• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Soalan Pra UPSR 2016 Format

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Kertas Soalan Pra UPSR 2016 Format"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT BAHAGIAN A

(20 markah) Soalan 1 hingga 10.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

1 Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Farhan untuk

__________ penubuhan persatuan belia disambut dengan mesra.

A memastikan B merasmikan C menubuhkan D menjalankan Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

2 Muhammad Hishamudin terpaksa jalan __________ kerana kaki kanannya patah.

A tongkat B tertongkat C bertongkat D menongkat Gambar 2

3 Alat penekan pen mata bola itu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana __________ springnya tersangkut.

A jejari B bebuli C bebola D gegelung

Soalan 4 berdasarkan gambar 3

4 Chef Wan sedang mengeluarkan sebiji kek berperasa coklat yang telah __________.

(2)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 5 berdasarkan gambar 4

5 Abdul Rahim tenang menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu.

A kailnya B jorannya C umpannya D pancingnya Gambar 4

6 Anak-anak kapal dagang dari Jerman Barat itu diarahkan agar __________ sauh untuk membolehkan mereka belayar.

A menarikkan B melabuhkan C menyangkutkan D membongkarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

7 Ah Meng dan Abdullah Sani berjalan __________ menuju padang bola sepak.

A berpusu-pusu B berderet-deret C bersaing-saing D berduyun-duyun Gambar 5

8 Oleh sebab tidak pandai melukis. Nurul Syahirah __________ peta Malaysia yang ada dalam buku itu.

A melakar B menyurih C menekan D menyunting

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

9 Orang ramai kagum melihat kebolehan wanita itu berjalan sambil __________ bakul tanpa memegangnya.

(3)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 10 berdasarkan gambar 7

10 Syahmi dan Syahidan sedang makan durian __________ ayahnya membersihkan durian yang baru dikutip.

A ketika B setelah C supaya D sementara

Soalan 11

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

11 Bumbung pondok di kebun durian Pak Wahab itu diperbuat daripada daun nipah.

A stor B rumah C dangau D khemah

Soalan 12

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

12 Perangai dan tingkah laku Abdul Jalil disanjung oleh rakan-rakan sekolahnya.

A dipuji B disakiti C dicemuh D dimarahi

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

13 Dia benar-benar berterima kasih atas pertolongan jiran-jirannya menghulurkan derma.

(4)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 14

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

14 Angin ribut yang bertiup menghalang nelayan mendapat ikan yang banyak.

A Apakah yang berlaku kepada nelayan?

B Di manakah nelayan mendapat ikan yang banyak?

C Mengapakah hasil tangkapan nelayan agak berkurangan? D Bagaimanakah caranya nelayan mendapat ikan yang banyak?

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan dewasa ini.

A Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan dewasa ini, pihak polis telah mengenakan tindakan yang berat.

B Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak polis mengenakan tindakan tegas.

C Pihak polis yang bimbangkan kadar kemalangan jalan raya dewasa ini, bercadang mengambil tindakan tegas.

D Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin merisaukan pada masa ini, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.

Soalan 16

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

16 I Pelajarannya patah di tengah jalan.

II Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua. III Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu. IV Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum

meninggal dunia. A

B C D

(5)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, para Penolong Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini bermaksud bersenam merupakan satu daripada penaja utama kesihatan jasmani seseorang.

Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman penyakit, kita mestilah mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna. Satu daripada kaedah untuk menjamin kesihatan yang baik ialah melalui aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu menyuburkan jasmani dan rohani seseorang.

Hadirin yang budiman,

Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita terutamanya murid-murid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari, bersenam boleh menolong murid-murid menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.

Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan mereka menjadi letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.

Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas dan kebiasaannya dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.

Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam" dalam diari kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu berusaha dan bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita.

Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan bicara.

(6)

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah [ Lihat halaman sebelah

SULIT

18 Frasa “menanamkan satu kesedaran” bermaksud

A mewujudkan kebiasaan. B mewujudkan keprihatinan. C membentuk keinsafan diri. D menjadikan amalan harian.

19 Rangkai kata “mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan

bermaksud

A membentuk tubuh badan yang sihat.

B membentuk rasa rendah diri dan menyisihkan diri. C membentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam.

D membentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.

20 Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan perkara-perkara berikut, kecuali

A perjalanan darah menjadi kurang lancar.

B ketegangan dan perasaan bimbang kian menular. C seseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit. D hilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.

KERTAS SOALAN TAMAT

17 Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah A dapat menyelesaikan masalah dengan baik. B menjauhkan kita daripada batuk dan selesema.

Gambar

Gambar 1
Gambar 6

Referensi

Dokumen terkait

Populasi dan Persentase Serangan Hama Penggerek Batang (Ostrinia Furnacalis Guenee ) pada Tanaman Jagung Manis (Zea Mays Saccharata Sturt) di Kecamatan

Dan dalam pengertian yang simpel kinerja adalah hasil dari pekerjaan organisasi, yang di kerjakan oleh karyawan dengan sebaik- baiknya sesuai dengan petunjuk

Fasilitas parkir yang tidak memadai dan menampung beberapa kendaraan, baik kendaraan umum (bus) maupun kendaraan pengantar dan penjemput menyebabkan kemacetan sirkulasi di dalam

Sumenep dalam Mengatur Transportasi Laut untuk Masyarakat Kepulauan Kangean, dimana kurangnya transportasi laut dan operasi berlayar transportasi laut dari pelabuhan

[10] Wijayanto, B. Isolasi Santon Terprenilasi dari Fraksi Polar Diklorometana pada Ekstrak Metanol Berdasarkan penelitian lanjutan yang telah dilakukan

Reduksi data merupakan proses pengumpulan data penelitian, seseorang peneliti dapat menemukan kapan saja waktu untuk mendapatkan data yang banyak, apabila peneliti

Dalam penelitian yang menggunakan tehnik analisis isi pada pemberitaan kejahatan dengan korban perempuan di Koran Pos Kota ini sesuai dengan kajian kepustakaan

Software yang digunakan dalam pembuatan game ini adalah Unity 2018, dimana dimulai dari tahapan pembuatan project baru, Import asset dan desain base game, pembuatan Menu ,