• Tidak ada hasil yang ditemukan

Solat Sunat Taubat _ Shafiqolbu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Solat Sunat Taubat _ Shafiqolbu"

Copied!
92
0
0

Teks penuh

(1)

Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUN

HANYA SATU AYAT !

Solat Sunat Taubat

Posted by Shafi-Q.

ِ

مﯾِ

ﺣ ﱠ

رﻟٱ ِ

نٰ

ـَ

ﻣ ۡ

ﺣ ﱠ

رﻟٱ ِٱ ِ

م ۡ

ﺳ ِ

◌ب

ٍ

دﱠ

ﻣَ

ﺣُ

ﻣ ﺎَ

ﻧِ

دﱢ

ﯾَ

ﺳ ﻰَ

ﻠَ

ﻋ ْ

مﱢ

ﻠَ

ﺳ َ

و ﱢ

لَ

ﺻ ﱠ

مُ

ﮭﱠ

ﻠﻟ َ

◌ا

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-1.jpg)

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

. Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan

dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:

“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan

(2)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 2/92

sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)

. Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

.

Fadhilat Taubat:

. 1. Diampunkan Allah SWT.

2. Dimudahkan segala urusan. 3. Menceriakan kehidupan seharian.

4. Menghilangkan perasaan yang menekan. 5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

. .

CARA SOLAT TAUBAT

.

(3)

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/niat-solat-sunat-taubat-rumi-1.jpg)

.

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

. Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

. .

3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk

Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah

Tasbih berikut 40 kali:

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/tasbih-sujud-taubat-sq.png)

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

. .

(4)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 4/92

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan

beristighfar :

. a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/istighfar-a-sq.png)“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

.

b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/istighfar-b-sq.png)“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

. c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

(5)

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/penghulu-istighfar-crop.jpg)

“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzbi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

. .

5. Baca Doa Taubat

(6)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 6/92

(http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/doa-solat-sunat-taubat-sq-a.jpg)

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

(7)

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

. .

ﮫُ

ﺗﺎَ

ﻛ َ

رَ

ﺑ َ

و ُ

ﷲ ُ

ﺔَ

ﻣ ْ

ﺣ َ

ر َ

و ْ

مَ

ﻛْ

ﯾَ

ﻠَ

ﻋ ُ

مَ

ﻼﱠ

ﺳﻟا َ

◌و

. Posted by; shafiqolbu (http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/15/2012/01/04/2011/11/20/)

.

454 responses to this post.

Posted by 5 Rahsia Besar Solat Sunat Di Waktu Malam « Blog Peribadirasulullah on 20/02/2012 at 5:38 am

[...] Solat Sunat Taubat [...] Reply

Posted by hamba ALLAH YANG HINA on 05/09/2012 at 10:12 pm allahuakbar,mha suci ALLAH

Reply

Posted by eyka on 30/09/2012 at 6:05 pm

ade tak yg nak tolong sye? sye perlu bantuan untuk ke jalan allah,,.. Posted by Shafi-Q on 01/10/2012 at 12:35 am

ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Diharap ada sahabat2 yang sedia membantu… Posted by Nina Anwar on 12/10/2012 at 11:23 pm

assalamualaikum, saya ingin tahu.. sewaktu bersujud rakaat kedua. seeloknya bertasbih sebanyak 40 kali ya? Bagaimana caranya utk bertasbih sebanyak 40 kali sewaktu bersujud? Kerana kaedah bertasbih biasa, kita menggunakan rantai tasbih untuk mengira berapa byk

(8)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 8/92

bacaan kita agar kita tidak was-was dengan bilangan yang telah dilafazkan. Boleh beri tunjuk ajar? Terima kasih

Reply

Posted by Shafi-Q on 25/10/2012 at 1:37 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Subhanallah, Alhamdulillah… anugerah yang Allah SWT beri amat luas dan setiap yang diciptakan itu tiada yang sia2… Nina gunakanlah imaginasi kiraan ruas anggota badan: 1) Ruas jari tangan kanan ~ 14

2) Ruas jari tangan kiri ~ 14 3) Bilangan jari tangan kanan ~ 5 4) Ruas jari tangan kanan ~ 5 5) Anggota tangan ~ 2

Maka jumlah keseluruhannya genap 40 باﻮﺼﻟﺎﺑ ﻢﻠﻋأ ﷲو

Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by suriati zakaria on 07/06/2013 at 8:04 pm

jari kita ada 3 line yang boleh diwakilkan dengan 30 kali. maknanya, 3 kali istighfar dalam 1 jari. kemudian lagi 10 kali, baca dengan bilangan jari kita, yakni 10. so, dapat 40 kali.

Posted by ajah on 03/11/2012 at 1:16 pm

subhanallah…semoga tips ini dapat membantu menemui jalan yang lurus Reply

Posted by putri on 13/02/2013 at 10:56 pm Boleh juga digunakan jari….10 x 4

cukup 40..

Posted by Sutihana on 28/02/2013 at 10:19 pm

Sewaktu sujud, tangan kita masih disejadah. Mula mengira dari anak jari kanan ke ibu jari kanan (5). Sambung dari ibu jari kiri ke anak jari kiri (5). Dah Jadi 10. Tukar arah pula (10). Ulang sehingga jumlahnya 40.

Posted by armah on 23/07/2013 at 6:40 am

assalamualaikum…sy tersangat sangat tela banyak membuat dosa dan semua dosa sy perna buat kecuali membunu…bagai mana sy harus bertaubat???adaka setiap dosa yg sy perna

lakukan kena solat taubat 1 per 1…ada sy sangat malu atas perbuatanku dulu…dan rasanya tak layak taubatku di ampunkan…sy sangat takut

(9)

Posted by hamba Allah on 21/05/2012 at 10:01 pm maklumat yang sgt berguna… terima kasih Reply

Posted by Shafi-Q on 23/05/2012 at 10:44 pm Alhamdulillah..

Reply

Posted by Hotz Mummy on 29/05/2012 at 10:54 am Sangat-sangat berguna…tq…

Reply

Posted by syuhada on 04/06/2012 at 12:58 am

kalau tak baca doa taubat tu boleh ke? gne ayat sendiri je…. Reply

Posted by Shafi-Q on 05/06/2012 at 6:55 pm

Bolehh.. Syuhada masukkanlah bacaan selawat dan beberapa ‘asma Allah’ dalam doa tersebut.. Firman ALLAH SWT: “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah

menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung.” (QS. Al Ahzaab: 35).

Reply

Posted by afiq on 11/05/2013 at 12:12 am Syukron jazilan atas nasihat

Posted by msyazwan on 08/06/2012 at 8:49 pm alhamdulillah..syukur pd yg maha esa..

Reply

Posted by fazira on 23/07/2013 at 12:07 pm

assalamualaikum..saya nak tanya..kalau masa sujud sebelum tahiyyat akhir kita baca allahhummayassir walatuassir boleh x?//

Reply

Posted by Shafi-Q on 23/07/2013 at 1:39 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

(10)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 10/92

Boleh…ia suatu kalimah yang baik..

Posted by khadijah syahirah on 09/06/2012 at 8:22 am terima kasih bnyk 2 !

Reply

Posted by hamba yg kerdil on 15/06/2012 at 9:04 pm tq fr the imformation… Sgt hargai…

Reply

Posted by Shafi-Q on 16/06/2012 at 2:52 pm Alhamdulillah, selamat beramal..

Reply

Posted by fattin on 15/06/2012 at 11:55 pm

asalamualaikum , selepas memberi salam ,kia dprbnykn bristifa .kena baca semua ke . pilh satu saja ?

Reply

Posted by Shafi-Q on 17/06/2012 at 1:33 pm Waalaikumussalam w.t.h.

Sebaik-baiknya bacalah kesemua istighfar tersebut.. Reply

Posted by eyka on 30/09/2012 at 6:02 pm

sye perlu seseorng di tepi sye untuk mengajar, mungkin ade silap sye, tp sye tdk tau Posted by elya on 11/08/2012 at 11:22 pm

Assalamualaikum.saya nak tanya 1 soalan.Boleh ke kalau buat solat sunat taubat selepas solat fardhu asar?

Reply

Posted by Shafi-Q on 12/08/2012 at 11:31 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Sdri.Elya carilah waktu lain kerana lepas Asar adalah waktu yang dilarang bersolat sunat. Posted by nurul on 17/06/2012 at 3:58 pm

(11)

assalamualaikum tuan.

Saya ada sedikit kekeliruan pada no (3).

Saya difahamkan tak boleh baca ayat alquran ketika sujud n rukuk. Kalau tak silap sy tasbih ni potongan ayat alquran.

Mohon diperbetulkan jika saya silap. Mengharapkan pencerahan.

Terima kasih. Reply

Posted by Shafi-Q on 18/06/2012 at 12:08 am Waalaikumussalam w.t.h.

Sesetengah ulamak membenarkannya kerana Rasulullah SAW sendiri ada melakukannya; Di antara Doa yang pernah dibaca oleh Nabi SAW di dalam sujudnya ialah;

ُ

هﱠﺮ ِﺳ َو ُﮫَﺘَﯿِﻧَﻼَﻋ َو ،ُهَﺮ ِﺧآ َو ُﮫَﻟ ﱠوَأ َو ،ُﮫﱠﻠ ِﺟَو ُﮫﱠﻗِد ُﮫﱠﻠُﻛ ﻲِﺒْﻧَذ ﻲِﻟ ْﺮِﻔْﻏا ﱠﻢُﮭﱠﻠﻟا

“Ya Allah, ampunilah dosaku semuanya sama ada yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir, yang terang dan yang tersembunyi.” (HR Imam Muslim).

َ

ﻚ ِﺴْﻔَﻧ ﻰَﻠَﻋ َﺖْﯿَﻨْﺛَأ ﺎَﻤَﻛ َﺖْﻧَأ ، َﻚْﯿَﻠَﻋ ًءﺎَﻨَﺛ ﻲِﺼْﺣُأ َﻻ ، َﻚْﻨِﻣ َﻚِﺑ ُذﻮُﻋَأ َو ، َﻚِﺘَﺑﻮُﻘُﻋ ْﻦِﻣ َﻚِﺗﺎَﻓﺎَﻌُﻤِﺑَو ، َﻚ ِﻄَﺨَﺳ ْﻦِﻣ َكﺎ َﺿِﺮِﺑ ُذﻮُﻋَأ ﱠﻢُﮭﱠﻠﻟا

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu, aku berlindung dengan keampunanMu dari balasanMu. Aku berlindung denganMu dariMu. Tidak terhitung olehku akan pujian yang sepatutnya aku ucapkan untukMu. Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungi ke atas diriMU sendiri.” (HR Imam Muslim).

Reply

Posted by nurul on 18/06/2012 at 9:58 am terima kasih atas pencerahan

Posted by fatihah on 29/12/2012 at 10:14 pm salam.. mengharapkan pencerahan dari saudara.. **Posted by Shafi-Q on 07/06/2012 at 1:48 am Waalaikumussalam w.b.t..

Syukur Alhamdulillah Sherina telah mula mempraktikkan tasbih sujud ini. Untuk pengetahuan Sherina, tasbih sujud tersebut adalah petikan dari ayat al-Quran (Surah Al-Anbiya’;Ayat 87), maka ianya tidak boleh dibaca dalam keadaan sujud semasa sedang melakukan solat;

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW; “Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika rukuk atau sujud. Adapun di dalam rukuk, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa (di dalam hati), nescaya doamu pasti akan diperkenankan.” (Riwayat Imam Muslim).**

ini adlah respon saudara dalam berkaitan solat hajat.. saya sangat keliru..

bole ataupon tidak bole dalam sujud ketika sembahyang??? mohon pencerahan saudara.. terime kasih..

(12)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 12/92

Reply

Posted by Shafi-Q on 06/01/2013 at 1:26 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Syukur atas persoalan Fatihah ini…

Ayat tersebut boleh dibaca dalam solat ketika sujud kerana ia adalah berbentuk tasbih dan doa. Sebenarnya tanpa disengaja ana telah tergabung jawapan seorang lagi yang bertanyakan soalan yang hampir sama, berkenaan Ayat 87, Surah Al-Anbiya’ ini. Iaitu keseluruhan ayat 87 ini tidak boleh dibaca dalam solat berdasarkan hadis tersebut tetapi jika diambil doa tasbih tersebut adalah diharuskan..

Jazaakillaahu Khairan Katsiran. باﻮﺼﻟﺎﺑ ﻢﻠﻋأ ﷲو

Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by Membaiki diri on 19/06/2012 at 2:40 pm Asalamualaikum.Kalau tasbih baca dalam bm boleh ke? Reply

Posted by Shafi-Q on 20/06/2012 at 11:33 am Waalaikumussalam w.t.h.

Jika dibaca dalam solat, jangan dilafazkan bacaan bm tu nanti terbatal solat.. baca makna melayunya di dalam hati saja..

Reply

Posted by zalifah najwa on 19/09/2012 at 7:53 pm kalau beristighfar dalam bm leh ke?

Posted by Shafi-Q on 03/10/2012 at 12:58 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Bolehh.. tapi Sdri.Zalifah cubalah berusaha menghafalnya dalam bahasa syurga… pendek saja istighfar tersebut…

Posted by wan on 09/04/2013 at 8:22 am

Assalamualaikum…mohon percerahan..boleh x kalau sy baca doa taubat dalam bm. Posted by Emy on 19/06/2012 at 6:55 pm

Assalammualaikum

(13)

Bolehkah saya melakukan solat taubat pada setiap malam?untok meminta keampunan keatas apa saja yg dilakukan pada hari tersebut?

Terima kasih Reply

Posted by Shafi-Q on 21/06/2012 at 5:52 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Alhamdulillah… Tahniah Emy itulah yang sebaik-baiknya dilakukan sebagai hamba-Nya.. dan Rahmat Allah SWT sentiasa terbuka untuk mereka yang sedia menyucikan diri…

Firman Allah SWT: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali

mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan

mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah SAW pula: “Setiap anak Adam (manusia) banyak melakukan dosa, dan

sebaik-baik orang berdosa ialah orang yang banyak bertaubat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi

dan Ibnu Majah). Reply Posted by Aiyus89 on 20/06/2012 at 1:49 am Mencari keredhaannya.. Reply Posted by Shafi-Q on 21/06/2012 at 12:09 am Alhamdulillah… Reply Posted by nazirah on 22/06/2012 at 4:55 pm

akhirnya ketemui kebahagian setelah lama tercari-cari cinta Allah S.W.T…terima kasih atas panduan ini….usahaku dalam bertaubat(^_^)

Reply

Posted by Shafi-Q on 23/06/2012 at 9:34 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Allah SWT berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan

kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah Hud, ayat 61)

(14)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 14/92

Reply

Posted by wan on 24/06/2012 at 6:59 pm

Assalamualaikum..saya nak tanya 1 soalan..kalau dah selesai beristighfar,bolehkah bacaan 3 kali penghulu istighfar & doa taubat dibaca maksudnya sahaja?

Reply

Posted by Shafi-Q on 27/06/2012 at 3:53 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Bolehh… tapi yang sunnah dan seafdalnya adalah dalam bahasa syurga ~ B.Arab… Reply

Posted by Rizki on 27/06/2012 at 1:01 am Assalamualaikum,

Terimakasih atas sharingnya. Bermanfaat sekali untuk pelajar seperti saya. Semoga Allah membalas amal baik anda melalui post ini.

Amin. Reply

Posted by Shafi-Q on 27/06/2012 at 3:04 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Aminn… semoga Rizki maju jaya dalam pelajaran dan kehidupan… Jazaakumullah Khairan Katsiran!

Reply

Posted by fareez on 30/06/2012 at 1:37 pm assalamualaikum,

bagaimana kalau tidak hafal doa penghulu istighfar dan doa taubat ? Reply

Posted by Shafi-Q on 30/06/2012 at 10:14 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Fareez boleh baca terjemahannya… Reply

(15)

Posted by dia on 03/07/2012 at 6:39 pm Terima kasih..

Reply

Posted by afieza on 04/07/2012 at 7:48 pm

saya rasa bnyk dosa yg tlh dilakukn..jdi sy bertekad untuk buat solat taubat..hrp kalian doakn saya juga ya…

Reply

Posted by Shafi-Q on 04/07/2012 at 11:04 pm

Semoga Afieza terus beristiqamah melakukannya…Allah bersama dengan orang-orang sabar dan bertaubat.

Reply

Posted by Ammar on 04/07/2012 at 8:45 pm

Assalamualaikum…. banaknya dosaku ibarat buih di lautan… ku rasa seperti stiap ibadahku x sempurna.. tmasuk solat ini yg ku kerjakan… apakah taubat kita diterima sedangkan hati masih x tenteram dan tenang… adakah x sempurna solat taubat kita menyebabkan hati masih x

tenteram..?? Reply

Posted by Shafi-Q on 04/07/2012 at 11:25 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu

1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; 2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah SWT;

3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;

4. Percaya akan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu sibukkanlah mengerjakan perintah Allah SWT.

Reply

Posted by Qaisarra on 05/07/2012 at 12:03 am Assalamualaikum,

Tasbih dalam sujud tu sama dengan solat hajat, atau sama memang sama kedua2nya. Ataukah saya dalam kekeliruan?

Reply

(16)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 16/92

ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Kedua-duanya adalah sama iaitu tasbih taubat Nabi Yunus AS ketika ditelan ikan nun (yu). Reply

Posted by faizal on 05/07/2012 at 8:57 am

Assalamualaikum Ust…apa kah solat2 dan ibadat kita tidak diterima jika kita masih lagi berbuat dosa walaupun selepas bersolat taubat?…saya selalu bersolat taubat apabila rasa membuat dosa tapi kadang2 rasa spt mempermainkan solat taubat itu pula kerana masih tak dpt menghindari diri dari dosa…

Reply

Posted by Shafi-Q on 07/07/2012 at 3:18 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Sebenarnya tidak cukup dengan Sdr.Faizal sekadar Solat Taubat.. ia perlulah disertai dengan usaha keras dan bertaubat nasuha…

Firman Allah SWT:

٣١﴿ َنﻮ ُﺤِﻠْﻔُﺗ ْﻢُﻜﱠﻠَﻌَﻟ َنﻮُﻨِﻣ ْﺆُﻤْﻟا َﮫﱡﯾَأ ﺎًﻌﯿِﻤ َﺟ ِﮫـﱠﻠﻟا ﻰَﻟِإ اﻮُﺑﻮُﺗَو

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kejayaan” (Surah an-Nur: ayat 31).

Taubat ialah berhenti daripada melakukan dosa dan maksiat, menyesal atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi serta kembali mengikut segala tuntutan syarak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Iaitu membetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan kembali kepada-Nya dengan memperbaharui niat untuk melakukan amal kebajikan.

Dengan kata lain taubat adalah perasaan kesal yang amat sangat dan menimbulkan keazaman dan niat untuk berubah. Manusia yang bertaubat tahu maksiat adalah halangan memperoleh kasih sayang Allah SWT, oleh itu dia akan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan dan memohon keampunan Allah SWT dengan taubat nasuha.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b. Amr, daripada Nabi SAW ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah kasih sayang, nescaya

kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar pengajaran, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

Reply

Posted by wati on 05/07/2012 at 4:42 pm

Assalamulaikum, saya ingin membuat solat taubat, tapi kenapa hati ini masih liat sedangkan saya selalu memohon pada allah supaya dibukakan hati dan diberikan kekuatan untuk menempuh segala2nya

(17)

Reply

Posted by Shafi-Q on 05/07/2012 at 11:39 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Hasrat W membuat Solat Taubat itu pun sudah perolehi pahala, tapi hendaklah disertai dengan usaha dan tekad yang jitu.. tidak cukup dengan sekadar berdoa sahaja… kerana syarat-syarat taubat adalah:

1. Ikhlas ingin bertaubat.

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

3. Menyesal atas perbuatan lagha dan maksiat yang telah dilakukan.

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya.

Allah telah membuka pintu harapan kepada hambaNya: “Katakanlah; wahai

hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.

Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Reply

Posted by Ash Nizam on 08/10/2012 at 6:41 pm amin….

Posted by Nurzarra'Ain Azmieda on 06/07/2012 at 3:59 pm Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh ..

Saya nk tnya .. klau solat sunat taubat ni d lakukan seperti solat sunat yg lain , sah tak ? Reply

Posted by Shafi-Q on 06/07/2012 at 11:56 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Solatnya sahh.. secara asasnya setiap solat sunat berbeza hanya pada niat dan doa solatnya sahaja.

Reply

Posted by ZENBU on 06/07/2012 at 8:19 pm

Assalamualaikum, boleh besarkan cket tak doa taubat tu?? tak jelas lah..susah nak bace..terima kasih…

Reply

Posted by Shafi-Q on 07/07/2012 at 2:56 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

(18)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 18/92

Ana dan besarkannya.. JazakAllah Khairan Kasiran.. Reply

Posted by MAK on 10/07/2012 at 12:01 am

assalamualaikum, ada version lain tak utk doa taubat tu? sbb still susah nk baca. terima kasih banyak2. Hanya Allah yg mampu membalas jasa saudara.

Reply Posted by Shafi-Q on 10/07/2012 at 6:26 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و DOA TAUBAT 2 َ ﻻ َو ًةﺎَﯿَﺣ َﻻ َو ﺎًﺗْﻮَﻣ َﻻ َو ﺎًﻌْﻔَﻧ َﻻ َو ا ًﺮ َّﺿ ِﮫ ِﺴْﻔَﻨِﻟ ُﻚِﻠْﻤَﯾ َﻻ ٍﻢِﻟﺎَظ ٍﺪْﺒَﻋ َﺔَﺑْﻮَﺗ ِﮫْﯿَﻟِا ُبْﻮُﺗَا َو ُم ْﻮﱡﯿَﻘْﻟا ﱡﻲَﺤْﻟا َﻮُھ ﱠﻻِا َﮫَﻟِا ﻵ ْىِﺪﱠﻟا ُﻢْﯿِﻈَﻌْﻟا َﷲ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳ َ◌ا ا ًر ْﻮُﺸُﻧ

“Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung. yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat dan tiada daya untuk mematikan atau menghidupkan mahupun bangkit nanti.”

Reply

Posted by tariq on 12/07/2012 at 2:00 am

tariq panduan..bolehkah solat sunat taubat atau solat hajat dibuat berjemaah? Reply

Posted by Shafi-Q on 12/07/2012 at 7:23 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Diharuskan… walau bagaimnapun solat bersendirian adalah lebih afdal. Reply

Posted by nara on 12/07/2012 at 3:47 am boleh tak kalo buat dalam versi rumi?? Reply

Posted by Shafi-Q on 14/07/2012 at 10:39 am InsyaAllah akan cuba diusahakan…

(19)

Posted by hilmydtho on 12/07/2012 at 10:22 pm bolehker kalau tk membaca penghulu istifar.. Reply

Posted by Shafi-Q on 14/07/2012 at 9:46 am Bolehh…

Reply

Posted by insan daif on 15/07/2012 at 6:28 am

Assalamualaikom, boleh kah buat dalam bahasa rumi, ktakan lah saya nie lemah, dlm ayat2

alquran dan zikir,, dan saya tulis pada kertas, dalam versi rumi, sambil solat, melihat kertas yg saya tulis td di sejadah, adakah sah,

Reply

Posted by Shafi-Q on 15/07/2012 at 8:17 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَو ِﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Sah solat itu…tapi pastikan ketika melihat kertas tersebut, pergerakan tidak melebihi 3 kali berturut2 yang boleh terbatalnya solat yang sedang dilakukan..

Tulisan rumi tu..memakan masa sedikit… InsyaAllah akan diusahakan…. Reply

Posted by insan daif on 15/07/2012 at 10:10 am

Alhamdulilah, tetapi bleh ke tanguhkan, wlupun sy tk boleh mmbaca jawi, sedeynye… Posted by Shafi-Q on 15/07/2012 at 10:52 pm

Perkara yang baik, janganlah ditangguhkan… bacalah apa saja yang dapat.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan

mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

Posted by fadil on 17/07/2012 at 9:58 pm

salam saya mau tnya soalan klu smasa sujud yg rakaat kedua yg terakhir itu bacaan sujud itu tidak smpai 40 kali. ada mjadi masalah ka

Reply

Posted by Shafi-Q on 17/07/2012 at 10:52 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

(20)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 20/92

Fadli buatlah mengikut kesanggupan/kemampuan dan yang pentingnya keikhlasan beribadat…

Reply

Posted by shahira on 23/10/2012 at 5:50 pm

bacaan yang 40 kali tu di baca dalam keadaan sujud kah / ? Posted by Shafi-Q on 26/10/2012 at 4:14 pm

ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا Ya tepat sekali!

Posted by Farah nadjwa on 17/07/2012 at 11:02 pm

Sye sebenarnyer tdk fhm cara2 hendak melakukan solat taubat..bole trgkn secara terperinci x? dimulai takbir dan diakhiri sala

Reply

Posted by Shafi-Q on 19/07/2012 at 1:59 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

CARA SOLAT TAUBAT seperti juga solat Subuh cuma berbeza pada niatnya dan ditinggalkan doa Qunut…

1. Niat Solat Taubat:

ﻰَﻟﺎَﻌَﺗ ِﱠِ ِﻦْﯿَﺘَﻌْﻛ َر ِﺔَﺑْﻮﱠﺘﻟا َﺔﱠﻨُﺳ ْﻰﱢﻠ َﺻ ُ◌ا.

Daku bersolat Sunat Taubat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2. Dan bacalah zikir istighfar selepas salam seperti di atas. Buat permulaan, jika tidak dibaca pun tidak mengapa…

(21)

Reply

Posted by Azizul Akram on 18/07/2012 at 2:27 pm

Bagaimana jika kita sudah melakukan solat sunat taubat, tetapi hati masih tidak tenang dan dibelenggu rasa bersalah… adakah perlu ulang solat tersebut atau mengamalkan amalan yg lain ? Reply

Posted by Shafi-Q on 19/07/2012 at 1:24 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman; “Pergilah

pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

Azizul buatlah seperti apa yang disaran dalam post di atas dan lakukanlah solat sunat taubat secara istiqomah kerana Rahmat Allah sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari jalan kebenaran dan Allah SWT ada berfirman: “Maka pintalah ampun kepada Allah dan

bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya.” (Surah

Hud, ayat 61) Reply

Posted by fadil on 19/07/2012 at 12:44 am tq ya tuan di atas info ini

(22)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 22/92

Posted by Farah nadjwa on 19/07/2012 at 11:39 pm Assalamualaikum,

Klu da buat solat taubat tp kite tdk meminte maaf kpd org yg kite sudah buat slh tu bole ke? Reply

Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 8:30 am ﮫُﺗﺎَﻛَﺮَﺑ َو ِﷲ ُﺔَﻤْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Tidak lengkap taubat dan solat tersebut dan terdapat ketidak-ikhlasan di situ…. Reply

Posted by puteri on 20/07/2012 at 2:31 am salam ustaz…sy nk tya,

1) tasbih yg dibaca ms sujud akhir tu adakah selepas tahiyat akhir dan bg salam yg pertama iaitu seperti solat hajat?

2) istifar selps solat tu ada a.b.c. tu adakah kena baca ke semuanya atau pilih 1 je?

3) doa nye panjang klu x dpt nk hafal adakah blh sy hya membaca nya dr kertas atau buku.. harap ustaz dpt membantu…syukran..jzk…

Reply

Posted by Shafi-Q on 21/07/2012 at 12:23 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Tahniah atas usaha Puteri untuk lakukan solat ini. Semoga taubat Puteri diredhai dan diterima Allah SWT…

1. Tasbih tu dibaca pada sujud sebelum duduk untuk baca tahiyat akhir. 2. Baca semua sekali.

3. Boleh dibaca berpandukan kertas. Reply

Posted by puteri on 21/07/2012 at 5:55 am

syukran ya ustaz..hya Allah yg dpt mbls jasa baik ustaz di atas ilmu yg dicurahkan kpd kami…

Posted by Hamka harun on 20/07/2012 at 3:03 pm

Tima kasih shbt..ssungguhnya ini adlh ilmu yg sgt brmanfaat.. Reply

(23)

Posted by azman on 21/07/2012 at 11:19 am salam, sy copy ye…

Reply

Posted by Surye on 22/07/2012 at 6:56 am Tq… ilmu yg membatu sy.. :

Reply

Posted by Rifdy on 22/07/2012 at 3:55 pm

Assalamualaikum…sya nak tnya bahagian bacaan tasbih…Klau dibca kna keluarkan suara ke atu ckp sekadar baca dlm hti dan doa taubat klau kta gntikn dgn doa sndri bolehkah ?? Mohon

penjelasan.. Reply

Posted by Shafi-Q on 23/07/2012 at 2:51 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَو ِﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Rifdy baca sekadar dapat didengari sendiri… diharuskan berdoa dengan ayat sendiri, yang penting faham apa yang dimohonkan…

Reply

Posted by izra on 23/07/2012 at 12:10 am

salam saya nak tnye,kalau sujud terakhir tak bace tasbih 40 kali tu tapi digantikan dengan doa di dalam hati boleh ke ?

bacaan doa solat taubat lepas solat tu,bace dalam bahasa melayu boleh ? salam,

Reply

Posted by Shafi-Q on 23/07/2012 at 3:43 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Bagi kedua-dua soalan tersebut dibolehkan. Reply

Posted by Naniss on 23/07/2012 at 5:08 am

Assalamualaikum saudara, saya cadangkan background colour bagi bacaan2 doa, zikir, tasbih dsb diwarnakan hitam atau putih. Rasanya lebih jelas utk dibaca.

(24)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 24/92

Reply

Posted by Shafi-Q on 23/07/2012 at 3:01 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَو ِﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Syukran atas cadangan Naniss. InsyaAllah akan dibaiki… Jazaakamullah Khairan Katsiran!

Reply

Posted by Naniss on 23/07/2012 at 5:10 am

Saya khuatir bacaan saya salah especially doa taubat di atas. Maaf ye.. Reply

Posted by faez on 25/07/2012 at 12:44 pm ُ

ﮫُﺗﺎَﻛَﺮَﺑ َو ِﷲ ُﺔَﻤْﺣَر َو ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟا​

Boley tak tolong post traselasi untuk yg tak boley baca ayat alquran.. Reply

Posted by Nyssa on 26/07/2012 at 11:27 am

Asalamualaikum..saya nak tanya bacaan surah selepas Al-fatihah tu perlu dibaca sekali je ke? Contohnya surah Al-kafirun..Saya ada terbaca dlm buku mengatakan kena baca 11kali? Reply

Posted by Shafi-Q on 26/07/2012 at 4:51 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَو ِﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Boleh dibaca dengan bilangan ganjil 1,3,7,11,21 sehinggalah 41x.. ikut kemampuan Nyssa. Reply

Posted by yazid on 27/07/2012 at 12:53 pm

erm, blh ka bca srh lain slain srh al-kafirun dan al-ikhlas slps bca al-fatihah…… Reply

Posted by Shafi-Q on 27/07/2012 at 7:24 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Membaca surah selepas al-Fatihah adalah sunnah…Yazid boleh baca mana-mana surah yang bersesuaian dan telah dikuasai dan hafal…

(25)

Posted by Faqrullnaim on 07/11/2012 at 4:47 pm Kalo ayat kursi boleh ke ustaz????

Posted by Shafi-Q on 10/11/2012 at 10:06 pm Bolehh..

Posted by izra on 28/07/2012 at 10:38 pm

salam ustaz,saya nak tnye.masa angkat takbir ihram dalam mase yang sama kita kene niat solat dalam hati sekali ke ?kalau saya niat solat dan niat solat dlm hati kemudian baru angkat takbir ihram,sah ke solat saya ?

Reply

Posted by Shafi-Q on 29/07/2012 at 6:40 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Walaupun dibolehkan berniat sebelum mengangkat takbir, adalah lebih afdal sepertimana pendapat mazhab Shafie, niat solat hendaklah dilintaskan dalam hati serentak dengan takbiratul ihram. Maka Izra ikutlah cara mazhab Shafie.

Reply

Posted by cik nana on 29/07/2012 at 7:37 pm mohon share kat blog sy ye…

Reply

Posted by Shafi-Q on 30/07/2012 at 3:03 am ﮫُﺗﺎَﻛَﺮَﺑ َوِ ﷲ ُﺔَﻤْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ ا

Sebagai menghargai ilmu dan membudayakan berdoa untuk saudara seMuslim serta mensejahterakan ummah, Cik Nana hadiahkanlah bacaan al-Fatihah dan doakan agar ana sentiasa beroleh kesihatan berpanjangan dan keredhaanNya.

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berdoa seorang Muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui

oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Reply

Posted by girl on 30/07/2012 at 10:56 am

salam,saya sdah buat solat taubat,mse saya sujud bc doa nabi yunus tu npe hati ini berdebar-debar? apakah tu biasa smasa kita wat solat taubat?

(26)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 26/92

Posted by Shafi-Q on 30/07/2012 at 1:03 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Alhamdulillah perasaan tersebut adalah sebahagian dari tanda2 keikhlasan girl..jadikanlah ia sebagai suatu ‘turning point’ kehidupan…Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang yang bertaubat dan menyucikan diri. Firman-Nya: “Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi

Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah, ayat 160). Dan firman-Nya lagi: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.”

(Surah al-Baqarah, ayat 222). Allah SWT juga turut berfirman : “Dan bertaubatlah kamu

kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan.” (Surah

an-Nur: ayat 31). Reply

Posted by fendy on 31/07/2012 at 2:07 am

Salam, sy telah melaksanakan solat taubat ini. Semasa melaksanakn solat taubat ini sy terasa badan ni meremang bulu roma sehingga membangkitkan rasa takut… Terasa seperti ada yg sedang memerhati.. Adakah itu hanya perasaan atau ada sesuatu.. Mohon dijelaskan jika ada penjelasan…. Reply

Posted by Shafi-Q on 31/07/2012 at 11:11 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Ia memperlihatkan keikhlasan Fendy bertaubat, beristiqomahlah dalam melakukan amal kebaikan… Firman Allah SWT.: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi

orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Reply

Posted by nof@rchi on 03/08/2012 at 8:47 pm

tima ksh ats pkongsian.. cuma nk tnya, jika kita tgh sarat mengandung, blh kah kita melakukan solat sunat taubat ini secara duduk di kerusi? dan blh kah pilih & hnya baca istighfar (a) shj stlh mberi salam?

Reply

Posted by Shafi-Q on 04/08/2012 at 10:20 am

Diharuskan solat dalam keadaan duduk dan jika tidak berkemampuan bolehlah pilih salah satu daripada istighfar tersebut.

Reply

(27)

terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan Reply

Posted by nof@rchi on 05/08/2012 at 8:12 am

1) Jika kita ikhlas meminta maaf kpd rakan2 tp hnya melalui email/status fb/sms secara terbuka .. kerana kita sendiri xpasti kita tlh bbuat slh dgn siapa apatah lg dgn rakan lain jantina.. adakah itu sudah mncukupi bg kita utk btaubat?

2) Jika kita sendiri dah meminta maaf kpd insan2 tertentu secara bdepan tp sbnrnya insan itu tidak ikhlas utk memaafkan kita.. adakah kita masih bhutang dosa dgn dia sehingga taubat kita tak diterima? perlu meminta maaf berkali2 ke?

Reply

Posted by Shafi-Q on 05/08/2012 at 10:17 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

1. Pemohonan maaf secara umum melalui alatan elektronik ini adalah suatu tindakan yang baik kerana setiap insan tidak terlepas dari melakukan kekilafan. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap

manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT.”

Ini bererti bahawa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat

kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).

Allah SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah

menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang atau sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Al-Imran: 133-134).

2. Tanggungjawab Nof sudah lepas tapi teruslah berbuat baik kepada insan tersebut dan jaga hatinya serta jangan mengulangi kesalahan itu lagi.

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku

beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan

denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan. Dan memberikan kedudukan tinggi bagi pemberi maaf. Kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus diikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.

Allah SWT berfirman: “…Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya

(28)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 28/92

Reply

Posted by Faqir Illallah on 06/08/2012 at 6:14 am

Sdra..doa taubat tu berlatar-belakang ungu..amat payah nak dibaca..kalau boleh post la yg biasa-biasa saja..terima kasih..

Reply

Posted by Shafi-Q on 06/08/2012 at 3:33 pm InsyaAllah akan diusahakan…

Reply

Posted by hamba Allah on 06/08/2012 at 12:48 pm

salam…sye nk tnye…bgaimana pula kalu seseorng tue dalam keadaan tidak suci (period) ingin melakukan solat taubat ini..die dlm keadaan tertekan dan bersalah sgt ata dosanya..bgaimana sye hendak membantu kwn sye yg dlm keadaan begini??period,tp masih ingin melakukan solat taubat..adkah ade cara lain untuk membantunya??

Reply

Posted by Shafi-Q on 07/08/2012 at 10:05 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Seseorang yang sedang ‘period’ adalah dilarang sama sekali melakukan solat. Jika rasa bersalah sekali pun, hanya dibolehkan berzikir sahaja.. buat sementara sebelum suci dan mandi hadas, nasihatkanlah sahabat sdri. supaya memenuhi masanya dengan memperbanyakkan membaca dan menghayati maksud zikir-zikir taubat, antaranya;

a) Istighfar: ِ

ﮫْﯿَﻟِإ ُبﻮُﺗ َأ َو ُم ْﻮﱡﯿـَﻘْﻟا ﱡﻲَﺤْﻟا َﻮُھ ﱠﻻِإ َﮫَﻟِإ َﻻ ْىِﺬﱠﻟا َﻢْﯿِﻈَﻌْﻟا َﷲ ُﺮِﻔْﻐَﺘْﺳَأ.

“Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.”

b) Tasbih ِ

ﻢْﯿِﻈَﻌْﻟا ﱢﻰِﻠَﻌْﻟا ِﺎِﺑ ﱠﻻِا َةﱠﻮُﻗ َﻻ َو َل ْﻮ َﺣ َﻻ َو ، ُﺮَﺒْﻛَا ُ ﷲ ﱠﻻِا َﮫَﻟِا ﻵ َو ،ِﱠِ ُﺪْﻤ َﺤْﻟا َو ِﷲ َنﺎ َﺤْﺒُﺳ.

“Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Dan banyak lagi zikir2 lain…rujuklah guru agama yang hampir.. Reply

Posted by kfendi on 07/08/2012 at 12:53 am

(29)

assalamualaikum ustaz…

dlam bulan ramadan yg mulia ini telah terbuka hati saya dan dipermudah oleh Allah untuk menjalankan ibadah.. sesungguhnya amatlah saya menyedari diri saya ini sekian lama dalam kerugian.. (sentiasa melakukan dosa dan meninggalkan suruhan termasuklah sembahyang 5 waktu dan berpuasa) saya benar benar ingin berubah dan menjadi insan yang bertaqwa.. izinkan saya bertanya beberapa soalan..

1. adakah sah ilmu yang saya pelajari melalui internet @ buku ini dibolehkan (kerana saya pernah terdengar yg belajar hanya melalui buku tanpa Guru adalah haram)

2. bagaimanakah untuk saya menebus dosa saya(minta maaf) terhadap orang yg telah saya buat salah seperti mencuri.. saya terlalu banyak mencuri dan ada diantara mereka telahpun meninggal dunia..

sekian.. harap ustaz dapat membimbing saya. Reply

Posted by Shafi-Q on 07/08/2012 at 10:50 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

1) Semua ilmu yang diambil dan dipelajari melalui internet @ buku boleh dijadikan sebagai pengetahuan dan panduan awal… perlulah dituruti dengan mendapatkan guru2 yang mursyid bagi mendapatkan bimbingan yang lebih jitu lagi sahih…

2) Taubat yang tingkatan paling tinggi di hadapan Allah SWT adalah taubat nasuha, iaitu taubat yang murni, dengan cara:

a. Bertaubat dan menyesali dosa yang sedang dibuat dan hentikan serta-merta.

b. Menyesali dan benci atas dosa yang dilakukan pada masa lalu dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan.

c. Apabila dosa atau kesalahan itu terhadap sesama manusia, maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya.

Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan

dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu

kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami,

sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

Maka Kfendi perlulah bertemu dengan mereka yang berkenaan dengan membawa barangan curi tersebut atau gantiannya sambil menyatakan keinsafan diri dan permohonan maaf. InsyaAllah Muslim beriman akan memaafkan kesalahan tersebut…dan tunjukkan dan kekalkanlah perbuatan baik terhadap mereka.

Allah SWT berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah

menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang atau sempit dan

(30)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 30/92

orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Al-Imran: 133-134).

Reply

Posted by Siti on 07/08/2012 at 2:42 am

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai zikir semasa sujud terakhir pada rakaat kedua. Bagaimana saya mahu mengira 40 kali zikir tersebut semasa sedang sujud? Bagaimana jika ia terkurang atau terlebih dari 40 kali? Terima kasih.

Reply

Posted by Shafi-Q on 07/08/2012 at 11:04 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Subhanallah.. Siti boleh gunakan anugerah Allah SWT pada jari tangan kita.. [semua ruas (28) + jari (10) + tangan (2) = 40]. Tidak mengapa pada permulaannya jika ada terkurang terlebih. InsyaAllah bila dah terbiasa akan tepatlah kiraannya

Reply

Posted by Siti on 07/08/2012 at 1:50 pm Hm.. Ok, terima kasih banyak banyak. Reply

Posted by NOR SHAZIHAH on 04/11/2012 at 10:53 pm TQ BANYAK -2

Reply

Posted by insan lemah on 07/08/2012 at 11:30 pm

assalamualaikum…utz..nk bertanya..jika kita telah berzina,kemudian,ia mnyesal dan ingin bertaubat,perlu ke die mmbersihkan diri dgn cara mandi hadas dan kemudian solat sunat taubat? bgaimana nk hindarkan diri dari buat dosa zina tu?dalam solat,jika kita xmampu menangis,adekah ia disebabkan hati kite telah kotor dan gelap?bagaimana kite nk tau taubat kite dterima @ x?mohon penjelasa..terima kasih…

Reply

Posted by Shafi-Q on 11/08/2012 at 1:36 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Alhamdulillah Sdr. telah diberi hidayah untuk bertaubat.

1) Sebenarnya mandi hadas tidak boleh mencuci dosa zina tapi ianya wajib bagi mengesahkan amal ibadah terutama solat yang menjadi tiang agama.

(31)

2) Cara menghindari daripada zina:

a. Jangan tinggalkan solat fardu. Banyakkanlah membaca Al-Quran berpuasa sunat. b. Dekatilah masjid dan kelas-kelas agama.

c. Membaca buku-buku agama terutama yang berkaitan dengan taubat. d. Carilah kawan-kawan yang boleh membawa ke arah kebaikan / positif.

e. Di samping itu apa yang lebih penting jauhilah perkara-perkara yang boleh menaikkan syahwat seperti web-web, video2, gambar2 lucah dsb.

f. Jarakkan hubungan dan bertemu dengan teman zina dan jika berkemampuan segerakanlah berkahwin (bernikah).

3) Selepas mandi wajib, lakukanlah solat taubat nasuha dengan keazaman dan penyesalan yang amat sangat.

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah

satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah

Al-Isra; Ayat 32).

4) Fikirkanlah sewaktu nak memulakan solat sekiranya mati pada hari ini tanpa sempat

menambah amal kebajikan, bertaubat dan memperbaiki segala dosa dan kesalahan selama ini, betapa besarnya azab dan seksaan menanti di alam barzakh dan akhirat. Sanggupkah kita menghadapinya nanti, jika masih tak terkesan di hati dan tak mengalir air mata, ini

menunjukkan ego kita masih besar terhadap Allah SWT…Na’uzubillah min zalik!

Allah SWT berfirman: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu

sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan

hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nur; Ayat 32).

5) Tanda taubat diterima adalah:

a) Timbul perasan benci setiap kali melihat, mendengar dan teringat terhadap perkara2 dosa yang pernah dibuat.

b) Menjauhi persekitaran dan tempat kerja yang mengundang dosa.

c) Mendapat sahabat yang baik dan mendorong ke arah kebajikan duania dan akhirat. d) Cepat dan mudah melakukan ibadah.

e) Dimurahkan rezeki yang halal. f) Dan banyak lagi….

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu

kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun;…. dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah…. Dengan yang

demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’am;

Ayat 151). Reply

(32)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 32/92

salam ustaz,saya ada hantar email kepada ustaz tapi masih belum mendapat maklum balas ustaz,mohon dari ustaz sila bantu saya reply please.salam.,terima kasih

Reply

Posted by izzat on 08/08/2012 at 8:23 am

salam ustaz, sedikit pertanyaan, 1) apa beza antara solat taubat dan solat taubat nasuha? adakah ia adalah sama ustaz. Dan jika ianya tidak sama,solat manakah lebih afdhal dilakukan? saya mahu bertaubat ustaz. Mohon ustaz bantu saya. TERIMA KASIH

Reply

Posted by Shafi-Q on 08/08/2012 at 4:23 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

1. Solat Sunat Taubat dilakukan secara istiqomah kerana kita sebagai insan yang lemah, setiap hari tidak terlepas dan sentiasa melakukan dosa2 kecil.

2. Solat Taubat Nasuha pula dilakukan selepas timbul penyesalan yang amat sangat ke atas ketelanjuran dan dosa2 besar yang telah dilakukan dan bertekad serta berazam tidak akan mengulanginya di masa hadapan.

Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan

dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu

kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami,

sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

باﻮﺼﻟﺎﺑ ﻢﻠﻋأ ﷲو

Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by ina on 16/10/2012 at 3:15 pm

niat Sholat taubat nasuha apa ustaz apa sm dgn dgn sholat taubat n bgmn cr mengerjakan sholat taubat nasuha n apa je doanya…sy ingin sgt melakukan shlt taubat nasuha sbb sy pna melakukan dosa besar.

Posted by Shafi-Q on 25/10/2012 at 1:44 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

(33)

Solat Taubat Nasuha sama seperti Sholat Taubat biasa… Cuma ia perlu ditunjukkan akan kesungguhan baik dari segi penyesalan, bacaan surah, kekhusyukan/tumpuan atau doanya. Adalah lebih baik menggunakan bahasa sendiri dan diluahkan segala penyesalan dan

pengakuan akan dosa besar tersebut serta berikrar tidak sesekali berniat atau melakukannya lagi di masa depan. Seterusnya bersungguh2lah memohon pengampunanNya…

Amr bin Ala pernah berkata: “Taubat nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan

dosa seperti kamu pernah mencintainya.”

Firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah

kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersamanya, sedangkan cahaya (iman dan amal soleh) mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan ‘Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami,

sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu’.” (Surah At-Tahrim, ayat 8)

Maka Ina janganlah bertangguh dan ragu2 lagi untuk melakukan Solat Taubat Nasuha ini. باﻮﺼﻟﺎﺑ ﻢﻠﻋأ ﷲو

Wallahu A’lam Bish Shawab

Posted by azwan on 09/08/2012 at 12:25 am

slm sye nk tnye..bolehkah pada rakaat 1 dan ke 2 kite baca surah lain selain kafirun dan al-ikhlas?? Reply Posted by Shafi-Q on 09/08/2012 at 1:06 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و Bolehh… Reply Posted by izra on 10/08/2012 at 12:14 am salam ustaz,

saya ada hantar lagi email. harap boleh tolong reply lagi. terimah kasih,salam

Reply

Posted by azie on 10/08/2012 at 8:26 am assalamu’alaikum

(34)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 34/92

Semoga Allah swt sihatkan tuan, melimpahkan rahmat dan kasih sayang berpanjangan dan panjangkan usia tuan untuk terus memberi ilmu yang amat bermanafaat ini…. Teruskan memberi ilmu dan didikan… Terima kasih.

Reply

Posted by Shafi-Q on 11/08/2012 at 12:22 am ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Alhamdulillah, AMIN…

Jazaakillaahu Khairan Katsiran.. Reply

Posted by ingin ketenangan on 11/08/2012 at 4:06 am

saye dah lame rase nak bertaubat. cume baru-baru ni keinginan tu makin kuat. langkah pertame saye tinggalkan boyfriend saye. saye nak buat solat taubat. tapi masalah nya. solat 5 waktu pun saye dah lame tak buat. saye sedih bile saye perlu belajar bagaimana nak solat. bile saye mengaji lidah saye kelu. Alhamdulillah seminggu ni saye dah boleh solat cume tak berape nak sempurna. Saye dah terase bile saye jage solat, hati saye tenang, perasaan sayang kepada keluarga saye makin kuat maka saye rase serba salah sebab selame ini banyak dosa saye dengan keluarga saye

sedangkan mereka selalu menasihati dan membimbing saye. dan mungkin sebab kesabaran dan doa mereka saye berubah. saye rase banyak dosa yang saye buat dengan keluarga saye sama ada dosa secare terang dan tersembunyi. soalan saye perlukah saye membuka aib saye untuk meminta maaf kepade mereka? Doa kan saye terus berade di landasan yang benar. Insyaallah.

Reply

Posted by Shafi-Q on 12/08/2012 at 7:41 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Alhamdulillah adik telah menerima hidayah dalam bulan yang penuh berkat ni…dan tahniah kerana mengambil langkah tepat dengan bersolat dan mengaji semula… alangkah bertuahnya adik memiliki keluarga yang mengambl berat mengenai diri adik…

Bagi menambah kefahaman, menyelami sikap dan perasaan serta memudahkan membantu adik, eloklah diceritakan segala apa yang telah berlaku…tapi dengan syarat keluarga adik adalah dari jenis yang dapat bersabar, sedia menerima/redha dan tidak menceritakan pada orang lain… dan jika sebaliknya, tidak boleh menyimpan rahsia dan emo.. adik simpan saja dan banyakkanlah melakukan solat taubat.

Reply

Posted by zaheera on 15/08/2012 at 3:37 am

alhamdulilah…saya beterima kasih sgt2 dengan ilmu yg telah dikongsikan. saya ada beberapa soalan nak ditanyakan..

(35)

tegerak untuk berubah dan segera meninggalkan segala dosa2 besar yg telah saya lakukan yang sebelum ni islam atas nama shj. saya juga telah bhijrah dan mendapat kawan2 yg baik akhlak nya. 2) adakah saya perlu meminta maaf kepada orang yang telah saya tinggalkan yang juga telah menganiaya saya dan banyak mempengaruhi saya utk melakukan dosa2 besar dan mgugut utk mmbuka aib saya jika saya mninggalkan nya.

3) saya dibelenggu dengan dosa2 yang bukan saya sendiri nak buat,tapi atas sebab dipaksa dan saya rasa sangat berdendam dan sehingga menyebabkan trauma yg teruk, adakah ini satu ujian besar kpada saya atau ada hikmah di sebalik nya?

terima kasih.. Reply

Posted by Shafi-Q on 15/08/2012 at 8:35 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ْﻢَﻜْﯿَﻠَﻋ ُمَﻼﱠﺴﻟ َ◌ا

Syukur kepada Allah blog shafiqolbu bermanfaat kepada Sdri. Tahniah juga dalam bulan yang penuh rahmat ini Sdri. mendapat hidayah petunjuk dari Allah SWT dan ditemukan rakan yang baik…

1. Berhati2lah dengan ‘hijrah’, jangan terjerumus dengan puak2 tertentu dan terikut2 dengan trend segelintir artis kebelakangan ini yang sebelumnya banyak memberi pengajaran dan

ketenangan kepada masyarakat ramai melalui lakonan dan lagu keinsafan tapi setelah berhijrah, saban malam mencaci dan mencerca muslim lain di pentas2 ceramah malah tergamak

mencemar kemurnian masjid dan kemuliaan Ramadhan melalui takzirah sehingga memecah belahkan masyarakat kariah dan mengganggu ibadah Tarawih. Sepatutnya bukan setakat ‘berhijrah’ tapi perlu kembali ke fitrah dengan mengamalkan ajaran Islam sebenar, jangan bertopengkan agama demi kepentingan politik duniawi kerana bersifat qanaah, menjaga ukhwah dan perpaduan sesama muslim itu lebih utama dan menjadi kewajiban orang beriman supaya tidak diinjak2 oleh musuh2 Islam yang sentiasa menanti peluang.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia

mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari

dan Muslim)

2. Sebagai hambaNya kita perlu sentiasa memohon maaf tanpa mengira kawan atau lawan, bersalah ataupun tidak, bahkan perlu juga meminta maaf pada roh dan diri sendiri kerana telah berlaku zalim dan kecurangan menjaga amanah Allah Ta’ala. Berkenaan dengan orang yang menzalimi Sdri., mintalah maaf kepadanya sambil menasihatkanya supaya bertaubat dan menghadiahkan buku2 agama. Kemudian berusahalah menjauhkan diri daripada

kehidupannya dan jika dia bertindak melampau sehingga boleh mengaibkan Sdri buatlah laporan polis.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan

mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222).

3. Usahlah terbeban dengan trauma lalu..’it’s enough’ buka buku dan hidup baru… Allah ar Rahman ar Rahim masih sayangkan Sdri., buktinya Dia menggerakkan hati untuk berubah, pasti ada hikmah padanya.. maka beristiqomahlah dengannya, jangan diulangi kehidupan lalu….

(36)

shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ 36/92

باﻮﺼﻟﺎﺑ ﻢﻠﻋأ ﷲو

Wallahu A’lam Bish Shawab

Reply

Posted by Yg mencari TAQWA. on 15/08/2012 at 1:24 pm Assalamualaikum.

Saya nak berkongsi pengalaman saya bertaubat.harap dapat membantu kawan2 yg ingin kembali kepada fitrah iaitu menjadi muslim yg bertaqwa.

Alhamdulilah umur 40thn baru saya tersedar dari lena yg panjang.sebelum ni masa dioversea saya langsung x solat dan bila dah kahwin kerja pun saya solat x penuh,Al-Quran x pernah baca .sy tidak gemar cerita2 keislaman.saya hidup sebagai islam tapi acuh x acuh saja hal keagamaan.Saya jenis minat cerita fiksyen satu hari saya terbaca kisah pasal dajjal so sampai habis baca,penulis sarankan menonton siri the Arrival.siri ni ada 51 episod.boleh cari dlm you tube ada serikata BM.

Selepas menonton semua episod saya tersedar yg cara hidup saya tak betul.saya ditipu oleh fitnah dunia yg dicipta oleh kaum2 dajjal.tv dan hiburan dan kebanyakan semua yg ada disekeliling kita adalah fitnah dunia.Alhamdulillah Allah swt beri taufik dan hidayah pd saya melalui cerita2 ini. Masa itu saya bertaubat sungguh2.buat solat sunat taubat.setiap kali solat saya menangis

teresak2.Saya batalkan insuran konvesional saya,saya batalkan ASB saya .Saya juga tidak lagi ke panggung wayang.Saya juga berusaha menutup aurat yg betul.Bila keluar pakai stokin dan sentiasa berbaju labuh dan longgar.Saya berusaha jaga aurat sy dgn ipar duai.Saya juga mula belajar Al-Quran dikelas yg hanya dihadiri kanak2.Walaupun mereka memandang saya dgn heran tapi saya buang rasa malu dan berusaha bersungguh menghafal zikir,doa dan ayat2 Al-Quran. Saya qada solat2 saya,saya qada puasa2 saya.saya buat solat sunat tasbih dan pd bulan ramadan saya berdoa pd Allah swt kurniakan pada saya mlm Lailatulqadar.

Semasa memandu ketempat kerja saya x henti2 berdoa supaya Allah swt kurniakan saya Mlm lailatulqadar.

Seingat saya ramadan hari yg ke21,siangnya saya bersama keluarga keluar membeli baju

raya.kami hanya sempat berbuka nasi campur +air tanpa ada apa2 makanan tambahan lain.kami cepat2 makan dan bergegas mengejar solat maghrib dirumah dan cepat2 siap utk solat terawih dimasjid.

Balik terawih saya buat qada solat dan tidur dengan doa supaya saya dpt mlm lailatulqadar.Saya bangun solat tahajud dan kejut anak saya utk solat tahajud.Masa lepas tahajud saya berdoa

memohon ampun dari Allah .waktu itu saya menangis teresak dan rasa seram sejuk.Ada ustaz2 kata kalau nak tahu kehadiran malaikat,kita kan rasa meremang .itulah yg saya rasa.Wallahualam. Pagi tu saya rasa cuaca sgt baik dan dlm hati saya ,saya terdetik ya inilah mlm

lailatuqadar.Esoknya bila saya pergi kerja,tiba2 teringat dosa2 saya pada rumput dibelakang rumah saya yg saya selalu saya siramkan minyak2 lebihan masak..tiba2 saya rasa berdosa pd makcik cleaner yg saya selalu bersangka buruk pada dia.Saya masuk bilik meeting dan saya menangis semahu2nya dan bersujud memohon ampun dari Allah swt.Saya cari makcik cleaner dan memeluk dan meminta maaf dari dia.

Keesokan harinya anak saya telepon dia kata Ustaznya kata mlm 21hb itulah mlm lailatulqadar berdasarkan tanda2 dan cerita2 org.Wallahualam.

(37)

Pagi syawal saya memohon maaf pd suami dan pada anak2 saya .Saya katakan pada anak saya ,ibu minta maaf kerana selama ini ibu tidak menjadi contoh yg baik.Anak saya kata ‘Tak apa mama,sekarang mama dah baik”

Sekarang ramadan ke2 saya selepas insaf.Saya dah khatam Al-Quran dan terjemahan. Tapi masih sedang belajar memperbaiki bacaan.Skrg Saya akan cepat rasa berdosa jika saya buat sesuatu kesalahan.Bila rasa itu dtg saya akan cepat2 beristifar.Saya masih qada puasa dan qada solat kerana terlalu byk yg telah saya tinggalkan.Saya masih sedang melawan sifat2 yg tidak baik dlm diri saya.Bila saya melawan itu terasa sgt sukar tapi saya selalu katakan pd diri saya ,ini adalah bekalan akhirat.kalau saya mati esoknya sekurang2nya saya ada kebaikan.

Saya berazam ingin membuat byk kebaikan kerana kebaikan boleh meghapuskan keburukan.Saya tidak mempunyai ilmu yg banyak seperti alim2 ulama atau seperti ustazah diluar sana.Jadi saya perlu sediakan anak2 yg soleh dan sedekah yg banyak serta kebaikan pd org utk bekalan diakhirat nanti.

Skrg anak lelaki saya sudah masuk pusat tahfiz dan masa peperiksaan hari tu dia menjadi 10 pelajar terbaik.Ini berkat doa saya dan Alhamdulillah Allah dgr permintaan saya.Mmg Allah swt

sayangkan saya.

Saya berusaha bersangka baik dgn org .Mmg payah utk membuang sifat mazmumah yg telah tertanam dlm diri kita.Kdg2 saya sampai menangis nak cuba tinggalkan sifat2 yg tidak baik itu. Saya sentiasa bersangka baik dgn Allah swt.Contohnya Kalau dulu saya sgt kedekut.tapi skrg bila ada org2 yg menjual ditepi jalan dtg kepada saya,saya katakan ini sebenarnya Allah nak tambah pahala saya.

Bila suami sakit saya katakan ini peluang saya nak tambah pahala.Saya jaga dia baik2 dan berdoa Allah cepat sembuhkannya.Ada satu hari bila suami sakit,saya nasihatkan dia,dan baca kitab tauhid padanya supaya hati dia tenang.Berkat doa saya yg tidak putus2 dan bersangka baik dgn Allah keesokan harinya sepatutnya suami saya dimasukkan ke wad,sudah boleh bangun sendiri sedikit demi sedikit dan tidak perlu masuk hospital.Dlm hati saya berkata inilah berkat bersangka baik dgn Allah.

Percayalah adik2 dan kawan2,hati kita akan sentiasa tenang jika kita bersangka baik dgn Allah swt dan bersangka baik dgn org.

Inilah serba sedikit pengalaman taubat saya.Moga boleh jadi panduan utk adik2,serta rakan dialam maya ini.Yg penting lepas solat jgn lupa baca doa supaya Allah swt kekalkan hidayah yg telah dia kurniakan.Ini kerana dikeliling kita terlalu byk godaan yg boleh melalaikan kita.Selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Minta maaf kdp tuan punya blog kerana menulis dgn pjg lebar.Saya berdoa Allah swt ampunkan dosa saya jika menulis disini menyebabkan saya rasa riak dgn perubahan diri saya.Saya tidak tahu tapi Allah yg Maha mengetahui.Ya ALLAH ampunkan kan lah aku”.Ya ALLAH Jgnlah kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata”

Wasalam. Reply

Posted by Shafi-Q on 16/08/2012 at 2:25 pm ﮫُﺗﺎَﻛ َﺮَﺑَوِ ﷲ ُﺔَﻤ ْﺣَر َو ُمَﻼﱠﺴﻟا ْﻢُﻜْﯿَﻠَﻋ َ◌و

Referensi

Dokumen terkait