• Tidak ada hasil yang ditemukan

[PENGUJIAN DALAM SAINS SUKAN] QSE 6024 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "[PENGUJIAN DALAM SAINS SUKAN] QSE 6024 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

QSE 6024 : PENGUJIAN DALAM SAINS SUKAN

UJIAN KEKUATAN OTOT

NAMA AHLI KUMPULAN: EMILIA BINTI MUSTAFFA MIRA ASHILA BINTI ASMUNI

TEY HUI LING

(2)

1.0 PENGENALAN

Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Contoh, gayut siku bengkok adalah ujian yang sah untuk mengukur kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan tetapi ianya tidak sah digunakan untuk mengukur kepantasan tangan kerana bilangan yang dapat dilakukan untuk satu percubaan gayut siku bengkok tidak dipengaruhi oleh kepantasan tangan.

Sesuatu ujian yang sah mestilah boleh dipercayai, sebaliknya ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah digunakan. Jika data yang diperoleh datangnya daripada sesuatu ujian atau instrumen pengukuran yang tidak sah, maka data tersebut tidak boleh digunapakai dalam pengukuran dan penilaian. Sebarang keputusan yang dibuat mengenai subjek berdasarkan data yang tidak sah berkemungkinan akan berlaku kesalahan atau tidak tepat. Terdapat empat jenis pengukuran kesahan yang biasanya digunakan dalam Pendidikan Jasmani iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk. Kebanyakan pengukuran fizikal dalam Pendidikan Jasmani menerima pakai nilai pekali korelasi kesahan ujian antara .80 dan ke atas.

Sesuatu ujian yang dapat memberi keputusan yang konsistan setelah diuji berulang kali adalah mempunyai kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat. Contoh, jika sekumpulan pelajar mengambil ujian tekan tubi berdasarkan prosedur yang sama pada dua hari yang berbeza, maka skor yang diperoleh sepatutnya sama.Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dansuasana pengujian sepatutnya berada dalam keadaan yang sama. Fikirkan apa yang akan berlaku kepada skor ujian bangkit tubi lutut bengkok jika pertama kali ditadbirkan di atas tilam gimnastik dan di masa lain ditadbirkan di atas gelanggang bersimen.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin memberi kesan terhadap kebolehpercayaan ujian dan nilai skor yang diperoleh dalam proses pengujian pengukuran dan penilaian

(3)

dalam Pendidikan Jasmani. Di antaranya ialah memberi arahan yang tidak tepat, prosedur pemberian skor ujian yang tidak konsistan, perbezaan peralatan yang digunakan semasa pengujian dan suasana persekitaran ujian yang berbeza. Bagi menentukan kebolehpercayaan ujian, sekurang-kurangnya dua set data perlu diperoleh melalui skor ujian. Di antara prosedur yang selalu digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan ujian ialah kaedah uji dan ulang uji, kaedah bentuk selari, kaedah pembahagi dua, kaedah Kuder Richardson dan kaedah pekali Cronbach alpha.

Dalam mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam menguji kekuatan otot, kumpulan kami telah menjalankan ujian tekan tubi dan ujian mendagu dalam kalangan pelajar berumur 16 tahun lelaki di SMK Dato’ Usman Awang. Seramai 20 orang pelajar telah dipilih daripada pelbagai latar belakang sebagai sampel ujian. Kedua- dua ujian yang dijalankan ini hanya melibatkan ujian lapangan.

(4)

2.0 PROSEDUR DAN KEPENTINGAN UJIAN

UJIAN 1: TEKAN TUBI OBJEKTIF :

1. Mengukur keupayaan kekuatan otot tangan serta otot bahu. ALATAN YANG DIPERLUKAN :

1. Tilam Lapik (Kecergasan) 2. Jam Randik

3. Borang Skor Ujian LANGKAH- LANGKAH :

1. Penguji membuat penerangan kepada pelajar (sampel) tentang teknik lakuan yang betul bagi menjalankan ujian tekan tubi.

2. Penguji menyatakan objektif ujian dijalankan.

3. Pelajar membuat sesi pemanasan badan secara berkumpulan.

4. Pelajar menjalankan sesi regangan otot bagi mendapatkan tahap keselamatan yang baik sebelum melakukan aktiviti tekan tubi.

5. Pelajar menjalankan ujian tekan tubi secara individu sementara penguji membuat kiraan jumlah ulangan yang dibuat oleh pelajar dalam masa seminit.

6. Penguji mencatat jumlah skor yang berjaya dilakukan oleh pelajar ke dalam borang skor.

7. Ulang langkah 5 & 6 untuk setiap individu pelajar sehingga tamat 20 orang pelajar. 8. Pelajar melakukan aktiviti penyejukkan badan.

(5)

HURAIAN :

Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi juga merupakan senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. Manfaat utamanya adalah dapat memberikan kekuatan dan keseimbangan kepada pengamalnya. Latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otot-otot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major, Latissimus Dorsi dan Rectusabdominis. Sebagai contohnya, kekuatan otot Deltoid (bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan ibu gerak kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan.Untuk melaksanakan Tekan Tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah dalam keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. Sewaktu gerakan turun,pastikan bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. Bagi wanita pula, disyorkan lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.

Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids,pectoralis major, dan triceps.

Cara melakukan tekan tubi dengan betul :Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

1. Kaki dirapatkan serta selari. Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke lantai.Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita.

(6)

2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas. Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan.

3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.

FASA PERSEDIAAN

Sendi/ Jenis Pergerakan Sendi Otot Atagonis Jenis Penguncupan Bahu (lesung) Fleksi Deltoid, Trapezium,

Rhomboids,dan Rotatur Cuff

Eksentrik Siku (engsel) Ekstensi Tricep brochii, Bicep

brochii dan Brachial Eksentrik

Radioulnar/pangsi Fleksi Pronator

(7)

FASA MENURUN

Sendi/Jenis Pergerakan Sendi Otot Atagonis Jenis Penguncupan Bahu (lesung) Fleksi Deltoid,Trapezius,Rh

omboids Pektralis major

Konsentrik

Siku (engsel) Fleksi Tricep Brochii Eksentrik

Radioulnar/pangsi Fleksi Pranator Teres,

Brachioradialis Konsentrik

FASA PEMULIHAN

Sendi/ Jenis Pergerakan Sendi Otot Atagonis Jenis Penguncupan Bahu (lesung) Fleksi Deltoid, Trapezium,

Rhomboids,dan Rotatur Cuff

Eksentrik Siku (engsel) Ekstensi Tricep brochii, Bicep

brochii dan Brachial Eksentrik Siku (engsel) Fleksi Tricep brochii, Bicep

brochii dan Brachial Eksentrik

Radioulnar/pangsi Fleksi Pronator

(8)

Rajah 1 : Ujian Tekan Tubi

Rajah 2 : Ujian Tekan Tubi

(9)

UJIAN 2 : MENDAGU OBJEKTIF :

1. Mengukur keupayaan kekuatan otot tangan serta otot bahu. ALATAN YANG DIPERLUKAN :

1. Palang Mendagu 2. Jam Randik 3. Borang Skor Ujian LANGKAH- LANGKAH :

1. Penguji membuat penerangan kepada pelajar (sampel) tentang teknik lakuan yang betul bagi menjalankan ujian mendagu

2. Penguji menyatakan objektif ujian dijalankan.

3. Pelajar membuat sesi pemanasan badan secara berkumpulan.

4. Pelajar menjalankan sesi regangan otot bagi mendapatkan tahap keselamatan yang baik sebelum melakukan aktiviti mendagu.

5. Pelajar menjalankan ujian mendagu secara individu sementara penguji membuat kiraan jumlah ulangan yang dibuat oleh pelajar dalam masa seminit.

6. Penguji mencatat jumlah skor yang berjaya dilakukan oleh pelajar ke dalam borang skor.

7. Ulang langkah 5 & 6 untuk setiap individu pelajar sehingga tamat 20 orang pelajar. 8. Pelajar melakukan aktiviti penyejukkan badan.

(10)

HURAIAN :

Mendagu ialah suatu aktiviti mengangkat berat badan anda ke atas. Ianya adalah latihan kekuatan terbaik yang boleh dilakukan untuk menguatkan bahagian atas badan dan jisim otot. Malangnya, latihan mendagu boleh jadi amat menyukarkan.

Mendagu ialah mengayutkan badan anda pada palang besi dengan kedua-dua lengan lurus dan tarik badan ke atas sehingga dagu anda mencecah dan melepasi palang. Mendagu telapak tangan menghadap anda.

Faedah mendagu ke atas dan ke bawah selain dapat membina otot-otot. Ianya membuatkan anda mengangkat berat badan anda sendiri. Pergerakan ini membina otot-otot lengan dan bahagian belakang anda. Kekuatan cengkaman dapat membantu aktiviti sukan yang melibatkan cengkaman, tarikan dan genggaman. Contoh aktiviti mendaki gunung. Selain itu, dapat memberi impak kepada kekuatan pada regangan dan mendagu membolehkan anda menjadi lebih kuat pada gerakan yang berlawanan. Contohnya aktiviti tekan tubi bangku. Selain itu, dapat menguatkan bahu. Latihan imbangan seoerti menekan bangku boleh mencegah ketidakseimbangan otot.

Gerakan dimulai dengan lengan diregang lurus ke atas dengan cengkaman. Ianya boleh dilakukan lpada palang, gelung gimnastik atau gelung putar. Badan ditarik atau dinaikkan ke atas sehingga menyentuh bahagia atas dada. Mendagu dikira sempurna apabila dagu melepasi palang dan juga cengkaman tangan. Badan kemudiannya diturunkan sehingga kedua-dua lengan lurus. Proses ini kemudianya diulang-ulang.

Seperti lain-lain aktiviti mendagu boleh dilakukan dengan santai, di mana kedua-dua kaki dan bahagian belakang boleh memberi momentum yang dapat membantu latihan ini, atau dengan posisi badan tergantung. Melakukan latihan mendagu dengan betul boleh jadi agak sukar dengan cengkaman bahagaian belakang badan, ini adalah kerana kecenderungan semulajadi kita yang banyak melakukan kerja dengan menggunakan bahagian siku berbanding bahagian bahu.

(11)

Dengan adanya aksi regangan pada bahagian belakang bahu ini dapat mengatasi masalah ini. Ianya merupakan latihan yang paling berkesan untuk meregangkan otoot-otot yakni semasa badan kita diturunkan ke bawah.

Cengkaman yang kuat melibatkan ibu jari di bahagian yang berlawanan pada palang denga jari-jemari kita. Dalam posisi ini, bahagian hadapan lengan menggunakan otot-otot tambahan untuk memegang pada palang dan seterusnya membuat regangan.

Mendagu seperti juga kebanyakan regangan menyasarkan latissimus dorsi muscle selaku penyambung bahu yang membawa kepada tulang antara bahu dan siku. Ini dibantu oleh ligament siku iaitu (brachialiss, brachioradialis, biceps brachii) yang membawa kepada bahagian hadapan lengan.

Berat kedua-dua kaki dan tulang pelvis adalah disokong oleh ligame tulang belakang utama dan pelbagai otot yang boleh disambung atau dilentur. Seandainya tulang pelvis dibengkok dan kaki dibengkok ke belakang erector spinae akan menahan berat yang berlebihan. Seandainya pula, tulang pelvis dibengkok ke hadapan begitu juga kedua-dua kaki, rectus abdominis aka menahan atau menyokong.

(12)

Rajah 4 : Ujian Mendagu 1

(13)

TAJUK : UJIAN KEKUATAN OTOT DALAM KALANGAN PELAJAR BERUMUR 16 TAHUN (LELAKI) SMK DAT’ USMAN AWANG, JOHOR BAHRU, JOHOR

Jenis Ujian Kesahan:

Ujian Tekan Tubi & Ujian Mendagu

Rajah 6 : Skor Markah Ujian Tekan Tubi dan Ujian Mendagu

(14)

Ujian lapangan yang dijalankan bagi menguji kekuatan otot ialah Ujian Tekan Tubi dan Ujian Mendagu. Dapatan kajian melalui ujian tekan tubi dan ujian mendagu ini, nilai r = 0.58 bagi kesahan korelasi adalah sederhana. Merujuk kepada Miller (1991) dan Safrit & Woods (1995) menunjukkan bahawa data yang kurang daripada 0.6 iaitu 0.58 kedua-dua ujian ini mempunyai korelasi perhubungan yang sederhana. Jadi, perhubungan antara kedua- dua hanyalah berada pada tahap sederhana. Dapatan ujian ini menjadi sederhana disebabkan kedua- dua ujian yang dijalankan ini ialah ujian lapangan. Penguji sepatutnya membuat ujian kekuatan otot dengan menggunakan kaedah ujian lapangan dan ujian makmal. Namun, atas sebab- sebab tertentu penguji hanya menggunakan kaedah ujian lapangan. Oleh yang demikian, dapatan ini tidak dapat mencapai tahap korelasi yang tinggi yang mana membolehkan ianya dijadikan kesahan bagi menguji kekuatan otot. Antara ujian makmal yang boleh digunakan bagi menguji kekuatan otot ialah ujian mengangkat bebanan (dumpbell)

(15)

Jenis Ujian Kebolehpercayaan: Ujian Tekan Tubi

Rajah 8 : Jadual Kebolehpercayaan

Rajah 8 di atas menunjukkan hasil dapatan korelasi kesahan untuk uji ulang uji bagi ujian Tekan Tubi. Bagi mendapatkan kebolehpercayaan dalam menguji Kekuatan Otot, Ujian Tekan Tubi dijalankan secara Uji Ulang dan Uji. Hasil dapatan Uji Ulang Uji, korelasi ini menunjukkan Mean ialah 33.25 manakala nilai r dalam ujian ini ialah 0.998. Ujian ini dinamakan Ujian Tekan Tubi. Merujuk kepada Miller (1991), Cohen (1988) dan Safrit & Woods (1995) menunjukkan bahawa data yang diperolehi, iaitu 0.998 membuktikan bahawa terdapat perhubungan untuk uji ulang uji yang sangat significant. Jadi, Ujian Tekan Tubi adalah ujian yang boleh dipercayai bagi menguji kekuatan otot bahagian atas badan.

(16)

Penentuan Norma

Berdasarkan Ujian Kekuatan Otot melalui kaedah Tekan Tubi yang dilakukan secara Uji Ulang Uji, didapati bahawa tahap pencapaian berbeza di kalangan pelajar dalam kumpulan mengikut keupayaan masing-masing. Gred yang bersesuaian digunakan bagi menunjukkan keupayaan kaedah yang sering digunakan dalam gred rujukan norma ini adalah kaedah gred lengkung norma.

1. Kaedah gred lengkung norma ini adalah berdasarkan min dan sisihan piawai skor sesuatu kumpulan pelajar. Langkah-langkah berikuit diperlukan bagi membina gred. Gunakan gred A, B, C, D dan E

A = Lebih daripada min + 1.8 (sisihan piawai) dan ke atas B = min + 1.8 (sisihan piawai)

C = min + 0.6 (sisihan piawai) D = min - 1.8 (sisihan piawai)

E = kurang daripada min - 1.8 (sisihan piawai) dan ke bawah

2. Untuk dapatkan norma, tentuan gred C terlebih dahulu berdasarkan nilai min dan sisihan piawai, iaitu min=33.25, sisihan piawai = 10.53

C = min + 0.6 (sisihan piawai) C = 33.25+ 0.6 (10.53) ≈40 C = 33.25- 0.6 (10.53) ≈27 Gred C = 27 hingga 40

3. Tentukan gred B, had bawah bagi gred B diketahui (27) berdasarkan had teratas dalam gred C ialah 26. Kita hanya perlu tentukan had atas gred B

B = min + 1.8 (sisihan piawai) B = 33.25+ 1.8 (10.533) ≈52 Gred B = 27 hingga 52

(17)

4. Tentukan gred A

A =lebih daripada min + 1.8 (sisihan piawai) dan ke atas Gred A = 53 dan ke atas

5. Tentukan gred D, had atas bagi gred D.diketahui (25) berdasarkan had teratas dalam gred C ialah 26. Kita hanya perlu tentukan had bawah gred D

D = min - 1.8 (sisihan piawai) D = 33.25- 1.8 (10.533) ≈14 Gred D = 14 hingga 25 6. Tentukan gred E

E =lebih daripada min - 1.8 (sisihan piawai) dan ke bawah Gred E = 13 dan ke bawah

7. Skala gred lengkun norma yang lengkap A=52 dan ke atas

B= 27 hingga 52 C=26 hingga 40 D=14 hingga 25 E=13 dan ke bawah

(18)

Hasil dapatan Norma bagi Ujian Kekuatan Otot melalui Ujian Tekan Tubi

Tahap Skala Jumlah subjek

A Lebih daripada 53 1

B 41 52 4

C 27 40 10

D 14 26 5

Referensi

Dokumen terkait