• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN KAEDAH FLIPPED CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN FIZIK DI SEKOLAH MENENGAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEPENTINGAN KAEDAH FLIPPED CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN FIZIK DI SEKOLAH MENENGAH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

892

KEPENTINGAN KAEDAH FLIPPED CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN FIZIK DI SEKOLAH MENENGAH

Nurul Fadhilah Binti Alias

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstract

The study of Flipped Classroom (FC) may provide exposure to more Malaysian instructors on the impact of this method if applied in learning and teaching. This study aims to see the importance of the FC method in secondary school education. Students give a positive reaction after this method is used. FC makes students more focused during discussion and focus in class and then attracts students in the sub-ject. This method also enhances student's intrinsic and extrinsic motivation. In addition, this method also highlights the element of technology that exposes students to life-long learning. After that, the FC method will be described based on existing studies. A proposed method is proposed for use by teachers, especially physics teachers. This proposed method has taken into account the constructivism and constructionism theories. The proposed methodology also involves ICT and emphasizes life-long learning aspects. The 21st century teaching and learning features are also used to produce students who are skilled and holistic.

Key words: Flipped classroom, 21st century teaching and learning, motivation, technology 1. PENGENALAN

Kertas konsep ini membincangkan tentang kepentingan kaedah Flipped Classroom (KFC) dalam pembe-lajaran fizik di sekolah menengah. KFC telah bermula sejak 200 tahun dahulu semasa Zaman Perindustri-an di mana, pelajar-pelajar ketika itu disediakan untuk menjadi pekerja industri dan diarahkan untuk membuat bacaan sebagai persiapan sebelum pembelajaran di kelas. Mereka hadir ke kelas dengan perse-diaan tetapi lebih banyak menghafal maklumat (Bormann, 2014; Sams & Bergmann, 2013). Ini berten-tangan dengan Aspirasi Murid yang komited membangunkan murid secara menyeluruh menggunakan kemahiran berfikir untuk memperoleh ilmu sepanjang kehidupan dan berdaya saing (Malaysia Education Blueprint, 2013). Oleh itu, kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang kreatif dan dinamik perlu ditingkatkan sebagai sokongan kaedah pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.

Selain itu, pada zaman ini pembangunan dan teknologi semakin pesat berkembang lantas menye-babkan persekitaran, pembangunan dan juga corak pekerjaan berubah. Ironinya, kaedah pembelajaran masih tidak berubah secara menyeluruh (Roehl, Reddy, & Shannon, 2013). Para pelajar masih perlu menghafal pelbagai maklumat untuk menjawab soalan berstruktur (Bormann, 2014). Maka, sistem pendi-dikan yang berbeza diperlukan untuk menghadapi situasi ini (Flumerfelt & Green, 2013)

2. KEMEROSOTAN BILANGAN PELAJAR DALAM ALIRAN SAINS

Bilangan pelajar yang berminat dengan subjek sains dan menceburkan diri dalam aliran sains di peringkat lebih tinggi semakin berkurang (Ismail & Khairuzaman, 2010; Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim, 2007; Phang, Abu, Ali, & Salleh, 2014). Selain itu, pelajar-pelajar kurang motivasi, kurang ber-keyakinan untuk bertanya soalan dan memberikan pendapat serta cadangan semasa perbincangan di da-lam kelas (Kamisah Osman et al., 2007; Taufek Bin Siniwi & Nur Syahida Binte Paiman, 2015). Dalam masa yang sama, masyarakat sedang berubah manakala teknologi sedang mengalami perkembangan pesat sedangkan cara belajar dan pembelajaran pelajar-pelajar masih tidak berubah (FISTE; A Future Way For

(2)

In-893

Service Teacher Training Across Europe, 2005). Akibatnya, pelajar-pelajar sekolah menengah dan pel-ajar aliran sains khususnya, kurang berdaya saing dalam dunia global masa kini serta tidak mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

Penggunaan ICT dalam PdPc telah banyak dibincangkan dan guru-guru telah diberikan pendeda-han. Pendidikan alaf ke-21 bukan bermakna menggunakan peranti canggih di dalam kelas semata-mata, namun ICT diintegrasikan sebagai pemudahcara dan menyediakan pelajar kepada life-long learning (Flumerfelt & Green, 2013). Sebilangan kecil guru-guru –tidak termasuk guru-guru Maktab Rendah Sains MARA dan guru-guru sekolah negeri telah pun diberikan data secara percuma, tab dan juga telefon pintar tajaan YES sebagai galakan dan insentif untuk melakukan perubahan terhadap PdPC. Namun masih ada guru tetap selesa dengan teknik tradisional (Ismail & Khairuzaman, 2010; Md. Nor Bakar & Rashita Hadi, 2011). Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan terperinci kepada guru terhadap kaedah PdPc yang terkini yang mengintegrasikan teknologi, kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) dan pembelajaran kaedah tradisional iaitu Flipped Classroom atau Kelas Terbalik.

Tujuan kertas konsep ini ditulis untuk menghuraikan kepentingan-kepentingan KFC dan mem-berikan cadangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) –yang dulu lebih dikenali sebagai pembela-jaran dan pengajaran (PdP), terhadap pembelajaran subjek fizik menggunakan kaedah Flipped Learning (KFL) atau Flipped Classroom (KFC) yang menggabungkan teori pembelajaran konstruktivis dan multi-ple intelligence (MI) untuk mengatasi masalah-masalah yang dihuraikan sebelum ini. Semua guru khususnya guru-guru fizik digalakkan menggunakan KFC sekurang-kurangnya sekali dalam PdPc kerana terdapat banyak kelebihan dan impak positif kepada para pelajar yang akan dibincangkan

3.0 DEFINISI FLIPPED CLASSROOM

KFC merupakan pendekatan bertentangan daripada kaedah pembelajaran tradisional. Secara tradisinya, di dalam kelas, para guru akan membuat penerangan panjang lebar manakala para pelajar akan dibekalkan tugasan untuk dibuat di luar waktu kelas. KFC didefinisikan sebagai aktiviti secara tradisional yang dila-kukan di dalam kelas dilaksaksanakan di luar kelas dan sebaliknya (Atwa, Din, & Hussin, 2016; Arnold-Garza, 2014; Jacob Lowell & Matthew A, 2013; Kwan Lo & Foon Hew, 2017; Lage, Platt, & Treglia, 2000; Roehl et al., 2013). Perkara-perkara penting, sukar dan maklumat baru akan diintegrasikan oleh guru ke dalam video yang dihasilkan untuk ditonton oleh pelajar di luar kelas sebelum aktiviti pembelaja-ran masteri dan perbincangan dilakukan di dalam kelas (Xu, 2017). Kuncinya ialah instruksi aras rendah berlaku secara pasif diluar kelas manakala instruksi terarah aras sederhana dan tinggi berlaku di dalam kelas secara aktif (Butt, 2014; Jacot, Noren, & Berge, 2014).

Menjadi kebiasaan para pelajar diingatkan untuk membuat bacaan dan mencari maklumat sebel-um ke kelas dan mempelajari topik baru tetapi kebiasaannya hanya sumber rujukan berteks sahaja yang dirujuk. Walaupun maklumat dicari diluar bilik darjah oleh pelajar, kaedah membaca teks semata-mata tidak seperti yang diharapkan dalam KFC (Bormann, 2014; Kwan Lo & Foon Hew, 2017). Seiring dengan kepesatan teknologi, KFC mestilah menggunakan video, namun durasi video mestilah kurang daripada 20 minit Íh kepada pembelajaran di luar kelas melalui video yang dihasilkan oleh guru atau video-video di internet yang berkaitan silibus, namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan KFC tidak hanya men-umpukan pembelajaran di luar kelas dengan menonton video semata-mata, sebaliknya boleh dipelbagai-kan dalam bentuk-bentuk yang pelbagai tetapi masih menggunakan kandungan multimedia seperti slaid beraudio, podcast, gambar-gambar, dan simulasi multimedia (Arnold-Garza, 2014).

(3)

894

Kesimpulannya, KFC merupakan pendekatan yang mengintegrasikan pedagogi menggunakan teknologi. Kaedah ini mempunyai dua komponen iaitu (i) aktiviti-aktiviti penemuan maklumat di luar kelas yang dilaksanakan oleh pelajar mengikut arahan ringkas dan mudah difahami yang diberikan oleh guru dan seterusnya (ii) pembelajaran secara berkumpulan yang interaktif di dalam kelas (Atwa et al., 2016; Lowell, Utah, Verleger, & Beach, 2013). Kaedah ini juga tidak hanya bergantung kepada aktiviti di atas talian atau ICT (Rahman, Aris, Mohammed, Zaid, & Abdullah, 2014) malah guru boleh menggun- akan pelbagai bahan yang boleh membantu pelajar memahami konsep pengajaran (Rahman et al., 2014). Perkara utama ialah guru boleh menggunakan sepenuh masa yang panjang di dalam kelas untuk mendeka- ti dan membantu pelajar secara berkumpulan atau individu semasa aktiviti yang pelbagai sewaktu PdPc.

4. KEPENTINGAN DAN IMPLIKASI FLIPPED CLASSROOM

Tidak banyak penyelidikan berkaitan keberkesanan dan kepentingan KFC (Jacob Lowell & Matthew A, 2013; Rahman et al., 2014) malah masih tiada kajian berkaitan yang memfokuskan kajian kepada sekolah K-12 (Kwan Lo & Foon Hew, 2017) yang setaraf sekolah menengah atas di Malaysia untuk subjek fizik. Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan para pelajar memberikan maklum balas positif (Bormann, 2014; Butt, 2014; Lage et al., 2000; Kwan Lo & Foon Hew, 2017; Lowell et al., 2013). Ini dikukuhkan oleh kajian Gilboy et al. (2015) yang menyatakan ramai pelajar berpuas hati dengan cara pembelajaran ini yang mana tenaga pengajar berpeluang memberi perhatian kepada keperluan setiap pel- ajar kerana tempoh pembelajaran digunakan sebaiknya. Hasilnya, para pelajar di dalam kumpulan KFC menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar dari kumpulan tradisional (Kwan Lo & Foon Hew, 2017).

Para pelajar berpuas hati dengan KFC kerana mereka merasakan menonton video kuliah sebelum kelas membantu mereka membuat persediaan mental dan fokus semasa perbincangan di dalam kelas (McGrice, Karanicolas, Carlson-Jones, French, & Stubbs, 2017; Rahman et al., 2014). Lebih menarik lagi, video yang ditonton dapat dihentikan sementara untuk membuat catatan mengikut tempoh masa yang mereka perlukan dan diulang semula sehingga faham (Kwan Lo & Foon Hew, 2017). Oleh itu, para pel- ajar datang ke kelas dengan rasa yakin untuk perbincangan di dalam kelas.

Seterusnya, perasaan positif ini meningkatkan tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik para pelajar untuk subjek ini (Asfar & Zainuddin, 2015; Butt, 2014; King, Goodson, & Faranak Rohani, 1999; Lowell et al., 2013; Thai, Wever, & Valcke, 2017). Bukan itu sahaja, malah pelajar berpuas hati kerana mendapat bantuan dan perhatian secara individu daripada guru. Maka, para pelajar berprestasi rendah bertambah yakin setelah mendapat perhatian dan dapat dibimbing untuk meningkatkan prestasi mereka (Kwan Lo & Foon Hew, 2017; Rahman et al., 2014; Stone, 2012). KFC membentuk ciri-ciri life-long learner (Sto- ne, 2012) kerana pelajar menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung ini mengasah dan memupuk literasi teknologi (Flumerfelt & Green, 2013). Selain itu, kaedah berpusatkan pelajar ini (Rahman et al., 2014) meningkatkan interaksi dan komunikasi banyak hala antara pelajar dan guru (Kwan Lo & Foon Hew, 2017) dan menggalakkan pembelajaran aktif kerana para pelajar perlu ber- bincang dan menyelesaikan masalah. Kemahiran interaksi dan komunikasi sangat diperlukan oleh pelajar untuk bersaing diperingkat global (Turiman, Omar, Mohd Daud, & Osman, 2012).

Penyelesaian masalah melibatkan pemikiran aras tinggi sering kali dianggap susah tetapi dengan KFC ia menjadi perkara yang menarik dan menjadi efektif. Ini kerana guru memperuntukkan masa yang panjang untuk aktiviti penyelesaian masalah, membolehkan pelajar-pelajar ini mengadakan perbicangan melibatkan pemikiran aras tinggi (Rahman et al., 2014). Oleh itu, pelajar belajar lebih luas dan lebih mendalam (McGrice et al., 2017; Stone,

(4)

895

2012) memberikan mereka peluang yang luas untuk mengaplika- sikan ilmu pengetahuan dalam menyelesaikan masalah (Kwan Lo & Foon Hew, 2017).

5. KAEDAH FLIPPED CLASSROOM (KFC)

Banyak kajian yang menumpukan kepada penggunaan video kuliah yang direkod atau dihasilkan guru untuk diguna pakai oleh pelajar di luar kelas dan aktiviti di dalam kelas mestilah PdPc secara interaktif dan bukannya kuliah (Jacob Lowell & Matthew A, 2013; Lowell et al., 2013). Video yang dihasilkan atau dimuat naik mestilah tidak melebihi 20 minit (Bormann, 2014; Stone, 2012). Selain itu, untuk meningkat- kan keberkesanan, para pelajar hendaklah diberikan kuiz ringkas atau menjawab soalan berdasarkan video yang telah ditonton di luar kelas (Lowell et al., 2013; Van Vliet, Winnips, & Brouwer, 2015). Menurut Lowell et al. (2013) lagi, kuiz pra-kelas berdasarkan video kuliah yang disediakan adalah lebih berkesan.

Beberapa kajian lain pula menekankan bahawa pembelajaran di luar kelas yang dikatakan sebagai bentuk utama KFC tidak semestinya berbentuk video kuliah sebaliknya boleh juga berbentuk teks atau bahan bacaan elektronik (Arnold-Garza, 2014; Bormann, 2014; Lowell et al., 2013; Sams & Bergmann, 2013). Aktiviti pra-kelas lain juga boleh dilaksanakan seperti mengambil dan menulis nota, menjawab tugasan secara online (Kwan Lo & Foon Hew, 2017). Sams & Bergmann (2013) menegaskan KFC bukan tentang bagaimana menghasilkan video paling menarik atau pilihan video terbaik. Sebaliknya, perkara yang lebih utama ialah bagaimana guru memanfaatkan masa di dalam kelas bersama pelajar dengan cara yang terbaik dengan menggunakan aktiviti-aktiviti student-centred.

Sewaktu di dalam kelas, guru-guru boleh merancang aktiviti yang menggunakan kaedah student-cen- tred. Aktiviti-aktiviti ini boleh diselang selikan dengan para pelajar mendengar kuliah atau penerangan ringkas daripada guru selama tidak lebih dari 10 minit – kuliah-kuliah ini diselang selikan dengan pembe- lajaran aktif dalam tempoh lima ke tujuh minit (Lowell et al., 2013). Selain itu, di dalam kelas pelajar akan menggunakan pengetahuan yang telah diperoleh daripada akttiviti di luar kelas untuk menyelesaikan pelabagai aktiviti di dalam kelas seperti latihan jigsaw, membuat peta konsep, latihan role-play, menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya, aktiviti penyelesaian masalah, games, dan debat (Stone, 2012). Menurut Stone (2012) lagi, walaupun pelajar kebiasaannya bekerja di dalam kumpulan tetapi seti- ap pelajar mestilah menulis jawapan masing-masing secara individu.

5.1 BAGAIMANA KAEDAH FC (KFC) BOLEH DILAKSANAKAN DALAM PDP FIZIK

Penulisan ini bertujuan mencadangkan langkah-langkah melaksankan KFC yang efektif. Sebelum melak- sanakan KFC, pelajar-pelajar perlu diberi penerangan yang teliti (Rahman et al., 2014) tentang tujuan dan cara pelaksanaan KFC. Ini penting bagi mengelakkan pelajar terlepas mana-mana aktiviti sebelum kelas dan menjadikan mereka tidak gembira dan memberikan feedback negatif terhadap KFC (Kwan Lo & Foon Hew, 2017) .

Sebelum kelas: Para pelajar diberi pilihan sama ada mendapatkan maklumat secara dalam talian (bagi yang boleh mendapatkan talian internet) manakala bagi yang tidak boleh, diberikan fail berbentuk elek- tronik. Para pelajar kemudiannya diberikan lima soalan kuiz bertujuan membantu pelajar membuat se- makan terhadap bahan bacaan atau video jika mereka tercicir maklumat.

Seterusnya semasa di dalam kelas guru melaksanakan set induksi, kuiz atau latihan secara individu, tu- gasan berkumpulan, gallery walk atau pun 3 stray-1-stay (teknik PdPc alaf ke-21). Selepas waktu kelas, para pelajar boleh diminta untuk membuat refleksi dan evaluasi

(5)

896

kendiri sama ada menulis jurnal fizik atau pun mengisi borang secara dalam talian atau bertulis (Kwan Lo & Foon Hew, 2017). Para pelajar juga boleh menghasilkan video sendiri dan video yang telah disemak ini boleh digunakan semula sebagai ba- han pengajaran kepada kumpulan pelajar yang sama dan juga kumpulan pelajar yang akan datang (Engin, 2014) selari dengan teori konstruksional oleh Papert yang mengatakan pembelajaran benar-benar berlaku apabila para pelajar menumpukan sepenuh perhatian dalam menghasilkan satu bahan atau produk yang memberi makna seperti menghasilkan puisi, mereka cerita, program komputer, membina istana pasir atau binaan atau pun mencipta lagu (Falbel, n.d.).

(6)

897

6. BAGAIMANA MEMASTIKAN PERLAKSANAAN KFC YANG BERKESAN 6.1.Menyediakan bahan pengajaran yang berbeza mengikut kepelbagaian kepintaran (Multiple Intelligence - MI)

KFC merupakan kaedah student-centred yang menuntut masa guru yang sangat banyak bagi merancang aktiviti terbaik dan menyediakan bahan (Kwan Lo & Foon Hew, 2017). Oleh itu, kajian lain boleh dilakukan boleh membantu guru menggunakan masa di sekolah untuk menghasilkan perancangan terbaik dan mencari pelbagai sumber sebagai alat bantuan menga- jar. Guru juga perlu mengambil masa untuk merancang dan mengambil kira setiap aspek dan kepelbagaian kepintaran pelajar.

Teori Kepelbagaian Kepintaran (MI) telah diperkenalkan pada awal 80-an oleh Howard Gardner yang menatakan terdapat lapan jenis iaitu: visual/spatial, verbal/linguistik, musikal/ rythmic, logical/mathematical, bodily/kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik (Barrington *, 2004). Setiap orang mempunyai kesemua kepelbagaian pengajaran tetapi hanya satu sahaja yang paling dominan. Di dalam kajian Barrington menyatakan masa terten- tu perlu diperuntukkan untuk pengajar mendapatkan bantuan memahami kepelbagaian kepin- taran pelajar, merangka pengajaran dan juga mengenal pasti kaedah penilaian yang sesuai. Teori yang akan diguna pakai dalam KFC ini perlu disusun selari dengan kurikulum.

Teori ini menggalakkan para pengajar menggunakan pelbagai strategi pengajaran di dalam kelas setelah mengambil maklum kepelbagaian kecerdasan pelajar. Kelebihannya, teori ini menggalakkan pelajar menggunakan kesemua pebelbagaian kecerdasan yang mereka ada dan membolehkan mereka mencapai pembelajaran yang bermakna (Barrington *, 2004). Thomas Armstrong berpendapat guru yang mengamalkan MI dalam menjalankan PdPc berbeza dengan guru yang menjalankan kaedah tradisional kerana guru ini akan mengubah pendekatan dalam setiap bahagian PdPc. Contohnya, guru menggunakan ICT (spatial, logical - Mathematical, Bodily -kinestethic) sebelum sesi PdPc, kemudian menggunakan persemba- han PowerPoint (linguistic) dan beralih kepada perbincangan dan pameran yang menggu- nakan kepintaran MI interpersonal, linguistic dan lain-lain.

6.2 Memastikan guru dan pelajar bersedia

Terdapat laporan daripada kajian (Kwan Lo & Foon Hew, 2017) yang menunjukkan ada segelintir pelajar yang tidak melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah seperti yang diarahkan. Menurut kajian itu lagi, ini kerana sebilangan kecil pelajar ini masih belum familiar dengan kaedah PdPc ini, maka mereka terlupa atau terlepas atau pun dengan sengaja tidak melak- sanakan aktiviti pra-kelas yang menyebabkan mereka berasa tidak seronok melaksanakan aktiviti di dalam kelas dan tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas sewaktu perbincan- gan dan aktiviti.

Ciri utama kriteria yang menunjukkan KFC berjaya adalah tahap kesediaan pelajar, maka para pelajar perlu membuat persiapan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pendekatan ini berjaya dan bermakna (Rahman et al., 2015). Oleh yang demikian, guru mestilah membuat perancangan pengajaran sebelum dan semasa di dalam ke- las secara terancang dan terperinci bagi memastikan para pelajar menjalankan aktiviti di luar kelas bagi memenuhi objektif.

Rahmah et al. (2015) di dalam kajiannya mencadangkan supaya perancangan guru melibatkan aktiviti secara dalam talian, pra-ujian di dalam kelas atau pun di luar kelas secara dalam talian atau sekurang-kurangnya meminta pelajar menghantar atau menyediakan satu soalan untuk ditanya kepada guru atau rakan-rakan semasa di dalam kelas nanti. Diharapkan cara ini dapat

(7)

898

menjadikan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah terus bermotivasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

7. KESIMPULAN

Guru menghadapi pelbagai cabaran dalam menyediakan pelajar untuk bersaing dalam dunia global seba- gai individu yang sentiasa berfikiran sistematik, berani dan berkeyakinan dalam pelabagai aspek terut- amanya dalam bidang sains fizik. Pelajar semkain kurang berminat dengan subjek fizik kerana merasakan subjek ini susah (Phang et al., 2014). Oleh itu, kini adalah masa yang sangat sesuai untuk semua guru di- dedahkan dengan KFC dan kaedah melaksanakannya perlu diberikan taklimat dan kursus terperinci. Banyak kajian telah menunjukkan keberkesanan KFC dalam bidang pendidikan di universiti dan kajian yang lebih banyak perlu dilaksanakan untuk melihat impak KFC dalam pendidikan sekolah menengah di Malaysia khususnya dalam subjek Fizik.

RUJUKAN

Arnold-Garza, S. (2014). The flipped classroom teaching model and its use for information literacy in- struction. Communications in Information Literacy, 8(1), 7–22. https://doi.org/10.7548/cil.v8i1.260

Asfar, N., & Zainuddin, Z. (2015). The Online Journal of Distance Education and e-Learning. SEC- ONDARY STUDENTS’ PERCEPTIONS OF INFORMATION, COMMUNICATION AND TECH- NOLOGY (ICT) USE IN PROMOTING SELFDIRECTED LEARNING IN MALAYSIA, 3(4), 74–89. Retrieved from http://tojdel.net/volume/tojdel-volume03-i03.pdf#page=40

Atwa, Z., Din, R., & Hussin, M. (2016). Effectiveness of Flipped Learning in Physics Education on Pales- tinian High School Students’ Achievement. Journal of Personalized Learning, 2(21), 73–85.

Barrington *, E. (2004). Teaching to student diversity in higher education: how Multiple Intelligence Theory can help. Teaching in Higher Education, 9(4), 421–434. https://doi.org/ 10.1080/1356251042000252363

Bormann, J. (2014). Affordances of Flipped Learning and Its Effects on Student Engagement and Achievement, 1–38.

Butt, A. (2014). STUDENT VIEWS ON THE USE OF A FLIPPED CLASSROOM APPROACH: EVI- DENCE FROM AUSTRALIA. Business Education and Accreditation, 6(1), 33–43.

Engin, M. (2014). Extending the flipped classroom model: Developing second language writing skills through student-created digital videos. Journal of the Scholarship of Teaching and Learning, 14(5), 12. https://doi.org/10.14434/josotlv14i5.12829

Falbel, A. (n.d.). Constructionism: Tools to build (and think) with. Massachusetts: Massachusetts Institute of Technology in the USA.

FISTE; A Future Way For In-Service Teacher Training Across Europe. (2005). INTEGRATING ICT IN

TRADITIONAL TRAINING. ON-LINE COURSE. A Future Way For In-Service Teacher Training Across Europe, 1–21.

(8)

899

Flumerfelt, S., & Green, G. (2013). Using lean in the flipped classroom for at risk students. Educational Technology and Society, 16(1), 356–366.

Gilboy, M. B., Heinerichs, S., & Pazzaglia, G. (2015). Enhancing student engagement using the flipped classroom. Journal of Nutrition Education and Behavior, 47(1), 109–114. https://doi.org/10.1016/ j.jneb.2014.08.008

Ismail, K., & Khairuzaman, I. (2010). Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran Sains: Satu kajian tinjauan di sebuah sekolah menengah luar ban- dar. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(5), 23–30. Retrieved from http://eprints.ut- m.my/11384/

Jacob Lowell, B., & Matthew A, V. (2013). The Flipped Classroom : A Survey of the Research. American Society for Engineering Education, 6219.

Jacot, M. T., Noren, J., & Berge, Z. L. (2014). The Flipped Classroom in Training and Development: Fad or the Future? Performance Improvement, 53(9), 23–28. https://doi.org/10.1002/pfi.21438

Kamisah Osman, Zanaton Iksan, & Lilia Halim. (2007). Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39–60.

King, F. J., Goodson, L., & Faranak Rohani. (1999). Higher Order Thinking Skills • Definition • Teaching Strategies • Assessment. In Educational Services Program.

Kostaras, V. (2017). A Literature Review on the Benefits and Drawbacks of the Reversed Classroom. Dalarna University.

Kwan Lo, C., & Foon Hew, K. (2017). A critical review of flipped classroom challenges in K-12 educa- tion: possible solutions and recommendations for future research. Research and Practice in Tech- nology Enhanced Learning. https://doi.org/10.1186/s41039-016-0044-2 Lage, M. J., Platt, G. J., & Treglia, M. (2000). Inverting the Classroom: A Gateway to Creating an Inclu- sive Learning Environment. The Journal of Economic Education, 31(1), 30–43. https://doi.org/ 10.1080/00220480009596759

Lowell, J., Utah, B., Verleger, M., & Beach, D. (2013). The Flipped Classroom : A Survey of the Research The Flipped Classrom : A Survey of the Research. Proccedings of the Annual Conference of the American Society for Engineering Education, 6219.

Malaysia Education Blueprint, M. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education, 27(1),

1–268. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007

McGrice, H., Karanicolas, S., Carlson-Jones, W., French, M., & Stubbs, M. (2017). Flipped Classroom Project_The University of Adelaide. Retrieved June 17, 2017, from http://www.adelaide.edu.au/ flipped-classroom/resources/

Md. Nor Bakar, & Rashita A. Hadi. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi, 2, 1–17. Mzoughi, T. (2015). An Investigation of Student Web Activity in a “flipped” Introductory Physics Class. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 191, 235–240. https://doi.org/10.1016/j.sbspro. 2015.04.558

(9)

900

Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. Sains Humanika, 2(4), 63–71. https://doi.org/10.11113/SH.V2N4.469

Rahman, A. A., Aris, B., Mohammed, H., Zaid, N. M., & Abdullah, Z. (2014). Flipped Classroom dalam konteks Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 7.

Rahman, A. A., Aris, B., Rosli, M. S., Mohamed, H., Abdullah, Z., & Zaid, N. M. (2015). Significance of preparedness in flipped classroom. Advanced Science Letters, 21(10), 3388– 3390. https://doi.org/ 10.1166/asl.2015.6514

Roehl, A., Reddy, S. L., & Shannon, G. J. (2013). The flipped classroom: An opportunity to engage mil- lennial students through active learning strategies. Journal of Family & Consumer Sciences. https:// doi.org/doi.org.proxy2.lib.umanitoba.ca/10.1

Sams, A., & Bergmann, J. (2013). Flip Your Students’ Learning. Educational Leadership, 70, 16–20. Re- trieved from http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/mar13/vol70/num06/Flip- Your-Students’-Learning.aspx

Stone, B. B. (2012). Flip Your Classroom to Increase Active Learning and Student Engagement. 28th An- nual Conference on Distance Teaching & Learning, 1–5. Retrieved

from http://www.uwex.edu/dist-

ed/conference/Resource_library/proceedings/56511_2012.pdf

Taufek Bin Siniwi, & Nur Syahida Binte Paiman. (2015). PERBUALAN BERSTRUKTUR DAN PEN- ERAPAN NILAI DALAM KEMAHIRAN LISAN. In Seminar Penyelidikan Pendidikan Ke- bangsaan (pp. 1–731). Singapura.

Thai, T. N. T., Wever, B. De, & Valcke, M. (2017). The Impact of a Flipped Classroom Design on Learn- ing Performance in Higher Education: looking for the best “blend” of lectures and guiding questions

with feedback. Computers & Education, (January), 1–27. https://doi.org/10.1016/j.compedu. 2017.01.003

Turiman, P., Omar, J., Mohd Daud, A., & Osman, K. (2012). Fostering the 21st Century Skills through Scientific Literacy and Science Process Skills. Procedia -Social and Behavioral Sciences, 59, 110– 116. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.253

Van Vliet, E. A., Winnips, J. C., & Brouwer, N. (2015). Flipped-class pedagogy enhances student metacognition and collaborative-learning strategies in higher education but effect does not persist. CBE Life Sciences Education, 14(3), 1–10. https://doi.org/10.1187/cbe.14-09-0141 Xu, Y. (2017). The Feasibility Analysis of the Flipped Classroom Teaching Mode in College English Teaching Practice, (Icsste), 386–390.

Referensi

Dokumen terkait

Mutu pendidikan dasar dan menengah adalah tingkat kesesuaian antara penyelenggaraan pendidikan dasar dan menengah dengan Standar Nasional Pendidikan (SNP) pada

Hal ini dapat membuktikan bahwa hipotesis pertama dalam penelitian ini yang menyatakan bahwa Motivasi kerja berpengaruh terhadap Kinerja karyawan PT.. KAN dapat

Fakultas Teknik Universitas Muhammadiyah Jakarta dan Jl. kutipan buku Image Of The City secara umum ialah kota harus mempunyai ciri khas dari sebuah kota. Dikarenakan kota

[r]

Persilangan dilakukan saling silang antara 3 kultivar melon (melon kuning (MK), melon putih (MP), melon merah (MM)) dan 2 kultivar blewah (blewah bentuk buah bulat (BB) dan

(MISYKAT) DI LEMBAGA AMIL ZAKAT NASIONAL DOMPET PEDULI UMAT DAARUT TAUHID (DPU-DT) CABANG SEMARANG Pendistribusian zakat produktif sebagai pinjaman bagi fakir miskin

Penelitian ini mengacu pada penelitian yang pernah dilakukan oleh beberapa peneliti yang selanjtunya dijadikan sebagai referensi, Devianto dkk (2015) mengaplikasikan

Dalam Injil hari ini 70 tetua yang membantu Musa itu diterapkan kepada siapa saja yang merasa menjadi murid Yesus.. Di situ Musa dan Elia berbicara mengenai