Menulis merupakan satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat dan akhirnya sebuah wacana.
Justeru, penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk/simbol grafik.
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Randah
Kemahiran Menulis perlu diajar mengikut peringkat- peringkatnya supaya murid-murid dapat menulis dengan betul.
Setiap peringkat mempunyai hubungan dengan kemahiran- kemahiran yang lain.
Pengajarannya mesti dirancang dengan kemas supaya murid- murid dapat menguasainya dan mempraktikkannya sebaik mungkin.
Mengecam huruf
Memadan huruf dengan objek atau benda (sebutan)
Memadan huruf dengan objek atau benda (garisan)
Menyalin huruf sedia ada Menulis huruf yang bertitik Menulis huruf secara kendiri
Mewarna objek atau benda yang ada kaitan dengan huruf
Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis
Pengajaran Kemahiran Menulis diajar kepada murid-murid supaya mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami.
Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir sebaik mungkin.
Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.
Tujuan semerta :
mendirikan asas menulis yang kukuh;
mengeja perkataan dengan pantas;
menyusun ayat dengan betul;
memperkukuh kemahiran membaca dengan membaca tulisan- tulisan;
melahirkan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan;
menyuburkan minat suka menulis dan mengarang;
menambah dan memperluas pengetahuan tentang kosa kata, perkembangan bahasa dan tulisan;
Tujuan lanjut :
memperkasa pengetahuan, pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan;
memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan;
dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai, umumnya.
Tulisan huruf cap atau cerai :
Contoh :
lebih mudah ditulis;
lebih mudah dibaca;
lebih mudah dipelajari;
digunakan dalam media cetak.
a y a m / i b u / s e k o l a h
Nama saya Ahmad.
Pencapaian Rohana dalam peperiksaan SPM amat
Tulisan sambung atau berangkai :
Ada dua bentuk :
lebih cepat ditulis;
lebih cantik;
tulisan tangan bukan ditaip atau menggunakan komputer.
Contoh :
Nama saya Aleesya.
Perdana Menteri Malaysia yang kelima ialah YAB Dato’ Seri Abdullah bin Hj.
Cintailah bahasa kita.
Justeru itu, kemahiran menulis ada dua jenis :
Kemahiran menulis secara mekanis;
Kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran).
Tulisan mempunyai lambang-lambang bunyi yang melahirkan bahasa tulisan (mekanis).
Tulisan merupakan alat untuk melahirkan idea dan perasaan (mentalis).
Ada tiga peringkat :
Peringkat pramenulis (peringkat persediaan);
Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis);
Peringkat pelahiran (peringkat mentalis).
Latihan korordinasi pergerakan otot-otot tangan dan mata supaya mereka berkebolehan untuk menulis dalam bentuk mendatar dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Kemahiran asas untuk kemahiran menulis secara mekanis.
Latihan menggunakan dan mengawal otot-otot jari dan tangan bagi memudahkan mereka memegang alat tulis dan membentuk huruf.
Antara latihan yang diperlukan, ialah :
Latihan untuk memegang pensel atau alat tulis yang lain dengan betul;
Latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas jari;
Latihan penggunaan otot-otot tapak tangan seperti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung gandum yang telah dibancuh dengan air;
Latihan menggerakkan tangan tanpa alat tulis untuk menghasilkan bentuk huruf:
Latihan membentuk bulatan, empat segi, tiga segi, bujur di udara;
Latihan menulis bentuk huruf menggunakan jari di atas meja, di lantai, di pasir;
Bermain dengan benda-benda seperti plastisin atau tanah liat untuk membentuk huruf;
Latihan menyusun benda-benda yang ada unsur- unsur huruf.
Latihan menggerakkan mata mengikut bentuk tulisan;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan mengikut garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan atau sebaliknya;
Latihan menggerakkan tangan menggunakan alat tulis;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan penggunaan alat tulis dan mata secara serta- merta, seperti :
Sesuaikan gambar di bawah :
Latihan menggunting dan menampal gambar :
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Sesuaikan pasangan huruf yang betul :
Latihan melukis dan mewarna gambar atau rajah :
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan-latihan membentuk garisan lurus melintang, menegak atau campuran melintang dan menegak;
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
__________________
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus, dilakukan secara bebas;
Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknya;
(PERINGKAT MEKANIS)
Bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar berupaya menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad.
Perlu dikuasai pada peringkat awal.
Antara aktiviti seperti membuat corak, menekap, membentuk huruf-huruf dan seumpamanya.
Antara latihan mekanikal yang diperlukan ialah :
Latihan menulis bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik penulisan yang betul;
Latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip kepada huruf;
Contoh : bentuk bulan sabit yang mirip huruf ‘c’:
c
Latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip kepada huruf...
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Contoh : bentuk ais krim yang mirip huruf ‘v’:
v
Contoh : bentuk topi yang mirip huruf ‘n’:
n
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang;
Contohnya :
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan menulis huruf mengikut turutan yang betul;
Contohnya menulis dalam buku garis empat :
Latihan menulis huruf menjadi suku kata;
Padankan huruf menjadi dua suku kata KV :
………
………
………
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan menulis huruf menjadi suku kata;
Padankan suku kata KV dengan huruf konsonan :
ba + s = bas
ca + m = ………
da + n = ………
fa + t = ………
am boi = amboi
eng kau =
pan tai =
bu nyi =
sa yang =
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, dan konsonan bergabung;
+ + + + +
Memilih, memadan dan menyalin suku kata menjadi perkataan yang bermakna;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
a pa = bapa
i kak =
ba bu =
ka ya =
sa bang = abang
Latihan menamakan gambar-gambar secara terkawal;
Latihan menamakan gambar-gambar secara bebas;
k__d__ a__n__b i__k__n g__j____ p__n____
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan, kebersihan dan sebagainya.
Latihan menulis cepat, jelas dan senang dibaca;
Latihan menulis dengan tulisan cantik dan kemas;
Latihan menulis tulisan berangkai;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Latihan menyalin ayat daripada buku;
Menulis perkataan yang mudah;
Latihan menyalin frasa atau ayat yang mudah;
Latihan menulis menggunakan tanda baca;
Dikuasai setelah menguasai kemahiran mekanis.
Banyak melibatkan mental atau minda untuk tujuan pelahiran.
Melibatkan latihan pernyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak, dan latihan melahirkan idea atau pendapat yang tulen.
Antara latihan mentalis yang boleh dijalankan ialah :
Murid digalakkan melahirkan atau mencetuskan idea dan pendapat mereka secara bertulis.
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Mengisi silang kata;
Mengisi tempat kosong dalam ayat;
u a
u a
a r
a r
O M A
E O
L B
A N
E L N
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai;
Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi;
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai;
Menulis bagi melengkapkan ayat yang menerangkan peraturan embuat sesuatu kerja;
Menulis bagi melengkapkan ayat dengan peribahasa atau ungkapan yang sesuai;
Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita;
Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan;
Menulis semula ayat matematik menjadi ayat biasa;
Membina dan menulis ayat mudah;
Menyusun dan menulis ayat-ayat yang sesuai mengikut urutan isi;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Menyusun dan menulis semula perkataan-perkataan yang disenaraikan supaya menjadi ayat yang betul;
Menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan;
Menulis ayat yang mengandungi kata ganda;
Menyambung dua ayat dengan kata hubung yang sesuai;
Menulis jawapan-jawapan pemahaman;
Membina dan menulis ayat berbilang subjek;
Membina dan menulis ayat berbilang predikat;
Membina dan menulis pelbagai soalan daripada bahan
Menulis jawapan pemahaman berdasarkan bahan bacaan;
Mencatat pesanan;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Menulis beberapa ayat dalam satu perenggan;
Menulis kesudahan sesuatu cerita;
Membuat imlak (mengambil rencana);
Mencatat nota peringatan;
Mencatat isi-isi penting daripada bahan yang dibaca dan
Mencatat isi-isi penting bagi tujuan menulis karangan;
Menulis cerita pendek yang diperdengarkan;
Menulis pernyataan untuk sesuatu pengumuman;
Menulis tajuk atau pernyataan yang sesuai tentang sesuatu gambar, cerita dan karangan;
Menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur;
Menulis semula arahan-arahan yang dibaca;
Menulis karangan dalam bentuk prosa;
Mengisi borang;
Menulis laporan ringkas;
Antara latihan yang diperlukan, ialah...
Menulis kata bual;
Menulis pelbagai bentuk puisi;
Mengarang kata-kata dalam kad ucapan;
Menulis surat kiriman mengikut format;
Menulis rangkaian isi sesuatu bahan yang dibaca;
Menulis teks ucapan dan syarahan.
Hanya dapat dicapai selepas muird-murid menguasai kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dan kemahiran membaca :
Makna perlu diutamakan daripada bentuk :
Aktiviti menulis menggabungkan kedua-dua kemahiran tersebut.
Murid yang baru belajar menulis akan mementingkan apa yang perlu ditulis daripada bentuk bahasa yang digunakan.
Guru perlu menggerakkan murid menghasilkan buah fikiran sebelum membetulkan kesalahan.
Menulis perlu diasaskan kepada pengalaman :
Perlu diberi peneguhan untuk menulis :
Aktiviti lisan sebelum menulis dapat memberi pengalaman kepada murid untuk menulis.
Perlu dinilai berasaskan kriteria yang adil.
Dapat berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan.
Lisan dapat membantu menguasai struktur ayat.
Dilakukan semasa penilaian dibuat.
Kelemahan perlu dibaiki.
Penulisan dapat dibaiki dan dipertingkatkan melalui latihan :
Tajuk penulisan mestilah sesuai dengan kebolehan, kematangan, minat dan jangka masa menulis :
Perlu melipatgandakan latihan.
Dapat dikaitkan dengan pengalaman.
Latih tubi banyak membantu memperkasa tahap kemahiran menulis.
Berupaya melontarkan idea yang bernas.
Pengurusan masa yang baik.
Dititikberatkan agar murid berupaya menulis dengan terang, kemas dan mudah dibaca.
Guru perlu memberi latihan menulis setiap hari.
Latihan perlu diberikan secara terancang dan menarik agar murid tidak berasa bosan dan letih.
Antaranya, menyepadukan aktiviti menulis dengan aktiviti melukis dan mewarna, khusus di peringkat pratulisan.
Perlu ada garis panduan mengajar tulisan tangan.
Antaranya :
Pastikan murid kekal dengan tulisan yang kemas dan
mempamerkan model tulis yang baik di tempat yang mudah dilihat murid;
Bahan bagi aktiviti tulisan tangan haruslah bermakna dan diminati murid;
Jangka masa latihan jangan terlalu lama. Memadai 15 minit diikuti aktiviti melukis atau mewarna;
Diajarkan dua bentuk tulisan tangan;
Raimes (1983) berpendapat, terdapat enam pendekatan pengajaran kemahiran menulis, iaitu :
Pendekatan terkawal;
Pendekatan bebas;
Pendekatan pola-perenggan;
Pendekatan tatabahasa-sintaksis-organisasi;
Pendekatan komunikatif;
Pendekatan proses.
Dikenali juga pendekatan audio-lingual.
Mengutamakan bahan lisan daripada tulisan.
Ketepatan murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.
Pengajaran penulisan murid-murid dipandu supaya tidak membuat kesalahan.
Antara bentuk kawalan guru :
Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan. Guru boleh menentukan perkataan atau frasa yang perlu digunakan;
Guru memberi senarai frasa yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk, murid membuat ayat untuk melengkapkan frasa;
Guru mengambil satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian, murid menggambarkan keseluruhan pengalaman :
Antara bentuk kawalan guru...
Sedang aku berjalan-jalan, tiba-tiba…
Guru menggunakan bahan bantu mengajar sebagai rangka karangan dan meminta murid mengarang berpandukan bahan tersebut;
Guru membincangkan rangka karangan dan meminta murid menulis berdasarkan rangka tersebut;
Guru memberi arahan secara terperinci dan meminta murid menulis berpandukan arahan tersebut.
Anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada kawan anda di Sabah untuk mengundang beliau menghabiskan cuti persekolahan selama dua minggu bersama-sama anda di Perlis. Ceritakan kepadanya tentang program yang
Memberi kebebasan kepada murid menulis tentang sesuatu tajuk yang diberi dengan hanya membuat sedikit pembetulan.
Murid perlu diberi perhatian pada isi dan kelancaran penulisan tanpa menitikberatkan bentuk.
Apabila mencatat idea-idea, unsur ketepatan bahasa dan penyusunan idea dapat dikuasai bersama.
Memberi peluang murid menggambarkan pendapat mereka secara bersendirian.
Murid tidak banyak bergantung kepada pimpinan guru.
menguji kebolehan murid tentang tajuk;
menilai sejauh mana murid-murid bebas menulis secara bersendirian;
menunjukkan kepada murid beberapa makalah, akhbar yang mempunyai hubungan dengan tajuk;
mencadangkan bahan-bahan rujukan lain;
menyimpulkan secara ringkas perkara-perkara yang perlu dimasukkan.
Walau bagaimanapun, tanpa pimpinan guru mungkin
Tumpuan terhadap pembentukan pemerengganan atau organisasi yang baik dalam sesebuah karangan.
Prinsip asas : anggapan bahawa setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan mempunyai corak komunikasi yang berbeza.
Justeru, murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan yang kemas.
latihan mengkaji contoh perenggan karangan yang baik;
latihan menyusun ayat yang diberi oleh guru dalam satu perenggan yang kemas;
latihan mengenal pasti antara isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan;
latihan memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan.
ORGANISASI
Memerlukan murid-murid memberi perhatian kepada organisasi atau pemerengganan dengan memberi tumpuan terhadap tatabahasa dan sintaksis.
Pendekatan ini :
menunjukkan perhubungan antara maksud dengan bentuk bahasa yang digunakan;
perhubungan di antara tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dengan bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan tujuan tersebut.
Contohnya karangan penerangan atau panduan tentang
menguasai struktur ayat yang sesuai;
menggunakan banyak penggunaan ayat perintah;
menguasai kata hubung dan kata ganti nama tunjuk;
berlatih menyusun idea mejadi kesatuan.
Cara Menanam Pokok Bunga Dalam Pasu
Pendekatan ini memerlukan murid-murid :
Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca penulisan itu.
Mereka digalakkan menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam kehidupan seharian.
Murid digalakkan menyoal diri sendiri tentang tujuan mereka menulis dan siapakah yang akan membaca hasil penulisan mereka.
Murid-murid bukan sahaja mengarang untuk pembacaannya tetapi juga memperluas pembacaan sesuatu bentuk penulisan yang dikarang oleh seseorang murid kepada murid-
mereka juga perlu memberi gerak balas yang sewajarnya.
Misalnya, membuat ringkasan, membentuk graf, memberi komen, membuat laporan, berita dan sebagainya.
Pembaca hanya membaca, bukan menilai atau membetulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Guru adalah pembaca hasil penulisan murid.
Guru seharusnya berperanan untuk menambahkan bilangan pembaca dengan memberi peluang kepada rakan sebaya, guru dari kelas lain dan masyarakat setempat untuk
Penekanan terhadap proses bukan hasil.
Sesuatu penulisan yang sempurna hanya dapat dihasilkan melalui proses penulisan yang betul.
Murid-murid perlu diberi masa yang cukup untuk menulis.
Bahan penulisan mereka perlu mendapat maklum balas daripada pembaca.
Terdapat enam peringkat untuk menyempurnakan pendekatan ini :
maklumat :
Peringkat ini memberi peluang yang cukup bagi murid menerokai tajuk sebelum menulis.
Guru boleh menjalankan aktiviti seperti membuat rujukan, perbincangan, perbahasan, sumbang saran dan main peranan untuk mendapatkan isi karangan.
Murid mengkaji dan menerokai tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan perbahasan.
Murid mula membina rangka dan menulis isi-isi karangan.
Peringkat 2 – Penulisan draf :
Murid kemudian mula menulis draf karangan berdasarkan isi karangan yang diperoleh.
Peringkat 3 – Penyemakan pertama :
Murid menyemak draf yang telah siap dan cuba memperkemas dari segi isi, tatabahasa dan pemerengganan.
Semua pandangan boleh digunakan untuk mempertingkat mutu penulisan.
Peringkat 4 – Penyemakan kedua :
Draf yang telah diperkemaskan diberi kepada rakan atau guru untuk mendapatkan maklum balas tentang penulisan tersebut.
Deraf tidak dibetulkan daripada segi kesalahan ejaan dan tatabahasa;
Respon/komen terhadap catatan idea yang disampaikan.
Peringkat 5 – Penulisan draf akhir :
Murid menyalin semula draf dengan mengambil kira pandangan yang diberi oleh guru dan rakan.
Penulisan yang telah dinilai oleh guru hendaklah dipilih dan dibaca di dalam kelas, dipamerkan atau
Peringkat 6 – Persembahan :
Semasa menulis, murid hendaklah memberi perhatian kepada kejelasan penyampaian, penggunaan tatabahasa dan ejaan yang betul.
Murid perlu menulis sesuatu tajuk karangan dalam satu jangka waktu yang ditetapkan dan menyerahkan kepada guru untuk dinilai;
Murid perlu melaksanakan beberapa proses, termasuk perbincangan dengan guru dan rakan sebaya;
Murid menulis dan membincangkan draf sebelum draf itu ditulis kembali;
Guru memberi masa dan maklum balas sebelum murid menghasilkan karangan yang sempurna.
SUMBANG SARAN
Mulakan menulis
Tajuk
jelas Terima idea semua murid
Senaraikan semua idea murid
Cantumkan Buang yang
tiada kaitan Baiki idea
yang sedia ada Murnikan
E M E A T A N
M N I D A
Lukis garisan daripada tajuk ke tepi.
Catatkan isi yang berkaitan dengan tajuk.
Lukis gaisan daripada isi tersebut dan catatkan isi-isi lain yang berkaitan
Kembali ke bahagian tajuk, mulakan asiosasi baru dan kembangkan kepada
idea lain.
Lakukan terus sehingga selesai semua
TEMU DUGA KENDIRI
Mengapa?
Siapa?
Bila?
Di mana?
Apa?
PENULISAN BEBAS
Mulakan menulis.
Abaikan kesalahan
dahulu 15 min sahaja Tulis tajuk
atas kerja Tumpuan kepada tajuk
Tulis apa yang terlintas
Paksa diri tulis tanpa
henti Ulangan isi?
Pindah isi baru Idea kurang
sesuai?
Teruskan - tapis kemudian Murnikan
Tujuan : supaya murid-murid mahir mendengar, mengeja dan menulis dengan betul.
Bahan : mesti berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa.
Perhatian/Tumpuan : kepada ejaan yang betul, penggunaan tanda bacaan dan seumpamanya.
Bila dijalankan? : selepas aktiviti membaca dan memahami dilaksanakan.
mendengar perkataan dengan baik dan menulis dengan cepat;
mempertingkat pengamatan melalui deria telinga;
menulis secara kendiri melalui kemahiran mendengar bukan peniruan;
dapat menyelaraskan antara gabungan huruf-huruf yang dicatat dengan bunyi-bunyi yang dipertuturkan;
mengenali dan mempertingkat kepekaan terhadap
Bertujuan untuk melatih murid-murid...
mempertingkat kefahaman terhadap makna atau maksud perkataan;
mengaplikasikan perkataan tersebut dalam konteks dan situasi yang betul;
menambah perbendaharaan atau kosa kata.
Kemahiran mengambil imlak ada dua :
Kemahiran ejaan;
Kemahiran rencana.
Kemahiran yang melibatkan proses perkembangan mental dan pembinaan konsep.
Galakkan murid supaya suka menulis.
Bagaimana mengajar kemahiran mengeja?
Semasa menulis, murid boleh membuka tekaan ejaan pada perkataan yang mereka cuba bunyikan berasaskan rangsangan yang diberi.
Dapat melatih murid mengeja dan menggabungkan pengalaman menulis dengan ejaan tekaan murid sendiri.
Jika terdapat kesilapan, guru bimbing murid membetulkan
Adakan permainan mengeja dalam kelas :
Permainan berkumpulan:
Kumpulan I menyebut perkataan dan Kumpulan II mengeja, dan sebaliknya.
Permainan kelas:
Guru menyebut perkataan dan murid mengeja mengikut kumpulan.
Permainan rakan sebaya:
Seorang murid menyebut perkataan dan rakan-rakan
Sediakan buku khas seperti Buku Kamus Saya :
Murid susun perkataan mengikut abjad.
Galakkan murid mengeja secara senyap (dalam hati) ketika mencatat.
Boleh disediakan dalam dua bentuk mengikut tahap murid:
Kamus bergambar, sama ada dilukis atau ditampal untuk murid tahap satu.
Kamus kosong untuk murid tahap dua.
Aktiviti kemahiran ejaan yang lain :
Menulis perkataan atau rangkai kata yang dibaca atau disebut guru.
Menulis perkataan atau rangkai kata yang diperdengarkan melalui pita rakaman.
Menulis perkataan atau rangkai kata berdasarkan bahan rangsangan.
Mengenal pasti ejaan yang salah daripada bahan rangsangan.
Membetulkan kesalahan ejaan daripada bahan rangsangan.
Diambil dari bahan bacaan murid atau bahan rangsangan yang bersesuaian dengan tahap murid.
Perkataan yang biasa atau pernah didengari.
Pilih perkataan yang sesuai dengan tahap murid.
Bermula daripada mudah kepada sukar.
Jumlah perkataan dan suku kata tidak terlalu panjang atau banyak.
Cara pelaksanaan pengajaran kemahiran mengeja...
Digalakkan secara lisan kemudian tulisan.
Dedahkan dahulu kepada murid sebelum aktiviti ejaan dijalankan.
Dijalankan selepas aktiviti bacaan.
Sebutan dua kali sebelum murid menulis.
Penilaian oleh guru atau rakan sebaya atau secara bersama-sama.
Guru mengedarkan bahan bacaan seperti petikan daripada buku teks, keratan akhbar, petikan rencana daripada majalah dan seumpamanya;
Murid-murid diminta membaca, mengecam perkataan di dalamnya.
Kemudian murid-murid diminta menulis apa yang didengari, sama ada daripada bacaan guru atau rakaman audio.
Penulisan menitikberatkan tatabahasa, penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan tanda bacaan yang betul.
KARANGAN SURAT
KIRIMAN
MAJLIS RASMI Biasa
Keluarga
Sahabat
Tahniah
Takziah
PENULISAN RINGKAS PAPAN
KENYATAAN
Rasmi
Permohonan
Pesanan
Rayuan
Undangan
Perjanjian
Aduan
Bantahan
Amaran
Penceritaan
Kisah
Berita
Laporan
Rencana
Ulasan
Huraian
Gambaran
Susunan
Peristiwa
Benda
Teks Ucapan
Teks Pengacara Majlis
Minit Mesyuarat
Kertas Kerja
Kreatif
Puisi
Cerpen
Skrip
Novel
Notis
Pengumuman
Peraturan
Poskad
Telegram
Pesanan
Arahan
Iklan
Memo
Catatan
Perbahasan
Bahas
Pidato
Perbincangan
Khayalan
Rekaan
Bentuk penulisan ada dua :
Karangan lisan;
Karangan tulisan;
Perlu kuasai peringkat prapenulisan sebelum mula menulis.
Bermaksud murid telah menguasai kemahiran bertutur untuk membantu mereka memantapkan aktiviti menulis.
Latihan bertutur agar murid dapat mempraktikkan bahasa yang dipelajari.
Sebagai aktiviti pengukuhan.
Dilatih menyebut lambang-lambang dan bunyi-bunyi dengan betul.
Dilatih menyatakan buah fikiran, minat, perasaan, hasrat, pengetahuan dan pengalaman.
Dilatih untuk bertutur dan mengeluarkan idea dengan spontan.
Bersoal jawab;
Mengemukakan secara lisan akan isi-isi atau perenggan- perenggan dari buku bacaan;
Antara aktiviti yang bersesuaian :
Bercerita tentang cerita yang pernah didengari atau dibaca;
Bertutur melahirkan kehendak dan hasrat;
Bertutur berdasarkan gambar rangsangan;
Bertutur berdasarkan pengalaman kendiri.
Dilakukan selepas menjalani latihan-latihan praktik dalam karangan lisan.
Antara latihan untuk menguasai kemahiran ini, ialah :
Bersoal jawab berkaitan topik;
Membina ayat pendek dan ayat panjang berdasarkan gambar rangsangan;
Membaca kuat bahan rangsangan - berfikir dan mengingati;
Menyediakan ucapan-ucapan pendek kemudian bersoal jawab;
lawatan ke tempat-tempat menarik.
sebelum lawatan, diberi tugasan dan tanggungjawab.
semasa lawatan membuat catatan.
selepas lawatan membuat perbincangan - kemudian menulis karangan.
Antara tujuan aktiviti luar bilik darjah :
berupaya mengeluarkan idea dengan baik;
menambah kosa kata;
Penulisan terkawal;
Penulisan berpandu;
Jenis penulisan ada empat :
Penulisan bebas;
Penulisan kreatif,
Bahasa dan isi dikawal guru.
Mengurangkan kesilapan kerana diselia guru;
Merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang perlu dilalui.
Susunannya dikawal ketat dan sedikit dipimpin ke arah karangan bebas.
Bertujuan :
Melancarkan penggunaan bahasa;
Melontarkan idea tanpa gangguan bahasa;
Bentuk latihan karangan terkawal :
Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung sesuatu topik;
Membuat ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan
Menulis cerita yang dibaca, didengar atau diperdengar;
Menulis surat - isi surat ditetapkan guru;
Mengisi tempat-tempat kosong dalam sesebuah cerita atau karangan yang telah disediakan;
Menulis isi perbualan atau perbincangan;
Menulis ayat/cerita berdasarkan bahan rangsangan;
Penuh terkawal :-
Separa terkawal :-
Kurang terkawal :-
100% terkawal;
hampir menyerupai peringkat menyalin semula;
peringkat menghasilkan semula tetapi tidak sepenuhnya;
misalnya, mengisi tempat kosong dalam karangan pendek.
peringkat menggabungkan ayat-ayat;
bertujuan latihan mekanikal semata-mata.
Murid dipandu dalam proses menulis karangan.
Isi karangan disediakan mengikut bahagian-bahagian karangan : pendahuluan, isi atau penutup.
Berpandu sepenuhnya;
Ada dua :
Separa berpandu.
Berpandu sepenuhnya :
Perkataan dan rangkai kata berkaitan tajuk karangan perlu disediakan.
Aktiviti lain – isi tempat kosong untuk melengkapkan
Sedikit kebebasan diberikan kepada murid-murid untuk memilih perkataan sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada mereka untuk mengolah isi karangan mengikut perenggan.
Contohnya :
Murid-murid diberi satu bentuk grafik.
Minta mereka mengisi bahagian-bahagian karangan dalam grafik tersebut dengan perkataan yang berkaitan.
Setelah lengkap, barulah penulisan penuh dilakukan dengan mengembangkan perkataan tersebut menjadi ayat-ayat yang bertaut dalam pemerengganan yang
Dijalankan setelah menguasai :
Diberi tajuk umum kemudian menumpukan kepada :
kemahiran menulis karangan terkawal;
APA yang hendak ditulis;
kosa kata dan tatabahasa.
bukan BAGAIMANA hendak menulis.
Bina rangka dan minta masukkan isi karangan ke dalam rangka karangan kemudian susun perkataan menjadi ayat.
Bimbing untuk membina pelbagai ragam ayat dan penggunaan
Teknik penulisan - Perlu menjawab persoalan berikut :
Bagaimana saya hendak memulakannya?
Apakah yang pembaca jangkakan daripada saya?
Apakah yang saya ingin peroleh daripada penulisan ini?
Bagaimana cara untuk memperolehi idea?
Apakah yang sudah diketahui oleh pembaca? Apa lagi yang mereka ingin ketahui?
Teknik penulisan - Perlu menjawab persoalan berikut...
Apakah bahasa yang paling sesuai?
Perlukah saya membuat rujukan?
Bagaimanakah pembaca dapat menangkap idea saya?
Apakah gaya penulisan yang terbaik?
Banyak manakah maklumat yang mencukupi?
Adakah pembaca dapat menerima idea saya?
Sesuai untuk murid yang telah menguasai aspek penulisan dan mempunyai bakat menulis.
Beri tajuk dan minta mereka hasilkan karangan menggunakan ayat berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman sendiri.
Boleh juga sediakan rangsangan seperti beberapa ayat dalam perenggan pendahuluan untuk disambung oleh mereka hingga selesai.
Melalui penulisan jenis ini, murid-murid sepatutnya sudah boleh menggunakan semua pengetahuan tentang sistem bahasa yang telah dipelajari.
B I N A A N P E R E N G G A
Pendahuluan Isi
Penutup
Menarik perhatian
Mengekalkan minat
Menyatakan idea pusat kepada pembaca
Nadi kepada pembaca
Kesesuaian isi
Huraian dan contoh
Ada kesinambungan Mengingatkan pembaca kepada idea utama :
Pernyataan semula
membuat ramalan Cadangan/Rumusan
Semakan Rakan Sebaya (Peer Editing) :
Setiap murid diberi senarai semak.
Semakan dibuat berdasarkan senarai semak, sama ada menyentuh aspek isi, pemerengganan ataupun kejelasan karangan.
Sebuah karangan dipilih dan dibaca kuat dalam kecil.
Ada beberapa cara penyemakan atau pengeditan :
Kumpulan boleh menambah atau memotong isi berdasrkan persetujuan bersama.
Murid duduk bersama-sama guru.
Guru menyemak karangan dengan memberi tumpuan kepada aspek tatabahasa dan struktur karangan tanpa menukar idea asal.
Persidangan Murid-Guru (Student-Teacher Conferencing) :
Murid memahami tujuan pembetulan dan menulis kembali karangan.
Seorang dipilih untuk membaca kuat karangannya dalam satu kumpulan.
Rakan-rakan yang lain boleh mengemukakan soalan berdasarkan kepada maklumat yang tidak jelas ataupun yang ingin diketahui dengan lebih lanjut.
Perbincangan Kumpulan (Group Questioning) :
Murid tersebut boleh memperbaiki dan menambah idea karangannya nerdasarkan pertanyaan atau soalan yang dikemukakan.
Murid yang mempunyai masalah mengarang yang hampir sama dikumpulkan dalam satu kumpulan.
Guru membimbing penyemakan karangan bersama-sama pelajar dengan memfokuskan kepada masalah kumpulan itu.
Klinik (Clinics) :
Murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka.
Terdapat tiga cara penilaian :
memberi reaksi;
memberi gred.
membuat analisis;
Penilaian perlu dilakukan untuk membantu murid mempertingkat kemahiran menulis.
Setiap cara penilaian digunakan untuk tugasan dan tujuan yang berlainan.
Memberi Reaksi :
Guru bertindak sebagai pembaca biasa, bukan sebagai pakar.
Guru akan memberitahu murid :
apa yang dirasakan paling menarik dan penting dalam penulisan itu.
apakah yang telah disampaikan dengan berkesan dan apa pula yang mengelirukan pembaca.
Perlu memotivasi dan menggalakkan murid untuk terus menulis.
Perlu kerap membuat analisis terhadap hasil kerja murid.
Sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Analisis proses menulis;
Terdapat empat cara membuat analisis :
Analisis fungsi penulisan yang ditulis;
Analisis gaya atau stail penulisan;
Analisis kecekapan menulis.
Membuat Analisis...
Analisis Proses Menulis :
Guru perlu membuat pertimbangan bagaimana murid :
mendapat idea untuk menulis tentang sesuatu tajuk;
mereka mentakrif tajuk;
membuat rangka panduan;
menulis draf;
cara menyemak draf untuk menghasilkan karangan.
Analisis Fungsi Penulisan yang Ditulis :
Melibatkan penganalisisan tajuk dan tujuan menulis.
Justeru, murid perlu banyak latihan menulis dalam pelbagai
Analisis Gaya atau Stail Penulisan :
Guru membuat pertimbangan bagaimana murid :
menyusun isi bagi penulisan yang pelbagai jenis;
membuat huraian, menulis kata buat dan melibatkan pembaca.
Analisis Kecekapan Menulis :
Berapa kerap dan berapa banyak murid menulis.
Kadar kematangan fikiran murid.
Memberi Gred :
Pemberian gred perlu dilakukan dengan teliti dan berkesan.
Sebagai motivasi bukan pembantut minat.
Perlu diasingkan pemberian gred antara penulisan mekanis dan isi kandungan.
Bertujuan : murid mengetahui aspek yang mereka bagus dan aspek yang mereka lemah.
Justeru itu, guru perlu merancang cara pemberian gred.
Umpamanya penggunaan borang khas untuk penggredan.
Penting untuk mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid dalam penguasaan bahasa.
Menurut Corder (1981) :
melakukan kesilapan merupakan suatu strategi yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa, sama ada bahasa pertama mahupun bahasa kedua.
membuktikan pelajar telah mencuba hipotesis yang telah dibuatnya setelah meneliti dan menganalisis data-data bahasa yang telah didedahkan kepadanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Perlu memiliki kemahiran mengesan, membetulkan kesilapan dan pemulihan.
Harus berupaya mengenal pasti dan memahami sebab- musabab kesilapan berlaku dan menghuraikannya dari segi linguistik dan psikologi.
Unsur penting dalam pengumpulan maklum balas daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapat dijadikan asas untuk merangka pelbagai strategi dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.
Dapat menentukan jumlah latihan perlu diberi.
Kesilapan bahasa sering berlaku sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan .
Kesilapan bahasa berlaku disebabkan para pengguna bahasa kurang menguasai tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa berkenaan.
Menurut Corder (1981) kesilapan bahasa merupakan bentuk- bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk- bentuk pertuturan penutur jati .
Suatu bentuk yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan, perkataan, istilah, dan
18.2 JENIS-JENIS KESILAPAN
Terdapat lima jenis kesilapan :
Kesilapan struktur;
Kesilapan konsep;
Kesilapan bentuk bertindan;
Kesilapan kerana gangguan bahasa lain;
Kesilapan kerana pengaruh bahasa lisan.
Kesilapan Struktur :
Contohnya :
Semua guru-guru pelatih pulang ke halaman kampung masing-masing bila cuti semester.
Kesilapan struktur, iaitu kesilapan dalam penulisan yang berkaitan dengan binaan perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Itu guru baik hati sangat.
Biru warna Ahmad suka.
18.2 JENIS-JENIS KESILAPAN…
Kesilapan Konsep :
Contohnya :
Dikaitkan dengan kesilapan menanggap atau memahami pengertian yang didukung oleh sesuatu perkataan sehingga menyebabkan berlakunya kesalahan dalam penggunaannya.
Mutu menghiris rambutnya semalam.
Cikgu Murni cintakan Ina.
Lazim berlaku kerana sesuatu bahasa itu mempunyai banyak perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya atau kerana ketidak-cekapan memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat.
Kesilapan Bentuk Bertindan :
Contohnya :
Kesilapan menutur atau menuliskan sesuatu yang tidak penting atau sesuatu yang mendukung pengertian atau maksud yang sama dan tidak membawa sebarang fungsi dalam sesuatu ayat atau ujaran.
Universiti Malaya adalah merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terulung di Malaysia.
Menara kembar Petronas nyata kelihatan bangunan yang
Kesilapan ini meliputi aspek-aspek penggunaan perkataan dan unsur-unsur tatabahasa.
18.2 JENIS-JENIS KESILAPAN…
Kesilapan Kerana Gangguan Bahasa Lain :
Contohnya :
Berpunca daripada pengaruh bahasa pertama atau bahasa ibunda, dialek daerah atau bahasa kolokial/basahan dalam penggunaan bahasa kedua atau bahasa standard.
Barangsiapa yang mencuri kelak akan dihukum potong tangan.
Perniagaannya laris bagai goreng pisang.
Gangguan-gangguan ini telah mempengaruhi struktur binaan ayat, klausa, frasa, dan perkataan yang salah dalam bahasa Melayu.
Kesilapan Kerana Gangguan Bahasa Lisan :
Contohnya :
Bahasa lisan dan bahasa tulisan mempunyai laras bahasa yang berbeza. Justeru itu, tidak semua laras bahasa lisan boleh digunakan dalam bahasa tulisan.
Saya berasal daripada Perak.
Tembaga yang sudah berkarat perlu direndam dengan air asam jawa selama satu hari.
Misalnya, laras bahasa lisan tidak menitikberatkan tentang penggunaan tatabahasa. Di samping itu, laras bahasa lisan juga lebih banyak dipengaruhi dialek daerah dan bahasa pasar.
18.3 LANGKAH MEMPERBAIKI KESILAPAN
Guru – pertingkatkan pengajaran melalui penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai, murid pertingkatkan pembelajaran melalui latih-tubi.
Melibatkan kedua-dua pihak – guru-murid.
Galakkan murid mempertingkatkan pengetahuan tentang sistem bahasa yang meliputi aspek-aspek tatabahasa, semantik, kosa
Perlu ambil tindakan susulan yang berterusan untuk mengesan daerah kelemahan murid – bantu dalam pengujian dan penilaian.
Setiap latihan perlu diteliti dengan rapi dan diperbetulkan dengan jelas supaya kesilapan tidak berulang.
Dapat digunakan untuk merangka program pemulihan.
Dapat membantu guru merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Perlu memiliki kemahiran mengesan, membetulkan kesilapan dan pemulihan.
Dapat memberi maklumat kepada guru tentang masalah yang dihadapi murid.
Dapat membantu murid mengenal pasti daerah kelemahan, sekaligus mempertingkat strategi pembelajaran mereka.
Karangan deskriptif :
Karangan jenis ini dikenali juga sebagai karangan jenis gambaran atau keperihalan.
merangkumi gambaran apa-apa yang dialami, dilihat, didengar dan dirasakan melalui kekuatan deria dan pancaindera.
Biasanya karangan jenis ini :
menggambarkan sesuatu tempat, pemandangan dan fenomena, watak dan perwatakan, serta peristiwa yang logik dan realistik .
Walaupun karangan jenis ini mungkin dianggap mudah, namun anda memerlukan penumpuan fikiran yang kukuh semasa menulisnya.
memerihalkan seseorang, sesuatu pengalaman, keadaan, tempat atau pemandangan, peristiwa atau benda sama ada berbentuk kenyataan atau khayalan.
Ini memungkinkan anda membuat gambaran yang baik dan tersusun .
Kekuatan :
Isi atau fakta yang digambarkan mestilah jelas, menarik, mengemukakan perbandingan yang sesuai, dan memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca/pemeriksa.
Daya pemikiran yang kuat dan pemilihan kata yang tepat perlu bagi karangan jenis ini. Selain itu, bahasa yang digunakan hendaklah menarik dan indah.
Karangan deskriptif...
Imiginasi yang mantap dan kukuh diperlukan juga bagi karangan ini .
Imiginasi yang mantap dan kukuh diperlukan juga bagi karangan ini .
Anda boleh bertindak sebagai pencerita daripada satu sudut dan daripada satu sudut yang lain. Anda boleh juga terlibat sama dalam sesuatu gambaran itu dengan memasukkan pendapat, sikap, atau perasaan anda tentang perkara- perkara yang digambarkan.
Teknik menulis karangan deskriptif ialah :
Karangan deskriptif...
meneliti bentuk gambaran yang hendak ditulis, sama ada gambaran keseluruhan (umum), gambaran khusus (terperinci), gambaran masa atau gambaran suasana.
Kekuatan...
menulis berdasarkan apa-apa yang dilihat, dirasa, dan didengar dengan tidak mengetepikan pendapat dan perasaan sendiri tentang sesuatu hal yang digambarkan.
menggunakan bahasa yang mantap, pemilihan kata yang tepat, dan anda mesti mampu menghidupkan gambaran yang dibayangkan itu dengan penguasaan bahasa yang kukuh. Anda mesti juga menggunakan ayat yang pelbagai serta bahasa yang kreatif tetapi tidak pula
Elakkan penggunaan teknik penyampaian yang berulang- ulang. Susun karangan tersebut berdasarkan aspek-aspek tertentu.
Misalnya, jika anda menulis sesuatu berkaitan suasana pada waktu malam, gambarkanlah aspek-aspek cuaca, suasana, pemandangan alam sekitar, bunyi-bunyian, aktiviti manusia dan bukan manusia berdasarkan deria dan pancaindera anda.
Tiada format tertentu untuk karangan jenis ini. Walau bagaimanapun, karangan anda haruslah mempunyai tiga perkara penting, iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.