• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Ringkas Pendawaian Permukaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Ringkas Pendawaian Permukaan"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAWAIAN

PERMUKAAN

Disediakan Oleh :

1. Mohd Najib B. Mohd Yusof

2. Norhayati Bt. Ismail

(2)

Pemasangan Elektrik 1 Fasa Kandungan Unit 1. Aksesori Pendawaian 2. Kabel 3. Litar Akhir 4. Sistem Pendawaian 5. Pengujian Pemasangan 1. Aksesori Pendawaian

1.1 Aksesori Kawalan Pembekal

Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar.

Meter KiloWatt-Jam

(3)

1.2 Aksesori Kawalan Pengguna

Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:  Pengasing/pencil -Suis fius atau MCCB/NFB  Pemutus Litar Bocor ke bumi -kendalian arus baki

 Kotak Agihan -fius aksesori pemutus litar minature

Aksesori Fungsi Simbol Skema Hak Milik/Peralatan

Kotak Simpang

Menyambung

bekalan elektrik dari talian perkhidmatan ke fius perkhidmatan pengguna Pembekal Kadaran yang sesuai

Tidak boleh dipinda Tidak boleh membuat penyambungan Fius Perkhidmatan dan perangkai neutral Pengasingan Bekalan Menghadkan arus Perlindungan arus lebihan Pembekal Meter kWj Merekod jumlah tenaga yang digunakan Pembekal Suis Fius (Suis Utama) Suis berangkai Pengasingan Perlindungan arus lebihan Pengguna

Kadaran yang betul

Pemutus Litar Arus Baki Memutuskan litar apabila berlakunya kebocoran arus ke bumi Pengguna Kotak Agihan Mengasingkan litar utama dengan litar akhir

Pengguna kWJ

N E

(4)

1.2.1 Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna

Peraturan IEE Litar Kawalan Pengguna

Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah mengadakan:

Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan.

Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca hidup dan neutral.

Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi. kWJ N E Kotak simpang Fius Perkhidmatan Perangkai

neutral Suis Utama

PLAB Elektrod Bumi Kotak agihan Litar akhir

Meter Kilowat Jam

INFO SPEKFIKASI TEKNIKAL

Suis Utama /SKN Pemutus Litar Arus Baki

Jenis dwi kutub dan Neutral Kadaran Arus Beban Kadaran 30A,60A & 100A 100A

Jenis Fius 63A HRC 30A,40A,60A,80A & 100A

40A

Fius Perkhidmatan Kadaran Kepekaan

Jenis HRC 0.3 / 300mA Kadaran 30A,60A & 100A 0.1 / 100mA 0.03 / 30mA 0.01 / 10mA

(5)

Aksesori Di Dalam Kotak P.F.A / Kotak Agihan Kawalan Pengguna Pemutus Litar Kenit /

Miniature Circuit Breaker (MCB)

Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) /

Earth Leak Circuit Breaker (ELCB)

(6)

2. Kabel

2.1 Kabel

Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik. Ia bertindak sebagai perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Secara amnya, kabel pendawaian domestik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.

2.2 Pengalir

Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir

melaluinya. Sebahagian besar terdiri daripada logam. Pengalir yang baik dapat mengalirkan arus dengan baik.

Bahan Pengalir

Bahan Sifat-sifat Kegunaan

1. Emas

Harga yang mahal Tahan hakisan Merupakan pengalir

yang terbaik

Litar bersepadu (tambatan) Penyentuh suis

2. Tembaga

Pengalir kedua terbaik

Boleh didapati

Semua kabel pendawaian dan palang bas belitan motor Pengalir belitan auto pengubah

(7)

dalam bentuk lembut dan keras Mempunyai

kerintangan yang rendah

Liat dan mudah dilentur, mudah dipateri

3. Aluminium Ringan Murah

Talian atas

Kabel bawah tanah

4. Tungsten

Mudah

mengahailsan kepanasan Sukar lebur Tahap lebur yang

tinggi

Filamen lampu atau tiub elektronik

5. Nikel

Bersifat keras Liat

Tidak mudah haus atau lebur

Elemen pemanas alat-alat

elektrik seperti seterika, pemanas air, dapur pemateri dan

sebagainya.

2.3 Penebat

Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Penebat digunakan sebagai pembalut pengalir untuk mencegah arus keluar daripada pengalir itu.

Jenis Penebat Ciri Fizikal Kegunaan

1. Getah asli/Sintetik

Mempunyai daya tebatan yang baik

Bersifat kalis air, mudah

Penyalut pengalir Sesendal

(8)

lentur dan dibentuk Mudah cair apabila

terkena cahaya matahari

2. Polivil Klorida

Merupakan bahan tiruan campuran antara plastik dan getah

Tahan tindakan kimia dan sinaran cahaya matahari, tidak mudah terbakar dan kalis air

Penebat kabel di tempat yang suhunya 0 – 700 C 3. Bakelit Mempunyai rintangan yang tinggi Tahan lama Digunakan sebagai bahan alat tambah pemasangan elektrik seperti suis, soket alur keluar palam dan sebagainya.

4. Kertas Kalis air Penebat pengalir

bawah tanah

2.4 Jenis-jenis Perlindungan Mekanikal

Perlindungan mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi dari kerosakan mekanikal. Ianya boleh diperolehi sama ada melalui sistem pendawaian atau binaan kabel tersebut.

Sistem Pendawaian Bahan Perlindungan

Pembuluh PVK PVK

Pembuluh Logam Logam

Sesalur PVK PVK

(9)

Binaan Kabel Bahan Perlindungan

Kabel Perisai (SWA) Jalur dawai Keluli

Kabel Lapisan Plumbum Lapisan plumbum

Kabel Salutan Kuprum /MICC Salutan Kuprum

2.5 Pemilihan dan Pemasangan Kabel

Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat, pengalir dan perlindungan mekanikal.

Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan dan pemasangan kabel.

Info Khas

Perlindungan Mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi daripada kerosakan mekanikal semasa

pemasangan atau kecuaian penggunanya.

Info Khas

Teras ialah bilangan pengalir dalam sesuatu kabel

tersebut. Contoh

lembar ialah bilangan helaian dalam satu pengalir Contoh ; 1, 3, 7, 16 hingga 196 3 teras 1 teras 2 teras Pengalir Penebat Perlindungan mekanikal Penebat

(10)

Info Khas

Saiz Pengalir - Luas keratan rentas bilangan lembar yang terdapat di dalam sesuatu kabel

Contoh : Kabel 2.5mm2 /7/029

7 – bilangan lembar

0.29 – Luas keratin rentas setiap lembar

2.5 mm2 – Luas keratin rentas keseluruhan lembar

Info Khas

Muatan Arus/Kadar Arus Nilai arus maksimum yang mampu di bawah oleh kabel tersebut tanpa menjejaskan fizikal kabel dalam satu jangka masa yang tidak terhad.

Info Khas

Susutan voltan-voltan yang sesuatu kabel disebabkan oleh rintangan kabel bergantung kepada:

Bahan Jarak

Luas keratin rentas pengalir

(11)

3. Litar Akhir

3.1 Litar Akhir Lampu

 Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin.

 Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum bersalut PVK.  Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm2.  Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi

6Amp. ( sama ada fius atau MCB )

 Pemasangan litar lampu menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar ianya tidak menggangu litar yang lain.

 Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Amp. dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm2.

(12)

Pemegang Lampu Edison

Pemegang Lampu Pangkal Kilas

(13)

Pendawaian lampu kawalan satu hala

Pemegang lampu jenis batten

Suis satu hala

Pendawaian lampu kawalan dua hala

S1 ( Suis Dua Hala ) S2 ( Suis Dua Hala ) C L1 N L E N L E C L1 L2

(14)

Gambarajah sebenar sambungan Suis Dua Hala

Masuk Keluar ke lampu

Pendawaian lampu kawalan tiga hala C L1 L2 C L1 L2 N L E

(15)

L3

L4

L3

L4 Gambarajah sebenar kawalan Tiga Hala

Masuk Keluar ke lampu

Kedudukan sesentuh Suis Perantaraan

'OFF' 'ON' L3 L4 L2 L1 C L1 L2 C L1 L2 L2 L1 L2 L1

(16)

iv Litar kawalan Kipas Siling v Litar kawalan Pemalap Lampu N L E Kipas siling Alatatur kipas Suis satu hala N L E Lampu Pemalap Lampu Suis satu hala

(17)

Pendawaian Loceng Elektrik 1 2 V E L N Loceng elektrik Alat ubah (240V – 12V) Suis loceng

(18)

3.2 LITAR AKHIR KUASA

3.2.1 Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 )

Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu : a ) Litar Jejari

b ) Litar Gelang

a) Litar Jejari

 Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung kepada keluasan lantai bilik saiz pengalir dan kadaran perlindungan.  Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau

MCB.

 Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.

Gambarajah Pendawaian Litar Jejari.

S/K 1 S/K 2

E N L

(19)

Litar Jejari Jenis A2

Litar Jejari Jenis A3

Luas lantai maksimum 50 meter persegi 4mm 30A Luas lantai maksimum 20 meter persegi 2.5mm 20A

Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan ( iaitu 30A atau 32A – Fius atau MCB ). Kabel jenis tembaga tidak kurang dari 4 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 50 meter persegi.

Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus

perlindungan iaitu 20A. Kabel jenis tembaga tidak kurang daripada 2.5 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk

pemasangan jenis ini ialah 20 meter persegi.

(20)

b) Litar Gelang Jenis A1

 Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi.

 Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad.

 Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius yang mengawal litar berkenaan.

 Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebehi bilangan soket.

 Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.  Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2

.  Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari

punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke punca bekalan.

 'Spur' boleh disambung pada : a ) terminal soket dalam litar

b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket. c ) di tempat asal gelang itu.

L N E

“Spur” disambung pada terminal soket

'Spur' disambung

dengan menggunakan kotak sambungan

(21)

3.3 Litar akhir Khas

 Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir lampu dan kuasa disebabkan pengunaan arus yang rendah dan perlu  Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan

Faktor Pelbagaian

 Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah : i. Litar loceng dan Penggera elektrik ii. Litar lampu kecemasan

iii Litar soket pencukur

i. Pendawaian Loceng dan Penggera Elektrik

Suis Loceng 1 2 V E L N

Loceng elektrik dan penggera.

Alat Ubah (240V – 12V)

(22)

ii. Litar Lampu Kecemasan

 Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan

 Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik apabila dalam keadaan normal

 Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar 6Amp

 Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara

 Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya akan terus menyala melalui bekalan bateri

 Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama

iii. Litar Pencukur

 Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur  Menggunakan unit pencukur dwi voltan

 Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah 6 amp

(23)

4. SISTEM PENDAWAIAN

4.1 SISTEM PENDAWAIAN PEMUKAAN DAN TERSEMBUNYI

 Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana kabel pendawaian tersebut diklip terus ke dinding atau siling bangunan.

 Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).  Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun

pada permukaan dinding atau siling.

 Ketika kerja-kerja menyusun kabel-kabel pada permukaan dinding atau siling dilakukan langkah keselamatan mestilah diambil bagi mengelakkan kabel tercedera

(24)

Proses Pendawaian Permukaan

i. Sistem ini tidak berapa popular lagi digunakan pada masa kini. ii. Kabel-kabel pendawaian akan diklipkan terus pada permukaan

dinding atau siling.

(25)

iv. Kerja-kerja pendawaian ini biasanya bermula dari poin-poin akhir dan tamat di kotak agihan.

v. Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK )

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :

i. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding.

ii. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkan

cengkaman pencengkam.

iii. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku

tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat di antara laluan kabel itu.

iv. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.

v. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.

(26)

Susunan klip pendawaian

Kelebihan dan kekurangan pendawaian permukaan Kelebihan

* Kemas * Kos murah

* Kerosakan mudah di kesan

* Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian

Kekurangan:

* Terdedah kepada perlindungan mekanikal * Tidak tahan lama

* Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan

Mendatar Pencengkam

(27)

GLOSARI

Aksesori Sebarang peranti yang berkaitan dengan sambungan atau pendawaian. Misalnya suis, ros siling, soket alur keluar, pemegang lampu.

IEE Singkatan bagi The Institution of Electrical Engineers, iaitu badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United Kingdom.

STM Singkatan bagi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.Badan bebas bagi mengadakan peruntukan bagi mengawal selia

pembekalan elektrik pada harga yang munasabah,

perlesenan pemasangan elektrik, pengawalan mana-mana pemasangan loji dan kelengkapan elektrik.

Litar Utama Litar utama bagi sesuatu pemasanagn yang mengadakan pelindungan dari arus lebihan dan bocor ke bumi

Litar Akhir Litar yang diambil dari kotak agihan bagi membekalkan bekalan kepada beban. Terdiri dari litar lampu,kuasa dan peralatan individu

Referensi

Dokumen terkait