• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Jahitan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Jahitan"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

BAJU KURUNG MODEN

POLA BADAN BELAKANG AB labuh baju di kehendaki

AC ukuran bahu ke pinggang atau ukuran standart 14' AD 1/4 ukuran keliling dada atau ukuran standart 9' DE naikkan 4'

CF ukuran dari pinggang ke punggung atau standart ukuran 8' FB ukuran punggung ke labuh baju

*garis semua garisan melintang tadi AG ukuran lebar bahu bahagi dua

AH ukuran leher (boleh ikut ukuran leher baju kurung anda dgn meletakan pola leher di situ dan tandakan ) GG1 turun 1' dan buat garisan HG1

EI ukuran bidang dada depan bahagi 2 +0.5' DJ ukuran keliling dada bahagi 4+0.5'

(2)

sambung garisan G1,I dan J...*pangjang garisan ni mestilah gunakan formula ni ~ukuran ketiak bahagi 2-0.5' cnth ehhh : ukuran ketiak cik sue 19.5' bahagi 2-0.5'=9.25,maka garisan G1,I dan J mesti nak kene

9.25..kalau tak sama,korang kne adjust titik G1 sama ada naik sedikit atau turun sedikit... CK ukurang keliling pinggang bahagi 4+1.5 ( 0.5 adalah keselesaan dan 1'untuk dat )

*sekiranya tidak suka buat dat ukurang keliling pggang +0.5 sahaja..dan garisan dada ke pinggang akan terhasil seperti garisan JK1 bukan JK..jgn panik!! ehehehe..

FLdan BM ukurang keliling punggung bahagi 4+0.5'

C1=3.5'@3'@2.5' ( bergantung kelebaran pinggang...gemuk..sederhana..kurus) 1,3=4.5' dan buat garis lurus hingga ke garisan DO

1,4 dan 1,5=0.5' sambung garisan2 3,4,2 dan 3,5,2 POLA HADAPAN BAJU

Guna pola yang sama cuma anda tukar pensil warna lain plak..kalau anda rajin,boleh la buat sekali lagi untuk pola hadapan baju secara berasingan..

semua ukuran adalah sama kecuali :- -EN ukuran bidang dada depan bahagi 2 -DO ukuran keliling dada bahagi 4 +1

Formula untuk garisan G1,N dan O adalah : ukuran ketiak bahagi 2 +0.5'..cara adalah sama seperti pola belakang untuk menentukan pangjangnyer ok.

-2,6=turunkan 1.5'

(3)

POLA LENGAN

POLA LENGAN AB-panjang lengan

AC-turun 4inci dan garis lurus garisan . AD-Titik tengah untuk garisan CB ( siku )

D1=D2-Adalah ukuran keliling siku bahagi 2 ( saya letak 6inci) B3=B4-Adalah luas bukaan tangan bahagi 2 ( saya letak 7inci)

A5-Garisan ini nak kene guna formula ukuran keliling ketiak bahagi 2.Contoh= 19.5 bahagi 2 adalah 9.75 maka garisan A-5 mestilah 9.75inci.

A6-Buat garisan lurus 1.5 inci

A,6,5-Adalah garisan jatuh bahu yang perlu menggunakan formula : ukuran keliling ketiak bahagi 2 +0.5-0.25 contoh pengiraan 19.5 bahagi 2+0.5-0.25=10

Maka garisan dari titik A,6 yang merentasi titik tengah garisan tadi ke titik 5 adalah sepanjang 10inci.Untuk panduan sila gunakan benang dan ukur garisan ini,lepas tu korang ukur pulak benang tadi dekat tali

(4)

inci.Sebenarnyer ada caranya tapi cik sue xgeti nak xplant kat sini .Kalau orang dah biaas jahit2 ni tahu le.. A7- ukuran ketiak bahagi 2 - 1.Buat garis lurus.Garisan ini di bahagi kepada tiga dan tandakan titik2 itu. A8-Buat garisan lurus 1.5inci

A,8 dan 7 Ukuran ketiak bahagi 2 - 0.5 - 0.25.Untuk Membuat garisan ini sila tengok gambar yer..Sama je ngan yang sebelah dia cuma laluan titik tu berbeza.Sila mabil perhatian dekat situ k.

-Sambung garisan lurus 7,2 dan 5,1

-Bentuk garisan 2,4 dan 1,3 dengan pembentuk

-E4 -naikkan 0.5 inci dan betukkan B4....begitu juga untuk yang sebelah lagi...

(5)

CARA MEMOTONG KAIN

(6)

cara potong untuk pola depan

(7)

Pola Kain Lipat Batik..

Pola Kain Belakang

AB - Labuh kain

AC - turun 9 inci,buat garis lurus CE

CE - lilit punggung bahagi 4 + 0.25..buat garis lurus ke atas ED dan ke bawah EF dari titik E

opsss!! cik sue lupe letak tanda untuk titik sebelah D tu untuk pinggang..korang buat la H yer

AH- lilit pinggang bahagi 4 +2.+ 1 ( 1 untuk dat )

(8)

FG - masukkan 2',bentukkan H,E dan G

Dat

Sila rujuk rajah atas yer...

Pola Kain Depan

H,H# = ukuran pinggang bahagi 2

E,E# = ukuran keliling punggung bahagi 2

F,F# = EE#

G#,F# = FG

A,B = Labuh kain

AB=XY

(9)

Cara Gunting

(10)

pola kain depan

Rajah 1

Pening sikit erk?..huhuhuhu korang redha je lah ahahahaha....ok ni cara nak potong pola bahagian depan plak..

-memula lipat dulu kain seperti rajah 1...sory senget la pulak lukisan cik sue tuu...dah tu gosok kemas .

-kemudian, letak pola yang di potong tadi seperti rajah 2.

-Pin kan bahagian-bahagian penting ( C,D,A dan B..ni mesti pin..) dah tu korang boleh tanda basi dan mula

memotong...dan lepas tu jangan angkat dulu pola...no..no..no..korang jangan lupa step tandakan garisan ikut

pola dengan menggunakan kaedah yang cik sue pernah ajo dulu..ingat?...yg guna kertas surih

tu?hermmmm...check kat link bawah ni..

http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/buat-bloause-part2.html

then dah ok ikut step ni plak...

(11)

-Jahit dat terlebih dahulu kalau anda ada buat dat...kalau pakai getah tak yah laa...

-Jahit AB dalam 11 inci ( atau ikut garisan punggung )...AB ni jahit dari permukan luar kain tauu..jahit kemas.

-Jahit CD sama seperti AB..CD adalah dari permukaan kain sebelah dalam...

-Jahit dari pankal kaki kiri ke tempat bawah zip..

- Cantum zip

-Cantum kaki sebelah kanan pulak samapai pinggang..

-Buat pinggang

-Kemasan kaki kain..

## sedikit tambahan dari nota atass...kalau nak pasang pinggang getah ( rujuk pic paling atas ) tak payah

bentukkan AH dan tak payah bentukkan pinggang EH

Hanya perlu garisan AD dan DE..

(12)

POLA LENGAN

Ini adalah pola2 yg telah madam sediakan utk penerangan bagaimana nak buat lubang lengan utk saiz 'S','M' dan 'L'.

Kita mula dgn pola buat lubang lengan untuk org bersaiz 'S' dulu ya.

Madam rasa,untuk buat pola baju utk saiz 'S' semua tukang jahit tahu.Tapi madam tetap nak perkatakan caranya.

bahagian garisan dada buat spt biasa,iaitu dada/4 maka kita dapat jarak garisan dada. Cnth:Dada 32/4=8.Maka dr bahu turun 8",buat satu garisan di 8 tu,ini di panggil grisan dada.

(GARISAN YG MADAM MAKSUDKAN, KITA DAPAT DGN UKUR DR BAHU TURUN KE BAWAH YA.BUAT

SATU GARISAN)Di garisan melintang dada tu, ukur dada/4+1".Cnth:dada 32/4+1".Itu la panjang garisan dada yg di perlukan.Di hujung garisan dada tu turun 3/4" dan sambungkan garisan lengkung lubang lengan.Jadi tu la besar lubang lengan nya.

(13)

Jika tak faham penerangan di atas, sila lihat gambar ni pulak ya. Nampak tak ank panah kebawah 3/4" tu,tu turun dr garisan dada yg melintang tu.

Ini bahagian belakang badan pola utk saiz 'S'.Jika di garisan dada kita turun 3/4" di badan depan,jadi di belakang pun mesti sama turun 3/4" ya.Kalau tak kita bermasaalah nk cantum badan depan dan belakang nanti.

Ini pula pola membuat lengan(tangan) baju. Tak patut pulak madam rasa kalau tunjuk cara membuat membuat pola tangan kan. Utk saiz'S' di garisan dada tu buat dada/4-1". Cnth:dada 34/4=8.5-1".

(14)

Ini pola untuk saiz 'M'. Sama spt saiz S,cari garisan dada dgn ukuran dada/4.Dr bahu turun kebawah n buat garisan.Di garisan tu pulak cari ukuran dada/4+1"(ini utk pola badan depan tau). Cuba perhatikan,di garisan dada(yg melintang tau), madam tak turunkan 3/4". Di sini bezanya nk buat lubang lengan utk saiz M.Faham Tak???

Perhatikan di garisan dada. Masih lagi guna formula D/4+1". Tapi di garisan dada tak perlu turunkan 3/4".Terus buat lengkung lubang lengan di garisan dada.

bahagian pola badan belakang saiz 'M'

(15)

Pola utk saiz 'M',tak perlu turun 3/4 di garisan dada(depan dan belakang sama ya)

Pola tangan untuk saiz 'M'.Masih sama dgn pola tangan saiz 'S'.Iaitu,dada/4-1".

(16)

Kurung Pesak Gantung

#Tanda star tu maknanye bahagian itu kene di lipatkan

Kite bermula dengan pola badan.

AB,CD -adalah ukuran lebar bahu

(17)

Lengan

1,2=3,4 -adalah ukuran pangjang lengan

1,3 - luas ukuran lilit ketiak di bahagi dua + 0.5.Garis lurusgarisan 3,4 dan 2,4 3,3A - dalam 2.5 inci ke 3 inci tandakan 3A

4,4A - masukkan 0.5inci dan buat garisan 2,4A

3A,4A - Bentukkan menggunakan pembaris pembentuk

Pesak

AB - Labuh baju - kelebaran pangkal lengan +0.5

AC - 3.5 inci ke 5 inci ,bergantung pada saiz badan la.kalau slim river 3inci cukup dah..kalau sihat sikit boleh buat 5 inci .

C,C1 - naikkan 0.5 buat garisan A,C1 AD - 6inci

(18)

DE - 2.5 ke 3 inci

**Beza ukuran AC dan DE ialah 1inci..cth kalau DE=2.5 maka garis AC=3.5

**Ini adalah formula yg cik sue buat sendiri ( bahagian ni je)...korang boleh ikut kalau nak...kalau tak nak,boleh ikut mana2 formula yang anda tahu..

E,E1 - naikkan 0.5inci dan buat garis D,E1 E,E2 - turunkan 0.5inci dan buat garis D,E2

BF - 8nci ke atas atau ikut suka mau kembang stakat mana.jangan over kembang lak karang jadi apa plak.. Garis garisan E2,F

Cara Nak Gunting

Sebelum ni cik sue dah ajo cara nak gunting dekat buat blous part 2 k..sila rujuk sane.Untuk pola pesak atas korang tengok pic cik sue lukis segala bagai kat bawah ni k.Basi sekeliling untuk yang baru nak blajo boleh buat 1inci.

(19)

POLA BAJU KURUNG MODEN

yg ni pola depan k.. yg lubang 2

tu menandakan bahagian lipatan.

(20)

yg ni pulak pola belakang.

UKURAN BAHAGIAN BAJU (inci)

1.

Ukuran lebar bahu.

2.

Labuh lengan panjang

3.

Bukaan tangan lengan panjang

4.

Keliling dada

(21)

6.

Mercu ke mercu

7.

Keliling pinggang

8.

Keliling pinggul

9.

Labuh baju

10. Keliling leher

11. Bahu ke pinggang

sebelum tu, eden ni buat baju kurung moden yg ade lisu belakang sahaja. so ini

je la yg eden mampu bole terangkan. dan berzip.

CARA MEMBUAT POLA BAJU KURUNG MODEN (HADAPAN)

0-1: ukuran labuh baju.

0-2: ukuran bahu ke pinggang

2-3: pinggang ke pinggul (8")

0-4: ukuran bahu (bahagi 2)

4-5: 1

1/4

inci

6-7: ukuran dada (+2 dan bahagi 4)

5-7: keliling ketiak ( bahagi 2)

5-8: 4

1/2

inci (DEPAN)

8-9:

3/4

inci (DEPAN)

5-9-7: temukan

7-10: garis ke bawah.

10-11: 1"

7-11: garis

3-12: ukuran punggung (+2 dan bahagi 4)

11-12-13: garis

14-13: naikkan

1/2

inci dan bentukkan.

0-15: ukuran leher (bahagi 6)

0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1")

habis untuk pola depan.

(22)

POLA BELAKANG

oke pola blkg ni sbnanye sme je ngn depan, cume yg bezanya ialah:

bahagian ketiak

pinggang

leher

tambah tisu

bhagian zip

BAHAGIAN KETIAK

5-8: 4

1/2

inci (DEPAN),

43/4

inci (BELAKANG)

8-9:

3/4

inci (DEPAN),

1/2

inci (BELAKANG)

PINGGANG

bahagian pinggang ni xsme dgn yg depan. yg blkg ni guna ukuran sebenar

pinggang, means [ukuran pinggang +2 bahagi 4]. bagi yg nak tmbah LISU, kne

tmbah SEINCI.

LEHER

bahagian leher ni lg xbyk beza. tukarkan je yg ni...

0-16: ukuran leher yg bahagi 6 (+1") ---> SEINCI SAHAJA.

TAMBAH LISU

2-17: 4

1/2

inci (buat garisan menegak smpai ke garisan dada dan pinggul)

18: turunkan SEINCI dari garisan dada

19: naikkan 2 INCI dari garisan pinggul

20: SETENGAH INCI dari 17

BAHAGIAN ZIP

(23)

habis bahagian badan. smbung pulak bahagian lengan...

yg kt atas ni sbnanye pola lengan, sbnanye ade 2 cara. tp ikot yg paling simple

la ea, haha.:)

LENGAN

0-1: labuh lengan

0-2: 3

1/2

melintang

2-3: garis menegak

0-3: ketiak (bahagi 2)

4-3/0-4: bahagi 2 bahagian, naikkan

1/2

untuk bulatan yg atas dan

turunkan

1/2

untuk bulatan bawah (bentukkan)

5-6: naikkan

1/4

inci

1-5: luas bukaan lengan (bahagi2)

* bagi yg pen kaler BIRU tu, tu sbnanye basi baju @ lebihan baju. phmkan?

maksudnye, korang kne potong baju tu cmpo ngn basi tu skali. sbb ukuran baju

ni btol2x ukuran badan tanpa tambah basi.

(24)

LEHER BAJU KURUNG

Tutorial Membuat Lubang Leher Baju Kurung Sediakan ‘bulan’/pola bahagian leher.

Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.

(25)

Potong ikut bentuk.

(26)

Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inch/1.25inch.

(27)

Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.

(28)

Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.

Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.

(29)

Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.

Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.

Terbalikkan lapik dan seterikakan.

(30)

Referensi

Dokumen terkait