• Tidak ada hasil yang ditemukan

APUKASI TEKNIK TWELVE TONE SYSTEM DALAM OPERA CINA (HOKKIEN) YANG DIPERSEMBAHKAN DI KUCHING, SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "APUKASI TEKNIK TWELVE TONE SYSTEM DALAM OPERA CINA (HOKKIEN) YANG DIPERSEMBAHKAN DI KUCHING, SARAWAK"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

APUKASI TEKNIK TWELVE TONE SYSTEM DALAM OPERA CINA (HOKKIEN) YANG DIPERSEMBAHKAN DI KUCHING, SARAWAK

Yee Chat Kam

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik)

2011

(2)

APLIKASI TEKNIK TWELVE TONE SYSTEM DALAM OPERA CINA (HOKKIEN) YANG DIPERSEMBAHKAN DI KUCHING, SARAWAK

YEE CHAT KAM

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Muzik)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2011

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan : * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: Aplikasi Teknik Twelve Tone System Dalam Opera Cina (Hokkien) Yang Dipersembahkan Di Kuching, Sarawak.

SESI PENGAJIAN : 2008/2011

Saya YEE CHAT KAM

mengaku membenarkan Tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

5. *Sila tandakan

Disahkan

________________________ _______________________

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Tarikh : _____________________ Tarikh : __________________

Alamat Tetap:

No. 9 Jalan Besar Sungai Ruan, 27500 Raub,

Pahang.

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(4)

i

Projek bertajuk ‘Aplikasi Teknik Twelve Tone System Dalam Opera Cina (Hokkien) Yang Dipersembahkan di Kuching, Sarawak’ telah disediakan oleh Yee Chat Kam dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian dalam program Muzik.

Diterima untuk diperiksa oleh:

_________________________

Drs. Yoesbar Djaelani

_________________________

Connie Lim Keh Nie

Tarikh:

________________________

(5)

ii PENGAKUAN

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu ijazah atau kelulusan samada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi lain.

__________________________

(YEE CHAT KAM)

No. Matrik : 22680

(6)

iii

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi semangat untuk saya agar projek ini dapat dijalankan dan dijayakan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya, Puan Connie Lim Keh Nie, Drs. Yoesbar Djaelani dan Puan Misato Yaku yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan penyelidikan ini. Segala sokongan dan komen yang diberikan amat saya hargai. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas sentiasa memberi motivasi, teguran, nasihat, bimbingan dan pandangan kepada saya agar saya dapat menyempurnakan penyelidikan ini. Didikan yang diberi daripada kalian bertiga amat saya hargai dan telah memberi halatuju dalam pencarian ilmu pengetahuan dalam bidang ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada juruteknik Program Muzik, Encik Lembad Anak Subit yang sentiasa menolong saya dalam penyelesaian masalah teknikal projek ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dalam pelaksanaan projek ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Akhir sekali saya ingin berterima kasih dan bersyukur atas sokongan dan nasihat daripada keluarga saya terutamanya ibu bapa yang saya hormati dan sayangi.

Terima kasih kerana melahirkan saya dan memberi peluang untuk saya belajar di

UNIMAS. Terima kasih atas mengambil berat terhadap perkembangan pengajian saya

dan pendidikan yang diberikan kepada saya. Tanpa sokongan daripada ibu bapa, saya

tidak akan dapat sampai ke tahap ini. Saya amat bersyukur kerana mendapat ibu bapa

yang menyayangi saya. Terima kasih atas sokongan, bimbingan, nasihat, pengorbanan

dan segala-galanya. Sekian, terima kasih.

(7)

iv

ISI KANDUNGAN

Halaman Tajuk

Borang Pengesahan Status Tesis/Laporan

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia i

Pengakuan Pelajar ii

Penghargaan iii

Jadual Kandungan iv-vi Senarai Rajah vii-viii Senarai Gambar ix

Senarai Jadual ix

Abstrak x

Abstract xi

1. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sejarah Opera Cina 2-3 1.1.2 Jenis-jenis Watak Dalam Opera Cina 3-6 1.1.3 Alat Muzik Dalam Opera Cina 7-8 1.1.4 Kepentingan Muzik dalam Opera Cina 8

1.1.5 Hubungan Antara Opera Dengan Teknik Twelve Tone System 9

1.1.6 Teknik Twelve Tone System 9-12 1.2 Skop Kajian

12

1.3 Permasalahan Kajian 12-14 1.4 Hipotesis 14

1.5 Objektif Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Kajian Literasi 16

1.7.1 Twelve Tone Dalam Opera 16-18

1.7.2 Twelve Tone Dalam Kartun Lucu 18-20

(8)

v 2. BAB 2 METODOLOGI

2.1 Pengenalan 21

2.2 Pemilihan Sampel Watak 21-22

2.3 Pengumpulan Data 22

2.3.1 Kaedah Primer 22-23

2.3.2 Kaedah Sekunder 23

2.4 Penciptaan Tone Row Bagi Twelve Tone System 23-26

3. BAB 3 DAPATAN KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Analisis Muzik Watak Chou (

) 27-28 3.3 Langkah-langkah Penghasilan Muzik Watak Chou (

) 28-29 3.4 Sinopsis Opera Cina “Menuntut Keadilan diatas Kematian

Zhan Dian” (

詹典嫂告御状

) 30-31

3.5 Prosedur Penulisan Muzik Twelve Tone Bagi Opera 31-32 3.5.1 Pemprosesan Barisan Twelve Tone 33-38 3.6 Pemprosesan Muzik Twelve Tone dalam Opera Cina 39-41

4. BAB 4 PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data 43-57

4.3 Kesimpulan 58

5. BAB 5 KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan 59-60

5.2 Cadangan 60

(9)

vi

BIBLIOGRAFI 61-62

GLOSSARI 63

Lampiran A – Skor Muzik Opera Cina 64-70 Lampiran B – Gambar Responden yang Menjawab Borang

Soal Selidik 71

Lampiran C – Contoh Borang Soal Selidik 72-76

Lampiran D – Panel Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir 77

Lampiran E – Hasil Karya Dalam Bentuk Rakaman DVD 78

Lampiran F – Data Hasil Karya Dalam Bentuk DVD 79

(10)

vii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Opera Il Prigioniero 9

Rajah 1.2 Barisan Twelve Tone System 10

Rajah 1.3 Matrik Twelve Tone System 11

Rajah 1.4 Siri Melodi dalam Opera Il Prigioniero 16

Rajah 1.5 Opera Moses and Aaron 17

Rajah 1.6 Puttin’ on the Dog 18

Rajah 1.7 The Cat That Hated People 19

Rajah 2.1 Barisan Twelve Tone System bagi Watak Chou (

)

dalam Opera Cina 25

Rajah 2.2 Matrik bagi Watak Chou (

) dalam Opera Cina 26

Rajah 3.1 Barisan Twelve Tone dalam Muzik Latar Opera Cina

“Menuntut Keadilan diatas Kematian Zhan Dian”

(

詹典嫂告御状

) 33

Rajah 3.2 Melodi Babak IV Adegan 1 34

Rajah 3.3 Melodi Babak IV Adegan 2, bar 1-4 36 Rajah 3.4 Melodi Babak IV Adegan 3, bar 1-2 38 Rajah 3.5 Pemprosesan dan Penyusunan Muzik Twelve Tone dalam

Video Opera Cina 39

Rajah 3.6 Balancing dalam Perisian Nuendo 3 40 Rajah 3.7 Audio Mix down dalam Perisian Nuendo 3 41

Rajah 4.1 Jantina 43

Rajah 4.2 Umur 44

Rajah 4.3 Bangsa 45

Rajah 4.4 Bahasa atau Pertuturan dalam Bahasa Hokkien 46

(11)

viii

Rajah 4.5 Perbandingan Keberkesanan Muzik Latar Opera

Menyebabkan Keinginan Menutup Telinga 47 Rajah 4.6 Perbandingan Keberkesanan Muzik Latar Opera

Menyebabkan Kebisingan 48

Rajah 4.7 Perbandingan Keberkesanan Muzik Latar Opera

Synchron dengan Aksi Watak 49

Rajah 4.8 Perbandingan Kesesuaian Muzik Latar Opera dengan

Aksi Watak 50

Rajah 4.9 Perbandingan Keberjayaan Muzik Latar Opera

Menimbulkan Suasana yang Lucu 51

Rajah 4.10 Kesesuaian Muzik Latar pada Watak Chou (

) dalam

Opera Cina 52

Rajah 4.11 Muzik 12-Tone kedengaran Luar Biasa 53

Rajah 4.12 Peningkatan Tahap Kelucuan Opera dengan Muzik 12-Tone 54

Rajah 4.13 Perkembangan Budaya Cina dengan Inovasi Muzik 12-Tone 55

Rajah 4.14 Bayangan Aplikasi Muzik 12-Tone dalam Opera Cina 56

Rajah 4.15 Perbandingan Tahap Kelucuan Opera Cina 57

(12)

ix

SENARAI GAMBAR

Gambar 3.1 Watak Chou (

) Terjengkit-jengkit Keluar dari

Pentas Belakang. 34

Gambar 3.2 Watak Chou (

) Bercakap Sambil Mengibaskan Kipas 35 Gambar 3.3 Watak Chou (

) Duduk Diatas Kerusi dan Tangannya

Bergerak serta Menunjuk Arah 37

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Warna yang Digunakan dalam Persembahan Opera Cina 5

Jadual 3.1 Babak Bagi Watak Chou (

) 32

(13)

x ABSTRAK

Opera Cina adalah salah satu sejarah teater yang memaparkan identiti masyarakat Cina dalam bidang seni budaya. Dalam usaha untuk mempertahankan warisan persembahan opera Cina, campuran instrumen muzik barat seperti violin, cello, dan saxophone telah digunakan sebagai alat muzik iringan. Dalam kajian ini, teknik komposisi twelve tone (serialism) akan digunakan sebagai iringan baru untuk mempertingkatkan tahap kelucuan pada watak Chou (

) dalam video Opera Cina yang bertajuk “Menuntut Keadilan diatas Kematian Zhan Dian” (

詹典嫂告御状

).

Hasil karya ini bertujuan untuk menguji keberkesanan teknik komposisi twelve tone

dalam meningkatkan kesan lucu dalam watak Chou (

).

(14)

xi ABSTRACT

Chinese opera is one of the historical theatre which display the identity of the Chinese community in the area of cultural arts. In order to sustain the legacy of Chinese opera performance, mixture of western music instrument such as violin, cello, and saxophone had been used in accompanying the traditional music performance. In this research, the twelve tone composition technique (serialism) will be used as a newly composed accompaniment to the Chinese opera performance in

“accusation” scene (

詹典嫂告御状

) to enhance the humorous comical character of

Chou (

). As an end product, this research aim to test the effectiveness of twelve

tone composition technique in enhancing the comical effect of the character Chou

(

).

(15)

1  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Opera dalam bahasa Italian ialah “work”. Opera merupakan drama atau teater di mana melibatkan pelakon sambil menyanyi dan mengucap dialog dengan muzik sambil melakukan aksi yang sepadan dengan dialog yang diucap atau dinyanyi.

Sebuah opera yang lengkap melibatkan tiga elemen yang utama iaitu muzik, drama dan adegan. Tanpa salah satu elemen yang tersebut akan menyebabkan opera kurang dramatik. Dalam opera Barat biasanya melibatkan elemen tersebut dan juga melibatkan choral atau solo menyanyi.

Manakala, perkataan opera dalam bahasa Cina ialah xi (

), xiqu (

戏曲

), atau

xiju (

戏剧

) dan membawa maksud opera, drama atau teater yang memberi pelbagai

jenis media persembahan dalam sesebuah cerita dramatik seperti kostum dan

dandanan muka, dialek atau bahasa, lagu, tarian dan lakonan. Walaupun kekurangan

hiasan yang menarik dalam pentas opera Cina tetapi lakonan pelakon adalah lebih

dipentingkan (Sadie, 2001).

(16)

2  

1.1.1 Sejarah Opera Cina

Opera Cina ataupun dikenali sebagai wayang Cina dan juga merupakan salah satu seni teater yang tertua dalam dunia ini. Opera Cina mula didapati pada zaman Dinasti Tang di China (712-715 B.C.) dengan pertubuhan kumpulan opera Cina yang pertama iaitu kumpulan Pear Garden (

梨园

). Kumpulan ini menjadi semakin popular pada masa itu kerana persembahan mereka telah mendapat sambutan yang baik daripada golongan bangsawan dan juga rakyat China. Pada masa yang sama, persembahan ini juga dijadikan hiburan utama oleh rakyat China kerana opera ini sering dipersembahkan di China (Janang, 2010).

Dengan perkembangan yang pesat, opera Cina telah dibawa masuk ke Malaysia oleh imigrasi orang Cina dari China pada akhir abad ke-19. Opera Cina biasanya mempersembahkan dalam dialek Cantonese, Teochew, Hokkien dan Hainan di Malaysia. Opera Cina berkembang pesat pada mulanya tetapi semakin merosot pada awal abad ke-20 disebabkan pilihan hiburan semakin banyak dan semakin maju menghadap perjalanan yang lebih moden (Yousof, 2004). Opera Cina di Malaysia biasanya dipersembahkan di luar bandar dan juga selalu ditempah oleh persatuan Cina atau ahli jawatankuasa tokong untuk menjelang hari perayaan keagamaan seperti Hari Hantu dan sempena perayaan Nine Emperor Gods Festival (Janang, 2010).

Persembahan opera biasanya diadakan dalam pentas sementara dalam tokong atau

dalam tempat lapang. Persembahan ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada waktu

petang untuk pelakon yang kurang professional manakala pada sesi malam adalah

untuk pelakon yang lebih professional. Opera Cina biasa menceritakan tentang

kehidupan dan peristiwa seseorang maharaja, rakyat dan bangsawan, cerita cinta

(17)

3  

antara sarjana dengan wanita jelita, dewa-dewi dengan syaitan dan lain-lain. Dalam cerita tersebut, kebanyakannya mengisahkan tentang nilai-nilai moral seperti baik hati, toleransi, sifat-sifat keberanian, berkomitmen dalam sesuatu situasi dan lain-lain (Yousof, 2004).

Penasihat Opera Teochew Persatuan Teochew Kuching, Encik Sim Han Zhong mengatakan bahawa pasukan peniaga Teochew dari China turut memasuki kawasan Kuching selepas kemasukan pasukan peniaga Hokkien dari China. Pasukan peniaga Teochew telah menubuhkan Syarikat Xun Feng dan syarikat tersebut telah mendaftar sebuah persatuan yang mewakili golongan Teochew di Kuching pada tahun 1914. Semasa peniaga Hokkien dan Teochew menjalankan perniagaan di kawasan Kuching, mereka turut membawa masuk budaya dan hiburan dari China ke kawasan Kuching antaranya termasuk opera Cina. Beliau juga mengatakan bahawa opera Cina telah menjadi hiburan utama kepada golongan Cina di Kuching pada masa itu. Opera Cina berkembang pesat pada masa itu disebabkan kekurangan hiburan seperti televisyen yang belum diwujudkan dan juga kekurangan pawagam. Oleh itu, orang ramai berminat terhadap opera Cina pada masa itu. Namun, pada tahun ke 70-an pula telah semakin merosot kerana kekurangan sumber kewangan. Akibatnya, persembahan opera Cina semakin berkurang dan generasi muda juga tidak berminat kepada opera Cina sehingga masa kini.

1.1.2 Jenis-jenis Watak Dalam Opera Cina

Dalam persembahan opera Cina terdapat empat watak yang penting iaitu

Sheng (

), Dan (

), Jing (

) dan Chou (

). Watak-watak tersebut boleh

(18)

4  

dibezakan dengan penggunaan mekap, pakaian dan kostum. Setiap watak mempunyai karakter dan perwatakan masing-masing.

Watak Sheng (

) dipegang oleh lelaki dan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu laosheng (

老生

), xiaosheng (

小生

) dan wusheng (

武生

). Laosheng (

老生

) merupakan lelaki yang tua dan memainkan peranan yang berani dan berbudi bahasa. Nadanya adalah lebih rendah jika berbanding dengan xiaosheng (

小生

). Manakala xiaosheng (

小生

) pula merupakan lelaki yang muda. Watak ini biasanya tidak memakai misai palsu dan wajahnya lebih kacak. Nadanya lebih tajam dan tinggi unutk menunjukkan dia masih muda. Pakaian bagi watak tersebut ditentukan mengikut status dalam masyarakat, jika dia kaya maka pakaiannya lebih mewah manakala jika dia miskin maka pakaiannya adalah buruk. Watak wusheng (

武生

) merupakan lelaki yang pandai akrobatik dalam opera Cina. Perwatakannya selalu melibatkan pertempuran atau peperangan (Confucius Institute Online, 2009).

Watak Dan (

) dipegang oleh wanita dan dibahagikan kepada lima jenis iaitu

laodan (

老旦

) membawa maksud wanita yang tua, wudan (

武旦

) merupakan wanita

yang pandai akrobatik, daomadan (

刀马旦

) ialah perempuan yang muda dan pandai

berperang, qingyi (

青衣

) adalah wanita yang dewasa manakala huadan (

花旦

) adalah

seorang perempuan yang belum kahwin. Pada mulanya, watak dan (

) dipegang oleh

lelaki tetapi lama-kelamaan telah bertukar kepada perempuan untuk memegang watak

tersebut (Confucius Institute Online, 2009).

(19)

5  

Watak Jing (

) dimainkan oleh seorang lelaki dan perwatakan biasanya kasar, suka bercakap dengan kuat dan juga suka berlawan semasa mengalami keadaan yang cemas. Wajah dalam watak ini selalu diukir dengan pelbagai warna dengan mengikut gaya dan karakter perwatakan yang dipegang. Setiap warna mewakili maksud yang tertentu. Jadual berikut merupakan warna yang digunakan dalam seni persembahan opera Cina oleh watak Jing (

).

Warna Maksud

Merah Dedikasi, keberanian, kejujuran dan kesetiaan

Hitam Kekasaran dan keganasan

Putih Curiga, kelicikan, menakutkan dan pengkhianat

Kuning Keganasan dan keras kepala

Hijau Impulsif, bengis, keras kepala, tidak sabar dan tidak mampu mengawal diri

Biru Kaganasan, kekukuhan dan kecerdikan

Ungu Keras kepala dan berpengalaman dalam urusan duniawi

Jadual 1.1: Warna yang Digunakan dalam Persembahan Opera Cina

Dipetik daripada Dewan Budaya (Janang, 2010)

(20)

6  

Watak Chou (

) membawa maksud pelawak dan berperanan sebagai rakyat

biasa yang memegang watak lucu dan menghiburkan penonton. Perkataan Chou (

)

juga membawa maksud hodoh. Mengikut pandangan tradisional, perwatakan lucu dan

bunyi ketawa daripada watak tersebut boleh menghalau syaitan. Watak ini tidak

sepenting seperti watak-watak Sheng (

), Dan (

) dan Jing (

). Oleh itu

susunannya adalah terletak pada tempat akhir. Watak ini juga dikenali sebagai

xiaohualian (

小花脸

) kerana solekannya melibatkan sedikit calitan kapur di sekitar

hidung untuk menunjukkan karakter licik dan suka berahsia (Aninah, 2010). Pakaian

bagi watak ini juga mengikut status masyarakat untuk membezakan orang kaya dan

orang miskin. Orang kaya biasanya berpakaian mewah manakala orang miskin akan

berpakaian buruk. Alat muzik yang biasanya digunakan dalam watak ini adalah drum,

gong, simbal, woodblock dan clapper. Dalam watak Chou (

) juga dibahagikan

kepada dua jenis iaitu wenchou (

文丑

) dan wuchou (

武丑

). Pelakon yang memegang

watak wenchou (

文丑

) adalah seperti peniaga rakyat biasa. Manakala wuchou (

武丑

)

pula melibatkan orang seperti tentera dan lain-lain. Permintaan watak wuchou (

武丑

)

sangat tinggi jika berbanding dengan wenchou (

文 丑

) kerana wuchou (

武 丑

)

memerlukan aksi yang lucu, kemahiran akrobatik dan kemahiran menyanyi yang

sangat kuat. Walaupun watak Chou (

) tidak selalu menyanyi dalam persembahan

tetapi mereka juga diminta perlu mempunyai kemahiran menyanyi kerana kumpulan

opera ada kemungkinan akan meminta mereka menyanyi tanpa skrip yang disediakan

(Confucius Institute Online, 2009).

(21)

7  

1.1.3 Alat Muzik Dalam Opera Cina

Kumpulan muzik dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan sipil (wen,

) yang mengandungi alat muzik vibrafon (jinghu atau erhu dan yangqin) dan aerofon (suona dan dizi) manakala kumpulan militer (wu,

) pula yang mengandungi gong, drum dan alat muzik membranefon. Kumpulan sipil memainkan muzik semasa nyanyian dimulakan dan memainkan muzik latar belakang semasa memerlukan muzik.

Kumpulan militer pula memainkan muzik semasa pertukaran adegan, semasa kemunculan pelakon atau pelakon meninggalkan pentas dan semasa situasi dramatik seperti pertempuran.

Alat muzik yang digunakan dalam opera Teochew, Cantonese, Hokkien dan

Hainan adalah berbeza. Alat muzik yang digunakan dalam opera Teochew adalah

yangqin, erhu dan suona dalam kumpulan awam. Manakala, opera Cantonese pula

mengandungi alat muzik erhu, dizi dan suona. Namun dalam kumpulan awam bagi

kedua-dua opera tersebut adalah berbeza tetapi dalam kumpulan tentera pula, kedua-

dua opera menggunakan alat muzik yang sama iaitu drum, gong, simbal, woodblock,

clappers dan bells. Yousof (2004) mengatakan bahawa opera Cina semakin

kekurangan penonton terutamanya golongan muda. Oleh itu, ahli kumpulan opera

Cina telah membuat perubahan supaya dapat menarik penonton muda. Perubahan

yang dilakukan oleh opera Hokkien adalah mereka telah menawarkan persembahan

nyanyian lagu popular Cina dan barat selama dua jam sebelum persembahan opera

dimulakan. Selain itu, ahli opera juga menggunakan dialek yang biasa digunakan dan

meluaskan kelucuan dalam situasi dramatik yang lucu. Di samping itu, penambahan

alat muzik barat seperti violin dan cello telah ditambahkan dalam opera Teochew

(22)

8  

manakala saxophone, violin dan gitar pula diperkenalkan dalam opera Cantonese (Yousof, 2004). Namun begitu, penonton golongan muda masih kurang pada masa sekarang walaupun telah melakukan perubahan dalam opera.

1.1.4 Kepentingan Muzik dalam Opera Cina

Adakah muzik penting dalam sesebuah persembahan opera Cina? Menurut Itar dalam arkib Utusan Online (2008) menyatakan bahawa muzik merupakan satu elemen yang banyak membantu mengangkat pelbagai nada perasaan samada ia bernada gembira atau cuba mengutarakan rasa rindu dendam. Sehubungan itu, muzik juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah teater untuk membantu meningkatkan nada perasaan seperti menjadikan sesuatu yang lucu menjadi lebih lucu dan yang sedih menjadi lebih sedih dengan bantuan daripada muzik. Oleh itu, tanpa muzik sebagai sokongan dalam sesebuah teater mengurangkan tarikan terhadap opera tersebut.

Dalam buku Chinese Theater (Mackerras, 1983), penonton Cina tidak akan

menonton sesebuah teater sekiranya teater tersebut tanpa muzik atau nyanyian. Ini

telah menyatakan bahawa muzik memainkan peranan yang sangat penting dalam

sesebuah teater. Muzik itu bukan sahaja menyokongkan kepada semua tradisi teater

tetapi muzik juga boleh mewakili tempat-tempat yang berbeza dan memberi

sumbangan untuk meluaskan gaya variasi di tempat-tempat tersebut.

(23)

9  

1.1.5 Hubungan Antara Opera dengan Teknik Twelve Tone System

Sebagai contoh, teknik twelve tone system telah diaplikasikan dalam opera Il Prigioniero oleh Dallapiccola. Dalam opera tersebut, Dallapiccola telah menggunakan teknik twelve tone system untuk membuat melodi Dalam opera tersebut mempunyai melodi yang ekspresi seperti yang muncul dalam akhir melodinya dengan ayat “O Lord, help me to walk”:

Contoh melodi dari opera Il Prigioniero oleh Dallapiccola Dipetik daripada buku Serial Composition (Brindle, 2002)

Rajah 1.1: Opera Il Prigioniero

Oleh itu, teknik twele tone system berpotensi diaplikasikan dalam opera Cina untuk memperkayakan muzik dalam opera Cina.

1.1.6 Teknik Twelve Tone System

Teknik twelve tone system telah diperkenalkan oleh Arnold Schoenberg pada

awal tahun 1920. Muzik yang dicipta berdasarkan teknik twelve tone system dikenali

sebagai atonaliti (Kamien, 2008). Teknik ini merupakan satu teknik komposisi di

mana menggunakan dua belas nota yang berbeza tanpa berulang dalam satu set asas.

(24)

10  

Dalam teknik ini tidak melibatkan nada harmoni seperti major, minor, modes dan lain-lain (Stein, 1979). Teknik ini juga tiada key signature dan accidentals seperti flat, natural dan sharp akan ditambahkan sekiranya ia diperlukan (The Metropolitan Opera Guild, 2008).

Dalam buku The Practice of Harmony (Spencer, 1996) menjelaskan bahawa teknik twelve tone system terdiri daripada satu set asas dan set asas tersebut akan dibahagikan kepada empat jenis bentuk iaitu Prime, Inversion, Retrograde dan Retrograde Inversion.

Contoh Skala Twelve Tone System

Dipetik daripada buku The Practice of Harmony (Spencer, 1996)

Rajah 1.2: Barisan Twelve Tone System

Referensi

Dokumen terkait