• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 5:

KAEDAH &

TEKNIK MENGAJAR

(2)

Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar

 Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan

sosial murid, psikologi dan pengalaman murid.

 Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau

bersendirian. Sebaliknya kemahiran mendengar hendaklah diajar secara bergabungjalin dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan menulis.

Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar

mestilah dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

 Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar

(3)

 Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan

betul dan aktiviti ini perlu dijalankan secara berterusan.

Memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat

mendengar yang baik.

 Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.

 Melatih membuat ringkasan atau nota mengenai apa yang

didengar, sama ada secara mental atau bertulis.

 Selain menangkap fakta, idea, konsep dan maklumat (perkara

yang ‘tersurat’) tentang apa yang dikatakan oleh seorang penutur, murid perlu juga diajar memahami sikap dan emosi seseorang dan maksud yang tersirat dalam sesuatu ucapan.

(4)

Mendengar Interaktif dan Tak Interaktif

• Melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. • Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan. • Semasa aktiviti mendengar secara interaktif, seseorang boleh

mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mencari penjelasan, pengulangan atau mengucapkan semula. Pelajar akan berpeluang untuk mempraktikkan mendengar interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran ini.

Mendengar Interaktif

• Pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.

• Untuk mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia dengan situasi tersebut.

• Pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan atau untuk mendapatkan penjelasan.

• Pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperti mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem atau siaran langsung.

Mendengar Tak Interaktif

(5)

Pendekatan Pengajaran Tiga Peringkat

Sebelum

Mendengar

Semasa

Mendengar

Selepas

Mendengar

Diulang

(6)

Langkah 1: Sebelum Mendengar

 Mengenal pasti tujuan mendengar – murid menentukan

matlamat, merancang dan memberi tumpuan sejajar dengan matlamat.

 Menggunakan pengetahuan sedia ada – membuat inferens dan

ramalan.

Fokus kepada kosa kata dan perkataan penting – menggunakan

klu konteks.

 Memberi sinonim (sama maksud) atau antonim (maksud lawan)

perkataan-perkataan yang di dengar.

 Gunakan imaginasi – membentuk grafik atau gambar dalam

minda semasa mendengar.

(7)

Langkah 2: Semasa-Mendengar

 Menggunakan pengetahuan tatabahasa dan klu linguistic.  Memantau tumpuan mereka kepada apa yang didengar.  Bertanya diri sendiri jika yang didengar itu tepat.

 Bertumpu kepada nada dan intonasi penutur.

 Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami apa

yang didengar.

 Bertumpu kepada yang penting sahaja.

Membuat nota dengan tujuan meringkaskan maklumat yang

didengar.

Menghuraikan apa yang didengar untuk memperkukuhkan

(8)

Langkah 3: Selepas Mendengar

 Memastikan sama ada apa yang diramalkan adalah betul.  Meringkaskan maklumat yang didengar.

Menilai kejayaan.

Mencatatkan apa yang diingat.  Mengulang apa yang didengar.  Menyusun kosa kata baharu.

(9)

Contoh:

(10)

Contoh 1: Mengikuti Arahan

Pengenalan: Aktiviti ini mudah digunakan dan adalah sangat

berkesan dalam pengajaran kemahiran mendengar..

Objectif: Murid mendengar dan mengikuti arahan yang diberi

dengan terperinci.

Kata Kunci: mengikuti arahan, mendengar.  Bahan: sehalai kertas untuk murid dan pensel.  Rancangan Pelajaran:

Aktiviti ini boleh digunakan bila-bila sahaja. Berikan setiap murid sehelai kertas dan beritahu mereka iaitu aktiviti yang mereka akan buat akan membuktikan sama ada mereka dapat mengikuti arahan yang disampaikan secara lisan. Beritahu mereka, iaitu guru akan membaca sesuatu arahan dan mengulangnya sekali sahaja. Oleh itu mereka hendaklah mendengar dengan teliti.

(11)

Guru Membaca Arahan-Arahan:-

1. Tulis nama anda pada hujung kertas disebalah kanan.

2. Pada garisan kedua tulis nombor 1 hingga 9, Pastikan anda

mengadakan ruang di antara setiap nombor.

3. Bulatkan nombor 6. Dan gariskan nombor 3.

4. Lukis satu bintang di hujung kertas disebelah kiri.

5. Gunakan pensel anda dan tebuk satu lubang ditengah-tengah kertas. 6. Lukis bentuk hati menglilingi lubang tersebut.

7. Pada garisan yang akhir tulis perkataan ini “Terima Kasih” 8. Lipat kertas anda ditengah-tengah kertas sekali.

9. Lukis satu bulatan ditengah-tengah lipatan tersebut.

 Aktiviti adalah mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan murid

memberi tumpuan sepenuhnya. Walau pun demikian ramai akan dapati aktiviti ini sukar.

(12)

Contoh 2: Dialog

Bahan: Pita rakam

Objektif: Murid akan dapat:

- Menunjuk kefahaman tentang beberapa perkataan - Mendengar dan membuat nota

- Menulis satu perenggan tentang topik dialog

Langkah-Lankah Pelajaran: Aktiviti Sebelum Mendengar

- Memperkenalkan topik dengan menunjukkan gambar di sebelah.

- Kosa Kata Utama: memelihara, rumah sebelah.

- Soalan: Cuba teka dialog ini berkenaan dengan apa.

(13)

HAIWAN

Shalini: Kucing ini sangat comel. Siapakah yang

punya kucing ini?.

Zalina: Ia kepunyaan Puan Rina. Dia tinggal di

rumah sebelah. Dia mempunyai lebih kurang

sepuluh ekor kucing.

Shalini: Amboi, begitu banyak kucing. Sudah

tentu dia penyayang haiwan.

Zalina: Agaknya. Tanya Puan Rina.

Shalini: Kamu tak suka kucingkah?

(14)

Aktiviti Semasa Mendengar:

 Murid mendengar dilaog dan semak sama ada tekaan mereka tepat.  Murid mendengar dialog buat kali kedua dan jawab soalan: Siapakah

mempunyai banyak kucing? Aktiviti Selapas Mendengar:

 Murid membincang tentang pengalaman mereka sendiri dengan haiwan

perliharaan.

 Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah?

 Terangkan sedikit tentang haiwan peliharaan anda (jika ada).  Apakah anda perlu buat untuk menjaga haiwan anda?

 Apakah jenis haiwan anda ingin pelihara? Mengapa?

 Adakah penting mempunyai haiwan peliharaan? Mengapa?

Mengapakah tidak?

 Murid menulis satu perenggan tentang haiwan peliharaan.

[Sumber: Julia Dobson (1994). Dialogs for everyday use. USIA. Washington.]

(15)

Contoh 3: Naratif

Objektif: Diakhir pelajaran murid akan boleh:

 Meringkaskan naratif yang didengar  Mengenal beberapa perkataan penting  Memilih jawapan yang betul

 Menjawab secara lisan

Bahan:

 Pita rakaman  Kertas edaran

Langkah-Langkah Pelajaran: Aktiviti Sebelum Mendengar:

 Persiapan sebelum aktiviti pendengaran  Perkataan penting ditulis pada papan tulis.

(16)

Transkrip:

 En. Chong memandu bas pada hujung minggu dan cuti am. Dia

bekerja sebagai pemandu bas secara separuh masa untuk sebuah syarikat bas besar di Kuala Lumpur. Pada hari biasa dia bekerja sebagai mekanik kereta. Dia bekerja separuh masa sebagai pemandu bas untuk mendapatkan lebih banyak wang kerana dia ingin untuk membeli sebuah rumah. Dia membawa pelancong melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.

(17)

Aktiviti Semasa Mendengar:

Murid mendengar naratif berkenaan En. Chong.

Murid menjawab soalan-soalan berikut:

1. En. Chong ialah seorang ...

a) pemandu teksi b) pemandu pelancong

c) pemandu bas d) penjual kereta

2. En. Chong ingin membeli ...

a) kereta b) kamera c) bas d) rumah

(18)

Aktiviti Selepas Mendengar:

 Seorang murid berlakon sebagai pemandu bas. Murid-murid lain bertanya soalan-soalan seperti berikut:

 Siapakah nama kamu?

 Apakah pekerjaan kamu?

 Apakah yang kamu buat pada hujung minggu?

 Apakah yang kamu ingin beli?

 Siapakah yang menaiki bas kamu?

[Sumber: Dean Curry (1994). East Does It. USIA. Washington. P.3]

(19)

Contoh 4:

Mengesan Perkataan yang Berbunyi Hampir Sama

Tujuan: Pelajar belajar mengenal perkataan yang mempunyai sebutan yang hampir sama.

 Ayat Pemintal Lidah

pandang tandan depan padang

dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah berat beras dua belas kilo

(20)

Langkah-Langkah: Murid diberi kertas edaran yang

mengandungi beberapa perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi serta gambar-gambar.

 Guru menyebut tiga perkataan berikut [DUKU, KUKU & BUKU]

(21)

Pemilihan Bahan Untuk Aktiviti Pendengaran

Pemiliha n Bahan Bahan yang Sesuai Bahan yang Boleh Menggembira kan Bahan Autentik Tahap Kepayahan yang Betul

(22)

Bahan yang Sesuai

 Penggunaan bahan pengajaran sangat penting dalam

mewujudkan pemahaman bahasa.

 Kesesuaian bahan banyak mempengaruhi sama ada kepada

penutur mahupun pendengar.

 Bagi kebanyakan orang, cara termudah untuk memulakan

penguasaan mendengar ialah dalam keadaan situasi mendengar interaktif bersemuka, sebab pendengar boleh secara bersungguh-sungguh menguasai pertuturan penutur.

 Jika pendengar tidak mempunyai peluang atau tidak selesa

dengan cara itu, carilah bahan yang khusus disediakan untuk mengajar mendengar bagi tujuan pemahaman.

 Kini terdapat banyak bahan audio daripada internet. Juga alat

perakam digital sungguh mudah digunakan untuk merakam suara guru.

(23)

Bahan yang Boleh Menggembirakan (Didik Hibur)

 Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika bahan yang

digunakan boleh menggembirakan pelajar.

 Ini disebabkan manusia mendengar untuk tujuan mendapatkan

maklumat dan hiburan.

 Pilihlah bahan yang difikirkan akan memberikan maklumat serta

dapat menghiburkan mereka.

 Perhatian pelajar akan lebih baik dan ia mungkin akan lebih

memahaminya dengan mudah.

 Secara ringkasnya, jika pelajar meminati sukan, tontonlah

rancangan sukan di televisyen atau mendengar laporan di media yang lain.

(24)

Tahap Kepayahan yang Betul

 Dalam pembelajaran bahasa melalui kemahiran mendengar,

bahan yang digunakan perlulah selaras dengan objektif pembelajaran serta tahap pembelajaran pelajar.

 Jika penguasaan bahasa pelajar berada pada tahap permulaan

atau pertengahan, pelajar digalakkan menggunakan bahan video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio.

 Tujuannya agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk

yang akan dipelajari.

 Sementara bahan yang memasukkan bahan visual akan

(25)

Bahan Autentik

 Bahan autentik untuk kemahiran mendengar banyak terdapat di

sekeliling kita, termasuklah program radio dan televisyen, syarahan, ucapan, filem, dan drama.

 Bahan tersebut senang diperoleh dan penutur boleh

mendapatkannya dalam susunan yang senang kepada yang agak susah.

 Guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan

segmen televisyen yang pendek berdasarkan topik yang biasa didengar yang dibantu dengan visual.

 Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas dan dapat di

sampaikan dengan berkesan.

 Contohnya penggunaan rakaman iklan, pengumuman, laporan

cuaca, temu bual atau berita ringkas.

 Jika pelajar telah mahir, mereka boleh mendengar bahan yang

lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau televisyen.

(26)

Strategi Meningkatkan Kemahiran Mendengar

 Sentiasa melihat ke arah guru semasa guru sedang mengajar.

 Boleh memahami pengajaran guru walau pun tidak dapat melihatnya.  Boleh memahami pengajaran guru walau tanpa bantuan buku teks

atau bahan lain.

 Memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru hingga akhir.  Mengenal pasti isi-isi penting semasa pengajaran guru.

Menegur murid yang membuat bising semasa guru mengajar.

 Cuba mengelak terganggu dengan bunyi-bunyi lain (seperti bunyi

kereta, murid bermain di luar kelas).

 Elak daripada mendengar secara sambil lewa.

Beri perhatian terhadap intonasi dan nada suara.Fokuskan kepada kata tanya.

(27)

Perbualan Terlalu Cepat

 Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami

percakapannya.

 Minta diulang.

 Minta bercakap dengan perlahan sedikit.  Dapatkan penjelasan.

 Menyebutkan semula frasa.

Referensi

Dokumen terkait