• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bentuk Muka Bumi di Penempatan Telipok

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bentuk Muka Bumi di Penempatan Telipok"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

AG20603 GEOMORFOLOGI

LANSKAP DI KAWASAN KAJIAN: PEMERHATIAN DI KAWASAN PENEMPATAN TELIPOK

(2)

1.0 PENGENALAN

Skim Penempatan Telipok merupakan satu projek kerajaan dalam menempatkan semula penduduk yang dahulunya tinggal di Pulau Gaya ke satu tempat yang baharu yakni penempatan Telipok. Keseluruhan penduduk yang menetap di kawasan penempatan Telipok ini merupakan mereka yang berpendapatan rendah dan dalam kategori penduduk miskin. Tambahan pula, tahap pendidikan secara puratanya adalah pada tahap persekolahan rendah dan tidak bersekolah. Akan tetapi, dalam laporan ini membincangkan tentang lanskap di kawasan penempatan telipok. Pemerhatian kepada lanskap di kawasan penempatan ini sangat menarik memandangkan kawasan letakan penempatan ini merupakan di atas bukit yang dirata untuk divina kawasan penempatan (lihat gambar 1.1). Terdapat beberapa lanskap yang menjadi kriteria yang menggambarkan kawasan penempatan ini sama ada lanskap tersebut terhasil secara semulajadi ataupun dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Objektif bagi laporan ini boleh dikatakan sebagai melihat lanskap yang sedia ada atau lanskap yang terhasil akibat manusia sebagai agen geomorfologi. Selain itu, objektif laporan ini juga melihat agen-agen yang terlibat dalam penghasilan lanskap tersebut. Objektif yang ketiga adalah mengenalpasti proses yang terlibat dalam penghasilan lanskap tersebut. Akhir sekali, penghasilan model bagi melihat perkaitan antara agen-agen tersebut dalam penghasilan lanskap tersebut.

2.0 METODOLOGI

Salah satu kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah pemerhatian. Pemerhatian yang dijalankan adalah dengan ke kawasan kajian ini iaitu kawasan penempatan Telipok. Darjah ketersampaian ke kawasan kajian adalah sangat rendah memandangkan kawasan kajian ini merupakan kawasan tempat tinggal saya iaitu pengkaji yang mengkaji lanskap yang terhasil di kawasan penempatan Telipok ini.

(3)

dalam menentukan kawasan lanskap semulajadi dan buatan manusia. Kaedah yang terkhir adalah kaedah yang menggunakan teknologi iatu pengambilan gambar untuk menunjukkan lanskap yang terhasil akibat daripada proses-proses geomorfologi yang disebabkan oleh agen-agen geomorfologi juga. Gambar-gambar tersebut boleh dilihat dan dirujuk di kawasan lampiran bagi memudahkan pembaca untuk memahami isu yang dikaji dalam laporan kajian ini.

3.0 HASIL KAJIAN

Melihat kepada objektif ketiga bagi kajian ini, untuk melihat lanskap yang telah terbentuk sama ada oleh manusia atau secara semulajadi, satu proses iaitu satu keadaan yang menyebabkan bentuk tersebut terhasil perlu dikenal pasti. Dalam kajian ini, proses yang disentuh adalah proses hakisan. Proses hakisan merupakan satu proses peralihan batuan atau peralihan sedimen yang akan menyebabkan keadaan sesuatu tanah tersebut semakin rendah dari keadaan asal1. Dalam erti kata lain, proses hakisan yang berlaku itu akan menghasilkan pandang darat fizikal yang baru (gambar 3.1). Selain itu, terdapat juga proses yang lain yang membentuk lanskap di kawasan penempatan tersebut, iaitu proses susutan tanih. Susutan tanih ini merupakan satu proses yang melibatkan pergerakan bahan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain2. Dalam erti kata lain, kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kawasan lanskap di kawasan penempatan Telipok berbeza (gambar 3.2).

Selain itu, terdapat juga proses luluhawa yang membentuk lanskap di penempatan telipok tersebut (gambar 3.3). Proses luluhawa ini merupakan luluhawa organik yang mana melibatkan manusia sebagai agen luluhawa tersebut. Proses luluhawa ini boleh dikatakan sebagai proses pemecahan batuan sama ada secara mekanikal atau secara kimia3. Akan tetapi, proses yang terlibat juga bukan disebabkan oleh keadaan semulajadi, tetapi boleh dikatakan sebagai kehendak dan keperluan manusia yang tinggal di kawasan penempatan Telipok. Kehendak dan keperluan semasa oleh penduduk di sana menyebabkan beberapa proses atau

1

Gabler E. R. et. al, 2007, Essential of Physical Geography (Eight Edition), Thomson Brooks/Cole; Belmont, California, page 424.

2

deBlij H.J. & Muller P.O, 1996, Physical Geography of the Global Environment, John Wiley & Sons Inc; Canada page 390.

3

(4)

pengubahsuaian lanskap muka bumi di kawasan penempatan telipok tersebut. Proses pembinaan rumah yang berlaku di kawasan penempatan telipok bukan sahaja mengubah lanskap tetapi mengubah fungsi guna tanah di kawasan tersebut. Hal ini terjadi dengan andaian bahawa sesebuah penempatan atau perumahan yakni rumah yang di bina adalah hanya sementara untuk satu tempoh masa yang tertentu4.

4.0 ELEMEN TERLIBAT

Berdasarkan dapatan kajian serta pemerhatian yang telah dijalankan, elemen yang terlibat dalam pembentukan lanskap bagi kawasan Penempatan Telipok boleh dikategorikan kepada dua.

RAJAH 4.1 Rajah menunjukkan dua jenis elemen yang terlibat dalam membentuk lanskap di kawasan kajian.

Berdasarkan pengkategorian tersebut, terdapat dua kategori yang menjadi pemangkin kepada pembentukan muka bumi di kawasan tersebut. Akan tetapi, elemen utama yang mempengaruhi kawasan lanskap di kawasan kajian adalah air serta aktiviti manusia. Bagi

4

(5)

elemen yang berkaitan dengan suhu, ianya hanya mempengaruhi dari segi proses luluhawa yang mana hanya berlaku di kawasan batuan yang terdedah kepada cahaya matahari sahaja (lihat gambar 3.3). Kawasan tersebut hanyalah satu kawasan kecil jika dibandingkan dengan kawasan yang dipenuhi atau kawasan yang terdapatnya aktiviti manusia. Bagi elemen angin pula, ianya hanya menjadi satu faktor yang sangat minor berbanding elemen air dan aktiviti manusia yang dominan. Angin hanya akan bertindak apabila tibanya musim ribut atau musim tengkujuh, tetapi disebabkan kawasan kajian yang dikelilingi oleh bukit maka angin tidak menjadi elemen yang penting.

Air dan aktiviti manusia merupakan satu gabungan elemen yang mencorak lanskap di kawasan kajian. Hal ini disebabkan air yang mampu mengubah kawasan daratan di kawasan kajian menjadi lumpur akan menjadi pemangkin kepada perubahan lanskap di kawasan kajian. Larian air permukaan di kawasan kajian adalah sangat tinggi hal ini kerana, terdapat kawasan tanau runtuh yang membawa sebahagian tanah menggelonsor ke bawah dalam jumlah yang besar. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat tayar yang diletakkan di bahagian tepi kawasan berlakunya tanah runtuh tersebut (gambar 4.1). kejadian tanah runtuh tersebut disebabkan oleh elemen air, akan tetapi aktiviti manusia iaitu penggunaan kenderaan seperti lori melalui jalan tersebut mempercepatkan kejadian tanah runtuh. Tambahan pula, kawasan tersebut merupakan satu tasik pada asalnya, yang hanya ditimbun sudah menjadikan struktur tanah di kawasan tersebut longgar.

(6)

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, dapat disimpulkan bahawa pembentukan lanskap yang berlaku di kawasan kajian secara pemerhatian melibatkan elemen aktiviti manusia dan air yang menjadi elemen yang dominan, kerana disebabkan aktiviti manusia yang bukan sahaja melibatkan faktor pergerakan harian aktiviti manusia tetapi juga disebabkan aktiviti lain seperti pembinaan rumah tambahan di kawasan tepi bukit (lihat gambar 5.1). susutan tanih juga berlaku di kawasan kajian yang mana disebabkan oleh faktor elemen air (lihat gambar 5.2).

(7)

LAMPIRAN

Gambar 1.1 kawasan kajian bagi kajian tentang bentuk muka bumi.

Gambar 3.1 menunjukkan lanskap yang terhasil akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Kawasan

(8)

Gambar 3.2 Paip plastik digunakan sebagai pengalir air sementara kerana kawasan tersebut dahulunya merupakan tanah tetapi akibat kejadian tanah runtuh, maka langkah sedemikian

diambil untuk mencegah dari berlakunya lagi larian air permukaan yang berlebihan.

(9)

Gambar 4.1 Tayar disusun dibahagian tepi bagi menghalang berlakunya tanah runtuh.

Gambar 5.1 Kawasan rumah yang berada di kawasan kanan di dalam gambar merupakan struktur bangunan yang dibina oleh manusia yang bukan struktur asal bangunan di kawasan

(10)
(11)

RUJUKAN

deBlij H.J. & Murphy A.B, 2003, Human Geography Culture, Society, and Space (Seventh Edition), John Wiley & Sons Inc; Canada, page 287.

deBlij H.J. & Muller P.O, 1996, Physical Geography of the Global Environment, John Wiley & Sons Inc; Canada page 390.

Gabler E. R. et. al, 2007, Essential of Physical Geography (Eight Edition), Thomson Brooks/Cole; Belmont, California, page 424.

Gambar

Gambar 1.1  kawasan kajian bagi kajian tentang bentuk muka bumi.
Gambar 3.2 Paip plastik digunakan sebagai pengalir air sementara kerana kawasan tersebut
Gambar 4.1 Tayar disusun dibahagian tepi bagi menghalang berlakunya tanah runtuh.
Gambar 5.2 Keadaan tanah yang berlakunya susutan tanih.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam persekitaran kini, kredibiliti media didapati bukan lagi satu-satunya faktor yang menjadi penentu atau rujukan bagi penggunaan media, tetapi khalayak kini

Mengacu pada tujuan utama sejak diluncurkannya produk KREASI Kredit Angsuran Fidusia ini, yaitu sebagai salah satu usaha untuk pemberdayaan UMKM, dan usaha untuk mengatasi

Artinya adalah apabila moderasi intellectual capital dengan corporate social responsibility mengalami kenaikan sebesar satu satuan, maka akan menyebabkan value of the firm

Dari data tersebut dapat diketahui bahwa Kraton Kerto merupakan bangunan istana yang pembangunannya telah terencana oleh pembuatnya. Hal ini dapat kita lihat dari

Manfaat dari penelitian ini diharapkan dapat memberikan informasi perubahan kimia dan mikrobiolgi minuman jeli ikan lele pada suhu yang berbeda selama penyimpanan dan dapat

Penilaian jawaban esai yang dilakukan dalam penelitian ini adalah berdasarkan pencocokkan kata kunci sebagaimana yang dilakukan pada sistem penilaian jawaban

Tujuan penelitian ini adalah untuk mendapatkan rancangan proses produksi biodiesel dari minyak biji nyamplung melalui reaksi esterifikasi dan transesterifikasi sehingga

 Struktur PDRB Aceh baik dengan migas maupun tanpa migas menunjukkan bahwa dua sektor yang merupakan leading sector bagi perekonomian Aceh pada triwulan