• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN PENDIDIKAN AWA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN PENDIDIKAN AWA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) SEMESTER 2 SESI 2016/2017

KPP 6014

PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

TAJUK TUGASAN:

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SITI ROEDAH BINTI MD JEMARY M20152002521 0133570493

PENSYARAH: DR. HJH RAMLAH BINTI JANTAN

Pengenalan

(2)

Teori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy of Need Theory). Teori ini menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia. Susunan keperluan tersebut adalah:

Model

Hirarki Keperluan Maslow

Merujuk kepada piramid yang dipaparkan, terdapat lima aras keperluan mengikut Abraham Maslow iaitu:

a. Keperluan fisiologi b. Keperluan keselamatan c. Keperluan kasih sayang

d. Keperluan penghargaan kendiri e. Keperluan kesempurnaan kendiri

Menurut kajian Maslow sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hieraki menjadi penting atau dipenuhi. Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri.

(3)

Keperluan ini adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, keperluan tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan ini bersifat biologikal. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Ciri-ciri keperluan dan fungsi keperluan menurut Maslow adalah keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hieraki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hieraki adalah keperluan yang paling lemah. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hieraki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi.

Pada zaman kanak-kanak keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan. Sewaktu pertengahan umur keperluan kesempurnaan kendiri hanya akan wujud. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hieraki akan menimbulkan pelbagai masalah. Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Dengan memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.

Dalam konteks pendidikan, murid tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka sekiranya kurang mendapat makanan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka. Keperluan seks juga termasuk dalam keperluan asas manusia. Keperluan ini diperlukan apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh dan perlu berkahwin untuk memenuhinya.Bagi memenuhi keperluan fisiologi khususnya untuk kanak-kanak yang berumur daripada 0 hingga 6 tahun, ibu bapa serta guru dan orang sekeliling yang bertanggungjawab untuk memenuhi agar kemenjadian diri kanak-kanak tersebut di tahap maksima dan cemerlang. Contohnya keperluan asas seperti makanan dipenuhi iaitu ibu bapa menyediakan makanan yang berkhasiat dan mencukupi, apabila anak tersebut telah kenyang pastinya kanak-kanak dapat menjalani proses kehidupan dengan gembira iaitu bermain, belajar dan sebagainya. Apabila kanak-kanak gembira, secara tidak langsung pertumbuhan dan perkembagan mereka akan menjadi holistik.

(4)

Keperluan ini biasanya sangat diperlukan oleh setiap individu daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Kanak-kanak lazimnya tidak dapat menjalani proses kehidupan dengan sendiri dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa atau guru untuk mendapatkan perlindungan. Contohnya, seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa khususnya ketika kanak-kanak tersebut ditimpa kemalangan kecil atau kesakitan. Hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. Selain itu teori perapatan (attachment) oleh John Bowlby juga boleh digunakan bagi memenuhi keperluan keselamatan anak-anak.

Ketika di dalam kelas pula, keselamatan yang diperlukan oleh murid daripada seorang guru adalah dalam bentuk disiplin. Guru diperlukan untuk mengajar murid mendisiplinkan diri kerana mereka tidak boleh mendisiplinkan diri mereka sendiri. Murid juga akan berasa selamat sekiranya guru bersikap toleransi terhadap mereka dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Keperluan membentuk disiplin anak-anak khususnya peringkat prasekolah adalah dengan menggunakan peraturan yang disebut dan diingatkan setiap hari. Contohnya, peraturan ketika di dalam tandas iaitu tidak boleh berlari kerana boleh mengakibatkan kanak-kanak tersebut terjatuh dan mengundang bahaya yang lain.

Keperluan keselamatan ini juga termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Menurut Maslow keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan. Ketika waktu kanak-kanak, mereka menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya.Pada tahun permulaanya, kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia.

(5)

Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain contohnya memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya ahli keluarga, guru yang mendidiknya serta rakan-rakan sebaya. Keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yang sentiasa berubah. Perubahan tempat tinggal, perubahan tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya menyebabkan individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara.

Keperluan ini diperlukan untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, sering terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran kerana emosi mereka tidak berada dalam keadaan stabil. Murid-murid juga akan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai atau tidak dipedulikan oleh guru sekiranya mereka dimarahi oleh guru mahupun kawan-kawan. Kesannya keinginan, minat, kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan menurun.

Sebagai guru prasekolah, pada awal kemasukan anak-anak murid ke kelas prasekolah, guru perlu mengembangkan keperluan kasih sayang ini agar kanak-kanak akan berasa selamat dan selesa untuk meneruskan pembelajaran di kelas tersebut. Hal ini sangat penting khususnya kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam keluarganya. Mereka akan mencari tempat untuk memperoleh kasih sayang atau dalam istilah lain menumpang kasih sayang. Jika kasih sayang ini dipenuhi, pastinya tidak akan berlaku masalah pengasingan atau pengunduran diri di dalam kelas. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi.

(6)

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Ianya juga bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting.

Bagi kanak-kanak, penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa terpinggir. Murid yang diterima oleh rakan sebaya sering memperoleh prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya kerana mereka dapat berbincang tentang masalah pembelajaran dalam kumpulan. Berdasarkan Saedah, Zainun dan Tunku Mohani (1996:13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik’.

Keperluan ini merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan lain kata untuk mendapat pengiktirafan daripada orang lain.Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain diperlihatkan dari keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengikhtirafan, penghormatan dan sebagainya.

Namun begitu, jika keperluan ini tidak tercapai, ianya akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi dan berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri dan takut, tidak bermaya,takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri. Hal ini bertepatan dengan zero manacle process iaitu tujuh belenggu yang sentiasa menyelubung diri daripada berjaya.

(7)

Berdasarkan (Shaffer,1985), konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa. Ianya juga membawa maksud bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan menganggap tentang dirinya sendiri. Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang ingin jadi, ianya mesti jadi berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya. Kesedaran itu pula diperoleh daripada maklum balas, gerak balas atau reaksi individu lain sepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain.

Antara ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu telah mencapai kesempurnaan kendiri ialah mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran, suka mempermudahkan dan berkecuali berdedikasi terhadap sesuatu sebab, memerlukan kepada hak diri, menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas, minat untuk bersosial, toleransi dan dapat menerima orang lain, kreativiti dan keaslian dan penolakan terhadap tekanan social

Jika keperluan peringkat atasan dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambah kecekapan biologi. Maslow menamakan keperluan peringkat atasan sebagai keperluan growth atau being of needs. Kepuasan memenuhi keperluan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni.

(8)

Guru perlu memastikan keperluan fisiologi murid telah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan ini dapat disediakan dengan adanya masa rehat supaya murid dapat makan juga berehat untuk seketika dan menyediakan bilik darjah yang mempunyai pengudaraan yang baik. Memenuhi keperluan fisiologi dapat membantu murid berasa selesa dan bersemangat untuk belajar.

Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan positif seperti pujian, senyuman atau hadiah kepada muridnya apabila mereka menunjukkan tingkahlaku positif. Murid akan terasa disayangi dan dihargai. Dengan ini aras motivasi dalam diri mereka dapat dipertingkatkan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran.

Guru perlu memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat muridnya untuk belajar. Guru perlu memastikan setiap murid berasa seronok dan aktif dengan aktiviti yang dirancangkannya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti membawa murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari ataupun mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.

Selain itu, guru perlu menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat seperti susunan meja dan kerusi yang teratur, saiz meja dan kerusi yang sesuai dengan saiz murid, peraturan bilik darjah yang sesuai dan ruang bilik darjah yang mencukupi. Dengan ini, murid dapat melibatkan diri dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran dijalankan. Persekitaran ini mampu merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Murid-murid juga mudah bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

(9)

mereka diterima, dihormati serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil. Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, harmonis dan berkesan.

Tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid perlu diberikan supaya mereka mampu membuatnya. Perkara ini akan menyebabkan mereka merasakan diri mereka penting apabila mereka berjaya melaksanakan sesuatu tugasan dengan sebaiknya. Murid akan menjadi lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya akan meningkat. Guru bertanggungjawab dalam memastikan tidak ada muridnya yang gagal atau tercicir untuk mengelakkan mereka daripada berasa rendah diri, kecewa dan tidak dihargai sehingga enggan belajar.

Kesimpulannya, kita yang berperanan sebagai guru dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memenuhkan setiap aras keperluan anak-anak murid kita semaksima mungkin bagi memastikan kemenjadian anak-anak berada di tahap yang maksimum. Walaupun ia merupakan satu perkara yang sukar, namun jika dapat diurus dan diberikan dengan baik pastinya hasil yang dituai kelak bersifat lumayan.

(10)

Allen, B.P. (2000). Personality theories: Development, growth and diversity (3rd Ed.). USA: Allyn & Bacon.

Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach personality theories: Basic assumptions, research and applications (4th Ed.). USA: Thomson Learning

Cloninger, S.C. (2003). Theories of personality (6th Ed.). New Jersey: Prentice Hall,Inc.

Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Schuiltz, D & Schultz, S.E. (2005 ). An introduction to theories of personality. (8thEd.).

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, terdapat hubungan negatif antara pendapatan per kapita dengan strategi koping fungsi ekonomi (r=-0,238; p=0,01), strategi koping fungsi ekonomi dengan

Dengan kata lain kinerja mengajar guru SD Negeri se- Kecamatan Tumijajar, Tulang Bawang Barat, Lampung dalam penelitian ini dipengaruhi oleh indicator-indikator

Selanjutnya evaluasi water balance diperoleh bahwa kebutuhan air untuk rumah tangga pada bentuk lahan F2 dan V 7 umumnya dapat terpenuhi, bahkan terdapat airtanah yang

Dengan cara yang sama, ganti elemen elemen pada persegi ajaib ber-orde dengan sehingga menghasilkan yang juga merupakan pelabelan untuk sisi graf

Berdasarkan gambar 6 dapat disimpulkan bahwa besar arus short circuit sebesar 20.34 kA. OCR 8 mendeteksi gangguan kemudian memerintahkan CB bekerja dan memerlukan waktu

Oleh sebab itu, untuk mengatasi resiko ancaman kerusakan lingkungan terhadap wilayah Selat Rupat yang sangat peka ini, perlu dilakukan pengendalian pencemaran

Pemenuhan hak kodrati jurnalis perempuan media surat kabar berupa cuti haid di kota Yogyakarta di dalam Pasal 81 Undang-Undang Nomor 13 Tahun 2003 tentang Ketenagakerjaan

Kajian mendapati bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah keperluan kepada kekuatan fizikal bagi mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut khususnya mereka