• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sains sukan merupakan satu cabang dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sains sukan merupakan satu cabang dalam"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini

merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk

meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

Isi kandungan

[sorokkan]

 1 Pengertian sains sukan dan pendidikannya

 2 Sains Sukan Tulen

 3 Sains Sukan Gunaan

 4 Sains Sukan Generik

 5 Matlamat Sains Sukan

 6 Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan o 6.1 Anatomi

o 6.2 Fisiologi

o 6.3 Pertumbuhan manusia

o 6.4 Proses dalam badan manusia o 6.5 Kimia

(2)

 7 Konsep asas kimia dalam sains sukan o 7.1 Atom

o 7.2 Unsur (elemen) o 7.3 Kompaun (sebatian) o 7.4 Molekul

o 7.5 Elektrolit o 7.6 Karbohidrat o 7.7 Lipid

o 7.8 Protein

o 7.9 Sistem sel sebagai unit asas hidup

 8 Pautan luar

[sunting] Pengertian sains sukan dan

pendidikannya

Sains sukan juga boleh ditakrifkan dalam beberapa perspektif:

Akademik / intelektual: sains sukan merupakan satu ilmu pengetahuan yang memfokuskan kepada pelbagai teori, prinsip, dan kajian yang melibatkan sains. Pelbagai konsep dijanakan daripada bidang sains seperti anatomi & fisiologi, kinesiologi, dan sebagainya.

(3)

Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah aktiviti kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil kajian sains.

Sains Sukan adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana konsep-konsep yang diterap dapat membantu jurulatih bahkan pelatih dalam meningkatkan teknik-teknik dalam bidang kesihatan dan jasmani. Dalam hidup harian, kita sentiasa melalukan senaman dan kerja-kerja ringan. Kesemua aktiviti ini memerlukan teori sains sukan untuk memperbaikinya jika terdapat kesilapan semasa melalukannya. Contohnya, postur duduk dan cara mengangkat barang berat perlu disokong dengan teori sains yang mantap. Di Malaysia, subjek "sains sukan" boleh diambil oleh pelajar yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan terhad dan secara tidak langsung ramai terpaksa mencari maklumat dari pelbagai sumber. Kerajaan juga menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui Internet supaya mereka

diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM.

[sunting] Sains Sukan Tulen

Bidang ini merupakan bidang asli sains sukan. Ia lebih

mementingkan aspek-aspek teori dan kajian-kajian berdasarkan teori. Contohnya, tenaga yang diperlukan untuk berlari satu pusingan mungkin 1000 kJ. Jawapan ini dapat diperoleh melalui formula matematik.

[sunting] Sains Sukan Gunaan

Bidang ini adalah lebih kepada aplikasi ilmu sukan daripada skop bidang tulennya. Tenaga yang diperlukan untuk berlari hendaklah mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti keadaan lantai itu. Jadi, pengiraan menjadi lebih rumit dan terdedah kepada banyak ketidakpastian.

[sunting] Sains Sukan Generik

(4)

adalah satu bidang atlet yang melibatkan semata-mata permainan dan sukan seperti bola jaring, bola sepak, ping-pong dsb. Namun, anggapan ini bukannya semuanya salah. Dalam sains sukan generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam

meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan sebagai alat yang boleh menyihatkan badan dan tidak

mencederakan anggota badan ekoran daripada kesalahan teknik bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan untuk

mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu dan berkumpulan dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini juga merupakan satu alat sebagai permainan di arena antarabangsa bahkan melalui pertandingan mahupun hiburan melalui media massa.

[sunting] Matlamat Sains Sukan

Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:

 Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.

 Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang

(5)

 Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran : Koordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.

 Pertumbuhan emosi dan sosial : sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".

 Pertumbuhan insan dan negara : manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu

negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan

Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.

[sunting] Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu

Sukan

Ini bermaksud struktur dan kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan pakar bioperubatan.

(6)

Kajian tentang struktur badan manusia. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam beberapa kumpulan seperti:

 sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya

 sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus

 sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah

 sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas

 sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan

 sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

[sunting] Fisiologi

Ia merupakan kehidupan manusia. Setiap individu perlulah bernafas, makan, minum, berkumuh, dan membiak sebagai aktiviti asas

manusia. Selain itu, kita juga haruslah bersosial, bermain, bersukan, bekerja dsb sebagai aktiviti harian. Kesemua aktiviti ini memerlukan organ-organ yang sihat untuk menjayakannya.

[sunting] Pertumbuhan manusia

Manusia adalah sentiasa berkembang dan bertumbuh. Pertumbuhan ini bukan sahaja merujuk kepada perkembangan dari badan kecil kepada badan besar. Malah, proses penuaan juga merupakan pertumbuhan manusia. Proses pertumbuhan (dikenali sebagai tumbesaran) adalah bermula dari detik persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas insan dijadikan, sel-sel membesar (menjadi matang) dan berganda sehinggalah badan bayi dibentuk dalam rahim ibu. Selepas bayi itu dilahirkan, sel-selnya terus berkembang dan aktif berganda supaya saiz badan kecil menjadi saiz dewasa. Pada peringkat ini, pertumbuhan adalah bersifat eksponen. Selepas itu, pertumbuhan menjadi tidak ketara dan

(7)

 Pertumbuhan Fizikal: Perkembangan yang melibatkan sel-sel badan dan organ-organ manusia dalam proses pembesaran dan penuaan sepanjang umur manusia. Ia bermula sejak di uterus lagi. Perkembagan yang pesat selalunya ditentukan oleh gizi makanan dan kegiatan dalam sukan.

 Pertumbuhan Mental: Perkembangan yang melibatkan perkembangan mental serta kognitif seseorang. Ia bermula selepas seseorang mula memahami dan mengetahui alam ini. Biasanya, pertumbuhan ini adalah dipelajari daripada

pengalaman dan ilimu pengetahuan.

 Pertumbuhan Sahsiah: Perkembangan yang melibatkan sahsiah, rohani dan nilai-nilai murni seseorang. Ia biasanya bermula apabila ibu bapa mula mendidik anaknya. Ada juga yang percaya nilai-nilai murni boleh dipupuk semasa anak masih dalam kandungan ibu. Nilai dapat dipupuk melalui ajaran agama dan pendidikan secara formal atau tidak formal.

[sunting] Proses dalam badan manusia

Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih

terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi

ketidaknornmalan manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang,

seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu

(8)

[sunting] Kimia

Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang

dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan

memepengaruhi sifat-siafar fizikal sesuatu zarah. Manakala electron dalam atom tersebut akan menetukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl dsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melelui pergabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalag dari pada natrium dan klorin.

[sunting] Bahan dan tenaga

Bahan kimia biasanya dianggap sebagai material yang toksik. Namun, anggapan ini adalah betul jika ia adalah digunakan dalam bidang industri dan analisis berasaskan kimia. Bahan kimia yang tidak / kurang toksik adalah digunakan dalam kehidupan harian seperti gula, garam masak, tepung gandum dsb. Banyak bahan yang diperlukan dalam kehidupan adalah untuk tumbesaran dan ia sangat berkaitan dengan sistem biologi. Bidang kimia dalam sistem biologi degelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dsb. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dalam membina dan mengganti sel-sel untuk tumberan. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia

memerlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini adalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal seperti mandaki gunung. Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk

kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah satu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap

(9)

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur atas kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat, hidayah dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan studi dan menyusun skripsi yang

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan

Utama adalah symbol dari bangunan bagian atas yang diwujudkan dalam bentuk atap yang diyakini juga sebagai tempat paling suci dalam rumah sehingga juga digambarkan

Classification Table a 37 0 100.0 17 0 .0 68.5 Observed ada tidak ada keberadaan vektor Overall Percentage Step 1. ada

Dari beberapa kriteria media alternatif modifikatif untuk mengganti lembing standar/lembing bambu tersebut nampaknya pelepah kelapa (yang sudah kering dan tidak

Hasil perhitungan menggunakan metode plate count menunjukkan bahwa tanah pada lahan pertanaman jati telah mengandung bakteri Azotobacter dengan jumlah yang

Artinya (Ya Allah. Tuhan segala manusia, hilangkan segala klienannya, angkat penyakitnya, sembuhkan lah ia, engkau maha penyembuh, tiada yang menyembuhkan selain engkau,

Setelah barang yang Anda pesan jadi / selesai kami buat, maka akan kami kirimkan foto barang pesanan Anda tersebut via bbm/whatsapp/line/email sebelum barang