• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH LANGKAH MENJAGA ANCAMAN PENGGUNA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LANGKAH LANGKAH MENJAGA ANCAMAN PENGGUNA"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA ANCAMAN PENGGUNAAN KOMPUTER DAN INTERNET

Kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat daripada diceroboh atau dimasuki secara tidak sah, kerosakan data kerana pencerobohan, dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah ataupun akibat daripada bencana alam.

Langkah-Langkah Keselamatan Penggunaan Komputer dan Internet

a) Kata Laluan (Password)

 Kata laluan adalah rahsia dan hanya diketahui oleh pengguna yang sah sahaja.  Jangan dedahkan pengenalan diri dan kata laluan diri kepada sesiapa.

b) Email

 Jangan buka sebarang ‘attachment’ tanpa menyemak terlebih dahulu walaupun ianya daripada individu yang AMAT dikenali.

 Aktifkan penapis ‘junk e-mail’, buang e-mel yang tidak berkaitan

 Minta pengirim email menyatakan nama ‘attachment’ , jenis format dan aplikasi yang perlu digunakan untuk membukanya.

c) Install Perisian Anti Virus

 Pasangkan perisian pencegahan virus untuk memeriksa fail-fail yang baru digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan virus.

 Gunakan program antivirus untuk mengimbas external hardisk dari virus sebelum ia digunakan.

 Imbas sebarang program-program baru sebelum menjalankannya.

d) Firewall

 Firewall adalah perkakasan atau perisian yang berfungsi dalam rangkaian untuk menghalang komunikasi yang tidak dibenarkan.

 Memasang perisian firewall dapat membantu mengelakkan data masuk dan keluar secara tidak sah dari komputer sebaik sahaja sistem disambungkan ke internet.

e) Buang Perisian Lama (Uninstall)

 Jangan guna perisian yang sudah lama tidak dipakai kerana kemungkinan terdapat virus.

 Selalu kosongkan recycle bin/ trash.

f) Kawalan Capaian

 Langkah-langkah mengelak pengodam atau penceroboh mencapai sistem komputer :-- Penggunaan kata laluan untuk pengguna yang sah. Contoh : Penggunaan Kad ATM - Objek perlaksana Contoh : Cap Ibu Jari, Kod bar atau Pengimbas Nombor

- Perkakasan Biometrik Contoh : Pengimbas Cap Jari, Pengimbas Retina.

g) Salinan Fail (Backup File)

 Data backup ialah satu program menyalin fail. Membuat salinan aplikasi data ialah satu keperluan supaya data dapat dipulihkan semula sekiranya berlaku kecemasan.  Salinan data dibuat bergantung kepada kepentingan data tersebut samada setiap hari,

setiap minggu atau setiap bulan

(2)

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)

 Salinan hendaklah dibuat di storan lain seperti pendrive, CD, external hardisk dan pelbagai.

h) Kemaskini Perisian

 Kemaskini perisian sistem komputer seperti perisian anti virus sekurang-kurangnya sekali seminggu supaya sistem komputer dapat berfungsi dengan baik.

i) Kawalan Rangkaian

Disconnect internet daripada komputer jika tidak menggunakannya untuk

mengelakkan daripada sistem komputer diceroboh atau digodam oleh orang-orang yang cuba untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer atas tujuan jahat,khianat atau sebagainya.

j) Capaian Data

 Jangan melayari laman web yang tidak sepatutnya seperti pornografi dan lain-lain  Berhati-hati dengan sebarang ‘popup window’ yang muncul, gunakan teknik ‘right

click’ pada ‘taskbar’ untuk tutup ‘popup window’ tersebut

k) Perancangan Pemulihan Bencana

 Rancangan lain perlu diambil perhatian, walaupun salinan telah dilakukan antaranya :  Rancangan Kecemasan (Emergency Plan)

Sekiranya berlaku gangguan, apakah rancangan keselamatan yang hendak dilakukan bagi melindungi pengguna atau maklumat.

 Rancangan Sandaran (Backup Plan)

Perancangan dibuat samada keseluruhan atau separuh sahaja.  Rancangan Pemulihan (Recovery Plan)

Rancangan ini menyimpan data yang penting dalam media di luar sistem  Rancangan Ujian (Test Plan)

Adakan ujian dari masa hingga ke semasa untuk memastikan keberkesanan rancangan kecemasan yang telah dirancang.

10 TIPS PANDUAN KESELAMATAN UNTUK PENGGUNA INTERNET 1) Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu

Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu jangan sesekali:

• Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan. • Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di internet . hiraukan apa yang diperkatakan olehnya.

• Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.

• Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

2) Memastikan kata laluan yang digunakan adalah alphanumeric, iaitu gabungan nombor dan abjad. Kata laluan hendaklah dihafal dan tidak dituliskan di mana-mana. Kata laluan ini hendaklah ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

(3)

Nama: JEFFRIN KINSIM (MP1412193T)

3) Berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pemesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila pengguna tidak pasti tujuannya.

4) Pengguna berhak untuk bertanyakan mengapa dan bagaimana maklumat yang diberi akan digunakan.

5) Memerhatikan tanda-tanda kecurian identiti seperti bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang tidak dipohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas, atau dihubungi oleh pemungut hutang atau pihak-pihak berkenaan mengenai pembelian yang tidak dibuat.

6) Jangan membuka e-mel, fail atau pautan laman web daripada pihak yang tidak dikenali atau dicurigai isi kandungannya.

7) Memastikan lampiran e-mel adalah daripada sumber yang dipercayai sebelum membukanya. Jangan berikan respons kepada e-mel yang meminta maklumat peribadi, maklumat daftar masuk atau pengesahan tukar kata laluan,

8) Menggunakan antivirus, anti-spyware dan program firewall yang disokong dengan baik oleh pembekalnya. Pastikan program yang digunakan adalah terkini dan dikemas kini dari masa ke semasa.

9) Bagi pengguna yang memiliki akaun perbankan dalam talian, anda disarankan memeriksa akaun bank dengan kerap untuk memastikan tiada pengeluaran palsu dijalankan. Jika melakukan pembelian dalam talian, gunakan kad kredit. Kad kredit biasanya mempunyai perlindungan yang lebih terjamin bagi liabiliti peribadi.

10) Semasa melawat laman web perbankan dalam talian, periksa sama ada tarikh dan masa sepadan dengan tarikh dan masa bagi pendaftaran masuk terakhir. Jika akaun bank telah terjejas, bertindak pantas dan laporkan kepada bank.

Referensi

Dokumen terkait