• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Profesionalisme Kaunselor Dalam Perkhidmtan Kaunseling Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Isu Profesionalisme Kaunselor Dalam Perkhidmtan Kaunseling Sekolah"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Isu Profesionalisme Kaunselor Dalam Perkhidmtan Kaunseling Sekolah

Mhd Subhan, Salleh Amat, Wan Syarmiella

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baharu Bangi, Selangor, 43600 Malaysia

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan kaunseling merupakan mempunyai peranan yang sangat penting di sekolah terutamanya untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan negara dan menyahut cabaran wawasan 2020. Profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling bertujuan untuk membantu klien mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi, menggalakkan komunikasi, menolong mengubah tingkah laku klien, dan membantu klien membuat keputusan. Antara isu-isu yang disampaikan adalah profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah yang merupakan agen of cange dan agen of controlling untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti, Seimbang dan harmonis dalam menjalani kehidupan ini. Didapati ramai kaunselor yang tidak diakui profesionalismenya dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah. Dikeranakan guru besar dan guru mata pelajaran selalu memberi amanah yang tidak sesuai dengan tugas pokok sebagai profesionalisme kaunselor. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini akan menerangkan latar belakang, definisi operasional profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling sekolah, konsep, teori-teori, dapatan kajian lepas yang berkaitan, perbincangan dan kesimpulan serta cadangan bagi meningkatan kefahaman tentang profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah dan terakhir kesimpulan untuk kertas konsep ini. Oleh itu, pada tahap saat ini perlu di kolaborasikan komponen sekolah dengan kaunselor dalam mecapai matlamat bersama dan perkhidmatan kaunseling dalam profesionalisme kaunselor harus dilaksanakan dengan baik kerana sangat penting dan di perlukan di sekolah.

Keywords:profesionalisme kaunselor, pekhidmatan kaunseling, Sekolah Indonesia

*Correspondence author. Tel: +01125616290

(2)

1. PENGENALAN

Kualiti perkhidmatan kaunseling dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor intelektual, kestabilan emosi dan kemantapan rohani. Perkara ini selari dengan falsafah pendidikan negara indonesia yang menekankan kepentingan pembentukan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Salah seorang pengkaji indonesia menerangkan bahawa kita semua sedar dan faham, bahawa pendidikan merupakan salah satu aset kehidupan berbangsa dan bernegara bagi seluruh manusia. Selain daripada itu, perkembangan kaunseling di indonesia tidak akan terlepas dari undang-undang dan sistim pendidikan nasional (UUSPN). Legal atau tidaknya suatu profesi di tentukan dengan undang-undang tersebut. Apabila suatu profesi tidak memiliki dan atau tidak tercantum dalam UUSPN maka profesi tersebut di nilai tidak legal namun apabila tercantum maka di nilai legal dan memiliki dasar hukum. Perkhidmatan kaunseling Indonesia juga harus menjadi pilar kehidupan yang menjadi perkhidmatan profesional sesuai dengan undang-undang republik Indonesia nomor 20 tahun 2013 pasal 1 ayat 6 iaitu "Pendidik adalah tenaga kependidikan yang berkualifikasi sebagai guru, pensyarah, kaunselor, pamong belajar, tutor, instruktur, fasilitator, dan sebutan lain yang sesuai dengan kekhususannya, serta berpartisipasi dalam menyelenggarakan pendidikan.yang kuat. (Sabar Rutoto, 2009; Allam, 2010; Undang-undang sistim pendidikan nasional/UUSPN, 2013).

Pada awalnya sejarah kaunseling yang bermula di Amerika Syarikat pada abad ke-20. Peranan kaunselor pada masa itu ditandai dengan pelayanan kaunseling, khususnya berkenaan dengan pemilihan dan penyiapan kerjaya untuk memasuki kerjaya tertentu. (Nurgent, 1981) menyatakan bahawa pada perkembangan profesi kaunseling di Amerika Syarikat melalui enam tahap yang masing-masing menampilkan pemahaman tersendiri terhadap profesionalisme kaunselor iaitu:

1. Tahap pertama 1900 – 1920 : Awal dari Kaunseling Sekolah.

2. Tahap kedua, 1920 – 1940 : Pengaruh Pendidikan Progresif terhadap Kaunseling. 3. Tahap ketiga, 1940 – 1960 : Awal dan perkembangan Kaunseling Psychology. 4. Tahap keempat,1960 – 1970 : Usaha Profesionalisme.

(3)

2. LATAR BELAKANG

Isu atau cabaran yang berkaitan dengan profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah umumnya telah banyak dilapor dan diperkatakan. Antara masalah yang wujud berkaitan dengan profesionalisme kaunselor sekolah ialah kaunselor juga kadangkala kurang disenangi oleh guru-guru mata pelajaran dengan tuduhan beban tugas mereka ringan kerana tidak menjadi guru kelas, perkhidmatan kaunseling dijadikan bahan sambil lewa dengan alasan yang paling berkesan mengajar murid ialah ‘tidak logik’ dan terdapat juga guru-guru mata pelajaran yang sentiasa merujuk masalah muridnya kepada kaunselor tanpa henti-henti walaupun masalah tersebut kecil dengan alasan dwi peranan dan kurang arifnya perkhidmatan kaunseling di sekolah iaitu “dia tak ada kerja, jadi kita kenalah bagi dia kerja” (Ching Mey: 1996, Myrick: 2001, Baker; 2000, Andy Frederick 2007,) Ditambah lagi dalam kajian (Zuria Mahmud, 1998), iaitu perasaan cemburu dari guru-guru lain kerana kaunselor kurang mengajar, kaunselor diminta melakukan tugas-tugas lain yang kurang berkaitan dengan khidmat kaunseling (Zulmahari Merawi, 2003).

Keseluruhan hasil laporan pelbagai kajian ini berkaitan dengan kerjasama pelbagai pihak terhadap menegakkan satu bentuk profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling sekolah di indonesia dan pihak-pihak yang penting dalam hal ini contohnya pentadbir sekolah/atau guru besar, penolong guru besar, penyelia petang dan guru-guru lain di sekolah dan yang paling penting ialah penampilan kaunselor itu sendiri dalam memantapkan kemahirannya serta keberkesanan program yang dijalankan kaunselor di sekolah. Di dalam kajian (Johari, 2009) juga menerangkan bahawa keberkesanan kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah rendah atau SD dan menengah atau SMP dan SMA juga mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan ragam guru-guru dan pentadbir sekolah sendiri. Bukan semua pentadbir atau guru besar sekolah rendah dan menengah memahami perkhidmatan kaunseling yang murni tentang peranan kaunselor di sekolah. Antaranya ialah:

1. Guru besar memaksa kaunselor mengajar sepenuh masa, 2. Memaksa kaunselor menjadi guru ganti setiap hari, 3. Menjadikan bilik kaunseling setor buku,

(4)

4. Tidak memahami erti dan kepentingan perkhidmatan kaunseling di sekolah,

5. Menganggap sepi tentang perkhidmatan dan tidak mempercayai perkhidmatan kaunseling,

6. Kaunselor mengajar murid-murid yang gagal mengatasi 3R kerana ketiadaan guru pakar, 7. Kaunselor sentiasa mengetuai dan mengiringi murid bagi aktiviti luar sekolah seperti

sukan,

8. Perbahasan dan sambutan hari kebesaran dan sudah tentu kaunselor mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral kerana semasa di institut perguruan mereka memang didedahkan kepada pengajaran Pendidikan Moral.

Situasi-situasi seperti inilah terutama dalam hal yang berkaitan dengan kerana pentadbir yang tidak memahami konsep kaunseling menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan dilema, konflik, serba salah dan demi menjaga periuk nasi mereka, mereka bersikap pasrah serta mengikut sahaja kerana guru besar yang sering bertukar. kebanyakan guru besar mempunyai kerenah yang berbeza, termasuk menjadikan bilik kaunseling yang kondusif kepada stor buku. Keadaan ini menyebabkan tempat kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah kurang berkesan.

Dengan demikian, apabila seorang pelajar dan guru mata pelajaran serta pengetua di sekolah itu mengetahui peranan perkhidmatan kaunselor sebenar di unit bimbingan dan kaunseling, maka secara tidak langsung pelajar tersebut sedar bahawa kaunselor adalah merupakan yang paling banyak tugas di sekolah dan tempat yang tepat untuk berkongsi masalah yang terjadi di sekolah. Oleh itu, profesionalisme kaunselor dalam perkhitmatan kaunseling di sekolah mempunyai peranan yang sangat penting dan sepatutnya banyak klien yang mengunjungi unit bimbingan dan kaunseling. Dalam kajian nya (Normala, et al. 2005) juga telah menghuraikan bahawa rendahnya tahap kepercayaan akan memberi persepsi negatif terhadap perkhidmatan kaunseling terutama dalam aspek kerahsiaan. Selain itu, ada juga pelajar yang bermasalah dan guru mengetahui tetapi tidak mahu berkongsi dengan pihak kaunselor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah.

(5)

3. DEFINISI OPERASIONAL Perkhidmatan Kaunseling

Menurut (Sidek Mohd Noah, 2002), perkhidmatan kaunseling adalah sesuatu yang utama dan menjadi keperluan terutamanya melibatkan pelajar sekolah. Masyarakat dan pihak sekolah kebanyakannya berpegang dan berpendapat bahawa perkhidmatan kaunseling merupakan satu keperluan kerana lebih menekankan aspek perkembangan seseorang. Selain daripada itu, perkhitmatan kaunseling merupakan proses hubungan dan interaksi dua hala iaitu individu yang meluahkan masalah psikologi kepada kaunselor yang terlatih. Dalam perkhitmatan kaunseling banyak proses perhubungan menolong secara profesional mengikut prinsip-prinsip psikologi dan mematuhi kod etika kaunselor bagi membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri (Amaludin Abdul Rahman, 2008).

Pada masa sekarang makna kaunseling masih bermacam-macam maksud bahkan konsep kaunseling dimaknakan secara tidak tepat, maka timbul banyak rungutan dan kritikan. Di pelbagai sekolah profesi kaunseling yang belum bersepadu banyak menimbulkan hambatan pentadbiran. Terutamanya dalam tugas yang tidak jelas dan malahan ada yang mengetahui tugasnya tapi tidak mahu menjalankan tugasnya dgn baik. Hal inilah yang menimbulkan persepsi bahawa kaunseling adalah suatu yang dapat dilakukan tanpa persiapan terlebih dahulu dan tanpa ketrampilan yang khusus. Kaunseling merupakan pelayanan yang tidak unik dan dapat dilakukan oleh siapapun juga, oleh ahli-ahli lain, oleh orang setengah ahli, atau bahkan oleh sukarelawan yang tidak tahu ujung pangkal kaunseling. Kaunseling memberi layanan yang semestinya bersifat profesional terapeutik dalam pelaksanaannya.

Perkhidmatan kaunseling di sekolah yang sering mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat ialah perkhidmatan kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok. Kaunseling individu merupakan hubungan antara dua orang dengan kemahiran kaunselor untuk mewujudkan situasi pembelajaran kepada klien dengan cara yang memuaskan dan berfaedah kepada masyarakat. kaunseling kelompok adalah sama taraf dengan kaunseling individu yang mana

(6)

bertujuan untuk membantu individu dalam menangani masalah yang dihadapi dan secara tidak langsung membantu perkembangan diri seseorang atau pun kelompok. Pemilihan dan penentuan perkhidmatan kaunseling ini adalah berdasarkan permasalahan yang dihadapi dan kesesuaiannya dengan pendekatan yang digunakan selaras dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang kaunselor (Tolbert 1972; Corey,1997; Rafidah Aga dan Noh, 2005).

Profesionalisme kaunselor

Dalam kajian (Md. Shuaib, 1995; Johari, 2009) menyatakan bahawa profesionalisme kaunselor mendefinisikan sebagai kaunselor yang menggunakan pengetahuan dan teknik dalam sesi kaunseling untuk tujuan menolong individu berubah daripada keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya. Contohnya program-program kauselor memberi pencegahan yang dijalankan di sekolah dapat mengurangi pelbagai masalah tegar murid seperti cubaan bunuh diri, lari dari rumah, membantu murid-murid yang menjadi mangsa buli di sekolah, meningkatkan konsep kendiri murid, di samping membina locus of control yang kukuh, pencapaian akademik murid di sekolah mendapatkan pengaruh dari khidmat kaunseling membina jangkaan kerjaya murid pada masa akan datang dan membentuk pelajar lebih berdisiplin dan mengurangkan tingkah laku agresif serta membina kemahiran sosial positif (Hadley 1988; Omizo & Omizo 1988; Verduyn, et al. 1990; Lee 1993; Mau, et al. 1998; Hanish & Guerra 2000; Jones, Baker et al, Rose & Rose 2001).

Dengan adanya profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah akan membantu klien mengertahui dan memahami dirinya sendiri. Menggalakkan komunikasi, menolong, mengubah tingkah laku klien, membantu klien membuat keputusan, menimbulkan rasa penerimaan dalam diri klien, membentuk kemahiran daya tindak klien, memperbaiki imej diri yang negatife dalam diri, membantu klien berfikir rasional, membantu dan memperkembangkan bakat dan minat klien dan membantu klien memperbaiki perhubungan dengan orang lain (Aluwis, 2012; Gustissa Ardian, Tri Umari, Rosmawati, 2013).

(7)

Konsep dan Teori Dalam Perkhidmatan Kaunseling

Penggunaan teori dalam perkhidmatan kaunseling merupakan suatu yang penting dan tidak boleh diabaikan. Penggunaan teori memberi peluang kepada profesionalisme kaunselor merangka pelan tindakan dalam membantu klien. Melalui penggunaan teori, kaunselor akan dapat menjalankan intervensi secara teratur dan profesional. Dengan berpandukan teori, kita memberitahu orang lain bahawa kita tidak menggunakan ilmu secara sembarangan, “because to function without theory is to operate without placing events insome order and thus to function meaninglessly” artinya kerana untuk melakukan fungsi perkhidmatan kaunseling tanpa teori sama ada untuk beroperasi tanpa meletakkan peristiwa dalam beberapa perintah dan dengan itu untuk perkhidmatan kaunseling menjadi sia-sia (Hansen et, al. 1986; Brammer et al. 1993).

Jadual 1. Konsep profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling (Counseling Skill : Charkuff, 1999) 1. Attending Mempersiapkan, Positioning : jarak, kecondongan, kontak mata Mengamati : tingkatan intelektuallitas, energi dan perasaan Mendengarkan : siapa, apa, mengapa, kapan, dimana, bagaimana 2. Responding Merespon terhadap isi, Merespon terhadap perasaan, Merespon terhadap pemaknaan Emphaty, respect, genuiness, concreteness 3. Personalizing (personalizing meaning), (personalizing problem) (personalizing goal) 4. Initiating Menetapkan tujuan Mengembangkan program Mendesain jadwal Reinforcement Tahap-tahap individualisasi 1. Involving Menyatakan diri secara verbal dan non verbal Menyatakan materi yang bersifat pribadi Memahami tujuan konseling Mengetahui peran konselor 2. Explorating Situasi saat ini, Pemaknaan saat ini Alasan-alasan saat ini 3.understanding Memahami (personalized meaning), (personalized problem), (personalized goal) 4. Acting - Menetapkan tujuan (konkrit, dapat diukur, bermakna) - Mengembangkan langkah-langkah tindakan (alternatif primer, sekunder, tersier) - Perubahan perilaku (positif, dapat diukur, konstruktif) Skill Kaunselor Skill Klien

(8)

Menurut (worthington et al. 1993; Gladding, 2004; Zakaria 2010), menyatakan bahawa penggunaan teori dalam sesi kaunseling dianggap sebagai satu kemestian yang merupakan kaedah signifikan dalam sesi kaunseling bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah dan juga sebagai alat yang berperanan untuk membantu kaunselor dalam memahami diri pelajar sebagai klien dalam melaksanakan sesi kaunseling. Teori membolehkan kaunselor untuk mengawal pemikirannya dengan teratur dan dapat membantu kaunselor meneroka permasalahan yang dihadapi oleh murid, teori-teori yang digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam kaunseling individu iaitu: boleh menggunakan teori psikoanalitik, terapi existential dan gestalt, terapi adlerian, terapi berpusatkan klien, terapi reality, terapi kognitif-tingkahlaku, REBT. (Zainudin et al 2011; Corey, G. 2012).

Kaunseling merupakan suatu proses yang melibatkan hubungan dua arah antara kaunselor profesional dengan individu yang memerlukan bimbingan iaitu klien Terdapat pelbagai teori yang diaplikasikan untuk membantu klien dalam proses bimbingan dan kaunseling. Menurut (Salleh et al 2005; Sapora Sipon et al 2011) antara teori-teori yang senantiasa mendapat perhatian di kalangan kaunselor yang profesionalisme adalah :

1. Psikoanalisis Freud (Sigmund Freud) 2. Psikologi Individu (Adlerian)

3. Terapi Eksistential (Victor Frankl, Rollo May, & Irvin Yalom) 4. Pendekatan Berpusatkan Klien (Carl Roger)

5. Terapi Gestalt (Frederick S. Peris) 6. Terapi Realiti (William Glasser) 7. Rasional Emotif Terapi (Albert Ellis) 8. Terapi Transaksional (Eric Berne)

Menurut kajian (Myrick 2001; Paw Eng See et al 2008; Noriah et al 2008), seorang kaunselor perlu memiliki pelbagai teknik dan mahir dalam beberap teori supaya dapat memberikan bimbingan yang baik kepada klien mereka, kaunselor juga perlu mahir

(9)

membentuk Profesionalisme kaunselor dalam mencari solusi untuk membantu klien. Penggabungan teori itu juga merupakan cara yang lebih efektif kepada kaunselor dalam membantu klien mereka.

Dalam kajian (Pifalo 2005; Rogers 1996; Paw Eng See et al. 2008), menyatakan bahawa Kejelimetan kaunselor dalam menggabungkan teori menjadikan kaunselor tersebut lebih kreatif, dan klien akan merasa puas dengan bimbingan yang diberikan oleh kaunselor .tetapi tidak menafikan terdapatnya halangan di kalangan kaunselor untuk menguasai dan mengaplikasikan pelbagai teori dalam satu waktu. Bahkan terdapat pandangan yang menyatakan ramai di kalangan kaunselor yang faham dengan pelbagai teori tetapi mereka membabi buta dalam penggunaan teori yang mereka fahami itu, tanpa diteliti apakah teori itu sesuai dengan klien ataupun sebaliknya (Muhd. Mansur 1997). Menurut beliau terlalu sedikit kaunselor yang melakukan penelitian dan memprediksi tentang perkhidmatan kaunseling dalam profesionalisme kaunselor di sekolah.

4. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam dapatan kajian dan perbincangn menunjukkan bahawa kaunselor sudah seharusnya berkolaborasi dan melibatkan pihak cikgu yang mengajar mata pelajaran di sekolah serta lingkungan sekitar untuk mengembangkan pendidikan mulai dari penyusunan kurikulum sampai dengan pelaksanaan dan evaluasinya. Laporan hasil resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 2004, anjuran (MAPIN) mimbar permuafakatan ibu bapa nasional adalah “satu daripada kaedah menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah yang kini semakin serius ialah dengan melantik lebih ramai guru bimbingan dan kaunseling agar jumlahnya sesuai dengan bilangan pelajar (Mohd Feroz 2004; Berita Harian, April 2005; sabar rutoto, 2009; Amla, Noriah 2010).

Menurut laporan tersebut, guru kaunseling sebagai golongan profesional yang dilatih khas dalam hal membantu manusia bermasalah, adalah bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal memantau disiplin pelajar malah menerangkan halatuju pendidikan serta peluang-peluang kerjaya pelajar di masa hadapan. Pandangan di atas membuktikan tingginya harapan masyarakat

(10)

terhadap kepemimpinan guru-guru kaunseling khasnya dalam membina kecemerlangan pelajar secara holistik.

Secara amnya dapatan kajian menunjukkan bahawa profesionalisme kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling sekolah sama ada kaunselor lelaki mahupun perempuan banyak yang kurang dalam aplikasi kaunseling di sekolah. Dan tahap kesedaran yang bagus menggambarkan guru-guru kaunseling mempunyai matlamat hidup yang jelas berikutan pegangan nilai kebertanggungjawaban dan keredhaan kepada pencipta (Noriah et al.2004). Daripada data yang diperolehi,dari hasil kajian (Cross dan Khan, 1983; Zakaria Mohamad, 2010) didapati bahawa yang paling banyak digunakan dalam perkhidmatan kaunseling oleh kaunselor-kaunselor ialah pendekatan teori Pemusatan Klien (Carl Rogers), iaitu sebanyak 13.7%.

Di tambah lagi dalam orientasi teori utama yang dipegang oleh psikiatri, psikologi dan pekerja sosial ialah eklektik, humanistik (Pemusatan Klien), tingkah laku dan kognitif (REBT). Teori pemusatan klien menjadi pilihan kaunselor berkemungkinan disebabkan ia bersesuaian dengan budaya klien malaysia. Kriteria yang terdapat pada teori pemusatan klien seperti mendengar, berempati, melayan, kongruen, terima tanpa syarat, taraf kaunselor yang sama dengan klien membuatkan ia sangat serasi dengan masyarakat di sini. Adapula teori yang paling sedikit digunakan iaitu teori Adler sebanyak 1.2%. Berkemungkinan teori Adler pula kurang digunakan kerana ia memerlukan kaunselor meneroka pengalaman lepas dan hal kekeluargaan klien. Pada budaya asia kurang menggalakkan seseorang bercerita tentang peristiwa lalu terutama yang melibatkan perkara-perkara yang pahit dan ingin dilupakan (Dana, 1993).

Selain itu menceritakan perihal keluarga kepada orang luar seolah-olah memburukkan keluarga sendiri (Sue dan Sue, 1990; Paniagua, 1998). Dalam Teori Adler terdapat banyak konsep-konsep yang perlu diingati oleh kaunselor. dan juga banyak yang tidak menggunakan teori Gestalt dikeranakan teknik yang digunakan untuk kaunseling sesuai dalam penjara. Teori gestalt tidak sesuai untuk mengadakan perkhidmatan kaunseling disekolah. Di sekolah ramai pelajar menggunakan perasaan, dan berpikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh

(11)

Mengenai kecekapan dan sikap profesionalisme kaunselor dalam perkhitmatan kaunseling dalam kajian (Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng, 2011) menghuraikan bahawa bagi memastikan kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya, kaunselor perlu mempunyai kecekapan dan sikap yang tertentu iaitu:

a. Pengetahuan dan Pemahaman tentang permasalahan yang ada pada klien.

yang mendalam tentang permasalahan yang dihadapi oleh klien. Dikeranakan pengetahuan dan pemahaman permasalahan klien amat diperlukan oleh kaunselor agar mereka tahu apa yang dialami oleh klien.

b. Pengetahuan tentang penggunaan alat ukuran

apabila diperlukan untuk mengetahui maklumat klien. Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam mentadbir dan membuat interpretasi terhadap ujian keupayaan, sikap, pencapaian, minat, nilai, personaliti, dan konsep kendiri. Pengetahuan tentang ujian-ujian ini adalah penting kerana alat-alat ini dapat membantu kaunselor memahami klien dengan lebih mendalam.

c. Sikap Kaunselor.

Kaunselor perlu menilai sikap mereka sendiri terhadap berlainan golongan. Mereka perlu berasa selesa dengan sikap mereka terhadap semua klien. Sikap positif, empati dan kefahaman, serta penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap semua klien yang hadir ingin mengadakan perkhidmatan kaunseling adalah penting dalam menjayakan kaunseling.

d. Bersedia Menjadi Terbuka dan Ikhlas.

Kaunselor mestilah bersedia untuk bersikap terbuka terhadap semua klien. Dengan cara itu, kaunselor dapat membantu klien membina kekuatan diri dan bersedia berhadapan dengan kenyataan serta cabaran-cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi, di samping memberi motivasi untuk mereka terus berusaha.

e. Menjadi Kreatif dan Proaktif.

Kaunselor akan berhadapan dengan lebih banyak cabaran. Kaunselor perlu sentiasa kreatif dalam menangani masalah dan kemungkinan-kemungkinan yang akan ditempuhi. Klien juga perlu proaktif dalam membantu menangani masalah-masalah yang dihadapinya.

(12)

5. CADANGAN Kaunselor

- Menempatkan kaunselor berdaftar untuk menjalankan sesi kaunseling secara individu dan kelompok serta kaunseling keluarga secara efektif. Bagi mengaplikasikan semua kemahiran yang ada untuk merangsang perkembangan individu dan ahli kelompok secara holistik (Sidek et al., 2005).

- Kaunselor seharusnya tidak terlepas pandang terhadap kumpulan pelajar cemerlang yang menganggap mereka sebagai kumpulan yang tidak mempunyai masalah kerana mereka tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri tanpa bantuan kaunselor (Normala et al., 2005). - Menjalankan program untuk menjelaskan tujuan, manfaat dan matlamat kaunseling serta

faedah yang akan diperolehi oleh pelajar dan juga pihak sekolah (Rafidah dan Noh, 2005)

Pihak Sekolah

- Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti keperluan pelajar yang memerlukan pertolongan. Maklumat boleh diperolehi daripada pengetua, guru-guru, ibu bapa, fail-fail peribadi pelajar juga pelajar itu sendiri (Rafidah dan Noh, 2005).

Ibu Bapa

- Ibu bapa disarankan untuk mempraktikkan gaya keibubapaan yang bersesuaian seperti pendekatan campuran (autoritatif, autoritarian dan permisif) terhadap anak-anak berdasarkan tahap umur tertentu (Nik Hairi et al. 2012).

6. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian berkaitan perkhidmatan kaunseling dalam profesionalisme kaunselor di sekolah. Perkhidmatan kaunseling ini merupakan salah satu cara yang telah digunakan terutamanya oleh kaunselor sekolah bagi membendung dan mengenal pasti punca sebenar berlakunya di sekolah. Hal ini disebabkan, individu-individu yang terlibat dengan

(13)

pendidikan, dan kreatifitasnya dapat dijadikan starting point perubahan tersebut. Insya Allah apa yang dilakukan oleh kaunselor akan menjadikan amal ibadah demi anak bangsa dan negara.

Menurut (Zainuddin et al. 2008), perkhidmatan kaunseling secara profesional didapati meninggalkan kesan yang positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Ini membuktikan bahawa para kaunselor mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca masalah di sekolah. Perkhidmatan kaunseling ini perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu remaja yang memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Oleh itu, dapat kesimpulan bahawa perkhidmatan kaunseling dalam profesionalisme kaunselor sangat penting dan di perlukan di sekolah. Setiap pelajar disekolah tentunya memiliki masalah peribadi atau masalah keluarga. Dengan adanya perkhidmatan memberi kemudahan kepada pelajar untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(14)

RUJUKAN

Aluwis. 2012.Pengaruh Konseling Individu Terhadap Resiliensi Siswa Kelas VIIIa SMP Negeri 1 Kecamatan Siak Hulu Kabupaten Kampar.Skripsi Fakultas Keguruan dan Ilmu

Pendidikan. Universitas Riau.

Amaludin Abdul Rahman. 2008. Perkhidmatan kaunseling:Pendekatan dalam hikmah berdakwah, hlm. 3-5. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Amla, Noriah. 2010. Mohd Feroz. 2004. Kementerian diminta tambah kaunselor pantau disiplin.

Berita Harian. 25 Disember : 6.

Bimo Walgito, 2004. Bimbingan dan Konseling di Sekolah. Yogyakarta : Penerbit Andi.

Corey, G. 2013. Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. Belmont: Brooks/Cole-Thomson Learning.

Dewa Ketut Sukardi, 2008. Pengantar Pelaksanaan Program Bimbingan dan Konseling di Sekolah.Jakarta: Rineka Cipta

Gustissa, Tri Umari, Rosmawati, 2013.Pengaruh Bimbingan Kelompok Terhadap Resiliensi Siswa Perempuan Di Kelas Viii Smp Negeri 8 Pekanbaru Tahun Pelajaran 2012/2013 Jurnal Pendidikan, UR. Universitas Riau

Gladding, S.T. 2004. Counseling a comprehensive profession. 5th edisi 2004.. Pearson/Merill Prentice Hall.

Johari Talib. 2009. Profesionalisme Kaunselor Sekolah Rendah, MALIMBil. 10

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng, 2011 Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya,Atikan,1(2)

Lukman Moidin 2005. Pengetahuan kaunseling dan perkhidmatan unit bimbingan dan

kaunseling di sekolah. Seminar Kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia Kali ke 2. Hotel City Bayview: 30 Mei-2 Jun.

Muhammad Wangid. 2010. Peran Konselor Sekolah Dalam Pendidikan Karakte. Cakrawala Pendidikan, Th. XXIX, Edisi Khusus Dies Natalis UNY

Myrick, R. D. 2001. Bimbingan dan kaunseling perkembangan: Pendekatan yang praktis.Terj. Zuraidah Abd. Rahman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nugent, F.A. 1981.Contemporary theories of personality. Asian Theoris of personality dalam R. Corsini (ed) Itasca. ILL ; Peacock.

Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazli Ayob. 2012.Pengujian Model Gaya Keibubapaan Baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Journal of Social Science and Humanities, 7 (10): 105-120.

Noriah Mohd. Ishak. 2005. Pengurusan kecerdasan emosi (EQ) an pembangunan kendiri pelajar. Seminar Pengetuaan Kebangsaan. Auditorium Kampus Kota, Universiti Malaya. 11 & 12 Mei.1

Noormala Ali, Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. 2005. Pendekatan Temubual sebagai metod kajian kes. Suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan cemerlang terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.3rdInternational Qualitative Research

Convention.Johor Baharu: Sofitel Palm Resort.

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Noh Haji Amit. 2005. Penyelesaian masalah secara berkelompok: Sebab-sebab penggunaan dan cadangan pengendalian kaunseling kelompok berkesan.

(15)

Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. 2011. Teori kaunseling dan psikoterapi. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sabar Rutoto. 2009. Peran Guru Pembimbing Dalam Mengimplementasikan Pengembangan Diri Siswa Pada Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan, Mawas. Indonesia.

Sidek Mohd Noah, Nordin Kardi, Mohd Yusoff Ahmad, Shamsudin Hussin & Halimatun Halaliah Mokhtar. 2005. Status dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di semenanjung Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7: 143-165.

Taip abu, Abdul halim Othman 2009. Kaunseling Untuk Kesejahteraan – Satu Kajian Kes Perkhidmatan Kaunseling Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun/June 2009 (1 - 17)

Paw Eng See, Noriah Mohd Ishak & Salleh Amat. 2008. Lukisan sebagai proses diagnosis dan intervensi rawatan dalam sesi kaunseling. Jurnal PERKAMA, vol.14. hlm. 1-22. Kuala Lumpur: Persatuan Kaunseling Malaysia.

Zainuddin Abu, Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2008. Pendekatan kaunseling menangani masalah kebebasan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi: Dua kajian kes.

Jurnal Pendidikan, 33: 107-123.

Zakaria Mohamad, 2010. Pola pengetahuan, kefahaman dan penggunaan teori di kalangan

kaunselor di Malaysia.Jurnal Kemanusiaan bil.15 Jun 2010.

www.fppsm.utm.my/jurnal-kemanusiaan.html.

Zuria Mahmud. 2005. Perlunya kaunselor sekolah menjalankan sesi kaunseling Hotel City Bayview: 30 Mei-2 Jun.

Referensi

Dokumen terkait