• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN KRISIS AIR DI SELANGOR.

Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Sumber air tersebut adalah satu eleman yang sangat penting dalam kehidupan manusia, tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan

yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya

bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula

menundukkan sungai-sungai bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).

Namun begitu, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah populasi penduduk negara kini. Penekanan dalam sektor industri juga

menyebabkan berlakunya pertambahan permintaan air paip. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di sekeliling kita.

Lantaran daripada faktor-faktor yang telah dibincangkan dan dikupaskan sebelum ini, maka jelaslah bahawa perkara inilah yang membawa kepada berlakunya krisis air. Hal ini sekaligus telah mempengaruhi dan memberi kesan yang sangat besar bukan sahaja kepada manusia, malahan alam sekitar, sumber tanah, flora dan fauna, institusi-institusi penyelidikan, ekonomi negara serta ekosistem negara.

(2)

Kesan kekurangan air bersih

Implikasi utama krisis air ini pertamanya, menyebabkan sumber air

semulajadi tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang. Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Hal ini dapat kita lihat melalui pencemaran Sungai Semenyih yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis ini dan berlakunya catuan air yang membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air. Hal ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan seharian mereka.

Dari sektor pembangunan pula, projek-projek akan tergendala kerana kekurangan sumber yang utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut. Selain itu, proses memulihkan dan mengembalikan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

Kesan ke atas sumber tanah dan ekonomi

Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya

hakisan tanah. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Pembangunan pesat yang berlaku

secara tidak terancang juga akan menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-sungai. Hal ini akan menjejaskan kualiti tanah dan sekaligus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan sosio-ekonomi negara. Kesannya membawa kerugian besar dalam industri dan meningkatkan kos tanggungan kerajaan.

(3)

menguruskan perniagaan mereka. Ini disebabkan sumber air merupakan elemen yang sangat penting untuk digunakan dalam proses menyediakan makanan dan

minuman. Perkara ini boleh menyebabkan pendapatan akan tergugat dan seterusnya akan memberikan sedikit tekanan dalam menguruskan perbelanjaan

seharian.

Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna

Air juga amat penting bagi flora dan fauna, hal ini kerana ianya merupakan sumber utama bagi hidupan ini untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan spesies masing-masing. Oleh itu, jika berlakunya krisis kekurangan air, ini mengakibatkan flora dan fauna ini akan mati dan berlaku kepupusan terhadap spesies ini. Hal ini dapat kita lihat pada kes sebelum pembinaan empangan Sungai Selangor yang menggangu gugat hidupan flora dan fauna, memandangkan kaitan yang sangat kuat antara kualiti air Sungai Selangor dengan habitat paya bakau yang berkembang, kehidupan serangga kelip dan pengusaha pelancongan kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Kampung Belimbing.

Sekiranya berlaku krisis pengurangan air terhadap flora dan fauna, ia juga boleh menyebabkan manusia kekurangan bekalan makanan. Kehidupan manusia sentiasa bergantung kepada bekalan makanan yang boleh dihasilkan daripada kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu sendiri. Di samping itu, ia memberi kesan dan akibat kepada ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang turut

mengancam kehidupan manusia itu sendiri.

Masalah kesihatan umum kepada manusia

(4)

Masalah kekurangan bekalan air juga sering dikaitkan dengan masalah kebersihan da kesihatan umum. Tandas-tandas dan tempat-tempat awam terpaksa

ditutup untuk mengelakkan kekotoran dan pencemaran yang tidak terkawal. Keadaan ini akan menimbulkan kesulitan kepada orang awam yang mengunjungi

temapt-tempat tersebut.

Bekalan air yang tidak mencukupi boleh menjejaskan kesihatan manusia menjadi lemah dan tidak bertenaga. Selain itu, manusia boleh menghidapi pelbagai penyakit seperti deman, cirit-birit disebabkan minum air yang tidak bersih. Hal ini kerana manusia mengalami dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, dan kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang tercemar.

Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca yang boleh dikaitkan dengan kematian. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Sekiranya krisis air ini berterusan, ia boleh menyebabkan nyawa manusia terancam dan boleh menyebabkan nyawa menjadi taruhan.

Kesulitan dan kemudaratan kepada manusia

Krisis air yang berlaku juga telah menimbulkan berbagai kesulitan kepada

pengguna. Ketiadaan air pada ketika diperlukan telah menimbulkan masalah yang rumit kepada pengguna air. Keaadan ini telah mengubah aktiviti harian sebahagian

besar pengguna yang terlibat.

(5)

Masalah ini bertambah runcing bagi suami isteri serta isi keluarga bekerja. Golongan ini tidak berpeluang untuk mengambil air semasa lori tangki membuat

penghantaran pada waktu siang dan terpaksa berjaga hingga jauh malam menunggu penghantaran kali kedua.

Secara langsung krisis air telah menimbulkan masalah social dan kesihatan pengguna. Kekurangan tidur, sakit belakang adalah rungutan yang sering ditimbulkan oleh pengguna. Kekurangan air juga telah menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan di rumah. Tandas-tandas tidak dicuci dengan bersih dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada penyakit.

Terdapat pengguna yang terpaksa bersusah payah menumpang di rumah kawan, sanak saudara untuk urusan rumahtangga harian seperti mencuci pakaian dan mandi manda. Sebahagian besar pengguna terpaksa pengguna terpaksa membeli makanan dari kedai kerana kesulitan untuk menyediakan makanan sendiri di rumah.

Masalah-masalah ini menimbulkan beban dan tekanan kepada pengguna dan menjejaskan kehidupan harian mereka. Fikiran dan konsentrasi pengguna terganggu oleh perasaan tidak tenteram kerana ternanti-nanti untuk mendapatkan bekalan air. Secara tidak langsung produktiviti pengguna menurun kerana sering kelewatan ke tempat kerja di sbelah pagi kerana menunggu bekalan air dan di sebelah petang

akan keluar lebih awal untuk mengambil air dari lori tangki atau tangki statik.

Kesan terhadap kawasan tadahan air

Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh keseimbangan alam semulajadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti litupan tumbuh-tumbuhan hijau dan kapasiti proses ekosistem yang seimbang. Sekiranya keseimbangan ini terganggu, maka berlaku beberapa perubahan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu tadahan dalam menghasilkan kawasan tadahan air.

(6)

menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan untuk menghasilkan sumber air. Keadaan ini berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia,

antaranya negeri Selangor sendiri yang memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat ditutup. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius di

kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksploitasi sumber balak di kawsan hutan di mana terdapatnya kawsan tadahan.

Contohnya dalam kes catuan air di Selangor dan Lembah Klang baru-baru ini, ia berpunca daripada kekurangan sumber air untuk diproses di loji milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sama ada dari sumber empangan atau sungai akibat kemarau dan penerokaan kawasan tadahan air.

Kesan sampingan terhadap kehidupan manusia

Masalah ketiadaan bekalan air yang stabil selalu dikaitkan dengan pengusaha-pengusaha dan penyediaan makanan. Masalah ini melibatkan makanan yang disediakan di gerai-gerai di tepi jalan, pasar-pasar malam mahu pun restoran-restoran. Kesangsian terhadap kualiti kebersihan yang diamalkan oleh

pengusaha-pengusaha sering ditimbulkan oleh pengguna dan juga Jabatan Kesihatan. Faktor kebersihan ini memaksa pengusaha-pengusaha mengeluarkan modal untuk menyewa kenderaan bagi mengangkut air ke premis-premis berkenaan untuk menjamin kenbersihan makanan yang disediakan.

Masalah kebersihan juga dibangkitkan oleh sekolah-sekolah dan asrama-asrama yang mempunyai murid dan penghuni yang ramai. Institusi-institusi ini tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk kegunaan seharian pelajar dan penghuninya. Tandas-tandas di institusi ini tidak dapat dicuci sebaiknya sehingga menimbulkan bau dan pencemaran yang tidak menyenangkan. Pihak berkuasa khautir keadaan kebersihan yang tidak terkawal ini akan memudahkan penyakit-penyakit seperti taun merebak dikalangan pelajar dan penghuni asrama.

(7)

Gambar 1

Gambar

Gambar 1

Referensi

Dokumen terkait