• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Program Gotong Royong

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Program Gotong Royong"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA

Program Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru 2010 Sekolah Kebangsaan Kepis Felda telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 19 Mei 2010 bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Hodijah Binti Johari (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini. (Rujuk lampiran 1).

Seramai 20 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak pembersihan kawasan, 5 orang ibu bapa serta murid Tahun 4, 5 dan 6 telah hadir menyertai gotong-royong pada hari tersebut. Kehadiran YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kepis Felda, Encik Juharidan Bin Jaafar memeriahkan lagi program gotong-royong ini. Lampiran 2 menunjukkan senarai kehadiran guru, pembantu pengurusan murid, pekerja kontrak pembersihan kawasan, dan ibu bapa yang hadir dalam program gotong-royong ini. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti berikut.

MASA AKTIVITI

2.30 ptg Berkumpul di Tapak Perhimpunan 2.35 ptg Ucapan Guru Besar SKKF

2.45 ptg Taklimat ringkas dan pembahagian lokasi 3.00 ptg Aktiviti gotong royong dimulakan

4.25 ptg Berkumpul dan menyimpan alatan 4.30 ptg Jamuan

(2)

Jadual 1.0 : Tentatif program

Pembahagian kumpulan dan kawasan juga telah ditetapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan sistematik.(Rujuk Lampiran 3). Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam program ini ialah Taman Herba, Taman Bacaan, susur gajah, laluan ilmu, dan bilik stor yang terdapat di Tingkat 1 bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini telah disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 4). Sebanyak RM250.00 telah digunakan bagi menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari peruntukan kewangan 3K.

Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat pada kawasan-kawasan tersebut. (Rujuk lampiran 5). Perbezaan yang dapat dilihat di Taman Herba ialah papan tanda telah didirikan di taman ini. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini juga telah dilabelkan menggunakan kayu yang ditulis dengan cat. Informasi seperti ini amat berguna kepada warga sekolah dalam mengenali jenis-jenis pokok herba yang terdapat di muka bumi ini. Kumpulan yang terlibat di kawasan Taman Bacaan pula telah membahagikan ahlinya dan memecahkan kepada dua tugasan iaitu mengecat pondok bacaan dan memasang langsir pada setiap kelas. Pondok bacaan telah dicat dengan warna kuning dan ini menyerlahkan lagi keceriaan pondok tersebut. Dua pondok telah dicat oleh guru-guru dan dibantu oleh murid-murid. Warna langsir yang dipasang di setiap kelas mengikut warna tema sekolah iaitu warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap kelas.

(3)

Kumpulan yang terlibat di kawasan laluan ilmu bertungkus-lumus mengecat semula lukisan peta dunia yang terdapat pada dinding laluan ilmu dan ini membuatkan laluan tersebut kelihatan lebih menarik berbanding sebelum ini. Kumpulan yang terlibat di susur gajah pula memberi tumpuan kepada susur gajah yang terdapat di pondok pengawal. Kumpulan ini telah menamakan susur gajah tersebut sebagai Susur Niaga memandangkan susur gajah ini sering digunakan sebagai tapak jualan bagi Program Pendidikan Khas sekolah ini. Papan tanda “Susur Niaga” telah digantung di susur gajah tersebut. Skelop juga dipasang dengan menggunakan warna tema sekolah iaitu warna hijau dengan ditambah dengan sedikit sentuhan skelop berwarna merah. Meja untuk menjalankan perniagaan juga telah diletakkan di susur gajah ini. Meja tersebut dibalut dengan sampul meja dan dililit dengan kemas menggunakan kain. Kumpulan yang membersihkan kawasan stor pula bekerjasama mengasingkan barang-barang yang tidak boleh digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh digunakan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada stor ini.

Sambutan gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kepis Felda amatlah membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih

(4)

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong-royong perdana tersebut.

Disediakan oleh :

... 22 Mei 2010 (NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK)

Setiausaha

Kebersihan dan Keceriaan

Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

4 PENGERUSI GURU BESAR PN.HODIJAH BT JOHARI TIMBALAN PENGERUSI GPK HEM EN.MOHD.SANUSI B. JAMALUDDIN NAIB PENGERUSI GPK PENTADBIRAN PN.HJH.HASNAH BT.ABDUL GHANI

NAIB PENGERUSI

GPK KOKURIKULUM EN.MOHAMAD B. ABU SAMAH

AHLI JAWATANKUASA

GURU-GURU PEMBANTU PENGURUSAN

MURID

PEKERJA KONTRAK PEMBERSIHAN KAWASAN

(5)

LAMPIRAN 2

SENARAI KEHADIRAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

5

SETIAUSAHA

PN.NORAZIZAH BT MOHAMED NOROK

(6)

LAMPIRAN 3

PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN KAWASAN GOTONG-ROYONG PERDANA

Bil Nama Kawasan

Kawasan Cadangan Keceriaan Ahli Kumpulan

1. Taman Herba

Semua kawasan yang sebaris dengan Taman

- Melabel nama tumbuhan herba

- Memperbaiki dan menceriakan

1. Pn.Rozilawati Bt. Mohamad(K)

(7)

Herba

(Bermula dari pagar sehingga ke kawasan yang sebaris dengan kantin SKKF)

papan tanda ‘Taman Herba 2.Cik Rokiah Bt Abdul Hamid

3.Pn.Salma Bt Abdul Rahman

4. En. Mohd Ali B. Abdul Aziz

5. Pn. Roslizaini Bt Harun

6. Murid Tahun 4 Arif

Pemantau :

En. Sanusi Bin Jamaluddin 2. Taman

Bacaan

i. Pondok bacaan

ii.Pentas kantin

- Mengecat pondok

- Menghias pondok dengan menampal/menggantung bahan ilmiah pada pondok-pondok bacaan.

- Melabel nama kolam .

- Menceriakan pentas kantin

- Menampal info pemakanan dan peraturan yang berkaitan

- Membersihkan kolam

1.Pn.Lizawati Bt Hazali (K)

2.Pn.Fathirah Grace Bt Abdullah

3.Pn.Nik Jamilah Bt.Nik Salim

4. En.Zulkifli B Ismail

5. Cik Wan Sakinah Bt. Wan Ismail

6. Murid Tahun 6 Arif

Pemantau :

En. Mohamad Bin Abu Samah

3. Susur Gajah

Susur gajah - Menggantung kad imbasan.

- Melabel nama susur gajah.

- Membersihkan kawasan susur

1. Cik Siti Norhafizah Bt Annuar (K)

2. Pn. Ruzielawati Bt Harun

(8)

gajah.

- Menanggalkan kad imbasan lama.

- Menampal kad imbasan baru.

3. Pn. Kamariah Bt Asari

4. Norazizah Binti Mohamed Norok

5. Pn. Rosni Bt. Abdul Ghani

6. Pn. Isdanita Bt. Ismail

7. Murid Tahun 5 Arif

Pemantau :

Pn. Hasnah Bt Abdul Ghani 4. Laluan ilmu Laluan ilmu (laluan di sebelah surau) - Laluan ilmu

• Mengecat dinding dan melukis mural.

1. En.Mohd.Fairuz B Mokhtar (K)

2. En. Che Sazuandy Bin Che Mohd. Yassin

3. En. Mohd Ali B. Abdul Aziz

4. En. Abd. Sidek B. Mohd. Salleh

5. Cik Maziah Bt Abdullah

6. Aishah Bt. Ismail

7. Murid Tahun 6 Bestari

Pemantau :

Pn. Hodijah Bt Johari

5. Bilik Stor

Stor Tingkat 1 - Mengasingkan barang-barang yang tidak boleh diguna pakai.

- Semua ibu bapa

(9)

-Menyusun perabot.

-Membersihkan lantai dan sawang. Pemantau : Pn. Hodijah Bt Johari LAMPIRAN 4 PERBELANJAAN 9 Bil Peralatan Kos (RM) 1. Cat 150.00 2. Berus cat 10.00 4. Form 30.00 5. Rantai penggantung 30.00 6. Lain-lain 30.00 JUMLAH 250.00

(10)

LAMPIRAN 5

A. GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

(11)

SEBELUM SELEPAS TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

LALUAN ILMU

(12)

SUSUR GAJAH

STOR

(13)

B. PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

SEBELUM SELEPAS

(14)

TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

BILIK DARJAH

(15)

LALUAN ILMU

SUSUR GAJAH

(16)

STOR

Referensi

Dokumen terkait