• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penulisan Berita Jenayah Antara Sensasi (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penulisan Berita Jenayah Antara Sensasi (1)"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

1

Penulisan berita jenayah: Antara sensasi, etika dan tanggungjawab sosial1

Hasmah Zanuddin (PhD)2, Yuslinda Mat Yassin3 & Tham Jen Sern4

Jabatan Pengajian Media Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya Kuala Lumpur

Abstrak

Peledakan perkembangan teknologi informasi komunikasi maklumat pada dasawarsa ini memboleh pelbagai maklumat dan informasi disebar kepada publik dengan sekelip mata. Kita menyedari kebolehan media bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat, bahkan juga membentuk pandangan dan sikap khalayak. Walau bagaimanapun, oleh sebab persaingan hangat dalam dunia kewartawaan dan ingin memastikan penjualan akhbar yang lebih baik, penyiaran dan pelaporan berita dramatik lagi sensasi menjadi taktik para pengamal media khususnya dalam melaporkan berita-berita jenayah yang berprofil tinggi di Malaysia kepada khalayaknya. Meskipun kita menyedari hubungan etika dan kewartawanan tidak terlepas dengan kebebasan, namun kesungguhan untuk memartabatkan profesion kewartawanan dalam menyampaikan maklumat yang adil, tepat, jujur dan bersahih harus diberi tumpuan dan penekanan yang jitu. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan analsisi tekstual bagi mengamati liputan-liputan berita yang berkaitan dengan kes-kes pembunuhan Suzaily Mukhtar (12 Oktober 2000), Canny Ong Lay Kian (18 Jun 2003), dan Noritta Samsudin (6 Disember 2003) dalam dua surat khabar tempatan yang terpilih iaitu Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily. Hasil kajian mendapati cara pemberitaan Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily akan ketiga-tiga kes pembunuhan agak sensasi dan dramatik. Unusr sensasi dan dramatik bukan sahaja wujud dalam cerita itu sendiri malah foto-foto yang disertakan turut menyayat hati pembaca.

Kata kunci: Sensasi, dramaturgikal, berita jenayah, etika, dan tanggungjawab sosial

1

(2)

2

Pengenalan

Seiring dengan kewujudan badan-badan percetakan dan perkembangan teknologi informasi

dan komunikasi (ICT), peranan media tanpa sempadan telah merentasi semua aspek

kehidupan dan pelbagai lembaran kehidupan manusia di segenap pelusuk masyarakat. Kini,

peranan media menjadi semakin mencabar kerana khalayak semakin aktif dan mampu

menentukan tujuan dan matlamat mereka ketika mendedahkan diri kepada media massa.

Dalam pada itu, pengamal media diamanahkan menulis berita yang berkemampuan

menyampaikan maklumat sahih, tepat, dan bermatlamat positif.

Peranan media bukan sekadar menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat,

malah media juga melibatkan diri dalam pendidikan, perkembangan ekonomi negara, politik

semasa, kebudayaan, dan hiburan. Tanggungjawab media dalam menyampaikan informasi,

mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi agen transformasi minda

dalam kalangan masyarakat sehingga membentuk sesebuah masyarakat itu yang lebih

bermoral, bermaruah dan berdaya saing merupakan prinsip yang harus dipegang teguh oleh

pengamal media. Justeru itu, media berkeupayaan menjadikan sesebuah masyarakat itu

bertindak mengikut amalan etika, moral dan akhlak yang tinggi seterusnya dapat meletakkan

setiap agenda kenegaraan dan kemanusiaan sebagai pemangkin kehidupan.

Media disifatkan instrumen demokrasi yang menzahirkan penambahbaikan pemikiran

individu melalui cara yang lebih positif. Dengan itu, media mempunyai kemampuan dalam

melaksanakan tanggungjawab sosial yang lebih baik kepada khalayaknya bagi memastikan

masyarakat kita dilimpahi maklumat yang bernas dan sahih. Bagi masyarakat, media ialah

sumber ilmu dan informasi (Finnegan, 1942). Apa-apa yang dibaca, didengar, dan dilihat oleh

khalayak menerusi persekitaran mereka boleh mewujudkan suatu pandangan dan persepsi

khalayak yang berlainan (Hasmah Zanuddin dan Yuana King, 2006). Oleh itu,

profesionalisme dan kepakaran dalam penulisan dan penyampaian berita oleh pengamal

media haruslah dibaiki dan diperkuatkan mengikut kepentingan dan tanggungjawab sosial

yang besar terhadap para pembaca.

Media dan Jenayah

Saban hari, negara kita digemparkan kes-kes jenayah yang mengejutkan hampir

(3)

3

biasa, malahan kes jenayah berprofil tinggi, seperti kes pembunuhan dan kes rogol turut

menjadi tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan. Menurut Faridah Ibrahim dan Mohd

Safar (2005), dalam penulisan berita jenayah, para wartawan dikehendaki mengumpul

maklumat daripada pelbagai pihak sama ada individu yang terlibat secara langsung atau/dan

sumber-sumber rasmi. Dalam keghairahan menulis berita jenayah, para wartawan turut

dikehendaki mengumpul lebih banyak maklumat bagi memastikan penulisan berita mereka

itu lebih padat, menarik dan mampu bersaing dengan akhbar lain. Akan tetapi, oleh sebab

terlalu ingin mendapat perhatian pembaca dan ingin meningkatkan jualan akhbar, kadangkala

pengamal media ini dikritik akan penulisan pemberitaan jenayah menjadi sensasi atau

subjektif.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib pernah menekankan bahawa para wartawan tidak

sepatutnya mensensasikan berita semata-mata untuk meningkatkan jualan tanpa memikirkan

akibatnya terhadap masyarakat (The Star, 2006, January 27). Teguran yang sama turut

diberikan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan iaitu media boleh

menyiarkan berita mengikut keperluan tetapi bukan mensensasikannya sehingga boleh

menimbulkan prasangka (Wilson. S, 2010; The Star, 2009, January 24).

Pemberitaan Sensasi dan Dramaturgikal

Perkataan sensasi ini bermaksud sesuatu (kejadian, keadaan dan lain-lain) yang

menggemparkan atau yang membangkitkan perasaan (menarik perhatian orang ramai bagi

menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat dan sebagainya) (Kamus Dewan, Edisi 4, 2007).

Adalah dikatakan bahawa pemberitaan sensasi dilihat sebagai satu keperluan untuk

menjadikan sesuatu berita itu kelihatan lebih ―hidup‖ khususnya melibatkan liputan jenayah. Paparan yang semakin meluas ini meliputi elemen-elemen yang sensasi seperti gambar

mangsa pembunuhan yang jelas agar menunjukkan betapa zalimnya si pembunuh,

perkara-perkara mistik, gosip serta skandal artis. (Fahmi, 2011). Tambahan pula, pemberitaan sensasi

ini ada yang juga ditulis dalam nada bercerita sehinggakan para pembaca menghayatinya,

seterusnya mengikuti cerita tersebut sehingga ke penghujungannya untuk mengikuti

perkembangan dan kesudahan berita itu. Realitinya, keperluan pemberitaan sensasi ini

mampu menimbulkan respon yang segera dan kepekaan daripada masyarakat. Hasilnya, gaya

penulisan dan bentuk penceritaan sensasi dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti

(4)

4

Tidak dinafikan dalam keghairahan untuk mengejar scoop, pemberitaan sensasi juga ada ketikanya memaparkan cara penulisan yang tidak sepatutnya. Sememangnya, pelaporan

sesuatu berita adalah berdasarkan kejadian yang sebenar dan berdasarkan laporan yang

diberikan oleh pihak berkuasa. Namun, corak penulisan yang terlalu mendalam dan telus

boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembaca terutamanya jika pembaca

membaca akhbar tersebut di hadapan anak-anak dan keluarganya.

A picture is worth a thousand words. Visual atau foto adalah sangat penting dalam sajian penulisan dan laporan berita. Kadangkala, kita disajikan dengan hamparan visual atau

gambar sensasi yang mendatangkan seribu tanggapan dan perasaan terhadap para pembaca.

Ini adalah kerana foto itu sendiri merupakan satu agen yang mampu meningkatkan

pemahaman dan pengertian para pembaca dan penonton berita akan apa-apa sahaja maklumat

yang disebarkan oleh media. Selain itu, para pengamal media menggunakan foto atau gambar

yang dramatik untuk menarik perhatian para pembaca agar membeli akhbar atau terus

melekat di hadapan televisyen.

Dramaturgikal ialah inti daripada ajaran Goffman (1959) yang berasal dari bidang

sosiologi. Dramaturgikal yang dimaksudkan oleh Goffman ialah situasi dramatik seolah-olah

terjadi di panggung wayang. Pada perspektif Goffman, perkataan dramaturgikal dalam

sosiologi diinsipirasikan daripada sebuah teater terkemuka William Shakespeare di London

yang bermoto Latin Totus Mundus Agit Histrionem (All the World Is a Theater—seluruh dunia ini merupakan seni pentas) (Peter Kivisto and Dan Pittman, 2011). Pendek kata,

kehidupan seseorang manusia atau individu seumpamanya sebuah siri persembahan. Interaksi

antara individu, dalam perspektif Goffman, dilihat sebagai persembahan yang mewah. Walau

bagaimanapun, konsep dramaturgikal yang berasal dari bidang sosiologi itu turut

diaplikasikan dalam bidang kewartawanan khususnya dalam pelaporan berita jenayah

pembunuhan.

Dalam memastikan penjualan akhbar yang lebih baik dan menyebarkan maklumat

kepada khalayak, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir akhbar arus perdana dan

tabloid menyiarkan berita dramatik yang adakalanya berunsur skandal dalam penerbitan teks

yang memberangsangkan. Berita-berita itu merangkumi isu yang sengaja diperbesarkan dan

disemarakkan lagi dengan foto-foto yang agak memberahikan walaupun wajah si pelaku

dikaburkan. Biarpun adakalanya gambar itu agak dramatis, sensasi dan menakutkan, atas

(5)

5

kita. Hal ini dikatakan demikian kerana foto-foto ini sangat dekat dengan realiti kehidupan

dan dianggap mempunyai efek untuk menzahirkan kesan emosi yang sangat kuat dan

spontan. Gambar-gambar itu juga menghidupkan imaginasi pembaca akan isu yang berprofil

tinggi. Dengan menggunakan teknik pembingkaian (Framing), gambar-gambar sensasi dan dramatis ini lebih memudahkan penyampaian maklumat dan difahami serta diingati oleh para

pembaca (Entman, 1991).

Etika Kewartawanan

Dari sudut etika pula, kewartawanan menjurus kepada satu garis panduan moral dalam

kehidupan manusia mengenai apa yang betul dan apa yang salah. Etika kewartawanan adalah

berlandaskan tanggungjawab dalam penulisan berita iaitu para wartawan melaporkan berita

secara adil, tepat, jujur, melindungi sumber-sumber berita, dan menjaga rahsia maklumat.

Faridah Ibrahim dan Mus Chairil (2003) menyatakan tiga jenis etika kewartawanan:

1. Absolutis – para wartawan bergantung kepada garis panduan atau peraturan seterusnya dianggap sebagai perundangan atau sesuatu yang sah. Sekiranya

sesuatu berita itu menarik, semasa, penting dan signifikan, maka berita itu

dianggap berita utama dan perlu dilaporkan.

2. Antinomian – wartawan yang merasakan mereka bekerja dan melaporkan berita berdasarkan pemikiran yang bebas dan tidak memihak kepada sesiapa

dalam tugas adalah lebih baik kerana mereka boleh menjadi pemantau kepada

sistem pentadbiran negara.

3. Situasionis – falsafah etika yang selalunya diguna pakai dalam kalangan wartawan dalam sistem negara demokrasi. Ini melibatkan cara wartawan

melaporkan berita berdasarkan kejadian yang benar dan objektif tanpa

memihak sesiapa. Para wartawan ini beranggapan mereka boleh mencorakkan

sebuah berita demi kebenaran atau keselamatan diri mereka, orang ramai atau

sesuatu pihak yang lain. Etika ini berteraskan emosi dan budi bicara serta

faktor masa, tempat dan keadaan yang berbeza.

Pada 20 Mei 1989, A. Samad Ismail mengisytiharkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang

telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila yang diketuai oleh Pengerusi Institut

(6)

6

individu yang berminat dan bersedia memasuki profesion perguruan kewartawanan wajar

menghormati fasal-fasal berikut:

a) Tugas utama wartawan melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang

ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.

b) Dalam melaksanakan tugasnya, wartawan hendaklah menghayati kebebasan

mencari dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan

kritikan yang saksama.

c) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan

berita, gambar, filem dan dokumen.

d) Sebarang maklumat disiar yang didapati tidak benar dan tepat hendaklah

diperbetulkan.

e) Watawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.

f) Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan

mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak

berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun.

g) Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat

perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat

majmuk Malaysia.

h) Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang

berkaitan secara langsuang dengan profesion mereka.

Jenayah Seks di Malaysia

Menurut Sundramorthy, statistik melibatkan jenayah seks di Malaysia dikatakan masih

rendah berbanding dengan negara lain (Starmag, 2008). Antara penyumbang utama kejadian

jenayah ini ialah faktor urbanisasi yang telah menyebabkan perubahan gaya hidup dan

kepercayaan yang semakin hilang. Selain itu, faktor kemodenan dan teknologi yang

memudahkan rakyat dalam memperoleh apa-apa maklumat seksual dan barangan seksual

juga menyumbang kepada berlakunya jenayah seks di Malaysia.

Berdasarkan statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 451 kes

jenayah rogol dilaporkan pada tempoh Januari-Februari 2011. Angka ini menurun sebanyak

(7)

7

Walaupun statistik menunjukkan penurunan kes jenayah rogol di Malaysia, angka yang

dipaparkan hanya mewakili tempoh Januari-Februari.

Kini, masyarakat menganggap media massa sebagai suatu alat yang cukup efek untuk

mempengaruhi rakyat jelata sama ada untuk kebaikan atau kejahatan (Mohd Yahya

Mohamed Ariffin, 2006). Dalam pada itu, media juga dikatakan menimbulkan rasa takut dan

panik dalam kalangan masyarakat akan pemberitaan yang melibatkan jenayah seks. Hal ini

kerana media begitu dipengaruhi beberapa kes mahkamah yang dianggap berprofil tinggi dan

dramatik yang melibatkan keganasan dan jenayah seksual. Di samping itu, ada beberapa kes

berlanjutan sehingga beberapa bulan dan konsep pemberitaan sensasi serta bentuk

penceritaan pengamal media telah menarik minat orang ramai untuk mengikutinya. Akan

tetapi, adakah cara berita itu ditulis benar-benar ingin mengambil tahu dan menimbulkan rasa

tanggungjawab masyarakat untuk menangani isu jenayah tersebut?

Kaedah Kajian

Bagi mengetahui tahap pengamalan etika kewartawan dan tanggungjawab sosial dalam

kalangan pengamal media tempatan, satu kajian berdasarkan analisis tekstual dijalankan bagi

mengamati liputan-liputan berita akan kes-kes pembunuhan Suzaily Mukhtar (12 Oktober

2000), Canny Ong Lay Kian (18 Jun 2003), dan Noritta Samsudin (6 Disember 2003).

Merujuk kepada pemilihan sampel, dua surat khabar tempatan yang mempunyai tahap

pengedaran tinggi (Jadual 1) dipilih dan dianalisa mengikut cara pemberitaan pengamal

media akan kes-kes pembunuhan yang dinyatakan tadi. Dalam kajian ini, hanya tajuk-tajuk

berita yang mengandungi unsur-unsur sensasi dan dramaturgikal akan dijadikan bukti kajian

kes.

Jadual 1

Tahap pengedaran surat-surat khabar terpilih

Surat Khabar Pemilik Media

Pengedaran

(Sehingga 31hb Disember 2011) (setahun)

Utusan Malaysia Utusan Melayu Bhd. 172, 859

(8)

8

Hasil Kajian dan Perbincangan

a) Suzaily Mukhtar

“Jurutera komputer diperkosa, dibunuh dalam bas”. Inilah tajuk berita yang diliputi oleh akhbar-akhbar tempatan selepas seorang jurutera komputer yang berusia 24 tahun diperkosa

sebelum dicekik hingga mati oleh pemandu bas ekspres ketika dalam perjalanan ke tempat

kerjanya. Dalam melaporkan kes pembunuhan ini, agensi-agensi media tidak banyak (tetapi

ada) melaporkan berita ini dengan sensasi dan dramatik khususnya penggunaan kata dan ayat.

Malah, oleh sebab pelaporan ini, masyarakat menggesa pihak bertanggungjawab seperti

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdangangan (LPKP) supaya menyaman pemandu bas yang

bas mereka itu bercermin hitam. Masyarakat turut menyalahkan sikap pemandu bas itu

sebagai syaitan. Berikut merupakan tajuk-tajuk berita terpilih bagi kedua-dua surat khabar

(Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily) yang mempunyai unsur sensasi semasa pelaporan media kita.

(9)

9

Jadual 2

Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih

No Tajuk Berita Artikel Dalaman Tarikh

1 Jurutera komputer diperkosa, dibunuh dalam bas

- Seorang jurutera komputer berusia 24 tahun diperkosa berulang kali sebelum cekik hingga mati oleh pemandu…

- Selepas dibunuh di lantai bas berkenaan, mayatnya dalam keadaan bogel dibuang di tempat pembahagi jalan…

- …Noor Suzaily Muktar mati dipercayai seleaps dijerut dengan kain tudungnya sendiri di leher selepas dirogol dan diliwat oleh lelaki itu.

12 Oktober 2000

[Pemandu bas membawa seorang jurutera komputer muda dan cantik ke kawasan sunyi,

[Sebuah surat khabar Melayu melaporkan oleh sebab ingin memenuhi nafsu, semasa merogol mangsa, tertuduh menggunakan alat meningkatkan nafsu.]

14 October 2000

b) Kes Pembunuhan Canny Ong

Pada 17 Jun 2003, mayat seorang wanita rentung ditemui di dalam longkang di tepi Lebuh

Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Taman Maju Jaya, Jalan Klang Lama.

Mayat dibakar selepas dirogol. Kes berprofil tinggi ini mendapat liputan yang luas oleh

media-media perdana Malaysia khususnya surat-surat khabar berbahasa Cina dengan

gambar-gambarnya yang jelas menunjukkan tempat dan lokasi mayat ditemui. Tidak dikecualikan

iaitu berita sensasi yang turut memenuhi muka surat-surat khabar perdana. Penjelasan

keadaan mayat itu sendiri juga amat nyata dilaporkan oleh media kita. Berikut merupakan

tajuk-tajuk berita terpilih bagi kes pembunuhan Canny Ong daripada kedua-dua surat khabar

(10)

10

Canny Ong Tertuduh: Ahmad Najib Aris

Canny Ong yang ditemui rentung Ngeri dan menyayatkan hati

Jadual 3

Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih

No Tajuk Berita Artikel Dalaman Tarikh

1 证人:遇害前

丽涓半裸躺在车 座

[Saksi: Sebelum kejadian, mangsa separuh bogel baring di belakang tempat duduk kereta.]

- 当 经过该轿车时,发现司机 座躺在一

女子, 当时 半身赤裸,露出乳房,头

部靠在司机 座的车窗

[“Apabila saya lalu kereta itu, saya ternampak di belakang tempat duduk pemandu ada seorang perempuan, dia baring separuh bogel, terdedah buah dadanya, kepala bersandar pada tingkap kereta.”]

13 Jan 2004

2 法医:透过子宫头发确认 女

尸死者 手被交 捆绑

[Pakar forensik: Dengan rahim, rambut sahkan mayat rentung wanita. Kedua-dua belah tangan diikat bersilang]

- 死者的 手被布匹交 绑住,

且前 被纠缠了两 圈 [...kedua-dua belah

tangan mangsa diikat dengan kain pembalut luka, dan dlilit sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali.]

- 他 法医 是通过死者有子

宫,头发和衣着特 确认经他解剖的是一

被 火 烧 的 女 尸 […dia (pakar forensik)

(11)

11

mengesahkan mangsa rentung ialah seorang wanita dengan rahim, rabut dan ciri-ciri

terbakar sepenuhnya, muka pun dibakar, biji mata ada kanda mata, hidung dan bibir sebelah atas dan bawah dibakar, mulut terbuka, dan 32 batang gigi dalam keadaan normal.] setuju untuk melakukan seks bersama tertuduh. Mangsa mengikut arahan ke belakang tempat duduk”.]

- 被告见状也到车的 座去,接着就跟女

害人在座位 发生性关系

[“Tertuduh pun ikut ke belakang tempat duduk dan melakukan seks dengan dia…”]

11 Mei 2004

4 Bahagian rahim sahkan mayat rentung wanita

- …bahagian luar kemaluan wanita yang dihantar untuk bedah siasat telah terbakar hingga tidak boleh dipastikan jantinanya, selain daripada kedua-dua kakinya terpisah daripada badan. - ―Ini adalah berdasarkan penemuan iaitu bahagia

dalam kemaluan dan uterus (rahim) masih elok dan kelihatan kecil malahan pembukaan bahagian atas rahim menunjukkan wanita itu tidak pernah melahirkan anak mahupun hamil.‖ - Mayat berkenaan juga, ujar saksi, telah

mengalami proses pereputan di bahagian abdomen dan kawasan pelvic serta mengeluarkan bau busuk dan juga berulat. - Bahagian leher mayat pula, kata Kasinathan,

terdapat lilitan sekurang-kurangnya tiga kali dengan kain seakan-akan bandage (kain pembalut luka) dan kulit leher terbakar. - ―Namun, mukanya tidak terbakar kesuluruhan,

kedua-dua bji mata yang masih memakai kanta lekap pula mula mereput tetapi masih sempurna, keseluruhan bahagian luar telinga terbakar dan tiada sebarang eksesori dijumpai di telinga.

- ―Hidung mayat yang agak mancung telah terbakar separuh, bibir pula terbakar sebahagian, mulut terbuka sementara gigi bahagian depan terdedah.

26 Feb 2004

5 Canny mati disebabkan jerutan kain—Saksi

- …wanita itu mati disebabkan oleh jerutan kain yang konsisten pada leher serta pendarahan

(12)

12

pada bahagian abdomen.

- …punca kematian Canny disahkan berdasarkan kepada penemuan kain yang masih terlilit dan terjerut di lehernya.

6 Mayat Canny rentung kaki terjuntai—Saksi

- …Ong Lay Kian telah dijumpai rentung terbakar dengan tulang kaki terjuntai keluar dari sebuah lubang, manakala bahagian kepada hingga ke lututnya terperosok dalam longkang yang bertutup.

- Semnetara, dua belah tangan Canny dalam keadaan bersilang seolah-olah menutup buah dadanya.

- …mayat Canny yang begitu keadaannya telah ditindih pula dengan dua biji tayar dan sekeing papan ketika ia(mayat) mula-mula dijumpai dalam sebuah lubang.

19 Mac 2004

c) Kes Pembunuhan Noritta Samsuddin

Kes pembunuhan eksekutif pemasaran—Noritta Samsuddin, 22 tahun telah dianggap menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat dan keluarganya. Tambahan pula,

akhbar-akhbar perdana mengambil masa yang agak lama dalam melaporkan kes pembunuhan

yang berprofil tinggi itu dan agak keterlaluan dari aspek penulisan berita sehinggakan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Mohd Zain menegur supaya cerita ini tidak

menjadi bahan gosip dalam kalangan masyarakat. Sekretariat Pelajar Kewartawanan Muslim

(SEPKOM), USM turut membuat saranan perkara 5:

Noritta Samsudin Tertuduh

Puncak Prima Sri Hartamas,

(13)

13

Pihak mahkamah isytiharkan bahawa setiap kes rogol dan yang seangkatan makna dengannya dibawa kepada mahkamah tertutup. Hal ini bermakna, kes-kes rogol melibatkan orang yang telah meninggal dunia dan yang masih hidup tidak diberikan liputan meluas. Kes-kes selain dari itu seperti kes bunuh, jenayah rasuah, rompakan dan lain-lain adalah di bawah mahkamah terbuka.

Tambahan pula, kakak mangsa, Suhaily turut menimbulkan kurang senang hati akan

pemberitaan sesetengah agensi berita mengenai kes pembunuhan ini (Utusan Malaysia, 9 Dis

2003).

―Laporan-laporan sebegini (mendakwa mangsa mengadakan hubungan seks sebelum dibunuh) telah memalukan kami sekeluarga sedangkan pihak yang

berkenaan belum selesai menjalankan siasatan.‖

Akibat daripada penulisan pemberitaan yang agak sensasi dan dramatik itu, selepas 5

Disember 2003 surat khabar dengan tajuk beritanya ―Model dirogol, dibunuh - Ditemui dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat” (Utusan Malaysia, 5 Dis 2003) menimbulkan banyak spekulasi dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dalam

perbicaraan kes bunuh Noritta Samsudin, akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia

dan Sin Chew Daily turut melaporkan cerita isu ini dengan menggunakan ayat-ayat sensasi dan dramatik yang boleh merangsang pembaca untuk mengikuti cerita ini sehingga

penghujungnya dan mengimaginasikan senario kes itu. Berikut merupakan beberapa tajuk

berita sensasi yang dianalisis dalam Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily.

Jadual 4

Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih

No Tajuk Berita Artikel Dalaman Tarikh

1 Noritta mati selepas seks kasar— Pakar forensik

- Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa peragawati sambilan, Noritta Samsudin menemui ajal kemungkinan besar selepas melakukan hubungan seks yang membabitkan perbuatan kasar atau secara paksaan.

- …takungan cecair yang banyak dalam kemaluan Noritta berkemungkinan dihasilkan oleh ejaklulasi pembuat dan campuran cecair yang dikeluarkan oleh gadis itu.

- …pemeriksaan mendapati terdapat kesan

(14)

14

koyakan lama pada selaput dara Noritta dan lebam pada dinding kiri faraj mangsa.

- ―Lebam berlaku semasa mangsa masih hidup dan pengumpulan cecair yang banyak menunjukkan kemungkinan setelah melakukan hubungan seks, baru dia meninggal dunia.‖ - …terdapatnya takungan cecair ini menunjukkan

bahawa mangsa masih berbaring semasa dia jika hubungan seks dilakukan secara sukarela. - Kesan lebam itu,…,adalah kesan baru dan ia

disebabkan oleh satu benda yang tumpul seperti kemaluan lelaki atau jari.

- …terdapat kesan darah dan koyakan baru pada dubur mangsa, kesan lebam mayat pada bahagian belakang tubuh dan lebam pada kedua-dua paha gadis itu.

- Mengenai kesan lebam pada paha depan Noritta,…,ia mungkin disebabkan oleh kedua-dua lutut pembuatnya berada di atas paha gadis itu.

- ―Lebam pada paha belakang mungkin

disebabkan punggung Noritta di atas dan posisi pembuat di atasnya dengan menekan gadis itu menggunakan kedua-dua lututnya.‖

2 Pakar forensik: Noritta aktif lakukan hubungan seks

- …ini berdasarkan kepada hakisan yang terdapat pada selaput dara gadis tersebut.

- …tidak mungkin kecedaran yang terdapat pada lidah Noritta disebabkan perbuatan seks oral sekalipun ia dilakukan secara kasar.

- …sekiranya mangsa itu masih hidup dan berada dalam keadaan kesakitan, dia boleh menggigit zakar lelaki terbabit.

- …kecederaan pada bibir Noritta adalah disebabkan gigitan sendiri untuk mencapai kepuasan…

21 Mei 2004

3 手 绑头部被枕头牢套

证人:诺丽达死状惨

[Tangan diikat, kepala ditutup dengan bantal.

[Forensik: Sebelum mati mangsa ada hubungan seks. Noritta mati

[…menunjukkan badan mangsa dan lebam

(15)

15

pada faraj.]

- 如果死者生前发生性行 站立或活动,

分泌物将流出来 但从死者身 看来, 死

时的姿势是躺着的

[Jika mangsa berdiri atau bergerak selepas seks, takungan cecair di dalam farajnya akan tumpah.]

- 控官:一个人死 可不可以发生性行 ,

分泌物是否会沉 在阴部?

[Pendakwa raya: Selepas seorang mati, bolehkah dia melakukan seks, dan adakah rembesan boleh menakung di dalam faraj?]

- 法医:可以,分泌物 是会沉 在那边

[Pakar forensik: Boleh, rembesan masih boleh menakung di situ.] menunjukkan bahawa dia mengalami paksaan yang kasar dan dipaksa untuk melakukan seks, sebab lain ialah dia mengadakan seks dengan ramai orang.]

- 法医坚 ,口交是绝对不会致伤人的舌头

[Pakar forensik menegaskan seks oral tidak akan mencederakan lidah.]

[Pakar forensik: tidak semestinya, tapi boleh.]

- 律师:如果是粗暴的性行 呢?

[Peguam: Apa kata jika ia itu seks kasar?]

- 法医:不可能,如果 是活着, 会去咬男

性的性器官而放开

[Pakar forensik: Tidak mungkin, jika dia masih hidup, dia akan menggigit zakar lelaki itu.]

- 律师:口交会不会致伤嘴唇 舌头以 喉 akan mengigit bibir sendiri untuk mencapai kepuasan seks.]

21 Mei 2004

Berdasarkan ketiga-tiga kes pembunuhan yang berprofil tinggi di Malaysia, jelas

(16)

16

melaporkan kes pembunuhan dan kes perbicaraan Suzaily Mukhtar, Canny Ong dan Noritta

Samsudin kepada pembacanya. Kedua-dua surat khabar perdana terang-terang melaporkan

cara kematian mangsa dan keadaan mayat itu sendiri. Melihat dari sudut retoriknya, terdapat

unsur dramaturgi yang jelas dalam pelaporan Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily seakan-akan pembaca ―berada di tempat kejadian‖. Cara penulisan sedemikian merangsang para pembaca untuk mengimaginasikan serta menyusun balik senario kejadian berkenaan.

Ternyata, cara penulisan tersebut bukan sahaja kurang sesuai didedahkan kepada pembaca

khususnya kanak-kanak kerana terlalu terperinci dalam mendedahkan setiap butiran

(termasuk beberapa perkara yang sangat intim dan mengandungi unsur-unsur seksual), malah

turut mencurahkan kepiluan yang bertakhta di hati nurani keluarga mangsa.

Sesunguhnya, gaya pemberitaan sensasi tidak lagi bersimpati dengan mangsa atau

mengambil tahu isu jenayah demi pencegahan. Malah, penggunaan teknik sensasi pada

headline telah menanam minat pembaca untuk mengikuti unsur-unsur seksual yang terdapat dalam laporan berita berkenaan.

Media dan tanggungjawab sosial

Seperti yang kita sedia maklum, penulisan sesuatu berita yang adil, mampu memenuhi

aspirasi dan polisi negara dan berkebolehan mengubah minda, perlakuan rakyat jelata

menjadi lebih positif dan berinovasi adalah amat signifikan. Sesunguhnya dengan adanya

etika kewartawanan itu adalah diharapkan mampu menjadi satu paradigma transformasi

minda dan tingkah laku masyarakat melalui tanggungjawab sosial pihak media itu sendiri.

Dari sudut tanggungjawab sosial, peranan media komunikasi adalah:

a. Memenuhi kewajipan yang perlu terhadap masyarakat berteraskan

profesionalisme seperti kualiti maklumat, kebenaran, ketepatan dan

kesesuaian.

b. Bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan.

c. Menghindari mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.

d. Memberi peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pandangan yang

memberi kesan yang baik.

e. Individu yang terlibat dengan tanggungjawab media komunikasi mestilah

(17)

17

Dalam penulisan setiap laporan dan penulisan berita, para pengamal media adalah

bertanggungjawab secara langsung dalam membina akal dan budi masyarakat. Dengan

berteraskan dasar profesionalisme dan penyebaran maklumat yang telus, tepat dan signifikan

terhadap masyarakat, media ialah agen terbaik dalam mendidik masyarakat agar lebih

berilmu, berakal positif dan mempunyai asas keperibadian yang positif. Sehubungan itu,

masyarakat kita ini mampu melahirkan sebuah negara yang makmur. Perdana Menteri Najib

Tun Razak sendiri menyarankan para pengamal media supaya memainkan peranan untuk

membina akal, budi, nilai murni, dan daya keintelektualan masyarakat (Berita Harian, 6hb

Julai, 2010).

Para pengamal media haruslah berbalik semula kepada tujuan sebenar dalam

penulisan dan laporan berita itu sendiri. Seperti yang diketahui, secara umumnya, tujuan

penulisan dan laporan berita bertujuan untuk mendidik, memberitahu, mengajar, memberi

penerangan dengan lebih jelas dan lengkap, memberi dan membentuk kesedaran, dan

pengajaran yang boleh digarap melalui gaya penulisan kepada para pembaca dan penonton.

Para pengamal media juga haruslah mampu melahirkan tabiat minat membaca dalam

kalangan masyarakat terutamanya terhadap golongan kanak-kanak. Ini adalah antara salah

satu peranan utama dalam menjalankan tanggungjawab sosial media untuk melahirkan para

cendekiawan pada masa hadapan. Seandainya, berita yang ditonjolkan itu amat memualkan

dan menyebabkan orang dewasa atau ibu bapa tidak mampu atau tidak tahu untuk

menerangkan berita itu kepada anak-anak mereka, apatah lagi dengan media dalam

melahirkan masyarakat yang bersih fikiran dan hati mereka?

Penulisan dan laporan berita juga memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran

masyarakat dengan memaparkan berita-berita yang boleh membangkit emosi para pembaca

dan penonton. Contohnya, peranan ibu bapa, kisah anak-anak malang dan berita yang

melibatkan jenayah dan cara-cara pencegahan. Dengan mensensasikan berita–berita ini, ia akan membuatkan para ibu bapa atau penjaga berjaga-jaga dalam memberi pendidikan dan

tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Adakalanya, kejadian yang melibatkan anak-anak ini

berpunca daripada kesilapan dan kesibukan ibu bapa itu sendiri selain daripada kepincangan

masyarakat yang mengambil sikap tidak ambil peduli dan tidak menjaga tepi kain orang.

Namun, apa yang menjengkelkan, kalau ianya melibatkan aib atau kisah yang lebih intim,

boleh pula tepi kain itu dijaga rapi malah disebarkan pula. Jadi, penulisan berita sebegini

(18)

18

mengambil berat antara satu sama lain bagi menjalinkan ikatan yang lebih rapat antara

hubungan ibu bapa dan anak-anak selain daripada perhubungan kejiranan yang lebih efektif.

Kehidupan manusia bergantung kepada tindak-tanduk mereka yang perlu dibimbing

supaya tidak menjurus ke arah keburukan dan kemudaratan sebaliknya memberi kebaikan

sesama insan itu sendiri. Oleh itu, media dan laporan berita itu amat penting dalam

pembinaan masyarakat yang berjiwa bersih dan berdaya saing. Setiap penulisan berita jika

digarap secara tepat mampu memberi kesan kepada pembaca seterusnya mempengaruhi

minda dan perlakuan seseorang. Selain itu, berita yang tepat mampu mengelakkan berlakunya

gejala yang negatif mampu membentuk rasa tanggungjawab sesama masyarakat tanpa

mengira kaum dan batasan.

Peranan pihak organisasi media komunikasi:

1. Perlu mewujudkan falsafah, visi dan misi organisasi yang selaras dengan falsafah,

visi dan misi pihak kerajaan.

2. Memastikan organisasi sentiasa mematuhi segala undang-undang,akta dan etika

yang telah digubal.

3. Merancang dan melaksanakan program yang selari dengan kehendak falsafah, visi

dan misi organisasi yang telah digariskan.

4. Perlu sentiasa menilai sejauh mana sesuatu mesej, maklumat atau berita yang

disiarkan itu berjaya menyumbang kepada pembinaan aspek-aspek positif

masyarakat dan mengurangkan aspek-aspek negatifnya.

5. Perlu mengadakan kursus-kursus secara berkala yang dapat membina sifat

keprofesionalan sebagai individu yang terlibat dengan media komunikasi.

6. Melantik panel penasihat daripada kalangan ahli akademik dalam pelbagai bidang

yang bertindak selaku penasihat kepada organisasi, khususnya dalam

(19)

19

Pemberitaan Sensasi dan Kepentingan Tanggungjawab Sosial Media dari Perspektif Islam

Paul F. Lazarfeld dan Robert K. Merton (Schramm & Roberts 1993) menjelaskan bahawa

sebahagian besar masyarakat kini merasai media massa atau komunikasi ialah alat yang

cukup berkesan untuk mempengaruhi masyarakat untuk kebaikan atau kejahatan dan jika

tidak dikawal dengan sebaiknya, kejahatan mungkin menjadi lebih dominan. Oleh yang

demikian, bagi mengatasi kebimbangan ini, peranan media komunikasi mestilah bertitik tolak

daripada prinsip al-amru bi al-ma„ruf wa al-nahy „an al-munkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). Prinsip ini sebagai kayu ukur terhadap peranan media

komunikasi itu sendiri bagi menjamin pemeliharaan terhadap lima perkara utama al-maqasid al-syar‟iyyah (maksud-maksud syariat), iaitu memelihara agama, akal, keturunan, nyawa, dan harta benda. Ini bermakna peranan media komunikasi yang dibentuk mestilah berlegar di

sekitar al-maqasid al-syar„iyyah itu sendiri.

Dalam hal ini juga, terdapat dua pendekatan yang perlu dimainkan oleh media

komunikasi yang sesuai dengan konteks al-maqasid al-syar„iyyah, iaitu pendekatan dari sudut tanggungjawab sosial dan juga dari sudut pembangunan (Musa Abu Hasan & Narimah

Ismail 1998 dalam Aminuddin Basir dan rakan-rakan, 2009). Dari sudut perspektif Islam,

(20)

20

demi membawa kesejahteraan kepada komuniti serta menjadi agen penyumbang kepada

masyarakat negara dalam penulisan berita secara benar. Dalam menyebarkan maklumat, para

wartawan ini haruslah ada unsur-unsur mendidik masyarakat ke arah yang lebih positif,

menarik minat membaca dengan bahan bacaan yang berilmu, mencari ilmu serta

menghasilkan rasa tanggungjawab dan kerjasama antara masyarakat dan individu. Selain itu,

dengan pemaparan berita sensasi positif ini, pengamal mampu melahirkan rasa keinsafan dan

mampu memberi pengajaran untuk dihayati oleh para pembaca. Sesungguhnya, media itu

sendiri bukan sahaja agen transformasi ke arah pemikiran dan sikap yang lebih positif,

malahan juga media dan laporan pemberitaan sensasi secara positif mampu menjadi agen

transformasi rohaniah yang lebih baik untuk bekalan pada hari akhirat kelak. Ini adalah

kerana apa-apa yang dilaporkan dan dibacakan serta cara menghayatinya melambangkan

keperibadian dan iman seseorang.

Oleh itu, laporan berita itu haruslah boleh melibatkan dua perkara utama iaitu sifat

sesuatu paparan berita dan kesan hasil berita yang disebarkan. Oleh itu, setiap berita itu

haruslah merangkumi unsur-unsur kebajikan dan al-taqwa kerana media itu sendiri sebagai agen transformasi untuk mengubah minda dan perlakuan masyarakat ke arah kebaikan. Jadi,

dalam usaha untuk menjadi agen perubahan dan menjalankan tanggungjawab sosial,

seharusnya pemberitaan sensasi dan dramatik itu dilakukan sebaik mungkin tanpa

memalukan mana-mana pihak seterusnya menjatuhkan aib seseorang mahupun keluarga

individu terbabit. Sesungguhnya, Islam meletakkan kedudukan sesuatu berita atau mesej itu sebagai satu sedekah, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ―Perkataan yang baik itu adalah sedekah‖ (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 34: Perkataan yang baik). Dalam konteks ini, ajaran Islam menganjurkan sikap perlu berhati-hati

dan menilai sesuatu mesej atau maklumat dengan cermat kerana dibimbangi akan membawa

pengaruh yang buruk kepada penonton, pendengar dan penerima. Tambahan pula, dalam

konteks dunia globalisasi, media komunikasi lebih didominasi oleh pihak Barat yang

mempunyai pelbagai prejudis terhadap orang lain. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t.

berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6: ―Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak

(21)

21

Kesimpulan

Akibat keterlanjuran dalam penulisan berita tanpa ada rasa tanggungjawab dan batas

kebebasan etika kewartawanan akan membuatkan sesuatu situasi berita itu menjadi lebih

teruk seterusnya akan mengundang pelbagai masalah terhadap pihak keluarga atau

siapa-siapa individu sehingga menjatuhkan moral pihak yang dilapor. Apakah kata-kata seperti bad news is a good news itu harus diguna pakai demi melariskan akhbar dan menarik perhatian para penonton untuk fokus kepada stesen televisyen tertentu, tanpa memikirkan akan

keburukan yang bakal menimpa terhadap pihak atau keluarga yang dilapor? Apa yang

penting dalam sesuatu penulisan dan laporan berita iaitu berita-berita sensasi ini sebenarnya

boleh digunakan untuk mendidik dan mengajar masyarakat, seterusnya untuk membentuk

keperibadian yang lebih bertamadun tetapi, ianya haruslah berteraskan elemen-elemen atau

nilai-nilai murni agar laporan dan penulisan berita adalah lebih berkesan dan mampu

menyentuh emosi para pembaca dan penonton. Pembelajaran bermula di rumah, maka para

pengamal media haruslah menyebarkan penulisan berita dan laporan dengan cara yang

berkesan dan tidak mengganggu pemikiran kanak-kanak sehingga mereka sendiri akan

tertanya-tanya dan ibu bapa pula gagal memberi penjelasan yang memuaskan mereka. Para

pengamal media haruslah lebih banyak menyiarkan berita-berita yang mengandungi

nilai-nilai murni dan tidak menyelitkan gambar-gambar yang tidak senonoh demi mengejar

keuntungan tanpa memikirkan bahawa kanak-kanak juga ialah sebahagian masyarakat yang

perlu diberi perhatian.

(22)

22

Rujukan

Audit Bureau Circulations. (2011). The ABC Report: Circulation figures for the period ending 30 December 2011. Kuala Lumpur: Author.

Farhana Poniman, & Hafiz Berhanuddin. (2010). Sensational news: Responsibility in educating readers. SASARAN, Jurnal Kritikan Media, 59, pg. 32.

Faridah Ibrahim. (2003). Falsafah dan etika kewartawanan di Malaysia: Antara tuntutan profesionalisme dan kepentingan industri. Jurnal Komunikasi, 19, 59-78.

Faridah Ibrahim, & Mohd Safar. (2005). Penggunaan sumber berita dalam media cetak dan elektronik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Finnegan, R. J. (1942). Social responsibilities of the newspaper. The ANNALS of the American Academy of Political and Social Science, 219, 166-168. doi: 10.1177/000271624221900126

Goffman, E. (1959). The presentation of in everyday life. London: Allen Lane The Penguine Press.

H.M.Tuah Iskandar. (1990). Kewartawanan Islam. Kuala Lumpur: Karya Media.

Hariyati Arifin. (2010). Pemeberitaan Sensasi:Virus Etika Kewartawanana. SASARAN, Jurnal Kritika Media, 59, pg. 14.

Hasmah Zanuddin, & Yuana King. (2006). Peranan akhbar dan maklum balas sosial: Berita jenayah akhbar Harian Metro. In Hamedi Mohd Adnan & Rahman Shaari (Eds.),

Media di Malaysia: Mendukung citra bangsa (pp. 97-118). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kivisto, P., & Pittman, D. (2011). Goffman's dramaturgical sociology In P. Kivisto (Ed.),

Illuminating social life: Classical and contemporary theory. Carlifornia: Sage Publications, Inc.

Mohd Fahmi Mohd Yusof. (2010). Pemberitaan sensasi: Membentuk pemikiran atau mengaut keuntungan. SASARAN, Jurnal Kritikan Media, 59, pg. 8.

Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (2006). Pendapat publik mengenai peranan media dalam menangani jenayah. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 8(1), 57-72.

Wilson, S. (2010). Source usage and news credibility in two Malaysian crime cases.

Akademika, 79, 43-51.

Kumac (Producer). (2004, October 6). Ke pembunuhan Norrita-Satu kronologi [Web log comment]. Retrieved from http://kumac.tblog.com/post/200824

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini menggunakan metode deskriptif kualitatif dengan beberapa tahapan, yaitu mencari informasi mengenai aspek teknis teknologis dan standar bangunan tinggi pada

Kepala MIN Mendawai Pangkalan Bun telah ikut berperan dalam mengatur madrasah yang berkaitan dengan kualifikasi melalui penjadwalan proses pembelajaran di madrasah yang dibuat

Penggunaan kompensator Lead dan PI dapat memperbaiki kinerja sistem dengan tegangan keluaran buck converter yang dihasilkan sudah sesuai yang diharapkan sebesar 5 Volt

Rata-rata peningkatan kemampuan guru memanfaatkan lingkungan sekolah sebagai sumber belajar yaitu nilai rata-rata kegiatan pembelajaran atau dalam proses belajar mengajar dari

Pengamatan pada serangga yang terkoleksi setiap minggu tidak mendapatkan serangga yang terinfeksi jamur. Oleh karena itu koleksi jamur dilakukan dengan mengambil sampel

Air bersih, dalam hal ini digunakan 2 jenis air bersih yaitu air panas dan dingin berfungsi untuk membilas lembaran plat baja setelah pickling agar larutan HCL yang menempel pada

Hasil penelitian menunjukkan bahwa pembelajaran dengan menggunakan kertas lipat pada materi mengenal pecahan dapat meningkatkan hasil belajar siswa yang ditunjukkan

Berdasarkan pemaparan tersebut dapat diketahui bahwa rahn atau gadai adalah jaminan atau penahanan suatu harta atau barang atas utang piutang sehingga jika utang