BEKALAN AIR BERSIH
PUNCA KEKURANGAN BEKALAN
1. Peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa-permintaan terlalu banyak
-pelbagai kegiatan yang berpunca dari masyarakat menyebabkan berlakunya pencemaran sumber air yang ada .
-meletakkan kita dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian
2. Peningkatan suhu global
-menyebabkan kadar kehilangan air berlaku lebih cepat akibat proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera.
-mengakibatkan kesan seperti kenaikan aras laut -kegiatan pembakaran terbuka
3. Pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik
–longgokan sampah di tapak pelupusan sampah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih lain.
-pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih semakin berkurang
-Pembuangan sampah-sarap merata-rata ke dalam sungai, bangkai haiwan dan najis telah menggalakkan pembiakan bakteria
4. Pembangunan yang pesat
- menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah, sebaliknya terus mengalir ke sungai.
-keadaan ini mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya menjejaskan mutu bekalan air.
LANGKAH MENGATASI
1. Memperbanyakkan lagi pembinaan loji rawatan air.
- loji perawatan ditempatkan di sekitar tebing tasik. -mengenakan catuan bekalan air domestik dan industri
-hanya air yang telah dirawat sahaja dibenarkan dialirkan semula ke dalam tasik. 2. Peningkatan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara proaktif
-aktiviti R&D secara proaktif akan membuka laluan lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan canggih bagi merawat air buangan secara efektif.
-melalui R&D juga air laut boleh diproses untuk dijadikan air minuman. 3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
- menyedarkan segenap lapisan masyarakat tentang kepentingan menjaga dan memelihara tasik dan air tasik sebagai sumber penerus kepada kehidupan. - kempen "Hargailah Air", "Sungaiku Hidupku", "Cintailah Sungai Kita" "Cintai Alam Sekitar", dan Sambutan Hari Air Sedunia
- pendidikan formal dan tidak formal - di sekolah-sekolah, diterapkan dalam subjek tertentu spt Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, tubuhkan pasukan pengawas alam sekitar, Kelab Pencinta Alam,
- anjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong membersihkan tasik, aktiviti riadah dan sukan air
4. Pembentukan lebih banyak kawasan tadahan air.