan pendirian masing-masing dalam melihat persoalan bid‟ah dengan pandangan yang sempit atau lebih luas.

Kaum Muda beranggapan bahawa semua perkara baru yang tiada bukti jelas daripada Rasulullah SAW adalah bid‟ah dan perlu ditinggalkan. Seruan

(11)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 48

kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dijadikan senjata dalam memerangi amalan tambahan yang tidak pernah dikerjakan Rasulullah SAW walaupun sekali (Abdullah, 2010).

Mereka sangat tegas dan sependapat dengan kata Ibnu Taimiyyah yang menyatakan bahawa melakukan sesuatu amalan tambahan dan melaziminya secara konsisten adalah bid‟ah atas dua sebab, yang pertama kerana dia beri‟tiqad bahawa apa yang diamalkan itu disyariatkan. Kedua, dia melazimi amalan yang tidak dilazimi oleh Rasulullah SAW (Mas‟od, n.d.).

Sebaliknya, Kaum Tua memilih untuk melihat persoalan bid‟ah dalam kerangka yang lebih luas. Golongan ini sependapat dengan pandangan Imam Asy-Syafie yang memperincikan bid‟ah kepada dua jenis melalui katanya :

، ٌدى ُم ْح َم َىُهَف َةَّى ُصلا َقَفا َو ا َمَف ، ٌة َم ْى ُم ْذ َم َو ٌة َدى ُم ْح َم : ِناَتَع ْدِب

ُةَع ْدِبلا

ََف

لا َخ ا َم َو

َ

ٌَمى ُم ْذ َم َى ُه َف اَه

“Bid’ah itu dua jenis : Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa-apa yang selari dengan Sunnah maka dia adalah bid’ah yang dipuji, dan Apa-apa-Apa-apa yang bertentangan dengannya (Sunnah) maka dia adalah bid’ah yang dikeji”

(Al-Asqalani, 1379).

Maka pada pendirian Kaum Tua, Bid‟ah itu terbahagi kepada dua, Bid‟ah Hasanah (Bid‟ah yang baik) dan Bid‟ah Mazmumah (Bid‟ah yang dicela). Bid‟ah Hasanah ialah perbuatan baru yang diadakan selari dengan Sunnah ataupun tidak bercanggah dengan Al-Quran, Sunnah, Athar Sahabat dan Ijmak, manakala Bid‟ah Mazmumah bertentangan dengan Sunnah atau bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Athar Sahabat dan Ijmak (Joll, 2014).

Oleh kerana Kaum Muda telah terjebak dengan semangat radikalisme, maka dengan mudah mereka mengkritik sesetengah amalan tradisi masyarakat yang tiada sandaran jelas dari Al-Quran dan Sunnah serta melabelkan semua perkara baru yang diada-adakan sebagai bid‟ah (Abdullah, 2010; Man & Ali, 2005). Kaum Tua mengakui bahawa ianya bid‟ah yang diada-adakan tetapi ia termasuk dalam kategori Bid‟ah Hasanah.

Perbezaan Pendekatan

Ketika Islam mula tersebar ke Tanah Melayu, para pendakwah menggunakan pendekatan dakwah penuh berhikmah dan secara berperingkat (Rahimin Affandi Abd Rahim, 2006). Hal ini penting kerana masyarakat melayu sebelum menerima Islam mengamalkan agama Hindu-Buddha selama lebih lima kurun (Noor, 2011).

(12)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 49

Pengaruh agama itu telah dibuang sedikit demi sedikit dengan penumpuan pada persoalan aqidah yang betul berbanding persoalan fiqh ibadah (Ramli, n.d.).

Buktinya dapat dilihat pada amalan pemujaan dewa dan roh yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat melayu sebelum menerima Islam. Amalan syirik itu tidak dibuang terus oleh pendakwah ketika itu. Apa yang berlaku ialah ianya diubah suai menjadi zikir tahlil dan jamuan makan bersama berbanding bacaan mentera dan persembahan korban kepada roh-roh sebelumnya. Hasilnya, proses Islamisasi masyarakat berhasil dengan kesabaran dan kebijaksanaan pendakwah (Deuraseh, 2010; Yaakub, Hamidon, Ruskam, & Zulkifli, 2018b). Pendekatan dakwah ini juga dipegang oleh Kaum Tua dalam memastikan kehidupan beragama masyarakat dalam keadaan yang harmoni dan seragam.

Sebaliknya, Kaum Muda menggunakan pendekatan radikal dan bersikap tergesa-gesa mengharapkan perubahan. Kelantangan mereka seolah-olah menafikan sumbangan ulama terdahulu dalam pembinaan kefahaman Islam masyarakat melayu (Rahimin Affandi Abdul Rahim, 2003; Yaakub et al., 2018a). Kegairahan mereka dalam menentang bid‟ah tanpa strategi dakwah dan ilmiah yang betul menyebabkan konflik hebat terjadi antara Kaum Tua dan Kaum Muda. Masyarakat yang keliru akhirnya memilih untuk bersama dengan amalan tradisi (Mahmood Zuhdi Abd Majid, 2007).

PERKEMBANGAN MUTAKHIR POLEMIK AMALAN IBADAH HARIAN

Pertembungan yang berlaku pada awal kemunculan polemik sejak kurun ke-19 masihi sehingga kini mengalami perubahan yang pantas walaupun terdapat graf turun dan naik. Mutakhir ini, polemik amalan ibadah harian di Malaysia dilihat mempunyai suasana yang berbeza dan lebih mencabar berbanding situasi sebelum ini atas sebab-sebab berikut :

Kemajuan Sains dan Teknologi

Sains dan Teknologi mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek amalan ibadah harian, kemunculan isu-isu kontemporari yang tiada nas mendesak para fuqaha untuk memberikan fatwa yang tepat berdasarkan hujah ilmiah yang kuat (Alias, Mohammad Azam, Mohd Zakhiri, & Mohamad Khari, 2016). Permasalahan-permasalahan baru fiqh dinamakan sebagai Qadaya

Al-Fiqhiyah Al-Mu’asirah yang bermaksud Isu-isu fiqh kontemporari.

Antara kesan penemuan sains moden terhadap fiqh ialah memberikan pemahaman baru terhadap beberapa istilah fiqh yang akhirnya menghasilkan fatwa-fatwa yang baru. Sebagai contoh, istilah al-Jawf yang dibahas ulama silam

(13)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 50

dalam isu perkara yang membatalkan puasa. Penemuan sains perubatan moden dapat memberikan fuqaha gambaran yang lebih jelas mengenai makna al-Jawf. Hal ini sangat signifikan kerana kaedah rawatan moden seperti suntikan dan dialisis menimbulkan persoalan terhadap status puasa seseorang. Maka jalinan antara dalil-dalil yang sahih dan penemuan sains perubatan menjadikan fatwa yang diberikan lebih diyakini (Mat & Ghani, 2012).

Kecanggihan teknologi dalam mencipta peralatan moden telah mengubah corak hidup dan keperluan masyarakat. Beberapa persoalan kontemporari dalam amalan harian yang timbul kesan daripada kemajuan teknologi adalah seperti berikut (Saud, 2014) :

a) Status kesucian air logi yang dirawat b) Status kesucian menggunakan dry cleaning

c) Kesan celupan pewarna rambut dalam bersuci d) Kesan gel rambut dalam bersuci

e) Tiub kencing bagi pesakit dalam bersuci

f) Penentuan arah kiblat menggunakan peralatan moden g) Solat atas kapal terbang

h) Jamak solat kerana menjalani pembedahan atau menjalankannya.

i) Status puasa bagi orang yang melihat matahari terbenam kemudian matahari muncul semula kerana menaiki kapal terbang.

j) Kesan ubat asma (nab) terhadap puasa

k) Ubat titis mata, telinga dan hidung terhadap puasa l) Status puasa penderma darah

Menurut Al-Sayis, terdapat dua jenis hukum syarak, pertama, hukum yang tetap dan tidak berubah walaupun berlaku perubahan setempat atau semasa. Kedua, hukum juz‟iyyah yang fleksibel dalam memelihara kepentingan hidup manusia. Oleh itu, Para fuqaha zaman ini menggunakan seluruh keupayaan mereka untuk berijtihad kerana isu-isu ini tiada nas yang jelas dari Al-Quran, Hadis, athar sahabat mahupun karya-karya ulama silam. Maka terhasil fatwa yang baru.

Peningkatan graduan luar negara

Peningkatan jumlah graduan Malaysia dari luar negara mencorakkan suasana fiqh amalan harian di Malaysia. Bantuan dana dari pihak kerajaan, swasta atau orang persendirian menyumbang kepada peningkatan jumlah ini. Berikut adalah statistik bagi graduan tempatan dari Timur Tengah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017) :

(14)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 51

Bil. Negara Timur Tengah Tajaan Persendirian Jumlah

1 Mesir 2,575 6,817 9,392 2 Jordan 653 730 1,383 3 Sudan 0 75 75 4 Kuwait 4 0 4 5 Yaman 0 452 452 6 Arab Saudi 324 0 324 7 Morocco 125 34 159 Jumlah 3,681 8,108 11,789

Statistik graduan tempatan dari Timur Tengah tahun 2017

Pelbagai bentuk kefahaman dan pengamalan fiqh amalan harian yang dipelajari dari tempat pengajian masing-masing dibawa masuk ke tanah air. Perasaan tanggungjawab dan amanah ilmu mendorong mereka untuk menyebarkan kefahaman fiqh amalan harian yang mungkin berbeza daripada kebiasaan masyarakat. Firman Allah SWT yang maksud :

“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya.”

( Surah Al-Taubah, 9 : 122)

Penyebaran Maklumat

Revolusi Industri 4.0 membuktikan bahawa penggunaan kemudahan teknologi dan internet khususnya telah merubah corak pemikiran, keperluan dan aktiviti harian masyarakat (Hamid, 2016; Yusoff & Hanafiah, 2015). Generasi Z (lahir 1995 – 2010) dan generasi Alfa (lahir 2010 hingga kini) lebih cenderung melayari internet bagi mendapatkan penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi termasuk kekeliruan agama kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa (Bencsik, Juhász, & Horváth-Csikós, 2016).

(15)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 52

Kemunculan isu-isu yang jarang berlaku menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat apabila ianya ditularkan. Sebagai contoh, terdapat seorang artis tempatan yang menunaikan solat di dalam kereta lalu disebarkan foto beliau oleh rakannya. Maka para ilmuan berbeza pandangan memberikan respon dan pencerahan terhadap isu yang berlaku (Sinar Harian, 2018). Walaupun isu seperti ini telah dijelaskan oleh ulama, namun apabila berlaku sesuatu peristiwa yang berkaitan, ianya akan kerap kali dibahaskan sehingga tercetus polemik.

Siri-siri ceramah yang dimuat naik dalam web-web dan media sosial tertentu sama ada siaran langsung ataupun tertunda menyebar luaskan pemahaman ibadah harian yang berbeza mengikut metodologi dan kecenderungan ilmuan tertentu. Jumlah tontonan yang dicatatkan lebih ramai daripada jemaah yang hadir di tempat kuliah (S. A. Ahmad & Radzi, 2016). Kepelbagaian pandangan ulama telah membuka mata masyarakat untuk menilai hujah-hujah yang diutarakan dan ia merupakan perkembangan yang baik dan disarankan demi menambah kefahaman ilmu agama (Mokhtar, 2018). Keadaan ini membentuk kefahaman masyarakat yang mungkin cenderung kepada pendapat-pendapat tertentu tanpa disedari oleh orang lain.

Terdapat kesan negatif terhadap masyarakat yang mengutamakan penerimaan ilmu agama melalui atas talian semata-mata. Antaranya ialah kebergantungan sepenuhnya pada pencerahan yang diterima melalui internet tanpa melihat kepada konteks yang difokuskan penceramah ataupun tanpa asas yang kukuh dalam pemahaman agama. Sikap ini akan mengakibatkan pendekatan

tatabbu’ rukhas iaitu memilih pandangan yang mudah atas dasar hawa nafsu bukan hujah dan dalil.

Dari sudut yang lain, berlaku penyelewengan yang disebarkan melalui media seperti sedutan-sedutan video ceramah agama yang dipotong-potong, poster-poster kontroversi, kenyataan-kenyataan fitnah sehingga menimbulkan salah faham terhadap fokus utama penceramah. Malah terdapat banyak berita palsu yang disebarkan mengeruhkan lagi keadaan (Hamid, 2016). Ini merupakan fitnah dan cabaran terbesar era ini dalam menilai (tabayyun) kesahan sesuatu maklumat sebelum menerima dan menyebarkannya.

Penghasilan Karya Ilmiah Mesra Masyarakat Awam

Penghasilan karya-karya kontemporari berkenaan ilmu fiqh dan usul fiqh dalam bahasa melayu menunjukkan usaha giat para ulama tempatan memberikan pencerahan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat. Usaha mensarjanakan masyarakat awam adalah langkah terbaik dalam menuju kebangkitan ummah. Maka, gambaran yang jelas mengenai hakikat bermazhab dan isu-isu khilafiyyah dijelaskan dengan bahasa yang lebih mudah agar ia difahami oleh masyarakat

(16)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 53

awam. Berikut adalah senarai penulisan terkini dalam usaha membentuk kefahaman yang bersifat wasatiy (sederhana) :

i. Ini Mazhabku : Bagaimana Saya Beriltizam Dengan Mazhab, karya Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin. Terbitan Inspirasi Media tahun 2017.

ii. Memahami Proses Istinbat Hukum Syarak, karya Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin. Terbitan Excelligent Resources tahun 2019.

iii. Khilafiyyah : Persoalan Dan Penjelasan, karya Muhadir Joll. Terbitan Inteam Publishing tahun 2016.

iv. Tajdid Menuju Transformasi : Sunah Tajdid Satu Kebangkitan Ummah, karya Fauwaz Fadzil Noor. Terbitan Telaga Biru tahun 2018.

v. Khilaf Ulama Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Adab-adabnya, karya Prof. Madya Mohd Saleh Hj Ahmad. Terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tahun 2007.

vi. Fatwa Dan Perbezaan Pandangan : Cabaran Dan Penyelesaian, karya yang menggabungkan kertas-kertas kerja terpilih dalam persidangan meja bulat anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIIM). Terbitan IKIM tahun 2018.

BEBERAPA CADANGAN PENYELESAIAN BAGI POLEMIK INI

Berdasarkan faktor pencetus polemik yang telah disentuh di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat tiga unsur utama yang perlu diperhatikan dalam mengusulkan cadangan penyelesaian bagi polemik ini iaitu :

1) Ilmu

Ilmu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. Bagi polemik amalan ibadah harian, masyarakat perlu mengetahui dan memahami perkara asas seperti berikut :

i. Hakikat dan kepentingan perbezaan pendapat fiqh (ikhtilaf fiqhi) Ikhtilaf fiqhi boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian pendapat para Mujtahid ketika mengeluarkan hukum Syarak daripada nas dengan menggunakan metod usuliyyah yang berbeza (Rosman, 2016). Ikhtilaf fiqhi adalah perkara yang

daruri dan diraikan dalam sebahagian kehidupan beragama. Terdapat ruang

perbezaan pendapat yang dibenarkan Islam dan ada ruang dilarang (Asy-Syafie, 1940). Polemik amalan ibadah harian yang berlaku di Malaysia melibatkan perkara cabang atau khilafiyyah itu termasuk dalam ikhtilaf yang dibolehkan.

Dari sudut praktikalnya, ikhtilaf fiqhi sangat diperlukan dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari terutama permasalahan yang tiada nas dengan solusi yang tepat berdasarkan realiti setempat dan semasa. Ini bagi

(17)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 54

membuktikan syariat Islam sentiasa releven dan merupakan penyelesaian kepada setiap permasalahan umat (Rosman, 2016).

Kefahaman tentang kepentingan ikhtilaf fiqhi dapat menyelesaikan isu taksub dan fanatisme. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan : “ Sesuatu yang boleh membantu untuk membina sikap terbuka ialah mengkaji perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ia bertujuan untuk mengetahui perbezaan pandangan mazhab dan kepelbagaian sumber pandangan tersebut. Setiap daripada mereka mempunyai hujah dan dalil berdasarkan keluasan ilmu mereka dalam syariat Islam itu sendiri. Oleh sebab itu, para ulama menyatakan, kita wajib mengetahui perbezaan pandangan fuqaha sebagaimana kita wajib mengetahui masalah yang mereka sepakati (ijmak). Sesungguhnya perbezaan pandangan mereka adalah rahmat, dan kesepakatan mereka adalah hujah. Berdasarkan kenyataan ini ada ulama menyatakan sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan pandangan ulama bukanlah seorang yang berilmu. Dan sesiapa yang tidak mengetahui perbezaan pandangan ulama tidak akan memahami ilmu fiqh sebaiknya “ (Al-Qaradawi, 2001).

ii. Hakikat dan fungsi mazhab

Istilah mazhab pula merujuk kepada institusi yang menyusun hukum-hakam fiqh dalam syariat Islam secara sistematik melalui metodologi ijtihad tertentu bagi mendisiplinkan masyarakat awam dengan pengetahuan dan pengamalan hukum syarak secara konsisten. Dalam bahasa yang mudah, mazhab adalah institusi pengajaran hukum syarak (Mahaiyadin, 2017a).

Keberadaan mazhab bukan bertujuan untuk mengikat, tetapi bagi mengekalkan integriti hukum syariat Islam dan mengelakkan daripada penafsiran tanpa disiplin ilmu yang boleh tersasar dari kehendak asal syarak (Rosele et al., 2015). Kejahilan dan salah faham terhadap hakikat bermazhab boleh mengakibatkan perpecahan dalam umat (Saadan Man et al., 2009; Salamon, Mustari, Mohamed, & Sayed Mahussin, 2003). Kepelbagaian mazhab sebenarnya menunjukkan kelenturan syarak yang mempunyai banyak alternatif dalam menyelesaikan masalah, bukan menunjukkan kecelaruan pemikiran (Farid & Man, 2012) sebagaimana ungkapan Prof Dr. Hamka :

Kita bersatu pada urat dan pada pohon.

Adapun jika banyak cabang kayu adalah itu alamat suburnya

(Hamka, 2010) Oleh itu, budaya berdialog secara ilmiah dan berhikmah perlu disuburkan dalam memberikan ruang yang harmoni bagi mencapai kebenaran dan manfaat buat manusia (Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2017; Saadan Man, 2018). Firman Allah SWT :

(18)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019) O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 55

ََر ِليِب َش ى

ل ِإ

َ

ُعْدا

َُن َص ْح

أ َي ِه ي ِت

َ

َّلاِب ْمُهْلِداَجَو ِةَى َصَحلا ِةَظِعْىَلماَو ِةَمْك ِحْلاِب َكِّب

ََني ِدَتْه

ُ ْلماِب ُمَلْعَأ َىُهَو ِهِلْيِب َش ْنَع َّلَض ْنَمِب ُمَلْعَأ َىُه َكَّبَر َّنِإ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah

kebijaksanaan dan nasihat peringatan yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih

mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk

(Surah An-Nahl, 16 : 125) Dalam menjayakan dialog ilmiah ini perlu diambil perhatian dalam beberapa perkara seperti menentukan objektif yang ingin dicapai menerusi dialog dan berusaha menjaga adab berdialog (Ibrahim, 2010). Pada era moden ini, masyarakat melihat ulama yang berselisih pendapat berhujah melalui alam maya bukan secara berdepan. Maka diharapkan dialog ini dapat menjernihkan keadaan dengan mencari titik pertemuan dan menjaga roh ukhuwah sesama muslim (Ibrahim, 2010).

2) Akhlak

Tanpa akhlak mulia, keharmonian dalam berbeza pendapat tidak akan tercapai walaupun mempunyai ilmu yang luas. Sepatutnya, orang yang berilmu adalah orang yang takutkan Allah sebagaimana firmanNya :

َكِل

َذَك ُهُهاَىْلَأ ٌفِلَتْخُم ِماَعْوَالأ َو ِباَوَّدلاَو ِساَّىلا َنِمَو

ٌَرى ُفَغ ٌزيِزَع َالله َّنِإ ُءا َم

َلُعلا ِهِداَبِع ْنِم َالله ى َ شْخَي اَمَّهِإ

“ Dan demikian pula di antara manusia, haiwan melata dan binatang ternakan ada yang berlainan jenis dan warna. Sesungguhnya orang yang merasa takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun “.

(Surah Fatir, 35 : 28)

Ikhlas Dan Tiada Pengaruh Hawa Nafsu

Orang yang takutkan Allah berusaha membersihkan jiwanya daripada penyakit hati dan menjaga akhlaknya. Menurut Al-Qaradawi, ikhtilaf yang dicela adalah yang berpunca dari aspek akhlak seperti merasakan takjub terhadap pandangan sendiri dan bersangka buruk kepada orang lain (Al-Qaradawi, 2001). Terdapat agenda tersendiri yang bersifat duniawi demi mempamerkan kehebatan diri,

(19)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 56

menjaga populariti atau reputasi di kalangan para pengikutnya sehingga ada yang sanggup mengorbankan prinsip (Saadan Man, 2018).

Maka, dalam mendepani konflik perbezaan pendapat, keikhlasan merupakan perkara asas yang mampu membawa kepada keharmonian sebelum menjalankan usaha-usaha mencari titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan (Ibrahim, 2010; Mohd Farid Mohd Shahran, 2018).

Contohi Salafussoleh

Sikap mulia dan kebijaksanaan para Salafussoleh dalam berbeza pendapat perlu dicontohi. Mereka bersikap terbuka, menjaga adab-adab berikhtilaf dan menghormati pandangan orang lain. Sebagai contoh, Imam Asy-Syafie pernah menunaikan solat Subuh di masjid Imam Abu Hanifah tanpa membaca Qunut dan tidak menyaringkan Basmalah kerana menghormati Imam Abu Hanifah (Mahaiyadin, 2017b).

Antara sikap Salafussoleh yang jarang ditemui pada generasi mutakhir ialah sifat mudah mengakui kesilapan sekiranya pandangan mereka ternyata menyimpang dari kebenaran (Saadan Man, 2018). Sifat ini menunjukkan keikhlasan mereka yang tinggi dan mementingkan kebenaran dalam apa jua keadaan.

Kesatuan umat Islam perlu menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang diambil mengatasi keghairahan mempertahankan pendapat sendiri pada perkara cabang. Hasan Al-Banna menukilkan satu asas kefahaman yang perlu ada pada isu ikhtilaf fiqhi dalam Usul 20. Dalam usul kelapan, beliau menyatakan :

Perbezaan pendapat fiqh dalam soal yang kecil tidak sepatutnya

menjadi sebab perpecahan. Ia tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak salah untuk menjalankan kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia tidak

menimbulkan pertelingkahan yang tidak diingini dan budaya taksub” (Al-Banna,

2003).

3) Pendekatan

Setelah bekalan ilmu dan akhlak mulia dimiliki, pendekatan yang tepat merupakan langkah berikut yang perlu diambil. Terdapat dua pendekatan utama yang dipilih sebagai cadangan penyelesaian polemik iaitu :

(20)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 57

i. Pendekatan Sederhana Atau Wasatiyyah

Menurut Al-Qaradawi, pendekatan wasatiyyah ialah mengimbangi antara sikap melampau dan terlalu meringankan (Al-Qaradawi, 2001). Sikap melampau sangat ditegah oleh Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW :

ََه

ََل

ََك

َُلما

ََتََى

َِ

ّط

َُع

ََنى

“Celakalah orang-orang yang melampaui batas (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali) ”

Kecenderungan segelintir pihak yang bersifat keras dan literal dalam mengeluarkan pendapat sehingga menyusahkan masyarakat. Di sudut yang lain, terdapat pihak yang bersikap terlalu longgar sehingga merungkaikan perkara yang disepakati ulama (Mohd Farid Mohd Shahran, 2018).

Antara sikap yang terdapat dalam pendekatan wasatiyyah ialah menjauhi taksub dan fanatisme terhadap individu atau kelompok tertentu. Kebenaran perlu dipertahankan walaupun ianya bersama pihak lain. Ini dapat dilakukan dengan memilih hujah yang lebih kukuh (Al-Qaradawi, 2001; Mohd Farid Mohd Shahran, 2018).

Keperluan meraikan realiti setempat dan semasa merupakan salah satu pendekatan wasatiyyah. Sesuatu hukum itu perlu disandarkan kepada realiti dengan mengimbangkan antara maslahat dan mudarat sebelum ianya diputuskan (Mohd Anuar Ramli, Muhamad Sayuti Mansor, & Lutfi Juwaini, 2015).

Pendekatan wasatiyyah dapat menghindarkan sikap mudah menuduh orang sebagai sesat kerana tindakan itu sebahagian daripada tanda ekstremisme dalam beragama. Tuduhan tanpa asas boleh menjatuhkan orang dan menyemarakkan api permusuhan (Saadan Man, 2018).

ii. Pendekatan Dakwah

Hasan Hudaibi melalui katanya yang terkenal menyatakan, “kita adalah pendakwah bukan penghukum” (Al-Hudaibi, 1977). Para ulama sebagai pewaris Nabi SAW dalam mengajarkan hukum agama, perlu juga mewarisi pendekatan dakwah yang Baginda SAW amalkan. Maka, Pihak yang berbalah perlu melihat pihak yang lain sebagai mad‟u bukan musuh dengan mengambil langkah berikut :

(21)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 58

a) Bina Hubungan Dan Kepercayaan

Komunikasi yang berkesan diperlukan dalam menyuarakan pendapat masing-masing dan menguruskan perbezaan pandangan. Ia seharusnya bermula dengan pembinaan hubungan yang baik dan kepercayaan antara sesama ulama dan masyarakat (Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abdul Ghafar Don, Adawiyah Ismail, & Abu Dardaa Mohamad, 2016).

Ulama kini perlu melihat budaya dan psikologi masyarakat melayu di Malaysia ketika menyampaikan ilmu dan mendidik mereka kerana setiap bangsa mempunyai keunikan tersendiri. Budaya, cara berfikir dan psikologi masyarakat di Timur Tengah berbeza dengan masyarakat di Malaysia (Mahaiyadin, 2017a).

b) Penyampaian Yang Mudah

Setelah hubungan dan kepercayaan antara kedua pihak terbina, penyampaian ilmu boleh dilakukan dengan memberikan pencerahan yang nyata dan mudah secara berperingkat. Perubahan yang berjaya membumi memerlukan strategi yang tersusun dan jangka masa yang panjang (Mahaiyadin, 2017a; Mohamad Zulkifli Abdul Ghani et al., 2016).

KESIMPULAN

Polemik amalan ibadah harian yang berlaku di Malaysia mempunyai latar belakang sejarahnya yang panjang dan mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman. Perbalahan ini berpunca dari perbezaan kefahaman dalam persoalan taklid dan ijtihad, persoalan mazhab dan bid‟ah serta perbezaan pendekatan yang dibawa. Perkembangan mutakhir menjadikan polemik ini semakin mencabar kerana kemajuan sains dan teknologi, peningkatan graduan dari luar negara dan penyebaran maklumat yang pantas tanpa sempadan. Usaha-usaha mensarjanakan masyarakat dikenal pasati melalui penerbitan karya-karya ulama tempatan. Beberapa cadangan penyelesaian polemik diusulkan pada tiga unsur utama iaitu ilmu, akhlak dan pendekatan. Ilmu mengenai hakikat ikhtilaf dan mazhab serta budaya dialog secara ilmiah wajar diadakan. Unsur akhlak mementingkan keikhlasan sebagai asas keharmonian dan mencontohi adab ikhtilaf salafussoleh. Pendekatan wasatiyyah dan dakwah dapat memacu perubahan umat ke tahap yang tinggi.

RUJUKAN

Abdullah, A. R. (2010). Sejarah Ikhtilaf Mazhab Di Malaysia : Suatu Kajian

Tentang Perkembangan Pemikiran Tajdid Dan Islah Di Malaysia. Shah

(22)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 59

Abu Daud. (2009). Sunan Abu Daud. Beirut: Dar Al-Risalah Al-Alamiyyah. Adam, F., Kadir, F. K. A., & Ahmad, W. I. W. (2010). Bidaah Dalalah : Konsep

dan Pengamalannya Dalam Masyarakat Melayu. Jurnal Pembangunan Sosial, 13, 103–114.

Adam, F., Khairi, F., Kadir, A., Abd, &, & Mohad, H. (2014). Al-Bid‟ah al-I‟tiqadiyyah: Faktor Kemunculannya Dalam Masyarakat Melayu dan Ruang Dakwah yang Masih Terbuka. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik. Retrieved from http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/18-Dakwah_Bidah_Dakwahetnhnicity.pdf

Ahmad, K., Abdullah, M., Ariffin, S., & Yusoff, M. Y. @ Z. M. (2017). Fanatik Beragama Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia: Analisis Berdasarkan Pemahaman Terhadap Fiqh Al- Hadith. HADIS : International

Reviewed Academic Jurnal, 7(14), 20–22.

Ahmad, S. A., & Radzi, M. S. M. (2016). Dakwah di Internet: Aplikasi Model Tetingkap Ekni (TtEKNI) Ke Atas Wacana Mesej Dakwah Di „Group Page ‟ Islamik Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas, 44–63.

Al-Asqalani, I. H. (1379). Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Al-Makrifah.

Al-Banna, H. (2003). Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Al-Hafnawi, M. I. (1995). Tabsir al-Nujaba’ bi Haqiqah al- Ijtihad wa al-Taqlid wa al-Talfiq wa al-Ifta’. Kaherah: Dar Al-Hadis.

Al-Hudaibi, H. I. (1977). Du’ah La Qudhah. Kaherah: Dar Tauzi‟ Wa Al-Nasyr Al-Islamiyyah.

Al-Jurjani. (1983). at-Takrifat. Lubnan: Dar Al-Kuttub Al-Ilmiyyah.

Al-Qaradawi, Y. (2001). As-Sohwah Al-Islamiyyah Baina Ikhtilaf Masyru’ Wa

Tafarruq Mazmum. Mesir: Dar Al-Syuruq.

Alias, A., Mohammad Azam, H., Mohd Zakhiri, M. N., & Mohamad Khari, O. (2016). Implikasi Isu-Isu Sains dan Teknologi Dalam Pembangunan Penyelidikan Fatwa Kontemporari. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2(1), 41–52.

Alwi, E. A. Z. E. (2010). Ajaran Sesat Di Malaysia. Jurnal Peradaban, 3(1), 1– 16.

Asy-Syafie, I. (1940). Ar-Risalah. Mesir: Maktabah Al-Halbi. Asy-Syafie, I. (1990). Al-Umm. Beirut: Dar Al-Makrifah.

Az-Zarqa‟, M. A. (2004). Al-Madkhal Al-Fiqhi Al-’Am. Damsyik: Dar Al-Qalam. Bakar, M. A. (n.d.). Amalan Taklid Kepada Mazhab Syafie Di Kedah : Satu

Tinjauan Ringkas, 1–11.

Bakar, M. A. (2006). Pengaruh Amalan Bertaqlid Kepada Mazhab Syafie Di Kalangan Orang Melayu Di Malaysia. ’Ulum Islamiyyah, 6(1).

Bencsik, A., Juhász, T., & Horváth-Csikós, G. (2016). Y and Z Generations at Workplaces. Journal of Competitiveness, 6(3), 90–106. https://doi.org/10.7441/joc.2016.03.06

(23)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 60

Berita Harian. (1963). Jangan Amalkan Mandi Safar Dan Minum Ayer Wafak - Seruan.

Deuraseh, N. (2010). Transformasi Amalan Perubatan Tradisional Melayu Perspektif Rukyah. Jurnal Perad, 3.

Faiz, F. (2016). Sufisme-Persia Dan Pengaruhnya Terhadap Ekspresi Budaya Islam Nusantara. Esensia, 17(1), 1–15.

Farid, I. A., & Man, S. (2012). Keterbukaan Bermazhab Dalam Realiti Di Malaysia : Keperluan Atau Kecelaruan ? Jurnal Syariah, 20(3), 289–308. Ghani, A. A. (2008). Pandangan Mazhab Fiqh Dalam Kes Batal Wuduk Apabila

Bersentuh Antara Lelaki Dan Wanita Bukan Mahram Semasa Tawaf : Satu Analisis. Jurnal Syariah, 16(2), 269–278.

Hamid, S. A. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Journal Of Social Sciences And Humanities, 1(Special Issue), 214–226.

Hamka. (2010). Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Shah Alam: Pustaka Dini.

Hassan, N. A. A. N. (1979). Perbahasan tentang jilatan anjing : suatu perhatian.

Jebat, 9.

Ibrahim, B. (2010). Perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh: Analisis terhadap pandangan al-Qaradawi. Jurnal Syariah, 18(1), 191–228.

Retrieved from

http://apium.um.edu.my/journals/journal_syariah/About_Syariah.php

Jainal Sakiban Al-Jauhari. (2010). Persoalan Mazhab : Kenapa Perlu Mengikut

Mazhab ?Majlis Agama Islam Negeri Johor. Johor.

Joll, M. (2014). Persoalan Bid‟ah Dan Khilafiah Dalam Konteks Umat Islam Di Malaysia. In Wacana Pendidikan Dan Kefahaman Fatwa Negeri Melaka 2014 (pp. 1–18).

Joll, M. (2016). Khilafiah : Persoalan Dan Penjelasan. Kuala Lumpur: Inteam Publishing.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Statistik Pelajar Malaysia Di Luar Negara 2017. Retrieved August 6, 2018, from http://mohe.gov.my/muat- turun/awam/statistik/2017-3/474-statistik-pendidikan-tinggi-2017-bab-6-pelajar-malaysia-di-luar-negara

Khoiri, K. (2017). ANTARA ADAT DAN SYARIAT (Studi Tentang Tradisi Mandi Safar di Tasik Nambus, Riau, ditinjau dari Perspektif Islam). Jurnal

Ilmiah Islam Futura, 16(2), 196–210.

https://doi.org/10.22373/JIIF.V16I2.873

Mahaiyadin, M. H. (2017a). Ini Mazhabku : Bagaimana Saya Beriltizam Dengan

Mazhab. Selangor: Inspirasi I Media.

Mahaiyadin, M. H. (2017b). Sumbangan Mazhab Fiqh Terhadap Perkembangan

Hukum Islam Serta Salah Faham Mengenainya.

Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2007). Mazhab Syafi‟i Di Malaysia : Sejarah, Realiti Dan Prospek Masa Depan. Jurnal Fiqh, (4), 1–38.

(24)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 61

Man, S., & Ali, A. K. (2005). Ikhtilaf Fiqhi Di Kalangan Aliran Syafi‟iyyah Dan Salafiyyah Di Malaysia : Analisis Retrospektif Terhadap Faktor Pencetus.

Jurnal Fiqh, 73–96.

Mandzur, I. (1993). Lisan Al-Arab. Beirut: Dar Sodir.

Mas‟od, M. A. (n.d.). Bid‟ah : Antara Dua Pendekatan. Jurnal Penyelidikan Islam.

Maszlee Malik. (2017). State “Salafism” in Malaysia: development of the “Sunnah” reform ideology in Perlis, Malaysia. International Journal of

Islamic Thoughts (IJITs), 6(1), 37–56. Retrieved from

http://irep.iium.edu.my/57598/

Maszlee Malik, & Hamidah Mat. (2017). The Historical Development of the “ Sunnah ” Reform Ideology in the State of Perlis , Malaysia. SAGE Open. https://doi.org/10.1177/2158244017726356

Mat, H., & Ghani, A. A. (2012). Kesan Rawatan melalui Suntikan ke atas puasa Pesakit The Effects of Treatment by Injection on Fasting Patients. Journal of Fiqh, 9(9), 65–86.

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Abdul Ghafar Don, Adawiyah Ismail, & Abu Dardaa Mohamad. (2016). Adab Ikhtilaf dalam Dakwah Islamiyah. Al Hikmah, 8(2), 148–165.

Mohd Anuar Ramli, Muhamad Sayuti Mansor, & Lutfi Juwaini. (2015). Pendekatan Wasatiyyah Bagi Menangani Ikhtilaf Fiqh Dalam Kalangan Masyarakat Islam Nusantara. In Moderate Islam for Universal Peace: An Experience in Southeast Asia (pp. 131–146).

Mohd Farid Mohd Shahran. (2018). Prinsip Dan Adab Perbezaan Pandangan Dalam Islam. In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan

Penyelesaian. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2017). Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam Menurut Taha Jabir Al-Alwani (1935-2016). Journal of Fatwa Management and Research, 9, 39–59.

Mokhtar, A. W. (2018). Mencari Kesepakatan Dalam Perbezaan : Talfiq, Taklid Dan Ijtihad. In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan

Penyelesaian (pp. 87–108). Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.

Mujieb, M. A., Tholhah, M., & Am, S. (1997). Kamus Istilah Fiqh. Selangor: Advance Publication.

Noor, A. M. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam Di Alam Melayu. Jurnal

Al-Tamaddun.

Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad. (2007). Khilaf Ulama ’ Dalam

Hukum Fiqh : Sebab Dan Adab-Adabnya. Pulau Pinang: Jabatan Mufti

Negeri Pulau Pinang.

Rahim, R. A. A. (2003). Institusi Pondok Sebagai Penjana Intelektual Ummah Di Kelantan, 202–212.

Rahim, R. A. A. (2006). Za‟ba dan Idea Tajdid Islam Di Malaysia : Satu Analisa Ringkas. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 187–231.

(25)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 62

Rahman, A. A. (2012). Kedudukan Amalan Khurafat Di Pulau Besar, Melaka Menurut Syarak.

Ramli, M. A. (n.d.). Islamisasi Di Tanah Melayu : Analisis Terhadap Proses Interaksi Antara Adat Dan Syariah Islam. In Wacana Budaya.

Rawi, M. M., Baharudin, H., Lubis, M. A., & Romli, S. A. (2015). Institusi Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia. In International Workshop And Conference Of Asean Studies On Islamic And Arabic Education And World Civilization.

Rosele, M. I., Ramli, M. A., Ariffin, M. F. M., & Marinsah, S. A. (2015). Legasi Mazhab Syafi‟i di Malaysia : Antara Kekangan Tradisionalisme Dan Tuntutan Liberalisme. In International Islamic Heritagu Conference (pp. 526–534).

Rosman, A. S. (2016). Pemahaman Terhadap Metodologi Ikhtilaf Fiqhi Ke Arah Menyelesaikan Isu Fanatisme. Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa,

7, 75–89.

Saadan Man. (2018). Prinsip Dan Kaedah Dalam Menangani Perbezaan Mazhab.

In Fatwa Dan Perbezaan Pandangan Cabaran Dan Penyelesaian2. Kuala

Lumpur: Penerbit IKIM.

Saadan Man, Abdul Karim Ali, Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli, & Inarah Ahmad Farid. (2009). Kesesuaian Pemikiran dan Amalan Mazhab Selain Syafi`i dalam Masyarakat Islam di Malaysia: Satu Analisis Awal. Jurnal Fiqh, 6(6), 21–40. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/12422/ Sagala, I. (2018). Extension of Religious Ritual Functions in Development

Process: Study of Mandi Safar in Air Hitam Ocean Indonesia. IOP

Conference Series: Earth and Environmental Science, 156(1).

https://doi.org/10.1088/1755-1315/156/1/012009

Salamon, H., Mustari, A. K., Mohamed, K. A., & Sayed Mahussin, S. A. (2003).

Kajian kesan perbezaan aliran mazhab ke atas kesatuan masyarakat islam.

Retrieved from http://eprints.utm.my/7866/1/71867.pdf

Saud, P. K. P. U. A.-I. M. bin. (2014). Mausu’ah Muyassarah fi Fiqh

Al-Qadaya Al-Mu’asirah. Saudi.

Shamsuddin, M. M. J., & Sitiris, M. (2018). Pengamalan Talfiq (Percampuran Mazhab) Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia. Journal of Education

and Social Sciences, 10(2), 37–44. Retrieved from

http://irep.iium.edu.my/65621/

Shuib, M. S. (2007). Cetusan Pendekatan Islam Hadhari Bagi Menangani

Ekstremism Islam Di Malaysia.

Sinar Harian. (2015). Viral gambar anjing : 500 troli kena samak. Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/semasa/viral-gambar-anjing-500-troli-kena-samak-1.427948

Sinar Harian. (2016). Giant kesal kes anjing dalam troli. Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/semasa/giant-kesal-kes-anjing-dalam-troli-1.473866

(26)

E-Journal of Islamic Thought and Understanding Volume 2 (2019)

O C T O B E R 2 0 1 9 h t t p : / / e j i t u . u i t m . e d u . m y / e - I S S N : 2 0 0 6 - 9 6 1 7 Page 63

Sinar Harian. (2018). Fathia solat dalam kereta jadi bualan.

Yaakub, M. A. M., Hamidon, A. H., Ruskam, A., & Zulkifli, A. H. (2018a). Keanjalan Amalan Fiqh Ibadah Di Malaysia. In International Conference

On Islamic Education : Rabbani Education (pp. 453–463).

Yaakub, M. A. M., Hamidon, A. H., Ruskam, A., & Zulkifli, A. H. (2018b). Perkembangan Fiqh Ibadah Di Malaysia. In International Conference On

Islamic Education : Rabbani Education (pp. 157–164).

Yusoff, M. Y. M., & Hanafiah, M. G. (2015). Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu Di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 31(312), 33–46.

Za‟ba. (2017). Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Edisi Khas). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental

Dari penelitian yang telah dilakukan maka diperoleh grafik hubungan antara suhu dan waktu reaksi terhadap viskositas biodiesel dan dapat dilihat pada Gambar 3

Objek yang merupakan variabel terikat atau variabel Y adalah keputusan berkunjung, sehingga penelitian ini meneliti pengaruh destination image (X) terhadap

Di samping itu guru juga memberikan keteladanan kepada anak sehingga anak akan dapat menyerap melalui panca inderanya untuk kemudian memahami dan melakukan seperti yang

Kata dīn yang berasal dari bahasa Arab, dīn memiliki banyak arti pokok, walaupun satu dengan yang lainnya terlihat seperti berlawanan, tetapi secara

Menggunakan visual fotografi yang simple dan modern dengan editing yang natural, menggunakan font Script pada bagian judul dan sans serif pada bagian isi, menggunakan

Dalam proyek pembangunan Kondotel Pekanbaru Park diperlukan biaya modal sebesar Rp. Pendapatan Kondotel Pekanbaru Park diasumsikan bahwa tingkat hunian hotel sebesar

Laboratorium Eco Material 57 Berdasarkan perhitungan berat, jika berat jenis beton normal diketahui berdasarkan pengalaman yang lalu, maka berat pasir yang dibutuhkan