• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberhutangan Yang Serius Dalam Kalangan Kakitangan Penjawat Awam Di Jabatan Perangkaan Negeri Kedah 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Keberhutangan Yang Serius Dalam Kalangan Kakitangan Penjawat Awam Di Jabatan Perangkaan Negeri Kedah 1"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERHUTANGAN YANG SERIUS DALAM KALANGAN

KEBERHUTANGAN YANG SERIUS DALAM KALANGAN KAKITANGANKAKITANGAN PENJAWAT AWAM DI JABATAN PERANGKAAN NEGERI KEDAH PENJAWAT AWAM DI JABATAN PERANGKAAN NEGERI KEDAH

1.0

1.0 PERNYATAAN MASALAHPERNYATAAN MASALAH 2.0

2.0 PERSOALAN KAJIANPERSOALAN KAJIAN 3.0

3.0 OBJEKTIF KAJIANOBJEKTIF KAJIAN 4.0

4.0 HIPOTESISHIPOTESIS 5.0

5.0 SOROTAN LITERATURESOROTAN LITERATURE 6.0

6.0 KERANGKA KAJIANKERANGKA KAJIAN 7.0

7.0 METODOLOGI KAJIANMETODOLOGI KAJIAN -- Rekabentuk kajianRekabentuk kajian -- Keadah persempelanKeadah persempelan -- Keadah pegumpulan dataKeadah pegumpulan data -- Keadah analisis dataKeadah analisis data

(2)

Pendahaluan Pendahaluan

Dewasa ini amalan berhutang menjadi fenomena yang biasa dalam kalangan rakyat Dewasa ini amalan berhutang menjadi fenomena yang biasa dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Namun jelas ketara senario Malaysia sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Namun jelas ketara senario keberhutangan ini yang tinggi sering dikaitkan dengan golongan pekerja muda namun tidak keberhutangan ini yang tinggi sering dikaitkan dengan golongan pekerja muda namun tidak terkecuali juga bagi golongan yang berusia. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai terkecuali juga bagi golongan yang berusia. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai literasi yang cukup dalam menguruskan perbelanjaan, pinjaman, simpanan dan pelaburan. literasi yang cukup dalam menguruskan perbelanjaan, pinjaman, simpanan dan pelaburan. Maka tidak hairanlah apabila laporan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (2014) mendapati Maka tidak hairanlah apabila laporan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (2014) mendapati  bahawa

 bahawa 58% 58% daripada daripada golongan golongan yang yang diisytihar diisytihar muflis muflis merupakan merupakan golongan golongan muda. muda. MenurutMenurut mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, statistik sejak tahun mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, statistik sejak tahun 2010 hingga April 2015 menunjukkan daripada 107,000 individu yang diisytihar muflis, 2010 hingga April 2015 menunjukkan daripada 107,000 individu yang diisytihar muflis, 23,484 daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun. 23,484 daripadanya adalah golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun. Tambahan beliau lagi, seramai 1,469 belia di bawah umur 25 tahun turut muflis manakala Tambahan beliau lagi, seramai 1,469 belia di bawah umur 25 tahun turut muflis manakala individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang individu yang berumur antara 35 hingga 44 tahun pula merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan muflis iaitu sebanyak 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan.

diisytiharkan muflis iaitu sebanyak 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan.

Definasi hutang menurut Fazli, Ahmad Hariza dan Amim (2011) ialah suatu bayaran Definasi hutang menurut Fazli, Ahmad Hariza dan Amim (2011) ialah suatu bayaran yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan serta akan dibayar yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan serta akan dibayar kembali pada satu tempoh tertentu. Individu yang berhutang perlu bertanggungjawab ke kembali pada satu tempoh tertentu. Individu yang berhutang perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana membayarnya adalah satu kewajipan (Zakaria, Kader, Jaafar & Marican, atasnya kerana membayarnya adalah satu kewajipan (Zakaria, Kader, Jaafar & Marican, 2012). Terdapat beberapa sebab seseorang individu itu berhutang mengikut statistik yang 2012). Terdapat beberapa sebab seseorang individu itu berhutang mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada Januari 2014 dikeluarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada Januari 2014 adalah disebabkan oleh sewa beli kenderaan (671 kes), pinjaman perumahan (484 kes), adalah disebabkan oleh sewa beli kenderaan (671 kes), pinjaman perumahan (484 kes),  pinjaman

 pinjaman peribadi peribadi (455 (455 kes), kes), penjamin penjamin perniagaan perniagaan (263 (263 kes), kes), hutang hutang kad kad kredit kredit (188 (188 kes),kes),  penjamin

 penjamin sosial sosial (132 (132 kes), kes), penjamin penjamin korporat korporat (37 (37 kes), kes), hutang hutang cukai cukai pendapatan pendapatan (25 (25 kes),kes), hutang biasiswa/pinjaman pelajaran (2 kes) dan lain-lain keberhutangan (31 kes). Oleh itu hutang biasiswa/pinjaman pelajaran (2 kes) dan lain-lain keberhutangan (31 kes). Oleh itu

(3)

 pengetahuan mengenai pengurusan kewangan adalah sangat penting pada era globalisasi ini kerana hampir setiap urusan yang dilakukan melibatkan pengurusan kewangan dan perlu diterapkan kepada setiap pelajar dari bangku sekolah lagi.

Oleh itu, langkah yang proaktif perlu diambil oleh pihak berwajib dalam memberi  pendidikan kewangan yang tinggi sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup. Individu yang mempunyai krisis kewangan cenderung untuk menghadapi tekanan hidup di mana salah satu punca stress adalah masalah kewangan yang dihadapi ( Ferliset al, 2009; Abouseria, 1994). Keadaan seperti ini akan menimbulkan kecelaruan dalam hidup yang boleh mengakibatkan sakit mental jika tidak ditangani dengan bijak.

Pernyataan masalah

Pembiayaan secara hutang menjadi suatu amalan yang biasa dan banyak dilakukan dalam kalangan rakyat di Malaysia, terutamanya bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan (Azlina Zainal et. al. 2013: 446). Kemudahan berbagai-bagai jenis pembiayaan hutang dibuat kepada perkara-perkara yang perlu, seperti untuk memiliki rumah kediaman, kenderaan, pendidikan dan sebagainya (Ahmad Hidayat 2009: 5). Ia telah menjadi suatu keperluan terutama dalam masyarakat yang bersifat konsurisme pada zaman moden ini (Ahmad Hidayat 2009: 2). Pengambilan hutang isi rumah ini bagi mendapatkan barangan dan  perkhidmatan sebagai suatu keperluan asas dalam kehidupan (Azlina Zainal et. al. 2013). Kesemua perkara tersebut jelas menjadi suatu tanggungjawab terhadap ketua bagi sesebuah keluarga atau isi rumah sebagai nafkah. Mengikut mazhab Shafie’, nafkah menjadi tanggungjawab seseorang kepada ibu bapa dan ke atas serta anak-anak dan ke bawah (Wahbah al-Zuhailiy, 2001: 950). Menjadi tanggungjawab seorang suami atau bapa untuk menyediakan sebuah rumah kerana telah termaktub dalam syariat Islam bahawa menyediakan

(4)

tempat tinggal sebagai salah satu nafkah yang wajib ditunaikan lantas kemudahan pinjaman digunakan bagi memenuhi keperluan dan kehendak sesebuah keluarga. Namun kadang kala kadar pinjaman tidak selari dengan jumlah pendapatan. Ini meyebabkan individu itu menanggung beban hutang yang kritikal. Seseorang individu itu dikatakan berada dalam keterhutangan kewangan yang serius apabila jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud baki gaji akhir adalah kurang daripada 40%. Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%. Di antara jenis pinjaman atau hutang yang ditawarkan dalam pasaran adalah seperti sewa beli, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman perumahan dan kenderaan. Hutang secara dasarnya dibahagikan kepada dua iaitu hutang baik dan hutang memudaratkan. Hutang baik adalah seperti pembelian aset  perumahan manakala hutang memudaratkan adalah hutang yang tidak memberikan keuntungan kepada penghutang dan menurut petikan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Oktober 2014, seramai 41 orang belia Malaysia berumur lingkungan 21  –   40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat daripada bebanan hutang yang tinggi serta jahil dalam ilmu pengurusan kewangan. Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) pula sejumlah 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun 2013. Perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 mencatatkan seramai 243,823 orang telah diisytiharkan muflis. Daripada jumlah tersebut, 57 peratus terdiri daripada mereka yang berusia di bawah 45 tahun. 50 peratus daripada kumpulan ini ialah  pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih memeranjatkan apabila 15  peratus daripada mereka tiada tabungan atau simpanan, manakala 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan (Liaw J., 2014), Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, peratusan kes kebangkrapan atau muflis yang paling tinggi di

(5)

kalangan belia adalah melibatkan pinjaman kenderaan iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman  persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26  peratus dan kad kredit, 4.9 peratus.

Salah satu aspek pengurusan hutang yang tidak teratur adalah disebabkan oleh  pendapatan yang tidak selari dengan perbelanjaan menjadikan pekerja muda terpaksa  berhutang untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Pekerja muda dilihat  perlu berhutang dalam memperoleh aset seperti memiliki rumah, kenderaan dan sebagainya  bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Menurut National Summit on Retirement Savings (2002), pembelian yang tidak terancang sering menyebabkan pekerja muda berada dalam keadaan keberhutangan kerana hutang memberikan laluan mudah kepada individu untuk memiliki apa yang diidamkan. Statistik pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan seramai 11, 264 pekerja muda telah diisytiharkan muflis mengesahkan keadaan ini. Selain itu, tren keberhutangan yang berlaku dalam kalangan golongan pekerja muda adalah disebabkan oleh kurangnya literasi mengenai kewangan (Kidwell & Brinberg, 2003). Ketidakcukupan literasi kewangan menjadikan seseorang individu itu tidak mampu bersaing dalam kemajuan industri kewangan yang dilihat semakin  pesat dengan penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menjadi cabaran kepada golongan pekerja untuk meningkatkan  pengetahuan kewangan yang dimiliki masing-masing. Ini disokong oleh laporan Buletin Ringgit (2011), yang mendapati bahawa pekerja muda tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik tanpa penambahan pengetahuan kewangan terutamanya ketika industri kewangan yang semakin berkembang.

Perubahan sikap terhadap wang dilihat berdasarkan penilaian individu terhadap wang sama ada positif mahupun negatif berdasarkan literasi kewangan, pengalaman kewangan dan sosialisasi kewangan ketika kanak-kanak (Kim & Chatterjee, 2013). Dalam konteks ini, sikap

(6)

terhadap wang yang positif dapat dilihat apabila individu menganggap wang sebagai simbol kekayaan dan kemegahan manakala sikap terhadap wang yang negatif ialah wang dilihat sebagai bukan keutamaan dalam kehidupan individu. Kesinambungan daripada itulah, wujudnya segelintir golongan pekerja muda yang sering mengukur standard kehidupan  berdasarkan barangan yang dimiliki seperti bilangan kenderaan, kad kredit dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka sanggup berhutang agar mendapat pengiktirafan daripada rakan sebaya yang lain. Pekerja muda yang memiliki sikap negatif terhadap wang dilihat cenderung membelanjakan wang secara tidak terancang sekaligus menyebabkan pengurusan hutang yang tidak bijak.

Selain aspek literasi kewangan dan sikap terhadap wang, aspek psikologi turut dikaitkan dengan pengurusan hutang. Ini menurut Brennan, Zevallos dan Binney (2011)  pengurusan hutang yang baik turut dikaitkan dengan faktor psikologi iaitu estim diri atau

kawalan diri yang tinggi. Oleh yang demikian, memiliki estim diri yang tinggi adalah amat  penting bagi golongan pekerja muda kerana dapat membantu menguruskan aspek hutang

yang dimiliki. Semakin tinggi keyakinan dirinya terhadap aspek kewangan maka semakin tinggilah tahap kawalan diri terhadap kewangan peribadinya. Associated Press (2013) mendapati golongan pekerja muda mempunyai masalah tekanan kewangan akibat dibelenggu masalah hutang yang berterusan sehingga memaksa mereka bekerja sepanjang hayat.

Oleh itu, kajian ini dilakukan melibatkan kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia  Negeri Kedah bagi mencari faktor-foktor yang menyebabkan seseorang individu itu  berhutang dan mencari hubungan antara pendidikan kewangan sikap dan psikologi terhadap

(7)

Persoalan kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana kadar keberhutangan dalam kalangan kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah dalam menguruskan kewangan berdasarkan aspek yang dikaji seperti di bawah.

i. Apakah faktor-faktor penyebab seseorang itu berhutang

ii. Adakah terdapat hubungan kadar keberhutangan perbezaan antara jantina

iii. Adakah terdapat perkaitan yang signifikan antara kadar keberhutangan dengan literasi kewangan

iv. Adakah perkaitan antara sikap dan psikologi terhadap wang menjadi punca masalah keberhutangan.

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji tingkahlaku pengurusan kewangan di kalangan kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Kedah. Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti

i. Faktor-faktor menyebabkan kakitangan dalam Jabatan Perangkaan Negeri Kedah  berhutang

ii. Tahap pengetahuan kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Kedah mengenai  pengurusan kewangan

(8)

Hipotesis

Hipotesis null adalah seperti berikut:

i. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kadar keberhutangan dan jantina. ii. Tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap kadar keberhutangan dengan

literasi kewangan dan tahap pendidikan kakitangan

iii. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan psikologi terhadap wang menjadi punca masalah keberhutangan.

Definisi Operasi Hutang

Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat 555, definisi hutang adalah sebarang wang yang dipinjamkan daripada orang lain atau belian atau jualan yang bayarannya ditangguhkan. Selain itu hutang juga adalah kewajiban membayar balim sesuatu yang diterima. Namun menurut Fazli, Ahmad Hariza dan Amim (2011) hutang ialah suatu bayaran yang dilakukan oleh individu bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan serta akan dibayar kembali pada satu tempoh tertentu. Individu yang berhutang perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana membayarnya adalah satu kewajipan (Zakaria, Kader, Jaafar & Marican, 2012). Di antara jenis pinjaman yang ditawarkan dalam pasaran adalah seperti sewa beli,  pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman perumahan dan kenderaan (Celik Wang,

2009). Hutang secara dasarnya dibahagikan kepada dua iaitu hutang baik dan hutang memudaratkan. Hutang baik adalah seperti pembelian aset perumahan manakala hutang memudaratkan adalah hutang yang tidak memberikan keuntungan kepada penghutang.

(9)

Bankrap / Muflis

Defini bankrap menurut laman web rasmi Jabatan Insolvensi Malayisa ialah merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap mereka yang  berkenaan sekiranya keberhutangan lebih daripada RM30, 000. Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat 125, bankrap juga boleh didefinisikan sebagai berada dalam keadaan tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis.

Sikap Dan Psikologi Terhadap Kewangan

Perkataan ‘attitude’ atau sikap berasal daripada terma bahasa Latin iaitu aptus yang  bermaksud sesuai atau kesesuaian (Ramayah et al., 2002). Manakala Plotnik dan

Kouyoumdjian (2008) pula mendefinisikan sikap sebagai kepercayaan atau pendapat yang melibatkan penilaian tentang sesuatu objek, individu atau sesuatu kejadian dan ianya mempengaruhi perlakuan individu tersebut dalam cara yang khusus terhadap objek, individu atau kejadian yang dinilai. Oleh itu, sikap boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang individu terhadap sesuatu (individu lain, objek atau isu) yang merangkumi komponen  perasaan (suka, tidak suka atau neutral) dan ianya diterjemahkan melalui perbuatan/tindakan. Menurut teori psikologi, terdapat tiga asas sikap iaitu emosi, rasional dan tingkah laku individu pada masa lepas yang digunakan sebagai pendekatan dalam memahami pembentukan sikap (Olson dan Kendrick, 2008). Komponen-komponen tersebut dikenali sebagai  pendekatan “tripartite” atau model komponen sikap ABC (Affect, Behavior, Cognition).

Perubahan sikap terhadap wang pula dilihat berdasarkan penilaian individu terhadap wang sama ada positif mahupun negatif berdasarkan literasi kewangan, pengalaman kewangan dan sosialisasi kewangan ketika kanak-kanak (Kim & Chatterjee, 2013). Dalam konteks ini, sikap terhadap wang yang positif dapat dilihat apabila individu menganggap

(10)

wang sebagai simbol kekayaan dan kemegahan manakala sikap terhadap wang yang negatif ialah wang dilihat sebagai bukan keutamaan dalam kehidupan individu. Kesinambungan daripada itulah, wujudnya segelintir golongan pekerja muda yang sering mengukur standard kehidupan berdasarkan barangan yang dimiliki seperti bilangan kenderaan, kad kredit dan sebagainya sehingga menyebabkan mereka sanggup berhutang agar mendapat pengiktirafan daripada rakan sebaya yang lain. Pekerja muda yang memiliki sikap negatif terhadap wang dilihat cenderung membelanjakan wang secara tidak terancang sekaligus menyebabkan  pengurusan hutang yang tidak bijak.

Selain aspek literasi kewangan dan sikap terhadap wang, aspek psikologi turut dikaitkan dengan pengurusan hutang. Ini menurut Brennan, Zevallos dan Binney (2011)  pengurusan hutang yang baik turut dikaitkan dengan faktor psikologi iaitu estim diri atau kawalan diri yang tinggi. Oleh yang demikian, memiliki estim diri yang tinggi adalah amat  penting bagi golongan pekerja muda kerana dapat membantu menguruskan aspek hutang yang dimiliki. Semakin tinggi keyakinan dirinya terhadap aspek kewangan maka semakin tinggilah tahap kawalan diri terhadap kewangan peribadinya. Associated Press (2013) mendapati golongan pekerja muda mempunyai masalah tekanan kewangan akibat dibelenggu masalah hutang yang berterusan sehingga memaksa mereka bekerja sepanjang hayat.

Sorotan Kajian

Pengurusan Hutang/ Kewangan

Terdapat beberapa faktor yang dilihat dapat mempengaruhi pengurusan hutang atau kewangan dalam kalangan pekerja. Di antaranya ialah faktor sosiodemografi yang dapat dilihat menerusi faktor jantina, umur, tahap pendidikan, pendapatan bulanan isi rumah, status  perkahwinan dan bilangan tanggungan (Husniyah et al., 2005; Baek & Hong, 2004). Menurut

(11)

Walker, Tremblay dan Parkhurst (1984), status perkahwinan, tempoh perkahwinan, bilangan tanggungan, tahap pendidikan dan pendapatan turut dilihat perkaitannya dengan pengurusan hutang. Kesemua faktor sosiodemografi tersebut sering digunakan oleh pengkaji lepas bagi melihat perkaitan atau perbezaan terhadap tingkah laku kewangan individu. Ini adalah kerana menurut DeVaney, Gorham, Bechman dan Haldeman (1996), faktor sosiodemografi dapat menerangkan bagaimanakah individu merancang perbelanjaan terutamanya dalam  pembayaran hutang dan penyimpanan wang pada masa hadapan. Menurut Henry, Weber dan Yarbrough (2001), individu yang berusia 25 tahun ke atas telah mula merancang kewangan masing-masing berdasarkan matlamat yang ingin dikecapi dan mula mengumpul wang, meningkatkan tahap pendidikan, mencari dan mengukuhkan kerjaya dan seterusnya memulakan kehidupan berkeluarga. Oleh itu, memiliki hutang bagi tujuan mencapai matlamat kewangan masing-masing adalah sesuatu yang diperlukan. Menurut Laporan Kaji Selidik oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) berkaitan Tingkah laku dan Tabiat Kewangan dalam Kalangan Pekerja Muda (2012), terdapat 47% golongan pekerja muda yang  berumur 18 hingga 35 tahun mengalami masalah hutang yang serius. Statistik ini sekaligus

menjelaskan ketidakmampuan golongan muda menguruskan hutang dengan betul.

Menurut Abdul Basit et al (2014), kadar hutang pada masa kini sangat membimbangkan di mana lebih kurang 47% golongan muda mempunyai kadar hutang yang serius. Rata rata individu mempunyai hutang atau membuat pinjaman untuk tujuan menaik taraf hidup supaya lebih selesa. Ini dikukuhkan lagi dengan hasil dapatan daripada kajian Nur Aisyatul et al (2015), hutang yang paling banyak digunakan adalah untuk membeli kenderaan. Tambahan lagi, pembelian kenderaan tanpa perlu deposit menarik minat mahasiswa untuk cenderung membeli kenderaan. Secara umumnya pembelian kereta tanpa deposit nampak seperti suatu tawaran yang meringankan beban mereka dan tidak mampu dilepaskan tawaran ini oleh golongan belia. Namun hakikatnya mereka telah terperangkap dengan tawaran

(12)

 penjual kerana hakikatnya tawaran itu sebenarnya menyusahkan mereka kerana ia akan membebankan pembeli dengan ansuran bulanan yang tinggi. Bayaran bulanan yang disarankan adalah tidak melebihi 15% daripada gaji bersih setiap bulan dan pinjaman maksimum 7 tahun. Bayangkan dalam usia yang masih muda, golongan belia terpaksa memperuntukkan 15% daripada gaji bersih untuk melunaskan hutang kereta yang sedia maklum bahawa susut nilai aset kereta akan berkurangan dengan mendadak setiap tahun.

Menurut pakar pelaburan, Tuan Zaidi Ismail (2015), beliau mendapati ada 4 faktor utama statistik ini meningkat. Faktor-faktor tersebut adalah membeli kereta tanpa deposit, membeli rumah di luar kemampuan dengan pinjaman maksima, memohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin dan menggunakan kad kredit dengan bayaran minima setiap bulan.

Membeli rumah adalah satu pelaburan yang amat baik. Namun golongn belia seharusnya membeli rumah mengikut kemampuan dan bukan dengan pinjaman yang maksima. Apabila golongan belia membeli rumah untuk tempoh pinjaman yang maksima sebenarnya mereka hanya membayar faedah yang tinggi kepada institusi perbankan dan ini sebenarnya merugikan golongan belia.

Selain itu, dalam kegembiraan meraikan hari pernikahan dan persandingan yang meriah seharusnya tidak perlu dibebankan dengan pencarian wang yang banyak. Kebanyakan golongan muda kini telah membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk perbelanjaan kahwin dan wang itu akan hilang sejurus selepas majlis berakhir. Yang menyedihkan lagi  bebanan hutang yang disebabkan majlis perkahwinan pula terpaksa di tanggung sehingga 10

tahun.

Kebiasaaanya pengguna sering leka apabila menggunakan kad kredit kerana tidak  berurusniaga dengan wang tunai. Seharusnya penggunaan kad kredit hendaklah berhati-hati kerana bagi kredit yang tertunggak akan dikenakan kadar faedah yang tinggi sehinnga

(13)

mencecah 13.5% setahun. Di tambah pula dengan pembayaran minima setiap bulan yang akan menjerat golongan belia ke kancah muflis. Golongan belia merasakan dengan menggunakan kad kredit mereka akan berasa seperti orang kaya yang palsu. Hakikatnya, orang yang menggunakan kad kredit tanpa mengukur kemampuan sendiri sedang menjerat diri menggali lubang yang lebih dalam dan sebenarnya mencari lebih banyak hutang untuk dibayar. Di samping sifat golongan belia yang ingin menunjuk-nunjuk dan hidup di luar kemampuan (Liaw J., 2014) sehingga sanggup membeli barang mahal, kereta mahal yang hanya sekadar memuaskan nafsu sendiri yang berpaksikan “apa orang kata” berbanding “apa Allah kata” (Zaidi Ismail 2015). Pengurusan kewangan yang lemah, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit dan kegagalan membayar pelbagai pinjaman menjadi punca ramai golongan belia diisytiharkan muflis sebelum berumur 35 tahun (Ahmad Maslan 2015). Menurut kajian yang dijalankan oleh Elangkovan dan Ahmed Razman (2013) mendapati masalah muflis banyak  berlaku disebabkan oleh hutang kad kredit yang tidak mampu dibayar. Peningkatan jumlah individu yang bankrup kerana hutang kad kredit kebanyakannya yang berusia bawah 30 tahun. Dalam suatu kajian yang lain oleh Nazni Noordin bersama pengkaji-pengkaji lain (2012) juga menunjukkan bahawa kad kredit menjadi sebab utama masalah hutang sehingga membawa kepada kebankrapan dan muflis.

Menurut kajian oleh Jabatan Insolvensi Malaysia 2014, antara faktor lain yang menyumbang kepada gejala muflis di kalangan pekerja adalah pinjaman perniagaan. Menjalankan perniagaan adalah satu usaha yang baik namun disebabkan oleh kurangnya ilmu dan pengalaman maka kebanyakan perniagaan yang diusahakan oleh golongan pekerja gagal dan sekaligus menyebabkan pembayaran hutang tidak dapat dilunaskan. Hal ini telah menyumbang kepada gejala muflis dan ia amat membimbangkan.

Selain itu, kos sara hidup yang tinggi serta tidak berpadanan dengan pendapatan dilihat sebagai penyumbang kepada permasalahan keberhutangan ini. Namun faktor ini

(14)

kurang dikupas oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Gaya hidup yang sentiasa meningkat di kalangan isi rumah juga menjadi faktor mereka berhutang semata-mata untuk kemewahan  bukannya keperluan (Abdul Basit Hodari, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd Salleh, 2014). Salah satu aspek pengurusan hutang yang tidak teratur adalah disebabkan oleh  pendapatan yang tidak selari dengan perbelanjaan menjadikan pekerja muda terpaksa  berhutang untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Pekerja muda dilihat  perlu berhutang dalam memperoleh aset seperti memiliki rumah, kenderaan dan sebagainya  bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Menurut National Summit on Retirement Savings (2002), pembelian yang tidak terancang sering menyebabkan pekerja muda berada dalam keadaan keberhutangan kerana hutang memberikan laluan mudah kepada individu untuk memiliki apa yang diidamkan.

Literasi Kewangan

Literasi kewangan ditakrifkan sebagai kebolehan untuk menguruskan sesuatu yang  berkaitan dengan wang. Menurut Garman & Gappinger (2008) dalam Noor Azizah Shaari et al (2013) literasi kewangan ditakrifkan sebagai pengetahuan, prinsip, konsep dan alat-alat teknologi asas yang membolehkan seseorang itu menjadi bijak berkenaan kewangan. Literasi kewangan juga ditakrifkan sebagai satu sains dan seni dalam mengendalikan wang dan perlu dimiliki oleh individu atau organisasi (Noraihanet l 2013). Menurut Huriyatul & Yogi (2016), literasi kewangan merupakan antara salah satu daripada sepuluh kecerdasan yang harus dimiliki. Kim (2001) membuat kesimpulan bahawa literasi kewangan adalah pengetahuan yang paling asas berkaitan kewanganyang diperlukan oleh individu untuk bertingkah laku dalam masyarakat kontemporari. Servon & Kaestner (2008) memberikan definisi literasi kewangan adalah merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memahami dan menggunakan konsep kewangan. Jump Star Coalition (2007) pula mentakrifkan literasi kewangan sebagai

(15)

keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan sumber kewangan dengan berkesan agar sumber kewangan terjamin seumur hidup.

Sementara dapatan kajian daripada Nor Syahidah Norazam & Norasmah Othman (2017) mendapati literasi kewangan bagi pelajar kolej dan universiti sekitar Bangi adalah  pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kualiti pendidikan pengurusan kewangan dengan tahap literasi kewangan. Ini  bermaksud bahawa dengan pendidikan yang sewajarnya, tahap literasi kewangan di kalangan

mahasiswa mampu di tingkatkan.

Selain itu juga, hasil kajian Zuriana & Rosniyati (2012), mendapati bahawa  pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan kewangan peribadi membantu pelajar

menjadi individu yang berkebolehan dan berkeyakinan untuk mengurus dan merancang kewangan mereka. Dengan ilmu yang ada, perancangan mengenai kewangan dapat dilakukan dengan lebih berhemah. Selain itu juga, dapatan kajian Chen & Valpe (2002) mendapati  pendidikan dan pengalaman memberikan impak atau kesan yang besar ke atas literasi

kewangan. Dengan pendidikan yang betul, literasi kewangan dapat ditingkatkan di kalangan  pelajar. Dapatan mereka juga mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai pengetahuan yang kurang berbanding pelajar lelaki sekiranya berkaitan dengan kewangan peribadi. Ini selari dengan dapatan Lusardi (2008) di mana literasi kewangan di kalangan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Namun begitu, ini bertentangan dengan dapatan kajian Nurul et al (2013) di mana hasil kajian mereka mendapati bahawa mahasiswa wanita mempunyai tahap literasi yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Literasi kewangan juga merupakan kebolehan dalam melakukan penilaian kewangan serta melakukan tindakan yang efektif berdasarkan informasi atau maklumat yang diperolehi agar pengurusan kewangan dapat dilakukan secara berhemah (Basu, 2005). Kajian

(16)

(NFCS),(2009) mendapati golongan muda berumur 25-34 tahun memiliki literasi kewangan yang rendah terutamanya dalam kalangan golongan wanita muda dan pendapatan bulanan rendah. Justeru itu, kesedaran tentang pentingnya literasi kewangan perlu dipertingkatkan agar golongan muda mampu merancang kewangan peribadi dan mengurangkan risiko yang dihadapai mereka (Tan, Hoe & Hung, 2011).

Sikap Terhadap Wang

Wang merupakan satu konsep yang bersifat multidimensi dan telah dikaji berdasarkan kepelbagaian sosio ekonomi dan budaya (Taneja, 2012). Terdapat beberapa penyelidik merujuk wang sebagai kewangan (Curtler & Devlin, 1996). Sikap kewangan merujuk kepada sikap terhadap wang (Garmen et al., 1997). Menurut Fazli, Hayhoe dan Goh (2006), wang dapat disimbolkan sebagai kepercayaan, sikap, etika dan status sosial. Perspektif wang yang  berbeza diberikan oleh setiap individu menjadikan sikap terhadap individu juga berbeza.

Selain daripada itu, sikap terhadap wang juga adalah berbeza berdasarkan jantina. Menurut Fazli, Hayhoe dan Goh (2006), terdapat perbezaan sikap terhadap wang antara lelaki dan  perempuan terutamanya sikap obsesi dan kuasa terhadap wang. Sikap kewangan ini

mempengaruhi corak perbelanjaan seseorang dan kawalan ke atas wang atau hal kewangan (Fiona et al., 2012). Perbezaan sikap terhadap wang dalam individu menjadikan pesepsi dan  penilaian wang individu turut berbeza. Sikap terhadap wang ini terbahagi kepada sikap positif dan negatif. Sikap terhadap wang yang positif mampu menghasilkan individu yang bijak merancang kewangan malahan mampu menguruskan hutang dengan baik. Ini diterangkan menerusi kajian Sim dan Shung (2004), yang menunjukkan bahawa sikap terhadap wang yang positif dapat membantu golongan muda memahami aspek kewangan dengan lebih mendalam terutamanya dari aspek simpanan, penggunaan dan pelaburan.

(17)

sesuatu objek. Seseorang individu mempunyai kepelbagaian sikap yang menunjukkan suka

dan tidak suka terhadap sesuatu dan ianya kerapkali terjadi secara automatik iaitu terjadi tanpa sedar (Plotnik dan Kouyoumdjian, 2008). Cosma dan Pattarin (2010) menyifatkan komponen kognitif yang berkaitan dengan hutang adalah merujuk kepada keseluruhan set maklumat, kepercayaan, pendapat di mana individu menjadi matang dalam fasa hidupnya berpandukan  pengalaman mereka sendiri dan interaksi dengan keadaan sekeliling. Komponen afektif (affective) pula merujuk kepada perasaan atau emosi yang berkaitan terhadap sesuatu objek/isu (Maio dan Haddock, 2010). Manakala Plotnik dan Kouyoumdjian (2008) pula

mendefinisikan komponen afektif sebagai perasaan emosi yang boleh menjadi lemah atau kuat dan kecenderungan darjah positif atau negatif. Sebagai contoh, perasaan yang timbul akibat daripada penggunaan kredit atau perasaaan sekiranya berada di dalam situasi berhutang (Cosma dan Pattarin, 2010). Sementara itu, komponen tingkah laku (behavior) merujuk kepada tindakan atau perbuatan yang ingin dilakukan akibat daripada membuat rujukan

terhadap tingkah laku lepas atau pengalaman mengenai sesuatu isu (Maio & Haddock, 2010). Komponen tingkah laku boleh dijustifikasi berpandukan teori persepsi, iaitu situasi di mana individu memerhatikan bagaimana tingkah laku mereka dan membuat keputusan mengenai sikap mereka dengan mengingati bagaimana mereka bertindak atau berkelakuan terhadap isu tersebut pada masa lepas.

Hubungan Sikap Dengan Keadaan Keberhutangan

Selari dengan teori psikologi, kajian yang melibatkan faktor sikap terbahagi kepada dua iaitu yang mendefinisikan sikap secara umum dan yang mengasingkan sikap kepada tiga komponen yang berbeza. Antara pengkaji yang melihat pembolehubah sikap dengan mengelaskannya secara spesifik mengikut Model Sikap ABC (Affect, Behavior, Cognition) dan hubungannya terhadap keberhutangan adalah Cosma dan Pattarin, (2010) dan Wang et al., (2011). Kajian-kajian mereka menyokong kewujudan pengaruh sikap ke atas keberhutangan,

(18)

menerusi komponen yang berbeza. Misalnya, Cosma dan Pattarin (2010) mendapati ketiga-tiga komponen sikap mempengaruhi tahap penggunaan kredit masyarakat Itali.

Manakala kajian oleh Wang et al. (2011) pula mendapati sikap individu mempengaruhi hutang; tetapi hanya dari dimensi afektif dan tingkah laku. Kajian Cosma dan Pattarin (2010) dan Wang et al. (2011) juga mendapati sikap memainkan peranan yang  penting di dalam menentukan jenis kredit yang digunakan oleh seseorang individu. Cosma

dan Pattarin (2010) mendapati isi rumah yang pro kredit semakin cenderung untuk membiayai  penggunaan isi rumah dengan kad kredit atau pinjaman tempat jualan (point of sale lending)  berbanding dengan pinjaman peribadi dan pinjaman dari gaji (salary loans). Malah, komponen kognitif dikatakan memainkan peranan yang penting dalam menentukan rangka pembuatan keputusan yang diambil oleh isi rumah dalam menentukan jenis kredit yang mereka ingini.

Sementara kajian lain yang mengukur sikap secara umum, antaranya adalah Davies dan Lea (1995) dan Zafar et al. (2010). Keduanya melaporkan keputusan yang berbeza. Davies dan Lea (1995) mendapati sikap terhadap hutang mempengaruhi keberhutangan dalam kalangan mahasiswa ijazah pertama yang dikaji. Sebaliknya, Zafar et al. (2010) melaporkan sikap atau kecenderungan terhadap hutang tidak menerangkan jumlah hutang kad kredit di Malaysia. Perbezaan dapatan kajian ini mungkin disebabkan golongan yang dikaji. Davies dan Lea (1995) hanya mengambil kira golongan mahasiswa universiti yang mempunyai  jangkaan optimistik terhadap pendapatan masa depan, berbanding Zafar et al. (2010) yang

mengkaji golongan awam.

Pembentukan Sikap Terhadap Hutang Isi Rumah

Selain daripada itu, kajian turut melihat kepada apakah faktor yang mendasari  pembentukan sikap terhadap hutang. Bagaimanapun, kajian yang mengkaji isu ini adalah agak terhad. Antara pengkaji utama adalah Davies dan Lea (1995), Wickramasinghe dan

(19)

Gurugamage (2012); Lee et al., 2007/2011, Zuroni dan Lin (2012) serta Abdul Muhmin dan Umar (2004). Faktor yang didapati menyumbang kepada kecenderungan seseorang individu untuk bersikap pro hutang adalah jumlah hutang yang tinggi, iaitu keadaan di mana jumlah hutang akan memberikan kesan positif dan signifikan terhadap sikap individu (Davies dan Lea, 1995; Wang et al., 2011). Selain itu, tahap pendidikan juga mempengaruhi sikap terhadap hutang. Individu yang memiliki tahap pendidikan yang tinggi cenderung untuk memiliki kepercayaan kredit yang tinggi dan yakin terhadap status kewangan mereka pada masa depan (Kim dan DeVaney, 2001). Malah, faktor agama turut merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan sikap terhadap hutang, sebagaimana dapatan oleh Davies dan Lea (1995)yang melaporkan responden yang bukan beragama Kristian cenderung untuk  bersikap pro hutang. Kajian oleh Abdul Muhmin dan Umar (2004) yang dilakukan di kalangan responden di Arab Saudi yang beragama Islam pula mendapati mereka mempunyai sikap negatif terhadap kredit dan juga kad kredit. Malah, dapatan kajian oleh Universities UK (2003) juga menyokong premis bahawa mereka yang berbangsa Pakistan dan beragama Islam kurang cenderung terhadap hutang.

Secara keseluruhannya, sorotan kajian lepas menunjukkan keputusan kajian-kajian lepas setakat ini adalah tidak konsisten. Ini seterusnya menunjukkan walaupun masalah hutang isi rumah adalah universal, faktor-faktor yang mendorong individu dan isi rumah untuk berhutang adalah unik untuk setiap kumpulan populasi negara. Oleh itu, setiap masyarakat memerlukan kajian tersendiri untuk menentukan keadaan keberhutangan isi rumah, bagi mengarahkan kepada cadangan polisi yang bersesuaian.

(20)

Kerangka Kajian

Rajah di bawah menunjukkan Model Pengurusan Kewangan yang digunakan oleh Parrotta dan Johnson (1998) yang diadaptasi daripada Teori Pengurusan Sumber Keluarga (Deacon & Firebaugh, 1988) dalam mengenal pasti kaitan antara sikap terhadap wang dan  pengurusan kewangan terhadap kepuasan kewangan dalam kalangan individu yang baru  berkahwin

Metodologi Kajian Persampelan

Beberapa ahli atau subjek dari populasi di panggil sampel. Sampel kajian ini adalah sampel jenis rawak mudah iaitu proses mengambil suatu sampel di mana-mana unit diplilh secara individu dan langsung. Responden kajian ini melibatkan kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Kedah dengan 135 responden. Sebanyak 135 set borang kaji selidik diedarkan kepada setiap kakitangan pelbagai gred jawatan, bermula dari gred bawahan iatu gred 11 hingga ke gred 52 sebanyak 135 set soalan. Borang kaji selidik diedarkan kepada

Demografi Jantina Umur

Literasi kewangan Tahap pendidikan

Sikap dan psikologi terhadap wang

Masalah keberhutangan dalam kalangan kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia

Pembolehubah tidak bersandar

(21)

semua responden di Jabatan Perangkaan dan mereka yang telah bersetuju memberi kerjasama terhadap kajian ini.

Instrumen Kajian

Borang kaji selidik mengandungi lima bahagian merangkumi soalan berkenaan taburan responden, pendapatan responden, jumlah responden mengikut jenis pembiayaan,  baki pinjaman hutang dan faktor beban bagi melunaskan hutang.

Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C merangkumi soalan berkaitan latar belakang responden iaitu jantina, umur, tahap pendidkan tertinggi, status perkahwinan, pendapatan  bulanan isi rumah, soalan berkisar mengenai pekerjaan responden dan soalan mengenai  pendapatan dan perbelanjaan. Bagi Bahagian A, B dan C ini, penyelidik menggunakan skala nominal untuk mengutip data. Sementara bagi soalan nombor 14 penyelidik menggunakan skala nominal untuk mengutip data. Ini kerana penyelidik ingin melihat kecenderungan di mana data itu bertabur.

. Manakala Bahagian D mengandungi soalan berkaitan literasi kewangan yang diukur menggunakan instrumen yang telah dibangunkan oleh Fazli, Jariah dan Laily (2006)

 berdasarkan konteks Malaysia. Terdapat 19item dengan pilihan jawapan “Betul” atau “Salah”

diberikan kepada responden bagi mengenal pasti tahap literasi kewangan mereka. Analisis faktor dilakukan dan didapati bahawa terdapat lima subskala utama yang merangkumi aspek

 pengetahuan am, kad kredit, hutang/pinjaman, perbankan/produk Islam dan

simpanan/pelaburan. Setiap soalan yang betul diberikan nilai satu manakala jawapan yang salah diberikan nilai sifar.

Bahagian E iaitu sikap terhadap wang diukur dengan menggunakan empat dimensi

dari Furnham’s Money Beliefs and Behaviors Scale (MBBS) yang terdiri daripada obsesi,

(22)

digunakan bagi mengukur sikap terhadap wang iaitu dari (1) sangat tidak setuju hingga (5) sangat setuju.

Keadah Pegumpulan Data

Sumber pengumpulan data dalam kajian ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu data sekunder dan data primer. Data-data sekunder diperoleh daripada jurnal, buku, tesis, kertas seminar, internet dan laporan tahun. Maklumat dan data sekunder digunakan untuk mengumpul dan meneliti hasil kajian lepas tentang masalah keberhutangan dalam kalangan masyarakat dan literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa. Manakala data-data primer diperoleh melalui kajian lapangan menggunakan soal selidik terhadap populasi kajian yang telah disasarkan.

Keadah Analisis Data

Borang soal selidik dikumpul dan disemak supaya segala maklumat diisi dengan betul dan mengikut arahan. Semua data yang diperolehi dianalisis secara manual. Data yang diperolehi diproses dengan mengira kekerapan, peratusan dan min. Bagi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C iaitu latar belakang responden, pendapatan, pekerjaan  pendapatan dan perbelanjaan dianalisis dengan mengira kekerapan. Bagi setiap item dan kemudiannya ditukarkan dalam bentuk peratusan. Kesemua aspek dijadualkan supaya dapat memberi gambaran secara keseluruhan.

Bagi Bahagian D, setiap item yang betul jawapannya akan diberikan markah 1. Manakala bagi jawapan yang sebaliknya diberikan markah 0. Skor markah yang diperolehi  bagi setiap responden akan dijumlahkan dan ditukarkan kepada bentuk peratus. Min skor dan  peratusan jawapan salah yang diperolehi dari analisis akan digunakan untuk menetukan tahap literasi kewangan dalam kalangan responden. Bagi Bahagian E pula, data yang diperolehi

(23)

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science  (SPSS). Melalui  proses ini, kekerapan maklumat responden terhadap pernyataan dikelaskan mengikut peratus

dan min. Min melambangkan arah tuju responden. Statistik Inferensi

Korelasi Pearson digunakan untuk melihat perkaitan antara dua pembolehubah. Data- data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara Kolerasi Pearson dengan menggunakan  perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) bagi mendapatkan nilai r iaitu koefisien korelasi. Kolerasi dipilh kerana kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang berukuran sela. Indek korelasi akan menerangkan kekuatan dan arah hubungan diantara kedua-dua pembolehubah yang diuji. Jika nilai r menghampiri 1.0 ini bermakna terdapat hubungan antara pembolehubah tersebut. Manakala  jika nilai r menghampiri 0.0 adalah sangat lemah dan didapati kedua-dua pembolehubah tersebut tidak berkait. Aras keertian pada nilai 0.05 (p ≤ 0.05) ditetapkan bagi menguji kesalah dalam pembinaan item soal selidik.

(24)

Rujukan

1. Abdul Basit, Tamat Samardi & Norlida. (2014). Hutang dan Golongan Muda di  Malaysia Satu Kajian Kes. Prosiding PERKEM ke-9, 833-844

2. Abdul Muhmin, A.G., & Umar, Y.A. (2004). Attitudes towards credit and credit cards among consumers in Saudi Arabia: A preliminary investigation., http://faculty.kfupm.edu.sa/coe/sadiq/proceedings

3. Abouserie, R. (1994). Sources and levels of stress in relation to locus of control and  self-esteemin university students.Educational Psychology, 14(3), 323-331.

4. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ambil yg 2011. Waspada dengan skim cepat kaya. Dimuat turun

http://www.bnm.gov.my/documents/6_Ringgit_Newsletter.pdf pada 24 Jun 2013 5. Ahmad Maslan (2015). 23,484 golongan belia muflis.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/23-484-golongan-belia-muflis-1.107133. 6. Associated Press (2013). Debt stress causing health problems, poll finds.

http://www.nbcnews.com/id/25060719/ns/health-mental_health/t/debt-stress-causing-health-problems-poll-finds

7. Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor (2013 ) Jurang  pendapatan dan hutang isi rumah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

8. Baek, E., & Hong, G. S. (2004). Effects of family life-cycle stages on consumer debts.  Journal of Family and Economic Issues, 25(3), 359-385.

9. Basu, S. (2005). Financial literacy and the life cycle. Washington, DC: Financial Planning Association.

10. Buletin Ringgit (2011, April). Pendidikan kewangan dan pengguna, 2-3.

http://www.fomca.org.my/v5/index.php/ms/penerbitan/buletin ringgit/buletin-ringgit 2011

(25)

12. Chen, H. & Volpe, R.P. 1998.  An analysis of personal financial literacy among college students. Financial Services Review 7(2): 107-128.

13. Cosma, S., & Pattarin, F. (2010). Attitudes, personality factors and household debt decisions: A study of consumer credit.

14. Davies, E., & Lea, S.E.G. (1995). Student attitudes to student debt.  Journal of  Economic Psychology 16 (4): 663-679.

15. De Vaus, D.A. (1996). Surveys in Social Research.United State of America: UCL Press Farah Margarehta & Reza Arief Pambudhi. 2015. Tingkat Literasi Keuangan  pada Mahasiswa S-1 Fakulti Ekonomi, 11(1), 76-85

16. Fazli, M.S., Ahmad Hariza, H.H. & Amim, M.O. (2011).  Pengetahuan dan  pengalaman berkaitan penggunaan

17. Fazli, M.S., Hayhoe, C.R., & Goh, L.A. (2006). Attitude, values and belief towards money: gender and working sector comparison. Pertanika Journal Social Science &  Humanity.14(2):121-130.

18. Ferlis B. Buller @ Bahari, Balan Rathakrishnan & Rosnah Ismail. 2009. Sumber stress, strategi daya tindak dan stress yang di alami pelajar universiti.  Jurnal  Kemanusiaan,13, 46-62

19. Garman, E. T., Kim, J., Kratzer, C. Y., Brunson, B. H., & Joo, S. H. (1999). Workplace financial education improves personal financial wellness. Financial Counseling and Planning, 10(1), 79-88.

20. Henry, R. A., Weber, J. G., & Yarbrough, D. (2001). Money management practices of college students. College Student Journal, 35(2), 244-249.

21. Huriyatul Akmal & Yogi Eka Saputra. 2016. Analisis Tingkat Literasi Keuangan. Jebi  Jurnal Ekonomi dan Bisnis Islam. 1 (2) :

(26)

22. Husniyah, A.R., Fazli, M.S & Ahmad, H. H. (2005). Perancangan dan amalan  penggunaan kad kredit bagi pengguna di Malaysia. Malaysia Journal of Consumer

and Family Economics. 8, 62-75

23. Jabatan Insolvensi Negara statistik muflis (2014). Dimuat turun daripada

http://www.insolvensi.gov.my/ms/Jump$tart Coalition. National Standards in K-12 Personal Finance Education.

24. Kamus Dewan (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia Ed. 4 edition.

25. Kim, H., & DeVaney, S.A. (2001). The determinants of outstanding balances among credit card revolvers. Association for Financial Counseling and Planning, 12(1): 67-77

26. Kim, J. & Chatterjee, S. (2013). Childhood Financial Socialization and Young Adults’  Financial Management Financial Counselling and Planning Education

27. Kim, H., & DeVaney, S.A. (2001). The determinants of outstanding balances among credit card revolvers.  Association for Financial Counseling and Planning, 12(1): 67-77

28. Lusardi A. (2008). Household Saving Behavior : The Role of Financial Literacy,  Information and Financial Education Programs.

29. Maio, G. R., & Haddock, G. (2010). The psychology of attitudes and attitude change. 30. National Summit on Retirement Savings: Final Report (2002). Saving for a Lifetime:

Advancing Generation Prosperity.

http://www.dol.gov/ebsa/pdf/02NatlSummitFinal.pdf

31. Nazni Noordin et al. (2012).  Bankruptcy Among Young Executives in Malaysia. International Conference on Economics Marketing and Management IPEDR, Vol. 28, IACSIT Press, Singapore.

(27)

32. Nor Syahidah & Norasmah. 2017. Kualiti Pendidikan Pengurusan Kewangan dengan Tahap Literasi Kewangan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 1(1) , 183-19

33. Noor Azizah bt Shaari, Nurfadhilah Abu Hasan, Ramesh Kumar Moona Haji Mohamed, Mior Ahmad Jafri Md Sabri. 2013. Financial Literacy : A Study Among The University Students.  Interdisciplinary Journal of Contemporary Research In  Business, 5(2), 279-299

34. Noraihan Mamat Zambi, Hasmida Mohamad Hassan & Syaiful Bahari Jaafar. (2013).  Hubungan antara Amalan Pengurusan Kewangan Pelajar dan Kursus PA305:

Technical And Education Colloqium , 25-31

35. Nur Aisyatul Radiah Ali dan Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor, Mohammed Rezki. Hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor. Malaysian  Journal of Society and Space, 11(11), 110-119

36. Olsen, M. A., & Kendrick, R .V. (2008). Origins of attitudes. In W. D. Crano & W. D. Prislin (Eds.), Attitudes and Attitude Change, (pp. 111-130).

37. Plotnik, R., & Kouyoumdjian, H. (2008). Introduction to psychology  (9th Edition). United States of America: Wadsworth Cengage Learning.

38. Ramayah, T., Nasser, N., Aizzat, M..N., & Choo, L.H. (2002). Cardholders’ attitude and bank credit card usage in Malaysia: An exploratory study. Asian Academy of  Management Journal  7 (1): 75-102.

39. Scheresberg, C. de B. (2013). Financial Literacy and Financial Behavior among Young Adults: Evidence and Implications. Numeracy, 6(2), 5.

40. Sim, O.F. & Shuang, T.Y. (2004). Money attitude, saving behavior and consumption  patterns among young urban consumers in Malaysia: An ethinic and gender

(28)

comparison.  Malaysian Journal of Consumer and Family Economics  (MACFEA). 7:16-28

41. Tan, H.B., Hoe, S.Y. & Hung, W.T. (2011). Financial literacy and personal financial  planning in Klang Valley, Malaysia. International Journal of Economics and

Management, 5, 1, 149-168

42. Taneja, R.M. (2012). Money attitude An abridgement . International Refereed Research Journal. 111(3).

43. Walker, E.S., Tremblay, K.R., Jr. and Parkhurst, A.M. (1984). Financial management and family life. Family strengths 5: Continuity and diversity.  Newton, MA. Educational Development Center.

44. Zafar, U.A., Ishak, I., Sohail, M.S., Ibrahim, T., & Hasbalaila, A. (2010). Malaysian consumers’ credit card usage behaviour.  Asia Pacific Journal of Marketing and  Logistics22 (4): 528 –  544.

45. Zakaria, R.H., Kader, R.A., Jaafar, N.I.M, & Marican, S. (2012).  Burgeoning household debt: An Islamic

46. Zuriana binti Mohamed dan Rosniyati binti AbdRazak. (2012). “ Kajian Persepsi  Pelajar terhadap Impak Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi Jabatan  Perdagangan. Politeknik Port Dickson.

47. Zuroni, M.J., & Lin, L.Y. (2012). Personal financial knowledge and attitude towards credit card practices among working adults in Malaysia. International Journal of  Business and Social Science3: 176-185.

Referensi

Dokumen terkait