September 2021 Buletin MARPA ISU 15
YourCABARAN PERLINDUNGAN
SINARAN BERDEPAN COVID-19
UCAPAN SIDANG REDAKSI
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya MARPA dapat menerbitkan buletin edisi ke-15 bagi tahun 2021. Ianya merupakan usaha berterusan MARPA dalam menjadi penghubung di antara pengamal perlindungan sinaran di seluruh Malaysia.
Sidang pembaca,
Pandemik Covid-19 telah merubah cara hidup kita sejak tahun 2020 sehingga sekarang. Covid-19 juga telah merubah landskap sosioekonomi negara, di mana seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 1.0 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (Covid-19) pada 16 Mac 2020. Saat artikel ini ditulis, kita mula memasuki fasa pemulihan sekaligus memasuki era endemik demi meneruskan aktiviti seharian.
Sebagai permulaan, buletin MARPA edisi ke-15 ini dimulakan dengan Perutusan Presiden MARPA tahun 2020-2022 iaitu En. Mohd Sidek bin Othman. Sidang pengarang juga berbesar hati untuk memperkenalkan barisan Ahli Lembaga MARPA penggal 2020-2022 yang pastinya akan berusaha sehabis baik untuk terus memperkasakan bidang perlindungan sinaran selain membantu ahli MARPA supaya kekal relevan dalam bidang ini. Memasuki tahun 2021, kita masih belum terlambat untuk mengimbas semula peristiwa dan aktivi MARPA bagi tahun 2020 dan tahun sebelumnya.
Menariknya buletin MARPA kali ini, kami menyiarkan dua artikel khas daripada pihak industri untuk bacaan semua. InshaAllah, kami akan teruskan usaha ini dengan memberi peluang kepada pihak industri atau mana-mana orang perseorangan yang berminat. Teruskan membaca dan “keep on supporting us”
Sebagai ketua editor Newsletter MARPA , saya mewakili Sidang Pengarang Buletin MARPA Edisi 15 2021 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan buletin ini.
Kami sangat mengalukan sebarang komen dan cadangan penambahbaikan daripada sidang pembaca sekalian.
Akhir kata sentiasalah kekal selamat di mana jua anda berada.
Ketua Editor MARPA
KANDUNGAN
Ucapan Presiden ... 2
Ahli Lembaga MARPA Sesi 2020- 2022 ... 3
Senarai Program Kerjasama MARPA-Agensi Nuklear Malaysia 2019-2020 4
Aktiviti MARPA Tahun 2021 ... 5
Artikel 1-RT-man ... 6
Artikel 2-Kenali XRF ... 7
Infografik MARPA ... 8
MENARIK DI DALAM BULETIN MARPA
Ucapan Presiden dan
Kenali Ahli Lembaga MARPA
Makluman terkini RPOC 2021
“Di MARPA, kekuatan kita adalah saling menyokong antara satu sama lain, selain terus bergerak untuk maju ke hadapan. Bersatu kita teguh!!
- Mohd Sidek Othman
Kepada Ahli Lembaga MARPA sesi 2020-2022, sekalung tahniah diucapkan di atas lantikan Tuan/Puan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas sekaligus diberi kepercayaan untuk menerajui MARPA. Semoga dengan sokongan jitu dan berterusan daripada semua ahli-ahli MARPA, kita bersama-sama meningkatkan kualiti dan mengamalkan amalan terbaik dalam bidang perlindungan sinaran di Malaysia.
Dengan cabaran Covid-19, kita menyaksikan pelbagai acara dan program yang telah dirancang terpaksa melalui perubahan dan perlu melalui norma baharu. Antaranya adalah kehadiran mesyuarat secara maya di antara Ahli Lembaga MARPA , mesyuarat MARPA dengan pelbagai agensi, dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) yang baru dijalankan pada 24 September 2021 ini.
Akhir kata, semoga kita di MARPA terus saling menyokong semua pihak di waktu sukar dan senang, dan terus cemerlang dalam memartabatkan industri perlindungan sinaran di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Mohd Sidek bin Othman
UCAPAN PRESIDEN
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan di dalam Buletin MARPA Isu No.
15, 2021.
Setelah hampir dua tahun tidak
menerbitkan buletin MARPA,
Alhamdulillah pada tahun ini MARPA
berjaya menerbitkan Buletin MARPA
sebagai saluran penerbitan khusus kepada
ahli MARPA.
SENARAI AHLI LEMBAGA MARPA SESI 2020-2022
AGM MARPA BIL 19 22/09/2020
Ahli Lembaga MARPA Sesi 2020-2022:
Depan (kiri): En. Balwinder Singh A/L Herchun Singh, En. Khairul Izzat Bin Abdul Aziz, En. Mohd Sidek bin Othman, Pn. Suzilawati bt Muhd Sarowi,Cik Asmaliza Binti Hashim dan Tuan Haji Syed Asraf Fahlawi Wafa bin Syed Mohd Ghazi
Belakang (kiri): Pn. Norhasfalina Binti Saidin, En. Muhammad Amir Asraf Bin Ramli, En. Ahmad Bazlie bin Abd Kadir, dan En. Mohd Fazlie bin Abdul Rashid
3
Presiden: En. Mohd Sidek bin Othman Naib Presiden: En. Khairul Izzat Bin Abdul Aziz Setiausaha: Pn. Suzilawati bt Muhd Sarowi Bendahari: Cik Asmaliza Binti Hashim
Ahli Lembaga:
1. En. Mohd Fazlie bin Abdul Rashid
2. Tuan Haji Syed Asraf Fahlawi Wafa bin Syed Mohd Ghazi 3. En. Ahmad Bazlie bin Abd Kadir
4. En. Balwinder Singh A/L Herchun Singh 5. En. Muhammad Amir Asraf Bin Ramli 6. Pn. Norhasfalina Binti Saidin
Juruaudit 1: Dr. Sofian Bin Ibrahim Juruaudit 2: En. Yii Mei Wo
Pengamanah 1: Tuan Haji Iberahim bin Ali
Pengamanah 2: En. Mohammad Suhaimi Bin Kassim
Pengamanah 3: Pn. Hazmimi Bin Kasim
LOKASI: TAIYO YUDEN (SARAWAK) SDN BHD
SENARAI PROGRAM KERJASAMA MARPA-AGENSI NUKLEAR MALAYSIA TAHUN 2019-2020
SESI LAWATAN TEKNIKAL SEMASA PROGRAM RADIATION PROTECTION CONFERENCE AND WORKSHOP (RPCW 2019)
NAMA PROGRAM TARIKH LOKASI
International Conference on Non-Ionising Radiation
(ICNIR 2019)
01-03 Oktober 2019 Hotel Istana, Kuala Lumpur
Nuclear Security Conference 11-12 November 2019 Agensi Nuklear Malaysia
Radiation Protection Conference and Workshop (RPCW 2019)
26-29 November 2019 Hotel Pullman, Kuching Sarawak
10
thInternational Conference on Isotope
(10 ICI)
03-07 Februari 2020 Kuala Lumpur Convention
Centre (KLCC)
SUMBANGAN SARUNG TANGAN DI PPV BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE
Dalam memerangi virus Covid-19, terdapat ahli MARPA yang telah menyertai usaha pihak kerajaan untuk melengkapkan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia. Di antaranya, dengan bertugas sebagai petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre.
Usaha murni ini juga disokong pihak swasta di mana pada 13 Ogos 2021, MARPA telah menerima sumbangan sarung tangan daripada syarikat YTY Group. Sumbangan pihak YTY Group yang disampaikan ini amatlah membantu para petugas di PPV Bangi Avenue Convention Centre.
Pihak MARPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat YTY Group di dalam melaksanakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) kepada masyarakat.
AKTIVITI MARPA TAHUN 2021
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE DUA PULUH PERSATUAN PERLINDUNGAN SINARAN MALAYSIA (MARPA)
Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) telah diadakan pada 24 September 2021 (Jumaat), jam 2.30 petang secara atas talian melalui platform Zoom .
Antara agenda dan pengisian mesyuarat termasuklah:
(i) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke -19
(ii) Perbincangan perkara- perkara berbangkit (iii) Pembentangan laporan tahunan dan kewangan berakhir Jun 2021
(iv) Pembentangan dan perbahasan usul
Sebanyak 2 usul bertulis dan usul tambahan secara langsung semasa sesi mesyuarat dibincangkan di kalangan ahli mesyuarat. Usul ini telah dibahaskan dan diputuskan secara undian. Perlaksanaan usul ini akan dibincangkan kelak oleh Ahli Lembaga MARPA.
Terima kasih di atas kehadiran semua ahli MARPA dalam menjayakan penganjuran mesyuarat agung tahunan ke-20 ini.
5
Keselamatan sememangnya merupakan salah satu aspek yang sangat dititikberatkan dalam kerja-kerja radiografi. Khususnya dalam kerja radiografi, bahaya yang dihadapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar (radiasi). Oleh itu, seringkali para RT-Man diberi pesanan supaya jangan sesekali bekerja tanpa menggunakan survey meter kerana alat itu adalah satu-satunya pengesan bahaya sewaktu kerja-kerja radiografi berjalan ”
Ketika orang ramai sedang bersiap sedia untuk memulakan hari untuk membanting tulang seawal jam 5 pagi, bagi RT-man, jam 5 pagi adalah dimana masa rasmi bekerja mereka telah berakhir dan mereka boleh bersedia untuk pulang dan berehat di rumah.
Persoalan sering ditanya oleh mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang ini berkenaan prospek karier dan tatakerja sebagai seorang RT-man. Walaubagaimanpun, kebanyakan mereka tidak menyangka yang karier sebagai seorang RT-man bukanlah seperti karier atau pekerjaan konvensional yang dijumpai di ruangan mencari kerja dalam akhbar harian.
Bagi seorang RT-man, siang adalah waktu dimana mereka berehat selepas mereka membuat kerja- kerja radiografi pada waktu malam. Masa bekerja rasmi yang ditetapkan kepada para RT-man adalah pada jam 9 malam sehingga 5 pagi. Justifikasi penetapan masa bekerja yang janggal ini adalah demi memastikan pekerja-pekerja awam tidak terdedah dengan risiko terkena dedahan radiasi sewaktu kerja-kerja radiografi sedang berjalan.
Bagi sesetengah kes yang terpencil, kerja-kerja radiografi juga terpaksa dibuat pada waktu siang dengan menitikberatkan aspek keselamatan yang sangat ketat. Sebagai contoh, aplikasi SafeRad (Small Area For Exposure Radiography And Digital) yang membenarkan kerja-kerja radiografi dilakukan dalam radius dedahan yang kecil tanpa menjejaskan orang awam. Untuk kerja-kerja radiografi yang konvensional seperti yang banyak dilakukan pada masa kini, mereka akan memulakan kerja selepas pekerja awam yang berada di lapangan sudah selesai bekerja. Permit dan pelbagai dokumen kebenaran bekerja perlu dipohon kepada pihak berkenaan sebelum kerja-kerja radiografi dilakukan. Kebiasaannya Site Supervisor atau Safety Officer menjalankan tanggungjawab dalam menyelia keluar masuk RT-man dalam kawasan kerja yang berkenaan.
KESELAMATAN
Adalah menjadi kepentingan yang paling utama dalam kerja-kerja radiografi industri dalam mengamalkan praktis prosedur keselamatan yang ketat. Antara sebab yang paling utama kerja-kerja radiografi dilakukan pada waktu malam adalah untuk mengelakkan daripada radiasi terdedah kepada orang awam tanpa kawalan. RT-man perlu mewujudkan penghadang dalam radius dedahan bagi memberi petunjuk kepada orang sekeliling berkenaan jarak selamat ketika kerja radiografi sedang berjalan. Sebarang penetapan yang ditentukan oleh RT-man ini bukanlah bermakna para RT-man kebal daripada terkena dedahan, sebaliknya, mereka sudah dilengkapi dengan alat-alat keselamatan seperti surveymeter, lead sheet, collimator dan lain-lain.
RT-man juga diwajibkan untuk memakai dosimeter OSL (Optically Stimulated Luminiscence) bagi tujuan pemantauan dos dedahan yang
salah satu sebab mengapa keselamatan orang awam sangat dipertimbangkan kerana jika dedahan radiasi terkena kepada mereka, tiada medium pemantauan yang dapat menilai kadar dos yang diterima oleh mereka. Mengetahui sifat radiasi sendiri, jika terkena secara berlebihan, ia bakal menjejaskan sistem biologi tubuh manusia.
KECEMASAN
Terdapat juga dalam beberapa kes dimana orang awam (site supervisor, safety officer, welder, helper) yang secara tidak sengaja memasuki kawasan dedahan radiasi sewaktu kerja-kerja radiografi dilakukan. Situasi ini juga diklasifikasikan sebagai situasi kecemasan dimana orang awam telah terdedah kepada bahaya dedahan radiasi yang tidak diketahui. Mengikut prosedur kecemasan, orang awam yang terdedah kepada radiasi perlu diambil butiran-butiran khusus mengenainya dan perlu melakukan pemeriksaan perubatan bagi memastikan tiada tanda-tanda aktiviti biologi yang luarbiasa berlaku akibat daripada dedahan radiasi tersebut.
“ Keselamatan sememangnya merupakan salah satu aspek yang sangat dititikberatkan dalam kerja-kerja radiografi. Khususnya dalam kerja radiografi, bahaya yang dihadapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar (radiasi). Oleh itu, seringkali para RT-Man diberi pesanan supaya jangan sesekali bekerja tanpa menggunakan survey meter kerana alat itu adalah satu-satunya pengesan bahaya sewaktu kerja-kerja radiografi berjalan ”
Sumbangan artikel:
RT-MAN: PENTAS MEREKA DI WAKTU MALAM
Pengukuran aras sinaran luar sebelum menjalankan kerja radiografi industri
SEGMEN KENALI XRF
Apa itu XRF?
XRF bermaksud X-Ray fluorescence. Ia merupakan salah satu teknik yang amat berguna dalam bidang kajian kandungan komposisi bahan dari magnesium (Mg) ke uranium (U) dari segi ppm atau kandungan peratus (% ). Analisa XRF mudah alih Olympus Vanta™
mampu beroperasi di bawah keadaan yang sukar seperti mana yang bersuhu tinggi dan lembab atau terperincil.
Ciri-ciri keunikan Olympus Vanta™ :
Jangka waranti sehingga 3 tahun
Kemampuan beroperasi di bawah suhu yang panas sehingga 50 °C (122 °F)*
Tahap kalis air dan debu yang memenuhi piawai IP44/54
Reka bentuk tahan lasak yang memenuhi piawai (MIL-STD-810G) dan melepasi ujian jatuh dari permukaan 4 kaki di kilang
Sistem penyimpanan dan pemantauan data secara jarak jauh menggunakan Olympus Scientific Cloud™
*sekiranya dilengkapi kipas dari pembekal
7
Crest Lab Sdn Bhd
Sebarang pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi :
En Goh Soon Liang (012-2787980 ) Email: [email protected]
En Vincent Teh (012-3586053 ) Email : [email protected]
En Lim Jun Lee (012-3287800 ) Email: [email protected]
Sumbangan artikel:
Crest Lab Sdn Bhd
MADANI Training & Consultancy Sdn Bhd
Dr.Nassir (Managing Director)
TEL: 0193514212
EMEL: [email protected]
Mr.Muhammad (RPO/General Manager)
TEL: 0176771603,
EMEL: [email protected]
Social Media
Telegram Channel:
https://t.me/MADANICEP
Facebook:
https://www.facebook.com/MNTCsb Twitter:
https://twitter.com/FRadiasi
INFO PENYUMBANG
ARTIKEL
SIDANG EDITOR
Pengerusi En. Sidek Othman
Penyelaras:
Pn. Norhasfalina binti Saidin
En. Muhammad Amir Asraf Bin Ramli
MAKLUMAN PENGANJURAN BENGKEL DAN PERSIDANGAN PERLINDUNGAN (RPOC 2021)
Bengkel dan Persidangan Perlindungan Sinaran 2021 merupakan program kompetensi yang komprehensif dan memberi fokus kepada pengurusan keselamatan dan keperluan perundangan terkini di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
Aspek keselamatan dan sekuriti pastinya tumpuan utama yang akan ditekankan kepada pengamal perlindungan sinaran selain memfokuskan hala tuju dan amalan di masa hadapan semasa berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.
Makluman terkini (Oktober 2021)
Program ini akan dipinda ke tahun 2022 dan dijadualkan penyertaan secara bersemuka.
Sebarang perubahan maklumat akan dimaklumkan kelak.
HUBUNGI KAMI
PERSATUAN PERLINDUNGAN SINARAN MALAYSIA (MARPA) No Pendaftaran: PPM-001-10- 19062002
No Peti Surat 00002 Bandar Baru Bangi
43657 Selangor Darul Ehsan MALAYSIA.
Infografik Keahlian MARPA
Nukl ear M'sia 13%
LPTA
2% Peruba tan 3%
Kera ja an/Lain-lain 3%
IPT/IPTS 7%
Industri 69%
Pes a ra
3%
Organisasi
Emel: