• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN EMPIRIKAL KE ATAS PERMINTAAN PENA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN EMPIRIKAL KE ATAS PERMINTAAN PENA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Jim Jipun* Remali Yusoff**

ABSTRAK

Kajian ini mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi permintaan penanaman getah dan penawaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah. Justeru itu, sebuah struktur model industri sektor pekebun kecil getah di sabah dibentuk dan dianggar dengan menggunakan data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Struktur model berkenaan mengandungi tiga persamaan gelagat. Model yang dibentuk bersifat blok rekursif dan dianggar dengan menggunakan Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log. Model ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan penanaman getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi permintaan penanaman getah ialah harga getah, harga kelapa sawit, perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah dan bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun. Keluasan kawasan getah matang dipengaruhi oleh harga getah dan harga kelapa sawit tertangguh lima tahun. Pengeluaran getah asli dipengaruhi oleh pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun,, keluasan kawasan getah matang dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi. Implikasi daripada kajian didapati bahawa memastikan harga getah dan perbezaan harga getah dengan harga tanaman pengganti (kelapa sawit) haruslah pada tahap yang baik, meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah, memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran LA (Land Application), penanaman getah secara berskala besar dan penggunaan teknologi pertanian adalah penting bagi mengekalkan dan meningkatkan perkembangan industri getah asli di Sabah. Di samping itu penilaian model juga dilakukan untuk menilai kesesuaian model tersebut antara yang sebenar dengan yang dianggar.

Kata Kunci: (Penanaman, Keluasan Matang, Pengeluaran, Keanjalan harga dan Keanjalan Harga Silang).

* Jim Jipun ialah Pelajar Sarjana Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah. ** Remali Yusoff ialah Profesor Madya di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah.

I. PENGENALAN

Getah (Heava) adalah komoditi komersil yang ketiga terpenting di negeri Sabah selepas kelapa sawit dan koko. Pada tahun 2004, sumbangannya kepada eksport negeri ialah RM188,693,193. Keluaran getah yang dieksport adalah terdiri daripada getah piawaian Malaysia (SMR) dan getah Speciality (Lembaga Industri Getah Sabah, 2004). Keluaran ini kemudiannya dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk kerja pemprosesan seterusnya. Pemprosesan lanjut ini akan mengeluarkan keluaran atau barangan yang bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini penanaman getah hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja (TheInstitute for Development Studies, Sabah (IDS), 1999).

(2)

Sejak dari awal pembangunan iaitu sekitar 1940an, sektor pekebun kecil getah (SPKG) di Sabah telah mengalami berbagai-bagai perubahan. Pada tahun 2005 terdapat seluas 15,161 hektar permohonan untuk penanaman getah yang diterima daripada para pekebun kecil tetapi hanya seluas 4,053 hektar yang dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukkan kewangan (peruntukkan kewangan terhad) dan seluas 11,108 hektar lagi baki kawasan yang masih belum ditanam dan berpotensi untuk tanaman getah. (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Menurut statistik keluasan getah matang negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), keluasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah didapati telah berkembang daripada hanya seluas 53,250 hektar pada tahun 1985 kepada 64,972 hektar pada tahun 1995 dan seterusnya kepada 69,937 hektar pada tahun 2002. Tetapi keluasan getah matang ini telah jatuh dengan mendadak pada tahun 2003 iaitu menurun kepada 45,435 hektar dan meningkat kembali kepada 52,250.47 hektar pada tahun 2004 (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Selain itu, pengeluaran yang tidak konsisten dan mengalami kekurangan pembekalan getah asli menyebabkan agensi-agensi berkaitan sukar untuk menyalurkan teknologi-teknologi baru untuk meningkatkan pengeluaran, mereka menghadapi risiko yang tinggi dalam menyalurkan sesuatu teknologi baru (khususnya teknologi pemprosesan hasil) dengan tiada pengeluaran yang konsisten. Namun, menurut statistik pengeluaran getah asli negeri Sabah yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), jumlah pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil telah mengalami peningkatan yang agak memberangsangkan pada tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu masing-masing mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 31,463 tan metrik, 46,834 tan metrik dan 68,263 tan metrik berbanding jumlah pengeluaran pada tahun 2001 (kejatuhan yang mendadak dalam pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil) yang hanya mencatatkan sebanyak 27,564 tan metrik (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b).

Kepentingan sumbangan sektor pekebun kecil getah (SPKG) dalam keutuhan ekonomi negeri Sabah memang tidak dapat disangsikan lagi. SPKG telah menyumbangkan sebanyak 95 peratus dari jumlah pengeluaran getah asli negeri Sabah dalam tahun 2003 (Lembaga Industri Getah Sabah, 2003) dengan keluasan 57,756.34 hektar (termasuk getah belum matang) berbanding sektor estet dan ladang swasta, masing-masing hanya seluas 5,953.73 hektar dan 177.25 hektar (Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b). Oleh itu, memandangkan SPKG merupakan salah satu komponen penting dalam sektor pertanian iaitu sebagai penyumbang utama kepada industri getah negeri Sabah. Maka terdapat keperluan untuk mengenal pasti variabel-variabel yang berpengaruh supaya langkah-langkah yang wajar dapat dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam sektor ini.

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model industri sektor pekebun kecil getah di Sabah. Model ini dibentuk untuk menganalisis faktor-faktor utama yang mempengaruhi permintaan penanaman getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil dengan harapan model ini dapat digunakan untuk menganalisis permasalahan industri sektor pekebun kecil getah ini.

II. KERANGKA MODEL

Model-model komoditi telah diklasifikasikan kepada beberapa jenis seperti model keseimbangan ekonometrik, model proses ekonometrik, model dagangan ekonometrik, model industri dinamik, model keseimbangan ‘spatial’ dan model sistem. Model-model komoditi boleh dinyatakan sama ada dalam bentuk statik, linear, dinamik, tidak dinamik dan rekursif atau serentak (Labys, 1973).

Model industri dinamik adalah satu kajian ciri-ciri maklumat industri untuk pembesaran dan masa tertangguh dalam sesuatu sistem sering bertindak untuk mempengaruhi prestasi akhir. Di samping faktor-faktor ekonomi, aliran maklumat dan teknologi juga boleh dihubungkan dalam model. Ciri utama pendekatan ini adalah analisis proses membuat keputusan. Model ini diperluaskan kepada Model Dinamik Pusingan Komoditi oleh Meadow (Yusoff, R. 1996). Spesifikasi umum bagi model komoditi ekonometrik pasaran dinamik biasanya boleh ditulis seperti berikut:

(3)

Ct = Qt (3)

Di mana,

Ct = Penggunaan. Qt = Penawaran. Pt = Harga.

Pt-j = Harga tertangguh. Yt = Pendapatan.

Zt = Variabel tidak bersandar lain. Ut = Sebutan gangguan.

j = 1, 2, ...n tahun.

Persamaan (1) dan (2) adalah masing-masing penawaran (Qt) dan permintaan (Ct) komoditi. Variabel-variabel endogen ini masing-masing berfungsi kepada harga (Pt) dan variabel eksogen lain (Pt-j, Yt, Zt, Q t-1, Ct-i). Manakala persamaan (3) adalah keseimbangan pasaran komoditi.

III. PERMINTAAN PENANAMAN GETAH

Spesifikasi model permintaan penanaman getah dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model permintaan penanaman getah yang dibina oleh Alias, M. (1987). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens & Greenfield (1973), Labys (1973, 1975) dan Alias, M. (1985a, 1985b) dalam kajian ke atas keputusan menanam pohon-pohon baru bagi komoditi tanaman jangka panjang. Persamaan itu dapat diringkaskan seperti berikut:

Ct = ƒ (Qt, X1t, X2t , µt) (4)

Di mana,

Ct = Penanaman. Qt = Hasil benar. X1t = Harga getah.

X2t = Harga komoditi pengganti. µt = Variabel rawak.

Persamaan (4) adalah persamaan permintaan penanaman getah. Sub model ini adalah berfungsi kepada variabel harga getah itu sendiri dan variabel eksogen yang lain.

Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Alias, M. (1987), model permintaan penanaman getah bagi kajian ini adalah seperti berikut:

RPt = ƒ (PRt, POPt, GOVt, LAt, µt) (5)

Di mana,

RPt = Permintaan penanaman getah pada masa t. PRt = Harga getah pada masa t.

POPt = Harga kelapa sawit pada masa t.

GOVt = Perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah pada masa t.

(4)

Secara ringkas, permintaan penanaman getah dijangka dipengaruhi oleh harga getah itu sendiri. Kelapa sawit diandaikan pengganti bagi getah dalam persaingan penggunaan tanah serta keanjalan harga silang adalah dijangka positif. Seterusnya, permintaan penanaman getah juga dijangka meningkat dengan pertambahan perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah. Variabel ini mewakili pelaburan modal ke atas penanaman getah. Selain itu, permintaan penanaman getah juga dijangka dipengaruhi oleh bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam setahun.

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (5) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:

ln RPt = β0 + β1 ln PRt + β2 ln POPt + β3 ln GOVt + β4 ln LAt + µt (6)

Di mana,

RPt = Permintaan penanaman getah pada masa t. PRt = Harga getah pada masa t.

POPt = Harga kelapa sawit pada masa t.

GOVt = Perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah pada masa t.

LAt = Bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam setahun pada masa t. β0 = Pintasan regresi.

β1, β2, β3 & β4 = Parameter dianggar. µt = Variabel rawak.

IV. PENAWARAN GETAH ASLI

Model penawaran getah asli dalam kajian ini dikembangkan kepada dua sub model iaitu model keluasan kawasan getah matang dan model pengeluaran getah asli. Kedua-dua model respons penawaran getah asli dalam kajian ini adalah masing-masing berdasarkan kepada model penawaran getah yang dibina oleh Yusoff, R. (1996, 1999a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998).

a. Model Keluasan Kawasan Getah Matang

Spesifikasi model Keluasan Kawasan getah matang dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada model keluasan kawasan koko dan kelapa sawit yang dibina oleh Yusoff, R. (1996, 1999a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens & Greenfield (1973), Labys (1973, 1975), Alias, M. (1985a, 1985b, 1987), Au & Boyd (1992), Shamsudin, M. N. (1993) dan Mad Nasir Shamsudin et al (1994) dalam kajian ke atas stok pohon komoditi dan juga sekatan-sekatan terhadap keputusan penuaian sesuatu komoditi.

Ringkasnya model keluasan kawasan matang yang dibina oleh Yusoff, R. (1996, 1989a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998) adalah seperti berikut:

LMt = ƒ (PXTt-2 , PKPt-2 , KBRt-2 , BLRt-2, µt) (7)

Di mana,

LMt = Keluasan kawasan koko matang di Malaysia. PXTt-2 = Harga biji koko Malaysia tertangguh dua tahun. PKPt-2 = Harga kelapa kering Malaysia tertangguh dua tahun.

KBRt-2 = Kos buruh setiap hektar keluasan kawasan tanaman koko Malaysia tertangguh dua tahun. BLRt-2 = Kadar faedah pinjaman kepada sektor pertanian tertangguh dua tahun.

(5)

Persamaan (7) adalah keluasan kawasan koko matang yang berfungsi terhadap harga biji koko dan harga kelapa kering. Selain itu, sub model ini juga berfungsi terhadap kos buruh setiap hektar keluasan kawasan tanaman koko dan kadar faedah pinjaman kepada sektor pertanian. Kesemua variabel penerang ini ditangguhkan sebanyak 2 tahun dengan andaian pohon-pohon koko hanya boleh mengeluarkan hasil selepas dua tahun ditanam.

Berdasarkan pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibuat oleh Yusoff, R. (1996, 1999a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998), model keluasan kawasan getah matang bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut:

LMt= (PRt-5, POPt-5, GOVt-5, LAt-5, µt) (8)

Di mana,

LMt = Keluasan kawasan getah matang. PRt-5 = Harga getah tertangguh lima tahun. POPt-5 = Harga kelapa sawit tertangguh lima tahun.

GOVt-5 = Perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah tertangguh lima tahun. LAt-5 = Bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam setahun tertangguh lima tahun.

µt = Variabel rawak.

Secara ringkas, keluasan kawasan getah matang dijangka dipengaruhi oleh harga getah itu sendiri. Harga tanaman pesaing iaitu kelapa sawit diandaikan berhubung secara positif dengan keluasan kawasan matang getah. Seterusnya keluasan kawasan getah juga dijangka meningkat dengan pertambahan perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah. Variabel ini mewakili pelaburan modal ke atas penanaman getah. Selain itu, keluasan kawasan getah matang juga dijangka meningkat dengan kenaikan bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam setahun. Kesemua variabel penerang ini ditangguhkan sebanyak 5 tahun dengan andaian pohon-pohon getah hanya boleh mengeluarkan hasil selepas lima tahun ditanam di kebun/ladang.

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (8) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:

ln LMt= β0 + β1 ln PRt-5 + β2 ln POPt-5 + β3 ln GOVt-5 + β4 ln LAt-5 + µt (9)

Di mana,

LMt = Keluasan Kawasan getah matang. PRt-5 = Harga getah tertangguh lima tahun. POPt-5 = Harga kelapa sawit tertangguh lima tahun.

GOVt-5 = Perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah pada tertangguh lima tahun. LAt-5 = Bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam setahun tertangguh lima tahun.

β0 = Pintasan regresi.

β1, β2, β3 & β4 = Parameter dianggar. µt = Variabel rawak.

b. Model Pengeluaran Getah Asli

(6)

(1998). Model ini merupakan pengubahsuaian dan pembaikan daripada model-model terdahulu yang dibina oleh Nerlove (1958), Wickens dan Greenfield (1973), Labys (1973, 1975), Tan (1984), Alias, M. (1985a, 1985b), Au & Boyd (1992), Shamsudin, M. N. (1993) dan Mad Nasir Shamsudin et al (1994) dalam kajian ke atas stok pohon komoditi dan juga sekatan-sekatan terhadap keputusan penuaian sesuatu komoditi. Selain itu, model ini juga digunakan oleh Basri Abdul & Zaimah (2002) dalam kajiannya ke atas kelapa sawit.

Ringkasnya model keluasan kawasan matang yang dibina oleh Yusoff, R. (1996, 1999a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998) adalah seperti berikut:

Qt = f (LMt , X5t , X6t , TEK, µt) (10)

Di mana,

Qt = Pengeluaran.

LMt = Keluasan kawasan matang. X5t = Bilangan buruh.

X6t = Kuantiti baja yang digunakan bagi setiap hektar keluasan tanaman. TEK = Siri masa proksi kepada teknologi.

µt = Variabel rawak.

Persamaan (10) merupakan persamaan pengeluaran getah asli. Sub model ini berfungsi kepada keluasan kawasan matang komoditi dan variabel eksogen yang lain.

Berdasarkan kepada pengubahsuaian model dan pendekatan yang dibina oleh Yusoff, R. (1996, 1999a, 1999b, 1999c) dan Remali Yusoff et al (1998), model pengeluaran getah asli bagi kajian ini dapat diringkaskan seperti berikut:

RSt = f (RSt-1, LMt, CHt, TEC, µt) (11)

Di mana,

RSt = Pengeluaran getah asli.

RSt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. LMt = Keluasan kawasan getah matang.

CHt = Cuaca/hujan.

TEC = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi. µt = Variabel rawak.

Secara ringkas, pengeluaran getah asli pada masa kini dijangka dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun dan keluasan kawasan getah matang. Selain itu, pengeluaran getah asli juga ditentukan oleh variabel tidak boleh kawal seperti cuaca/hujan. Seperti tanaman komoditi lain, pengeluaran getah asli juga dijangka bergantung kepada kemajuan teknologi (siri masa proksi kepada perubahan teknologi).

Bagi tujuan dan memudahkan penganggaran, persamaan (11) di atas juga dapat ditulis dalam bentuk persamaan hubungan log linear. Persamaan tersebut adalah seperti berikut:

Ln RSt = β0 + β1 ln RSt-1 + β2 ln LMt + β3 ln CHt + β4 ln TECt + µt (12)

(7)

RSt = Pengeluaran getah asli.

RSt-1 = Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun. LMt = Keluasan kawasan getah matang.

CHt = Cuaca/hujan.

TEC = Siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

β0 = Pintasan regresi.

β1, β2, β3 & β4 = Parameter dianggar. µt = Variabel rawak.

V. KEPUTUSAN EMPIRIKAL

Pemilihan variabel serta tempoh tangguhan dalam spesifikasi persamaan adalah berdasarkan kepada kombinasi antara kriterion dan variabel peramal yang paling sesuai dengan teori dan ciri-ciri statistik iaitu tanda koefisien yang betul, kesignifikanan variabel peramal, R2, dan statistik Durbin-Watson (D.W), Durbin-h & Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test. Selain itu, disebabkan model struktur yang dibentuk bersifat rekursif maka penganggaran dibuat dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) dalam bentuk linear dalam log.

a. Permintaan Penanaman Getah

Keputusan penganggaran bagi model persamaan permintaan penanaman getah adalah seperti berikut:

* * * * ln RPt = 11.810 + 0.659 ln PRt – 1.122 ln POPt + 0.110 ln GOVt (9.090) (8.326) (-6.384) (4.203) **

+ 0.103 ln LAt

(1.816) (13)

R2 = 0.914 F = 76. 745 D.W = 1.992

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus ** Signifikan pada aras 10 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.

Persamaan (13) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan permintaan penanaman getah sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 91 peratus (R2 = 0.914) perubahan permintaan penanaman getah dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara harga getah, harga kelapa sawit, perbelanjaan kerajaan terhadap industri getah dan bilangan perohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun.

Harga getah adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan permintaan penanaman getah di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan permintaan penanaman getah terhadap harga getah ialah 0.66 (β=0.659, p=.000). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga getah akan menyebabkan permintaan penanaman getah meningkat sebanyak 0.66 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

(8)

terhadap harga kelapa sawit ialah -1.12 (β=-1.122, p=.000). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga kelapa sawit akan menyebabkan permintaan penanaman getah menurun sebanyak 1.12 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan permintaan penanaman getah di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan permintaan penanaman getah terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah ialah 0.11 (β=0.110, p=.000). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah maka permintaan penanaman getah akan meningkat sebanyak 0.11 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun adalah signifikan pada aras 10 peratus untuk menerangkan perubahan permintaan penanaman getah di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan permintaan penanaman getah terhadap bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun ialah 0.10 (β=0.1034, p=.0797). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun maka permintaan penanaman getah akan meningkat sebanyak 0.10 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

b. Keluasan Kawasan Getah Matang

Keputusan penganggaran bagi model persamaan permintaan penanaman getah adalah seperti berikut:

* * *

ln LMt = 11.314 + 0.147 ln PRt-5 - 0.145 ln POPt-5 + 0.010 ln GOVt-5 (16.822) (3.278) (-3.924) (0.279)

+ 0.057 ln LAt-5

(0.930) (14)

R2 = 0.931 F = 81.568 L.M (5) = 1.161

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.

Jadual (14) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 93 peratus (R2 = 0.931) perubahan keluasan kawasan getah matang dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara harga getah tertangguh lima tahun, harga kelapa sawit tertangguh lima tahun, perbelanjaan kerajaan terhadap industri getah tertangguh lima tahun dan bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun tertangguh lima tahun.

Harga getah tertangguh lima tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan keluasan kawasan getah matang di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan keluasan kawasan getah matang terhadap harga getah tertangguh lima tahun ialah 0.15 (β=0.147, p=.003). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga getah pada lima tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0.15 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

(9)

keluasan kawasan getah matang terhadap harga kelapa sawit tertangguh lima tahun ialah -0.15 (β=-0.145, p=.005). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam harga kelapa sawit pada lima tahun lepas akan menyebabkan keluasan kawasan getah matang meningkat sebanyak 0.15 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

c. Pengeluaran Getah Asli

Keputusan penganggaran bagi model persamaan permintaan penanaman getah adalah seperti berikut:

* * * *

ln RSt = - 8.025 + 0.327 ln RSt-1 + 1.379 ln LMt – 0.044 ln CHt + 0.049 ln TECt (15) (-4.147) (4.765) (9.816) (-0.518) (2.111)

R2 = 0.967 F = 204.018 h = 0.067

Nota: * Signifikan pada aras 5 peratus Angka dalam kurungan adalah nilai t.

Jadual (15) melaporkan keputusan penganggaran bagi persamaan pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Biasa (OLS) yang dipadankan ke atas data tahunan bagi tempoh 1971-2004. Daripada keputusan penganggaran di atas menunjukkan bahawa sebanyak 97 peratus (R2 = 0.967) perubahan pengeluaran getah asli dapat diterangkan oleh perubahan kombinasi antara jumlah pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang, cuaca/hujan dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

Pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Walau bagaimanapun, nilai anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun adalah kurang tepat/sesuai untuk menerangkan tingkat perubahan pengeluaran getah asli yang sebenar. Nilai keanjalan tersebut perlu diselaraskan. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap pengeluaran getah asli setelah diselaraskan ialah 0.67 [δ = (1 - 0.327) = 0.673, p=.000] daripada pengeluaran getah asli sebenar pada setiap tahun. Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam pengeluaran getah asli pada satu tahun lepas akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.67 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Keluasan kawasan getah matang adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 1.4 (β=1.379, p=.000). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam keluasan kawasan getah matang akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 1.4 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

Siri masa proksi kepada perubahan teknologi adalah signifikan pada aras 5 peratus untuk menerangkan perubahan pengeluaran getah asli di sektor pekebun kecil. Anggaran keanjalan siri masa proksi kepada perubahan teknologi ialah 0.05 (β=0.049, p=.044). Ini bermakna, setiap 1.0 peratus peningkatan dalam siri masa proksi kepada perubahan teknologi akan menyebabkan pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 0.05 peratus dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

VI. KEPUTUSAN SIMULASI

(10)

benar bermakna variabel-variabel yang digunakan dapat mewakili atau menerangkan keadaan sebenar sesuatu kajian. Oleh itu, ujian simulasi yang lain boleh dilaksanakan terhadap model tersebut. Pengesahan model ini adalah sangat penting kerana bagi model yang salah spesifikasi menyebabkan hasil penganggaran dan implikasi dasar yang dibuat tidak konsisten, tidak saksama dan pincang (Yusoff, R., 1996).

Terdapat beberapa kaedah untuk menguji ketepatan sesuatu model yang dibina tetapi kajian ini hanya menggunakan empat kaedah statistik untuk menguji ketepatan model yang dibina sebagai alat peramalan. Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

i. The Root Mean Squared Error (RMSE). ii. The Mean Absolute Error (MAE).

iii. The Mean Absolute Percentage Error (MAPE). iv. Theil’s Inequality Coefficient (U)

Bagi kaedah RMSE, MAE dan MAPE, ianya bertujuan untuk mengukur sisihan nilai dianggar dengan nilai sebenar. Sekiranya nilai yang diperoleh semakin kecil bererti semakin tepat nilai yang dianggarkan (Yusoff, R., 1996; Pindyk & Rubinfeld, 1991). Keputusan kajian berhubung dengan ujian RMSE, MAE dan MAPE adalah seperti berikut:

Jadual 1: Keputusan statistik simulasi

Persamaan RMSE MAE MAPE

RP 0.121 0.094 1.254

LM 0.022 0.019 0.168

RS 0.045 0.035 0.343

Di mana,

RP = Permintaan penanaman getah LM = Keluasan kawasan getah matang RS = Pengeluaran getah asli

RMSE = The Root Mean Squared Error. MAE = The Mean Absolute Error.

MAPE = The Mean Absolute Percentage Error.

Manakala Theil’s Inequality Coefficient pula ialah mengukur ketepatan peramalan melalui perbandingan di antara nilai simulasi dengan nilai sebenar variabel endogen. Nilai U berada di antara 0 dan 1. Jika U = 0, menunjukkan keupayaan model sebagai penganggar adalah sempurna dan sebaliknya. Keupayaan peramalan dan ketepatan model sempurna bila U = 0 atau apabila nilai simulasi sama dengan nilai sebenar sepenjang tempoh kajian. Theil’s Inequality Coefficient dibahagikan kepada tiga kaedah penilaian utama yang dinamakan proportions of inequality seperti berikut:

UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan. US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi. Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian.

(11)

Jadual 2: Keputusan statistik simulasi (U)

Persamaan U UM US Uc

RP 0.008 0.000 0.023 0.977 LM 0.001 0.000 0.018 0.982 RS 0.002 0.001 0.015 0.984

Di mana,

RP = Permintaan penanaman getah. LM = Keluasan kawasan getah matang. RS = Pengeluaran getah asli.

U = Theil’s Inequality Coefficient.

UM = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh kepincangan. US = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan variasi. Uc = Bahagian daripada ralat disebabkan oleh perbezaan kovarian.

Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh digunakan bagi menentukan ketepatan model iaitu simulasi kebolehan model untuk menjejaki titik perubahan atau “turning point” dalam data sebenar. Berdasarkan data siri masa bagi tempoh 1971-2004, satu simulasi dinamik telah dilaksanakan bertujuan melihat keupayaan model menjejaki data sejarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3. Daripada keputusan yang diperoleh menunjukkan dengan jelas bahawa simulasi garis dasar dapat menjejaki nilai-nilai sebenar.

Berdasarkan kepada keputusan simulasi dengan menggunakan kaedah RMSE, MAE, MAPE, U statistik dan simulasi garis dasar, dapatlah dirumuskan bahawa model ekonometrik bagi permintaan penanaman getah, keluasan kawasan getah matang dan pengeluaran getah asli yang dibina dalam kajian ini boleh dianggap sebagai suatu model yang sah, tepat dan boleh digunakan untuk simulasi dasar yang berkaitan dengan industri getah di Sabah.

Rajah1: Simulasi garis dasar persamaan permintaan penanaman getah, 1971-2004.

0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500

1975 1980 1985 1990 1995 2000

RP RPF

Hektar

(12)

Rajah 2: Simulasi garis dasar persamaan keluasan kawasan getah matang, 1971-2004.

48000 52000 56000 60000 64000 68000 72000

1975 1980 1985 1990 1995 2000

LM LMF

Hektar

Tahun

Rajah 3: Simulasi garis dasar persamaan pengeluaran getah asli, 1971-2004.

12000 16000 20000 24000 28000 32000 36000 40000 44000

1975 1980 1985 1990 1995 2000

RS RSF

Tan Metrik

Tahun

(13)

IIV. RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

Secara keseluruhannya, prestasi model ekonometrik yang digunakan dalam kajian ini adalah memuaskan. Model yang dibentuk sebagai satu sistem adalah baik. Oleh itu, model tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menganalisis kesan perubahan dalam industri sektor pekebun kecil getah di Sabah. Permintaan penanaman getah sektor pekebun kecil di Sabah adalah diterangkan oleh harga getah, harga kelapa sawit, perbelanjaan kerajaan terhadap industri getah dan bilangan permohonan untuk tanah negeri yang berjaya diuruskan dalam masa setahun. Keluasan kawasan getah matang sektor pekebun kecil di Sabah boleh diterangkan oleh harga getah tertangguh lima tahun dan harga kelapa sawit tertangguh lima tahun. Pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah dapat diterangkan oleh tingkat pengeluaran getah asli tertangguh satu tahun, keluasan kawasan getah matang dan siri masa proksi kepada perubahan teknologi.

Nilai keanjalan permintaan penanaman getah dan keluasan kawasan getah matang terhadap harga getah ialah masing-masing sebanyak 0.67 dan 0.15. Ini bererti para pekebun kecil akan mengambil kira pada perubahan harga getah dalam membuat keputusan untuk menanam getah. Harga getah yang baik menggalakkan para pekebun kecil akan terus setia dan bergiat aktif dalam aktiviti penanaman getah.

Perbezaan relatif antara harga getah dengan harga tanaman pengganti iaitu kelapa sawit haruslah pada tahap yang baik. Nilai keanjalan harga silang permintaan penanaman getah ialah sebanyak 1.12. Nilai keanjalan yang tinggi ini (anjal) menunjukkan bahawa getah dan kelapa sawit adalah tanaman yang saling bersaing sama ada dalam penggunaan tanah pertanian atau sebagai sumber pendapatan utama di kalangan para pekebun kecil getah di Sabah. Oleh itu, harga antara kedua-dua tanaman ini haruslah tidak terlalu berbeza secara relatif bagi mengelakkan para pekebun kecil getah menanam semula kawasan kebun getah mereka dengan kelapa sawit.

Belanjawan atau perbelanjaan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan ke atas industri getah di Sabah juga haruslah dipertingkatkan bagi menggalakkan para pekebun kecil untuk menanam getah. Nilai keanjalan permintaan penanaman getah terhadap perbelanjaan kerajaan ke atas industri getah ialah 0.11. Nilai keanjalan yang agak tinggi ini menunjukkan bahawa para pekebun kecil di Sabah masih lagi bergantung kepada bantuan kerajaan dalam membuat keputusan untuk menanam getah.

Kerajaan juga haruslah memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran LA (Land Application) yang dipohon oleh para pekebun kecil untuk tujuan penanaman getah. Nilai keanjalan permintaan penanaman getah terhadap bilangan permohonan untuk tanah negeri (LA) yang berjaya diuruskan dalam masa setahun ialah 0.10. Nilai keanjalan yang agak tinggi ini menunjukkan bahawa keputusan untuk menanam getah oleh para pekebun kecil di Sabah masih lagi dipengaruhi oleh bilangan LA yang berjaya diproses dan dikeluarkan oleh kerajaan.

Selain itu, penanaman getah secara berskala besar haruslah dipergiatkan. Ini bertujuan untuk mengekalkan atau menambah jumlah stok pohon-pohon getah matang pada masa hadapan. Saiz kebun getah yang besar juga akan meningkatkan hasil keluaran getah di ladang seterusnya kepada peningkantan pendapatan di kalangan para pekebun kecil getah. Nilai keanjalan pengeluaran getah asli terhadap keluasan kawasan getah matang ialah 1.4. Nilai keanjalan yang tinggi ini menunjukkan bahawa keluasan kawasan getah matang memberi sumbangan yang sangat penting kepada tingkat pengeluaran getah asli sektor pekebun kecil di Sabah.

(14)

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahdzan Ayob, 2002. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahidin Ulong Shaban. et al., 1986. A New Outlook for Malaysian Smallholders in The Light of Problems Faced by Natural Rubber as The Main Crop. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 131-139.

Aliasak Ambia, 1987. A Case Study of Group Approach to Rubber Replanting in Lenga, Muar, Johore. Preceedings RRIM Rubber Growers’ Conference 1987: 371-383.

Au, K. & Boyd, M. S., 1992. An analysis of Supply Response, Export Demand and Stocks for Malaysian Palm Oil. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 47-58.

Barlow, C., 1978. The Natural Rubber Industry: Its Development Technology and Economy in Malaysia. Kuala Lumpur: OUP.

Barrow, M., 2001. Statistics for Economics, Accountig and Business Studies. Third Edition. London. Prentice Hall.

Basri Abdul Talib. 1988. Supply Response Analysis of Palm Oil in Malaysia 1961-1985. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Berry, W. D., 1993. Understanding Regression Assumptions. Florida State University: Sage Publications.

Bollen, K. A. & Biesanz, K. A., 2002. A Note on a Two-Stage Least squares Estimator for High-Order Factor Analyses. Sociological Methods & Research 30(4):268-579

Chakarn Saengruksawong, et al., 1986. Growth of Rubber Trees After Completed Replanting Programme. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 157-167.

Chew Tek ann, 1988. Resource Use Efficiency in Rubber Estates: A Methodological Note. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (5): 15-29.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Buku Dua. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Doll, J.P. & Frank Orazen, 1978. Production Economics. Theory With Application, Ohio: Grid Inc.

Dowling, G. C., 1979. The Supply Response of Rubber in Thailand. Southern Economic Journal. pp.795-805.

Eric Ghysels, Norman R. Swanson & Mark W. Watson, 2001. Essays in Econometrics: Collected Papers of Clive W. J. Granjer. Volume 1: Spectral Analysis, Seasonality, Nonlinearity, Methodology and Forecasting. Cambridge University Press.

(15)

Gotsch, N., 2001. 'Dynamic Supply Response and Welfare Effects of Technological Change on Perennial Crops: The Case of Cocoa in Malaysia', American Journal of Agricultural Economics, vol. 83(2): 272-285.

Gujerati, D. N., 2002. Basic Econometrics. Forth Edition. United States Military Academy, West Point: McGraw Hill.

Gujerati, D. N., 2003. Basic Econometrics. Fourth edition. New York: R.K. Donnelley and Sons Company.

Gujerati, D. N., 1999. Essential of Econometrics. Second edition. Boston: MC Graw Hill.

Habibah Suleiman & Lim Sow Ching, 1987. Some Economic Aspects og Productivity in the Rubber Estate Sector. Preceedings RRIM Rubber Growers’ Conference 1987: 349-359.

Harding, T. & Rattso, J., 2005. The Barrier Model of Productivity Growth: South Africa. No.1/2005. Department of Economics, Norwegian University of science and Technology.

James Nayagam, et al., 1987. Economics of Separating Tapping and Collection Operations in Rubber Production. Preceedings RRIM Rubber Growers’ Conference 1987: 289-307.

Laby’s, W.C, 1973. Dynamics Commodity Model: Specifications, Estimation and Simulation, Lexingrton, Massachusetts: D.C. Health and Company.

Lee, C. K., Ismail Hashim & Ng. K. F., 1985. Exploitation of Old Rubber. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 403-423.

Lembaga Industri Getah Sabah, 2005b: Nota Taklimat Semasa Lawatan Rasmi Menteri pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah; YB. Datuk Haji Abdul Rahim Ismail pada 11 Julai 2005.

Lembaga Industri Getah Sabah, 2005c: IOD.

Leong, S. K. & Yoon, P. K., 1986. Use of Young Budding for Improved Hevea Cultivation. Proceedings of the International Rubber Conference 1985. Kuala Lumpur: 555-577.

Lim, S.C., 1968. Analysis of smallholders Rubber marketing in West Malaysia, Rubber Research Institute, Natural Rubber Conference, Kuala Lumpur.

Mad Nasir Shamsudin. 1992. A Short Note on Forecasting Natural Rubber Prices Using a Marma Model. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (9): 59-68.

Mad Nasir Shamsudin, et al., 1994. A Market Model for Malaysian Palm Oil Industry. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (11): 81-102.

Mad Nasir Shamsudin, et al., 1989. Productivity and Sources of Growth Malaysian Agriculture, 1960-1986. The Malaysian Journal of Agricultural Economics (6): 34-47.

(16)

Mohd. Ariff Hussein, 1990. Kaedah Penyelidikan Gunaan Dalam Bidang Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohammad Alias, 1986. A Structural Model of The Estate Sector of the Malaysian Natural Rubber Industry. Proceedings of the International Rubber Conference 1985. Kuala Lumpur: 555-577.

Mohammad Alias. 1988a. Supply Response In The Natural Rubber Industry. Jurnal Ekonomi Malaysia 12: 5-39

Mohammad Alias. 1988b. Pembinaan dan pemilihan Model Respon Penawaran Pengeluar Getah Asli. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Mohammad Alias, et al., 1987. A model of Malaysia Agricultural Sector: Preliminary Result, Paper persented at Fourth Economic Meeting MIER, Kuala Lumpur.

Mohd. Anuar Md. Amin, 1988. Teori Ekonometrik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Anuar Md. Amin, 1991. Ekonometrik: Teori dan Gunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Ariff Hussein, 1990. Kaedah Penyelidikan Gunaan Dalam Bidang Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sohilin, 185. Kajian Keadaan dan Pendapatan Pekebun Kecil dan Penoreh Getah Di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah. Lembaga Tabung Getah Sabah.

Mohd. Zain Yahya.1986. Effective Transfer of Technology Towards Independent Smallholders – A Malaysian Experience. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 107-113.

Mustapha Juman, 1986. Increasing Productivity of Rubber Smallholdings Through Plantation Technology FELCRA’s Experience. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 43-57.

Nahm, D. & Sutummakid, N., 2003. Efficiency of Agricultural Production in the Central Region of Thailand. Department of Economics Macquane University sydney.

Nichoson, W., 1989. Microeconomi Theory: Basic Principles and Extensions. Orlando, Florida. The Dryden Press.

Peries, O. S., Dissanayake, A. B. & Chandrasiri, G. R., 1985. Some Aspects of the Economics of Smollholding Rubber in Sri Lanka. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 385-407.

Punnoose, K. I., et al., 1985. Response of Hevea brasiliensis to Fertilisers in south India. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 84-103.

(17)

Remali Yusoff, 1999a. Analisis Ekonomi Ke Atas Penawaran dan Permintaan Biji Koko Di Malaysia, Analisis Penawararan Dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff. 1999b. Asas Pembenaan Model Ekonometrik dan Unjuran Industri Koko Di Malaysia, Analisis Penawararan Dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff, 1999c. Analisis Ekonometrik Industri Minyak Kelapa Sawit Di Sabah, Analisis Penawararan Dan Permintaan Barangan Utama. Universiti Malaysia Sabah.

Remali Yusoff, et al., 1988. Supply and Demand Model of the Malaysian Cocoa Industry. Borneo Review 9(1): 67-86.

Rudaheranwa, N. et al, 2003. Supply Response of Selected Export Comodities in Uganda. PAPU Research Series. Pp. 1-32.

Sabah Institute Development of Studies (IDS), 1999.

Schmidt, S. J., 2005. Econometrics. Boston. McGraw-Hill.

Sivanadyan, K., Haridas, G. & Pushpaarajah, E., 1985. Reduced Immaturity Period of Hevea brasiliesnsis. Preceedings of the International Conference 1985. Kuala Lumpur: 147-157.

Smith, H. P. & C. Burger, P. J., 1986. Supply Response and Market Developments of Natural Rubber. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 115-129.

Sultoni Arifin, et al., 1986. Land Management Towards Improvement of Rubber Smallholders in Indonesia. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 85-99.

Sumadi Reksopoetranto, 1986. Improvemet of Rubber Smallholders Farmgate Price Through Means Adopted By The Government and Pravite Estates: The Shanghyang Damar Rubber Project. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 173-177.

Suratman, M. N., et al., 2004. Prediction Models for Estimating The Area, Valume, and Age of Rubber (Hevea Brasiliensis) Plantations in Malaysia Using Landsat TM Data. International Forestry Review 6(1).

Tajuddin Ismail & Najib Lotify Arshad, 1986. Maximising Land Use in Rubber Smallholding. Proceegings of the Seminar on Progress and Development of Rubber Smallholders 1986: 85-99.

Walter Nichoson, 1989. Microeconomi Theory: Basic Principles and Extensions. Orlando, Florida. The Dryden Press.

(18)

Zaleha M. Noor & Mohd. Ariff Hussein, 1986. The Impact of Free Fertilizer Subsidy Scheme on

Economic Efficiency of Paddy Farmer in west Malaysia.

The Malaysian Journal of

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui

Karena itulah, paling tidak dapat dijelaskan bahwa simbol 3(tiga) ikan di atas mengungkapkan konsep tasawuf heterodok [Platonisme, Plotinus (Neo- Platonisme), Ibnu

Bagaimana pun penelitian mengenai studi perbandingan sintesis senyawa imina turunan vanilin dan 2-hidroksi asetofenon menggunakan stirer dalam pelarut air serta

Untuk menentukan besarnya sumbangan (koefisien determinan koefisien penentu) yaitu Pengaruh fasilitas kerja, terhadap kinerja Pegawai negeri sipil di

Terapi non farmakologis pada diabetes mellitus, dalam: Buku Ajar Ilmu Penyakit Dalam Jilid III Edisi V.. Laporan Akhir Penelitian Karya Tulis

Sehingga penelitian ini bertujuan untuk menguji dan menganalisis pengaruh Pendaparan Asli Daerah (PAD), Selisih Lebih Perhitungan Anggaran (SiLPA), dan Flypapper

Kesimpulan: Penatalaksanaan fisioterapi menggunakan Neuro Development Treatment (NDT) pada kondisi Cerebral Palsy Spastic Athetoid Quadriplegi dalam mengontrol tingkat

Unsur magis yang terdapat dalam budaya Ojhung ini yaitu adanya kekuatan supranatural yang dimiliki oleh para pemain Ojhung, karena Ojhung ini merupakan seni adu