PENGHARGAAN
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ingin saya tujukan kepada Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) kerana telah memberi
peluang kepada saya dan rakan-rakan saya untuk menjalankan kerja kursus Bahasa
Melayu Komunikatif MPU 3012.
Saya juga berterima kasih kepada Encik Johari bin Harun selaku pensyarah
kami kerana telah memberi penerangan yang cukup jelas dan telah memberi tunjuk
ajar kepada kami semua.
Malah, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Jeganathan a/l
Sinnappayan dan Puan Susila a/p Mutthusamy kerana memberi sokongan padu dan
moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga tidak terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas saya yang telah berkongsi pengetahuan mereka dengan saya. Ucapan
terima kasih ini juga ditujukan kepada semua abang-abang serta kakak-kakak senior
yang telah membantu saya sepanjang tugasan ini.
PENGENALAN
TUGASAN 1 : ANALISIS LARAS BAHASA
Laras bahasa merupakan salah satu aspek atau konteks dalam sosiolinguistik. Laras bahasa mengkaji mengenai penggunaan diksi dalam sesuatu teks seperti artikel, jurnal, surat khabar dan lain-lain lagi. Penggunaan laras bahasa membincangkan dua konsep iaitu pengguna dan penggunaan. Sebagai contoh, dialek Perak, Kelantan dan Melaka adalah berbeza.
Terdapat pelbagai jenis laras bahasa seperti laras bahasa biasa, laras bahasa iklan/perniagaan, laras bahasa sains, laras bahasa media massa, laras bahasa rencana, laras bahasa undang-undang,laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa sastera/kreatif, laras bahasa ekonomi, dan laras bahasa akademik.
Bahan ilmiah yang telah dikaji ialah sebuah artikel yang bertajuk bahasa Melayu bahasa Rasmi Asean yang dikarang oleh Jeniri Amir keluaran Sari bahasa. Artikel ini memaparkan pelbagai laras bahasa.
Sebagai contoh, ayat dalam artikel ini menggunakan laras bahasa biasa. Laras bahasa biasa bermaksud tiada sebarang konteks khusus atau terperinci yang melibatkan sebarang bidang ilmu seperti sains dan matematik. Pemilihan kata (diksi) dalam laras bahasa biasa sering digunakan dalam perbualan harian. Struktur ayatnya juga mudah, ringkas dan padat. Terdapat dua jenis laras bahasa biasa iaitu formal; digunakan dalam perkara rasmi, dan tidak formal. Contoh laras bahasa biasa dalam artikel ini (m/s 6, perenggan pertama, baris pertama) ialah ‘Jika ekonomi Asean disatukan, ekonomi tersebut merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia’. Contoh seterusnya (m/s 7, perenggan kedua, baris kelapan) ialah ‘Negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa rasmi perlu meneruskan perjuangan itu. Kedua-dua ayat ini dikategorikan sebagai laras bahasa biasa kerana mudah difahami, formal dan tidak melibatkan sebarang bidang ilmu yang lain.
banyak. Kenyataan tersebut boleh dipercayai kerana merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh KDNK yang menguruskan akaun ekonomi negara.
Laras bahasa iklan juga digunakan dalam artikel tersebut. Laras bahasa iklan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkesan. Ayatnya ringkas serta pendek tetapi penuh dengan maklumat. Laras bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa dan hanya mengunakan pernyataan tertentu sahaja. Sebagai contoh yang terdapat dalam artikel ini (m/s 6, perenggan kedua, baris ke-14), …dengan slogan “Satu Visi, Satu identiti, Satu Komuniti”. Slogan ini dapat menarik perhatian orang ramai seterusnya dapat disebarkan kepada seluruh negara. Slogan ini ringkas, padat dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Slogan ini dikatakan laras bahasa iklan kerana dapat menyampaikan maklumat atau mesej kerajaan kepada rakyat.
Malahan, laras bahasa undang-undang juga memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah artikel. Laras ini dapat membuktikan kesahihan maklumat dalam sesebuah bahan ilmiah. Ayat yang digunakan berpandukan perundangan yang mempunyai prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta yang melibatkan seksyen dan bahagian undang-undang. Selain itu, terdapat istilah khusus yang dipinjam daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Kosa kata yang digunakan adalah berdasarkan intepretasinya. Ayat sebegini tidak memerlukan struktur ayat yang betul. Ayatnya mungkin panjang kerana harus mengikut segala yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang kesalahan semasa interpretasi boleh menyebabkan kesan yang sangat buruk. Sebagai contoh, (m/s 7, perenggan keempat, baris kelima) dalam artikel ini ialah ‘Di Singapura, satu daripada bahasa rasmi ialah bahasa Melayu [(Artikel 153A & 153 (A), (2)], Indonesia dengan bahasa Indonesia (Artikel 36 Perlembagaan Indonesia), dan Malaysia dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan (Artikel 152). ‘Perlembagaan’ didefinisikan sebagai satu dokumen yang mengandungi segala susunan peraturan dan undang-undang dasar yang menjadi asas sesebuah negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah negara dan harus diikuti oleh rakyatnya.
menyatakan nombor dalam bentuk pecahan daripada 100. ‘Peratus’ juga boleh menyenangkan pembaca untuk mengetahui jumlahnya dengan lebih tepat dan menyeluruh.
Laras bahasa sejarah digunakan untuk menggambarkan peristiwa yang sudah berlaku. Laras bahasa ini juga mementingkan fakta yang tepat dan benar serta harus penting dan bermakna. Peristiwa yang tidak mempunyai sebarang kesahihan tidak boleh ditulis dalam konteks laras bahasa sejarah. Contoh ayat yang mempunyai laras bahasa sejarah dalam teks tersebut (m/s 7, perenggan keenam, baris pertama) ialah Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dan kemudian dianggotai oleh Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Mynmar, dan Vietnam. Selain itu, laras bahasa ini digunakan dalam ayat di m/s 8, perenggan kedua, baris ke-21 iaitu ‘…pertemuan Kerjasama Parlimen Asean di Kemboja pada September 2011, delegasi parlimen Indonesia secara rasmi sudah mengusulkan bahasa Indonesia sebagai bahasa komunikasi rasmi dalam kalangan negara Asean’. Contoh seterusnya (m/s 8, perenggan kelima) ialah ‘Pada tahun 2007, Asean bersetuju supaya penubuhan Komuniti Asean dipercepat ke tahun 2015’. Ayat-ayat yang dinyatakan dikategorikan sebagai laras bahasa sejarah kerana mempunyai tarikh yang memerihalkan peristiwa tersebut sudah berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut juga penting dan bermakna kepada negara dan rakyat jelatanya.
Seterusnya, laras bahasa yang digunakan di dalam teks ini ialah laras bahasa media massa. Tujuan laras bahasa ini digunakan adalah untuk menyampaikan berita dengan penggunaan bahasa yang lebih difahami dan diterima oleh pendengar atau pembaca. Ketika penggunaan laras bahasa ini, tiada penggunaan istilah teknikal dan khusus. Laras bahasa media massa juga tidak mementingkan tatabahasa seperti kata hubung atau imbuhan. Sebagai salah satu contoh yang terdapat di dalam teks tersebut (m/s 9, perenggan kedua, baris ke-17) ialah ‘Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr.Rais Yatim sebagaimana dipetik oleh Bernama pada suatu ketka dahulu, pernah berkata bahasa Melayu mampu menyatupadukan masyarakat Asean’. Ayat ini mempunyai sumber media massa iaitu Berita Nasional Malaysia (Bernama). Bernama merupakan sumber berita bagi negara Malaysia.
baris ke-27) ialah ‘Langkah ke arah itu bagai perjalanan 1000 kilometer, dan untuk itu, kita perlu memulakan langkah itu dari sekarang’. Ayat ini merupakan sejenis ungkapan. Nada yang digunakan juga berbentuk puitis. Penggunaan perkataan “bagai” menggambarkan imaginasi penulis tersebut.
Inilah antara contoh laras bahasa yang digunakan di dalam artikel tersebut. Penulisnya telah menggunakan laras bahasanya bersesuaian dengan teksnya. Laras bahasa penting agar pembaca dapat memahami konteksnya dan tidak terkeliru dengan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.
RINGKASAN
dalam kalangan
pemilihan diksi serta mempunyai maksud yang tersirat.
Nada untuk laras bahasa tersebut berbentuk puitis dan bersifat komunikatif.
imaginasi penulis tersebut.
BERITA TERBURUK
Hari tersebut sungguh indah lagi berseri. Bunyi burung berkicauan di luar rumah sungguh merdu dan lembut sehingga aku teringin untuk menyambung balik tidurku. Aku masih baring di atas katil menunggu ibuku untuk mengejutkan aku. Ketika itu aku sudah habis zaman persekolahan dan hanya menunggu untuk keputusan semester kedua Sijil Tertinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aku bekerja secara sambilan di sebuah restoran berdekatan dengan rumahku. Tiba-tiba aku terdengar telefon bimbitku berbunyi. Tanganku meronta mencari telefon bimbitku yang tidak berhenti berbunyi. Aku melihat nama dia yang terpapar di telefon bimbitku dan aku terus mengendahkannya. Aku pun bergegas ke bilik air untuk mandi untuk bersiap ke kerja namun telefon bimbitku tidak berhenti berbunyi. Aku tidak mahu menjawab panggilannya kerana aku telah bergaduh dengannya semalam. Dia yang aku maksudkan merupakan teman wanita aku. Aku telah bersama dia sejak dua tahun dan semalam aku telah bergaduh dengannya kerana dia berkata hendak memutuskan cintanya dengan aku. Telefonku masih berdering dan aku pun menjawab panggilannya dengan penuh rasa geram dan marah. Tetapi apabila aku menjawab, kakak dia pula yang bercakap. Aku dapat dengar dia menangis dan suaranya terketar-ketar bercakap dengan aku. Aku berada dalam keadaan gelap ketika itu kerana aku tidak faham perkara yang sedang berlaku.
dijadikan dalam bentuk ayat. Aku hampir tidak dapat mangambil mataku daripadanya. Badanku kaku di tempat itu, jantung bagaikan berhenti buat seketika, lidahku kelu sehingga tidak dapat berkata sebarang perkataan.
Secara tiba-tiba, dia mula bercakap dengan aku dan aku terkejut dan tidak berkata apa-apa sehingga dia memanggil saya beberapa kali. Aku pun terjaga dari lamunan dan menjawab ya kepadanya. Dia bertanya sama ada saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemor dan aku pun menjawab ya sekali lagi. Aku pun bertanya bagaimana dia mengenali aku dan dia menjawab bahawa dia bersekolah di sekolah yang bersebelahan dengan sekolahku dan dia pernah melihatku ketika aku bermain gitar sewaktu persembahan kebudayaan di sekolahku. Dalam hatiku, aku merunggut kerana aku telah membazirkan masaku ketika zaman persekolahanku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mia. Secara senyap-senyap aku sudah bercadang untuk meluahkan isi hatiku kepadanya pada malam itu juga. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatiku. Aku pun meluahkan isi hatiku kepadanya dan aku dapat lihat riak mukanya yang marah tetapi dalam kemarahannya itu, aku dapat melihat hujung bibirnya tersenyum dan dia cuba mengawalnya. Pada mulanya, dia menolak untuk menerima aku sebagai teman lelakinya. Dia berkata dia pernah mendengar tentang diriku ketika zaman persekolahannya dan aku bernasib baik kerana dia mempunyai tanggapan yang baik tentang diriku. Namun, dia tetap tidak mahu menerimaku kerana dia hendak menumpukan perhatian pada pelajarannya serta masa depannya. Sejurus dia berkata demikian, aku pun mengambil gitarku dan mula memainkan lagu kegemaranku. Dia terkejut dan aku dapat menarik perhatiannya. Aku dapat merasakan bahawa dia akan menerimaku. Ketika dia turun dari kereta api, dia memandang ke arah aku dan pandanganya masih terpahat di hatiku.
aku kasihi dan aku hanya ingin menghabiskan masa denganmu sehingga ke akhir hayatku”. Aku sering memarahi dia kerana selalu berkata demikian.
Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan apabila aku buka mataku, ibuku berada di sebelahku. Ibu aku yang terpinga-pinga dan risau akan keadaanku lalu menyuruh aku minum air. Aku menolak cawan tersebut dan memeluk ibuku dan tanpa ku sangka, aku menangis sekuat hati. Ibuku menyuruh aku bertenang dan kemudiannya mengusap rambutku. Ibu lantas menyuruh aku untuk duduk dan menerangkan perkara sebenar yang telah berlaku. Aku bergegas keluar dan mengambil kereta. Aku memandu ke rumah Mia tanpa menerangkan apa-apa pun kepada ibuku. Aku dapat melihat orang ramai di luar rumahnya. Aku tidak berani untuk keluar dari kereta. Aku hanya meraung kepada ibuku yang duduk sebelahku, “Ibu…Mia dah mati bu…Mia dah mati”. Ibuku terkejut dan turun dari kereta. Ibuku berlari ke rumah Mia. Aku pula tidak mampu menahan kesedihanku dan hanya duduk di dalam kereta, menangis berseorangan. “Ini semua salah aku…salah aku…aku telah membunuh si Mia tu yang tidak berdosa”. Aku tidak mampu menerima hakikatnya bahawa Mia sudah tiada lagi di muka bumi ini.Tiba-tiba, kakaknya keluar dari rumah dan menuju ke arah keretaku. Dia menyuruh aku untuk masuk ke dalam dan melihat mukanya buat kali terakhir. Aku tetap tegas dengan pendirian aku dan aku tidak masuk.
PUNCA MASALAH STRES DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati Encik Johari Bin Harun, Pensyarah bahasa Melayu Komunikatif dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Apakah yang dimaksudkan dengan stres? Menurut Robbins (1993), stres merupakan suatu situasi yang dinamik di mana individu berhadapan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap perkara yang dihasratkan. Pada masa yang sama individu tersebut akan berasa suatu ketidakpastian sama ada boleh mencapai perkara tersebut ataupun sebaliknya. Manakala, Mohd Salleh (1994), mentakrifkan stres sebagai suatu tindak balas yang melibatkan fizikal dan mental yang menyebabkan individu itu tidak selesa dengan kehidupannya. Stres menurut Kamus Dewan bermaksud keadaan resah, cemas, dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal. Masalah stres tidak harus dipandang remeh kerana masalah ini boleh menyebabkan maut. Merujuk National Suicide Registry Malaysia (NSRM) jumlah kematian akibat bunuh diri di Malaysia telah mencecah hampir 500 orang dalam setahun. Golongan remaja iaitu yang berumur antara 16 hingga 25 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk membunuh diri. Apabila dikaji, punca utama yang menyebabkan golongan remaja membunuh diri ialah stres. NRSM juga menyatakan bahawa majoriti golongan ini tidak mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit sakit jiwa. Antara cara yang digunakan oleh golongan remaja untuk membunuh diri ialah terjun bangunan, minum racun, gantung diri dan mengelar pergelangan tangan. Masalah stres menjadi lebih serius ketika golongan remaja berada di institusi pengajian tinggi (IPT) seperti universiti, maktab, kolej dan politeknik. Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan stres dalam kalangan pelajar IPT.
terdedah kepada stres dan hampir 70 peratus merupakan pelajar IPT. Pelajar IPT didapati tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti luar mahupun di dalam kampus ataupun di luar kampus. Kadang kala pelajar yang sangat aktif dengan aktiviti luar kelas atau kuliah seperti pertandingan antara kampus, kerja amal dan kempen akan berhadapan dengan masalah pengurusan masa. Hasil kerja yang dilakukan pada minit-minit terakhir pula tidak akan berada pada tahap kualiti yang diharapkan oleh pensyarah. Perkara ini akan mengugat prestasi pelajar tersebut dan mengakibatkan stres. Keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan juga akan menyebabkan pelajar untuk berputus asa seterusnya menyebabkan pelajar mengambil keputusan membunuh diri. Hasil kajian yang dijalankan oleh Vijayen Gopal dan etc pada tahun 2010 di Institut Pengajian Guru Kampus Keningau didapati punca utama pelajar stres ialah masa yang terhad untuk menyiapkan kerja kursus akibat jadual waktu yang padat. Selain itu, hasil kajian itu menyatakan kelas ganti yang banyak juga menyebabkan pengurusan masa pelajar terjejas.
Hadirin-hadirat sekalian,
selain pelajar itu sendiri kerana kita akan kekurangan mahasiswa dan mahasiswi yang berbakat tinggi. Masalah cinta pula merupakan masalah yang sering berlaku di IPT. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku akibat masalah putus cinta termasuklah bunuh diri. IPG kita sendiri mempunyai satu kes di mana pelajar tersebut menggantung diri di biliknya akibat putus cinta. Apabila dikaji dengan teliti, pelajar tersebut sangat tertekan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya terputus dan mengambil keputusan untuk bunuh diri. Selain itu, seorang pelajar Universiri Putra Malaysia bunuh diri dengan terjun dari bangunan kerana cintanya tidak berbalas. Persoalannya ialah adakah sesuatu masalah akan selesai dengan membunuh diri? Adakah perbuatan sedemikian berbaloi? Sudah semestinya jawapannya tidak. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan membunuh diri bukanlah salah satu daripadanya. Hanya orang yang tidak memikir mengenai keluarganya yang mampu melakukan perkara sedemikian.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
menyebakan pelajar tersebut mendapat tekanan mental dan mengakibatkan sakit jiwa. Jadi sebagai rakan sebaya, adakah pemulauan merupakan tindakan yang wajar dilakukan ke atas pelajar yang bermasalah? Bukankah kita patut membantu orang yang memerlukannya? Jadi sebagai rakan sebaya kita seharusnya membantu rakan kita dan bukannya melihat mereka sebagai satu beban kerana konsekuensinya amatlah besar.
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita cuba menyumbat muatan yang besar ke dalam bekas yang sangat kecil? Sudah pasti bekas tersebut akan pecah atau meletup akibat tekanan yang sangat tinggi. Mengikut hukum fizik ketiga setiap perlakuan pasti ada reaksi yang bertentangan. Selain itu, bekas yang mempunyai isipadu kecil tidak boleh sama sekali menampung muatan yang melebihi hadnya. Tetapi, perkara inilah yang sering berlaku pada pelajar di IPT. Ibu bapa serta masyarakat sekeliling mereka sentiasa menaruh harapan yang sangat tinggi pada pelajar tersebut sehingga pelajar itu akan berasa takut sekaligus menjadi stres. Pelajar tersebut akan sentiasa diselubungi dengan perasaan takut kerana orang sekelilingnya menaruh harapan yang tinggi ke atasnya dan mengharapkan hasil buah yang melebihi tahap kemampuannya. Selain itu, pelajar tersebut juga akan berasa khuathir dengan tahap kemampuannya sendiri apabila didapati mereka sering diperhatikan. Pelajar-pelajar inilah yang akan berada dalam keadaan stres apabila keputusan peperiksaannya tidak seperti diharapkan. Mereka akan berasa takut dan cemas untuk berhadapan dengan orang yang menaruh harapan yang tinggi ke atas mereka. Pelajar tersebut juga akan berasa sungguh malu untuk berhadapan dengan pensyarah mereka sekaligus mula meminggirkan diri sendiri. Sebagai pelajar, kita harus sentiasa tahu kemampuan kita dan tidak berasa malu untuk berhadapan dengan kebenaran.
Tidak ada manusia yang hidup tanpa sebarang masalah. Masalah akan sentiasa wujud selagi kita tidak mencari jalan penyelesaianya. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama dan kita tidak harus sentiasa mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan masalah kita. Kita sentiasa harus percaya pada Tuhan dan masalah yang menimpa hanyalah satu ujian Tuhan bagi menguji kita.
TUGASAN 4 : SIMULASI KUMPULAN
BUKU AJAIB
Aiza Harini cikgu tidak dapat masuk. Hmmm… apa yang boleh saya buat di kelas ini? Baiklah, saya akan pergi ke
perpustakaan. Boleh buat sedikit rujukan di sana. Eh, buku apa ini? Saya tidak pernah nampak pun sebelum ini. Kenapa saya ditarik ke dalam ini? Tolong! Tolong! Kenapa bising sangat ni?
Putih Ibu, Ibu. Putih lapar.
Mak Kundur Kesiannya anakku ini. Kejap ye, ibu akan mintakan si Merah itu masakkan. Mana pula si Merah ni? Merah ! Merah ! Ke sini kau !
Putih : Entahlah ibu. Belum bangun lagi barangkali. Dasar pemalas.
Mak Kundur : Budak Merah ni memang sengaja mahu naikkan darah aku. Merah !!!!!!
Merah : Iya . Kenapa terpekik terlolong ni? Sampai ke sungai boleh dengar suara ibu dan Putih.
Putih : Lihat tu, ibu. Dia perli kita pula. Aku lapar tahu ? Cepat buatkan makanan. Kalau ikut jadual, hari ini sepatutnya Western food. Jadi, aku mahu kau masakkan P.I.Z.Z.A
Merah : Kau whatsapp sahaja lah Pizza Hut. Suruh mereka hantarkan.
Mak Kundur : Ewah-ewah. Dah pandai menjawab ya kau !
Aiza : Mak cik jangan !
Mak Kundur & Putih : Kau siapa? Tiba-tiba hendak masuk campur tolak darab bahagi pula.
Merah . Janganlah Makcik memukul dia.
Mak Kundur: Nama aku Mak Kundur. Hendak menolong Merah? Dari masa depan? Kau jangan hendak menipu aku pula. Aku tidak punya masa untuk dengar cerita dongeng kau .
Putih : Masa depan konon. Kau ingat kami ini macam Merah yang senang diperbodohkan ke?
Merah : Suka hati kau sahaja hendak mengutuk aku .
Putih : Aku kutuk depan. Bukannya belakang cik kak oi.
Mak Kundur : Diam kau Merah . Jangan hendak menyampuk. Hah, Aiza ! Baik kau bilang kau dari kerajaan mana ? Siapa yang hantar kau untuk jadi spy ke sini ?
Aiza : Kerajaan ? Spy ? Saya tidak faham.
Putih : Pandai pula berpura-pura. Kami tahu kau sebenarnya ialah spy daripada kerajaan Mergawas bukan?
Mak Kundur : Kalau bukan,mesti kau ahli sihir dari kerajaan Nenassakti.
Merah : Ibu dan Putih sudah melampau. Tidak baik menuduh Aiza sebegitu.
Aiza : Saya Aiza. Pelajar IPGKTB. Anak boungsu dari tujuh adik-beradik . Lahir di Perlis . Saya bukan spy . Saya bakal guru.
Mak Kundur : Ahhh! Hentikan bebelan kau itu. Putih, ayuh ! Kita bawa dia ke istana. Orang seperti ini harus dikenakan hukuman pancung.
Putih : Baik,ibu.
Aiza : Tidak ! Tidak ! Saya tidak bersalah ! Lepaskan saya !
Merah : Cepat Aiza ! Ikut saya !
Aiza : Terima Kasih, Merah.
Merah : Sama-sama. Saya tidak pasti sama ada mahu percaya atau tidak tentang cerita kamu bahawa kamu itu dari masa depan. Tapi, apa yang pasti, raut wajah kamu seperti orang baik-baik sahaja. Oh ya!Kenapatadi kamu bilang mahu menolong saya?Kita tidak pernah kenal sebelum ini dan kamu pun tidak tahu apa-apa tentang saya.
Aiza : Saya tahu tentang kamu. Tentang Putih dan Mak
Kundur.Saya tahu kisah kamu bertiga. Kisah kamu amat popular.
Merah : Hah?! Kisah kami? Maksud kamu?
Aiza : Ya. Jangan risau. Sekarang kamu menderita tetapi selepas ini kamu akan bahagia.
Merah : Benarkah begitu? Apa yang bakal terjadi? Ceritakanlah Aiza.
Aiza : Nanti pada suatu hari kamu akan bertemu dengan seorang putera raja dan akan berkahwin dengannya. Putih dan Mak Kundur akan menyesal di atas perbuatan mereka selama ini.Kamu dan suami kamu akan hidup bahagia,Merah.
Merah : Wah! Alangkah indahnya jika itu benar-benar berlaku. Eh, Aiza ! Baik kamu pergi cepat. Ikut sahaja jalan ini sehingga kamu ketemu susur keluarnya. Baik kamu cepat sebelum orang kampung jumpa dan menangkap kamu. Saya yakin benar ibu dan adik tiri saya pasti telah menghebohkan ke seluruh kampung tentang kamu.
Aiza : Tapi,bagaimana dengan kamu? Mana mungkin saya hendak meninggalkan kamu begitu sahaja?
akan berubah. Tidak akan ada cerita tentang Bawang Merah dan Bawang Putih pula nanti.
Aiza : Hmmm..ya. Selamat tinggal Merah. Jaga diri. Moga Merah bahagia.
Merah : Kamu juga. Saya akan sentiasa doakan keselamatan kamu. Selamat tinggal sahabat.
Aiza Eh, di manakah pula saya berada ini? Terlalu banyak kapal yang berada di sini. Adakah ini sebuah dermaga kapal? Dari kejauhan kelihatan riuh rendah berlaku di atas sebuah kapal. Seorang lelaki dan wanita sedang memarahi seorang wanita tua yang berada di bawah kapal.
Mak Si Tanggang Anakku, ke marilah turun ke bawah ini, bertemu dengan aku, ibumu! Aku rindu sekali padamu
Si Tanggang Ah, kau bukan ibuku! Nyah kau dari sini!
Isteri Si Tanggang Kekanda, siapakah gerangan wanita tua jelik ini? Takkan ini ibu mentua saya, kanda? Pandai kanda bergurau.
Aiza: Maafkan saya makcik. Bolehkah saya tahu apa yang berlaku? Kenapa anak mak cik terlalu biadap terhadap mak cik? Hei, Si Tanggang! Berani kamu menghina ibumu sendiri! Dasar tidak sedar diuntung punya anak!
Isteri Si Tanggang Amboi, kanda, siapa pula gadis ini? Buah hati lamakah? Si Tanggang Bukan siapa-siapa dinda. Hei, siapakah kau dan kenapakah
engkau masuk campur di dalam hal kami?
Aiza Saya Aiza, berasal daripada IPGKTB. Selamat berkenalan! Isteri Si Tanggang Kanda, dinda rasa dia ada masalah mental (berbisik). Ibu Si Tanggang (Menangis). Tidak mengapalah nak Aiza, kamu tidak banyak
membantu pun. Tanggang! Ke marilah ke sini! Ibu merinduimu, nak!
Si Tanggang Dasar orang tua kotor lagi busuk. Aku benci melihat penipu seperti kamu ini. Sebelum aku menyuruh orang-orang aku melempar kau ke dalam laut, lebih baik kau pergi dari sini.
Ibu Si Tanggang Sampai hati kau berbuat begitu kepada ibu mu ini,
Si Tanggang Ibu! Maafkan Tanggang! Tanggang bersalah! Aiza Makcik! Bawa bertenang!(Slow motion)
Perlahan-lahan seluruh kapal bertukar menjadi batu.
Ibu Si Tanggang Hahaha !!! Inilah balasan anak durhaka. Memang
sepatutnya dia disumpah menjadi batu. Hahahahahaa. Ha, sebelum aku sumpah hang jugak, baik hang berambus dari sini.
Aiza Ampun, mak cik, ampun. Tapi jalan keluar ikut mana ya? Ibu Si Tanggang Hish, anak muda zaman sekarang ini. Nampak tak lampu
isyarat dekat situ? Sekarang merah, bila dah hijau, kamu jalan kemudian lalu ikut susur keluar.
Aiza Baik, makcik. Saya menurut perintah!
Kemudian perlahan-lahan, Aiza mula memasuki dunia yang lain.
Aizah Apa yang sedang berlaku sekali lagi? Di manakah saya pula kali ini?
Orang kampung: Anak jangan risau. Usah bimbang. Anak sekarang berada di zaman Hang Tuah.
Aizah Hang Tuah? Siapa pula Hang Tuah?
Orang kampung: Hang Tuah merupakan pahlawan negeri Melaka yang hidup ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Hang Tuah merupakan Laksamana yang paling gagah dan mahir dalam silat.
Hang Tuah Ya, kanda merupakan seorang anak miskin. Ayah kanda bernama Hang Mahmud dan ibuku Dang Merdu Wati. Ketika kecil, ayahku bermimpi seolah bulan turun dari langit dan cahayanya penuh di atas kepalaku. Apabila diceritakan kepada ibuku, ibuku berkata bahawa ianya merupakan kurniaan Tuhan.
Aizah Eh…eh…eh…baru teringat. Bukankah Hang Tuah selalunya bersama dengan sahabat baiknya Hang Jebat?
dengan Hang Tuah itu sendiri. Hang Jebat merupakan sahabat yang paling setia kerana Hang Jebat telah menuntut bela atas kematian Hang Tuah.
Aizah Begitu rupanya. Itukah Hang Jebat yang pak cik maksudkan?
Hang Jebat Ya, sayalah Hang Jebat yang tidak kurang setia pada sahabatku Hang Tuah. Kanda masih tidak dapat melupakan hari di mana kanda mendapat berita bahawa HangTuah telah dibunuh dengan kejam oleh pemerintah pada ketika itu.
Hang Tuah Tetapi Hang Jebat, tidakkah Jebat sedar bahawa itu hanyalah satu taktik yang telah digunakan oleh bendahara untuk menyelamatkan kanda?
Hang Jebat Tidakkah Tuah sedar bahawa raja kita zalim dan tidak menyiasat perkara dengan betul dan menjatuhkan hukuman mati kepada Tuah.
Hang Tuah Ya, kanda sedar akan tetapi apakah daya kanda untuk menentang raja kita. Bukankah Jebat sedar bahawa kanda tidak pernah tidah setia kepada raja kita. Eh...eh…eh…itu bukankah keris kanda?
Hang Jebat Ya, Tuah. Ini merupakan keris Taming Sari Tuah yang telah kanda dapat setelah Tuah dikatakan mati.
Hang Tuah Jangan Jebat. Tolong bagi balik keris itu. Keris taming Sari bukannya keris biasa. Keris taming Sari mempunyai kalimatnya tersendiri. Sekiranya, ia jatuh ke atas tangan orang yang salah maka, kesannya akan bertambah buruk.
Hang Jebat Tidak…jangan haraplah kanda akan bagi Keris Taming Sari ini. Keris ini menjadikan kanda seolah tidak dapat
dikalahkan oleh sesiapapun. Hendak tengok kehebatannya? Nah ambil ini orang kampung.
Orang kampong Aduh…sakitnya! Tolong saya Hang Tuah.
Hang Jebat Jangan haraplah kanda akan berbuat demikian. Hang Tuah Sekiranya inilah keputusan Jebat maka, kanda tidak
mempunyai sebarang pilihan lagi selain membunuh Jebat. Nah…terimalah kehebatan kanda yang tiada tandingan ini.
Hang Jebat Aduh…sakitnya seolah tiada penawar! Kanda tidak dapat tahan kesakitan ini. Maafkan kanda Tuah. Kanda hanya memberontak dan mengambil alihkuasa di istana kerana raja kita bertindak sesuka hati tanpa memikirkan rakyatnya. Namun, Tuah tetap menyokongnya. Raja adil raja
disembah,raja zalim raja disanggah.
Hang Tuah Maafkan kanda Jebat.
Orang kampong Aizah, ikutlah cahaya ini dan aizah akan mencari jalan keluarnya.
Di perpustakaan
Shuhada: Aiza, bangun. Perpustakaan sudah hendak tutup. Aiza: Huarghh..Jebat? Di mana Tuah?
Rajh: Dehyyy. Jangan mengarut. Kita berada di abad 21. Hang Tuah, Hang Jebat, semua itu sudah tiada lah.
Aiza: Tapi...
Shuhada: Aiza cuma bermimpi saja. Cepat! Mari keluar kalian. Nanti kita akan dimarahi oleh pustakawan yang garang seperti singa itu.
Aiza: Tapi bagaimana dengan nasib bawang merah, si tanggang, jebat dan yang lain?
Aina: Aiza, dengar sini. Aiza tertidur tadi ketika membaca buku di perpustakaan. Itu semua cuma mimpi sahaja. Mimpi aiza, mimpi. Bukan realiti.
Aiza: Tapi bagaimana saya boleh berjumpa dan berkomunikasi dengan watak-watak itu semua? Mereka semua wujud di depan mata saya. Percayalah.
Aiza: Inilah buku yang saya baca tadi. (Menghulurkan buku cerita legenda kepada Rajh)
Rajh sangat terkejut selepas melihat buku tersebut.
Rajh: Saya rasa kita perlu lari dari sini dengan segera. Cepat, sesuatu yang buruk mungkin akan menimpa kita.
Shuhada, Aina, Aiza Tapi, kenapa?
Kesimpulan
Kesimpulannya, lakonan ini menerapkan pelbagai nilai murni yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kami.
Pertama, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengetahui sejarah negara kita. Kita harus mengenali pahlawan-pahlawan yang telah berkorban untuk negara kita.
Kedua, kita harus memelihara hikayat, legenda dan cerita dongeng negara. Kita harus mengetahui kisahnya serta tidak membiarkannya pupus begitu sahaja. Kita harus sentiasa menyebarkan kisah-kisahnya kepada generasi muda agar kisahnya akan terpelihara.
Ketiga, kita harus mengambil teladan daripada kisah-kisah dan cerita Melayu. Cerita Melayu mempunyai nilai dan pengajaran yang banyak dan boleh diambil sebagai hala tuju kehidupan kita.
Keempat, kesantunan bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dengan konteksnya. bahasa yang digunakan harus difahami oleh pendengar atau penonton. Pemilihan kata atau diksi haruslah bersesuaian dengan kumpulan yang disasar.
Refleksi
Sepanjang tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Saya telah memperoleh pelbagai ilmu yang dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya.
Pertama, saya dapat mengetahui cara analisis bahasa. Saya dapat menganalisis serta memengkaji jenis bahasa yang digunakan dalam sesebuah bahan ilmiah. Sebagai seorang guru bahasa pada masa hadapan, saya harus tahu cara penggunaan bahasa dan pemilhan kata (diksi) dalam sesbuah penulisan ilmiah. Saya tidak boleh menggunakan laras bahasa dengan sewenang-wenangnya. Saya harus memberi tumpuan kepada laras bahasa yang saya gunakan agar pelajars saya dapat memahaminya.
Kedua, saya dapat belajar cara menulis sesebuah cerpen dengan lebih menarik. bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang sangat luas. Sekiranya, kosa kata tersebut dapat digunakan dengan cara yang betul maka, penulisan sesebuah bahan ilmiah akan menjadi lebih menarik. Sebagai seorang guru pada masa hadapan, saya tidak patut mengehadkan penguasaan kosa kata saya kerana itu merupakan antara ciri-ciri seorang guru yang lemah. Saya harus baca lebih banyak agar saya dapat meluaskan ilmu penulisan saya.
Ketiga, pengucapan awam mengajar saya sebagai untuk menjadi seorang guru yang lebih berani. Sebagai seorang guru pada masa hadapan, saya mesti berani memberi ucapan di hadapan murid serta orang ramai. Saya harus berani menegaskan pendirian saya. Saya juga belajar untuk menggunakan bahasa yang lebih formal ketika memberi sesebuah ucapan.
Keempat, saya belajar untuk berlakon. Lakonan merupakan saah satu simulasi yang baik dan cara mengajar yang lebih efektif. Melalui lakonan, murid-murid dapat memahami sesuatu mesej dan dapat menyampaikannya kepada orang lain. Sebagai seorang guru pada masa depan, saya boleh berlakon di dalam kelas sewaktu mengajar agar murid-murid saya dapat memahami sesuatu topik dengan lebih baik. Malah, saya boleh menyuruh murid-murid saya sendiri untuk berlakon agar mereka dapat mencungkil bakat mereka selain memahami topik tersebut dengan lebih mendalam.
Rujukan
Azizi Yahaya, M. H. (2010). Masalah Rakan Sebaya. Masalah Rakan Sebaya, 1. Retrieved from My Health-Kemahiran Hidup:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kemahiran-hidup/tekanan-rakan-sebaya
Bernama. (2013, Disember 22). Kes Bunuh Diri di Malaysia Membimbangkan. Kes Bunuh Diri.
Gopal, V. (2010). Dapatan dan Perbincangan. Tahap dan Punca Stres dalam Kalangan Pelajar IPG Kampus Keningau, 6-9.
Hamizatun Akmal binti Md Yusof, N. b. (2013). Penyataan Masalah. Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stres dalam Kalangan Pelajar Siswazah di IPTA, 36.
Bibliografi
Abd. Rahman Yaacob, R. A. (2005). Penyataan Masalah. Punca Stress Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 3-4.
Abdullah, S. Z. (2010, August 8). Punca Tekanan Pelajar. Retrieved from Tekanan Dalam Kalangan Pelajar: http://kumpulanc33.blogspot.my/2010/08/punca-tekanan-pelajar_08.html
Alfaaiz. (2011, 19 19). Sinopsis Hikayat Hang Tuah. Retrieved from Hikayat Hang Tuah: http://www.alfaaiz.co.vu/2011/11/hikayat-hang-tuah-sinopsis.html
Astera. (2013, April 14). Laras Bahasa Melayu. Retrieved from Nota IPG: http://nota-ipg.blogspot.my/2013/04/laras-bahasa-bahasa-melayu.html
Azeannizah. (2010, Ogos 20). Konsep Perlembagaan. Retrieved from Perlembagaan: http://pewariskeamanan.blogspot.my/2010/08/perlembagaan-malaysia.html
Azizi Yahaya, M. H. (2010). Masalah Rakan Sebaya. Masalah Rakan Sebaya, 1. Retrieved from My Health-Kemahiran Hidup:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kemahiran-hidup/tekanan-rakan-sebaya
Bernama. (2013, Disember 22). Kes Bunuh Diri di Malaysia Membimbangkan. Kes Bunuh Diri.
Gopal, V. (2010). Dapatan dan Perbincangan. Tahap dan Punca Stres dalam Kalangan Pelajar IPG Kampus Keningau, 6-9.
Hamizatun Akmal binti Md Yusof, N. b. (2013). Penyataan Masalah. Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stres dalam Kalangan Pelajar Siswazah di IPTA, 36.
Herdiyani, D. (2013, April 20). Defifisi Stress. Retrieved from Psikologi: http://dedeh89-psikologi.blogspot.com/2013/04/pengertian-stress.html