• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1525

Persepsi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional

Asnul Dahar Bin Minghat & Siti Azwanee binti Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

______________________________________________________________________________ Abstrak

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor - faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional, keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 132 orang pelajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah α = 0.85. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 3.58), faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional (min = 3.59) dan faktor keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional (min = 3.57) berada pada tahap sederhana manakala bagi faktor suasana pembelajaran (min = 3.76) pula menunjukkan pada tahap yang tinggi.

Kata kunci : Orang kurang upaya, Pendidikan Khas, Latihan Kemahiran Vokasional, Pendidikan Teknik

dan vokasional.

____________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan termasuklah juga untuk golongan Orang Kurang Upaya. Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada orang yang mengalami keterbatasan mobilisasinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana ataupun berat), penglihatan dan pendengaran (Rosmawati, 2008).

Corresponding author. Tel: +607 5534178 E-mailaddress: asnul@utm.my

(2)

1526

Golongan ini perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Lokman et al., 2009). Mereka ini perlu diberi perhatian dan galakan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain (Sabilah Wahab, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warganegara tanpa mengira latarbelakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di antara peluang-peluang pendidikan yang di beri ialah Pendidikan khas yang di sediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuklah yang mengalami kecacatan pendengaran; dan juga matapelajaran vokasional disediakan bagi murid yang berminat (Mohd Rizal dan Muallimah, 2008).

Hallahan dan Kauffman (1997) menyatakan definisi Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.

Menurut Sang (2000), Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar.

Ekoran daripada perkembangan pesat dalam bidang pendidikan, terutamanya bidang pendidikan teknik dan vokasional, pelajar-pelajar khas juga mempunyai hak dan keistimewaan untuk belajar seterusnya menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara, Pelajar-pelajar khas perlu diberi peluang belajar secara formal kerana ia membantu kerajaan menyediakan tenaga sumber manusia berkualiti suatu hari nanti (Jusma Jaafar, 2004). Ia selari dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) iaitu memberi peluang yang sama bagi psikologi seimbang pada pelajar,

(3)

1527

melahirkan masyarakat bersatu padu, berdisplin dan terlatih serta pelajar mempunyai perkembangan optimum individu (Ruzanna Mohd Nasir dan Suhaida Abd Kadir, 2013).

LATAR BELAKANG MASALAH

Pihak kerajaan telah memperkenalkan Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Malaysia 2008 - 2020, yang terkandung didalamnya salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kapasiti latihan adalah menawarkan program latihan yang sesuai kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memberi peluang kepada golongan ini memiliki kemahiran yang sesuai dan seterusnya menyertai pasaran pekerjaan.

Didalam Pelan ini juga terkandung program mengintegrasikan OKU ke dalam masyarakat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal perlu ditingkatkan. Pada masa ini, peluang amat terhad terhadap OKU untuk mengikuti latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran sedia ada. Pihak Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan yang penting bagi meneliti semula bidang kemahiran yang bersesuaian mengikut tahap ketidakupayaan mereka untuk dipadankan dengan program yang bersesuaian dengan suasana perindustrian negara agar mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Usaha ini selaras dengan Akta OKU di mana ianya memberi hak kepada mereka untuk diterima oleh masyarakat, meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan vokasional, pekerjaan, persekitaran bebas dari halangan serta akses kepada ICT. Kemahiran-kemahiran yang diberikan bagi golongan ini perlu bersesuaian dengan kemajuan negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini (Ku Seman, 2007). Menurut Rosmawati (2008), golongan kurang upaya sering diabaikan oleh masyarakat tidak kira dalam pekerjaan, kemahiran, keperluan asas dan sebagainya kerana sifat mereka yang tidak sempurna.

Bagi membela nasib mereka, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Model Ekonomi Baru (MEB) telah mengadaptasi sistem pendidikan vokasional Perancis sebagai model dalam sistem pendidikan vokasional dan kemahiran di Malaysia untuk membantu golongan miskin dan kurang upaya menjana pendapatan tinggi (Ahmad Esa, 2010).

(4)

1528

Jurusan kemahiran yang disediakan ialah Jurubina Bangunan, Pelukis Pelan (Senibina), Juruelektrik (Domestik dan Industri), Juruteknik Teknologi Elektrik Industri, Juruteknik Sistem Komputer dan sebagainya. Latihan Vokasional pula adalah seperti Pembangunan Aplikasi (Pengaturcaraan), Rekabentuk Rangkaian Komputer, Penjaga Jentera Elektrik dan sebagainya.

Haslina (2008) menyatakan bahawa program-program pemulihan dan latihan asas kemahiran vokasional yang ditawarkan kepada golongan OKU dapat membantu OKU untuk berdikari menguruskan kehidupan harian, menjana pendapatan sendiri dan merancang kehidupan masa depan yang terjamin. Perkara ini dapat menghalang masyarakat daripada memandang rendah terhadap mereka. Pada peringkat awal, program pendidikan khas adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas mempelajari dan menguasai kemahiran hidup (Anizam Mohamed Yusof et al., 2012).

Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran, serta Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik, manakala bagi pendidikan menengah pula menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Terdapat dua jenis sekolah dibawah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional, iaitu Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi dan Sekolah Khas. Sekolah Program Integrasi adalah satu program dimana pelajar-pelajar menyesuaikan diri ke dalam sistem persekolahan yang tidak menyediakan ruang dan kemudahan untuk pengubahsuaian. Ia dijalankan dengan kerjasama Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Harian yang mana sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi.

Terdapat enam buah sekolah dibawah kategori sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Vokasioanal (ERT) Azizah, Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor, Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak,

(5)

1529

Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan, dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.

Manakala bagi Sekolah Khas pula, sebanyak tiga buah sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura Kulai, Johor dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Baharom Mohamad, 2011).

Menerusi program pendidikan ini, pelajar berkeperluan khas berpeluang memperoleh kemahiran-kemahiran berkaitan dengan akademik, komputer, sosial, kehidupan, pravokasional dan vokasional (Zainudin Mohd. Isa, Noraini Salleh, dan Ramlee Mustapha, 2009). Pendidikan serta latihan vokasional yang diberi ini merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan keupayaan golongan pelajar berkeperluan khas dalam persediaan ke alam pekerjaan.

Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada mereka dalam bidang kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan. Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal. Usaha ini dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan.

Menurut Pengerusi Pusat Sumber Orang Kurang Upaya Malaysia, Wan Mohd Omar, kajian Disability Researh Center tahun 2001 mendapati bahawa golongan kurang upaya di Malaysia yang telah mendapat pendidikan khas dan pendidikan vokasional di pusat-pusat latihan kerajaan dan swasta, namun masih sukar menempatkan diri mereka sebagai pekerja di sektor awam mahupun swasta akibat daripada kekurangan fizikal (Utusan Malaysia, 2003).

Keadaan ini telah mendorong sesetengah individu kurang upaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bagi OKU yang cuba menempatkan diri dalam pasaran buruh, minat, perhatian dan motivasi peserta kursus adalah kritikal kepada kejayaan sebarang program latihan (Winfrey, 2002).

(6)

1530

Kemahiran yang dimiliki oleh OKU ini menjadi satu kelebihan buat mereka sebagi satu nilai tambah atau membuka peluang buat mereka untuk dimanfaatkan dalam mencari peluang pekerjaan. Ini adalah selari dengan matlamat dan fungsi utama pendidikan vokasional bagi pelajar berkeperluan khas iaitu menerapkan kemahiran yang boleh memberi mereka peluang memperoleh pekerjaan untuk hidup berdikari (Walls & Fuiimer, 1997). Justeru itu, pelajar berkeperluan khas boleh memperoleh dan mengembangkan kemahiran untuk mengatasi cabaran hidup serta berupaya menjadikan mereka individu yang produktif.

Mereka perlu yakin bahawa kemahiran yang dimiliki dapat membantu mereka untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Hall (2010) menyatakan bahawa keyakinan diri yang rendah menjadi punca OKU tidak dapat menyediakan diri untuk menjawat jawatan dalam organisasi. Keadaan ini mendorong majikan untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada pekerja normal untuk menjawat sesuatu pekerjaan.

Penyataan Masalah

Tidak semua OKU dapat menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan, tiada pengalaman bekerja, penguasaan kemahiran yang rendah dalam kalangan OKU antara alasan yang menyebabkan golongan ini tidak diterima bekerja dan penerimaan sektor industri terhadap golongan ini berada pada tahap sederhana (Zainolrin Saari, 2005). Kajian menunjukkan pendidikan vokasional mampu membantu pelajar berkeperluan khas dalam mendapatkan kemahiran dan berperanan sebagai persiapan untuk mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan (Krajewski & Callahan, 1998).

Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang timbul iaitu adakah golongan pelajar berkeperluan khas ini yang mengikuti latihan vokasional ini bersedia untuk memasuki alam pekerjaan setelah mereka menamatkan persekolahan kelak? Adakah kemahiran yang diperolehi hasil daripada latihan vokasional yang diikuti dapat menjadikan seseorang pelajar itu mempunyai

(7)

1531

keyakinan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan? Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar di sekolah pendidikan khas vokasional ini terhadap latihan kemahiran vokasional yang diikuti.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar-pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Justeru itu, kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut:

i. Mengenalpasti minat pelajar khas terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

ii. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar khas terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa hadapan mereka.

iii. Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya.

iv. Mengenalpasti faktor suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk dan Instrumen Kajian

Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian deskriptif. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Mohd. Majid (1994) menyatakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soalan-soalan yang digunakan adalah soalan yang diubah suai daripada soalan kajian yang telah digunakan oleh pengkaji terdahulu.

Set Soal Selidik ini adalah soalan yang diubah suai mengikut kesesuaian dan tahap bahasa golongan kurang upaya. Soal Selidik yang digunakan merujuk kepada set soalan yang

(8)

1532

digunakan oleh Dayana (2009). Nilai Alpha (Cronbach) bagi kajian rintis yang dijalankan adalah 0.85. Menurut Mohamad Najib (1999), kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi sekiranya nila Cronbach-Alpha melebihi 0.80. Oleh itu, hasil set soal selidik ini sesuai digunakan dalam kajian. Penyelidik telah menggunakan skala Likert untuk melihat respon pelajar dimana responden bebas memilih jawapan daripada satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada 196 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), bagi bilangan populasi 196 orang, bilangan sampel yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya 132 orang. Oleh itu, sampel kajian ini adalah sebanyak 132 orang. Pemilihan sampel dibuat dengan menggunakan persampelan rawak mudah.

ANALISIS DATA Bahagian A

Bahagian ini membincangkan mengenai latar belakang responden yang mengandungi 5 item berkaitan latar belakang responden. Aspek yang cuba dianalisis tertumpu kepada jantina, bangsa, tempat tinggal kategori kecacatan dan tingkatan yang diikuti pelajar berkeperluan khas. Analisis data yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan supaya ia lebih mudah untuk diteliti.

Jadual 1 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut jantina. Bilangan responden lelaki adalah seramai 68 orang (51.5 peratus) berbanding 63 orang responden perempuan(47.7 peratus).

Jadual 1: Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi Peratus

Lelaki 68 51.5 %

(9)

1533

Jadual 2 pula menunjukkkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut bangsa. Berdasarkan Jadual 2, majoriti responden terdiri daripada golongan Melayu, iaitu seramai 119 orang dengan peratusan sebanyak 90.2%. Manakala responden yang berbangsa Cina pula seramai 8 orang iaitu 6.1%, bangsa India seramai 4 orang (3.0 %) dan seorang bagi bangsa lain-lain (0.8%).

Jadual 2: Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut bangsa

Bangsa Frekuensi Peratus

Melayu 119 90.2 %

Cina 8 6.1 %

India 4 3.0 %

Lain-lain 1 0.8 %

Jadual 3 pula menunjukkkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut tempat tinggal. Berdasarkan Jadual 3, bilangan responden yang tinggal di kawasan luar bandar adalah seramai 67 orang (50.8 peratus) berbanding 65 orang responden tinggal di kawasan bandar (49.2 peratus).

Jadual 3: Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut tempat tinggal

Tempat Tinggal Frekuensi Peratus

Luar Bandar 67 50.8 %

Bandar 65 49.2 %

Jadual 4 pula menunjukkkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut kategori kecacatan. Berdasarkan Jadual 4, bilangan responden bagi kategori masalah pendengaran adalah seramai 77 orang (58.3 peratus) berbanding 55 orang responden kategori masalah pembelajaran (41.7 peratus).

Jadual 4: Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut kategori kecacatan

Kategori Kecacatan Frekuensi Peratus

(10)

1534

Masalah Pembelajaran 55 41.7 %

Seterusnya, jadual 5 menunjukkkan taburan frekuensi dan peratus responden mengikut tingkatan. Berdasarkan Jadual 5, bilangan responden yang berada di tingkatan 5 adalah seramai 54 orang (40.9 peratus) berbanding 78 orang responden tinggal di kawasan bandar (59.1 peratus).

Jadual 5: Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut tingkatan

Tingkatan Frekuensi Peratus

Tingkatan 4 54 40.9 %

Tingkatan 5 78 59.1 %

Bahagian B

Purata Min bagi persoalan kajian

Jadual di bawah menunjukkan taburan min keseluruhan persoalan kajian bagi faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional, keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional serta suasana pembelajaran. Secara keseluruhannya, bagi faktor minat, faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan dan faktor keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional mempunyai tahap sederhana. Walaubagaimanapun, bagi faktor suasana pembelajaran, ia menunjukkan pada tahap yang tinggi. Hasil daripada analisis yang dilakukan, dapatan kajian yang diperolehi seperti dalam jadual 3 dibawah:

Jadual 6: Purata Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian

Pembolehubah Nilai min Tahap

Adakah terdapatnya minat yang tinggi dikalangan pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan?

3.58 Sederhana

Adakah pelajar menyedari kepentingan latihan kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa hadapan?

3.59 Sederhana

(11)

1535

kemahiran vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya?

Adakah faktor suasana pembelajaran mempengaruhi persepsi pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan?

3.76 Tinggi

PURATA 3.63 Sederhana

Berdasarkan Jadual 6, tahap penilaian responden berdasarkan skor min telah mendapati bahawa nilai purata skor min bagi persoalan kajian 1 adalah pada aras sederhana iaitu sebanyak 3.58. Dapatan ini menunjukkan bahawa minat yang tinggi dikalangan pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan berada pada tahap sederhana.

Bagi persoalan kajian 2 pula, hasil dapatan yang diperoleh turut menunjukkan tanda aras sederhana dengan nilai skor min sebanyak 3.59. Dapatan ini turut menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional yang dijalankan dalam menentukan masa hadapan berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelajar masih tidak diberi pendedahan kepentingan latihan kemahiran yang dipelajari dalam membentuk kerjaya mereka.

Purata keseluruhan skor min yang diperolehi bagi persoalan kajian 3 adalah sebanyak 3.57 juga menunjukkan pada tanda aras yang sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan untuk diaplikasikan dalam kerjaya adalah pada tahap sederhana.

Manakala untuk persoalan kajian 4 pula, nilai skor min adalah sebanyak 3.76 iaitu suasana pembelajaran d a r i s e g i k e m u d a h a n p e r a l a t a n , t e n a g a p e n g a j a r d a n k a e d a h m e n g a j a r mempengaruhi persepsi pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan iaitu berada pada tahap yang tinggi.

(12)

1536

Pengkaji membincangkan dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data yang diperolehi melalui set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Perbincangan difokuskan kepada empat faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan iaitu faktor minat, faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional, faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional dan faktor suasana pembelajaran.

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, faktor minat, faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dan faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional berada di tahap sederhana, manakala faktor suasana pembelajaran berada di tahap tertinggi dengan nilai min 3.76.

Analisis Data Persoalan Kajian 1

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa minat pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan berada pada tahap sederhana. Secara purata, nilai min yang diperolehi adalah 3.58. Minat pelajar terhadap latihan kemahiran ini boleh dilihat dari sudut adakah latihan yang diikuti ini menarik, tumpuan pelajar terhadap pengajaran guru, rasa seronok untuk hadir, pengetahuan sedia ada dan aktiviti amali yang dijalankan.

Dapatan kajian yang diperolehi ini bertentangan dengan dapatan oleh Rosni dan Nur Hidayu (2009) yang mengkaji persepsi pelatih Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru terhadap program vokasional di Pusat Serenti. Dapatan mereka menunjukkan pelatih di Pusat Serenti ini mempunyai minat yang tinggi dalam mengikuti latihan kemahiran vokasional yang dijalankan.

Minat merupakan aspek yang penting dalam membuat pilihan bidang kemahiran yang ditawarkan. Pemilihan pelajar terhadap sesuatu bidang kemahiran yang diceburi perlulah atas dasar diri sendiri dan bukan desakan atau pengaruh dari mana- mana pihak kerana ia akan mempengaruhi pencapaian dan usaha pelajar dalam bidang yang diceburi (Rashid dan Dayana, 2009)

(13)

1537

Minat adalah daya penggerak yang mendorong pelajar supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan (Crow dan Crow, 1980). Manusia lebih cenderung untuk belajar dengan baik apabila mereka berminat dengan sesuatu perkara.

Minat boleh dianggap sebagai pendorong yang mengekalkan usaha dan permainan, pelajaran dan tugasan kerana minat menyebabkan seseorang itu dapat memilih sesuatu perkara atau pekerjaan. Menurut Ee Ah Meng (1988) dalam Asnul dan Rabiah (2010) apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

Sharifah Alwiah (1984) pula menyatakan bahawa minat adalah penggerak atau kecenderungan untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda, seseorang atau kegiatan. Ia berupaya menimbulkan daya usaha yang tinggi kepada seseorang. Sebagai seorang OKU, seharusnya pelajar-pelajar ini dapat menguasai kemahiran yang telah diberi agar ianya dapat dijadikan satu kelebihan buat diri mereka dalam mendapatkan pekerjaan yang baik dan berdikari.

Ini disokong oleh kenyataan Yahya dan Norliza (2010) menyatakan bahawa minat merupakan faktor terpenting dalam menjamin kejayaan seseorang yang mengambil mata pelajaran teknik dan vokasional ini. Latihan kemahiran yang disediakan oleh pihak kerajaan dan NGO ini bertujuan untuk menyediakan golongan OKU bukan sahaja kemahiran asas malah kemahiran yang dapat menyediakan golongan ini ke arah pasaran terbuka dan industri global (Chua dan Koh, 1992).

Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar latihan kemahiran yang diberikan kepada golongan OKU ini dapat memberikan impak yang positif bagi mereka berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Analisis Data Persoalan Kajian 2

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa kesedaran pelajar terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional yang dijalankan berada pada tahap sederhana. Secara

(14)

1538

purata, nilai min yang diperolehi adalah 3.59. Dalam konteks kajian ini, kesedaran yang dimaksudkan adalah pelajar memahami dan tahu keadaan yang sebenar iaitu mengetahui dan memahami bahawa latihan kemahiran vokasional yang mereka pilih amat penting dalam menentukan masa depan mereka.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, didapati bahawa pelajar kurang kesedaran bahawa latihan kemahiran yang ditawarkan membantu mereka dalam mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Latihan kemahiran yang dijalankan dirasakan tidak mencukupi dalam menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

Dapatan kajian ini bercanggah dengan kenyataan oleh Krajewski & Callahan (1998) yang menyatakan bahawa pendidikan vokasional mampu membantu pelajar berkeperluan khas dalam mendapatkan kemahiran dan berperanan sebagai persiapan untuk mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya (2004), menunjukkan bahawa latihan kemahiran vokasional merupakan program yang penting dan berkesan untuk pelajar menimba pengetahuan dan kemahiran sebagai bekalan ilmu untuk diri pelajar.

Golongan OKU ini harus sedar bahawa pendidikan vokasional merupakan latihan asas kepada pekerjaan yang sesuai dengan kekurangan mereka. Ini disokong oleh kenyataan Anizam et.al, (2013) menyatakan bahawa program pendidikan vokasional dapat memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas untuk memperoleh ilmu dan latihan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan. Matlamat dan fungsi utama pendidikan vokasional bagi pelajar berkeperluan khas iaitu menerapkan kemahiran yang boleh memberi mereka peluang memperoleh pekerjaan untuk hidup berdikari (Walls & Fuiimer 1997).

Analisis Data Persoalan Kajian 3

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa pelajar mempunyai tahap keyakinan yang sederhana terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan untuk

(15)

1539

diaplikasikan selepas tamat tempoh latihan. Secara purata, nilai min yang diperolehi adalah 3.57. Mereka kurang berkeyakinan untuk diterima bekerja disebabkan mereka tidak pasti terhadap penerimaan majikan untuk menerima mereka sebagai seorang orang kurang upaya.

Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian oleh Yahya dan Faizah (2006) yang mengkaji aspirasi pekerjaan para pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Dapatan kajian yang mereka perolehi menunjukkan pelatih mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Pelatih-pelatih ini mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat mengaplikasi kemahiran yang diperoleh untuk digunakan apabila bekerja nanti.

Pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia itu akan belajar dengan lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkan (aplikasi) segala kemahiran baru dan pengetahuan yang mereka perolehi khasnya untuk latihan kerja di mana kemahiran-kemahiran khusus adalah sangat diperlukan (Wan Azmi Ramli, 1984). Begitu juga dengan latihan kemahiran yang diberikan kepada pelajar OKU ini, seharusnya dididik dengan tanggapan, pemikiran, kemahiran dan sikap yang betul supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan (Tajul Ariffin Noordin, 1990).

Zaharah et. al (2013) telah mencadangkan bagi meningkatkan manfaat dan memperbaiki keberkesanan kursus Vokasional, peajar-pelajar perlu mempunyai motivasi yang tinggi untuk menghadapi program latihan yang diberikan. Ini dapat dibuat dengan mewujudkan beberapa aktiviti yang berbentuk membangun waja diri pelatih supaya mereka lebih berani, berkeyakinan serta mempunyai kesungguhan apabila menempuhi cabaran dalam program latihan.

Disamping mempelajari latihan kemahiran, golongan OKU ini juga memerlukan satu nilai tambah untuk diterima bekerja di industri. Ini disokong oleh dapatan kajian Ramlee dan Ramziah, (2002) yang mendapati industri pembuatan di Malaysia berpendapat, pelajar OKU lepasan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Malaysia mempunyai kemahiran tetapi mereka tidak menguasai kemahiran tambahan motivasi diri, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan keusahawanan.

(16)

1540

Shahril (2012) menyatakan sikap OKU (pendengaran) yang kurang yakin adalah salah satu faktor kekangan pemilihan kerjaya. Justeru itu, keyakinan boleh dijadikan sebagai pendorong kepada diri bagi melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan menjadikan latihan kemahiran yang diikuti menghasilkan impak yang positif.

Ini disokong oleh kenyataan Ouston (1993) dan Restine (1997) yang menyatakan bahawa kursus yang berkesan harus dapat menggabungkan apa yang dipelajari dengan apa yang harus dilakukan oleh peserta sewaktu mereka bekerja nanti. Selain itu, minat, perhatian dan motivasi peserta kursus adalah kritikal kepada kejayaan sebarang program latihan (Winfrey, 2002).

Analisis Data Persoalan Kajian 4

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa suasana pembelajaran mempengaruhi persepsi pelajar terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan berada pada tahap tinggi. Secara purata, nilai min yang diperolehi adalah 3.76. Dalam konteks kajian ini, suasana pembelajaran merangkumi kemudahan peralatan, tenaga pengajar dan kaedah pengajaran.

Dapatan kajian ini tidak selari dengan dapatan oleh Lokman dan Nurul (2010) yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan sistem pendidikan khas teknik dan vokasional di Politeknik Malaysia. Dapatan mereka mendapati faktor prasarana yang disediakan dalam menjalankan proses pendidikan dalam menentukan keberkesanan program pendidikan khas berada pada tahap sederhana. Faisal (1999) menyatakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kerjasama daripada pihak sekolah, guru, ibubapa dan pelajar yang boleh menentukan peningkatan dan peringkat pencapaian pelajar-pelajar.

Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan pihak sekolah dan guru telah melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung telah mempengaruhi potensi pelajar OKU. Kemudahan peralatan yang cukup, pendedahan kepada teknologi terkini, keadaan bengkel yang memuaskan dan tenaga pengajar

(17)

1541

yang sentiasa membantu menghasilkan suasana pembelajaran yang positif kepada pelatih yang menjalani latihan kemahiran vokasional di sekolah ini (Dayana et al., 2009).

Suasana pembelajaran yang kondusif mempengaruhi dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menepati objektif pendidikan khas yang digariskan oleh Jabatan Pendidikan Khas (2008) iaitu menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Ruzanaa dan Suhaida (2013) menyatakan sebagai guru teknikal pendidikan khas, seseorang guru itu perlu menguasai kemahiran terutama yang berkaitan cara - cara mendidik, mengasuh malah membimbing pelajar berkeupayaan khas ini supaya mereka mampu bangun dan menjadi satu golongan penyumbang kepada pembangunan sumber manusia negara. Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik serta serasi dengan kemampuan pelajar berkeperluan khas dijangka dapat mempertingkatkan minat mereka terhadap pelajaran yang dipelajari (Abdul Razak 1997; Esah 2003).

Terdapat pelbagai cabaran yang tinggi dalam mendidik pelajar khas berbanding pelajar normal. Tanpa kefahaman dan pengetahuan tentang kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri mereka menjadikan sesuatu penyampaian pelajaran itu tidak bermakna. Ini disokong oleh Lokman et al., (2009) yang menyatakan dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi perlu dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan.

Hasil kajian ini secara tidak langsung menunjukkan tenaga pengajar memberikan komitmen yang tinggi bagi memberikan yang terbaik kepada pelajar. Tenaga pengajar untuk golongan ini sebenarnya memerlukan latihan khas yang sememangnya berbeza dengan mendidik atau mengajar pelajar normal. Mereka bukan sahaja harus mempunyai kelayakan penguruan asas untuk mengajar sekurang - kurangnya lima tahun dalam pendidikan khas, bermotivasi tinggi dan kreatif dalam membantu golongan berkeperluan khas malah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi (Lokman et al., 2009).

(18)

1542

Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan aspek suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, tenaga pengajar dan kaedah pengajaran guru yang positif mempengaruhi persepsi pelajar terhadap latihan kemahiran yang dijalankan.

Penutup

Orang kurang upaya juga mempunyai hak dan hasrat yang sama seperti orang lain untuk bekerja, menikmati hidup selesa, berdikari dan bersama menyumbang kepada pembangunan negara. Persaingan yang perlu dihadapi bukan sahaja dalam kalangan OKU malah mereka perlu bersaing dengan individu normal lain. Kewujudan program latihan kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan pelajar khas amat penting dalam memastikan matlamat program tercapai. Modul program latihan kemahiran yang ideal dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam melahirkan tenaga kerja mahir atau separuh mahir,

Kajian yang dijalankan ini melibatkan empat faktor iaitu faktor minat, faktor kepentingan latihan kemahiran, faktor keyakinan pelajar dan faktor suasana pembelajaran. Setiap faktor adalah penting dan sangat berguna dalam membantu kejayaan program yang dilaksanakan. Masalah-masalah yang terdapat di setiap faktor perlu ditangani segera untuk mewujudkan program latihan kemahiran vokasional yang lebih efektif seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelajar.

Akhir sekali, golongan pelajar OKU ini harus merebut peluang dan memanfaatkan latihan kemahiran yang diterima kerana kemahiran yang dimiliki oleh pelajar itu dapa tmembantu mereka berdikari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja setelah menamatkan persekolahan seterusnya dapat menjana pendapatan keluarga. Sehubungan itu, institusi kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah menyusun strategi atau usaha untuk membantu golongan OKU memajukan diri mereka supaya tidak tersisih dalam arus globalisasi kini.

(19)

1543

Abdul Razak Othman. 1997. Persepsi Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap Reka Cipta. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Esa. 2010. Pelajar Pendidikan Vokasional Mampu Bergaji Tinggi. Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali, & Salleh, Amla Mohd. 2012. Penerapan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan Pelajar Berkeperluan Khas. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, Hotel Puteri Pasific, Johor Bahru. Asnul Dahar Bin Minghat & Rabiah Binti Sikh Mohamad. 2010. Kesediaan Pelajar Dalam

Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia

Azizi Yahya, Yusof Boon & Jamaludin Ramli. 2004. Psikologi Sosial. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Baharom Mohamad .2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia, Vol (1)1, 41-58.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crow, L.D dan Crow, L .1980. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Culatta, R.A. & Tompkins, JR. 1999. Fundamentals of Special Education.

Dayana Farzeeha Ali. (2009). Persepsi Pelatih - pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan.

Dayana Farzeeha Ali, Muhammad Rashid Rajuddin, Mohd Safarin Nordin, Ahmad Firdaus Abd. Hadi, & Ahmad Farid Ahmad Nordin .2009. Program Latihan Kemahiran Vokasional Terhadap Pelatih-Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka. Seminar Pendidikan Teknik & Vokasional kali ke 3 TVE09. 9 – 10 Disember 2009. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor

Esah Sulaiman. 2003. Asas pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Faisal Md. Kasim. 1999. Satu Tinjauan Teknik Belajar Pelajar Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008. Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hall, J.P. 2010. Stuck in a Loop : Individual and System Barriers for Job Seekers With Disabilities. 58 (March), pp.246–257

Hallahan, D.P & Kauffman, J.M. 1997. Exceptional Leamers: Introduction to Special Education. Boston : Allyn & Bacon.

Haslina Mohammad. 2008. Persepsi Majikan Terhadap Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerja OKU (Fizikal) di Industri Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah Johor Bharu. UTM Skudai. Universiti Teknologi Malaysia

Jusma Jaafar. 2004. Tinjauan gaya pembelajaran pelajar-pelajar pekak di Sekolah Pendidikan Khas Besut, Terengganu: Satu Kajian Kes. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Tesis Sarjana.

Krajewski, J, & Callahan, J. .1998. Service-learning: A strategy for vocational training of young adults with special needs. The Journal for Vocational Special Needs Education, 34-38.

(20)

1544

Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research. Educational and Psychological Measurement. 30:607-610.

Ku Seman. 2007. Kurang Fikir Terhadap Kurang Upaya. Utusan Malaysia. http://utusan.com.my

Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa dan Mohd Hanafi Mohd Yassin. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas (Vocational and Technical Education For Special Needs Students). Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, 73– 87, 2009.

Lokman Bin Tahir & Nurul Qistin Bt Mustafa. 2010. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pendidikan Khas Teknik Dan Vokasional Untuk Golongan Orang Kurang Upaya Di Tiga Buah Politeknik. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad. 2008. Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM

Muhammad Rashid Bin Rajuddin & Dayana Farzeeha Ali. 2009. Persepsi Pelatih - pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan

Norshahril bin Abdul Hamid. 2012. Halangan OKU Pendengaran di Malaysia mendapat pekerjaan. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Ouston, J. .1993. Management competences, school effectiveness and education management. Educational Management and Adminstration. 21(4), 212-221

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin. 2002. Perancangan Pendidikan untuk Pembangunan Sumber Manusia dalam Era Globalisasi dan K-ekonomi. Jurnal Teknologi 37(E) Disember 2002 : 47 – 56. UTM.

Restine, L. N. 1997. Experience, meaning and principal development. Journal of Educational Adminstration, 35(3), 253-266.

Rosmawati Sulaiman. 2008. Faktor-Faktor Pendorong Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja di JARO (Johor Area Rehabilition Organisation Organisation). Johor Bahru: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Rosni Zamuddin Shah bin Sidek & Nur Hidayu binti Mohammed. 2009. Persepsi Pelatih- Pelatih Pusat Serenti Terhadap Program Vokasional Di Pusat Serenti Tampoi, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia

Ruzanna Mohd Nasir & Suhaida Abd Kadir. 2013. Beban Tugas Guru Teknikal di Sekolah Menengah Pendidikan khas vokasional (SMPKV). Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013). Universiti Putra Malaysia

Sabilah Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia Tesis Sarjana Muda.

Sang,M.S. 2000. Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Sharifah Alwiah Al Sagoff. 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur. Art Printing Work Sdn. Bhd: Heinemann Education Book (ASIA).

Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan Belia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Walls, R.T., & Fuiimer, S.L. 1997. Competitive Employment, Occupations After Vocational Rehabilitations. Journal of the American Rehabilitation Counseling Bulletin, 41(1).

(21)

1545

Wan Azmi Ramli. 1984. Latihan Satu Halacara Profesional. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Winfrey, E. C. .2002. Kirkpatrick’s four levels of evaluation. Encyclopedia of educational technology. Dimuat turun daripada http://coe.sdsu.edu/eet/Articles/k4levels/start.htm Yahya bin Buntat & Faizah Binti Sharip. 2006. Aspirasi Pekerjaan Para Pelatih Institut

Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Latihan yang Diikuti. Universiti Teknologi Malaysia.

Yahya B. Buntat & Norliza Binti Ensa. 2010. Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Sekolah. Universiti Teknologi Malaysia

Zaharah Binti A. Wahid, Zaharah Binti Hussin dan Abu Talib Bin Putih .2013. Reaksi pelatih Orang Kurang Upaya berdasarkan Model Kirkpatrick terhadap pelaksanaan program Pra Vokasional Bidang Lukisan Dan Batik. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Oktober 2013, Bil. 1 Isu 4 Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Zainudin Mohd. Isa, Noraini Salleh, & Ramlee Mustapha. 2009. Kurikulum pendidikan vokasional murid bermasalah pembelajaran (MP). Diges Pendidik, 9(2), 89-99.

Zainolrin Saari. 2005. Keberkesanan Pendidikan serta Latihan Teknik & Vokasional di Kalangan Golongan Orang Kurang Upaya dalam Melahirkan Keperluan Sumber Guna Tenaga Negara, 2005 (Master by Course – Graduated).

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah mendeskripsikan dan mengkaji tentang model komunikasi organisasi yang terjadi dalam perusahaan PT Telkomsel Branch Malang,

Untuk melihat pengaruh jenis kayu, ketebalan, konsentrasi larutan dalam jenis kayu yang sama, serta lama rendaman dalam jenis kayu dan konsentrasi larutan yang sama terhadap

Dengan adanya analisis cash flow pelaku usaha atau petani dapat mengetahui secara tepat berapa tingkat keuntungan dan kerugian dari usahatani yang dilakukan,

yaitu seluruh sediaan berbentuk gel, berwarna putih dan tidak berbau.Hasil evaluasi homogenitas terhadap masing-masing formula gel rektal ketoprofen menunjukkan hasil

2.Ari Hoenig menggunakan beberapa teknik dan melakukan beberapa pendekatan- pendekatan dalam teknik permainan melodic drumming yaitu dengan memainkan melodi dengan

Program pemerintah Kabupaten Nganjuk dalam usaha mempercepat pembangunan jalan adalah dengan menggali partisipasi masyarakat melalui penyediaan aspal dan mesin

Yang dimaksud dengan kepribadian utuh ialah bila pengetahuan sama dengan sikap dan sama dengan prilaku.16 Jadi, dalam penelitian ini yang dimaksud dengan Implementasi metode

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis respon fisiologi tubuh hewan model terhadap implantasi Stainless Steel AISI 316L selama 2,5 bulan dilihat dari aspek jumlah