2.0 Pengenalan
Speed Laudry Enterprise ( SLE ) salah satu premis yang ditubuhkan pada Disember 2015. Perniagaan yang berstatus milikan tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2010 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan. SPEED LAUNDRY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan
Keistimewaan yang ditawarkan oleh perniagaan ini ialah perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pakaian dari rumah ke rumah. Hal ini demikian kerana hasil pemerhatian dan kajian yang dibuat mendapati kebanyakan kaum wanita di kawasan ini berkerjaya dan menyebabkan kekangan masa untuk kerja-kerja mencuci pakaian .
3.0 Objektif
Visi perniagaan ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan mendobi yg terunggul di kawasan SPU .
Objektif jangka pendek yang ingin dicapai ialah meluaskan pasaran merangkumi kawasan perumahan di sekitar pekan Kepala Batas seperti Bertam Indah, Bertam Permai, Taman Sri Serdang., Tmn Sri Indah, Tmn Paya Keladi.
4.0 Latar belakang Perniagaan
Nama perniagaan : SPEED LAUNDRY ENTERPRISE
Alamat : No 50, Persiaran 4/6 Bandar Putra Bertam, Kepala Batas No telefon : 04-5751690
Lokasi : Bandar Putra Bertam
Tagline : “ CEPAT, MUDAH dan SEGAR “ Bentuk : Milikan Tunggal
Modal awal : RM 13, 000
Liputan perkhidmatan : Kawasan perumahan sekitar pekanKepala Batas Pesaing : Dobi Layan Diri dan Dobi Ekspres
Keistimewaan produk : Penghantaran dan pengambilan pakaian dr rumah ke rumah
5.0 Latar Belakang Pemilik
Nama penuh : Juliana Bt Ahmad
Nombor Kad Pengenalan:690427-02-5224 Tarikh Lahir:27 April 1969
Latar belakang Akademik : STPM Latar belakang pengalaman :
1. Pernah bekerja sebagai pembantu Kedai Dobi Layan Diri selama 2 tahun dan Kedai Dobi Ekspress selama 3 tahun
2. Menghadiri kursus keusahawanan dan kewangan oleh agensi kerajaan spt PERDA, Latihan Asas perniagaan Bil: 10/2010 pada 24hb hingga 28/4/10, Skim Latihan Dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan untuk mencebur dalam Perniagaan 2015 pada 15hb. Mei -15hb. September 2015anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MARA.
6.0 Latar belakang Projek
6.1 Aktiviti Perniagaan i) Cucian Kering ii) Cucian basah iii) Cuci karpet
6.2 Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada permerhatian pemilik, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 5% pada tahun pertama dan akan meningkat pada tahun berturutnya antara 10% hingga 20% setahun. Melalui usaha yang yang berterusan khidmat yang ditawarkan sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Lokasi kedai yang terletak di kawasan Bertam, Kepala Batas yang kini pesat membangun sebagai kawasan perumahan dan pusat perniagaan di kawasan Seberang Perai Utara merupakan kawasan yang strategik dan memberi kelebihan kepada premis kerana pelanggan dapat mengunjungi dengan mudah. Hasil dari pemerhatian juga mendapati golongan penduduk di kawasan ini berpendapatan sederhana dan tinggi
( persekitaran elit) mampu untuk belanja dobi. Selain itu, gaya hidup masyarakat yang sibuk perlukan servis yang cepat, cekap dan terbaik.
7.0 Rancangan Organisasi 7.1 Struktur Organisasi
Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -
Jadual perjawatan
Jawatan Bidang Tugas
Pengurus/Pemilik Bahagian pemasaran,
operasi, pentadbiran dan kewangan akan diuruskan SPEED LAUNDRY
Pengurus / Pemilik
oleh pemilik sendiri.
Pekerja 1 Melaksanakan kerja mendobi
Pekerja 2 Mengambil dan menghantar
pakaian siap didobi.
7.2 Fungsi dan Tanggungjawab
SPEED LAUNDRY telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -
7.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.
7.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan
dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.
7.2.3 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi pendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.
Bertanggungjawab memastikan servis yang diberikan memuaskan hati pelanggan iaitu pakaian bersih, berbau harum dan servis penghantaran yang cepat di samping menjaga kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan
berkembang maju.
7.3 Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1
Jawatan Gaji Elaun KWSP PERKESO Jumlah
Pengurus - RM 1500 0 0 RM1500
2 pekerja RM 1800 - RM216 RM36 RM2052 Jumlah RM1800 RM1500 RM216 RM36 RM3552
8.0 Rancangan Pemasaran
Keistimewaan perniagaan dobi Speed Laundry ialah penghantaran dan pengambilan pakaian dr rumah ke rumah di samping harga yang berpatutan bagi servis mendobi yang diberikan.
8.1 Senarai harga bagi perkhidmatan 8.1.1 Perkhidmatan Cucian Biasa
Jenis kg@ unit Harga (RM)
Pakaian 1 kg 3.00
Comforter 1 unit 10.00
Toto narita 1 unit 15.00
8.1.2 Perkhidmatan Menggosok
8.1.3 Perkhidmatan Cucian kering
Nota: Senarai harga perkhidmatan sepenuhnya ada dipamerkan di premis. 8.2 Kumpulan sasaran
8.2.2 Pelajar IPTA -USM, UITM, ILP dan Kolej Kejururawatan Bertam
8.3 Pasaran
8.3.1 Meliputi taman perumahan :
Pengguna sasaran terdiri daripada penduduk di kawasan Bertam Putra, Bertam Perdana, Bertam Permai, Bertam Indah, Tmn Paya Keladi, Tmn Sri Indah, Tmn Sri Serdang dan penduduk sekitar pekan Kepala Batas.
8.4 Saiz Pasaran
Bertam Putra, Bertam Perdana, Bertam Permai, Bertam Indah, Tmn Paya Keladi, Tmn Sri Indah, Tmn Sri Serdang . 70% daripada jumlah rumah kediaman, adalah merupakan rumah kos sederhana ke atas. Jika dikira hitung panjang sebuah rumah 5 orang jadi penduduknya lebih kurang 20,000. Jika (10%)@2000 orang menggunakan khidmat dobi Speed Laundry pada permulaan saiz pasaran dapat dijangkakan saperti berikut: -
8.5 Pesaing
Pesaing paling utama ialah Kedai Dobi Ekspress dan Kedai Dobi Layan Diri yang menyediakan servis 24 jam kepada pelanggan. Sementara kekuatan Speed
Laundry ialah dari segi pengambilan dan penghantaran dari rumah ke rumah yang belum dapat disaingi oleh pesaing.
8.6 Syer Pasaran
Daripada saiz pasaran berjumlah RM 1,200,000 setahun,syer pasaran dianggarkan seperti berikut:
Pasaran (RM) Speed Laundry
20%
RM240,000
Dobi Ekspres dan
Dobi Layan diri 80%
RM960,000
Jumlah 100% RM1,200,000
8.7 Strategi Pemasaran 8.7.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Speed Laundry bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -
1. Memberikan khidmat yang lebih cekap ,pantas dan tepat. 2. Memberikan profil perniagaan kepada semua pelanggan. 3. Mengedarkan pamplet dan broser.
4. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. 5. Kad keahlian- 10 kali cucian 1servis percuma.
8.7.2 Lokasi
Lokasinya yang terletak di kawasan petempatan yang pesat membangun di Seberang Perai Utara merupakan lokasi yang strategik yang dapat membantu meluaskan pasaran perniagaan.
8.7.3 Harga
Penetapan harga yang ditawarkan mengikut kadar pasaran biasa yang ditetapkan pesaing-pesaing yang lain. Dan caj pengambilan dan penghantaran pakaian adalah percuma.
1. Mengambil dan menghantar pakaian dari rumah ke rumah 2. Mencuci pakaian, comforter/toto dan karpet
3. Menggosok pakaian
9.0 RANCANGAN OPERASI
9.1 Lokasi Premis
Bangunan : Rumah kedai 2 tingkat Luas lantai : 22 X 75
Buatan : Konkrit
Taraf Bangunan : Perniagaan Hak Milik : Bebas
Nama Pemilik : Badarudin bin A.Wahab Kos sewa : RM 800.00
Kedudukan tapak : No.45, Persiaran Seksyen 3/3, Bandar Putra Bertam .
9.2 Kemudahan Asas Premis
Premis ini terletak di kawasan perumahan. Pada kebiasaannya, setiap premis yang terletak di taman perumahan, kemudahan-kemudahan asas seperti telefon, air dan elektrik akan disediakan.
9.3 Mesin dan Peralatan yang Diperlukan
Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti jadual di bawah.
9.4 Kelengkapan Yang Diperlukan
Melalui pembiyaan kewangan yang dipohon peniaga memerlukan kelengkapan premis seperti di bawah:-
9.5 Senarai Pembekal
Bil Nama dan alamat pembekal Bekalan
1 Ban Ho Elektrik 13000 Butterworth
Mesin dan peralatan
2. Wellmac Machinery Sdn Bhd No 23, Taman Telok Air Tawar 13000 Butterworth
Mesin dan perlatan
3. Syarikat Cheng Sooon Jalan Satu,
Penimbang, bakul, plastik , tali dan
13200 Kepala Batas hanger 4. Mutiara Trading
No.24 Jalan Gangsa 13000 Butterworth
Sabun, softener dan bahan lain.
9.7 Anggaran Pendapatan Bulanan
Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi semua
perkhidmatan yang diperolehi melalui proses perkhidmatan cucian seperti berikut:-
7.8 Cucian biasa
9.9 Strategi Perkhidmatan
Di antara strategi perkhimatan yang telah diatur oleh SPEED LAUNDRY adalah saperti berikut:
9.9.1 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memenuhi citarasa pelanggan berdasarkan maklumbalas yg diberikan
9.9.2 Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja untuk menjaga kualiti dan memastikan pelanggan menerima penghantaran pakaian mengikut jadual yang di tetapkan serta dengan harga yang berpatutan.
10.0 RANCANGAN KEWANGAN 10.1 Kos Pelaburan Projek
10.2 Anggaran Aliran Tunai Dan Penyata Kewangan.
Oleh kerana premis ini merupakan sebuah perniagaan yang baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan ini mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -
ditingkatkan.
9.2.2 Anggaran Aliran Tunai dan Prestasi Kewangan disediakan selama 3 tahun selepas pembiayaan.
Unjuran Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun Berakhir 2016
Butiran Jan Feb Mac Apr Mei Jun
Unjuran Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 2016 Butiran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5
Unjuran Penyata Kunci Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir 2016 Butiran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5
10.2.3 Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertunda kurang 1 bulan.
10.2.4 Penyediaan Anggaran Penyataan Pendapatan mengambil kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut peratus susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10% ~ Mesin – 20 %
Jadual Pengiraan Susut Nilai - Kelengkapan pejabat Tahun Kos aset
tetap boleh disusutnilai Kadar Susut Nilai tahunan Belanja susut nilai Susut nilai terkumpul Nilai Buku 1 2 3 4
5
Jadual Pengiraan Susut Nilai - Mesin Tahun Kos aset
tetap boleh disusutnilai Kadar Susut Nilai tahunan Belanja susut nilai Susut nilai terkumpul Nilai Buku 1 2 3 4 5 11.0 Kesimpulan
Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat awal.
Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan SPEED LAUNDRY amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.
Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak MARA kerana melalui pinjaman sebanyak RM30,000 ini membolehkan perniagaan dapat dikembangkan. SPEED LAUNDRY amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.